|
Post by muslaininor8 on Dec 18, 2014 22:20:56 GMT
Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat Cina. *Tian -pemujaan nenek moyang -tian atau langit sebagai amkhluk ungguk yang menguasai nasib seseorang. *Dao -menunjukkan suatu jalan, cara kelakuan dan tabiat *Zhong Yong -moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian
Sistem nilai masyarakat -Humanisme menyebabkan orang Cina bersifat swkular iaitu mengasingkan pengurusan dunia dari urusan agama -transendensi dalam ; orang perseorangan untuk meningkatkan darjatnya dengan kesarjanaan, kebijaksanaan dan akhlak
Konfunisme -pengajaran falsafah ini iaitu kemanusiaan, sikap yang berhubungan dengan kemanusiaan, tujuan dan keinginannya.
Maonisme Empat elemwn penting -kasih sayang sejagat -mengexam sifat suka berperang -menyerah kepada nasib -mengutamakan golongan cerdik pandai
Legalisme sistem polotik mastis yang tidak menjawab pertanyaan sepeti alam dan tujuan kehidupan -pemerintahan berteraskan undang-undang -pembentukan pusat autokrasi
|
|
|
Post by anuartomy on Dec 19, 2014 2:38:11 GMT
PANDANGAN SEMESTA T.CHINA
konsep tien
- berasaskan pemujaan nenek moyang dan tien
- tien merujuk kepada prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam
konteks etika Konfusianisme
konsep Dao
-konsep ini merujuk kepada keseluruhan alam semesta
- ia juga merupakan konsep tatatertib yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu
atau set peraturan etika yang mesti dikuti.
konsep yin dan yang
- konsep ini disifatkan sebagai proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
- ying:: negatif, perempuan, malam, pasif, firasat, bulan, sejuk, lembut
-yang:: merujuk kepada positif, lelaki, siang, aktif, logik, panas, keras
zhong yong
- bertunjangkan kesederhanaan, seimbang dan bersesuaian.
- keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi
dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara.
nilai masyarakat
(a) Wanita : dalam ajaran Konfusion, wanita adalah lemah, mempunyai kedudukan rendah dalam masyarakat dan golongan yang menurut perintah. Perempuan dari kelas pertengahan/ atasan akan mengikat kakinya supaya menjadi saiz kecil semasa berumur 5 tahun. Ia menyakitkan dan 1 seksaan untuk menghukumnya daripada menjadi aktif. (b) Perkahwinan dan keluarga: Perkahwinan seorang perempuan ditentukan oleh bapanya. Kedudukan wanita selepas berkahwin belum terjamin sekiranya matlamat fungsi sebagai isteri yang baik belum tercapai iaitu melahirkan anak lelaki untuk mewarisi tradisi China. (c) Penghambaan wanita : Perbezaan jantina menyebabkan penghambaan wanita sering berlaku di negara China menggambarkan kepelbagaian kekurangan status wanita yang rendah jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Kostum China yang menjual anak perempuan kepada pedagang haram untuk menjadi pelacur di luar negara. (d) Tradisi dan perubahan : wanita dikatakan agen pengekalan kepercayaan Cina dan bertindak sebagai pengaruh dalam perubahan perkembangan sosial cina. Dalam keluarga, wanita memainkan peranan penting untuk berkomunikasi dengan anaknya.
Perbezaan di atas dengan tamadun Islam ialah Islam mengangkat darjat wanita daripada dilakukan seperti hamba.
konfusianisme - pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. - mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. - diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini. - susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.
maoisme - ideologi panduan politik dan ketenteraan dalam Parti Komunis China (CPC). - perjuangan revolusi majoriti besar rakyat bergelar Perang Rakyat yang melibatkan kaum petani. - strategi ketenteraanya melibatkan taktik perang gerila yang tertumpu pada pengepungan dari kawasan desa oleh angkatan bersenjata rakyat bukan profesional.
daoisme - -mengajar doktrin tentang mengikut alam (wu-wei). -fahaman ini mengajar doktrin bekerja ke arah menentang alam.
legalisme - salah satu arus falsafah utama sewaktu Zaman Negeri-Negeri Berperang. - Semua orang di bawah pemerintah adalah sama di sisi undang-undang. - Undang-undang harus membalas orang-orang yang taat kepada mereka dan menghukum dengan sewajarnya orang-orang yang berani untuk memecahkan mereka.
kesan pengaruh Islam - Kesan pengaruh Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui reka bentuk beribu-ribu masjid, dewan membaca Al-Quran dan tanah-tanah perkuburan di seluruh Negara China.
|
|
|
Post by shirlyn on Dec 19, 2014 10:32:47 GMT
1) Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam Tamadun China: - Menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat. - Ajaran Konfusius menitik beratkan penghormatan dan ketaatan terutamanya kepada ibu bapa. - Ajaran konfusius menekankan konsep lima hubungan yang dikenali sebagai Wulun iaitu Raja dengan menteri, ayah dengan anak,suami dengan Isteri, abang dengan adik, dan kawan dengan kawan. - Nilai keadilan dalam menjalankan pelbagai urusan seperti dalam sistem negara. - Kerajinan memudahkan urusan terutamanya dalam perniagaan.
Perbezaan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun Islam: - Kepercayaan dalam tamadun Islam berdasarkan satu tuhan sahaj. - Kepercayaan yang melibatkan penyembahan alam sekitar manakala dalam tamadun Islam alam sekitar perlu dihormati kerana ia merupakan salah satu ciptaan Tuhan. - Konsep persamaan antara lelaki dan perempuan.
2) Perbandingan antara ajaran Konfusinisme, maoisme, daoisme dan legalisme dan analisa empat ajaran serta perihal ajaran Islam beserta kaitan pengaruh Islam ajaran berkenaan. Konfuniasisme- Merupakan satu ajaran yang menitik beratkan kejujuran dan kebaikan kerana sekiranya tidak wujud nilai ini dalam kehidupan seseorang, maka huru hara dalam kalangan boleh berlaku. Maoisme- Konsep penting dalam ajaran ini ialah kasih sayang(jian ‘ai), mengecam sikap suka berperang(feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
Daoisme- Ajaran ini mengajar masyarakat tentang cara untuk menyelaraskan diri dengan hukum hakiki alam semesta. -Lebih tertumpu kepada konsep spiritual dan semua berasal dari ‘Dao’, sehingga tidak layak dibeza-bezakan.
Legalisme- Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang. Aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara China.
Perihal dan pengaruh Islam kepada ajaran di atas: -Agama Islam diperkenalkan melalui pedagang-pedagagn Islam yang datang berdagang di sana. -Pengaruh Islam contohnya: -Percubaan dalam mencantumkan konsep wude(lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa ajaran Islam dan ajaran Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. -Penggunaan kata –kata sesuai Konfusius dan Mensius oleh Liu Zhi akan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam. -Demi membolehkan orang Cina memahami dan menenma agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam.
|
|
|
Post by Nur Nazihah on Dec 19, 2014 13:09:58 GMT
Bicara Tamadun Cina Pandangan semesta: - Memuja nenek moyang - Memuja Tian (langit) - Mempercayai animism-memuja binatang, tanaman, alam semulajadi - Menggambarkan kewujudan Tuhan dalam bentuk dewa dewi Sistem nilai masyarakat: a) Wanita -lemah -berkedudukan rendah dalam masyarakat -golongan yang menurut perintah b) Perkahwinan dan keluarga -perkahwinan anak perempuan ditentukan oleh ibu bapa 2) a) konfucianisme -berpendapat jika semua orang berkelakuan baik dan mengikut peraturan maka negara akan menjadi aman -percaya bahawa moral manusia mambantu pemerintah yang baik -sifat baik merupakan harta paling penting b )maoisme -mementingkan aspek kasih sayang -mengecam sikap suka berperang dan menyerah pada takdir c) daoisme -mengajar doktrrin mengikut alam -fahaman ini mengajar doktrin bekerja ke arah menentang alam. d)Legalisme -ajaran ini mementingkan undang-undang -tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas kasihan
|
|
|
Post by izzahfazira on Dec 19, 2014 14:39:04 GMT
Pandangan semesta:
•Konsep Tian:
o Merujuk kepada langit yang tinggi, iaitu syurga (heaven) atau dewa yang dipuja/disembah oleh mereka.
o Wujud sejak Dinasti Chou, dikatakan Tian dirujuk kepada makhluk unggul yang mempunyai kuasa, menguasai perjalanan hidup dan menentukan nasib dengan adanya mandat dari syurga yang diperoleh beliau. Mereka juga dianggap sebagai wakil Tuhan untuk mentadbir bumi.
o Tian bertanggungjawab menjaga keamanan serta kebajikan dan kemakmuran rakyat.
o Melaksanakan pemerintahan adil dan saksama.
o Kesimpulannya, Tian:
Dirujuk kepada langit & ketinggian.
Dilihat sebagai pemerintah dunia (merujuk kepada Maharaja Tertinggi dalam empayar Tian.
Dimaksudkan juga dengan nasib seseorang.
Merupakan teori metafizik Cina yang menumpu perhatian kepada konsep Yin & Yang.
Juga boleh dirujuk kepada prinsip moral.
•Konsep Di/Ti:
o Merujuk kepada bumi.
o Boleh dimaksudkan sebagai Shangdi, iaitu makhluk yang unggul.
o Kebanyakan masyarakat merujuk Di kepada dewa tertinggi yang menguasai dewa-dewa lain.
•Konsep Dao/Tao:
o Merujuk kepada jalan/lorong – cara kelakuan/tabiat sama ada baik atau buruk.
o Kung Fu-Tze menganggap Dao sebagai hokum moral yang perlu dipatuhi seseorang.
o Dalam pentadbiran, Dao ialah sesuatu yang dapat menjamin kebahagiaan dan kebaikan kepada rakyat keseluruhannya.
o Daoisme merujuk kepada sesuatu yang agung.
o Dikatakan Dao adalah sebagai asas kepada segala benda hidup. Menjadikan sesuatu secara spontan dan tidak mempunyai tujuan tertentu.
•Konsep Zhongyong:
o Prinsip The Golden Mean (Zhongyong), merujuk kepada kesederhanaan, pegangan ini tidak mengamibil kekerasan sbagai penyelesaian masalah, malahan mengamalkan sikap toleransi bagi menghadapi sesuatu masalah.
•Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing:
o Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
o Manifestasi Yin dan Yang yang diperkenalkan oleh pembawa falsafah Taoisme disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
o Yin dicirikan sebagai perlahan, lembut, menghasilkan, meresap, sejuk, basah, dan pasif; dan dikaitkan dengan air, bumi, bulan, kewanitaan dan waktu malam.
o Yang, sebaliknya, cepat, keras, kukuh, fokus, panas, kering, dan agresif; dan dikaitkan dengan api, langit, matahari, kejantanan dan siang hari.
•The Grand Unity atau Datung:
o Merujuk kepada satu pencapaian yang paling sempurna atau utopia.
o Confucius berpendapat apabila konsep ini dijalankan, maka dunia akan dikongsi oleh semua manusia dengan adil dan saksama.
Sistem nilai masyarakat Cina:
Konfusius menganjur beberapa konsep:
•Ren/Jen:
o Merujuk kepada makna kasih sayang.
o Menurut Mencius ialah ekspresi jantung manusia.
o Ren juga dirujuk kepada sifat perikemanusiaan.
o Konfusius mengatakan:
Jangan melakukan sesuatu yang kamu tidak suka ke atas orang lain (jen).
Tetapi lakukan perkara yang anda suka ke atas orang lain (shu).
o Seseorang yang tidak hormat pada sseorang pasti tidak akan dihormati oleh masyarakatnya.
o Ren merupakan konsep yang luas dan kompleks.
o Ia meliputi makna kasih sayang diri sendiri, terhadap ibu bapa, suami isteri, anak2 dan sebagainya.
o Mencurah kasih-sayang mesti berjalan atas dasar chung dan shu.
o Kemudian seseorang itu mampu melahirkan masyarakat yang stabil dan harmoni.
•Konsep Junzi/Chung Tzu:
o Menurut Konfusius, konsep ini ialah sifat2 kebaikan termasuk kesederhanaan dan kebiasaan.
o Juga menyarankan sifat berpengetahuan, berkebolehan dan kebijaksanaan.
•Konsep Wu Lan (5 hubungan)
o Suami dan isteri.
o Bapa dan anak – kekeluargaan.
o Antara adik-beradik.
o Antara sahabat (masyarakat).
o Pemerintah dan rakyat.
Pandangan masyarakat tentang kedua dua aspek tersebut dalam tamadun Islam:
Dalam tamadun Islam, pandangan semesta ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terpancar dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. Ia merupakan hak Allah semata. Ini kerana Allah yang mencipta segala-galanya, dari perkara sekecil zarah sehingga ke yang paling besar, semuanya milik Allah S.W.T.. Hal ini akan menyedarkan umat Islam bahawa Allah itu tuhan yang esa, yang berkuasa, yang maha agung dan kita hanyalah hamba-Nya.
Manakala sistem nilai dalam tamadun Islam ialah mengenai akhlak Nabi Muhammad S.A.W.. Hal ini kerana ahlak Rasulullah amat sempurna dan masyarakat Islam selaku umat baginda S.A.W. haruslah mencontohi baginda dan mengamalkan ahlak baginda kepada manusia, binatang, dan alam. Sistem nilai dalam tamadun Islam adalah dicontohi daripada akhlak Nabi Muhammad S.A.W..
Ajaran yang dibawa oleh:
•Konfusianisme:
o Bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.
o Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.
o Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.
o Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.
o Membawa kepada 5 kebaikan (Wu Chang):
Ren/Jen (Perikemanusiaan).
Li (kesusilaan/ upacara).
Yi (keadilan).
Zhi (kebijaksanaan).
Xin (layak dipercayai).
•Maoisme:
o Digunakan secara meluas sebagai ideologi panduan politik dan ketenteraan dalam Parti Komunis China (CPC).
o Ajaran-ajaran asasnya merangkumi perjuangan revolusi majoriti besar rakyat bergelar Perang Rakyat yang melibatkan kaum petani, dan strategi ketenteraanya melibatkan taktik perang gerila yang tertumpu pada pengepungan dari kawasan desa oleh angkatan bersenjata rakyat bukan profesional.
o Menyediakan garis panduan teori serba lengkap terawal bagi CPC yang menyentuh cara-cara meneruskan revolusi sosialis, pembentukan masyarakat sosialis, pembinaan tentera sosialis, serta menekankan pelbagai percanggahan dalam masyarakat untuk diselesaikan melalui "pembinaan sosialis".
o Dihuraikan sebagai fahaman yang memandu pembentukan "China baru" dan konsep revolusi menentang imperialisme dan feudalisme.
•Daoisme:
o Ajaran Laozi yang berasaskan Daode Jing.
o Boleh merujuk kepada falsafah dan agama.
o Falsafah berdasarkan teks Daode Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil Laozi.
o Agama Dao mengandungi misteri untuk menjadi dewa, ia lebih bersifat kemanusiaan, ia berpotensi memenuhi keperluan rohaniah manusia.
•Legalisme:
o Falsafah politik utilitarian yang tidak mengalamatkan pertanyaan-pertanyaan lebih tinggi seperti semulajadi dan tujuan hidup.
o Ajaran ini menyatakan undang-undang dan hukuman berat merupakan satu cara untuk membawa kestabilan dan keamanan bagi negara.
o Tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas kasihan.
o Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
Pengaruh Islam dalam empat ajaran ini adalah dapat di antaranya konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi.
|
|
|
Post by anisahmunirah on Dec 19, 2014 15:31:15 GMT
ANISAH MUNIRAH BINTI MOHD FAIZ - 2014410298
PANDANGAN SEMESTA MASYARAKAT CHINA
1)Konsep Tian
- Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina.
- Wujud sejak Zaman Dinasti Zhou.
- Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme.
2)Konsep Dao
- Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong".
-Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk.
- Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta.
3)Yin & Yang
- Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
- Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut.
- Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras.
4)Konsep Zhong – Yong
- Merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam semesta.
SISTEM NILAI MASYARAKAT Dalam tamadun cina, banyak sifat khas dan nilai-nilai hasil daripada humanisme antaranya transendensi dalaman, sifat sekular, moralisme sebagai ideologi, personalisme, hubungan manusia dengan alam semesta, institusi keluarga dan pendidikan diberi keutamaan, serta keharmonian merupakan nilai utama. Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular iaitu memisahkan urusan duniawi dengan urusan keagamaan. Transendensi dalaman, orang perseorangan harus berusaha sendiri untuk mempertingkatkan darjahnya dari segi kesarjanaan, kebijaksanaan dan akhlak. Aspek yang perlu diberi penekanan dalam proses pembinaan diri ialah disiplin diri, pengorbanan diri dan harga diri. Pegangan yang mantap terhadap humanisme, personalisme dan moralisme menjadikan pendidikan yang beitradisi panjang diberi penghargaan yang tinggi. Golongan birokrat dan cendekiawan merupakan kelas sosial yang tertinggi kedudukannya, dan masyarakat menjunjung tinggi golongan guru dan pekerjaannya. Tidak lupa juga kepada fokus dalam keharmonian.
Bandingan antara ajaran yang dibawa oleh konfusianisme, maoisme, daoisme dan legalisme
1)Konfucianisme
-memberi penekanan terhadap aspek kemanusiaan
-Merangkumi falsafah dan etika yang mengajar manusia cara tingkah laku yang baik.
-Kepentingan akhlak mulia melalui penjagaan hubungan baik antara manusia di langit dan manusia di bumi.
-mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka ada di dunia.
2)Maoisme
-Mementingkan aspek kasih sayang
-Melarang segala bentuk keganasan, peperangan, dan serangan.
-Mengutamakan golongan cerdik pandai
3)Daoisme
-Falsafah yang diasaskan oleh Lao Tzu
-Merujuk kepada keseluruhan alam semesta.
-Bertentangan dengan fahaman Konfucianisme
-Melibatkan prinsip-prinsip etika serta melaksanakannya dalam kehidupan seharian dan dalam perjalanan pentadbiran kerajaan.
4)Legalisme
- Pemerintahan dengan menggunakan undang-undang ketat.
- Tidak menitik beratkan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme.
- Perkataan Fa bermaksud peraturan dan undang-undang.
- Bagi menjamin kestabilan negara, penggunaan sistem atau cara pentadbiran yang berdasarkan undang-undang yang ditetapkan
- Menentang pengajaran Legalisme
|
|
lyana
New Member
Posts: 6
|
Post by lyana on Dec 19, 2014 17:00:59 GMT
LYANA BINTI ABD RAHIM
BICARA 1
PANDANGAN SEMESTA DAN NILAI MASYARAKAT TAMADUN CHINA *Konsep Tien -‘Tien’ merujuk kepada prinsip tertinggi di alam semesta dan di konteks etika Konfusianisme. -berasaskan pemujaan nenek moyang dan tien. -Dalam teori Yin dan Yang , Tien merujuk kepada penciptaan makhluk untuk menjaga dan memelihara.
*Konsep Dao -merujuk kepada jalan atau lorong. -konsep tatatertib atau set peraturan etika yang wajib dipatuhi oleh seseorang individu.
*Konsep Yin Yang -proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. -Ying: negatif, perempuan, malam, pasif, firasat, bulan, sejuk, lembut. -Yang: merujuk kepada positif, lelaki, siang, aktif, logik, panas, keras.
*Zhong yong - kesederhanaan, seimbang dan bersesuaian. - keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara.
BICARA 2
AJARAN KONFUSIANISME, MAOISME, DAOISME, LEGALISME *Konfusianisme -akhlak yang mulia dalam menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. -Penganutnya diajar mengingati nenek moyang. -susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku. -tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu.
*Maoisme -aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). -sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
*Daoisme -jalan kepada arah dan cara alam semesta. -kuasa yang diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengenepikan cita-cita sendiri untuk mengikut arah alam semesta.
Legalisme -undang - undang dan hukuman berat untuk membawa kestabilan dan keamanan negara. -penganut tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas kasihan.
PENGARUHAN ISLAM TERHADAP AJARAN TERSEBUT -Pada pendapat saya, keempat-empat ajaran tersebut serba sedikit ada juga berkaitan dengan ajaran Islam.Contohnya, kepentingan berakhlak mulia dan sikap kemanusiaan sesame individu.
|
|
|
Post by fazreen on Dec 19, 2014 17:07:11 GMT
FAZREEN SYAHIRA BINTI ZULKIFLEE
PANDANGAN SEMESTA MASYARAKAT CHINA
Konsep Tian - Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. - Ia wujud sejak Zaman Dinasti Zhou. - Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme.
Konsep Dao - Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong". - Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk. - Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta. - Menurut Konfusiud, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing - Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad. - Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. - Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras.
Konsep Zhong – Yong - Merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam semesta.
SISTEM NILAI MASYARAKAT CINA
Konsep Wu Lan (Lima Hubungan)
Lima hubungan asas manusia ialah: - Hubungan antara suami dan isteri - Hubungan antara bapa dan anak - Hubungan antara adik-beradik - Hubungan antara masyarakat - Hubungan antara pemerintah dan rakyat
Konsep Li (Tatasusila) - Merujuk kepada beberapa peraturan yang membezakan antara golongan mulia dan hina, kaya dan miskin - Merujuk kepada adat istiadat - Bermaksud berakhlak seperti rendah diri dan menghormati orang lain. Li berfungsi sebagai pengawal terhadap tingkah laku manusia.
BANDINGAN ANTARA AJARAN KONFUSIANISME, MAOISME, DAOISME DAN LEGALISME
-Konfusianisme: Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.
Diasaskan oleh Kong Fu Tze yang lahir di negara China pada tahun 551 S.M oleh ibunya Chiang Tsai yang berumur 15 tahun ketika itu. Kong Fu Tze merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun. Konfucius banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Kong Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479 S.M.
Ajaran Konfucius : -Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. -Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini. -Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.
-Daoisme: Mempunyai konsep jalan yang merujuk kepada arah dan cara alam semesta dan konsep kuasa yang merujuk kepada kuasa yang diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengenepikan cita-cita sendiri untuk mengikut arah alam semesta.
Maoisme: Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
Legalisme: Legalisme adalah falsafah politik utilitarian yang tidak mengalamatkan pertanyaan-pertanyaan lebih tinggi seperti semulajadi dan tujuan hidup.
AJARAN ISLAM DAN PENGARUHNYA DENGAN 4 AJARAN BERKENAAN
Pada pendapat saya, nilai-nilai murni ini mempunyai persamaaan dengan ajaran Islam yang mementingkan perpaduan antara masyarakat serta pengaruh Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui reka bentuk beribu-ribu masjid, dewan membaca Al-Quran.
|
|
|
Post by nurwafa on Dec 20, 2014 3:32:38 GMT
Konsep semesta tamadun China 1. Tian Merujuk kepada langit yang bermaksud dewa utama. Semasa dinasti Chou, ia dirujuk sebagai makhluk unggul yang mempunyai kuasa, menguasai perjalanan hidup dan menentukan nasib yang mendapat mandat dari syurga. Raja Chou dikaitkan dengan konsep ini sebagai wakil Tuhan. Mereka bertanggungjawab menjaga keamanan, melindungi rakyat, menghukum pesalah; dan mandat ditarik balik jika berlaku zalim. Menurut Konfucius, tian ialah Tuhan terunggul yang menentukan nasib seseorang. Penyatuan antara insan dan tian melahirkan konsep perpaduan antara insan.
2. Yin dan Yang Dianjurkan pendukung Taoisme. Wujud pertentangan dalam kehidupan tetapi mereka saling melengkapi, tiada dominasi atau mengurangkan yang lainnya. Yin mewakili perempuan-lembut, gelap, basah, pasif, sejuk. Yang mewakili lelaki- aktif, panas, cerah, kering, keras.
3. Tao Dao Maksud terawal ialah jalan atau lorong. Digunakan untuk menunjukkan jalan, cara kelakuan atau tabiat sama ada baik atau buruk. Menurut Kung Fu-Tze, ia peraturan yang mesti dipatuhi. Asas kepada segala benda yang wujud. Tindakan Dao mencipta sesuatu adalah spontan dan tidak bertindak dengan apa-apa tujuan.
4. Wuxing Penting dalam perubatan tradisional, tilik nasib dan feng shui. Lima unsur- kayu, logam, air, api, bumi. Penyeimbangan dilakukan terhadap fungsi organ 5 elemen tubuh: Kayu: Liver(Yin), Urat Liver(Yang), Mata, Tendons, Marah(Emosi), Teriakan(Suara) Api: Penciuman, Jantung (Yin), Usus halus (Yang), Lidah, Kebencian(Emosi), Tawa(Suara) Tanah: Empedu(Yin), Lambung(Yang), Mulut, Urat-urat, Pensive(Emosi), Nyanyian(Suara) Logam: Paru-paru(Yin), Usus besar(Yang), Hidung, Kulit, Grief(Emosi), Tangis(Suara) Air: Ginjal(Yin), Bladder(Yang), Telinga, Tulang, Takut(Emosi), Groan(Suara)
5. Zong Yong Kesederhanaan dan keseimbangan. Menolak kekerasan dan menerima toleransi.
Nilai masyarakat tamadun China 1. Nilai dan sifat moral yang mulia iaitu perikemanusiaan(ren), kewajaran(yi), kesusilaan(li) dan kearifan(zhi).
2. Ketaatan kepada ibu bapa.
3. Empat Kebenaran Yang Mulia yang mengandungi Jalan Lapan Lapis Mulia di mana ia menekankan 3 aspek iaitu Sila (moral), Samadhi (disiplin mental) dan Panna (kebijaksanaan.
4. Humanisme: Moral sebagai ideologi. Hubungan manusia dengan alam semesta. Mementingkan institusi keluarga. Pendidikan menjadi keutamaan. Keharmonian menjadi nilai utama.
5. Konsep 5 hubungan dikenali sebagai wulun iaitu: Raja-menteri Ayah-anak Suami-isteri Abang-adik Kawan-kawan
Pandangan semesta Islam 1. Pandangan Semesta Ketuhanan iaitu umat Islam percaya bahawa kewujudan Tuhan itu pasti dan semua perkara terjadi dengan adanya Pencipta. 2. Pandangan Semesta Manusia ialah untuk mengetahui hakikat kejadian diri kita yang terdiri daripada unsur roh dan jasad; bermula daripada Adam dan Hawa, kemudian tamadun manusia berkembang sehingga ke hari ini. Kita juga yakin bahawa Allah yang menciptakan kita dan kepada-Nya juga kita akan kembali. 3. Pandangan Semesta Masyarakat iaitu pembinaan sesebuah tamadun bermula daripada sebuah masyarakat kerana fitrah manusia yang lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan. Setiap anggota masyarakat berhak dan bertanggungjawab terhadap ahli masyarakatnya untuk menjalankan amar makruf nahi munkar.
Nilai tamadun Islam Akhlah, moral dan etika umat seharusnya mencontohi Rasulullah SAW yang berperibadi mulia dan berakhlak sempurna seperti al-Quran.
Konfusianisme ◦ Nama sebenar pengasas – Kung Chiu. ◦ Asas Konfusianisme berasal daripada tulisan2 klasik yg diterbitkan atas nama Konfusius. ◦ Ajaran konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yg mulia – ren (kemanusiaan), li (kesusilaan), xiao (taat kpd ibubapa) ◦ Moral yang baik mampu membentuk pemerintah yang baik. Daoisme ◦ Diasaskan oleh 2 org pemikir agung Cina – Lao Zi & Zhuang Zi ◦ Lao Zi beranggapan dunia manusia adalah buruk dan menyeru ke arah keadaan semula jadi. Menekankan pembinaan perwatakan manusia. Menurutnya, kecurian, rompakan, peperangan adalah usaha manusia mengejar benda yg tidak dpt diperolehi dgn cara baik. ◦ Dunia akan aman dan tidak memerlukan undang2 jika manusia tidak mengejar dunia dan menahan nafsu. ◦ Baginya, kerajaan yang baik ialah kerajaan memerintah dgn kurang. Moisme ◦ Diasaskan oleh Mo Zi. Konsep pemikiran – aspek kasih sayang sejagat, mengecam sikap suka berperang dan menyerah kepada nasib dan mengutamakan golongan cerdik pandai. ◦ Beliau menyatakan,: setiap orang harus mencintai semua orang spt mencintai diri sendiri dan menekankan persamaan kerana ianya boleh mengelak jenayah. Kerajaan harus dipimpin oleh org yg berkebolehan dan baik Melarang hidup mewah tetapi sederhana. Elakkan pembaziran spt adat pengkebumian secara besar-besaran. Melarang muzik kerana melalaikan. Negara akan binasa jika raja lalai dgn muzik. Legalisme (Fa Jai) ◦ Diasaskan oleh Xun Zi. Beliau menyatakan manusia asasnya bersifat jahat dan perlu melihat diri sendiri. Ini berbeza dgn Konfusius di mana manusia asasnya baik. ◦ Undang2 keras dan hukuman berat adalah cara utk membawa keamanan bg negara dan mengajar manusia ke arah sikap baik. ◦ Antara falsafah legalis: Menentang dunia feudal Golongan bangsawan perlu diganti dgn hirarki tentera Muzik, sejarah dan falsafah dianggap racun rosakkan masyarakat Pertanian dan peperangan dipuji sbg asas kuasa negara. Islam ◦ Islam sampai ke negara Cina seawal abad ke 7M melalui jalan darat dan laut. ◦ Pedagang Arab-Parsi telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Quanzhou. ◦ Manakala pendakwah Islam yang melalui jalan darat (jalan Sutera) tlh membentuk masyarakat Islam di Xian. ◦ Di zaman dinasti Yuan (1271-1368M) telah lahir tokoh2 Islam yang memberi sumbangan besar kepada tamadun Cina spt astronomi, perubatan, sains dan teknologi. ◦ Ahli pelayaran Islam Cina – Zhenghe berjaya melakukan pelayaran mengelilingi dunia termasuk ke Alam Melayu.
|
|
|
Post by annurfatihah on Dec 20, 2014 5:51:13 GMT
Soalan 1
Konsep Tian : merupakan pemujaan nenek moyang dan Tian. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang. Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta.
Konsep Dao : Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”. Dao digunakan untuk Menunjukkan satu jalan, cara kelakuan, tabiat ( Baik atau buruk ).
Prinsip Zhong Yong : Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Ia juga merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat. Soalan 2
1) Konfusianisme
Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao). Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li), dan kearifan (zhi).
Maoisme
Antara ajaran Maoisme ialah: (a) Beliau menitik beratkan cinta sejagat tetpi mengabaikankan hubungan kekeluargaan dan kedudukan. Seseorang itu sepatutnya menyayangi korang lain seperti menyayangi diri sendiri. (b) Melarang hidup mewah, tidak membazir dan menyarankan kesederhanaan dalam kehidupan. (c) Menentang upacara pengebumian yang dijalankan secara besar-besaran. Upacara berkabung selama tiga tahun juga tidak harus dijalankan kerana boleh melemahka produktiviti msayrakat. (d) Mo-Tzi melarang perkembangan muzik kerana beliau beranggapan bahawa muzik boleh melalaikan sseorang dan memusnahkan peribadi seseorang Raja dan tidak dapat memelihara negara. (e) Menentang peraturan sistem pewarisan takhta kerajaan. Menurut ajaran ini, sesiapa sahaja yang berkelayakan harus diberi peluang memegang sesuatu jawatan. (f) Melarang segala bentuk keganasan, peperangan, dan serangan. Bagi beliau, peperangan tidak bawa aa-apa faedah, sebaliknya akan menyebabkan berlakunya kemusnahan harta benda. (g) Mo-Tzi tidak mempercayai konsep takdir. Beliau berpendapat bawa seseorang yang bergantung kepada nasib dan takdir tanpa berusaha akan menyebabkan berlakunya kemunduran dan kesengsaraan.
Daoisme
(a) Merupakan sebuah falsafah berdasarkan teks Daode Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil Laozi dan Zhuangzi. (b)Kitab Daode Jing merukan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan aspek metafizik Dao. (c) Daoisme merupakan agama bagi kebanyakan orang cina.
Legalisme
(a)Tidak menfokuskan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme (b)menekankan undang-undang, autoriti dan kaedah.
|
|
ezai
New Member
Posts: 6
|
Post by ezai on Dec 20, 2014 12:22:13 GMT
Masyarakat China mengamalkan konsep tao & dao,zong yong,wuxing,yin dan yang dan tian
Konsep Tao & Dao - Dao merujuk kepada "jalan" atau "lorong".Sebelum kedatangan falsafah konfusius,Dao digunakan untuk menunjuk satu "jalan" atau menunjukkan sesuatu kelakuan dan tabiat samaada tabiat yang baik atau buruk.Selepas kedatangan falsafah konfisius, Dao bermaksud metafizik yang menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta.Ianya merupakan satu konsep tatatertib moral yag mesti dipatuhi oleh setiap individu.
Konsep zong yong - Merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam semesta.Tidak menyetujui kekerasan sebagai jalan penyelesaian.Konsep ini dianggap terbaik dan sesuai serta ideal dalam semua tindakan, keadaan dan masa.
Konsep Wuxing - terbahagi kepada lima elemen iaitu api,air,tanah,logam dan kayu. Konsep Yin dan Yang -Percaya perkara yang wujud di alam ini hasil interaksi antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin & Yang.Membayangkan bahawa dunia ini adalah dunia dualisme. Iaitu segala fenomena mempunyai dua yang berbeza seperti besar dan kecil, kiri dan kanan, lelaki dan perempuan dan sebagainya.Konsep ini dianjurkan oleh Daoisme. Yin bermaksud perempuan, sejuk, pasif, gelap, basah dan lembut manakala Yang bermaksud lelaki, panas, aktif, cerah dan kering.
Konsep Tian - Merujuk kepada langit (Heaven) secara fizikal.Menunjukkan Dewa tertinggi yang disamakan dengan langit.Dirujuk kepada teori metafizik China.Dirujuk sebagai prinsip moral seperti cintakan keamanan, keadilan dan pemerintahan dan sebagainya.
Ajaran Tamadun China:
1)Taoisme - berasalkan “Dao” yang bererti tidak berbentuk, tidak terlihat tetapi merupakan asas atau jalan atau cara kejadian kesemua benda hidup dan benda-benda alam semesta dunia. 2)Daoisme - Taoisme juga diejakan Daoisme. 3)Iching - merupakan suatu ajaran kebijaksanaan yang jika dimanfaatkan dengan baik dapat membantu mencari jalan keluar dari kesulitan hidup. Masyarakat China kuno percaya bahwa nasib dapat menentukan Tao atau jalannya. 4)Legalisme - terdiri daripada Meritokrasi, Realisme, dan Kedaulatan Undang-Undang. 5)Konfusianisme - bermaksud bukanlah satu agamatetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral danmenjaga etika manusia. 6)Buddhisme - merupakan ajaran Agama Buddha.
|
|
|
Post by nurmahfuzah on Dec 20, 2014 12:26:03 GMT
refleksi 1 : Pandangan semesta dan nilai masyarakat dalam tamadun Cina: 1) Konsep Tian - kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada alam semesta dan menyembah roh nenek moyang. Konsep ini cenderung kepada kepercayaan yang boleh membawa kepada kesejahteraan dan kekayaan. Mereka juga dianggap sebagai wakil tuhan untuk mentadbir bumi. 2) Yin & Yang - Disifatkan sebagai sesuatu yang berlawanan tetapi saling melengkap untuk mencapai keseimbangan. yin mewakili perempuan seperti lembut dan pasif manakala yang mewakili lelaki seperti keras dan aktif. 3) Tao dan Dao - Dao merujuk kepada cara kelakuan sama ada baik atau buruk dan merupakan hukum moral yang perlu dipatuhi. Daoisme merujuk kepada kuasa agung dan berasaskan kepada segala benda hidup. 4)Zhongyong - merupakan prinsip The Golden mean yang merujuk kepada kesederhanaan. Konsep ini tidak berteraskan kekerasan dalam penyelesaian sesuatu masalah dan mengamalkan sifat toleransi. 5) Wuxing - merupakan lima elemen yang saling berkaitan. Elemennya adalah : logam, air, kayu, api dan tanah.
Banding beza dengan Tamadun Islam: Kepercayaan tamadun Islam adalah berteraskan Tuhan yang Esa dan alam sekitar sekitar merupaka tanda keagungan Tuhan bukan untuk disembah tetapi untuk menghargai. Tetapi tamadun islam juga menitik beratkan sifat kesederhanaan dan tolenrasi dalam sesuatu urusan. Malah dalam kepercayaan Islam setiap sesuatu juga saling melengkapi sebagai contoh lelaki dan perempuan yang perlu saling melengkapi.
Refleksi 2 : Ajaran :
1)Konfusianisme - Hubungan ini menitik beratkan kejujuran dan kebaikan. Sekiranya tiada nilai tersebut maka perpecahan dan huru hara dalam kalangan masyarakat boleh berlaku kerana dalam kepercayaan ini sifat yang baik merupakan satu harta yang wajib ada pada setiap orang.Kelemahan sesuatu masyarakat adalah disebabkan masyarakat itu sendiri sebagai contoh tidak amanah dalam pentadbiran. 2)Maoisme - kepercayaan yang mementingkan kasih sayang. Konsep ini juga melarang sifat yang berlebihan dan boros. 3)Daoisme - ajaran yang menekankan bahqwa manusia harus membentuk suatu harmoni bersama alam dan Dao.Dao membawa maksud keseimbangan yang sempurna, seperti Yin dan yang. 4)Legalisme - Kepercayaan ini penting dalam undang-undang untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat.Kepercayaan ini tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas kasihan. Penguatkuasaan undang-undang adalah untuk mengawal manusia. Nilai ini hanyalah berkesan dalam ketekunan bekerja dan peperangan.
Kaitan pengaruh Islam dalam ajaran tersebut : -Terdapat beberapa ajaran yang tidak bercanggah dengan ajaran islam di mana ada kepercayaan yang menitik beratkan akhlak dalam sesuatu urusan. kedatangan Islam telah mengubah beberapa kepercayaan tersebut dan ada yang masih diguna pakai. Sebagai contoh, konsep legalisme adalah berteraskan kekerasan dan tiada belas kasihan tetapi apabila ajaran islam diterap masukkan, konsep belas kasihan dan keadilan diterapkan dalam pentadbiran dan dalam pengurusan masyarakat.
|
|
|
Post by nazihahothamanhs2441a on Dec 20, 2014 16:13:28 GMT
NOR NAZIHAH BINTI CHE OTHAMAN HS2441A
BICARA TAMADUN 1
Pandangan semesta tamadun China: i. Konsep tien - berasaskan pemujaan nenek moyang dan tien - tien merujuk kepada prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme
ii. Konsep Dao -konsep ini merujuk kepada keseluruhan alam semesta - ia juga merupakan konsep tatatertib yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau set peraturan etika yang mesti dikuti.
iii. Konsep yin dan yang - konsep ini disifatkan sebagai proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - ying = negatif, perempuan, malam, pasif, firasat, bulan, sejuk, lembut -yang = merujuk kepada positif, lelaki, siang, aktif, logik, panas, keras
iv. Zhong yong - bertunjangkan kesederhanaan, seimbang dan bersesuaian. - keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara.
|
|
|
Post by nazihahothamanhs2441a on Dec 20, 2014 16:16:25 GMT
NOR NAZIHAH BINTI CHE OTHAMAN HS2441A
BICARA TAMADUN 2
Sistem nilai masyarakat tamadun China: i. Konsep Wu Lan (Lima Hubungan) - Hubungan antara suami dan isteri - Hubungan antara bapa dan anak - kekeluargaan - Hubungan antara adik-beradik - Hubungan antara sahabat (masyarakat) - Hubungan antara pemerintah dan rakyat
ii. Konsep Ren (Kemanusian) - Nilai kasih/cinta kepada manusia - Naluri untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, rasa hormat kepada diri sendiri dan memandang tinggi martabat manusia - Membezakan manusia dengan haiwan - Kata Konfusius: “Jangan melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka orang lain melakukan kepada anda”
iii. Konsep Li (Tatasusila) - Merujuk kepada beberapa peraturan yang membezakan antara golongan mulia dan hina, kaya dan miskin - Merujuk kepada adat istiadat - Bermaksud berakhlak seperti rendah diri dan menghormati orang lain. - Li berfungsi sebagai pengawal terhadap tindakan/tingkah laku manusia.
Dalam tamadun Islam, pandangan semesta ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terpancar dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. Ia merupakan hak Allah semata. Ini kerana Allah yang mencipta segala-galanya, dari yang paling kecil sehingga ke yang paling besar, semuanya milik Allah s.w.t. hal ini akan menyedarkan umat Islam bahawa Allah itu tuhan yang esa, yang berkuasa, yang maha agung dan kita hanyalah hambaNya.
Manakala sistem nilai dalam tamadun Islam ialah mengenai ahlak Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini kerana ahlak Rasulullah amat sempurna dan masyarakat Islam selaku umat baginda s.a.w haruslah mencontohi baginda dan mengamalkan ahlak baginda kepada manusia, binatang, dan alam. Sistem nilai dalam tamadun Islam adalah ahlak Nabi Muhammad s.a.w.
4 nilai yang diamalkan: i. Konfusianisme - merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius - berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius (kitab Analect) - Perikemanusiaan (ren) - Kewajaran (yi) - Kesusilaan (li) - Kearifan (zhi)
ii. Maoisme - Konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). - Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
iii. Daoisme - Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
iv. Legalisme - mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. - Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme. - Kuasa (Shi). - Cara (Shu). - Perundangan (Fa).
Kesemua 4 ajaran tersebut sedikit sebanyak berkait rapat dengan ajaran Islam. Islam juga menekankan sifat kemanusiaan sesama individu dan kepentingan berakhlak mulia. Selain itu, upacara pengebumian secara besar-besaran boleh dikatakan melanggar agama di dalam Islam dan berkait dengan pemujaan. Ini menunjukkan perhubungan yang rapat antara tamadun-tamadun yang wujud pada masa kini.
|
|
|
Post by ameersyarif on Dec 22, 2014 13:59:56 GMT
MOHAMAD AMIRUL SYARIFUDDIN OMAR
Pandangan Semesta dan Sistem Nilai Masyarakat Tamadun China
Mereka memuja nenek moyang dan Tian (langit) Di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman atau alam semula jadi. Ianya wujud di kalangan masyarakat Cina sejak zaman silam lagi. Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan. Bagi masyrakat Cina kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujud antuhan yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mmepunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu memmentingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat. Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta dalam konteks etika Konfusianisme. Di samping itu ajaran seperti agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral.Konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Kedua-dua tersebut penting untukmencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun AsiaUM: 2002: 306-307) Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius(551SM-479SM). Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Oleh sebab itu manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu: i. Perikemanusiaan(ren) ii. kewajaran(yi) iii. kesusilaan(Ii) iv. kearifan(zhi)
Selain daripada itu ketaatan kepada ibu bapa juga dititikberatkan oleh ajaran Konfusius. Menurut beliau jugamanusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat. Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia(xiao). Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan. Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat di mana usaha individu yang membentuk peribadi ke arah kebaikan. Gaozi menyatakan sifat semula jadi manusia tidak baik dan tidak jahat. ( Soo Khin Wah 2001 : 306-308). Ajaran konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulun iaitu: i. Raja dengan menteri ii. Ayah dengan anak iii. Suami dengan Isteri iv. Abang dengan adik v. Kawan dengan kawan
Konsep diatas jelas menunjukkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai mumi yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Dalam ajaran Buddhisme pula mementingkan kesederhanaan dimana asas pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan. Keluarga dan masyarakat Cina amat mengambil berat tentang hubungan sesame manusia. Walaupun sistem kekeluargaan tradisional pemah mengalami perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa tetap berkekalan dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Dalam tamadun Cina kita dapat lihat masyarakat tersebut mementingkan nilai kemanusiaan di mana mereka menganggap manusia mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Nilai-nilai itu dapat dilihat hasil daripada humanisme antaranya ialah: ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM: 2002 : 310-311).
1. Moral sebagai ideology 2. Hubungan manusia dengan alam semesta. 3. Mementingkan institusi keluarga 4. Pendidikan diberi keutamaan. 5. Keharmoniaan merupakan nilai utama
Agama & Kepercayaan
Pengenalan : *Masyarakat China sangat mempercayai bahawa terdapat semangat yang kuat dalam setiap benda yang tercipta seperti alam semulajadi dan sebagainya. *Berdasarkan kpd kepercayaan tersebut maka lahirnya upacara sembahyang dan penyembahan terhadap alam semulajadi. *Mrk sangat mementingkan keharmonian alam semula jadi. *Konsep Feng-Shui @ angin air menunjukkan tentang betapa perlunya satu kehidupan harmoni dlm persekitaran semula jadi. *Keharmonian dan kestabilan alam semulajadi inilah yg membawa tuah dan kesejahteraan kesihatan bg masyarakat China. *W/bagaimanapun, kepercayaan ini tidak membentuk agama formal bg masyarakat China, tetapi kepercayaan ini menjadi cara hidup masyarakat Cina & membentuk budaya mereka.
1. Agama Konfusianisme : *Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah , keagamaan , dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551 SM-479 SM) . *Asas Konfusianisme dikatakan berasal dari tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius *Ianya menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia , terutama mengenai perikemanusiaan (ren) , kesusilaan(li) , dan ketaatan kepada ibu bapa(xiao) . *Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia(junzi) . *Mencius (372 SM-289 SM) , salah seorang pujangga agung Konfusianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik ketika dilahirkan . *Oleh sebab itu , manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik, iaitu prikemanusiaan (ren) , kewajaran (yi) , kesusilaan (li) dan kearifan (zhi) .
2.Agama Buddhisme : *Buddhisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha(563 SM -483SM)di India pada kurun ke-6 SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama. *Selepas penyebaran ke negara China,ianya telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga dikenali sebagai Buddhisme Cina . *Namun begitu , asas pengajarannya tetap sama iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia . *Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha . *Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu : a)Panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betul (Right Understanding) dan pemikiran yang betul (Right Thought) . b)Samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betul(Right Speech) , tindakan yang betul (Right Speech) ,tindakan yang betul (Right Action) dan cara hidup yang betul (Right Livelihood) . c)Sila (moral) yang meliputi usaha yang betul (Right Efford) , pertimbangan yang betul (Right Mindfulness) , dan tumpuan yang betul (Right Concentration) .
3.Agama Daoisme : *Daoisme pula diasakan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi yang dilahirkan pada tahun 604 SM dan Zhuang Zhi (369SM-2864SM) yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan secara spontan tanpa sebarang usaha . *Terbahagi kepada dua iaitu : a)pemikiran falsafah Dao (daojia) b)pemikiran keagamaan Dao (daojiao) *Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakkan ayatnya yang ringkas , penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao . *Dao iaitu jalan (the way) yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan (unproduced)dan tidak dapat diperikan (inexpressible) . *Tahap pencapaian pengalaman Dao yang tertinggi ialah kembali semula dan bersatu dengannya .
4.Agama Moisme : *Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479 SM-381SM) . *Antara konsep yang penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang (jian’ai) , mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian) *Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli) , pengikutnya menentang konsep mandat tuhan mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme . *Aliran pemikiran moisme menegaskan: 1-penyelarasan dan pembentukan kekuasaan pusat 2-berjimat cermat 3-melantik sesiapa yang berkelayakan dan berkemampuan ke jwtn kerajaan 5.Agama Legalisme : *Legalisme diasakan oleh seorang ahli falsafah Cina , Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Chin . *Ianya mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya *Aliran ini juga menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius . *Malah aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China
Pengaruh Islam terhadap segala ajaran
-Islam turut menekankan peribadi mulia dalam diri setiap umatnya sama seperti yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme. -Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam -Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam -cuba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi
|
|