|
Post by norAzila_HS244 on Dec 13, 2014 15:35:14 GMT
NORAZILA SUHAINIE, HS244
PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU YANG MEMBANGUNKAN KEGEMILANGAN TAMADUN
seperti yang kita telah kita pelajari, umat islam terdahulu telah pun maju dalam pelbagai bidang kehidupan. namun di sini saya ingin fokuskan kepada bidang ilmu pengetahuan. terdapat banyak ilmuan-ilmuan islam yang disegani malah ketokohan mereka turut diakui oleh golongan barat. contohnya, perkembangan ilmu matematik seperti al-gebra, geometri dan trigonometri yang menjadi rujukan sarjana-sarjana barat. ilmuan matematik yang terkenal ialah al-khawarizmi. perkembangan dalam bidang perubatan islam dipelopori oleh ibnu sina dan al-razi. buku perubatan al-qanun fi tibb karya daripada ibnu sina telah menjadi rujukan utama para pengamal perubatan barat. dua contoh bidang ilmu ini telah mengangkat taraf umat islam serta membangunkan kegemilangan tamadun islam di mata dunia.
FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN INTELEKTUAL
1. Peranan Pemerintah : Pernaungan politik mendorong perkembangan ilmu di Baghdad. Sikap kecintaan para pemerintah Abbasiyah terhadap ilmu telah menggalakkan para cendekiawan berkumpul di kota Baghdad. Khalifah al Mansur merupakan perintis dalam usahanya menaungi dan mempelopori kegiatan intelektual. Harun al Rashid telah menarik ramai penuntut-penuntut ilmu oleh kerana Baghdad dikenali sebagai pusat ilmu terpenting dalam dunia pada ketika itu.
2. Sistem Pendidikan : Perkembangan ilmu digalakkan lagi dengan penubuhan dan perluasan suatu rangka institusi pendidikan awam. Setakat ini institusi pendidikan awam berkisar kepada masjid saja dan kurikulumnya hanya merangkumi membaca, menulis, dan mengira. Tetapi pada zaman al Mamun pendidikan ditingkatkan lagi dengan mendirikan pelbagai akademi termasuklah institusi perundangan dan institusi sains yang dilengkapi dengan perpustakaan dan makmal-makmal.
3. Kegiatan Penterjemahan : Karya-karya Yunani terutama dalam bidang perubatan dan sains di terjemahkan ke dalam bahasa Arab. Contohnya ialah karya-karya Galen, Hippocrates dan Diescarides. Dalam bidang falsafah karya-karya Plato dan Aristotle seperti Republic, Categories, Physics dan Magna Moralia di terjemahkan. Al Fazani juga menterjemahkan karya-karya sanskrit dalam bidang matematik. Al Ma’mun telah mengutuskan wakilnya menemui Maharaja Byzantium untuk mendapatkan naskhah-naskhah ahli falsafah dan sains bagi diterjemahkan oleh para penterjemah di Bayt al Hikmah.
4. Peranan Tokoh-tokoh Terkenal dan Cendikiawan Islam : Zaman penterjemahan diikuti dengan sumbangan asal orang-orang Islam dalam bidang sains dan kesusasteraan. Bahasa Arab yang dulunya digunakan dalam bidang puisi dan agama saja sudah menjadi alat untuk melahirkan pemikiran saintifik dan idea-idea falsafah.
5. Peranan Bayt al-hikmah : Kegiatan perterjemahan berlaku dengan pesat apabila al Rashid mendirikan Bayt al- Hikmah sebagai pusat penterjemahan dan penyelidikan ilmiah.
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT
1. Pencerahan kemajuan intelektual 2. Munculnya Orientalis Barat 3. Renaisans dan pengembangan ilmu moden di barat
KARAKTERISTIK SARJANA ISLAM DAN SUASANA PERSEKITARAN NEGARA ISLAM YANG MEMBANTU KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN TAMADUN
sarjana islam pada peringkat awalnya memerintah dengan telus dan mengutamakan kebajikan rakyat. mereka menjadikan al-quran dan hadis sebagai sumber rujukan utama dalam setiap urusan pentadbiran. masyarakat islam pada ketika ini juga sangat taat dan patuh kepada pemerintah keran sikap pemerintah yang adil dan saksama. namun begitu, lama-kelamaan sikap pemerintah mula berubah apabila berlakunya pertukaran kuasa atau pewarisan takhta. kebajikan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan dan ini menyebabkan rakyat mula memberontak. suasana dalam negara juga menerima kesan buruk iairu keamanan yang terjejas.
|
|
|
Post by sharifahshafiqah on Dec 13, 2014 16:42:59 GMT
PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU YANG MEMBANGUNKAN KEGEMILANGAN TAMADUN
Memang tak dinafikan pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun kerana penekanan yang diberikan untuk mencapai kegemilangan dalam pelbagai aspek hidup. Sistem pemerintahan yang baik, penekanan terhadap ilmu agama, perluasan kuasa, pengajaran akhlak yang mulia dan perkembangan ilmu pengetahuan pada masa itu telah mendorong kejayaan tamadun Islam terutamanya dari segi penyebaran ilmu yang telah menaikkan tahap kegemilangan tamadun Islam. Penyebaran ilmu dan Islam merupakan antara faktor penting yang menyebabkan berlakunya perubahan-perubahan baru seperti pembinaa bandar yang maju, pemelukan Islam oleh orang-orang dari pelbagai datar belakang yang bersama-sama membentuk masyarakat yang aman dan maju. Pembentukan ikatan persaudaraan yang kukuh antara masyarakat berbilang bangsa menggalakkan penyatuan yang baik dan ukhwah ini menjadi pendinding dari anasir-anasir luar yang tidak baik.
FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN INTELEKTUAL
1. Sifat keterbukaan - Islam menggalakkan kita untuk bersikap terbuka, dan dari aspek ini kita dapat lihat bagaimana tamadun Islam menjalankan hubungan dan interaksi dengan tamadun lain. Keterbukaan ini bukan sahaja dapat mewujudkan hubungan baik degan tamadun lain malah menggalakkan penyebaran Islam dan ilmu pengetahuan.
2. Peranan cendekiawan Islam - Tamadun Islam kaya dengan tokoh-tokoh atau cendiakawan Islam yang pakar dalam pelbagai aspek ilmu pengetahuan contohnya seperti Ibnu Sina, al-Razi dan al-Khawarizmi. Para ilmuan ini kesemuanya dilahirkan oleh institusi masjid. Universiti-universiti terawal Islam juga berkembang daripada institusi masjid.
3. Pusat penyebaran ilmu - kebanyakan ilmu dididik dan disampaikan di masjid-masjid atau universiti yang bertujuan menyebarkan ilmu kepada seluruh umat manusia tidak mengira bangsa, usia atau agama. Wujudnya Baitul Hikmah merancakkan lagi penyebaran ilmu ini dengan menjalankan aktiviti penterjemahan dan penyelidikan.
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT
1. Peranan Andalus- aktiviti penterjemahan dan penyebaran ilmu yang giat rancak dijalankan telah menjadi ikutan negara-negra Kristian berjiran. 2. Hubungan dagang dan diplomatik- pertukaran duta dan hadiah mengukuhkan lagi hubungan yang dibina. 3. Peranan gerakan penterjemahan- para sarjana Eropah telah mempelajari dan menterjemah pelbagai bidang ilmu dari dunia Islam Andalusia dan wilayah-wilayah Islam lain di Timur.
KARAKTERISTIK SARJANA ISLAM DAN SUASANA PERSEKITARAN NEGARA ISLAM YANG MEMBANTU KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN TAMADUN
Kebijaksanaan dan ketakwaan para sarjana Islam merupakan ciri-ciri penting yang mendorong kecemerlangan tamadun Islam dlaam pelbagai bidang. Umat dan negara Islam diterajui oleh pemimpin yang berwibawa. Mereka bukan sahaja adil amala bersifat adil, dan amat mencintai ilmu. Suasana zaman terdahulu sangat mementingkan ilmu. Ulamak dan ilmuwan diangkat martabatnya dalam pentadbiran dan masyarakat. Kejatuhan Islam pula berlaku disebabkan oleh : -wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskin dan yang kaya. -Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia diketepikan. -Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama dalam kalangan pemimpin. -Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi sains dan teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial.
|
|
|
Post by adninhs244 on Dec 13, 2014 18:33:39 GMT
pencapaian Penulisan (Sastera) Seni penulisan ula dikaitkan dengan seni kesusatetraan. Seni kesusasteraan sememangnya mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan umat Islam dan ianya terjadi kerana kesusateraan Islam bersumberkan al-Quran dan al-sunnah yang mana kesusasteraan al-Quran dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan bahasa dan dari segi isinya. Dapat dilihat bahawa hasil atau sumbangan kesusateraan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah telah menyebabkan ramai kaum musyrikin yang telah memeluk agama Islam hanya apabila mendengar al-Quran.
Lukisan dan Arca ( Ukiran) Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabut rumah, piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi besi perang.
Kejuruteraan awam dan struktur juga memberi sumbangan yang banyak terhadap perkembangan teknologi islam.Teknologi bangunan berkait rapat degan bidang arkitek berjaya menonjolkan lagi teknologi senibina islam yang mengagumkam seperti Masjid Al Aqsa di Jerumusalem,Palestin dan Masjid Ummayad di Damascus/Damsyik,Syria, yang di bina pada kurun ke 7 Masihi
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KEGIATAN INTELEKTUAL 1. Keadaan yang aman di wilayah Islam 2. Keadaan aman di wilayah kekuasaan Islam secara relatifnya membolehkan pemerintah dan umat Islam seluruhnya memberi perhatian kegiatan keilmuan dan kebudayaan. 3. Cabaran intelektual dari mereka yang baru memeluk Islam 4. Cabaran ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada para pemeluk Islam yang baharu memaksa para ilmuan Islam mendalami ilmu-ilmu tersebut yang secara tidak langsung , perkembangan ilmu falsafah ini mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan ilmu sains tabii dan perubatan. 5. Pertembungan dengan budaya luar: 6. Budaya luar yang wujud dalam linkungan umat Islam merupakan satu cabaran bagi ilmuan atau para ulama dalam mencari jalan bagi menyelesaikan pelbagai persoalan. 7. Peranan Para Sarjana: 8. Minat yang menggalakan dari para sarjana di Andalus telah menyemarakkan lagi kegiatan keilmuan. Hunain b. Ishak, beliau telah menterjemahkan karya Yunani ke bahasa Suryani dan bahasa Arab. Beliau juga telah menterjemahkan 95 buah karya Gelen ke dalam bahasa Suryani dan 35 buah karya ke bahasa Arab.
PENGALIRAN ILMU ISLAM KE EROPAH 1. Umat Islam menguasai Andalus selama hampir 800 tahun (711-1492M) . Dalam tempoh tersebut budaya dan tamadun Islam mendominasi Eropah. Keagungan dan kegemilangan tamadun Islam menjadi ikutan negara-negara Kristian di rantau itu. 2. Hubungan dagang antara negara Islam dan Kristian telah meluaskan lagi pengaruh ilmu-ilmu Islam seperti teknik-teknik pertanian dan bahan produk-produk Islam. 3. Kegiatan penterjemahan merupakan antara penyumbang besar kepada pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah. Kesannya lahir tokoh-tokoh penterjemahan dan pusat-pusat kegiatan terjemahan. Antara tokoh terkenal dalam penterjemahan ialah Gerard dari Cremona, Michael Scotus, Alfonso X, Robert dari Chester, Stephen dari Sarragosa, Adelard dari Bath. 4. Perang Salib (1097-1292M) yang memakan masa hampir 200 tahun juga secara tidak lansung menyumbang kepada pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah. Sekalipun dari sudut politiknya peperangan ini memberikan kemenangan kepada umat Islam. Namun dari sudut moral, Eropah banyak belajar dari dunia Islam terutama dalam bidang-bidang keilmuannya. 5. Melalui hubungan diplomatik ramai pemimpin Eropah berkunjung ke Andalus. Mereka sering bertukar-tukar duta antara negara tersebut. Contohnya Raja Jerman pernah menghantar delegasi khas di peringkat menteri di ketuai oleh William The True ke Cordova bagi tujuan meninjau peluang-peluang pembelajaran yang terdapat di Andalus. 6. Pulau Sicily (Saqliyah) dibuka oleh orang-orang Islam pada tahun 212M dari kekuasaan Rom. Pemerintahan umat Islam berkuasa selama 220 tahun di Pulau Sicily. Sebagai contoh di kota Parlemo terdapat sekolah perubatan pertama di Eropah dan dari sinilah ilmu perubatan berkembang ke Itali dan seterusnya ke seluruh Eropah.
karakteristik sarjana islam Minat yang menggalakan dari para sarjana di Andalus telah menyemarakkan lagi kegiatan keilmuan. Hunain b. Ishak, beliau telah menterjemahkan karya Yunani ke bahasa Suryani dan bahasa Arab. Beliau juga telah menterjemahkan 95 buah karya Gelen ke dalam bahasa Suryani dan 35 buah karya ke bahasa Arab.
persekitaran
Usaha-usaha pembinaan peribadi Muslim adalah tahap pertama dalam merealisasikan cita-cita dan tujuan dari ajaran Islam yang syumul itu. Pembinaan peribadi Muslim mestilah diikuti dengan pembentukan keluarga Islam, ummah Islamiah, negara Islam, khalifah Islam dan seterusnya dunia Islam.
Tanpa semuanya itu, Islam tidak akan dapat dilihat sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna. Apalagi dalam keadan sekarang ini umat Islam menjadi pelarian, rumah dan harta benda mereka dibakar, wanita-wanita mereka dizalimi dan bebagai-bagai lagi kekejaman akibat peperangan dan ekspoitasi ekonomi-politik. Negara-negara umat Islam pula tidak mempunyai sebarang kekuatan, seluruh keperluan mereka bergantung kepada negara-negara blok Barat dan Timur, khususnya negara-negara kapitalis dan sosialis, terutama dalam bidang ekonomi, persenjataan, pendidikan, kepakaran dan sebagainya. Seperti yang telah disebutkan, kewajiban yang bercorak kifayah itu gugur apabila telah ada seorang atau sekumpulan orang yang menunaikannya secara sempurna. Proses pelaksanaan yang belum mencapai tahap kesempurnaan menyebabkan kelompok masyarakat yang berkenaan masih dianggap berdosa. Contohnya apabila dua atau tiga orang yang menguruskan jenazah dengan tidak mengikut syarat dan rukun-rukunnya, maka anggota masyarakat yang lain masih dikira berdosa. Ibnu Thaimiyah menegaskan bahawa “sesungguhnya para fuqaha Islam pada keseluruhannya berpendapat tentang pertukangan dan perusahaan seperti bertenun, pembinaan bangunan dan sebagainya adalah merupakan fardu kifayah.” Dalam menunaikan tanggungjawab dakwah seperti menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran, Islam mengarahkan supaya perkara tersebut wajib dilakukan oleh sekumpulan orang-orang Islam. Firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan (Ali Imran: 104) Prof Dr. Yusuf Al Qardawy dalam kitab Al-Hillul Islami telah menggariskan bidang-bidang yang perlu digarap dan ditangani oleh umat Islam sama ada pihak pemerintah maupun rakyat dalam proses mengembalikan semula kebangkitan umat Islam seluruhnya untuk menghayati sistem yang sesuai dengan cita-cita Islam. Bidang-bidang yang dimaksudkan ialah bidang-bidang kerohanian dan akhlak, pendidikan dan kebudayaan, kemasyarakatan, ekonomi, ketenteraan, politik dan perundangan. Tanpa memperincikan perkara-perkara yang telah digariskan itu, kita masih dapat melihat di mana keperluan-keperluan yang merangkumi bidang yang berperanan dalam masyarakat Islam bermula dari individu hinggalah sampai ke peringkat negara yang sekiranya benar-benar beroperasi secara yang dikehendaki merupakan sumbangan terbesar terhadap kelansungan umat Islam itu sendiri. Keperluan tersebut dapat dibahagikan kepada beberapa tahap atau peringkat seperti peringkat kampung, daerah, negeri, negara dan peringkat internasional.
kejatuhan 1.Tingkah laku sosial seseorang umpamanya amat terpengaruh dengan suasana persekitaran. Keadaan sekeliling yang penuh dengan maksiat, pergaulan bebas ala Barat dan sebagainya, adalah amat menyimpang dari ajaran Islam. 2.Kekurangan Pengamalan Nilai Islam Dalam Diri Sultan 3. Kemunduran politik punca kejatuhan negara 4. Kelemahan pemimpin. 5.Perebutan kuasa
|
|
|
Post by fatinnajihah on Dec 13, 2014 19:37:58 GMT
1.Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun?
pada zaman dahulu, kegemilangan tamadun dapat dilihat dari segi akidah dan akhlak masyarakatnya. mereka sangat berpegang teguh pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang dibawa oleh Rasulullah. setelah kedatangan islam, amalan jahiliah telah diganti dengan amalan yang menepati syarak. mereka memiliki akhlak yang baik dan berbudi pekerti. mereka juga begitu bersemangat menyebarkan ilmu pengetahuan ke serata dunia.
2.Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual? -keadaan aman dalam wilayah kekuasaan Islam membolehkan pemerintah dan umat Islam seluruhnya memberi lebih perhatian kepada kegiatan keilmuan dan kebudayaan. -cabaran-cabaran ilmiah berbentuk falsafah yang lahir dari para pemeluk islam yang baharu memaksa para ilmuan Islam mendalami ilmu tersebut. -pertembungan dengan budaya luar -peranan pemerintah -Harun al-Rashid-pembinaan Khizanah al-Hikmah, menaungi para ilmuan -Al-Ma'mun-Bayt al-Hikmah, gerakan terjemahan -Abd al-Rahman III- membina Universiti Cordova, menjemput sarjana luar.
3. Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat? -peranan Andalusia -hubungan dagang dan diplomatik -gerakan terjemahan karya-karya Islam ke bahasa Eropah -peranan pemerintah -Gerard dari Cremona-menterjemah 90 buah karya Islam ke Latin -michael Scotus- menterjemah hasil karya sarjana Islam dalam bidang ilmu falsafah -Alfonso X- merterjemah karya Islam dalam bidang astronomi.
4.Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun. -briman dan bertakwa kepada Ilahi -adil dan saksama -berilmu pengetahuan luas -berpandangan jauh -mempunyai semangat daya saing yang tinggi -mementingkan kepentingan dan kebajikan masyarakat
5-Suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun- 1-Hubungan yang baik dalam kalangan masyarakat 2-sifat terbuka tamadun Islam untuk menerima pandangan Tamadun lain 3-hubungan pemimpin dengan masyarakat
|
|
|
Post by sitizulaikhaaa on Dec 13, 2014 23:34:07 GMT
SITI ZULAIKHA BINTI ZAINUDDIN (HS244)
Pencapaian umat Islam terdahulu
“Dunia ini dibangunkan di atas empat tiang utama: keilmuan para sarjana, keadilan para pemimpin, doa orang-orang Soleh dan keberanian para pahlawan (Hitti 1970)”
1. Dapat dikatakan bahawa tanpa Islam, bangsa Arab, Farsi, Spanyol, Turki dan Melayu, tidak akan pernah mengecapi zaman kegemilangan sebagaimana mereka kecapi setelah mereka menerima Islam.
2. Di Andalusia misalnya, kegemilangannya adalah hasil daripada himpunan tradisi kecemerlangan yang akarnya adalah pandangan alam Islam dan tunjangnya adalah Tauhid kepada Allah.
3. Tauhid mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan manusia.
4. Para rasul diutus untuk melaksanakan misi yang bersifat transformatif dan liberatif untuk membebaskan manusia daripada pelbagai belenggu yang mengikatnya dan menahannya daripada kemajuan.
5. Rasulullah SAW memberi tumpuan yang besar pada pembinaan generasi unggul bukannya pembangunan infrastruktur.
6. Individu unggul ini kemudiannya mempunyai persiapan mental, fizikal dan rohani yang mantap untuk memikul misi pembangunan tamadun Islam.
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat
1) Pengaliran ilmu Islam ke barat bermula daripada Tamadun Andalusia
2) Andalus yang memulakan kegiatan penterjemahan buku-buku dan kitab-kitab ke pelbagai bahasa
3) Pelajar dari pelosok tanah Eropah datang menimba ilmu di Andalus dan banyak terbitan buku bahasa Arab ke bahasa Latin
4) Melahirkan tokoh seperti: i. Adelard of Bath (Jadual astronomi karya Maslamah b. Ahmad al-Majriti, huraian matematik tulisan al-Khawarizmi dan huraian tentang ilmu burung)
ii. Plato of Tivoli (karya al-‘Imrani, karya al-Battani dan karya Abu Bakr al-Hassan b. al-Khasib)
iii. Robert of Chester (Karya al-Kindi, terjemahan al-Quran pertama dalam bahasa Latin, karya tentang algebra oleh al-Khawarizmi dan huraian tentang bidang alkemi yang ditulis oleh Khalid b. Yhazid)
iv. John of Sivelle (menterjemahkan karya Arab berkaitan bidang arithmetic,astronomi, perubatan dan falsafah)
v. Hermann the Dalmation (terjemahan jadual astronomi yang pernah dihasilkan oleh al-Khawarizmi, terjemahan karya Abu Ma’sha dan terjemahan dari bahasa Arab yang dibuat oleh Maslamah b. Ahmad al-Majriti)
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual
1) Peranan Ilmuan dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat.
2) Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan sumber rujukan utama.
3) Penubuhan university dan perpustakaan sebagai tempat menuntut ilmu.
4) Galakan pemerintah.
Karakteristik sarjana Islam
1) Sifat cinta akan ilmu yang mendalam mendorong mereka untuk menuntut ilmu Allah dengan bersungguh-sungguh.
2) Mempunyai daya ingatan yang kuat, berfikiran positif dan bersikap terbuka.
3) Sentiasa menyampaikan dan mengamalkan apa yang diajar.
4) Bersifat zuhud.
Kecemerlangan tamadun
1) Suasana negara Islam yang aman dan sarjana Islam yang berjiwa besar dalam menuntut ilmu
2) Masyarakat Islam hidup dalam satu kelompok yang sentiasa berkasih saying.
3) Penuntut ilmu yang sentiasa menghormati guru dan memuliakannya.
4) Sentiasa berdampingan dengan guru dan mencontohi ahlak guru.
Kemerosotan tamadun
1) Perebutan kuasa dan kedudukan.
2) Sunnah Rasulullah tidak lagi diamalkan dan mementingkan nama serta pangkat.
3) Sarjana Islam bersikap iri hati dan berhasad dengki.
4) Sarjana Islam mementingkan diri sendiri dan mula tidak menghormati guru.
|
|
|
Post by nazhifahaliasHS244 on Dec 14, 2014 0:23:06 GMT
Pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun: Umat Islam telah mencpai satu kegemilangan dalam aspek politik, sosioekonomi dan ilmu pengetahuan. Para sarjana Islam menjadi pengasas sebenar kaedah percubaan sains dan menemukan perkembangan sains tertentu pada zaman selepasnya. Ramai cendikiawan Islam telah lahir seperti Ibn Rush, Ibnu Sina dn lain-lain. Zaman kegemilangan Islam ialah Zaman Rasulullah, zaman Khulaf’ Ar-Rasyidin, Zaman Umaiyah, Zaman Abasiyyah, dan Zaman Turki Uthmaniyah .
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektuan: 1) Peranan yang dimainkan pemerintah - Pemimpin Abasiyyah mengambil berat tentang perkembangan ilmu dengan mendirikan masjid yang dilengkapi dengan sekolah dan perpustakaan. - Pemimpin memperuntukkan biaya khas untuk kolej dan pelajarnya dan penyelidik yang menghasilkan karya dianugerahkan hadiah lumayan
2) Peranan Khalifah Harun al-Rasyid - Khalifah Harun al-Rasyid suka mendapingi para ilmuwan dan menaungi kegiatan kesrjanaan mereka
3) Perkembangan kegiatan keilmuan di Andalusia - Di Andalusia, masjid dijadikan sebagai tempat menyampaikan pendidikan. - Menyediakan pendidikan khusus untuk kanak-kanak - Sebahagian besar guru berkhidmat secara sukarela
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat: 1) Peranan Andalusia - Ramai pelajar Eropah dating ke Andalusia untuk mempelajari pelbagai disiplin ilmu pengetahuan - Terdapat penganut Kristian Andalusia yang berhijrah ke Eropah dan mereka yang menguasai bahasa arab dan ilmu-ilmu Islam berperanan menterjemah dan menyebarkan ilmu-ilmu dalam kalangan masyarakat Eropah.
2) Hubungan Diplomatik dan Dagang - Melalui kegiatan dagang, produk-produk Islamdalam pelbagai bidang seperti pertanian dan teknik-teknik pertanian terkini dipelajari oleh orang Eropah. - Melalui hubungan diplomatik, pemerintah kristian di Eropah menjalin hubungna diplomatic dengan kerajaan Islam Andalusia dan Baghdad. - Mereka saling bertukar hadiah dan duta dengan khalifah Islam
3) Peranan gerakan penterjemahan - Penterjemahan karya- karya Islam yang dilakukan para sarjana Eropah terutama kaum Yahudi - Para sarjan Eropah telah mengambil peluang mempelajari dan menterjemah pelbagai ilmu dari Negara Islam.
Karakteristik sarjana Islam: - Sarjana Islam dahulu amat dahagakan ilmu dan cinta mereka kepada ilmu amatlah tinggi. Mereka tidak suka menerima sahaja karya- karya sarjana dahulu malah mereka mengakaji dengan lebih mendalam lagi.
Suasana persekitarannegara Islam yang membantu kecermelangan dan kejatuhan tamadun:
Kecemelangan: - Suasana umat dahulu yang keyakinannya tinggi terhadap ajaran Islam yang menganjurkan perkembangan akal fikiran manusia dalam mencari kebenaran. - Terdapat pemerintah yang bertaqwa dan bijaksana yang membantu menaikkan kecemerlangan Tamadun Islam. Oleh itu, politik yang stabil juga membolehkan pemerintah dan umat Islam mengalih perhatian kegiatan keilmuan - Ekonomi yang luas disebabkan zakat menjadi pendrong kepada umat Islam untuk mencari harta.
Kejatuhan: - Suasana yang berlaku penyelewengan dan gejala keruntuhan akhlak seperti masyarakat yang tidak mementingkan taqwa serta jawatan yang dipegang tidak dilakukan dengan amanah. - Pemerintah yang lemah menyebabkan politik tidak stabil seperti yang berlaku pada Zaman Umaiyah di Andalusia - Kekurangan sumber ekonomi menyebabkan banyak prasarana dan pembangunan tidak dapat dibangunkan.
|
|
|
Post by shafiqahj on Dec 14, 2014 0:31:35 GMT
1)PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU YANG MENBANGUNKAN KEGEMILANGAN TAMADUN Pencapaian umat islam pada masa dahulu sedikit sebanyak telah membawa kepada kegemilangan tamadun. Hal ini kerana sifat kepimpinan yang ada pada diri pemimpin umat islam terdahulu yang sangat berkepimpinan telh Berjaya memnadu tamadun mereka menjadi sebuah tamadun yang maju. Selain daripada itu, sifat brkerjasa sama dan hormat menghormati umat islam telah berjaa menjadikan tamadun yang dicipta menjadi maju dan gemilang. Disamping itu juga pencapaian yang tinggi dalam ilmu pengetahuan yang ada pada umat islam terdahulu juga telah mejadi faktor kegemilangan tamadun mereka
2)PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN BARAT
Punca pengaliran ilmu pengetahuan barat ini disebabkan oleh peranan Andalus. Hal ini kerana aktiviti penterjemahan dan penyebaran ilmu rancak dijalankan di sini. Hal ini seterusnya menjadi ikutan negara-negra Kristian berjiran. Seterusnya, gerakan para penterjemah juga menjadi salah atu sebab utama pengaliran ilmu pengetahuan barat. Pada masa itu, para sarjana Eropah telah mempelajari dan menterjemah pelbagai bidang ilmu dari dunia Islam Andalusia dan wilayah-wilayah Islam lain di Timur.
3)FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN INTELEKTUAL Antara faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual ialah peranan ilmuwan yang sentiasa mencari ilmu dan menyampaikan ilmu yang mereka perolehi kepada masyarakat. Seterusnya, dengan penubuhan pusat intelektual seperti sekolah dan university juga amat memainkan peranan yang dominan dalam meningkatkan tahap tahap intelektual kerana dapat mengalakkan masyarakat untuk sentiasa menimba ilmu pngetahuan. Seterusnya, peranan pemimpin yang sentiasa mengalakkan rakyatnya untuk terus menimba ilmu juga amat penting.
4)KARAKTERISTIK SARJANA ISLAM DAN SUASANA PERSEKITARAN NEGARA ISLAM YANG MEMBANTU KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN TAMADUN Antara karakteristik sarjana islam dan suasana persekitaran islam yang membantu kecermelangan dan kejatuhan tamadun ialah sarjana islam yang sentiasa menerapkan nilai-nilai agama islam dalam diri mereka. Selain daripada itu, sifat sarjana islam yang sentias memuliakan guru mereka amat penting kerana untuk meninba ilmu dari guru kita haruslah mendapat keberkatan dahulu. Selain itu sifat suka berlumba-lumba dan berbanggadii dengan ilmu yang dimiliki juga harus di elakkkan dari diri seorang sarjana islam itu kerana ilmu itu ialah pelita hidup dan bukanlah untuk dijadikan bahan bagi menghina orang lain
|
|
azida
New Member
Posts: 9
|
Post by azida on Dec 14, 2014 3:13:19 GMT
* NUR AZIDAWATI BINTI ZAINAL
1)Sejauh mana pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun : ~Pencapaian dalam bidang ilmu seperti yang dilakukan oleh sultan Andalus. ~Pembinaan perpustakaan yang besar.Seperti dicatat oleh seorang sejarawan Barat,bahawa al-Hakam memiliki lebih 400,000 buah buku. ~Pada zaman itu belum wujud percetakan seperti hari ini. Semua koleksi tersebut hasil tulisan tangan. ~Pemerintahan yang adil.
>keadilan bukan hanya satu konsep yang berkaitan dengan pemerintahan dan politik sahaja.Merupakan konsep yang bersifat kerohanian dan metafizik.seseorang yang tidak bersikap adil kepada Tuhannya tidak akan bersikap adil kepada rakyatnya. Seseorang yang tidak tahu bagaimana menempatkan ilmu dan kejahilan tidak akan dapat membangunkan negara.
~Kerajaan yang bijaksana
>Kebijaksanaan seseorang pemimpin amat untuk membawa masyarakat yang dipimpinnya ke arah kecemerlangan dan kejayaan yang hakiki. Daripada sudut pandangan Islam, kejayaan hakiki mengambil kira kesejahteraan aqli,jasadi dan rohani.Dengan aspek-aspek ini umat islam terdahulu mampu membentuk satu tamadun yang cemerlang spt yang dpt kita rasa sehingga kini.
2) Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual :
-> Keadaan wilayah kekuasan Islam yang aman-membolehkan para ilmuwan bergiat aktif dalam kegiatan keilmuwan -> Cabaran ilmiah yang berbentuk falsafah memaksa para ilmuwan Islam mendalami ilmu tersebut -> Perkembangan ilmu sains tabii & perubatan -> Penulisan tentang ilmu falsafah & perubatan
3) Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat :
-> Kegemilangan Islam di Andalus menjadi ikutan negara-negara Kristian yang berjiran. -> Hubungan dagang & diplomatik -> Peranan gerakan terjemahan -> Sumbangan pakar-pakar ulung ilmu perubatan spt Ibn Sina,Abu Qasim al-Zahrawi,Ammar Bin Ali..
4)Karakteristik sarjana Islam : -> Komitmen yang tinggi dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan -> Mempunyai daya ingatan yang kuat -> Patuh pada ajaran Allah SWT
5)Suasana persekitaran negara Islam :
-> Berada dalam kedudukan yang strategik -> Menguasai jalan-jalan perdagangan penting(timur & barat) -> Penyediaan infrastruktur yang baik
|
|
|
Post by nurhayati on Dec 14, 2014 3:52:30 GMT
1) Pencapaian umat Islam terdahulu yang membangunkan kegemilangan tamadun Sebagaimana yang kita ketahui, umat islam pada zaman dahulu telah maju dalam pelbagai bidang, mereka menjadi pengasas kepada sesuatu bidang tersebut sebagai Ibn Haitham.Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya mengenai perubatan mata telah menjadi asas kepada pengajian perubatan moden mengenai mata.Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya.
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektuan: 1)Peranan yang dimainkan pemerintah Contohnya, pemimpin Abasiyyah mengambil berat tentang perkembangan ilmu dengan mendirikan masjid yang dilengkapi dengan sekolah dan perpustakaan. mereka juga memperuntukkan biaya khas untuk kolej dan pelajarnya dan penyelidik yang menghasilkan karya dianugerahkan hadiah lumayan
2)Peranan Khalifah Harun al-Rasyid -Khalifah Harun al-Rasyid suka mendampingi para ilmuwan dan menaungi kegiatan kesarjanaan mereka
3)Perkembangan kegiatan keilmuan di Andalusia Di Andalusia, masjid dijadikan sebagai tempat menyampaikan pendidikan. mereka juga menyediakan pendidikan khusus untuk kanak-kanak. Selain itu,sebahagian besar guru berkhidmat secara sukarela
Faktor pengaliran ilmu ke Barat a) Hubungan Diplomatik. -Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan negara Islam.Islam mengajar umatnya supaya berinteraksi antara satu sama lain baik berinteraksi secara vertikal deengan Allah SWT, mahupun berinteraksi secara horizontal sesama manusia dengan sesama makhluk Allah.
b) Aktiviti penterjemahan Kehadiran orang-orang Kristian di Eropah di negeri-negeri Islam, menyebabkan mereka banyak memperolehi pengetahuan dari tamadun Timur melalui interaksi mereka dengan orang-orang Islam dinegeri-negeri dimana mereka berada.Orang-orang Eropah yang menetap di negeri-negeri Islam mengambil unsur-unsur tamadun Islm dan kemudiannya mereka bawa pulang ke negeri masing-masing.
Karakteristik sarjana islam Seperti yang kita lihat para sarjana islam rajin menimba ilmu dan mereka juga tidak hanya menerima ilmu tersebut malahan mereka juga turut mengkaji setiap yang dipelajari dengan lebih dalam lagi. Ini menyebabkan umat islam lebih maju dari sekarang.
Suasana persekitarannegara Islam yang membantu kecermelangan dan kejatuhan tamadun:
Kecemerlangan: Suasana umat dahulu yang keyakinannya tinggi terhadap ajaran Islam yang menganjurkan perkembangan akal fikiran manusia dalam mencari kebenaran.Terdapat pemerintah yang bertaqwa dan bijaksana yang membantu menaikkan kecemerlangan Tamadun Islam. Oleh itu, politik yang stabil juga membolehkan pemerintah dan umat Islam mengalih perhatian kegiatan keilmuan.
Kejatuhan: Suasana yang berlaku penyelewengan dan gejala keruntuhan akhlak seperti masyarakat yang tidak mementingkan taqwa serta jawatan yang dipegang tidak dilakukan dengan amanah. Pemerintah yang lemah menyebabkan politik tidak stabil seperti yang berlaku pada Zaman Umaiyah di Andalusia. Kekurangan sumber ekonomi menyebabkan banyak prasarana dan pembangunan tidak dapat dibangunkan.
|
|
|
Post by hanisazizan_hs244 on Dec 14, 2014 4:03:20 GMT
NUR HANIS BINTI NUR AZIZAN
SOALAN 1 sumbangan kejuruteraan mekanikal yang utama dalam teknologi Islam ialah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-lain. Mesin pengangkut air yang pertama digunakan di Mesir dan Syria dan dipanggil Shaduf. Modifikasi kepada shaduf telah dilakukan dan menerangkan kaedah penggunaannya di dalam kitab-kitab karangan mereka. Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus. Di mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam di dalam sungai dan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut. Sementara Taqi al Din pula di dalam kitabnya, menerangkan alat mengepam air dengan menggunakan roda berskoop. Satu perkara yang menakjubkan tentang alat ini ialah kemampuan juruteranya mencipta silinder piston yang dapat mengepam air ke atas. Silinder piston telah digunakan oleh Taqi al Din pada alatnya untuk menghasilkan satu paduan daya tolakan mengepam air ke atas. Manakala Banu Musa bersaudara pula telah berjaya mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin. Di mana ciptaan mereka ini digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air. Mereka juga berjaya mencipta satu bejana automatik yang boleh mengisi bejananya sendiri.
Ada ramai ilmuwan Islam dan salah seorangnya adalah Ibnu Sina. Beliau ialah pakar dalam bidang perubatan dan menulis buku bertajuk 'Al-Qanu Fit-Tib' yang masih lagi menjadi rujukan di universiti seluruh dunia. Bukan itu saja, beliau menguasai bidang ilmu yang lain seperti astronomi, fizik, kimia dan matematik.
Tidak ketinggalan juga al-Biruni yang pakar dalam bidang astronomi, matematik, fizik, perubatan, geologi dan sejarah. Beliau juga menguasai banyak bahasa seperti bahasa Yunani, Ibrani dan Sanskrit. Al-Biruni ialah orang pertama yang menerangkan fenomena gerhana dan yang pertama mengetahui bahawa bunga mempunyai tiga, empat, lima, enam dan lapan belas kelopak, tetapi tidak pernah tujuh atau sembilan kelopak.
SOALAN 2 Orang Islam telah menterjemah banyak karya-karya Yunani kepada bahasa Arab.Selain Yunani,mereka juga menterjemah karya-karya astronomi dari Parsi,Syria dan India.Ilmu-ilmu astronomi ini telah diperkemaskan lagi oleh para sarjana Islam. Ummat Islam telah didedahkan dengan ilmu astronomi melalui perkhabaran Tuhan mengenai objek-objek yang terdapat dilangit seperti bintang, planet dsb.Hal ini telah membentuk satu cabaran bagi umat di zaman dulu untuk mengkaji ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan astronomi ini. Faktor ajaran Islam yang menggesa ummatnya untuk memikirkan fenomena yang Tuhan ciptakan di alam ni.Perkara ini termasuklah segala kejadian yang terdapat di langit seperti siang malam dan sebagainya.
Faktor ajaran Islam yang berkait rapat dengan astronomi umpamanya ibadat-ibadat seperti solat,permulaan ibadat puasa,sambutan hari raya yang berkait dengan gerakan dan fasa-fasa yang berlaku pada bulan.
Keadaan ini memberi satu cabaran kepada ummat Islam pada zaman silam untuk mendalami ilmu astronomi agar ibadat-ibadat yang berkait rapat dengan musim-musim tertentu dapat diselesaikan.
Bantuan yang mencukupi dari kerajaan dalam membiyai segala aktiviti pengkajian yang berkaitan dengan astronomi
SOALAN 3 1) Hubungan Diplomatik.
-Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan negara Islam.Islam mengajar umatnya supaya berinteraksi antara satu sama lain baik berinteraksi secara vertikal deengan Allah SWT, mahupun berinteraksi secara horizontal sesama manusia dengan sesama makhluk Allah.
2) Aktiviti penterjemahan
Dalam masa peperangan Salib telah wujud hubungan kebudayaandan tamadun antara pihak Kristian dan Muslimin secara langsung atau tidak langsung.Kehadiran orang-orang Kristian di Eropah di negeri-negeri Islam, menyebabkan mereka banyak memperolehi pengetahuan dari tamadun Timur melalui interaksi mereka dengan orang-orang Islam dineeri-negeri dimana mereka berada.Mereka melihat secara langsung ketinggian tamadun Islam dalam pelbagai bidang Ilmu
pengetahuan, antara lain: bidang perubatan, pertanian, pendidikan, arkitektur, ketenteraan dan sebagainya
3) Perang Salib
sebab-sebab perdagangan
i. -ahli-ahli perniagaan Eropah sanggup mengeluarkan wang dan senjata untuk membantu peperangan Salib kerana mereka berkeinginan supaya dapat menakluki sesetengah dermaga-dermaga di sepanjang pantai Timur dan selatan Laut Mediterranean, terutama di Venice, Genoa dan Pisa.Tujuannya ialah supaya dermaga-dermaga tersebut menjadi pusat perniagaan mereka di Timur dan wujud kesinambungan di antara perniagaan Eropah dengan perniagaan di Timur melalui jalan-jalan ini
ii. Perang Salib berlaku di Manzikert, Byzantin.
-Pada tahun 1071M telah berlaku satu pertempuran antara orang Islam yang dipimpin oleh Ali Arsalam dengan Emperor Rumanos IV bagi pihak Byzantin di Manzikert. Pertempuran ini merupakan satu pertempuran yang terbesar pernah berlaku di antara Islam dengan orang kafir.Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan Islam.
SOALAN 4 Antara imej sarjana islam ialah i. Beriman
ii. Bertaqwa
iii. Berilmu
iv. Berakhlak
v. Ithar (mengutamakan saudara seagama lebih dari diri sendiri) sanggup melakukan
pengorbanan
vi. Istiqomah di dalam melakukan ketaatan
vii. Ikhlas
viii. Bertawakkal kepada Allah
ix. Saleh li Nafsihi wa Musleh li Ghairihi
suasana persekitaran islam yang aman dan bebas dari permusuhan juga menyebabkan ilmu mudah diperolehi dan seterusnya membawa kepada kejayaan umat islam.
|
|
|
Post by najiha on Dec 14, 2014 6:13:23 GMT
NURUL NAJIHATUL HANIE BINTI MUHAMMAD SHAHID >PH240<
a)Pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun Umat Islam terdahulu berjaya mengubah hidup masyarakat jahiliah kepada masyarakat yang berilmu dan berkasih - sayang, dan kesannya bukan sahaja kepada tamadun Islam sahaja malahan tamadun-tamadun lain turut mengalami perubahan yang sama dengan kehadiran Islam.
b)Faktor yang membantu kegiatan perkembangan intelektual 1-Keamanan yang dicapai 2-Aktiviti penterjemahan seperti di Andalus 3-Berlaku pertembungan di antara budaya tamadun 4-Peranan pemerintah dalam memastikan rakyatnya berilmu
c)Faktor pengaliran ilmu Islam ke Barat 1-Aktiviti pentejermahan seperti berlaku di Andalus 2-Hubungan dagang dan diplomatik negara Islam dengan negara-negara Eropah 3-Peranan khalifah Islam menghantar sarjana-sarjana Islam ke serata dunia dalam menyebarkan ilmu Islam
d)Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam dalam membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun 1-Sarjana Islam mempunyai semangat jihad yang tinggi dalam menyebarkan ilmu Allah dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka menuntut ilmu dengan bersungguh-sunngguh bukan dengan niat untuk mendapat kemegahan di dunia tetapi untuk menimba ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin dengan niat hanya kerana Allah. Mereka turut menjadi pakar di dalam setiap bidang yang mereka ceburi, seterusnya menaikkan martabat agama Islam di dunia yang membawa kepada penyebaran agama Islam ke seantero dunia. 2-Suasana persekitaran negara Islam yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama serta negara yang mementingkan masyarakat yang berilmu membantu kecemerlangan tamadun dan kejatuhan sesebuah tamadun turut didorong jika berlaku yang sebalikya.
|
|
|
Post by syazwina1995 on Dec 14, 2014 6:50:00 GMT
Assalamualaikum ,
1)Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun ?
Kegemilangan pencapaian Tamadun Islam meliputi kerohanian, politik, ekonomi, sosial, dakwah, ketenteraan. Dari segi kerohanian apa yang boleh dihuraikan ialah sifat kerohanian dalam dalam diri pemimpin Tamadun Islam terutamanya Rasulullah. Dari segi kerohaniaan, Allah diletakkan sebagai yang utama dimana tidak ada selainnya selain keredhaan Allah. Dari segi politik, Rasulullah amat bijak dalam memimpin negara. Baginda memerintah menerusi wahyu memperkenalkan sistem syura atau musyawarah.
2)Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektuan
1.Peranan pemerintah yang menggalakkan penyebaran ilmu pengetahuan.
2.Keadaan yang aman di wilayah Islam memberi peluang kepada pemimpin dan masyarakat dalam memberikan perhatian dalam bidang ini.
3.Pertembungan dengan budaya luar. Budaya luar yang wujud dalam lingkungan umat Islam menjadi satu cabaran bagi para ilmuwan dalam mencari pelbagai penyelesaian.
3)Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat ?
1.Hubungan dagang antara negara Islam dan Kristian telah meluaskan pengaruh-pengaruh Islam ke Eropah.
2.Kegiatan penterjemahan yang amat menggalakkan. Aktiviti ini membawa kepada lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan seperti Gerard dari Cremona.
3.Perang Salib yang memakan masa hampir 200 tahun telah banyak mengajar Eropah dalam pelbagai bidang ilmu.
4)Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemrlangan dan kejatuhan tamadun ?
a)Karakteristik :
1.Berakhlak mulia
2.Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu
3.Kuat ingatan
4.Beramal dengan ilmu yang dipelajari
b)Suasana persekitaran negara Islam :
1.Masyarakat menunjukkan contoh yang baik kepada tamadun lain yang wajar diikuti
2.Amat mementingkan ilmu pengetahuan
3.Interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun lain menunjukkan pertukaran ilmu yang berguna daripada tamadun Islam.
|
|
|
Post by farhanaismailhs244 on Dec 14, 2014 7:00:07 GMT
NOOR FARHANA BINTI MOHD ISMAIL Bicara islam 1.Sejauh mana pencapaian umat islam terdahulu membangunkan tamadun -Mereka mempunyai kekuatan ilmu serta meletakkan keutamaan ilmu pada susunan yang tepat. Sudah tentu ilmu yang tertinggi adalah ilmu Tauhid, dan diikuti ilmu Fiqh. Kedua-dua ilmu ini membawa insan mengenali Penciptanya dan seterusnya mengajar manusia tatacara bagaimana seseorang insan berhubung dengan Tuhannya dan juga antara insan itu sendiri. Sesudah itu ilmu yang utama pula adalah ilmu yang mengajar insan bagaimana mengenali diri sendiri. Ilmu ini adalah ilmu yang berkaitan kedoktoran dan perubatan. Seterusnya ilmu yang utama pula adalah ilmu yang mengajar insan mengenali alam sekeliling termasuk alam semesta. Di sini seseorang insan itu dapat menilai, menghargai kedudukan dan martabatnya berbanding makhluk-makhluk lain yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Ilmu yang mengkaji alam semesta ini telah dikenal sekian lama sebagai ilmu falak atau astronomi. 2.Faktor perkembangan kegiatan keintelektualan - Interaksi dalam tamadun yang mana perkembangan ilmu akan mudah dan cepat dan perkembangan ilmu teknologiyang lebih pesat. Setiap tamadun akan berhubung/saling berhubungkait/saling pinjam meminjam nilai-nilai yang ada antara tamadun, saling berkongsi ilmu pengetahuan, proses asimilasi budaya. 3.Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat -Antarasalah satu puncanya ialah golongan Mozarab memainkan peranan penting dalam penyebaran tamadun Islam ke Kristian Eropah. Mereka lebih banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Arab/Islam berbanding dengan pengaruh-pengaruh lain. Penguasaan mereka terhadap Bahasa Arab melebihi bahasa ibunda mereka sendiri. Sebagai bukti, pada tahun 1049M John dari Seville melakukan usaha menterjemahkan kitab Bible ke Bahasa Arab. Versi Arab ini dibahagikan kepada bishop-bishop dan paderi-paderi kristian di Andalusia terutamanya kepada Bishop John Danial yang tidak mahir bebahasa Latin. Gologan Mozarab telah membaca dengan meluas karya-karya falsafah dan teologi Islam. Penumpuan dan pemerhatian mereka kepada karya-karya Islam ini telah menyebabkan mereka lebih mahir menguasai Bahasa Arab berbanding dengan bahasa Latin. Mereka membelanjakan wang yang banyak mendirikan perpustakaan-perpustakaan yang besar untuk menyimpan buku-buku Arab. Pergantungan mereka kepada ilmu-ilmu Islam inilah yang telah menimbulkan kebimbangan dan bantahan oleh Bishop Alwaro. Dengan penguasaan yang meluas dalam karya-karya Islam, golongan ini telah menjadi sebahagian daripada agen perantara memindahkan elemen-elemen tamadun Islam Andalusia kepada masyarakat Kristian Eropah. 4.Karakteristik sarjana islam dan suasana persekitaran Negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun - Kelahiran sesebuah kemajuan turut didorong oleh penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat sudah pasti menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilai-nilai murni yang wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya barganding bahu untuk membangunkan negara. -Berdasarkan sejarah, sesebuah kemajuan itu boleh merosot kerana faktor-faktor berikut: 1.Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat diperhatikan di penghujung kemajuan Romawi pada kurun ketiga dan keempat Masehi. 2.Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia. 3.Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan. 4.Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah kemajuan. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku.
|
|
|
Post by farinirazalihs244 on Dec 14, 2014 7:03:58 GMT
NORFARINI BINTI RAZALI
1)PENCAPAIAN UMAT ISLAM: -Salah satu faktor umat Islam terdahulu menempa sejarah kegemilangan adalah kerana mereka mempunyai kekuatan ilmu serta meletakkan keutamaan ilmu pada susunan yang tepat. Sudah tentu ilmu yang tertinggi adalah ilmu Tauhid, dan diikuti ilmu Fiqh. Kedua-dua ilmu ini membawa insan mengenali Penciptanya dan seterusnya mengajar manusia tatacara bagaimana seseorang insan berhubung dengan Tuhannya dan juga antara insan itu sendiri. Sesudah itu ilmu yang utama pula adalah ilmu yang mengajar insan bagaimana mengenali diri sendiri. Ilmu ini adalah ilmu yang berkaitan kedoktoran dan perubatan. Seterusnya ilmu yang utama pula adalah ilmu yang mengajar insan mengenali alam sekeliling termasuk alam semesta. Di sini seseorang insan itu dapat menilai, menghargai kedudukan dan martabatnya berbanding makhluk-makhluk lain yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Ilmu yang mengkaji alam semesta ini telah dikenal sekian lama sebagai ilmu falak atau astronomi. -Semasa Zaman Keemasan Islam (750 - 1250: zaman Kerajaan Abbasiyah; bahasa Arab:حضارة إسلامية , para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri. Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu.
2)PERKEMBANGAN KEGIATAN KEINTELEKTUALAN: -perkembangan ilmu akan mudah dan cepat dan perkembagan ilmu teknologi yang lebih pesat. setiap tamadun akan berhubung/ saling berhubung kait/ saling pinjam meminjam nilai-nilai yang ada antara tamadun, saling berkongsi ilmu pengetahuan, proses asimilasi budaya.
3)PUNCA PENGALIRAN ILMU KE BARAT: - Orang-orang mozarab memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan Islam ke Eropah. Dengan mempelajari bahasa Arab mereka berpeluang membaca karya-karya dan hasil-hasil penulisan orang-orang Islam. Mereka juga membelanjakan wang yang banyak untuk mendirikan perpustakaan bagi menempatkan koleksi-koleksi yang berbahasa Arab. Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan dan bantahan dari Bishop Alwaro. Ini disebabkan mereka terpaksa menterjemahkan bible Ke dalam bahasa Arab supaya boleh dibaca oleh orang-orang Kristian yang nyata lebih suka dan fasih menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan melebihi bahasa mereka sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh John Seville pada tahun 1049M. Versi Arab ini kemudiannya dibahagikan kepada bishop-bishop dan paderi-paderi disemua wilayah di Andalus ketika itu. Ini telah menunjukkan telah wujud hubungan yang erat diantara masyarakat Arab Islam dan Kristian terutama penduduk tempatan. Secara tidak langsung mereka turut menyebarkan ilmu-ilmu Islam terutama bidang falsafah, puisi dan kesusasteraan.
4) CHARACTERISTIC SARJANA ISLAM DAN SUASANA PERSEKITARAN NEGARA ISLAM: -sarjana islam memerintah dengan telus dan mengutamakan kebajikan rakyat. mereka menjadikan al-quran dan hadis sebagai sumber rujukan utama dalam setiap urusan pentadbiran. masyarakat islam pada ketika ini juga sangat taat dan patuh kepada pemerintah keran sikap pemerintah yang adil dan saksama. namun begitu, lama-kelamaan sikap pemerintah mula berubah apabila berlakunya pertukaran kuasa atau pewarisan takhta. kebajikan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan dan ini menyebabkan rakyat mula memberontak. suasana dalam negara juga menerima kesan buruk iaitu keamanan yang terjejas.
|
|
|
Post by mylahs244 on Dec 14, 2014 7:21:39 GMT
JAMILAH BINTI ISHAK
PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU:
Umat Islam terdahulu mencapai kegemilangan dari aspek ilmu pengetahuan.Umat Islam terdahulu bersungguh-sungguh mencari ilmu hinggakan mereka dapat menguasai pelbagai bidang ilmu.Hal ini dapat dilihat dengan lahirnya ramai golongan cendikiawan seperti Ibn Sina.Beliau ialah pakar dalam bidang perubatan dan menulis buku bertajuk 'Al-Qanu Fit-Tib' yang masih lagi menjadi rujukan di universiti seluruh dunia. Bukan itu saja, beliau menguasai bidang ilmu yang lain seperti astronomi, fizik, kimia dan matematik.
FAKTOR PERKEMBANGAN KEGIATAN INTELEKTUALAN 1.Keadaan yang aman di wilayah Islam 2.Keadaan aman di wilayah kekuasaan Islam secara relatifnya membolehkan pemerintah dan umat Islam seluruhnya memberi perhatian kegiatan keilmuan dan kebudayaan. 3.Cabaran intelektual dari mereka yang baru memeluk Islam 4.Cabaran ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada para pemeluk Islam yang baharu memaksa para ilmuan Islam mendalami ilmu-ilmu tersebut yang secara tidak langsung , perkembangan ilmu falsafah ini mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan ilmu sains tabii dan perubatan. 5.Pertembungan dengan budaya luar: 6.Budaya luar yang wujud dalam linkungan umat Islam merupakan satu cabaran bagi ilmuan atau para ulama dalam mencari jalan bagi menyelesaikan pelbagai persoalan. 7.Peranan Para Sarjana 8.Minat yang menggalakan dari para sarjana di Andalus telah menyemarakkan lagi kegiatan keilmuan. Hunain b. Ishak, beliau telah menterjemahkan karya Yunani ke bahasa Suryani dan bahasa Arab. Beliau juga telah menterjemahkan 95 buah karya Gelen ke dalam bahasa Suryani dan 35 buah karya ke bahasa Arab.
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT
·Kemajuan orang Islam Sepanyol menarik minat orang Barat untuk mempelajari ilmu pengetahuan bangsa Arab. ·Mereka telah mendirikan sebuah sekolah di Paris bagi mempelajari bahasa-bahasa Timur pada abad ke12M ·Orang Eropah mengambil ilmu perbuatan daripada Ibn Zuhr dan Ibn Baithar. Mereka berjaya mengubat penyakit cacar dan sampar. ·Raja-raja dan kaum bangsawan Eropah seringkali memanggil doktor-doktor Arab untuk mengubati mereka. ·Sekolah perubatan didirikan oleh orang Perancis gurunya terdiri daripada bangsa Arab Sepanyol. ·Daripada bangsa Arab orang Eropah mengetahui cara membuat gula dan sutera ·Orang Arab mahir dalam ilmu peperangan dan membuat kapal perang. ·Angkatan laut Islam di Lautan Mediterranean menjadi contoh kepada angkatan laut Negara negara Kristian. ·Eropah mempelajari daripada bangsa Arab ilmu pertukangan, kesenian, nyanyian hingga sekarang dalam muzik Sepanyol masih ada kesan- kesan pengaruh Arab.
CIRI-CIRI SARJANA ISLAM: 1)Mempunyai semangat jihad yang tinggi. 2)Beriman dan bertaqwa. 3)Berilmu pengetahuan. 4)Berakhlak mulia. 5)Istiqomah. 6)Ikhlas. 7)Adil dan Saksama.
SUASANA PERSEKITARAN NEGARA ISLAM:
1)Menitikberatkan ilmu pengetahuan dalam masyarakat. 2)Berpegang teguh kepada ajaran Islam.
|
|