|
Post by NajihahZabidi on Dec 7, 2014 7:44:52 GMT
NUR NAJIHAH BT ZABIDI Aktiviti bicara tamadun
1)sejauh mana pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun
-umat islam terdahulu telah meningkatkan kegiatan ilmu dan kebudayaan dalam setiap genap masyarakat. Kegiatan keilmuan telah berlaku dengan bersemarak di setiap pemerintahan islam yang seterusnya menjadi pusat kegiatan pembelajaran masyarakat malah menjadi pusat kegiatan sarjanaan dari tamadun lain. -kelahiran islam telah berjaya merubah corak dan budaya hidup masyarakat arab pra-islam yang jahil. umat islam yang lahir dengan keimanan kepada Allah telah berjaya berdakwah dan mengembangkan islam hampir ke setiap pelusuk dunia. Hal ini menyebabkan kekuatan islam semakin meningkat dan ketakwaan umat islam juga digeruni musuh -semangat jihad umat islam yang telah berjaya mengubah geopolitik dunia kerana telah menakluki 2/3 negara di muka bumi. Dengan kebijaksanaan, keimanan dan semangat jihad yang tinggi, umat islam pada zaman terdahulu mampu membangunkan tamadun islam yang gemilang
2)faktor membantu perkembangan kegiatan intelektual -keadaan wilayah kekuasaan Islam yang aman yang menyebabkan seluruh masyarakat dapat memberi lebih perhatian terhadap perkembangan ilmu -cabaran-cabaran ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada para pemeluk islam yang memaksa para ilmuwan islam mendalami ilmu tersebut -perkembangan ilmu falsafah yang secara tidak langsung mengalakkan perkembangan ilmu sains dan perubatan -penyerapan dan pemindaan ilmu-ilmu klasik daripada bahsa yunani, suryani, parsi dan sanskrit ke bahasa arab -melalui usaha-usaha penterjeahan,penyaringan dan penghasilan karya, intelektual islam berkembang lalu mula diberi perhatian ketika keamanan tercapai
3)punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat? -Peranan Andalusia keagungan dan kegemilangan tamadun islam telah menjadi ikutan negara-negara disekeliling. Ramai pelajar dari Eropah yang kebanyakannya beragama kristian datang ke andalus bagi mempelajari pelbagai ilmu. Mereka juga secara tidak langsung menguasai bahasa Arab dan ilmu-ilmu islam dan seterusnya menyebarkan ilmu tersebut -Hubungan dagang dan diplomatik hubungan dagang antara Islam dengan negara-negara Kristian membantu mengembangkan kegiatan intelektual antara tamadun islam dan eropah. Perkara ini berlaku melalui kegiatan dagang, produk-produk islam dalam pelbagai bidang dan teknik-teknik yang terdapat di tamadun islam telah mula dipelajari masyarakat eropah. -Peranan gerakan terjemahan sarjana barat berusaha mempelajari dan menterjemah pelbagai bidang ilmu yang terdapat pada Tamadun Islam dan di wilayah kekuasaan Islam. Hal ini merupakan antara faktor pengaliran ilmu dan kegiatan intelektual antara eropah dan tamadun islam melalui karya penterjemahan karya-karya islam oleh para sarjana eropah. -Hasil penemuan Saintifik sarjana Islam terdapat banyak penemuan saintifik yang dijumpai sarjana islam antaranya Abu Musa Jabir-kaedah sains seperti pengewapan,sejatan,penyulingan,kaedah oksida logam bakar dan lain-lain Al Khawarizmi-judual astronomi mengandungi tangen Al Biruni- menemui cara pengiraan longitud dan latitud bumi Al Farghani- Mengira ukur lilit bumi secacra tepat hasil dari penemuan saintifik ini, masyarakat eropah mula menuntut ilmu dari sarjana islam dan aktivi penterjemahan dijalankan dengan pesat
4)karakteristik sarjana islam dan suasana persekitaran negara islam yang membantu kecermerlangan dan kejatuhan tamadun
membantu kecemerlangan(sarjana islam) -menpunyai perasaan cintakan ilmu yang sangat mendalam -berusaha untuk mengembangkan ilmu yang ada -bersikap terbuka dalam membina pendapat dan idea
suasana persekitaran negara islam yang mendorong kecemerlangan -pemerintah yang mengambil berat tentang perkembangan ilmu -penubuhan masjid bagi tujuan ibadah dan pengajian, sekolah dan perpustakaan -tenaga pengajar diberi hadiah lumayan oleh pemerintah -masyarakat bersemangat menuntut ilmu untuk memajukan negara dan agama -pendidikan khusus diwujudkan sebagai inisiatif bagi mendidik generasi muda
karakteristik sarjana islam (kejatuhan tamadun) -tiada usaha terjemahan dilakukan lagi -sarjana bersifat tertutup dan tidak menerima idea dari sumber lain -keruntuhan akhlak sarjana
suasana persekitaran yang meruntuhkan kegiatan intelektual -pemerintah tidak menyokong perkembangan intelektual -masyarakat tidak mahu menuntut ilmu -institusi pengajian tidak berfungsi -tiada pendedahan kepada generasi muda untuk mengembangkan ilmu
|
|
|
Post by fazreen on Dec 7, 2014 8:25:21 GMT
Salam
1) Sejauh mana pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun
- Melahirkan tokoh-tokoh dan para ilmuan Islam dalam pelbagai bidang - Memerintah dua pertiga dunia - Perdagangan
2) Faktor membantu perkembangan kegiatan keintelektualan :
- Aktiviti perterjemahan - Peranan pemerintah - Membina pusat pengajian - Interaksi antara tamadun lain - Perkembangan ilmu
3) Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat :
- Hubungan diplomatik dan dangangan antara negara Islam dengan negara-negara Barat - Aktiviti perterjemahan yang dapat membawa kepada pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat
4) Karakteristik sarjana islam
- Bersih dari sifat negatif iaitu angkuh, riak dan lain-lain - Rajin menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu untuk mendapatkan keredhaan dan kerahmatan daripada Allah SWT - Ikhlas dan mempunyai akhlak yang mulia - Al-Quran dan Al-sunnah sebagai garis panduan
5) Suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun :
- Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT - Hubungan antara pemimpin dengan rakyat - Interaksi antara tamadun islam dengan tamadun lain
|
|
|
Post by syahirbadri on Dec 7, 2014 15:29:33 GMT
assalamualaikum
- sejauh mana umat islam membangun kegemilanagn tamadun umat islam terdahulu telah berjaya membina kegemilangan tamudan kerana mereka telah berjaya menakluk 2/3 dunia. kejayaan ini juga tidak akan dapat dicapai tanpa adanya pemimpin yang berkaliber yang telah memimpin mereka. sikap tawadduk umat islam yang telah dapat membentuk umat islam yang berdisiplin dan patuh akan ajaran islam sehingga mereka dapat mencapai kejayaan dari segi pembinaan bangunan dan penerokaan dalam pelbagai bidang.
- faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektualan anatara faktor perkembanagan kegiatan ini ialah kerjasama anatara para intelektual islam yang telah berkerjasama ke arah perkembangan kegiatan intelektual sehingga mewujudkan pusat keilmuan dan perpustakaan.
-punca pengaliran ilmu ke barat antara punca pengaliran ilmu ke barat ialah hubungan diplomatik yang telah terjalin anatara tamadun islam yang telah mengalakkan pengaliran ilmu anatara tamadun.
-karakteristik sarjana islam Antara karakteristik atau sifat sarjana Islam pada zaman dahulu adalah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, tidak bersifat angkuh serta sombong dengan kelebihan yang dimiliki, menghormati ilmu pengetahuan serta sentiasa berusaha untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam.
-suasana negara yang membantu kecemerlangan dan kejatuahan tamadun antara faktor yang membantu kecemerlanagn ialah pemerintah yang adil,amanah,bijaksana dan cekap dalam menguruskan pemerintahan. selain itu, kestabilan politik,ekonomi dan sosial
faktor yang menyebabkan kejatuhan ialah pemerintah yang tidak berpegang kepada ajaran agama serta ketidakstabilan politik,ekonomi,sosial
|
|
|
Post by muazmutalib95 on Dec 7, 2014 16:01:10 GMT
Sejauh mana pencpaian umat islam terdahulu membangunkan kegemilangan tamadun
Sesuatu yang menjadi kebanggan umat Islam dan para pengkaji tentang konsep jihad yang diamalkan oleh umat Islam terdahulu tidak hanya terhad kepada berperang tetapi usaha yang bersungguh-sungguh untuk memajukan diri dan Negara. Mereka telah bersungguh-sungguh untuk meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan seperti ilmu syariat, bahasa, sains, kejuruteraan dan sebagainya. Mereka telah berjaya menguasai pelbagai ilmu sehingga menjadi pakar yang disegani dan terkenal.
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektualan
- Peranan khalifah yang menggalakakkan aktiviti keilmuan - Penubuhan Baitulhikmah sebagai pusat penulisan dan penterjemahan (Kota Baghdad) - Penglibatan ulama dalam kegiatan keilmuan - Pembinaan pusat-pusat pengajian tinggi d negara-negara Islam bermula dari Kota Baghdad - Penemuan kaedah baru dalam penulisan ilmiah - Kesediaan masyarakat Islam menerima ilmu
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat
- peranan andalusia keagungan dan kegemilangan tamadun Islam telah menjadi ikutan negara-negara Kristian yang berjiran. ramai pelajar Eropah datang ke Andalusia untuk mempelajari pelbagai disiplin ilmu pengetahuan yang tidak terdapat di negara mereka.
- hubungan dagang dan diplomatik hubungan dagang antara negara Islam dengan negara-negara Kristian Eropah turut membantu mengembangkan tamadun Islam ke Eropah. melalui kegiatan dagang, produk-produk Islam dan pelbagai bidang seperti pertanian dan teknik-teknik pertanian terkini mula dipelajari masyarakat Eropah
- peranan gerakan terjemahan para sarjana Eropah telah menagmbil inisiatif mempelajari dan menterjemah pelbagai bidang ilmu dari dunia Islam di Andalusia dan lain-lain wilayah kekuasaan Islam di Timur
- impak gerakan terjemahan karya sarjana agung Islam yang meliputi bidang falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, algebra dan lain-lain diterjemahkan ke bahasa Latin dan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain
Karakteristik ilmuwan islam dan suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan & kejatuhan tamadun
- Kuat daya ingatan - Bersunguh sunguh dalam melakukan sesuatu pekara - Berfikiran positif dan bersikap terbuka - Mempunyai semangat yang kuat serta tidak mudah berputus asa - Menjadikan al Quran dan hadis sebagai panduan - Tidak kedekut ilmu
|
|
pian
New Member
Posts: 5
|
Post by pian on Dec 7, 2014 16:24:05 GMT
1)pencapaian umat islam terdahulu ,umat islam telah merujuk 100% kepada alquran dan sunnah ,rahbaniyyah umat nabi muhammad... yakin pada Allah....menuntut ilmu dipentingkan... 2)faktor peranan khalifah penubuhan baitul hikmah pertukaran teknologi pentaafsiran kitab tamadun lain penglibatan ulama sifat terbuka 3)penterjemahan-kitab kepada pelbagai bahasa zaman renaissance-selepas zaman gelap peranan andalusia-pelajar berkumpul 4)kuat daya ingatan siqqah sifat terbuka sentiasa menyampaikan mengamalkan apa yang diajar alquran dan hadis sebagai panduan
kejatuhan alquran dan hadis tidak dipedulikan
|
|
|
Post by zhariffffff on Dec 7, 2014 17:32:46 GMT
1. Pencapaian umat Islam berjaya mengamalkan segala perintah Allah di dalam Quran dan Sunnah. Serta mengambilberat akan seruan untuk menuntut ilmu. Islamjuga tersebar keseluruh dunia.
2. Faktor perkembangn intelektual: .khalifah yg menekankan kepentingan ilmu .pusat ilmu Baitulhikmah .Penghormatan terhadap autoriti untuk memastikan keputusan dilakukan berdasarkan ilmu .penafsiran kitab .keterbukaan tamadunlain
3. Faktor pengaliran ilmu Islam ke Eropa: .Aktiviti penterjemahan . hubungan diplomatik dan aktiviti perdagangan .perang salib yang berterusan dalam tempoh yang lama menjadikan dunia barat sedar akan kepentingan ilmu
4. Karakteristik sarjana Islam .sifat terbuka .sentiasa menyampaikan .mengamalkan apa yang diajar .bersifat zuhud -tidak kedekut dalam berkongsi ilmu
5. Suasana persekitaran Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun
i)Kecemerlangan -pemerintah yang menegakkan syariah Islam -Al-quran dan hadis diamalkan dalam setiap cakup kehidupan -penekanan dalam pelbagai bidang ilmu
ii)Kejatuhan -pemerintah yang tidak berpegang kepada ajaran agama -berlaku penyelewenagan dan keruntuhan akhlak -ancaman musuh luar -kepimpinan yang lemah -kemerosotan dalam perkembangan ilmu pengetahuan
|
|
aiman
New Member
Posts: 8
|
Post by aiman on Dec 10, 2014 17:23:22 GMT
1) SEJAUH MANA PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU MEMBANGUN KEGEMILANGAN TAMADUN.
-penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan yang berasaskan rasa cinta kepada ilmu. -kelahiran semngat jihad dalam melindungi dan memartabatkan islam pada dunia. -wujud sistem pentadbiran yang sistematik serta produktif kepada negara. -wujud perpaduan antara kaum khususnyapada umat islam.
2)FAKTOR MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN INTELEKTUAL
-galakan pemerintah terhadap kegiatan intelektual -Kestabilan politik, ekonomi dan social di Andalus - Kerjasama Para Ulama dan Cendikiawan -tuntutan islam agar menuntut ilmu
3)PUNCA PENGALIRAN ILMU KE BARAT.
- Peranan Orang-Orang Mozarrab (Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan Arab dan Islam) -wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dan Andalus -pengluasan aktiviti peterjemahan seluruh dunia. - Pembukaan Sicily yang kedudukannya strategik, ditengah-tengah perjalanan antara Eropah dan Afrika, mendorong ia menjadi pusat intelectual yang penting ketika itu.
4)KARAKTERISTIK SARJANA ISLAM.
-rasa takut dan takwa kepada Allah ketika menuntut ilmu - Mengajak manusia mengasihi dan melaksanakan perintah al-Quran -Menjelaskan kepada orang bahawa beramal tanpa ilmu tidak ada kebaikan -perbuatannya sepakat dengan percakapannya -bertekun menjayakan ilmu yang mendatangkan faedah serta mengelakkan diri persoalan-persoalan yang sia-sia -keluhuran akhlak ulama kepada makhluk Allah melebihi siapapun di antara kaumnya -kecintaannya dan kegigihannya dalam menjalankan perintah Allah
5)SUASANA PERSEKITARAN YANG MENJATUHKAN KEGIATAN INTELEKTUAL.
-sistem pentadbiran yang bercanggah jauh dari ajaran islam. -tiada perpaduan antara kaum
|
|
|
Post by arishanajua on Dec 10, 2014 17:52:03 GMT
pencapaian umat Islam merangkumi seluruh aspek dan jelas pencapaian tersebut dalam aspek pentadbiran,pendidikan serta dalam mengeluarkan diri mereka daripada kongkongan jahiliyah dan semua dibantu oleh Rasulullah SAW serta sahabat baginda. selain itu,Islam juga berjaya dalam aspek pertahanan negara,ekonomi dan sebagainya. pencapaian ini menjadi dorongan kepada pembangunan tamadun yang lebih gemilang kerana kejayaan dalam setiap bidang membawa keharmonian untuk pembangunan sesebuah tamadun.
faktor yang memebantu kegiatan intelektual:
sikap pemerintah-pemerintah yang mentadbir mestilah bijaksana dan rasional. pemerintah dalam tamadun Islam rata-ratanya pemerintah yang celik akal dan adil. pemerintah juga mementingkan ilmu lantas memberi galakan dalam perkembangan ilmu seperti galakan memebin institusi pembelajaran,perpustakaan dan lain-lain.
interaksi antara tamadun- tamadun Islam berinteraksi dengan tamadun lain dengan bertukar ilmu,pendapat dan kemahiran. kadang-kadang mereka menambah baik ilmu yang sedia ada dengan informasi tambahan daripada tamadun lain,lantas menjadikan kegiatan intelektual itu lebih meluas
kestabilan politik-politik yang aman tanpa sebarang huru-hara memudahkan kegiatan intelektual untuk berlaku. rakyat dapat menuntut ilmu dengan aman
peranan sarjana-sarjana berperanan dalam meluaskan lagi ilmu dengan mengajarkan ilmu mereka kepada orang lain. semasa tamadun Islam,banyak sarjana berperanan dalam penterjemahan kitab.
punca pengaliran ilmu ke barat dapat dilihat melalui hubungan diplomatik,aktiviti penterjemahan kitab kepada bahasa lain yang memudahkan orang lain untuk memahami,pembukaan Sicily di Pulau Sicily yang berada di tengah perjalanan Eropah dan Afrika
ciri-ciri sarjana Islam adalah mereka tekun dalam menuntut ilmu dan menyebarkannya untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT,mereka mempunyai ingatan yang kuat,mereka bersikap merendah diri dengan ilmu yang ada pada mereka.
suasana yang membawa kepada kecemerlangan serta kejatuhan sesebuah tamadun dapat dilihat pada tanggungjawab dalam diri masyarakat dan pemerintah. begitu juga hubungan antara mereka.
|
|
UMMI WARDAH BINTI SHAFIE
Guest
|
Post by UMMI WARDAH BINTI SHAFIE on Dec 10, 2014 18:01:28 GMT
Bicara Tamadun Islam Pencapaian umat Islam terdahulu dalam membangunkan kegemilangan tamadun merangkumi seluruh aspek kehidupan. Dalam membangunkan tamadun, umat Islam amat berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan hadis. Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan umat Islam mencapai kegemilangan tamadun. Antaranya ialah keyakinan umat Islam terhadap ajaran Islam, pemerintah yang bertakwa lagi bijaksana, sumber ekonomi yang luas serta politik yang stabil. Kegemilangan umat Islam telah membawa pelbagai sumbangan kepada peradaban dunia. Antaranya dari segi teknologi, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan lain-lain. Antara faktor yang membantu perkembangan intelektual ialah peranan pemerintah. Pada zaman Abbasiah, para pemerintah mendirikan banyak masjid. Setiap kompleks masjid dilengkapi dengan sekolah dan perpustakaan. Mereka juga memperuntukkan biaya khas untuk kolej dan pelajarnya. Para penyelidik turut dianugerahkan hadiah-hadiah lumayan. Selain itu, para sarjana juga turut membantu dalam mengembangkan bidang intelektual. Mereka menterjemah dan mencatat karya-karya intelektual. Seterusnya, masyarakat juga turut memainkan peranan besar dalam menyemarakkan perkembangan intelektual. Mereka secara sukarela membenarkan rumah-rumah mereka dijadikan tempat pengajaran kanak-kanak. Antara punca pengaliran ilmu ke barat ialah penguasaan umat Islam ke atas Andalusia. Semasa penguasaan tersebut, budaya dan tamadun Islam telah mendominasi sebahagian besar masyarakat Eropah. Ramai pelajar Eropah datang untuk mempelajari pelbagai disiplin ilmu pengetahuan yang tidak terdapat di negara mereka. Seterusnya, jalinan hubungan dagang dan diplomatik antara negara Islam dengan negara-negara Kristian Eropah. Melalui kegiatan dagang, produk-produk Islam dalam pelbagai bidang seperti pertanian dan teknik-teknik pertanian mula dipelajari masyarakat Eropah. Para pemerintah Kristian Eropah juga menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam. Mereka saling bertukar-tukar hadiah dan duta. Selain itu, gerakan penterjemahan juga membantu. Mereka mempelajari dan menterjemah pelbagai bidang ilmu dari dunia Islam. Antara karakter sarjana Islam dan suasana negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun ialah semasa kecemerlangan para sarjana amat mementingkan ilmu pengetahuan. Mereka berusaha mempelajari pelbagai cabang ilmu. Institusi masjid menjadi peranan penting dalam melahirkan para sarjana yang tersohor. Pada zaman kecemerlangan suasana negara Islam sentiasa aman dan damai. Kedudukannya juga strategik yang menyebabkan mereka menjadi umat yang unggul dan kuat. Pada zaman kejatuhan, umat Islam kurang memberikan tumpuan kepada kegiatan keilmuan dalam bentuk penyelidikan dan pembangunan. Mereka hanyalah memberikan tumpuan kepada kegiatan mempelajari kitab-kitab sebelumnya serta membuat syarahan dan ringkasan mengenainya. Negara Islam juga turut mengalami ancaman dari musuh luar yang memusnahkan segala khazanah ilmu pengetahuan. Negara Islam juga mengalami kekurangan dari sumber ekonomi.
|
|
|
Post by NuraqilahHS244 on Dec 10, 2014 19:02:50 GMT
# sejauh mana pencapaian umat islam dahulu dalam membangunkan kegemilangan tamadunFokus utama pembangunan islam adalah pembangunan manusia itu sendiri. ianya bukan terletak kepada ekonomi atau modenisasi tetapi penerapan kerohanian dan ketakwaan yang tinggi kepada Allah dapat melahirkan satu tamadun dan pencapaia yang gemilang. Pimpinan pemimpin yang adil, bijaksana dan menanamkan takwa yang tinggi dalam hati melahirkan pencapaian tamadun yang sangat hebat. Pendidikan yang meluas dan menjadi asas untuk memajukan tamadun. Aspek kesejahteraan dalam masyarakat juga membuahkan satu impak yang besar dalam setiap tamadun. # Faktor bantu kegiatan keintelektual- aktiviti - aktiviti keilmuan yang membina dan merangsang minda
- semangat cinta akan ilmu oleh para ilmuan diterapkan
- penterjemahan yang meluas
- pembinaan pusat pusat ilmu
# punca penyebaran ilmu pengetahuan ke barat
- kegiatan menterjemah semasa Zaman Abasiyah diperluas
- pertembungan yang berlaku antara tamadun islam dengan tamadun asing memberi impak dalam penyebarannya secara tidak langsung
- sumbangan tokoh tokoh islam menyebarkan ilmu diserap oleh orang barat
List item 1
|
|
|
Post by saidatul hs244 on Dec 10, 2014 19:48:08 GMT
1.Sejauh manakah pencapaian umat islam terdahulu membangunan kegemilangan tamadun?
Astronomi Astronomi atau falak adalah salah satu ilmu sains yang berkembang pesat pada zaman keagungan tamadun Islam. Pencapaian cemerlang umat Islam dalam bidang astronomi terutamanya pada zaman Abbasiyyah begitu hebat kerana terdapat banyak makmal-makmal astronomi khususnya di bandar-bandar besar seperti di Baghdad. Seni bina Seni bina Islam berkembang dengan begitu pesat dalam tamadun Islam sehingga lahirlah kota-kota yang besar yang merupakan manifestasi pencapaian seni bina Islam. Antara kota dan binaan yang masyhur adalah: 1. Kota Kaherah yang mempunyai masjid Jamek al-Azhar yang kemudiaannya dijadikan universiti terunggul Islam iaitu Universiti al-Azhar. 2. Kota Cordova yang kaya dengan ratusan binaan pelbagai masjid, istana, pangsapuri, tempat mandi serta gedung perniagaan. Kejuruteraan Tamadun Islam telah memberi sumbangan yang sangat besar dalam bidang kejuruteraan hidrologi. Semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz (624M) pakar-pakar kejuruteraan Islam telah berjaya membina terusan yang panjangnya 10km yang mengalirkan air dari sungai Furat ke Basrah. Kemudian Umar Abdul Aziz membina terusan yang panjangnya 100km yang menyambungkan Sungai Nil dengan Laut Merah untuk mengatasi kemarau di Tanah Arab. Geografi Tamadun Islam turut menyumbang dalam bidang geografi. Ahli geografi Muslim yang terkenal iaitu Yaqut al-Hamawi (1179 – 1229M) telah berjaya menghasilkan ensiklopedia geografi dunia yang dikenali sebagaiMu‘jam al-Buldan. Manakala al-Biruni (973 – 1048M) telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang geografi kerana berjaya menghasilkan beberapa karya yang penting, antaranya, Tahdid Nihayat al-Amakin (Penentuaan Batas Daerah). Beliau juga mencipta kaedah baru mengukur latitud (darjah lintang) dan longitud (darjah bujur). Malah, al-Biruni juga berjaya membuat pengukuran sendiri untuk menetapkan antipoda, kebulatan bumi, ketinggiaan serta sifat-sifat geografi bandar-bandar. Kajian al-Biruni bahawa planet bumi sentiasa berputar di atas paksinya serta mengelilingi planet matahari adalah lebih awal daripada kajian Galileo Galilei tentang teori yang sama.
2.apakah factor-faktr yang membantu perkembangan kegiatan intelektualan? 1. Keadaan yang aman di wilayah Islam 2. Keadaan aman di wilayah kekuasaan Islam secara relatifnya membolehkan pemerintah dan umat Islam seluruhnya memberi perhatian kegiatan keilmuan dan kebudayaan. 3. Cabaran intelektual dari mereka yang baru memeluk Islam 4. Cabaran ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada para pemeluk Islam yang baharu memaksa para ilmuan Islam mendalami ilmu-ilmu tersebut yang secara tidak langsung , perkembangan ilmu falsafah ini mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan ilmu sains tabii dan perubatan. 5. Pertembungan dengan budaya luar: 6. Budaya luar yang wujud dalam linkungan umat Islam merupakan satu cabaran bagi ilmuan atau para ulama dalam mencari jalan bagi menyelesaikan pelbagai persoalan. 7. Peranan Para Sarjana: 8. Minat yang menggalakan dari para sarjana di Andalus telah menyemarakkan lagi kegiatan keilmuan. Hunain b. Ishak, beliau telah menterjemahkan karya Yunani ke bahasa Suryani dan bahasa Arab. Beliau juga telah menterjemahkan 95 buah karya Gelen ke dalam bahasa Suryani dan 35 buah karya ke bahasa Arab. 3.punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat? a) Hubungan Diplomatik. -Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan negara Islam.Islam mengajar umatnya supaya berinteraksi antara satu sama lain baik berinteraksi secara vertikal deengan Allah SWT, mahupun berinteraksi secara horizontal sesama manusia dengan sesama makhluk Allah.Islam juga menyuruh umatnya mengutamakan perdamaian atau menerima perdamaian, jika diminta berbuat demikian oleh musuh, tetapi hendaklah berwaspada dan berserah kepada Allah SWT.Firman Allah dalam surah Al-Anfal, ayat 61 yang bermaksud; “dan mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Dia Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui”
2) Aktiviti penterjemahan Dalam masa peperangan Salib telah wujud hubungan kebudayaandan tamadun antara pihak Kristian dan Muslimin secara langsung atau tidak langsung.Kehadiran orang-orang Kristian di Eropah di negeri-negeri Islam, menyebabkan mereka banyak memperolehi pengetahuan dari tamadun Timur melalui interaksi mereka dengan orang-orang Islam dineeri-negeri dimana mereka berada.Mereka melihat secara langsung ketinggian tamadun Islam dalam pelbagai bidang Ilmu pengetahuan, antara lain: bidang perubatan, pertanian, pendidikan, arkitektur, ketenteraan dan sebagainya
Orang-orang Eropah menetap di negeri-negeri Islam mengambil unsur-unsur tamadun Islm daan kemudiannya mereka bawa pulang kenegeri masing-masing.Semenjak mereka mengenali kecemerlangan tamadun Islam pada lingkungan abad ke 11 Masihi, maka makin tinggilah keinginan mereka untuk menyerap tamadun dalam kehidupan mereka sehari-sehari Setelah mereka berfikir bagaimanakah caranya supaya ilmu pengetahuan yang berguna itu masuk ke Eropah lebih cepat, golongan cendikiawan di kalangan mereka sependapat bahawa cara yang terbaik ialah penterjemahan.
Usaha penterjemahan tersebut, sebahagian besarnya dilakukan oleh cendikiawan di Universiti Islam di Sepanyol, Sicily dan cendikiawan Islam di Universiti Islam di Timur.Usaha penterjemahan buku berjalan pesatnya kerana mereka mempunyai pengetahuan kemaampuan untuk menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke dalam Bahasa Latin dan bahasa Eropah yang lainnya.
Usaha seperti ini berlangsung selama dua abad sehingga akhir abad ke-13 Masihi.Bangsa Eropah mempergiatkan lagi bidang ini dan mendirikan Institusi penterjemahan yang berfungsi sebagai institusi akademik, contohnya seperti; a) Institusi penterjemahan di Toledo.Penterjemah yang aktif dalam institusi ini antara lain; -Ibrahim Ibnu Daud (1190) seorang Yahudi -Herman (1272) warganegara Jerman -Gerard (1187) dari Itali yang mana mereka ini menterjemahkan bidang falsafah dan sebahagian kecil dalam bidang sains dan teknologi. b) Institusi penterjemahan di Palermo ibu negeri Sicily.Kaisar Faderick 11 amat menggalakkan usaha penterjemahan.Beliau mengirim para ilmuan untuk mencari buku ke perpustakaan di Timur Islam untuk diterjemahkan kedalam bahasa Latin dan bahasa Eropah lain.Diantara buku yang menarik perhatian Kaisar ialah karya Ibnu Rusyd dan melantik Michael Scott (1235M) untuk menterjemahkannya. Diantara buku Sains yang diterjemahkannya ialah; a) “Al Madkhal ila-ilm Hayat al Aflak” karya Al Farghani yang diterjemahkan kedalam bahasa Latin oleh Yohannes Hispalensis dan Gerard pada tahun 1135M b) “Al Tarikh Al Jalali” karya Umar al Khayyam diterjemahkan kedalam bahasa Eropah dan Latin. c) Ibnu Nafis terkenal sebagai seorang doktok yang pertama kali menemui pengaliran darah.Orang yang boleh menyamai kepakarannya ialah seorang pakar bedah Islam di Sepanyol yang bernama Abu Qasim.Penemuannya itu mendahului 400 tahun berbanding dengan pakar Eropah yang bernama Hervey dan Michael Servet.Penemuan beliau di bidang ini amat mempengaruhi doktor-doktor Eropah seperti Ambroise Pare 1517-1590 dan Percivall Pott 1713-1788M.
3) Perang Salib Peperangan Salib berlaku sebanyak 8 kali dalam masa 2 abad diantara tahun 1097-1292M bersamaan tahun491-692 Hijrah.Perang Salib diambil dari nama ‘Salib’ sebagai lambang orang-orang Kristian.Dengan sebab itulah ramai beranggapan bahawa peperanganini juga dikatakan peperangan ‘agama’.Sebenarnya jauh dari itu bukan faktor agama sahaja yang menyebabkan berlaku peperangan, malah wujud sebab –sebab lain yang lebih banyak.Menurut Prof.Dr.Ahmad Shalaby (1975:1-6) mengatakan diantara sebab-sebab itu ialah: 1) sebab-sebab perdagangan i. -ahli-ahli perniagaan Eropah sanggup mengeluarkan wang dan senjata untuk membantu peperangan Salib kerana mereka berkeinginan supaya dapat menakluki sesetengah dermaga-dermaga di sepanjang pantai Timur dan selatan Laut Mediterranean, terutama di Venice, Genoa dan Pisa.Tujuannya ialah supayadermaga-dermaga tersebut menjadi pusat perniagaan mereka di Timur dan wujud kesinambungan di antara perniagaan Eropah dengan perniagaan di Timur melalui jalan-jalan ini ii. Perang Salib berlaku di Manzikert, Byzantin. -Pada tahun 1071M telah berlaku satu pertempuran antara orang Islam yang dipimpin oleh Ali Arsalam dengan Emperor Rumanos IV bagi pihak Byzantin di Manzikert. Pertempuran ini merupakan satu pertempuran yang terbesar pernah berlaku di antara Islam dengan orang kafir.Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan Islam. 4. karakteristik sarjana islam dan suasana persekitaran negara islam yang membantu kecermelangan dan kejatuhan tamadun. Karakteristik sarjana muda:Kuat daya ingatan,berakhlak,Al Quran dan hadis menjadi panduan hidup,menyayangi ilmu,berjihad di jalan allah,jujur . -Suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun- -Hubungan antara masyarakat -Hubungan antara pemimpin dan masyarakat -Interaksi antara tamadun islam dengan tamadun lain -kedudukan yang stategik
|
|
|
Post by diyanahmaria_HS244 on Dec 11, 2014 9:44:46 GMT
PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU
Umat Islam terdahulu berjaya melahirkan para ilmuan dan cedekiawan Islam seperti Ibnu Sina. Beliau ialah pakar dalam bidang perubatan dan menulis buku bertajuk 'Al-Qanu Fit-Tib' yang masih lagi menjadi rujukan di universiti seluruh dunia. Bukan itu saja, beliau menguasai bidang ilmu yang lain seperti astronomi, fizik, kimia dan matematik. Bukan itu sahaja, Islam turut disebarkan melalui dakwah Islamiyah setelah kewafatan Nabi Muhammad sehingga Islam menjadi tamadun yang mashur dan disegani. Islam juga berjaya menarik minat ramai sarjana dan pelajar dari luar negara,khususnya dari negara negara Kristian Eropah datang untuk mempelajari serta mendalami pelbagai bidang dan cabang ilmu pengetahuan. Banyak hasil karya sarjana Islam diterjemahkan bagi tujuan panduan oleh orang-orang eropah.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN INTELEKTUAL
-Peranan pemerintah menggalakkan penguasaan dan penyebaran ilmu. -Aktiviti penterjemahan yang berleluasa -Kerjasama para ulama' dan cendikiawan -Hubungan antara tamadun
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT
-Perang salib -Aktiviti penterjemahan yang semakin pesat -hubungan diplomatik dan perdagangan -kesedaran tentang kepentingan ilmu semasa zaman renaissence
KARAKTERISTIK SARJANA ISLAM DAN SUASANA PERSEKITARAN NEGARA ISLAM
KEGEMILANGAN -Semangat yang kuat dalam menyebarkan dakwah islamiyah dan perkembangan ilmu -Tidak berputus asa dalam menegakkan ajaran Allah -Menjadikan Al-Quran dan As-Sunah sebagai rujukan utama -sayang dan cinta kepada ilmu
KEMEROSOTAN -Perebutan kuasa dalam pentadbiran -Wujud sikap pentingkan diri sendiri -Tidak meneruskan perjuangan penyebaran islam kerana leka dengan kehidupan -Ekonomi, politik dan sosial yang tidak stabil
|
|
|
Post by farahhs244 on Dec 11, 2014 17:53:44 GMT
1) Pencapaian umat Islam terdahulu membangunkan kegemilangan tamadun terdiri daripada pelbagai bidang terutamanya ilmu pengetahuan. Pencapaiannya ialah dengan cara membangkitkan ramai ilmuwan Islam yang sangat tinggi nilai keagamaannya dan amat berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah. Diantaranya ialah al-Biruni yang pakar dalam bidang astronomi, matematik, fizik, perubatan, geologi dan sejarah. Beliau juga menguasai banyak bahasa seperti bahasa Yunani, Ibrani dan Sanskrit. Al-Biruni ialah orang pertama yang menerangkan fenomena gerhana dan yang pertama mengetahui bahawa bunga mempunyai tiga, empat, lima, enam dan lapan belas kelopak, tetapi tidak pernah tujuh atau sembilan kelopak. Al Jazari dan Taqi al-Din yang menguasai ilmu kejuruteraan, mereka telah berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah penggunaannya di dalam kitab-kitab karangan mereka. Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus. Di mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam di dalam sungai dan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut. Ramai lagi ilmuwan Islam yang menyumbang kepada tamadun Islam ini.
2) Faktor faktor membantu perkembangan kegiatan intelektual ialah wujud
pertembungan
antara
tamadun
Islam
dengan
tamadun
purba
di
timur tengah
, kegiatan penterjemahan yang giat dilakukan, banyak tertubuhnya institusi pendidikan, penubuhan perpustkaan, kerajaan Islam telah menaungi
saintis
agar
saintis
boleh menumpukan
sepenuh
perhatian
kepada
kerja‐kerja
penyelidikan dan tedapat banyak kajian kajian teknologi dan sainstifik,
3) Punca pengaliran ilmu ke barat adalah kerana peranan andalus, kegiatan ekonomi, kegiatan penterjemahan, Perang Salib, hubungan diplomatik dan pembukaan silicy.
4) Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam
#Kecemerlangan tamadun -suasana negara Islam yang aman dan sarjana Islam yang berjiwa besar dalam menuntut ilmu -Suasana Islam yang mendamaikan dan hidup dalam satu kelompok yang sentiasa berkasih sayang -sarjana Islam yang menghormati guru dan memuliakannya dalam segala hal -sentiasa berdampingan dengan guru dan mencontohi ahlak guru yang Mulia
#Kemerosotan tamadun -suasana negara Islam yang kacau bilau akibat perebutan kuasa dan kedudukan -suasana negara Islam yang tidak lagi mengamalkan sunnah Rasulullah dan mementingkan nama -sarjana Islam yang bersikap iri hati dan berhasad dengki -sarjana Islam yang bersikap mementingkan diri dan sudah mula tidak menghormati guru
|
|
|
Post by farahdiyanah on Dec 12, 2014 22:48:50 GMT
Farah Diyanah Binti Azizan
Pencapaian Umat Islam Terdahulu
Antara pencapaian umat Islam terdahuu ialah memberi sumbangan besar terhadap peradaban dunia sehigga ke hari ini, mencipta pelbagai teknologi baru dalam bidang kepakaran sains, matematik, mencetuskan ilmu dalam bidang-bidang kemajuan dunia, menakluki hampir keseluruh dunia dalam penyebaran agama Islam dan kegemilangan dalam seni bina yang ditinggalkan sebagai contoh kepada tamadun-tamadun selepas. Faktor Perkembangan Kegiatan Intelektual
Antara faktor berkembangnya kegitana intelektual ialah lahir ramai ulama’ yang menyebarkan ilmu dan mula menterjemah kitab-kitab, interaksi dengan tamadun lain secara berdagang ataupun lain-lain, terbinanya pusat-pusat untuk perkongsian ilmu seperti sekolah, masjid dan banyak lagi dan tidak lupa juga kestabilan politik dalam memperluaskan kawasan penaklukan.
Punca Pengaliran Ilmu ke Barat
Antara punca pengaliran ilmu ke barat ialah disebabkan interaksi antara tamadun Islam dengan barat dalam perniagaan dan keilmuan, wujudnya penterjemahan kitab oleh para ulama’ Islam danpelaksanaan peranan Andalus sebagai pusat perkembangan.
Karakteristik Sarjana Islam dan Persekitaran Negara Islam
Antara karakteristik sarjana islam dan persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun ialah sikap cintakan ilmu dan sentiasa berusaha mencari ilmu yang ada padanya, sikap sentiasa berkongsi ilmu untuk masyarakat lain, mempunyai semangat untuk menyebarkan syiar Islam keseluruh dunia, kewujudan pusat-pusat kegiatan intelektual, penciptaan pelbagai teknologi baru dalam bidang kepakaran sains, matematik dan sebagainya, penaklukan hampir keseluruh dunia dalam penyebaran agama Islam dan cetusan ilmu dalam bidang-bidang kemajuan dunia.
|
|
|
Post by dayahzamri on Dec 13, 2014 15:28:06 GMT
Nur Hidayah Binti Zamridin
Antara pencapaian-pencapaian umat Islam terdahulu ialah dari aspek seni bina yang kemudiannya menjadi contoh dan ikutan kepada tamadun-tamadun yang seterusnya. Selain itu, umat Islam terdahulu berjaya meluaskan pengaruh agama Islam hampir keseluruh dunia. Akhir sekali, umat Islam turut banyak menyumbang kepada kemajuan teknologi-teknologi baru dari segi sains, matematik, seni bina dan selainnya.
FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN INTELEKTUAL
-Menggunakan sumber rujukan seperti Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan
-Kegiatan penterjemahan yang semakin meluas
-Wujudnya pusat-pusat pendidikan seperti perpustakaan
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT
-Wujudnya hubungan diplomatik antara Negara Islam dengan negara-negara Barat yang lain
-Berlakunya aktiviti penterjemahan yang pesat
KARAKTERISTIK SARJANA ISLAM
-Menghayati ilmu pengetahuan
-Gigih dalam menerokai ilmu-ilmu baru sehingga ada yang sanggup menjelajah seluruh dunia demi mencari ilmu
-Mempunyai daya ingatan yang kuat
|
|