Nur Athirah Muzammil
Guest
|
Post by Nur Athirah Muzammil on Dec 2, 2014 7:38:36 GMT
Sejauh manakah pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun? Tamadun Islam dahulu amatlah hebat sehinggakan disegani oleh tamadun-tamadun yang lain. Hal ini kerana terdapat banyak pencapaian mengagumkan oleh orang-orang dahulu. Sebenarnya, pembangunan sesebuah tamadun yang hebat bermula dengan pembangunan manusia. Perkara ini dapat dilihat apabila pemimpin yang dilahirkan bukan sahaja bertanggungjawab namun amanah dan taqwa. Kebijaksanaan seseorang pemimpin terselah apabila beliau dapat membawa masyarakat yang dipimpinnya menuju ke arah kecemerlangan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Umat Islam dahulu juga mencipta budaya yang tinggi. Budaya ilmu adalah diwarnai oleh kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak. Oleh itu ramai ilmuan telah dilahirkan dan aktiviti penulisan dan penterjemahan giat dijalankan. Banyak buku-buku juga dihasilkan oleh para ilmuan ini yang dapat dijadikan sumber rujukan untuk orang ramai. Sikap keterbukaan yang diamalkan oleh orang Islam menyebabkan mereka dapat membangunkan Tamadun Islam.
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual 1) Ilmuan yang memainkan peranan dalam mencerdaskan dan mencerahkan masyarakat. 2) Penghormatan terhadap autoriti untuk memastikan keputusan dilakukan berdasarkan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan dan bukan mengikut hawa nafsu. 3) Persoalan-persoalan yang dibahas dengan bijaksana dan dewasa. 4) Seseoran pemimpin diangkat dan dihormati berdasarkan ilmu, kemampuan dan akhlak. 5) Masyarakat yang cerdas dan berbudaya ilmu adalah masyarakat yang mempunyai sahsiah dan jati diri yang mantap.
Faktor Pengaliran Ilmu Islam Ke Eropah 1) Hubungan diplomatic yang dijalankan antara Negara Eropah dan Negara Islam supayan interaksi antara tamadun dapat dijalankan. 2) Aktiviti penterjemahan juga dilakukan. Semasa peperangan Salib, hubungan kebudayaan antara orang Kristian dan Muslim. Hal ini kerana, apabila oran Kristian hadir ke Negara Islam, banyak ilmu telah diperolehi sama ada dalam bidang perubatan, pertanian, pendidikan dan ketenteraan.
Ciri-ciri sarjana Islam dan suasana persekitaran Negara Islam yang membantu perkembangan dan kejatuhan sesebuah tamadun 1) Cinta akan ilmu Allah SWT 2) Sentiasa dahaga akan ilmu 3) Berharap agar mendapat keredhaan Allah 4) Sentiasa berkongsi ilmu dengan rakyat dan pemerintah 5) Dorongan daripada pemerintah 6) Banyak perpustakaan ditubuhkan
|
|
|
Post by syerie on Dec 2, 2014 10:17:28 GMT
SEJAUH MANA PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU MEMBANGUN KEGEMILANGAN TAMADUN -pembinaan seni bina Islam -pencapaian yang diperoleh dalam bidang sains dan teknologi seperti astronomi,fizik,perubatan,biologi dan matematik.Semua ini masih digunakan sebagai rujukan sehingga kini -Pencapaian turut menonjol dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan seperti geografi,ekonomi,politik,pendidikan dan falsafah
FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN KEINTELEKTUALAN -Peranan para ilmuan yang agresif untuk membaca, mengkaji dan menyelidik -Menggunakan sumber rujukan seperti Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan -Pembinaan pusat pendidikan seperti perpustakaan -Peranan para ilmuan Islam dalam menghasilkan karya mengikut kepakaran mereka yang mana karya ini berguna untuk perkembangan ilmu pada masa tersebut hingga sekarang -Kegiatan penterjemahan yang semakin meluas
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT -Hubungan diplomatik yang terjalin antara negara Islam dan negara Barat lebih bermatlamatkan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan -Aktiviti penterjemahan -Pembukaan Pulau Sicily -Pembukaan Pulau Andalus (Sepanyol) -Perang Salib.
KARAKTERISTIK SARJANA ISLAM MEMBANTU KECEMERLANGAN DAN *KEJATUHAN TAMADUN -Menjaga ibadah harian -Mempelajari agama, mendekati ahli agama -Bersikap sederhana dalam setiap perkara, tidak berlebihan dalam hal keduniaan -Bersangka baik dengan orang lain dan berhati-hati dalam membuat tuduhan -Mengikuti perintah agama -Berlembut dan beramah mesra dengan umat Islam *karakteristik berlawanan di atas
SUASANA PERSEKITARAN NEGARA ISLAM MEMBANTU KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN TAMADUN -Negara yang aman damai -Pemerintahan dan pentadbiran yang adil dan stabil -masyarakat yang bersatu padu dan harmoni
|
|
|
Post by NurFarahAdnin on Dec 2, 2014 15:02:04 GMT
Nur Farah Adnin Bt Roznan
1)Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun? Terdapat banyak pencapaian oleh umat Islam terdahulu yang menjadi kebanggaan sehingga kini. Pencapaian umat Islam terdahulu dapat dicapai kerana disebabkan oleh pelbagai faktor seperti ilmu pengetahuan, gesaan pemerintah serta disebabkan oleh agama. 2)Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektualan? a-Interaksi antara tamadun b- Galakan pemerintah c-Kerjasama para ulama' d- Aktiviti penterjemahan e-Ilmu pengetahuan 3)Punca pengaliran ilmu pengetahuanke barat? a-Hubungan diplomatik yang terjalin. b- Melalui aktiviti perdagangan c-Peranan orang Mozarab (orang Kristian yang tertarik serta mengamalkan beberapa aspek kebudayaan Arab dan tamadun Islam) d-aktiviti penterjemahan 4)Karakteristik sarjana islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun? a- Kuat ingatan b- Rajin menuntut ilmu c- Berakhlak mulia d-bersemangat jihad yang tinggi Suasana persekitaran Umat Islam dapat berkongsi ilmu dengan tamadun lain serta mengamalkan pertukaran ilmu. Hubungan diplomatic membantu dalam kecemerlangan ini. Selain itu, kejatuhan dan kecemerlangan tamadun dapat dikaitkan dengan amalan, cara hidup serta pemerintahan pada tamadun Islam ketika itu.
|
|
razni
New Member
Posts: 6
|
Post by razni on Dec 2, 2014 15:41:50 GMT
PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU
Islam telah berkembang dengan pesat. Berjaya menakluki 2/3 dunia. Pada zaman tersebut, telah lahir para ulama yang hebat dalam segala bidan ilmu seperti bidang perubatan, astronomi, geografi serta matematik dan aktivii penterjemahan juga giat dilakukan. Zaman tersebut juga menpunyai sistem politik yang mantap serta ekonomi yang meluas.
FAKTOR PERKEMBANGAN INTELEKTUAL
Antara faktornya adalah kerjasama antara para ulama dan cendekiawan. kegiatan aktiviti penterjemahan serta penubuhan pusat ilmu seperi universiti dan juga perpustakaan.
PUNCA PENGALIRAN ILMU KE BARAT
Anrata punca pengaliran ilmu ke Barat adalah peranan Andalusia.Seterusnya, hubungan diplomatik dan aktiviti perdagangan antara tamadun Islam dan juga negara Barat.Aktiviti penterjemahan juga menjadi salah satu faktor pengaliran ilmu ke Barat.
SIFAT SARJANA ISLAM
Antara karakteristik atau sifat sarjana Islam pada zaman dahulu adalah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, tidak bersifat angkuh serta sombong dengan kelebihan yang dimiliki, menghormati ilmu pengetahuan serta sentiasa berusaha untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam.
|
|
|
Post by madihah on Dec 2, 2014 16:03:37 GMT
MADIHAH BINTI MOHD ALI MASA
Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun
-umat Islam mula mencapai fitrahnya seperti yang telah berlaku di alam roh dan menyempurnakan tugas sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini. -konteks berjihad yg mencakupi semua aspek untuk mencapai kesejahteraan umat Islam itu sendiri dan maju dalam pelbagai bidang
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual
-aktiviti penterjemahan yg dijalankan secara giat -peranan pemerintah yang menjadikan bidang intelektual cabang penting dalam mentadbir negara -proses pengambilan ilmu dari tamadun luar -kelahiran ramai cendekiawan Islam yang menguasai bukan sahaja ilmu dunia malah ilmu akhirat juga
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat
-penterjemahan karya purba yang dilakukan oleh cendekiawan Islam dalam bentuk yang lebih mudah.Hal ini memudahkan ilmuwan barat untuk memahami ilmu pengetahuan -kesedaran ilmuwan barat dalam kepentingan ilmu dalam menaikkan tamadun di mata dunia -perang salib yang berterusan dalam tempoh yang lama menjadikan dunia barat sedar akan kepentingan ilmu
Karakteristik sarjana Islam
-mempunyai daya ingatan yang kuat -berkeperibadian mulia -menghargai ilmu -bersifat zuhud -tidak kedekut dalam berkongsi ilmu
Suasana persekitaran Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun
i)Kecemerlangan -pemerintah yang menegakkan syariah Islam -Al-quran dan hadis diamalkan dalam setiap cakup kehidupan -penekanan dalam pelbagai bidang ilmu
ii)Kejatuhan -pemerintah yang tidak berpegang kepada ajaran agama -berlaku penyelewenagan dan keruntuhan akhlak -ancaman musuh luar -kepimpinan yang lemah -kemerosotan dalam perkembangan ilmu pengetahuan
|
|
|
Post by ameersyarif on Dec 4, 2014 10:23:00 GMT
AMIRUL SYARIFUDDIN
1. Sejauh mana pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun?
Bagi para sarjana Muslim Islam, tamadun bermula dengan pengutusan para nabi dan rasul. Pembentukan masyarakat bertamadun menurut acuan Pencipta manusia adalah tujuan utama perutusan mereka. Para nabi dan rasul diberi amanat untuk meluruskan jalan kehidupan manusia dan menjadikan manusia umat yang bertamadun. Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang memiliki seluruh tingkat kemajuan kehidupan yang meliputi aspek spiritual dan material. Kegemilangan Islam yang paling jelas nampak ialah perkembangan agama Islam itu sendiri. Islam telah membekalkan asas-asas yang kukuh dan sumber yang mantap untuk manusia membina tamadun. Menurut Islam, tamadun sesebuah bangsa itu akan terbina apabila wujudnya nilai-nilai baik dan mulia dalam sesebuah masyarakat. Seandainya sesebuah masyarakat mengabaikan nilai-nilai baik atau menyalahi matlamat utama pembinaan tamadun, maka masyarakat tersebut akan mengalami zaman keruntuhan.
2. Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektuan?
-galakan pemerintah -usaha dan initiatif sendiri untuk menyebarkan ilmu -kegiatan perdaganagn -layanan baik terhadap ilmu baru yang diterima
3. Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat?
a) Hubungan Diplomatik. Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan negara Islam.Islam mengajar umatnya supaya berinteraksi antara satu sama lain baik berinteraksi secara vertikal deengan Allah SWT, mahupun berinteraksi secara horizontal sesama manusia dengan sesama makhluk Allah.Islam juga menyuruh umatnya mengutamakan perdamaian atau menerima perdamaian, jika diminta berbuat demikian oleh musuh, tetapi hendaklah berwaspada dan berserah kepada Allah SWT.Firman Allah dalam surah Al-Anfal, ayat 61 yang bermaksud; “dan mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Dia Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui”
b) Aktiviti penterjemahan Dalam masa peperangan Salib telah wujud hubungan kebudayaandan tamadun antara pihak Kristian dan Muslimin secara langsung atau tidak langsung.Kehadiran orang-orang Kristian di Eropah di negeri-negeri Islam, menyebabkan mereka banyak memperolehi pengetahuan dari tamadun Timur melalui interaksi mereka dengan orang-orang Islam dineeri-negeri dimana mereka berada.Mereka melihat secara langsung ketinggian tamadun Islam dalam pelbagai bidang Ilmu pengetahuan, antara lain: bidang perubatan, pertanian, pendidikan, arkitektur, ketenteraan dan sebagainya. Usaha penterjemahan tersebut, sebahagian besarnya dilakukan oleh cendikiawan di Universiti Islam di Sepanyol, Sicily dan cendikiawan Islam di Universiti Islam di Timur.Usaha penterjemahan buku berjalan pesatnya kerana mereka mempunyai pengetahuan kemaampuan untuk menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke dalam Bahasa Latin dan bahasa Eropah yang lainnya.
4. Karakteristik sarjana islam dan suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun.
i. Penghayatan Terhadap Tuntutan Agama. Ciri ini dapat dilihat kepada penekanan yang diberikan oleh Tamadun Islam kepada asas utamanya ialah tauhid (Mengimani dan meyakini keesaan Allah SWT sebagai Tuhan yang berkuasa Mencipta, Menguasai, Mentadbir dan Mengatur perjalanan alam seluruhnya. Manusia sebagai sebahagian unsur alam saghir yang diciptakan dikehendaki menerima ketentuan serta wajib tunduk dan patuh kepada segala arahan wahyu yang disampaikan melalui lidah Rasul-Nya SAW.
ii. Menjadikan Ajaran Wahyu Sebagai Sumber Rujukan Utama. Ciri ini merujuk kepada sumber mutlak Masyarakat Islam Hadhari bukan kepada pemikiran manusia atau beralaskan mana-mana kepercayaan dan pengalaman tamadun di dunia, tetapi bersumberkan wahyu Allah SWT. Adapun ijtihad dan pengalaman tamadun asing hanyalah sebagai sumber tafsiran yang tidak boleh lari daripada garis panduan asal yang termaktub dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Dalam pada itu juga semua bentuk pencapaian dan kemajuan dalam Tamadun Islam bernaung di bawah kesatuan akidah, keyakinan dan kefahaman yang sama melalui ajaran tauhid.
iii. Tidak Terpesong Dari Landasan Fitrah Manusia. Ciri ini pula memperlihatkan bahawa tuntutan pembangunan dan kemajuan Tamadun Islam adalah bertepatan dengan kehendak naluri manusia yang menitikberatkan spiritual, emosional dan moral berbanding fizikal dan material. Tamadun yang dibangunkan secara pincang dan menitikberatkan aspek material berbanding spiritual hanya dapat memenuhi tuntutan hawa nafsu dan tidak berlandaskan ilmu dan iman. Sebab itu Tamadun Islam menjadikan takwa dan keredaan Allah SWT sebagai tujuan pembinaannya, bukan sebaliknya.
iv. Mementingkan Kesejagatan, Bersifat Mutlak dan Tetap Tanpa Dipengaruhi Hawa Nafsu. Ciri ini menjelaskan bahawa Masyarakat Islam Hadhari tidak mungkin berubah garis panduannya. Pertukaran zaman, perubahan geografi dan sebagainya tidak mungkin mengubah haluan matlamat dan paradigmanya. Ini disebabkan sumber mutlaknya bukan pemikiran manusia yang sering mengalami kebuntuan dan kecelaruan, tetapi wahyu Allah yang sentiasa segar dan bertenaga walaupun mengalami perubahan masa dan geografi.
|
|
|
Post by nabilahinani_hs244 on Dec 4, 2014 13:50:31 GMT
1.Sejauh mana pencapaian umat terdahulu membangunkan kegemilangan tamadun
Dahulu umat Islam digalakkan untuk mencapai kegemilangan dari segenap aspek dalam kehidupan. Segalanya tercetus apabila munculnya kerajaan yang mengamalkan ajaran islam secara syumul. Kemudian, terhasilnya perluasan kuasa yang membolehkan kerajaan Islam melaksanakan dakwah dalam system pemerintahan dan system kehidupan bermasyarakat. Pencapaian dari segi penyebaran dan perkembangan ilmu banyak membantu menaikkan kegemilangan Islam pada zaman terdahulu. Penggunaan tulisan adalah salah satu ciri penting tamadun islam.Ia mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam seterusnya mempergiatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan yang mendalamterhadap perubahan dalam semua aspek kehidupan umat. • Kemunculan kota atau Bandar bagi menampung pertambahan penduduk yang sedia ada dan yang dating untuk pelbagai aktiviti lain. • Wujudnya ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk islam dan seterusnya turut sama-sama membentuk sebuah masyarakat islam yang aktif dan maju.Perbezaan peranan yang dimainkan melahirkan pembahagian kerja seterusnya wujudlah satu bentuk ekonomi Bandar. • Wujudnya bangunan-bangunan bersejarah yang menjadi keagungan generasi berikutnya seperti istana-istana, Masjid-masjid dan monumen-monumen penting yang lain. • Kewujudan negara Islam.Menurut sebahagian penulis-penulis antarabangsa, Islam adalah satu ciri tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di dalam negara islam
2) Faktor mmbantu prkmbgn kgiatan keintelektualan
Interaksi dengan tamadun lain : Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain merupakan ransangan kepada kuehidupan bertamadun.Ini kerana sikap toleransi kepada sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baik dari tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan tamadun baru. Tamadun Islam turut menerima sumber ilmu daripada tamadun india, cina dan lain-lain
3) Punca pengaliran ilmu ke barat
Kerajaan Islam di Sepanyol dan Sicily yang diasaskan oleh kerajaan Bani Umayyah telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Eropah. Menerusi orang Moor (Islam Sepanyol) dan golongan Mozarobes, bidang iImu pengetahuan Islam berkembang di Eropah. Orang Mozarobes telah mernbawa perkembangan ilmu Arab (Artes Arabes) ke Barat.
Kaum Norman yang berjaya menakluki Sicily pada tahun 1091. Raja Norman seperti King Roger 1, King Roger II, King Frederick II dan Charles I menyokong kuat perkembangan pengaruh kebudayaan dan keilmuan Islam. King Frederick II memberi layanan istimewa kepada sarjana Islam dan meminta buku ilmu pengetahuan Arab diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Karya perubatan Ibn Sinar dan penulisan ilmu geografi Al-Idrisi banyak mempengaruhi bidang ilmu sekolah-sekolah di Naples dan Salerno.
Atlas Partolan dan kompas yang digunakan oleh ahli pelayaran Islam mempengaruhi ilmu pelayaran Eropah. Pemikir intelektual Islam seperti al Kindi, al Farabi dan Ibn Rusyd berjaya rnempengaruhi kelahiran gerakan intelektual di Eropah seperti fahaman humanisme pada abad ke 13 Masihi.
4) Karakteristik ilmuwan islam dan suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan & kejatuhan tamadun
-berusaha gigih : para ilmuwan Islam sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut sesuatu ilmu . mereka sanggup bermusafir dan menjelajah dunia demi mencari guru yang benar. Mereka juga bertungkus lumus mengkaji ilmu-ilmu yan baru demi mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain di minda mereka.
-berdaya siang : meskipun telah wujud negara-negara Barat yang maju, ilmuwan Islam tetap bersaing dengan mereka yang telah maju demi membangunkan Islam .
-menyahut seruan Tuhan : Allah telah berfirman dalam Al-Quran “bacalah dengan nama Tuhanmu”. Istilah ‘baca’ disini ditafsirkan sebagai menuntut ilmu . ilmu itu harus dibaca, dikaji, difahami dan diamalkan.
Suasana zaman terdahulu sangat mementingkan ilmu. Ulamak dan ilmuwan diangkat martabatnya dalam pentadbiran dan masyarakat. Masyarakat memandang tinggi tahap ilmu seseorang individu tersebut . makin tinggi ilmunya , makin mulia dia akan dipandang dan diperlakukan secara terhormat.
Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh kedudukannya yang strategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah memperolehi sumber-sumber semulajadi bagi menampung kehidupan masyarakatnya.
2) Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan daripada ajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni.Ini secara tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun.Kemunculan tamadun islam telah mempengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni berdasarkan cara hidup islam yang sempurna.
3) Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan masyrakat yang menghayati nilai-nilai murnisudah pasti mendorong kepada sifat kecintaankepada ilmudan nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya.Pemimpinnya juga mengamalakn nilai-nilai murni dalamkehidupan seperti tiadanya rasuah, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. 4) Kesengsaraan hidup dimana situasi kehidupan yang dibelenggu keperitan dan kesengsaraan menggalakkan masyarakatnya itu lebih berdisiplin dan kreatif dalammembangunkan kehidupan mereka.
Keruntuhan :
Berdasarkan kepada sejarah, sesebuah tamadun merosot disebabkan oleh faktor-faktor berikut : -Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskin dan yang kaya. -Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia diketepikan. -Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama dalam kalangan pemimpin. -Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi sains dan teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial.
|
|
|
Post by fadhlullah on Dec 5, 2014 4:49:25 GMT
1. Umat terdahulu bukan shaja mempelajari, bahkan menghayati serta mengamalkan 4 asas utama dalam agama Islam iaitu akidah, syariah, akhlak dan ilmu. Konsep agama islam yang membawa kebenaran dalam segala persoalan menyebabkan umat terdahulu sedar dan tahu akan tujuan mereka dihidupkan dan berada di muka bumi Allah.Mereka maklum tentang Islam membawa kepada fitrah MANUSIA itu sendiri. Ia juga dtambah dengan penghayatan mereka yang sangat juat dengan Sunnah Rasulullah dan berani dalam menyahut cabaran untuk menerokai ilmu dar segala bidang demi membangunkan agama Islam yang tercinta. Oleh itu, mereka berjaya dalam membawa kegemilangan.
2. Faktor yang membantu perkembangan ilmu intelektual : -Dorongan daripada semangat Iqra’ (membaca) -Penghayatan kepada Ilmu berasaskan tauhid -Menjadikan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai panduan -Sokongan pemimpin dalam menyediakan prasarana dan tempat kegiatan ilmu -Pembinaan banyak perpustakaan yang menjadi rumah kepada Ilmuwan dan pelajar Islam -Keterbukaan dan kreativiti tamadun Islam -Aktiviti penterjemahan yang sangat giat dilakukan faktor penyebaran ilmu ke barat: -Hubungan dagang antara negara Islam dan Kristian telah meluaskan pengaruh-pengaruh Islam ke Eropah. -Galakan daripada pemimpin – pemimpin Islam yang berwibawa dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dengan lebih luas lagi. -kesedaran ilmuwan barat dalam kepentingan ilmu dalam menaikkan tamadun di mata dunia
3)Karakteristik ilmuwan islam dan suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan & kejatuhan tamadun: bersungguh-sungguh:para sarjana islam sanggup berhijrah ke tempat lain yang amat jauh untuk mencari guru bagi mempelajari benda baru dan untuk menyebarkan islam
ingatan yang kuat: para sarjana islam mempunyai ingatan yang kuat.jadi mereka senang menghafal benda baru dan tidak senang lupa perkara lama apabila mempelajari ilmu baru sebelum sempat membukukan ilmu yang dipelajari..ini adalah kerana kebanyakan meraka menghafaz al-quran.
mempunyai akhlak yang baik : akhlak yang baik telah menyebabkan sarjana islam senang mendapat guru unutk mempelajari islam dan juga mendapat hormat oleh ramai orang lalu dapat mengakui kebenaran ajaran islam yang dibawa
4)suasana yang persekitaran yang membawa kepada kejatuhan: -masyarakat angkuh dengan kekayaan -masyarakat berakhalak buruk -masyarakat bertindak tidak mengikut syarak
suasana persekitaran yang menaikkan tmadun islam: -masyarakat saling tolong menolong -mengamalkan sunnah rasulullah -masyarakat berhemah dan tidak mengamalkan riba dalam perdagangan
|
|
|
Post by nadsri on Dec 5, 2014 4:49:50 GMT
1. Umat terdahulu bukan shaja mempelajari, bahkan menghayati serta mengamalkan 4 asas utama dalam agama Islam iaitu akidah, syariah, akhlak dan ilmu. Konsep agama islam yang membawa kebenaran dalam segala persoalan menyebabkan umat terdahulu sedar dan tahu akan tujuan mereka dihidupkan dan berada di muka bumi Allah.Mereka maklum tentang Islam membawa kepada fitrah MANUSIA itu sendiri. Ia juga dtambah dengan penghayatan mereka yang sangat juat dengan Sunnah Rasulullah dan berani dalam menyahut cabaran untuk menerokai ilmu dar segala bidang demi membangunkan agama Islam yang tercinta. Oleh itu, mereka berjaya dalam membawa kegemilangan.
2. Faktor yang membantu perkembangan ilmu intelektual : -Dorongan daripada semangat Iqra’ (membaca) -Penghayatan kepada Ilmu berasaskan tauhid -Menjadikan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai panduan -Sokongan pemimpin dalam menyediakan prasarana dan tempat kegiatan ilmu -Pembinaan banyak perpustakaan yang menjadi rumah kepada Ilmuwan dan pelajar Islam -Keterbukaan dan kreativiti tamadun Islam -Aktiviti penterjemahan yang sangat giat dilakukan
3.faktor penyebaran ilmu ke barat: -Hubungan dagang antara negara Islam dan Kristian telah meluaskan pengaruh-pengaruh Islam ke Eropah. -Galakan daripada pemimpin – pemimpin Islam yang berwibawa dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dengan lebih luas lagi. -kesedaran ilmuwan barat dalam kepentingan ilmu dalam menaikkan tamadun di mata dunia
4.Karakteristik ilmuwan islam dan suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan & kejatuhan tamadun: bersungguh-sungguh:para sarjana islam sanggup berhijrah ke tempat lain yang amat jauh untuk mencari guru bagi mempelajari benda baru dan untuk menyebarkan islam
ingatan yang kuat: para sarjana islam mempunyai ingatan yang kuat.jadi mereka senang menghafal benda baru dan tidak senang lupa perkara lama apabila mempelajari ilmu baru sebelum sempat membukukan ilmu yang dipelajari..ini adalah kerana kebanyakan meraka menghafaz al-quran.
mempunyai akhlak yang baik : akhlak yang baik telah menyebabkan sarjana islam senang mendapat guru unutk mempelajari islam dan juga mendapat hormat oleh ramai orang lalu dapat mengakui kebenaran ajaran islam yang dibawa
suasana yang persekitaran yang membawa kepada kejatuhan: -masyarakat angkuh dengan kekayaan -masyarakat berakhalak buruk -masyarakat bertindak tidak mengikut syarak
suasana persekitaran yang menaikkan tmadun islam: -masyarakat saling tolong menolong -mengamalkan sunnah rasulullah -masyarakat berhemah dan tidak mengamalkan riba dalam perdagangan
|
|
|
Post by izzahamira on Dec 5, 2014 5:16:37 GMT
IZZAH AMIRA BINTI MOHD ASRI
Sejauh mana pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun
• Salah satu faktor umat Islam terdahulu menempa sejarah kegemilangan adalah kerana mereka mempunyai kekuatan ilmu serta meletakkan keutamaan ilmu pada susunan yang tepat. Sudah tentu ilmu yang tertinggi adalah ilmu Tauhid, dan diikuti ilmu Fiqh. Kedua-dua ilmu ini membawa insan mengenali Penciptanya dan seterusnya mengajar manusia tatacara bagaimana seseorang insan berhubung dengan Tuhannya dan juga antara insan itu sendiri. Sesudah itu ilmu yang utama pula adalah ilmu yang mengajar insan bagaimana mengenali diri sendiri. Ilmu ini adalah ilmu yang berkaitan kedoktoran dan perubatan. Seterusnya ilmu yang utama pula adalah ilmu yang mengajar insan mengenali alam sekeliling termasuk alam semesta. Di sini seseorang insan itu dapat menilai, menghargai kedudukan dan martabatnya berbanding makhluk-makhluk lain yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Ilmu yang mengkaji alam semesta ini telah dikenal sekian lama sebagai ilmu falak atau astronomi. • Semasa Zaman Keemasan Islam, para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri. Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu.
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual • Keadaan yang aman di wilayah Islam Keadaan aman di wilayah kekuasaan Islam secara relatifnya membolehkan pemerintah dan umat Islam seluruhnya memberi perhatian kegiatan keilmuan dan kebudayaan. • Cabaran intelektual dari mereka yang baru memeluk Islam Cabaran ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada para pemeluk Islam yang baharu memaksa para ilmuan Islam mendalami ilmu-ilmu tersebut yang secara tidak langsung, perkembangan ilmu falsafah ini mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan ilmu sains tabii dan perubatan. • Pertembungan dengan budaya luar: Budaya luar yang wujud dalam linkungan umat Islam merupakan satu cabaran bagi ilmuan atau para ulama dalam mencari jalan bagi menyelesaikan pelbagai persoalan. • Peranan Para Sarjana: Minat yang menggalakan dari para sarjana telah menyemarakkan lagi kegiatan keilmuan
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat • Umat Islam menguasai Andalus selama hampir 800 tahun (711-1492M) . Dalam tempoh tersebut budaya dan tamadun Islam mendominasi Eropah. Keagungan dan kegemilangan tamadun Islam menjadi ikutan negara-negara Kristian di rantau itu. • Hubungan dagang antara negara Islam dan Kristian telah meluaskan lagi pengaruh ilmu-ilmu Islam seperti teknik-teknik pertanian dan bahan produk-produk Islam. • Kegiatan penterjemahan merupakan antara penyumbang besar kepada pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah. Kesannya lahir tokoh-tokoh penterjemahan dan pusat-pusat kegiatan terjemahan.. • Perang Salib (1097-1292M) yang memakan masa hampir 200 tahun juga secara tidak lansung menyumbang kepada pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah. Sekalipun dari sudut politiknya peperangan ini memberikan kemenangan kepada umat Islam. Namun dari sudut moral, Eropah banyak belajar dari dunia Islam terutama dalam bidang-bidang keilmuannya. • Melalui hubungan diplomatik ramai pemimpin Eropah berkunjung ke Andalus. Mereka sering bertukar-tukar duta antara negara tersebut. Contohnya Raja Jerman pernah menghantar delegasi khas di peringkat menteri di ketuai oleh William The True ke Cordova bagi tujuan meninjau peluang-peluang pembelajaran yang terdapat di Andalus.
Karakteristik ilmuwan islam dan suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan & kejatuhan tamadun
• Kuat daya ingatan • Bersunguh sunguh dalam melakukan sesuatu pekara • Berfikiran positif dan bersikap terbuka • Mempunyai semangat yang kuat serta tidak mudah berputus asa • Menjadikan al Quran dan hadis sebagai panduan • Tidak kedekut ilmu
|
|
Naddy
New Member
Posts: 4
|
Post by Naddy on Dec 5, 2014 16:47:00 GMT
Pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun
Islam banyak memberi sumbangan dalam bidang ilmu. Ilmu merupakan faktor yang paling penting dalam mengembalikan ketamadunan Islam. Banyak tokoh telah menyumbang ilmu-ilmu seperti matematik, sains, perubatan dan sebagainya.
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektualan
-peranan pemimpin yang menggalakkan rakyatnya menuntut ilmu
-penubuhan pusat-pusat pengajian dan perpustakaan
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat
-hubungan diplomatik
-aktiviti perdagangan yang pesat
-peranan gerakan terjemahan
Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran Negara Islam
-mempunyai daya ingatan yang kuat
-interaksi antara tamadun Islam dan tamadun lain
-pemerintah yang mementingkan ilmu pengetahuan
|
|
|
Post by attyliyasyafira on Dec 6, 2014 13:49:06 GMT
1. Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun.
#Umat Islam pada terdahulu bukan telah mencapai kegemilangan yang sangat hebat. Mereka bukan sahaja cemerlang dari segi kemantapan iman malah turut cemerlang dalam bidang ilmu pengetahuan. Perkembangan ilmu oleh para cendekiawan telah membangunkan tamadun Islam pada suatu ketika dahulu apabila sarjana Barat turut turun ke negara Islam untuk mempelajari seseuatu ilmu tersebut. Selain daripada itu, umat Islam terdahulu juga telah berjaya menakluk 2/3 dunia, di mana kuasa pemerintahan terletak di bawah naungan Islam. MasyaAllah, betapa hebatnya umat Islam terdahulu.
2. Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual
#Peranan pemerintah yang mementingkan dan cinta akan ilmu #Aktiviti penterjemahan yang pesat #Kerjasama rakyat yang juga sedar kepentingan ilmu #Mendapat sambutan daripada para sarjana Islam yang giat menulis dan menterjemah buku #Interaksi antara tamadun di mana sesetengah ilmu daripada tamadun luar diambil dan disesuaikan dengan gaya hidup Islam
3. Punca pengaliran ilmu ke Barat
#Berlaku zaman Renaissance dalam tamadun Barat di mana mereka sedar akan pentingnya ilmu. Masyarakat tamadun Barat telah datang ke negara Islam untuk menuntut ilmu bagi mengeluarkan masyarakat mereka dari zaman kegelapan. #Hubungan diplomatik yang baik antara tamadun Islam dan tamadun luar.
4. Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun
Kecemerlangan tamadun terjadi kerana
#Sarjana Islam banyak menulis buku – buku ilmiah yang baharu, dimana bidang tersebut belum diteroka oleh orang lain #Suasana yang aman dan menggalakkan di mana setiap aktiviti keilmuan disokong oleh pemerintah dan disambut baik oleh masyarakat
Kejatuhan tamadun terjadi kerana
#Para sarjana dan cendiakawan kurang menghasilkan penemuan mahupun ilmu yang baru. Aktiviti keilmuan banyak tertumpu kepada proses menterjemah dan mempelajari buku – buku para sarjana yang sebelumnya #Pemimpin tidak lagi mementingkan ilmu sebaliknya leka dengan kemewahan hidup #Berlaku pemberontakan dalam masyarakat di mana masyarakat bukan Islam mahu bebas daripada taklukan negara Islam.
|
|
|
Post by najihahazni95 on Dec 6, 2014 14:18:43 GMT
NURUL NAJIHAH BINTI AZNI (PH 240)
Assalamualaikum....
Bicara Tamadun
1) Sejauh mana pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun
- Suatu ketika dahulu, umat islam pernah menguasai 2/3 dunia. Mereka sangat disegani oleh tamadun-tamadun lain disebabkan kehebatan mereka dalam pelbagai bidang seperti pelayaran dan sebagainya. Lahirnya tokoh-tokoh islam islam yang dapat menguasai lebih daripada satu bidang seperti Ibnu Sina dan Omar Khayyam. Mereka juga telah menulis kitab-kitab mereka sendiri. Sebagai contoh, Ibnu Sina telah menghasilkan kitab al Qanun fi al Tibb yang telah dicetak ke dalam 15 bahasa dalam masa kurang 100 tahun. Buku-buku tersebut telah menjadi rujukan asas di universiti-universiti Eropah. Selain itu, Raja Jerman telah menghantar delegasi khas di peringkat menteri yang diketuai oleh William The True ke Cordova bagi meninjau peluang-peluang pembelajaran di Andalus. Hal ini telah membuktikan betapa hebatnya pengaruh umat islam dalam membina sebuah tamadun islam yang gemilang.
2) Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual - Keadaan dalam wilayah kekuasaan islam yang aman membolehkan pemerintah dan umat islam memberi lebih perhatian kepada kegiatan intelektual dan keilmuan. - Peranan pemerintah turut menyumbang kepada perkembangan kegiatan intelektual. Para pemerintah kerajaan Abbasiyah amat mengambil berat tentang perkembangan ilmu. Mereka banyak mendirikan masjid yang dilengkapi dengan sekolah dan perpustakaan. Abu Ja'far al-Mansur, khalifah kedua kerajaan Abbasiyah adalah perintis kepada usaha-usaha menaungi dan mempelopori kegiatan intelektual. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan kota Baghdad dan mendirikan kolej perubatan disana.
3) Punca Pengaliran Ilmu Pengetahuan ke Barat
-Kegiatan Ekonomi Hubungan dagang antara negara Islam dan Kristian telah meluaskan lagi pengaruh ilmu-ilmu Islam seperti teknik-teknik pertanian dan bahan produk-produk Islam. - Kegiatan Penterjemahan Merupakan penyumbang terbesar kepada pengaliran ilmu Islam ke Eropah.Kesannya lahir tokoh-tokoh penterjemah dan pusat-pusat kegiatan terjemahan.Antara tokoh terkenal dalam penterjemahan ialah Gerald dari Cremona, Michael Scotus,Alfonso X dan Robert dari Chester. - Perang Salib Perang Salib yang memakan masa hampir 200 tahun juga secara tidak langsung menyumbang kepada pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah.Dari sudut politik,peperangan ini memberikan kemenangan kepada umat Islam. Namun begitu,dari sudut lain Eropah banyak belajar dari dunia Islam terutama dalam bidang keilmuan.
4) Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun.
Karakteristik Umat Islam
- Cinta akan ilmu Sifat cinta akan ilmu yang dalam diri seseorang tokoh Islam secara tidak langsung telah membantu kecemerlangan tamadun Islam. Mereka akan berusaha untuk mempelajari ilmu-ilmu baru dan menyebarkannya kepada masyarakat. - Berakhlak mulia Akhlak menjadi penanda kepada kecemerlangan sesebuah tamadun tersebut. Jika cantik akhlaknya maka tamadun yang dibina akan cemerlang dan berdaya saing. - Kuat beribadat Dalam usaha untuk membangunkan tamadun, umat islam haruslah sentiasa beribadat kepada Allah supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Suasana persekitaran negara Islam
-Suasana yang aman Masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmoni tanpa ada pergaduhan sesama sendiri akan membantu sesebuah negara itu untuk lebih berkembang dengan menumpukan kepada kegiatan-kegiatan ekonomi. - Hubungan diplomatik dengan negara lain Hubungan yang rapat dengan negara-negara lain secara tidak langsung dapat membantu pembinaan tamadun terutamanya melalui perkongsian ilmu.
|
|
|
Post by yanamuni on Dec 6, 2014 14:35:35 GMT
SITI NORLIYANA AIMUNI BT MUSTAFA
Pencapaian kegemilangan tamadun -kemajuan dalam bidang sains dan teknologi seperti astronomi,fizik,perubatan,biologi dan matematik yang masih dijadikan rujukan sehingga kini -kemajuan seni bina Islam yang dapat dilihat dalam seni bina tamadun lain -lahir ramai tokoh2 ilmuwan seperti Ibnu Sina -Ilmu dijadikan aspek utama dalam kehidupan
Faktor yang membantu dalam kegiatan Intelektual -Peranan para ilmuan dalam mengkaji dan menyelidik dan seterusnya membukukan untuk dijadikan rujukan - Pembinaan pusat pendidikan seperti perpustakaan dengan pesat -Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan utama -Kegiatan penterjemahan yang meluas
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat -Kegiatan perdagangan -Hubungan diplomatik yang terjalin antara negara2 Islam dan negara Barat -Perang Salib -Aktiviti penterjemahan
Karakteristik sarjana Islam 1)mempunyai peribadi mulia 2)daya ingatan yang kuat 3)bersifat zuhud 4)menghargai dan berkongsi ilmu pengetahuan 5)istiqamah dalam melakukan sesuatu
Suasana yang membantu kecemerlangan tamadun -sentiasa berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan -pemerintahan yang menegakkan syariah Islam -menekankan kepentingan menuntut ilmu
Suasana yang menyebabkan kejatuhan tamadun -berlakunya penyelewengan dalam urusan2 -kurang penghayatan agama dalam diri masyarakat dan pemerintahan -kepimpinan yang tidak adil -keruntuhan akhlak dan moral masyarakat
|
|
|
Post by NajihahZabidi on Dec 7, 2014 5:21:02 GMT
Assalamualaikum semua, Saya Nur Najihah bt Zabidi dari kelas C bimbingan ustazah Mahfuzah (fakulti farmasi)
Faktor paling utama yang mampu membentuk tamadun islam adalah keyakinan umat terhadap ajaran islam. Ketauhidan yang tinggi terhadap Allah swt telah mengetepikan segala halangan mahupun cabaran yang dihadapi umat. Oleh kerana itu, umat islam pada zaman dahulu tidak gentar dengan segala ancaman dari musuh luar kerana mereka lebih menyakini perlindungan dari Allah swt. Tanpa semangat jihad dan iman yang tinggi, tidak akan muncul semangat untuk memajukan negara malah menyebarkan Islam. Tanpa ilmu mengenai Islam juga, tidak akan muncul Tamadun Islam di muka bumi ini.
Selain itu ajaran al-Quran telah berjaya membentuk situasi baru dalam kalangan umat islam. Al-Quran telah mendidik manusia untuk mencari kebenaran dan memperkembangkan idea dan akal fikiran. Selain mendidik umat islam untuk berfikir, Al-Quran juga menganjurkan umat islam untuk mempelajari ilmu sebanyak yang mungkin yang boleh dicapai oleh akal fikiran serta dapat membantu kehidupan ini.
Antara faktor-faktor lain kecemerlangan Tamadun Islam adalah pemerintah yang bertakwa dan bijaksana, sumber ekonomi yang luas dan banyak, politik yang stabil, kegiatan ilmu yang meluas, keadilan yang menyeluruh, ketenteraan yang kuat, kedudukan yang strategik, prasarana yang sempurna dan yang terakhir adalah keterbukaan kepada tamadun lain.
|
|