SYAHIRAH FARHANAH BINTI MOHAMED ELIAS
Assalamualaikum wbt,
1. Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun
Kegemilangan tamadun Islam sangat meluas merangkumi politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan. keadaan politik yang stabil dan negara yang aman membolehkan pemerintah dan umat Islam mengalihkan tumpuan mereka kepada kegiatan keilmuan dan usaha memakmurkan negara Islam. sumber ekonomi yang luas dan banyak. salah satu sumber kewangan Islam adalah melalui zakat, umat Islam tidak melihat kewajipan membayar zakat sebagai satu bebanan. salah satu elemen terpenting yang mampu menjamin keamanan dan keselamatan sesebuah negara adalah mempunyai kekuatan ketenteraan.
2. Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektuan
- keadaan dalam wilayah kekuasaan Islam yang aman telah membolehkan pemerintah dan umat Islam memerikan lebih tumpuan kepada kegiatan keilmuan dan kebudayaan
- para ilmuan Islam telah mendalami ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada para pemeluk Islam yang baharu yang secara tidak langsung mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan ilmu sains tabii dan perubatan
- seorang ahli falsafah juga ialah seorang pakar perubatan yang menuliskan tentang ilmu falsafah dan perubatan yang dilakukan secara beriringan
3. Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat
- peranan andalusia
keagungan dan kegemilangan tamadun Islam telah menjadi ikutan negara-negara Kristian yang berjiran. ramai pelajar Eropah datang ke Andalusia untuk mempelajari pelbagai disiplin ilmu pengetahuan yang tidak terdapat di negara mereka.
-hubungan dagang dan diplomatik
hubungan dagang antara negara Islam dengan negara-negara Kristian Eropah turut membantu mengembangkan tamadun Islam ke Eropah. melalui kegiatan dagang, produk-produk Islam dan pelbagai bidang seperti pertanian dan teknik-teknik pertanian terkini mula dipelajari masyarakat Eropah
- peranan gerakan terjemahan
para sarjana Eropah telah menagmbil inisiatif mempelajari dan menterjemah pelbagai bidang ilmu dari dunia Islam di Andalusia dan lain-lain wilayah kekuasaan Islam di Timur
- impak gerakan terjemahan
hasil karya sarjana agung Islam yang meliputi bidang falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, algebra dan lain-lain diterjemahkan ke bahasa Latin dan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain
4. Karakteristik sarjana Islam
- berdasarkan al-Quran dan al-Hadis
- kuat daya ingatan
- mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang mendalam
- berdakwah dengan berhikmah
Suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan
- interaksi antara tamadun islam dengan tamadun lain
- sifat Islam yang memberi kemudahan kepada umat Islam
- pemerintah yang amat mementingkan penyebaran ilmu pengetahuan
kejatuhan tamadun
- Pemerintah yang lemah
negara yang diperintah oleh pemerintah yang lemah akan mudah menjadi kucar-kacir, ketidakstabilan politik, kelumpuhan ekonomi dan perpecahan negar menjadi wilayah-wilayah kecil.
- Berlaku penyelewengan dan keruntuhan akhlak
Semua bentuk-bentuk penyelewengan dan gejala keruntuhan akhlak dianggap sebagai perkara biasa sedangkan golongan amar makruf nahi mungkar dianggap kolot dan antikemajuan.
-Kekurangan sumber ekonomi
Sumber ekonomi yang kurang boleh membawa kepada kecelaruan sosial seperti kegiatan mencuri dan sebagainya atas desakan hidup.
SISTEM KASTA
- menitikberatkan idea kelas dalam masyarakat
- Brahmin (pendidik, pendeta), Ksatria (pemerintah, pahlawan), Vaisya (peniaga, pedagang), Sudra (pekerja, petani)
PERKAHWINAN
- Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu vaitiikat tirumanam, tamil tirumanam, eliyat tirumanam
- Perkahwinan masyarakat India biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik iaitu Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta status ekonomi, pedanda iaitu Brahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya.
DHARMA
-Dharma adalah jalan kehidupan yang berlandaskan kebenaran dalam filsafat agama-agama yang berasal dari Anakbenua India, yaitu Hindu,Buddha, Jainisme, dan Sikhisme. Agama-agama tersebut terkenal sebagai kelompok Agama Dharma atau Agama Dharmik.
-Jati dharma adalah dharma yang dianut menurut kelahirannya.
-Kula dharma adalah dharma yang dianut menurut keluarga.
INAI
-pengaruh daripada pengaruh daripada Hindu di India dan Islam di Pakistan, Mesir, Syria, Iran
MAHATMA GANDHI
- Mahatma Karamchand Gandhi
- pemimpin spiritual sekaligus politikus India dan merupakan orang paling penting dalam Gerakan Kemerdekaan India
- menjadi inspirator para pemimpin di seluruh dunia