|
Post by Admin on Nov 23, 2014 0:56:13 GMT
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Selamat Sejahtera. Apa khabar pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Sila klik pautan aktiviti bicara tamadun Islam, kemudian anda boleh berbicara tentangnya untuk menambah penguasaan anda dalam kursus ini. Selamat berbincang dengan rakan-rakan secara positif. Saya doakan anda semakin faham tentang Tamadun Islam dan dapat membuat persediaan yang baik untuk peperiksaan akhir. Selamat maju jaya. Kongsikan pandangan anda, nescaya pengetahuan anda semakin bertambah.
|
|
|
Post by Admin on Nov 25, 2014 8:12:32 GMT
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera pelajar yang hebat. Semoga semuanya bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam segala tugasan yang dijalankan. Jika kita tekun dalam sesuatu pekerjaan pasti kita meraih kecemerlangan di akhirnya. Kamu semua sudah baca soalan bicara yang disediakan dalam pautan (Aktiviti Bicara Tamadun Islam)? Boleh kongsikan idea dan pandangan kamu semua di sini. Ingat...belajar perlu sentiasa berani menjadi yang pertama. Dalam belajar kita jangan risau jika tersilap jawapan kerana yang penting usaha ada di situ. Jadi, apa lagi.....kongsikan pandangan dan idea anda di sini.
|
|
|
Post by hafizuddinsaif on Nov 29, 2014 20:08:12 GMT
Bicara Tamadun:
# Sejauh mana pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun? Tamadun umat islam terdahulu sangat membangun dan maju atas beberapa faktor yang menggalakkan perkembangan tamadun antaranya kebijaksanaan pemimpin dalam sistem pentadbiran negara, peranan ulama' dalam memperkembangkan ilmu, ukhuwwah yang kuat antara masyarakat, aktiviti penulisan dan penterjemahan yang semakin berkembang pesat, agama islam yang semakin berkembang dan sifat keterbukaan yang diamalkan oleh umat islam.
# Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektuan?
1. Interaksi antara tamadun 2. Galakan pemerintah 3. Kerjasama para ulama' 4. Aktiviti penterjemahan
# Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat?
1. Hubungan diplomatik yang terjalin 2. Melalui aktiviti perdagangan 3. Peranan orang Mozarab (orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan Arab dan tamadun Islam)
# Karakteristik sarjana islam dan suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun?
Karakteristik sarjana islam: 1. Kuat ingatan 2. Rajin menuntut ilmu 3. Berakhlak mulia
Suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun: 1. Hubungan antara masyarakat 2. Hubungan antara pemimpin dan masyarakat 3. Interaksi antara tamadun islam dengan tamadun lain
|
|
lyza
New Member
Posts: 9
|
Post by lyza on Nov 29, 2014 23:34:05 GMT
Bicara (NUR AZLIZA) 1. Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun? Umat islam membangun sehingga 2/3 dunia dibawah naungannya. Diperkatakan oleh seluruh rakyat didunia akan kehebatan umat Islam terdahulu yang sungguh membanggakan sehingga hari ini. Segala bidang diwakili oleh orang Islam ketika itu. Banyak pakar-pakar Islam yang bukan hanya pakar bidang tertentu malah menjadi amalan mereka untuk mempelajari bidang lain bagi membangunkan agama Islam ini. Cara Rasulullah memimpin kota Madinah telah diikuti oleh orang Barat untuk menakluki dunia. Risalah-risalah pejuang Islam telah dijadikan rujukan oleh serata dunia.
2. Fakta yang membantu perkembangan kegiatan keintelektualan? i. Gesaan al-Quran dan al-Sunnah Ajaran al-Quran dan al-Sunnah yang tertanam kukuh di jiwa umat Islam ketika itu menjadikan mereka orang-orang yang cintakan ilmu dan berusaha mengembangkannya kepada penduduk Andalus. Dengan kerjasama dari pemerintah telah membina sekolah dan bandar. Kanak-kanak dari keluarga miskin diberikan pendidikan secara percuma. Ini membangkitkan kesedaran yang tinggi mengenai pentingnya ilmu pengetahuan kepada masyarakat Andalus yang selama ini diabaikan dari aspek pendidikan. Umat Islam telah mengembangkan ilmu tradisi seperti tafsir, hadis, fekah, ilmu-ilmu moden yang mencakupi matematik, astronomi, geografi dan lain-lain. Sejarah telah mencatatkan bahawa di bawah pemerintahan dan pentadbiran Islam, hampir tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf. ii. Galakan Pemerintah Sepanjang pemerintahan Islam di Andalus (711 – 1492M) fenomena naungan politik para pemerintah terhadap kegiatan intelektual menjadi sebahagian daripada pencapaian Umat Islam di Eropah. Ilmu dan intelektual tidak berkembang tanpa dorongan pemerintah Islam ketika itu. Bermula daripada 711M sehingga zaman kemuncak, iaitu 756 – 1031M setiap lapisan masyarakat diperkenalkan dengan sistem pembelajaran yang itensif dan komprehensif dalam semua bidang. Buku-buku dan guru-guru serta sarjana islam telah dibawa masuk ke Andalus dan di masa yang sama pemerintah telah menaja pelajar-pelajar untuk mendalami semua bidang ilmu yang boleh membina masyarakat. Di antara khalifah yang sangat berdedikasi dalam bidang keilmuan ialah Abdul Rahman al-Ausat. Baginda telah melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan-kegiatan keilmuan. Baginda telah membina universiti dan menaungi ulamak dengan ganjaran yang sewajarnya dengan elaun-elaun yang tertentu. Khalifah al-Hakam telah mengambil iniasiatif dengan mendirikan perpustakaan dan membeli buku-buku rujukan serta mengumpulnya dengan tujuan mempercepatkan lagi usaha pendemokrasian ilmu di kalangan masyarakat. Beliau turut mengundang para cendikiawan dari setiap pelusuk negara seperti Baghdad, Damsyik dan Iskandariah. Masjid dan istana turut dijadikan tempat menyebarkan ilmu. Hampir seluruh Andalus mempunyai pusat pengajian dan universiti, antaranya di Seville, Granada, Toledo, Valencia dan Cordova yang muncul sebagai pusat intelektual yang terpenting di Eropah. iii. Kesetabilan Andalus Kestabilan politik, ekonomi dan social di Andalus turut menjadi penyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Keistimewaan masyarakat Andalus yang bersifat majmuk seperti Islam, Yahudi dan Kristian telah mewujudkan daya saing dan budaza ilmu yang memberangsangkan. Ia juga melahirkan ulama dan ahli fekah dari pelbagai bangsa. Fenomena kepelbagaian bangsa, budaza, tamadun dan keharmonian kaum di antara penduduk Andalus telah memberi dorongan kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan di camping memantapkan lagi identiti, komuniti dan intelektual. Pemerintah Andalus juga telah membuka ruang kepada wanita untuk menimba ilmu dan terlibat dengan urusan intelektual. Sejarah telah mencatatkan tidak kurang dari 100 orang wanita Andalus telah terlibat dalam penulisan mashaf ketika itu. Selain dari orang Islam, khalifah telah memberi pengiktiran kepada cendikiawan bukan Islam, antaranya ialah Moses bin Maimon dan Salomón ben Gabirol dari bangsa Yahudi. Kedua-dua mereka terdiri dari ahli falsafah dan banyak mencurahkan tenaga dalam aktiviti penterjemahan. Kestabilan yang ada di Andalus telah menjadi faktor kecemerlangan kepada Tamadun Islam di Andalus yang akhirnya menjadi sumber kekuatan kepada tamadun dunia secara keseluruhannya. iv. Kerjasama Para Ulama dan Cendikiawan Faktor yang mempercepatkan perkembangan ilmu pengetahuan di Andalus ialah kerjasama dan usaha tanpa mengenal jemu oleh para ulama dan cendikiawan. Semasa pembukaan Andalus, para cendikiawan dan ulama telah bersama-sama ke Andalus sebagai tentera. Mereka datang ke Andalus bersama ilmu dan pengetahuan yang disebarkan kepada penduduk Andalus dengan meyebarkan akidah Islam dan menyelesaikan permasalahan mengenai syariah dan fekah. Ibn Hazm (994 – 1064M) umpamanya merupakan ilmuan Muslim yang agung di Andalus. Beliau seorang ahli fikir sasterawan dan hakim, mampu menguasai pelbagai bidang ilmu. Begitu juga dengan Ibn Firnas Yahya dan Yahya al-Ghazal. Kepesatan kegiatan intelektual ini disebabkan para ulama dan ilmuan Islam yang menghadapi cabaran ilmiah daripada pemeluk Islam yang baru. Hujjah-hujjah falsafah dan ilmu lojik mereka yang kukuh terpaksa ditanggani dengan hujjah-hujjah yang lebih mantap. Justeru itu para cendikiawan dan ilmuan Muslim perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kaedah falsafah serta perbahasan yang lebih dinamik dan zampan.
3. Karakteristik sarjana Islam dalam suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun. Sarjana Islam yang kuat daya ingatan untuk menghafal imu serta kajian yang membantu perkembangan negara Islam, rajin berusaha dan sentiasa bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Perhubungan dengan masyarakat yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun itu. Selain itu, sifat keterbukaan sarjana Islam yang menerima pandangan serta idea pihak luar menyumbang kerarah tersebut. Sifat tolong-menolong dan murah hati menjadi tauladan hidup sarjana Islam. Tunduk dan patuh terhadap agama Islam.
|
|
|
Post by nadiafatihahroslan on Nov 30, 2014 0:24:24 GMT
SEJAUH MANA PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU MEMBANGUN KEGEMILANGAN TAMADUN
Sesuatu yang menjadi kebanggan umat Islam dan para pengkaji tentang konsep jihad yang diamalkan oleh umat Islam terdahulu tidak hanya terhad kepada berperang tetapi usaha yang bersungguh-sungguh untuk memajukan diri dan Negara. Mereka telah bersungguh-sungguh untuk meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan seperti ilmu syariat, bahasa, sains, kejuruteraan dan sebagainya. Mereka telah berjaya menguasai pelbagai ilmu sehingga menjadi pakar yang disegani dan terkenal.
FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN KEINTELEKTUALAN
1) Aktiviti penterjemahan 2) Ilmu tentang mengguna dan membuat kertas. Penemuan kertas mempergiatkan lagi usaha penulisan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana sebelum penemuan kertas, mereka terlebih dahulu menggunakan bahan-bahan seperti kulit binatang, pelepah tamar dan sebagainya. 3) Lahirnya para intelek Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Sesetengah mempunyai kebolehan dalam lebih dari satu bidang. 4) Khalifah-khalifah menceburkan diri dalam memajukan ilmu pengetahuan. 5) Hubungan luar.
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT
Para sejarawan telah sepakat bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong pengaliran ilmu-ilmu pengetahuan Islam ke Eropah iaitu hubungan diplomatik, , aktiviti penterjemahan, pembukaan Pulau Sicily, pembukaan Pulau Andalus (Sepanyol) dan Perang Salib.
KARAKTERISTIK SARJANA ISLAM DAN SUASANA PERSEKITARAN NEGARA ISLAM MEMBANTU KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN TAMADUN
1) Sarjana Islam mempunyai semangat jihad yang tinggi, mempunyai kebolehan lebih dari satu bidang ilmu, dan mempunyai akhlak mulia yang berupaya menarik masyarakat sekeliling kepada cahaya Islam seterusnya terbinalah tamadun yang gemilang. 2) Kegemilangan tamadun Islam adalah bepunca daripada ajaran Islam itu sendiri; di mana Al-quran dan Al-Hadis sebagai sumber rujukan utama. Sebagai contoh, dengan kemunculan awal Islam di Mekah dan tertubuhnya negara Islam yang pertama di Madinah, maka secara keseluruhan dapat mengubah cara hidup masyarakat Arab yang sesat, jahil dan tidak beradap kepada cara hidup yang beradap dan bertamadun dalam semua aspek.
|
|
amin
New Member
Posts: 6
|
Post by amin on Nov 30, 2014 13:33:47 GMT
Bicara tentang Tamadun Islam.
Umat Islam terdahulu membangun dengan gemilangnya. Perkara yang paling utama saya lihat adalah kelahiran ulama-ulama serta cendekiawan Islam. Antara faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektualan ialah aktiviti penterjemahan dan galakan pemimpin negara itu sendiri. Punca pengaliran ilmu ke Barat ialah sumbangan daripada sektor diplomatik dan perdagangan serta penjajahan tamadun Islam ke atas Barat. Karakteristik sarjana Islam ialah kuat ingatan, alim dan menghormati ilmu pengetahuan. Suasana persekitaran tamadun Islam yang membantu kecemerlangan ialah sifat tolong-menolong antara satu sama lain serta perasaan hormat-menghormati antara lapisan masyarakat. Jikalau sifat tersebut tidak wujud dalam masyarakat maka itulah yang menjadi faktor kejatuhan sesuatu tamadun.
|
|
|
Post by intansya on Nov 30, 2014 14:02:16 GMT
INTAN SYAHERAH BINTI MOHD ZAILANI
Assalamualaikum ,
1)Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun ? Kegemilangan pencapaian Tamadun Islam meliputi kerohanian, politik, ekonomi, sosial, dakwah, ketenteraan. Dari segi kerohanian apa yang boleh dihuraikan ialah sifat kerohanian dalam dalam diri pemimpin Tamadun Islam terutamanya Rasulullah. Dari segi kerohaniaan, Allah diletakkan sebagai yang utama dimana tidak ada selainnya selain keredhaan Allah. Dari segi politik, Rasulullah amat bijak dalam memimpin negara. Baginda memerintah menerusi wahyu memperkenalkan sistem syura atau musyawarah.
2)Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektuan 1.Peranan pemerintah yang menggalakkan penyebaran ilmu pengetahuan. 2.Keadaan yang aman di wilayah Islam memberi peluang kepada pemimpin dan masyarakat dalam memberikan perhatian dalam bidang ini. 3.Pertembungan dengan budaya luar. Budaya luar yang wujud dalam lingkungan umat Islam menjadi satu cabaran bagi para ilmuwan dalam mencari pelbagai penyelesaian.
3)Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat ? 1.Hubungan dagang antara negara Islam dan Kristian telah meluaskan pengaruh-pengaruh Islam ke Eropah. 2.Kegiatan penterjemahan yang amat menggalakkan. Aktiviti ini membawa kepada lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan seperti Gerard dari Cremona. 3.Perang Salib yang memakan masa hampir 200 tahun telah banyak mengajar Eropah dalam pelbagai bidang ilmu.
4)Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemrlangan dan kejatuhan tamadun ? a)Karakteristik : 1.Berakhlak mulia 2.Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu 3.Kuat ingatan 4.Beramal dengan ilmu yang dipelajari b)Suasana persekitaran negara Islam : 1.Masyarakat menunjukkan contoh yang baik kepada tamadun lain yang wajar diikuti 2.Amat mementingkan ilmu pengetahuan 3.Interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun lain menunjukkan pertukaran ilmu yang berguna daripada tamadun Islam.
|
|
|
Post by muslaininor8 on Nov 30, 2014 15:13:30 GMT
Muslaini binti Mohd Nor
1. Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kecemerlangan tamadun ? Dalam Al Quran menggesa umat memerhatikan alam dan secara tidak langsung wahyu pertama yang diturunkan menggesa umat menuntut ilmu dengan membaca dan menulis. Umat Islam terdahulu mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang antaranya bidang pentadbiran yang digunapakai oleh negara Malaysia yang diambil daripada rangka undang-undang yang ditubuhkan oleh Rasulullah semasa pembukaan Kota Madinah. Selain itu dalam ilmu perubatan memberi sumbangan yang sangat besar antaranya penciptaan alat pembedahan, penemuan salur darah dalam jantung, ensiklopedia dan banyak lagi.
2. Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual ? -Galakan pemerintah -Kepesatan aktiviti penterjemahan daripada tamadun lain ( Rom, Yunani dll) ke dalam bahasa Arab -Hubungan luar dengan jalan perdagangan dan hubungan diplomatik snatara tamadun -Kerjasama para ulama'
3. Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat? -Perdagangan -Asimilasi tamadun Islam ke tamadun lain ( pembinaan Taj Mahal )
4. Karakteristik sarjana Islam ; - Kuat daya ingatan - Berakhlak - Al Quran dan hadis menjadi panduan hidup - Menyayangi ilmu
Suasana islam; -perubahan berlaku apabila diberi keterangan Al Quran yang menukarkan akhlak buruk kepada fitrah asal manusia iaitu berakhlak baik, daripada jahil kepada berilmu.
|
|
|
Post by Sara Nabilah on Nov 30, 2014 15:22:17 GMT
Sejauh mana pencapaian umat islam terdahulu membangunkan kegemilangan tamadun dapat dilihat pada aspek pencapaian umat Islam dalam menyebarkan dakwah yang bermula secara rahsia oleh Rasulullah S.A.W di Makkah sehingga lah tersebar di seantero dunia.Ini membuktikan kegemilangan tamadun Islam meliputi seluruh aspek kehidupan sehingga membolehkannya diterima oleh masyarakat dunia.Faktor yang membantu membangunkan kegiatan intelektual ialah kejasama para ulama dan cendekiawan, galakan pemerintah, aktiviti penterjemahan yang memudahkan aktiviti pembelajaran.Punca pengaliran ilmu ke Barat pula dapat dikaitkan dengan hubungan diplomatik antara negara Islam dengan negara benua Eropah.Selain itu, karakteristik dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan tamadun adalah sifat bersungguh -sungguh sarjana Islam dalam menyampaikan dakwah dan ajaran Islam dengan cara yang berhikmah,fikiran sarjana islam yang cerdik dalam mencetuskan pelbagai idea, sifat kreatif sarjana islam dalam mencipta pelbagai teknologi baru dan suasana yang aman damai tanpa kekacauan telah memudahkan pencapaian kecemerlangan tamadun Islam. Tetapi sarjana islam yang tamak, gilakan kuasa sehingga menindas rakyat dan seterusnya menyebabkan tercetusnya pemberontakan telah menyebabkan kejatuhan tamadun Islam.
|
|
|
Post by wanimairrah78 on Nov 30, 2014 15:56:06 GMT
HAZWANI UMMAIRRAH BINTI MOHD ISA
SEJAUH MANA PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU?
Tanah ARab terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan ketika zaman kegemilangan tamadun Islam. Mereka berakhlak mulia dan sentiasa bersedia untuk berkorban demi Islam. Ketika itu juga, Rom dan Parsi yang memandang rendah terhadap Islam, telah tunduk kepada kekuasaan Islam. Pada abad 9 hingga 13 Masihi, tamadun Islam telah lahirkan ramai sarjana ulung dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang tak dapat ditandingi. Di kota pemerintahan seperti di Baghdad, Cordova dan Iskandariah, kegiatan ilmu dan kebudayaan amat giat dijalankan. Sehinggakan ramai sarjana dari luar negara terutama negara-negara Kristian Eropah datang untuk menuntut ilmu
FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN KEINTELEKTUAN
1) gesaan agama Islam - Agama Islam amat mengambil berat terhadap ilmu pengetahuan
2) galakan pemerintah
-mereka menjemput dan mengumpul cendekiawan dari seluruh dunia untuk menampung keperluan institusi keilmuan
3) kesungguhan ulama'
- para ulama' menyebarkan ilmu peengetahuan dan memberikan galakan kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT
1) Hubungan diplomatik
-sejarah telah mencatatkan bahawa ada hubungann diplomatik antara negara Eropah dan negara Islam
2) Pembukaan Pulau Sicily
-Kaisar Federick 11 telah menghantar ilmuan untuk mencari buku di perpustakaan di Timur Islam untuk diterjemahkan ke bahasa Latin dan Eropah
3) Perang Salib
-berlaku 8 kali dalam jangka masa 2 abad
KARAKTERISTIK SARJANA ISLAM
1) mempunyai daya ingatan yang tinggi 2) mampu menguasai lebih dari satu bidang ilmu 3) mempunyai semangat jihad yang tinggi
SUASANA PERSEKITARAN NEGARA ISLAM
1) interaksi antara tamadun islam dengan tamadun lain 2) pemerintah yang amat mementingkan penyebaran ilmu pengetahuan 3)sifat Islam itu sendiri yang memberi kemudahan kepada umat Islam
|
|
|
Post by Che Jauharah on Dec 1, 2014 4:03:24 GMT
pencapaian: 1.Islam bermula sebagai sebuah agama dengan penurunan wahyu pertama di Mekah pada tahun 610 Masehi dan sebagai sebuah negara dan tamadun pada tahun 622 Masehi iaitu selepas berlakunya peristiwa Hijrah ke Madinah. Sesudah itu, selama 10 tahun Rasulullah S.A.W. mendidik dan membentuk para sahabatnya dengan Islam secara amalan dan penghayatan sehingga terbinanya generasi Islam pertama 2.Sesudah itu, para sahabat baginda dan pengikut-pengikut para sahabat itu meneruskan perjuangan baginda dengan menyebarkan Islam ke seluruh Semenanjung Arab, Mesir, Syria, Iraq dan Teluk Parsi. 3.Bani Umayyah yang bermula pada tahun 661 Masehi yang menyebarkan Islam ke Afghanistan, Transaxonia, Multan dan Armenia. 4.Daulah Abbasiyah dikatakan sebagai era kemuncak Tamadun Islam. Perluasan pengaruh Islam telah sampai ke seluruh Afrika Utara, Andalusia, seluruh India Utara dan Anatolia (Turki). Di zaman inilah meningkatnya perkembangan ilmu pengetahuan, seni, teknologi dan pembangunan negara serta lahirnya ilmuan-ilmuan Muslim yang terulung iaitu Ibn Sina (980-1037 M), seorang tokoh falsafah, sains dan perubatan, Ibn al-Haitham (965-1039M) tokoh fizik dan Matematik dan juga al-Ghazali (1058-1111 M) tokoh falsafah dan Tasauf (Sayyed Hussein Nasr , 1984). 5.Daulah Uthmaniah Turki telah diasaskan secara rasminya sekitar 1300 Masehi dan mencapai kemuncaknya apabila Sultan Muhammad II ‘al-Fatih’ yang berjaya menguasai Constantinople pada tahun 1453. Kerajaan Uthmaniah berjaya melebarkan empayar mereka ke Eropah Timur iaitu Bosnia, Serbia, Croatia, Bulgaria, Austria, Hungry dan juga Macedonia. Begitu juga perluasan daerah empayar mereka telah berkembang sehingga ke Timur Laut Mediterranean, pesisir Laut Merah, pesisir Laut Hitam dan juga seluruh wilayah Afrika Utara serta Teluk Parsi.
faktor perkembangan intelektual: 1. Dorongan daripada semangat Iqra’ (membaca) 2. Ilmu berasaskan tauhid 3. Panduan al-Qur’an dan al-Sunnah 4. Keterbukaan dan kreativiti tamadun Islam 5. Tradisi mengkaji dengan bebas di samping menghargai fikiran manusia.
punca pengaliran ilmu ke barat: 1) Hubungan Diplomatik. 2) Aktiviti penterjemahan 3) pembukaan Sicily
karakteristik sarjana Islam: 1.berakhlak mulia 2.al-quran dan hadis jadi panduan 3.menyampaikan ilmu dengan hikmah
suasana negara Islam: 1.amalan harian berlandaskan syariat. 2.pelaksanann hukum hudud. 3.penjagaan kebersihan. 4.keharmonian antara masyarakat.
|
|
|
Post by nurasiya on Dec 1, 2014 5:18:05 GMT
1.Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun? Pencapaian umat Islam terdahulu telah Berjaya merubah corak dan budaya hidup masyarakat Arab pra-Islam yang bertuhankan hawa nafsu dan kejahilan kepada cara hidup baharu yang bertunjangkan akhlak dan peradaban tinggi,malah ia juga turut merubah geopolitik dunia sebelumnya yang didominasi kerajaaan Rom dan Parsi. Setiap kota penting yang dikuasai umat Islam bukan sahaja menjadi pusat kegiatan kesarjanaan dan pembelajaran masyarakat tempatan,malah Berjaya menarik minat ramai sarjana dan pelajar dari luar negara,khususnya dari negara negara Kristian Eropah yang dating untuk mempelajari serta mendalami pelbagai bidang dan cabang ilmu pengetahuan. Pencapaian umat Islam dahulu juga telah banyak menghasilkan karya yang diterjemah dan diguna pakai peradaban dunia dalam proses kegemilangan tamadun.
2.Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual? -peranan pemerintah yang mengambil berat tentang perkembangan ilmu. -peranan para sarjana khususnya menterjemah karya -perkembangan kegiatan keilmuan di Andalusia -Peranan masyarakat umum di Andalusia
3.Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat? -peranan Andalusia -hubungan dagang dan diplomatic -peranan gerakan terjemahan -hasil penemuaan saintifik sarjana islam -pembinaan balai balai cerap -kelahiran pakar pakar bidang
4.Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun. Karakteristik sarjana -beriman - berilmu pengetahuan -rajin - bersungguh sungguh -bertanggungjawab Suasana persekitaran negara Islam -keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t -negara semakin membangun -perkembangan ekonomi dan ilmu -Ketaatan kepada pemimpin dan mengutamakan kepentingan rakyat -raja dan rakyat saling bermuafakat -kapatuhan kepada undang undang
|
|
|
Post by lcj on Dec 1, 2014 5:57:00 GMT
Bicara Tamadun Islam
Sejauh manakah pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun? Umat Islam telah berjaya kembali kepada fitrah manusia iaitu bebas daripada kejahilan.
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektual?
- Tuntutan kewajipan menuntut ilmu dalam al-Quran.
- Gesakan pemimpin untuk mengembangkan kegiatan intelektual.
- Pembinaan pusat terjemahan.
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat?
- Aktiviti penterjemahan yang berleluasa.
- Hubungan perdagangan dan diplomatik.
- Peranan Andalus sebagai pusat perkembangan ilmu.
Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun.
- Sentiasa dahaga mencari ilmu.
- Tidak kedekut untuk berkongsi ilmu.
- Banyak pusat penterjemahan dan perpustakaan.
|
|
|
Post by Mas Aina on Dec 1, 2014 7:22:12 GMT
Assalam Biacara Tamadun Islam.. -Sejauh mana pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun?- 1-Dua pertiga daripada dunia berada diperintah oleh Umat Islam. 2-Pakar-pakar tamadun Islam dahulu mahir dalam pelbagai bidang. 3-Buku-buku daripada pakar sarjana tamadun Islam dahulu sampai sekarang masih digunakan sebagai rujukan.
-Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektuan?- 1-Interaksi antara tamadun (menggalakkan perkembangan dan perkongsian ilmu daripada tamadun lain) 2-Galakan pemerintah 3-Kerjasama para ulama' ( Para Ulama' sebarkan ilmu pengetahuan dan menggalakkan lagi masyarakat generasi seterusnya untuk mendalami ilmu) 4-Aktiviti penterjemahan (Penterjemahan buku ke bahasa lain menggalakkan perkembangan ilmu ke tamadun lain)
-Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat?- 1-Hubungan diplomatik yang terjalin (Jadi mudahlah tersebarnya ilmu berkembang) 2-Pembukaan Pulau Sicily (Pulau Sicily berada di tengah-tengah perjalanan antara Eropah dengan Afrika)
-Karakteristik sarjana islam- 1-Kuat ingatan 2-Rajin menuntut ilmu 3-Berakhlak mulia
-Suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun- 1-Hubungan antara masyarakat 2-Hubungan antara pemimpin dan masyarakat 3-Interaksi antara tamadun islam dengan tamadun lain
Sekian~~ Assalam
|
|
|
Post by anisahmunirah on Dec 1, 2014 7:48:57 GMT
Anisah Munirah Binti Mohd Faiz
Pencapaian umat Islam terdahulu dalam membangun kegemilangan tamadun
Pencapaian umat Islam terdahulu dalam membangun kegemilangan tamadun dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu dalam bidang falsafah dan pemikiran, kemasyarakatan, perubatan dan keindahan agama Islam itu sendiri. Namun begitu, pencapaian umat Islam yang paling boleh dijadikan iktibar dalam melihat sejauh mana umat Islam mencapai kejayaan dan kegemilangan ialah dorongan daripada semangat Iqra’ (membaca). Tanpanya, sememangnya ilmu pengetahuan tidak dapat dititikberatkan. Dorongan ini yang memberikan umat Islam semangat untuk mengenali Islam dan mencetuskan ideology dan pemikiran yang munasahab dalam pembinaan tamadun Islam yang cemerlang. Malah, pencetus kemunculan tamadun Islam adalah atas kewajiban agama dalam menuntut ilmu seperti mana yang disampaikan oleh Allah SWT dalam Surah Al – Iqra ayat 1 – 5. Tanpa kewajiban menuntut ilmu dan membaca, tamadun Islam tidak mungkin dapat membangun dan mencapai kegemilangannya.
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual.
Antaranya ialah:
a) Sikap pemerintah yang bertakwa dan bijaksana. Pemimpian pada zaman kegemilangan tamadun Islam, seperti para khalifah amat berwibawa dan bersifat adil dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan menghormati dan membantu para ilmuwan dalam kegiatan keilmuan.
b) Kestabilan politik yang telah dicapai pada zaman kegemilangan tamadun islam membolehkan pemerintah dan umat islam mengalihkan tumpuan mereka kepada kegiatan keilmuan. Malah, hal ini juga membenarkan umat Islam bebas mengembara ke seluruh pelosok dunia untuk menuntut atau menyebarkan ilmu pengetahuan.
c) Institusi masjid yang menjadi pusat pembelajaran. Universiti – universiti terawal dalam sejarah Islam juga berkembang daripada institusi masjid. Di mana sahaja terdapatnya masjid, disitulah kegiatan ilmu diadakan, sama ada oleh para imam mahupun guru – guru.
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat
Antaranya ialah:
a) Galakan daripada pemimpin – pemimpin Islam yang berwibawa dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dengan lebih luas lagi.
b) Hubungan diplomatic yang dijalin antara negara Islam dengan negara – negara Barat.
c) Aktiviti penterjemahan yang menjadi dorongan utama kepada pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat. Golongan cendekiawan Eropah yang menetap di negeri-negeri Islam mempelajari ilmu pengetahuan dan kemudiannya membawa pulang ilmu – ilmu ini ke negeri mereka masing – masing dan cara mereka menyebarkan ilmu ini melalui penterjemahan.
Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun
Antaranya ialah:
a) Mengamalkan sifat zuhud iaitu mencari ilmu dan menyebarkan ilmu untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT
b) Membersihkan iman dan akhlak daripada segala kekotoran disamping mempunyai kebersihan lahiriah yang jelas dan keperibadian diri yang tinggi.
c) Menjauhi sifat angkuh, riak, hasad dan dengki
d) Mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dan tidak jemu untuk sentiasa menuntut ilmu.
e) Mempunyai keilmuan yang meliputi kebijaksanaan dan kepekaan dalam menyampaikan ilmu dengan berkesan.
|
|