|
Post by aerweenhs244 on Dec 14, 2014 8:12:36 GMT
NUR' AERWEEN EDRIENA BINTI NAKELI
PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU MEMBANGUN KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM - Salah satu faktor umat Islam terdahulu menempa sejarah kegemilangan adalah kerana mereka mempunyai kekuatan ilmu serta meletakkan keutamaan ilmu pada susunan yang tepat. Sudah tentu ilmu yang tertinggi adalah ilmu Tauhid, dan diikuti ilmu Fiqh. Kedua-dua ilmu ini membawa insan mengenali Penciptanya dan seterusnya mengajar manusia tatacara bagaimana seseorang insan berhubung dengan Tuhannya dan juga antara insan itu sendiri. Sesudah itu ilmu yang utama pula adalah ilmu yang mengajar insan bagaimana mengenali diri sendiri. Ilmu ini adalah ilmu yang berkaitan kedoktoran dan perubatan. Seterusnya ilmu yang utama pula adalah ilmu yang mengajar insan mengenali alam sekeliling termasuk alam semesta. Di sini seseorang insan itu dapat menilai, menghargai kedudukan dan martabatnya berbanding makhluk-makhluk lain yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Ilmu yang mengkaji alam semesta ini telah dikenal sekian lama sebagai ilmu falak atau astronomi. - Semasa Zaman Keemasan Islam (750 - 1250: zaman Kerajaan Abbasiyah; bahasa Arab:حضارة إسلامية , para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri. Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu.
FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN INTELEKTUAL - Penanan pemerintah, agama islam , masyarakat dan ilmuan hendaklah mengambil peranan penting dalam kegiatan tersebut . - Interaksi dengan tamadun lain : Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain merupakan ransangan kepada kuehidupan bertamadun.Ini kerana sikap toleransi kepada sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baik dari tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan tamadun baru. Tamadun Islam turut menerima sumber ilmu daripada tamadun india, cina dan lain-lain.
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT -Para sejarawan telah sepakat bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong pengaliran ilmu-ilmu pengetahuan islam ke Eropah iaitu hubungan diplomatik, , aktiviti penterjemahan.
a) Hubungan Diplomatik. -Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan negara Islam.Islam mengajar umatnya supaya berinteraksi antara satu sama lain baik berinteraksi secara vertikal deengan Allah SWT, mahupun berinteraksi secara horizontal sesama manusia dengan sesama makhluk Allah.Islam juga menyuruh umatnya mengutamakan perdamaian atau menerima perdamaian, jika diminta berbuat demikian oleh musuh, tetapi hendaklah berwaspada dan berserah kepada Allah SWT.Firman Allah dalam surah Al-Anfal, ayat 61 yang bermaksud; “dan mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Dia Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
b) Aktiviti penterjemahan Dalam masa peperangan Salib telah wujud hubungan kebudayaandan tamadun antara pihak Kristian dan Muslimin secara langsung atau tidak langsung.Kehadiran orang-orang Kristian di Eropah di negeri-negeri Islam, menyebabkan mereka banyak memperolehi pengetahuan dari tamadun Timur melalui interaksi mereka dengan orang-orang Islam dineeri-negeri dimana mereka berada.Mereka melihat secara langsung ketinggian tamadun Islam dalam pelbagai bidang Ilmu pengetahuan, antara lain: bidang perubatan, pertanian, pendidikan, arkitektur, ketenteraan dan sebagainya.
KARAKTERISTIK SARJANA ISLAM DAN SUASANA PERSEKITARAN NEGARA ISLAM YANG MEMBANTU KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN TAMADUN
-menyahut seruan Tuhan : Allah telah berfirman dalam Al-Quran “bacalah dengan nama Tuhanmu”. Istilah ‘baca’ disini ditafsirkan sebagai menuntut ilmu . ilmu itu harus dibaca, dikaji, difahami dan diamalkan.
Suasana zaman terdahulu sangat mementingkan ilmu. Ulamak dan ilmuwan diangkat martabatnya dalam pentadbiran dan masyarakat. Masyarakat memandang tinggi tahap ilmu seseorang individu tersebut . makin tinggi ilmunya , makin mulia dia akan dipandang dan diperlakukan secara terhormat.
Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh kedudukannya yang strategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah memperolehi sumber-sumber semulajadi bagi menampung kehidupan masyarakatnya.
|
|
assif
New Member
Posts: 4
|
Post by assif on Dec 14, 2014 14:20:04 GMT
Bicara Tamadun Islam
Sejauh manakah pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun? Islam telah menakluk dan tersebar ke 2/3 dunia. Di masa ini, dapat kita lihat pelbagai aspek yg telah membangun dengan pesat. Antaranya ialah dari segi pendidikan, pembangunan dan lain lain. Umat Islam juga telah berjaya temui jalan yang benar iaitu beriman kepada Allah bebas daripada kejahilan.
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektual 1. Tuntutan kewajipan untuk menuntut ilmu tentang al-Quran. 2. Gesakan pemimpin untuk mengembangkan kegiatan intelektual. 3. Interaksi antara tamadun 4. Kerjasama para ulama' 5. Aktiviti penterjemahan
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat? 1. Hubungan perdangan dan diplomatik yang terjalin 2. Melalui aktiviti perdagangan 3. Peranan orang Mozarab (orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan Arab dan tamadun Islam) 4. Aktiviti penterjemahan yang berleluasa 5. Peranan Andalus sebagai pusat perkembangan ilmu.
Karakteristik sarjana islam dan suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun? 1. Kuat ingatan 2. Berakhlak mulia 3. Sentiasa dahaga mencari ilmu. 4. Sentiasa berkongsi ilmu. 5. Banyak pusat penterjemahan dan perpustakaan.
Suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun: 1. Hubungan antara masyarakat 2. Hubungan antara pemimpin dan masyarakat 3. Interaksi antara tamadun islam dengan tamadun lain
|
|
|
Post by azyanramlihs244 on Dec 14, 2014 14:42:03 GMT
1. Pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun. • memberi tumpuan pada aspek pembangunan • insan yang menyeluruh, pemerkasaan identiti dan jati diri umat Islam • melalui Tawhid, ketinggian budaya ilmu dan aspek-aspek moral seperti ketinggian akhlak, keadilan dan kebijaksanaan para pemimpin dan semangat • kekitaan (‘asabiyyah). Penulis juga melihat bahawa kerosakan pada akar- akar peradaban Islam seperti kekeliruan epistemologi, kerendahan dan ketidakcerdasan pemikiran, hilangnya ‘asabiyyah dan nilai moral yang tinggi, berleluasanya absolutisme dan kuku besi sebagai punca keruntuhan tamadun Islam.
2. Faktor membantu perkembangan kegiatan keintelektualan? • Peranan Khalifah menggalakkan kegiatan keilmuan • Pembinaan Baitulhikmah sebagai pusat aktiviti penulisan dan penterjemahan. • Penglibatan ulama dalam kegiatan keilmuan. • Penemuan kaedah baru dalam penulisan ilmiah. • Kreativiti cendekiawan dalam penterjemahan. • Penubuhan pusat pengajian tinggi. • Kesediaan masyarakat Islam menimba ilmu.
3. Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat? • Hubungan Diplomatik • Aktiviti penterjemahan • Perdagangan
4. Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran Negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun. • Karakteristik sarjana islam - Kuat ingatan - Rajin menuntut ilmu - Berakhlak mulia
Suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun: - Hubungan antara masyarakat - Hubungan antara pemimpin dan masyarakat - Interaksi antara tamadun islam dengan tamadun lain
|
|
king
New Member
Posts: 9
|
Post by king on Dec 14, 2014 14:53:04 GMT
Tamadun umat islam terdahulu sangat membangun dan maju atas beberapa faktor yang menggalakkan perkembangan tamadun antaranya kebijaksanaan pemimpin dalam sistem pentadbiran negara, peranan ulama' dalam memperkembangkan ilmu, ukhuwwah yang kuat antara masyarakat, aktiviti penulisan dan penterjemahan yang semakin berkembang pesat, agama islam yang semakin berkembang dan sifat keterbukaan yang diamalkan oleh umat islam.
2.Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual? pelbagai faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual antaranya ialah peranan pemerintah yang mengambil berat tentang perkembangan ilmu.selain itu,peranan para sarjana khususnya menterjemah karya.seterusnya.perkembangan kegiatan keilmuan di Andalusia.justeru perkembangan ilmu kian bertambah sehingga sekarang.
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat
Antaranya ialah:
a) Galakan daripada pemimpin – pemimpin Islam yang berwibawa dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dengan lebih luas lagi.
b) Hubungan diplomatik yang dijalin antara negara Islam dengan negara – negara Barat.
c) Aktiviti penterjemahan yang menjadi dorongan utama kepada pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat. Golongan cendekiawan Eropah yang menetap di negeri-negeri Islam mempelajari ilmu pengetahuan dan kemudiannya membawa pulang ilmu – ilmu ini ke negeri mereka masing – masing dan cara mereka menyebarkan ilmu ini melalui penterjemahan.
|
|
|
Post by Nur Azmah Binti Gulam Manaver on Dec 14, 2014 15:59:34 GMT
NUR AZMAH BINTI GULAM MANAVER
Assalamualaikum,
1. PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU MEMBANGUN KEGEMBILANGAN TAMADUN
-kehebatan dan keuggulannya dari segi seni bina, teknologi dan kemudahan yang disediakan oleh pemimpin kepada rakyat seterusnya ia membuktikan bahawa tamadun islam lebih maju kedepan sehingga mendahului lebih kurang 700 tahun lebih maju berbanding tamadun barat.
2. FAKTOR MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN KEINTELEKTUAAN
-Keadaan dalam wilayah kekuasaan Islam yang secara relatifnya adalah aman membolehkan pemerintah dan umat Islam seluruhnya memberi lebih perhatian kepada kegiatan keilmuan dan kebudayaan. - Cabaran ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada para pemeluk Islam yang baharu memaksa para ilmuan Islam mendalami ilmu tersebut. Secara tidak langsung pula, perkembangan ilmu falsafah ini mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan ilmu sains tabii dan perubatan. - Adalah fenomena biasa pada masa itu (Abad Pertengahan) seseorang ahli falsafah dan perubatan selalunya dilakukan secara beriringan, malah kerap kali disatukan dalam satu karya. Justeru, pada waktu itu mereka yang berkejaya sebagai doktor biasanya digelar sebagai "hakim" (orang yang bijaksana).
3. PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT
*Hubungan Diplomatik. -Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan negara Islam.Islam mengajar umatnya supaya berinteraksi antara satu sama lain baik berinteraksi secara vertikal deengan Allah SWT, mahupun berinteraksi secara horizontal sesama manusia dengan sesama makhluk Allah.
*Aktiviti penterjemahan Dalam masa peperangan Salib telah wujud hubungan kebudayaandan tamadun antara pihak Kristian dan Muslimin secara langsung atau tidak langsung.Kehadiran orang-orang Kristian di Eropah di negeri-negeri Islam, menyebabkan mereka banyak memperolehi pengetahuan dari tamadun Timur melalui interaksi mereka dengan orang-orang Islam dineeri-negeri dimana mereka berada.Mereka melihat secara langsung ketinggian tamadun Islam dalam pelbagai bidang Ilmu pengetahuan, antara lain: bidang perubatan, pertanian, pendidikan, arkitektur, ketenteraan dan sebagainya.
4. KARAKTERISTIK SARJANA ISLAM DAN SUASANA PERSEKITARAN NEGARA ISLAM YANG MEMBANTU KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN TAMADUN
- berusaha mengembangkan budaya ilmu di wilayah kekuasaan mereka. - sejarah perkembangan kegiatan keilmuan khususnya dalam bidang sains dan teknologi dalam dunia Islam boleh dibahagikan kepada dua tahap atau peringkat masa.
|
|
|
Post by fatinfazirahs244 on Dec 14, 2014 16:12:24 GMT
pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun. -pencapaian seni bina yang menjadi mercu kebanggaan sehingga kini -pencapaian dalam bidang pendidikan yang selaras tamadun lain. -kegiatan ekonomi yang berfokuskan perdagangan yang memberi kesan atau impak yang sangat kepada interaksi tamadun. -kekuatan ilmu serta sikap masyarakat yang sentiasa mencari ilmu. -penyebaran agama islam yang semakin meluas.
faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintektualan -peranan pemimpin dlm mengiatkan aktiviti pendidikan kepada masyarakat. -peranan ulama dan pendakwah yang sentiasa tidak kenal erti jemu dalam menyebarkan ajaran agama. -penubuhan institusi untuk menyebarkan ilmu. -peranan baitulmal yang dijadikan pusat pengembangan ilmu.
punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat. -melalui perdagangan antarabangsa yang giat beekembang, -kekuatan pemimpin yang berwibawa dalam menyebarkan ilmu. -hubungan diplomtik antara negara islam dan negara-negara barat.
karakteristik sarjana islam -tidak putus asa serta rajin dalam menuntut ilmu. -sentiasa mendalam ahli-ahli ulama -berakhlak mulia -kuat ingatan
suasana persekitaran negara islam -hubungan antara masyarakat itu sendiri. -hubungan antara masyarakat dan pemimpin.
|
|
|
Post by madihah on Dec 14, 2014 16:13:32 GMT
BICARA TAMADUN ISLAM
1.Sejauh manakah pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun -mampu menakluki dua pertiga dunia dan digeruni oleh barat sehingga dianggap seperti ancaman besar buat mereka -peranan ilmuwan yang berjaya membawa keilmuwan ke tahap yang lebih tinggi apabila mereka menterjemahkan pelbagai kitab purba masyarakat yunani terdahulu yang tidak berjaya difahami oleh ilmuwan barat. -organisasi pemerintahan yang tersusun serta peranan daripada pemerintah menjadikan umat islam dapat menyusun pentadbiran yang lebih berkesan dan dapat membangunkan negara dalam setiap aspek.
2.Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual -aktiviti penterjamahan yang dijalankan secara giat membantu umat islam mengkaji ilmu daripada kitab-kitab lama serta menzahirkannya dalam bentuk yang mudah difahami oleh orang lain. -peranan pemerintah yang mementingkan bidang ilmu yang dapat dilihat melalui pembinaan baitul hikmah sebagai pusat penterjemahan negara bagi menterjemah karya asing seperti Yunani, Parsi dan Rom ke bahasa Arab,pusat pertemuan para sarjana dalam penyelidikan dan perbahasan ilmu,perpustakaan terbesar dan rujukan ilmu pengetahuan terkemuka dan pusat latihan para sarjana
-konsep kerjasama para ulama' membantu menyebarkan ilmu dengan mudah dan lebih cepat serta menggalakkan orang lain untuk sama-sama menuntut ilmu dan berjaya melahirkan ramai cendekiawan yang mahir dalam pelbagai bidang
3.Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat -interaksi antara dua tamadun -aktiviti penterjamahan -peranan andalus sebagai salah satu pusat perkembangan ilmu. -aktiviti penterjemahan yang giat dijalankan oleh sarjan islam
4.Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan tamadun. i)Sarjana islam dan suasana persekitaran dalam kecemerlangan -sentiasa dahagakan ilmu merangkumi pelbagai bidang -tidak lokek berkongsi dengan orang lain -kuat ingatan - ii)kejatuhan tamadun islam -wujud masalah politik dalaman menyukarkan altiviti penyebaran ilmu
|
|
|
Post by zatiakmal on Dec 15, 2014 10:42:01 GMT
AKMAL IZZATI BINTI AZIZAN
Pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun?
Ekonomi Mengasaskan satu bentuk ekonomi baru yang dikenali sebagai ekonomi Mediteranean - sistem perladangan, perindustrian dan perdagangan.
Senibina Monumennya diukir cantik. Terdapat peralatan seperti pinggan mangkuk, kotak barang, cincin, jubah dan sebagainya telah dihias indah. Pengaruh budaya timur dan memiliki ciri-ciri tersendiri dikenali sebagai Hispano-Mauresque.
Intelektual Penterjemahan buku Arab ke bahasa latin dijalankan dengan giatnya. Ilmu-ilmu yang disumbangkan oleh Islam ialah falsafah, astronomi, matematik, kimia, perubatan, geografi dan lain-lain lagi.
Faktor yang membantu pembangunan kegiatan intelektual. *Rangsangan dari al-Quran dan al-Sunnah *Pertembungan dan percampuran bangsa Arab dengan bangsa-bangsa lain yang melahirkan masyarakat bersifat majmuk dan antarabangsa. *Polemik berkaitan agama dan falsafah yang mencetuskan budaya berfikir dan intelektual. *Peranan dan naungan politik para khalifah, amir dan gabenor *Penyerapan dan penyaringan tamadun ilmu dan falsafah asing ke dalam khazanah ilmu Islam
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat *Hubungan dagang antara negara Islam dan Kristian telah meluaskan lagi pengaruh ilmu-ilmu Islam seperti teknik-teknik pertanian dan bahan produk-produk Islam. *Kegiatan penterjemahan merupakan antara penyumbang besar kepada pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah. *Melalui hubungan diplomatik ramai pemimpin Eropah berkunjung ke Andalus. Mereka sering bertukar-tukar duta antara negara tersebut. Contohnya Raja Jerman pernah menghantar delegasi khas di peringkat menteri di ketuai oleh William The True ke Cordova bagi tujuan meninjau peluang-peluang pembelajaran yang terdapat di Andalus.
Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun.
Minat yang menggalakan dari para sarjana di Andalus telah menyemarakkan lagi kegiatan keilmuan. Hunain b. Ishak, beliau telah menterjemahkan karya Yunani ke bahasa Suryani dan bahasa Arab. Beliau juga telah menterjemahkan 95 buah karya Gelen ke dalam bahasa Suryani dan 35 buah karya ke bahasa Arab.
|
|
|
Post by shahirahshafiq_hs244 on Dec 15, 2014 12:53:44 GMT
Bicara Tamadun Islam
1)Sejauh mana pencapaian umat terdahulumembangunkan kegemilangan tamadun -pencapaian umat terdahulu membangunkan kegemilangan tamadun dalam segi seluruh aspek, sosial, pendidikan, senibina dan juga ketenteraan. dapat kita lihat terserlahnya kewibawaan pemimpin-pemimpin terdahul dalam menaikkan Tamadun Islam. Dari sudut sosial, mereka telah dapat menyebarkan Islam dengan pelbagai medium seperti prdagangan dan juga perkahwinan. pencapaian dari segi pendidikan dimana terdapat lahirnya ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam yang menjadi pencetus terhadap sesuatu bidang khusus dalam pendidikan seperti perubatan, fizik dan sebagainya. Mereka turut dikenali sehngga ke hari ini. Dari segi ketenteraan semangat dan keyakinan tentera-tentera Islam yang dahulu tiada tolok bandingnya. mereka sangat berani dan ditambah lagi dengan adanya pemimpin yang kuat dan berwibawa membuatkan Islam berjaya menakluk 2/3 dunia pada suatu ketika dahulu.
2) Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektualan - gesaan ajaran Islam. dimana Islam mewajibkan umahnya menuntut ilmu secara tidak lansung dapat mengembangkan keintelektualan. Ayat Al-Quran dari surah al-'Alaq menyeru umat manusia untu membaca dan mnuntut ilmu dan juga pentarbiyahan melalui ayat Al-Quran telah meresap masuk ke dalam diri manusia. - galakan pemerintah dan masyarakat. galakan intensif daripada kerajaan kepada para ilmuan untuk mendapatkan manuskrip lama daripad seluruh dunia diterjemahkan. kemajuan dan kemunduran sesuatu kegiatan dalam sesebuah negara banyak bergantung kepada sikap dan peranan yang dimainkan oleh pemerintah itu sendiri. - peranan para ilmuan. dengan berpaksikan Al-Quran dan tanggungjawab sebagai seorang ilmuan, mereka bertungkus lumus menunaikan ilmu pengetahuan epada masyarakat. - perkembangan perpustaaan. dimana iaanya adalh tempat untuk menyimpan segala rujukan dan ianya penting dalam masyarakat untuk menambahkan lagi pengetahuan.
3) Punca pengaliran ilmu ke barat - melalui perdagangan yang semakin membangun - melalui para ilmuan, dimana mereka ingin bertukar pandangan dan juga menambahkan lagi ilmu dengan pergi bermigrasi ke tempat orang. - hubungan antara kerajaan dimana mereka ingin mengeratkan lagi hubungan diplomatik ilmu turut dapat disebarkan
4) Karakteristik sarjana Islam -berpegang teguh pada ajaran Islaiasm - sifat dahagakan ilmu dan sentiasa inginkan ilmu - mempunyai sahsiah rupa diri yang baik - tidak membangga diri dan bongkak
5) Suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun. kecermelangan - sifat pemerintah yang berwibawa dan berkebolehan - rakyat dan masyarakat yang sentiasa membantu dan menyokong pemerintah - berpegang teguh kepada ajaran Islam
kejatuhan - sikap pemerintah yang pentingkan diri - sifat tamak, bangga diri dan bongkak pemerintah - politik negara yang tidak stabil - masyarakat yang dalam kondisi ekonomi yang sangat teruk (kemiskinan)
|
|
|
Post by fatinsyafiqarazali on Dec 15, 2014 13:35:31 GMT
1)Sejauh mana pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun. Umat Islam telah berjaya menakluki dua per tiga dunia. Terdapat banyak para ilmuan Islam dan saintis-saintis Islam yang berjaya dalam pelbagi bidang. Contohnya Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Al-Khawarizmi dan sebagainya.
2)Antara faktor yang telah membantu perkembangan kegiatan intelektual adalah peranan pemerintah yang amat menekankan kepentingan ilmu telah menggalakkan ramai para ulama untuk menyebarkan ilmu. Selain itu, ada juga pembinaan banyak masjid dan universiti telah ditubuhkan. Malah masyarakat itu sendiri yang mempunyai kecintaan dan keinginan yang tinggi terhadap ilmu telah meluaskan kegiatan intelektual.
3)Antara punca pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat adalah disebabkan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain. Sifat baik dan rajin umat Islam dalam mendalami ilmu telah juga menarik minat orang Barat untuk saling bertukar hasil karya penterjemahan. Selain itu, sifat toleransi Islam telah membuat hubungan politik antara tamadun Islam telah memudahkan urusan pengaliran ilmu ke Barat. Malah aktiviti penterjemahan yang pesat turut sama menyumbang kepada pengaliran ilmu.
4)Antara karakteristik sarjana islam dan suasana persekitaran negara islam yang membantu kecermerlangan dan kejatuhan tamadun
Dalam membantu kecemerlangan tamadun sarjana Islam dilihat amat taat pada perintah Allah dan mengamalkan akhlak yang mulia. Mereka menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan utama. Malah mereka amat cintakan ilmu dan juga saling menghormati pandangan orang lain. Manakala. suasana persekitaran yang membantu kecemerlangan tamadun adalah suasana di mana mempunyai pemerintah yang bagus dalam memerintah negara dan rakyatnya hiduo dalam keadaan harmoni. Karakteristik sarjana Islam dalam kejatuhan tamadun adalah mereka sudah tidak giat melakukan aktiviti penterjemahan dan tiada kerjasama dan toleransi dalam bertukar pendapat antara sesebuat tamadun itu. Manakala suasana bagi kejatuhan tamadun pula sudah semestinya apabila tiada lagi sikap mencintai ilmu dan faktor politik yang kucar-kacir. Di samping itu aktiviti sosial yang membuang masa semakin berleluasa dan ekonomi juga semakin menurun.
|
|
|
Post by mierasyidah on Dec 15, 2014 15:01:21 GMT
AMIRAH RASYIDAH BT MOHD NASIR (HS244)
1) Sejauh mana pencapaian umat terdahulu membangunkan kegemilangan tmdun umat dahulu menggunakan ajaran Islam dengan syumul dan menggunakan Islam dalam aktiviti harian mereka. malah, pentadbiran, ketenteraan, pembinaan dan pelbagai sudut bentuk tamadun menggunakan islam sebagai asas dan panduan. masayarakat dahulu juga bijak dalam menyebarkan ajaran islam di kalangan rakyat dan negara lain. umat dahulu mahir dalam seni bina. ini dapat dilihat pada seni bina masjid, istana dan sebagainya yang cantik dan tersusun. tamadun dahulu juga melahirkan ramai ulamak, saintis dan bijak pandai.
2) faktor membantu pekembangan kegiatan intelektualan kegiatan intelektualan tamadun dahulu sangat berkembangan. ini dibantu dengan interaksi di anatara tamadun. setiap tamadun berkongsi ilmu dan pengetahuan baru. pengetahuan ini akan diperkembangankan. peranan pemimpin dahulu yang sentiasa menggesa rakyat untuk meningkatkan kegiatan intelektual
3)punca aliran ilmu ke barat -berlakunya aktiviti penterjemahan di setiap tamadun. -penghijrahan masyarakat, para ilmuan dan sebagainya
4) karakter sarjana islam sarjana islam perlulah mempunya keimanan yang utuh, ingatan yang kuat dan berakhlak mulia. sarjana islam juga perlu menyebarkan ilmu dan mengamalkan ilmu yang disebarkan.
|
|
a!N!n_hs244
New Member
wE 0wN n0Th!nG ,, buT 0nLy ALLAH tHaT alL0w uS t0 d0 eVeRyTh!Ng .. ^^-
Posts: 7
|
Post by a!N!n_hs244 on Dec 15, 2014 15:09:32 GMT
NURUL AININ SURAYA BINTI MAHADI
PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU Dalam hubungan teknologi dan kejuruteraan, para cendekiawan Islam terdahulu mendapati terdapat dua prinsip asas Islam terdapat di dalam bidang kejuruteraan, iaitu pertama Konsep Kesetaraan (atau mizan) dan keduanya Konsep Keseimbangan (atau tawazun). Dalam Islam al Mizan merupakan kaedah manusia diukur dari perbuatan baik dan mungkarnya. Manakala dalam sebuah sistem kejuruteraan, prinsip al Mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu itu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem keseimbangan, atau tawazun sistem itu keseluruhannya diperlukan untuk mengekalkannya di dalam kedudukan tersebut. Sebagai contoh, dalam kejuruteraan kimia, prinsip al Mizan digunakan untuk memahami bahan dan aliran tenaga. Begitu juga dalam kejuruteraan awam dan mekanik, tindakan daya dan momen menggunakan prinsip yang sama, sementara dalam kejuruteraan elektrik prinsip kesetaraan digunakan pada cas elektrik. Dari segi sumbangan cerdik pandai Islam kepada perkembangan teknologi dan kejuruteraan, sejarah telah membuktikan sumbangan yang besar telah mereka curahkan dan kesannya masih lagi dapat dirasai hingga ke hari ini. Sebagai contoh, sumbangan kejuruteraan mekanikal yang utama dalam teknologi Islam ialah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-lain. Mesin pengangkut air yang pertama digunakan di Mesir dan Syria dan dipanggil Shaduf. Alat ini mudah dan murah dan masih digunakan hingga ke hari ini di Mesur. Sementara dua lagi jenis pengangkut air dinamakan saqiya dan nau'ra. Saqiya digerakkan oleh tenaga binatang ternakan, manakala nau'ra digerakkan oleh kuasa air. Dua tokoh jurutera Islam sekitar kurun 12M, yang menguasai ilmu kejuruteraan ialah al Jazari dan Taqi al Din. Mereka telah berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah penggunaannya di dalam kitab-kitab karangan mereka. Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus. Di mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam di dalam sungai dan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut. Sementara Taqi al Din pula di dalam kitabnya, menerangkan alat mengepam air dengan menggunakan roda berskoop. Satu perkara yang menakjubkan tentang alat ini ialah kemampuan juruteranya mencipta silinder piston yang dapat mengepam air ke atas. Silinder piston telah digunakan oleh Taqi al Din pada alatnya untuk menghasilkan satu paduan daya tolakan mengepam air ke atas. Manakala Banu Musa bersaudara pula telah berjaya mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin. Di mana ciptaan mereka ini digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air. Mereka juga berjaya mencipta satu bejana automatik yang boleh mengisi bejananya sendiri. Sementara itu, kejuruteraan awam juga memberikan sumbangan yang cukup besar terhadap perkembangan teknologi Islam di zaman kegemilangannya. Teknologi bangunan yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islam yang mengkagumkan seperti Masjid al Aqsa di Jurusalem, dan juga Masjid Umayyad di Damascus, yang kedua-duanya dibina pada kurun ke 7M. Teknologi kejuruteraan jalanraya dan jambatan Islam yang boleh dikagumi ialah pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran pada kurun ke 12M, yang mempunyai gerbang yang berbilang-bilang atau bersegmen. Dalam kejuruteraan hidrologi pula, sumbangan orang Islam juga sangat besar. Contohnya, ketika pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km, untuk mengalirkan air sungai Furat ke Basrah sebagai sumber air disebabkan kemarau yang panjang. Terusan lain yang dibina oleh khalifah Umar Abdul Aziz ialah yang menyambungkan sungai Nil dengan Laut Merah yang panjangnya melebihi 100 km, dengan tujuan pengangkutan yang lebih cepat dapat dilakukan berbanding dengan pengangkutan darat. Manakala di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud. Air daripada sungai ini telah dialirkan ke anak-anak sungai yang lain bagi kegunaan pertanian dan perumahan. Pembinaan sistem air bawah ini yang juga dikenali sebagai "qanat" yang direka oleh jurutera awam Parsi ini adalah di antara sistem pembinaan yang mengkagumkan. Kaedah pembinaannya telah diterangkan oleh seorang ahli matematik Parsi yang bernama al Karaji. Teknologi ini amat berguna untuk mengelakkan berlakunya pengewapan air di padang pasir yang panas, di mana perancangan dan penyelenggaraan projek ini memerlukan penelitian yang rapi dan tersusun. Begitulah sebahagian di antara sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh jurutera-jurutera Islam pada masa lampau.
FAKTOR PERKEMBANGAN KEINTELEKTUALAN Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menggalakkkan penemuan baru dalam teknologi Islam terutamanya sekitar kurun ke 8 hingga ke 12 M. Pertamanya, ialah peranan yang dimainkan oleh Islam melalui ajarannya merupakan satu daya dorongan yang tinggi dalam pencapaian teknologi pada kurun tersebut. Sebagai contoh, ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah pendorong kepada umat untuk menimba ilmu, iaitu, surah al Alaq, ayat 1 hingga 5, yang bermaksud; "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Dia telah menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." Faktor kedua ialah meningkatnya taraf kehidupan dalam bandar-bandar yang didiami oleh orang-oang Islam. Keperluan-keperluan kepada alatan-alatan baru dan canggih pada masa itu perlu dicari dan direka bagi memenuhi suasana dan keperluan kehidupan pada masa itu. Seiring dengan itu juga, kesemua kejayaan ini telah berjaya membentuk budaya dan tamadun Islam yang tinggi dan gemilang serta tersebar jauh ke setiap pelusuk dunia. Menerusi kejayaan inilah juga ahli-ahli saintis dan sarjana-sarjana Islam bebas bergerak dan mengembara untuk bertemu dengan pakar-pakar ilmuan yang lain. Dengan cara ini ilmu itu terus berkembang dan dimanfaatkan.
FAKTOR PENGALIRAN ILMU ISLAM KE EROPAH
Para sejarawan telah sepakat bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong pengaliran ilmu-ilmu pengetahuan islam ke Eropah iaitu hubungan diplomatik, , aktiviti penterjemahan, pembukaan Pulau Sicily, pembukaan Pulau Andalus (Sepanyol) dan Perang Salib.
1) Hubungan Diplomatik. -Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan negara Islam.Islam mengajar umatnya supaya berinteraksi antara satu sama lain baik berinteraksi secara vertikal deengan Allah SWT, mahupun berinteraksi secara horizontal sesama manusia dengan sesama makhluk Allah.Islam juga menyuruh umatnya mengutamakan perdamaian atau menerima perdamaian, jika diminta berbuat demikian oleh musuh, tetapi hendaklah berwaspada dan berserah kepada Allah SWT.Firman Allah dalam surah Al-Anfal, ayat 61 yang bermaksud; “dan mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Dia Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui”
2) Aktiviti penterjemahan Dalam masa peperangan Salib telah wujud hubungan kebudayaandan tamadun antara pihak Kristian dan Muslimin secara langsung atau tidak langsung.Kehadiran orang-orang Kristian di Eropah di negeri-negeri Islam, menyebabkan mereka banyak memperolehi pengetahuan dari tamadun Timur melalui interaksi mereka dengan orang-orang Islam dineeri-negeri dimana mereka berada.Mereka melihat secara langsung ketinggian tamadun Islam dalam pelbagai bidang Ilmu pengetahuan, antara lain: bidang perubatan, pertanian, pendidikan, arkitektur, ketenteraan dan sebagainya
Orang-orang Eropah menetap di negeri-negeri Islam mengambil unsur-unsur tamadun Islm daan kemudiannya mereka bawa pulang kenegeri masing-masing.Semenjak mereka mengenali kecemerlangan tamadun Islam pada lingkungan abad ke 11 Masihi, maka makin tinggilah keinginan mereka untuk menyerap tamadun dalam kehidupan mereka sehari-sehari Setelah mereka berfikir bagaimanakah caranya supaya ilmu pengetahuan yang berguna itu masuk ke Eropah lebih cepat, golongan cendikiawan di kalangan mereka sependapat bahawa cara yang terbaik ialah penterjemahan.
Usaha penterjemahan tersebut, sebahagian besarnya dilakukan oleh cendikiawan di Universiti Islam di Sepanyol, Sicily dan cendikiawan Islam di Universiti Islam di Timur.Usaha penterjemahan buku berjalan pesatnya kerana mereka mempunyai pengetahuan kemaampuan untuk menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke dalam Bahasa Latin dan bahasa Eropah yang lainnya.
Usaha seperti ini berlangsung selama dua abad sehingga akhir abad ke-13 Masihi.Bangsa Eropah mempergiatkan lagi bidang ini dan mendirikan Institusi penterjemahan yang berfungsi sebagai institusi akademik, contohnya seperti; a) Institusi penterjemahan di Toledo.Penterjemah yang aktif dalam institusi ini antara lain; -Ibrahim Ibnu Daud (1190) seorang Yahudi -Herman (1272) warganegara Jerman -Gerard (1187) dari Itali yang mana mereka ini menterjemahkan bidang falsafah dan sebahagian kecil dalam bidang sains dan teknologi. b) Institusi penterjemahan di Palermo ibu negeri Sicily.Kaisar Faderick 11 amat menggalakkan usaha penterjemahan.Beliau mengirim para ilmuan untuk mencari buku ke perpustakaan di Timur Islam untuk diterjemahkan kedalam bahasa Latin dan bahasa Eropah lain.Diantara buku yang menarik perhatian Kaisar ialah karya Ibnu Rusyd dan melantik Michael Scott (1235M) untuk menterjemahkannya. Diantara buku Sains yang diterjemahkannya ialah; a) “Al Madkhal ila-ilm Hayat al Aflak” karya Al Farghani yang diterjemahkan kedalam bahasa Latin oleh Yohannes Hispalensis dan Gerard pada tahun 1135M b) “Al Tarikh Al Jalali” karya Umar al Khayyam diterjemahkan kedalam bahasa Eropah dan Latin. c) Ibnu Nafis terkenal sebagai seorang doktok yang pertama kali menemui pengaliran darah.Orang yang boleh menyamai kepakarannya ialah seorang pakar bedah Islam di Sepanyol yang bernama Abu Qasim.Penemuannya itu mendahului 400 tahun berbanding dengan pakar Eropah yang bernama Hervey dan Michael Servet.Penemuan beliau di bidang ini amat mempengaruhi doktor-doktor Eropah seperti Ambroise Pare 1517-1590 dan Percivall Pott 1713-1788M.
3) Perang Salib Peperangan Salib berlaku sebanyak 8 kali dalam masa 2 abad diantara tahun 1097-1292M bersamaan tahun491-692 Hijrah.Perang Salib diambil dari nama ‘Salib’ sebagai lambang orang-orang Kristian.Dengan sebab itulah ramai beranggapan bahawa peperanganini juga dikatakan peperangan ‘agama’.Sebenarnya jauh dari itu bukan faktor agama sahaja yang menyebabkan berlaku peperangan, malah wujud sebab –sebab lain yang lebih banyak.Menurut Prof.Dr.Ahmad Shalaby (1975:1-6) mengatakan diantara sebab-sebab itu ialah: 1) sebab-sebab perdagangan i. -ahli-ahli perniagaan Eropah sanggup mengeluarkan wang dan senjata untuk membantu peperangan Salib kerana mereka berkeinginan supaya dapat menakluki sesetengah dermaga-dermaga di sepanjang pantai Timur dan selatan Laut Mediterranean, terutama di Venice, Genoa dan Pisa.Tujuannya ialah supayadermaga-dermaga tersebut menjadi pusat perniagaan mereka di Timur dan wujud kesinambungan di antara perniagaan Eropah dengan perniagaan di Timur melalui jalan-jalan ini ii. Perang Salib berlaku di Manzikert, Byzantin. -Pada tahun 1071M telah berlaku satu pertempuran antara orang Islam yang dipimpin oleh Ali Arsalam dengan Emperor Rumanos IV bagi pihak Byzantin di Manzikert. Pertempuran ini merupakan satu pertempuran yang terbesar pernah berlaku di antara Islam dengan orang kafir.Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan Islam.
JATUH BANGUN TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM
Islam menganggap tamadun bertitik tolak dari ajaran agama. Demikian juga kelahiran sesebuah tamadun berpunca daripada Islam sebagai agama yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Islam telah memberi sinar kepada masyarakat untuk menyempurnakan tamadun yang dibina. Tidak dinafikan semasa perutusan Rasulullah SAW, masyarakat Arab sudah mencapai beberapa kemajuan. Justeru, kedatangan Islam telah memisahkan masyarakat Arab daripada amalan jahiliah kepada amalan bijaksana berlandaskan Islam. Pengabaian nilai-nilai agama, intelektual dan ketiadaan pimpinan yang berwibawa menjadi tanda awal dan mempercepatkan keruntuhan sesebuah tamadun yang dibina, walaupun bangunan kukuh yang didirikan masih tersergam indah. Hal ini terjadi kerana pembangunan fizikal semata-mata yang bersifat material tidak dapat menjamin keabadian sesebuah tamadun.
Keagamaan
Faktor agama yang bertunjang kepada tauhid merupakan aspek teras dalam pembinaan Tamadun Islam. Dalam usaha membina sebuah masyarakat bertamadun melalui penyampaian dakwah, Rasulullah S.A.W. menekankan aspek iman, Islam dan ihsan serta mempraktikkan unsur ini dalam kehidupan masyarakat Islam.
Sebagai pemimpin yang berwawasan dan berjiwa besar baginda telah berjaya membina satu generasi yang memiliki iman yang kental dan sanggup berjuang berhabis-habisan demi mempertahankan Islam. Generasi ini tidak gentar dengan sebarang kemungkinan, hanya mengharapkan mati syahid apabila berada di medan juang. Walaupun jumlah mereka kecil berbanding pihak lawan. Ketinggian nilai-nilai keimanan telah memberi kesan besar pada kejayaan pembinaan Tamadun Islam yang berpusat di kota Madinah. Kota Makkah juga dapat dikuasai sepenuhnya dan dibersihkan dari unsur-unsur tamadun yang bercanggah dengan Islam.
Dalam pembinaan tamadun, Islam memaparkan kisah-kisah sejarah silam sebagai iktibar. Kesemua kisah yang diulang kembali oleh al-Qur’an memaparkan kesan buruk dan kemusnahan tamadun akibat sesebuah masyarakat cuba menyalahi landasan agama tauhid yang telah disampaikan kepada mereka. Selain ini mereka juga mengingkari ajaran yang disampaikan oleh para nabi. Sebagai contohnya, ketinggian tamadun yang didirikan oleh Firaun, kaum ‘Ad dan kaum Thamud telah mengalami kehancuran kerana keingkaran kepada Allah Yang Maha Esa.
Nilai-nilai akhlak
Ketinggian nilai-nilai akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW merupakan kunci kejayaan dalam pembentukan Tamadun Islam. Prinsip dan nilai murni yang dipaparkan dalam kepimpinan Rasulullah SAW dapat menjadi pedoman kepada generasi berikutnya untuk membina satu tamadun bangsa yang gemilang.
Akhlak memainkan peranan yang sama penting dalam pembinaan dan keutuhan sesebuah tamadun. Apabila nilai-nilai akhlak diabaikan, tamadun sesuatu bangsa akan menemui kehancuran sebagaimana yang berlaku ke atas umat Nabi Luth. Dengan penuh gaya mencabar kaum Nabi Luth, memomokkan kenabian Nabi Luth dan memaparkan akhlak buruk yang menyalahi tabie manusia.
Politik dan pemerintahan
Politik dan pemerintahan turut memainkan peranan yang penting dalam menentukan bangun jatuh sesebuah kerajaan dan ketamadunan sesuatu bangsa. Politik yang stabil dan kepimpinan yang berwibawa akan dapat mengekalkan sesebuah tamadun. Sebaliknya, kepincangan dan kelemahan kepimpinan akan mempercepatkan berakhir sesebuah kerajaan yang dibina oleh tamadun sesebuah bangsa.
Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan yang berdaya maju, pemerintahan yang adil dan perpaduan dalam politik telah meninggikan tamadun sesuatu bangsa. Sebaliknya, apabila pemimpin mementingkan diri sendiri, berfoya-foya, melakukan penyelewengan, rasuah berleluasa di kalangan para pegawai kerajaan, keruntuhan akhlak dan moral akan melemahkan pemerintahan dan benteng pertahanan negara mudah dimusnah.
Pembentukan Kerajaan Islam Madinah menjadi bukti bahawa Islam dapat dipraktikkan secara menyeluruh dalam kehidupan harian. Tamadun Islam yang dibina oleh Rasulullah S.A.W. di Madinah menjadi titik tolak kepada pembinaan tamadun Islam seterusnya.
Para khalifah Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah berjaya membina tamadun Islam dengan wujudnya pelbagai bidang kemajuan. Kemajuan yang dapat dicapai dalam pelbagai bidang terutamanya bidang keilmuan adalah hasil daripada usaha pemimpin yang amat berwibawa. Khalifah Harun al-Rashid dan al-Makmun adalah antara pemerintah Abbasiyyah yang sangat menekankan aspek keilmuan. Sumbangan mereka yang terpenting ialah pembentukan Baitul Hikmah, yang merupakan sebuah perpustakaan besar. Kegiatan keilmuan yang aktif di Baitul Hikmah telah menghidupkan peranan perpustakaan. Ini merupakan mutiara yang amat bernilai dalam sejarah tamadun Islam. Demikian juga, gandingan mantap Sultan Mansor Syah dan Bendahara Tun Perak dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka telah menjadikan Melaka sebagai pusat Tamadun Islam di Asia Tenggara yang terunggul.
Sejarah juga memaparkan bahawa keadaan politik yang kacau bilau, kelemahan pentadbiran, pergolakan dalaman menjadi faktor keruntuhan sesebuah kerajaan. Suasana ini dapat dilihat pada kejatuhan Kerajaan Bani Umayah, Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan-kerajaan Islam di Andalus dan Kerajaan Uthmaniyah di Turki. Pergolakan dalaman dan kelemahan pemerintahan menyebabkan tamadun yang dibina penuh gemilang menemui titik penamat.
Sosial
Kestabilan sosial antara individu dan masyarakat dengan berteraskan ilmu, kemajuan dan minda yang mempunyai gagasan boleh meningkatkan martabat bangsa dan meninggikan tamadun yang dibina. Hal inilah yang dapat kita saksikan semasa pemerintahan awal Islam, terutamanya di zaman Rasulullah S.A.W. Walaupun kuantiti umat Islam kecil berbanding dengan orang bukan Islam, namun mereka mampu membina masyarakat yang berkualiti. Gambaran masyarakat sebegini dapat dilihat pada komuniti Muhajirin dan Ansar yang berpusat di Madinah. Pembinaan Tamadun Islam yang ditunjangi oleh sosial secara harmoni antara dua kelompok ini mampu mengembangkan tamadun ke seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, malah terus berkembang ke seluruh dunia timur dan barat.
Sebaliknya, sistem sosial yang longgar kerana kerapuhan jatidiri sehingga masyarakat dibuai dengan kelekaan kerana kemewahan dan gemar kepada hiburan yang berlebihan dan bebas (budaya hedonistik) mengundang keruntuhan sosial dan memberi pengaruh besar kepada keruntuhan sesebuah tamadun.
Ekonomi
Faktor ekonomi juga adalah antara faktor yang membantu mengembangkan lagi sesebuah tamadun. Sejarah membuktikan masyarakat yang bertamadun tinggi mengamalkan ekonomi perdagangan, pertanian, penternakan bertaraf antara bangsa, walaupun mereka bermula dari kegiatan ekonomi sara diri.
Sebagai contoh, masyarakat Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka berjaya membina satu pusat perdagangan bertaraf antara bangsa di Pelabuhan Melaka. Pelabuhan ini berjaya menjadi pusat persinggahan para pedagang Arab, India, Cina dan bangsa Eropah. Walaupun kemudiannya, kegiatan perdagangan import eksport yang rancak di Pelabuhan Melaka telah beralih ke Singapura setelah keutuhan Tamadun Melayu Melaka mengalami keretakan.
Penguasaan bidang keilmuan
Penguasaan pelbagai bidang ilmu-ilmu dan kemunculan sains dan teknologi memantapkan lagi pembinaan dan penerusan sesebuah tamadun. Kelahiran para sarjana dan kepelbagain kegiatan keilmuan mendorong ke arah pembinaan pusat-pusat intelektual. Lembaran sejarah mencatatkan Baghdad, Andalus, Melaka dan Patani adalah antara pusat intelektual yang terkenal.
Apabila penguasaan politik sesebuah kerajaan mula runtuh, pusat-pusat intelektual yang diwujud pada sesebuah kerajaan tidak akan runtuh, tetapi sebaliknya ia akan berpindah ke wilayah lain yang aman. Sejajar itu juga terbina pula kerajaan baru ditempat perletakan pusat intelaktual yang dipindahkan. Sejarah di Alam Melayu dapat disaksikan sebagai contoh. Apabila peranan Melaka sebagai pusat intelektual telah berakhir, maka peranan ini telah diambil alih oleh Kerajaan Acheh Darussalam.
Demikian juga dengan penguasaan bidang sains dan teknologi. Situasi masa kini menunjukkan bidang ini amat penting dalam penerusan tamadun bangsa. Perkembangan dewasa kini membuktikan penguasaan Barat terhadap tamadun dunia ialah kerana kemajuan yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi.
|
|
|
Post by shahrulnizam on Dec 15, 2014 15:37:32 GMT
MOHD. SHAHRUL NIZAM BIN MOHD. ISA
Assalamualaikum,
PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU MEMBANGUN KEGEMILANGAN TAMADUN -Tamadun Islam di bawah asuhan dan bimbingan Rasulullah SAW bukan sahaja telah berjaya merubah corak dan budaya hidup masyarakat Arab yang bertuhankan hawa nafsu dan kejahilan kepada cara hidup baru yang bertunjangkan akhlak dan peradaban tinggi malah turut merubah geopolitik dunia sebelumnya yang dikuasai kerajaan Rom dan Parsi -Kuasa Rom dan Parsi yang dahulunya memandang remeh terhadap bangsa Arab terpaksa tunduk di bawah kekuasaan Islam -Tamadun Islam telah melahirkan ramai sarjana ulung dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan pencapaian umat Islam dalam ilmu sains dan teknologi serta ilmu-ilmu lain tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa atau negara lain. -Islam telah tersebar luas dan pernah menguasai 2/3 dunia
FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN INTELEKTUAL -Keadaan wilayah kekuasaan Islam yang aman -Peranan para pemerintah yang mengambil berat akan perkembangan ilmu -Kemudahan pendidikan yang baik seperti universiti dan perpustakaan -Interaksi dengan tamadun lain
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT -Peranan Andalusia sebagai pusat kegiatan intelektual sehingga menjadi tumpuan ramai pelajar Eropah untu mempelajari pelbagai disiplin ilmu -Hubungan dagang dan diplomatik antara negara Islam dengan negara-negara Eropah -Kegiatan penterjemahan karya-karya Islam yang dilakukan para sarjana Eropah
KARAKTERISTIK SARJANA ISLAM DAN SUASANA PERSEKITARAN NEGARA ISLAM YANG MEMBANTU KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN TAMADUN
a)Kecemerlangan -keyakinan yang teguh terhadap ajaran Islam -pemerintah yang bertakwa, adil dan bijaksana -keadaan politik yang stabil dan negara yang aman -kegiatan keilmuan yang meluas -ketenteraan yang kuat dan semangat jihad yang tinggi
b)Kejatuhan -mengabaikan ajaran Islam yang sebenar -pemerintah yang lemah dan zalim -banyak berlaku penyelewengan dan keruntuhan akhlak -kegiatan keilmuan yang tidak berkembang -ancaman musuh luar
|
|
|
Post by sitinooratikah on Dec 15, 2014 17:02:26 GMT
Sejauh manakah pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun
1) mampu menakluki dua pertiga dunia dan digeruni oleh barat sehingga dianggap seperti ancaman besar buat mereka
2) peranan ilmuwan yang berjaya membawa keilmuan ke tahap yang lebih tinggi apabila mereka menterjemahkan pelbagai kitab purba masyarakat yunani terdahulu yang tidak berjaya difahami oleh ilmuwan barat.
3)organisasi pemerintahan yang tersusun serta peranan daripada pemerintah menjadikan umat islam dapat menyusun pentadbiran yang lebih berkesan dan dapat membangunkan negara dalam setiap aspek.
Faktor perkembangan kegiatan keintelektualan
1) keadaan yang aman di wilayah Islam Keadaan aman di wilayah kekuasaan Islam secara relatifnya membolehkan pemerintah dan umat Islam seluruhnya memberi perhatian kegiatan keilmuan dan kebudayaan
2) cabaran intelektual dari mereka yang baru memeluk Islam Cabaran ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada para pemeluk Islam yang baharu memaksa para ilmuan Islam mendalami ilmu–ilmu tersebut yang secara tidak langsung , perkembangan ilmu falsafah ini mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan ilmu sains dan perubatan
3) pertembungan dengan budaya luar Budaya luar yang wujud dalam linkungan umat Islam merupakan satu cabaran bagi ilmuan atau para ulama dalam mencari jalan bagi menyelesaikan pelbagai persoalan
4) peranan para sarjana Minat yang menggalakan dari para sarjana di Andalus telah menyemarakkan lagi kegiatan keilmuan. Hunain b. Ishak, beliau telah menterjemahkan karya Yunani ke bahasa Suryani dan bahasa Arab. Beliau juga telah menterjemahkan 95 buah karya Gelen ke dalam bahasa Suryani dan 35 buah karya ke bahasa Arab
5) peranan masyarakat umum Minat yang ditunjukkan oleh masyarakat umum juga telah menyemarakkan lagi kegiatan ilmu di Andalus. Bukti yang jelas ialah masyarakat umum telah menjadikan rumah-rumah sebagai tempat belajar bagi kanak-kanak.
6) peranan yang dimainkan oleh pemerintah kegemilangan ilmu Islam terutama ketika pemerintahan kerajaan Abbasiyah yang mengambil berat tentang perkembangan ilmu, antaranya pembangunan masjid yang disertai dengan sekolah dan perpustakaan
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat
1) peranan Andalus Umat Islam menguasai Andalus selama hampir 800 tahun. Dalam tempoh tersebut budaya dan tamadun Islam mendominasi Eropah. Keagungan dan kegemilangan tamadun Islam menjadi ikutan negara-negara Kristian di rantau itu
2) kegiatan ekonomi Hubungan dagang antara negara Islam dan Kristian telah meluas lagi pengaruh ilmu-ilmu Islam seperti teknik-teknik pertanian dan bahan produk-produk Islam.
3) kegiatan penterjemahan Antara penyumbang besar kepada pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah. Kesannya lahir tokoh-tokoh penterjemahan dan pusat-pusat kegiatan terjemahan.
4) perang salib Sekalipun dari sudut politiknya peperangan ini memberikan kemenangan kepada umat Islam. Namun dari sudut moral, Eropah banyak belajar dari dunia Islam terutama dalam bidang-bidang keilmuannya.
5) hubungan diplomatik Ramai pemimpim Eropah berkunjung ke Andalus. Mereka sering bertukar-tukar duta antara negara.
6) pembukaan sicily
Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun
KEGEMILANGAN -Semangat yang kuat dalam menyebarkan dakwah islamiyah dan perkembangan ilmu -Tidak berputus asa dalam menegakkan ajaran Allah -Menjadikan Al-Quran dan As-Sunah sebagai rujukan utama -sayang dan cinta kepada ilmu
KEMEROSOTAN -Perebutan kuasa dalam pentadbiran -Wujud sikap pentingkan diri sendiri -Tidak meneruskan perjuangan penyebaran islam kerana leka dengan kehidupan -Ekonomi, politik dan sosial yang tidak stabil
|
|
|
Post by amaljaunehs2441c on Dec 15, 2014 17:35:16 GMT
AMAL JAUNE BINTI JALALUDIN - HS244
1. Umat Islam dahulu telah berjaya mengubah masyarakat Jahiliyah daripada kejahilan kepada masyarakat Islam yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Umat Islam telah mengangkat martabat golongan wanita yang dahulunya ditindas oleh golongan Jahiliyah. Seterusnya kehidupan assabiyah oleh masyarakat Jahiliyyah juga tidak lagi diamalkan menyebabkan ekonomi negara Islam semakin berkembang.
2. Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektualan : - keadaan yang aman di wilayah Islam -cabaran intelektual dari mereka yang baru memeluk Islam -pertembungan dengan budaya luar -peranan para sarjana menterjemahkan karya yunani kepada arab -peranan pemerintah yang menggalakkan kegiatan ilmu dijalankan.
3. Punca pengaliran ilmu ke Barat: -hubungan diplomatik -pertembungan budaya -kegiatan penterjemahan -pembukaan pulau Sicily
4. Karakteristik sarjana Islam -mempunyai daya ingatan yang tinggi -semangat jihad yang tinggi -tidak berputus asa dalam menuntut Ilmu -menguasai pelbagai jenis ilmu
Suasana persekitaran negara Islam - negara Islam yang aman -galakan daripada pemerintah untuk menuntut ilmu -kegiatan penterjemahan yang meluas -interaksi tamadun Islam dengan tamadun lain
|
|