|
Post by syathirohshahirul on Dec 16, 2014 21:41:21 GMT
pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat -konsep yin yang-menekankan konsep dualiti dalam pembentukan keseluruhan -Tao & Dao-konsep yang menerangkan tentang jalan atau cara, atau doktrin mahupun prinsip secara umumnya -Zong Yong-mengekalkan keseimbangan dan keharmonian dalam minda ke arah keseimbangan yang sekata
|
|
|
Post by syathirohshahirul on Dec 16, 2014 21:58:13 GMT
Perbandingan Ajaran a-Konfusianisme -konsep manusia agung dan budiman-ketaatan kepada nenek moyang dan ketaatan kepada ibu bapa -mempunyai lima sifat kebaikan iaitu perikemanusiaan, kesusilaan, keadilan, kebijaksanaan dan layak dipercayai -mempunyai lima hubungan sosial iaitu hubungan raja dan pembesar atau kerajaan dan rakyat, antara suami dan isteri atau ibu dan bapa, antara bapa dan anak atau ibu bapa dan anak-anak, antara orang tua dan muda, dan antara kawan dan kawan b-Maoisme -ideologi politik dan ketenteraan dalam Parti Komunis China -menggunakan taktik perang gerila -menentang imperialisme dan feudalisme c-Daoisme -mengajar menyelaraskan diri dengan hukum hakiki alam semesta -menumpukan terhadap konsep spiritual -segala sesuatu berasal dari 'Dao', sehingga tidak layak dibeza-bezakan d-Legalisme -menekankan keutamaan negeri melebihi autonomi individu -membenarkan orang ramai mendapatkan pangkat sekiranya mempunyai prestasi yang baik -menekankan pragmatisme dan adat asas undang-undang
|
|
|
Post by syakiraidris on Dec 17, 2014 8:42:48 GMT
Syakira Idris
refleksi 1 : Pandangan semesta dan nilai masyarakat dalam tamadun Cina: 1) Konsep Tian - kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada alam semesta dan menyembah roh nenek moyang. Konsep ini cenderung kepada kepercayaan yang boleh membawa kepada kesejahteraan dan kekayaan. Mereka juga dianggap sebagai wakil tuhan untuk mentadbir bumi. 2) Yin & Yang - Disifatkan sebagai sesuatu yang berlawanan tetapi saling melengkap untuk mencapai keseimbangan. yin mewakili perempuan seperti lembut dan pasif manakala yang mewakili lelaki seperti keras dan aktif. 3) Tao dan Dao - Dao merujuk kepada cara kelakuan sama ada baik atau buruk dan merupakan hukum moral yang perlu dipatuhi. Daoisme merujuk kepada kuasa agung dan berasaskan kepada segala benda hidup. 4)Zhongyong - merupakan prinsip The Golden mean yang merujuk kepada kesederhanaan. Konsep ini tidak berteraskan kekerasan dalam penyelesaian sesuatu masalah dan mengamalkan sifat toleransi. 5) Wuxing - merupakan lima elemen yang saling berkaitan. Elemennya adalah : logam, air, kayu, api dan tanah.
Banding beza dengan Tamadun Islam: Kepercayaan tamadun Islam adalah berteraskan Tuhan yang Esa dan alam sekitar sekitar merupaka tanda keagungan Tuhan bukan untuk disembah tetapi untuk menghargai. Tetapi tamadun islam juga menitik beratkan sifat kesederhanaan dan tolenrasi dalam sesuatu urusan. Malah dalam kepercayaan Islam setiap sesuatu juga saling melengkapi sebagai contoh lelaki dan perempuan yang perlu saling melengkapi.
Refleksi 2 : Ajaran :
1)Konfusianisme - Hubungan ini menitik beratkan kejujuran dan kebaikan. Sekiranya tiada nilai tersebut maka perpecahan dan huru hara dalam kalangan masyarakat boleh berlaku kerana dalam kepercayaan ini sifat yang baik merupakan satu harta yang wajib ada pada setiap orang.Kelemahan sesuatu masyarakat adalah disebabkan masyarakat itu sendiri sebagai contoh tidak amanah dalam pentadbiran. 2)Maoisme - kepercayaan yang mementingkan kasih sayang. Konsep ini juga melarang sifat yang berlebihan dan boros. 3)Daoisme - ajaran yang menekankan bahqwa manusia harus membentuk suatu harmoni bersama alam dan Dao.Dao membawa maksud keseimbangan yang sempurna, seperti Yin dan yang. 4)Legalisme - Kepercayaan ini penting dalam undang-undang untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat.Kepercayaan ini tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas kasihan. Penguatkuasaan undang-undang adalah untuk mengawal manusia. Nilai ini hanyalah berkesan dalam ketekunan bekerja dan peperangan.
Kaitan pengaruh Islam dalam ajaran tersebut : -Terdapat beberapa ajaran yang tidak bercanggah dengan ajaran islam di mana ada kepercayaan yang menitik beratkan akhlak dalam sesuatu urusan. kedatangan Islam telah mengubah beberapa kepercayaan tersebut dan ada yang masih diguna pakai. Sebagai contoh, konsep legalisme adalah berteraskan kekerasan dan tiada belas kasihan tetapi apabila ajaran islam diterap masukkan, konsep belas kasihan dan keadilan diterapkan dalam pentadbiran dan dalam pengurusan masyarakat.
|
|
|
Post by asheerazaimi on Dec 17, 2014 13:49:55 GMT
SITI NORASHEERA BT ZAIMI Elemen elemen pandangan semesta masyarakat tamadun cina 1.konsep ying dan yang - Hasil interaksi antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin (Perempuan, sejuk, pasif, gelap, basah, lembut) & Yang(Lelaki, panas, aktif, cerah, kering). 2.konsep Dao – merujuk kepada alam semesta -adalah konsep tatatertib yang perlu dipatuhi setiap individu 3. konsep Tian - Merujuk kepada langit,ia lebih kepada ketinggian iaitu syurga -Merujuk kepada dewa yang dipuja dan disembah oleh mereka 4.konsep Di -Dimaksudkan sebagai Shangdi iaitu makhluk yang unggul - Di merujuk kepada dewa tertinggi yang menguasai dewa-dewa Lain
Konfiusme mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia dan merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar manusia berakhlak mulia.Manakala Daoisme mempunyai konsep jalan yang merujuk kepada arah dan cara alam semesta dan konsep kuasa yang merujuk kepada kuasa yang diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengenepikan cita-cita sendiri untuk mengikut arah alam semesta. Legalisme pula menyatakan udang - undang dan hukuman berat merupakan satu cara untuk membawa kestabilan dan keamanan bagi negara penganutnya tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas kasihan .Akhirnya, Moisme merupakan konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
|
|
|
Post by nurasiya on Dec 17, 2014 15:03:46 GMT
Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun China dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua dua aspek tersebut dalam tamadun Islam. Pandangan semesta tamadun Cina – Keyakinan terhadap agama adalah berdasarkan fizikal -Aspek rohani kurang ditekankan -Setiap kepercayaan meletakkan pertimbangan moral dan akhlak pada kedudukan yang utama -Upacara dan penyembahan merupakan ciri utama orang cina -Setiap agama dan kepercayaan yang hendak diamalkan mesti memaparkan unsur kecinaan
Pandangan semesta tamadun Islam - Keyakinan terhadap agama adalah berdasarkan mental,fizikal,spiritual -Aspek rohani sangat ditekankan -meletakkan pertimbangan moral dan akhlak pada kedudukan yang kedua. Yang pertama berdasarkan syariah islamiyah -Beribadah merupakan ciri utama orang Islam Setiap agama dan kepercayaan yang hendak diamalkan mesti tidak bertentangan dengan syarak
Sistem nilai masyarakat cina - mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. - cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. - Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan. - Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka.
Sistem nilai masyarakat Islam -mementingkan aspek kepercayaaan berdasarkan wahyu -cenderung kepada konsep ketauhidan kepada Allah dan kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. -Konsep ketuhanan lebih diutamakan berbanding hal2 lain -Mestilah mengamalkan agama yang yang diwahyukan dan tidak bertentangan syarak.
Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfucianisme,maoisme,daoisme,legalisme. Analisiskan empat ajaran berkenaan dan perihalkan ajaran Islam berserta kaitkan pengaruh Islam kepada ajaran berkenaan . • Ajaran Confucianisme => diasaskan oleh Confucius Confucius dilahirkan di negeri Lu (Shantung) sekitar tahun 551 S.M. Beliau pernah memegang jawatan sbg pegawai kerajaan di negeri Lu. Beliau melepaskan jawatan tersebut & merantau utk menyebarkan ideanya kpd masyarakat China. • Ajaran ini secara umumnya menekankan prinsip moral yg tinggiseperti => Ren - kemanusiaan Li - kesusilaan Xiao - ketaatan kpd ibu bapa Seseorang perlu mendapatkan pendidikan utk memperoleh ketinggian moral. Semua lapisan masyarakat perlu ditegaskan dgn prinsip moral. Ajaran Maoisme -diterbitkan dari ajaran pemimpin China iaitu mendiang Mao Zedong (Wade-Giles: "Mao Tse-tung") -digunakan secara meluas sebagai ideologi panduan politik dan ketenteraan dalam Parti Komunis China (CPC) - Ajaran-ajaran asasnya merangkumi perjuangan revolusi majoriti besar. Pada zaman pasca-revolusi, Fahaman Mao Zedong ditakrifkan dalam perlembagaan CPC sebagai "Marxisme-Leninisme . - Fahaman ini menyediakan garis panduan teori serba lengkap terawal bagi CPC yang menyentuh cara-cara meneruskan revolusi sosialis, pembentukan masyarakat sosialis, pembinaan tentera sosialis, serta menekankan pelbagai percanggahan dalam masyarakat untuk diselesaikan melalui "pembinaan sosialis"
.Daoisme - agama yang didasari oleh Dao - didirikan oleh Laozi, Huangdi dan Zhang Daoling. -mempunyai konsep jalan yang merujuk kepada arah dan cara alam semesta -konsep kuasa yang merujuk kepada kuasa yang diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengenepikan cita-cita sendiri untuk mengikut arah alam semesta.
Legalisme - Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan keterbitan dalam masyarakat. - Aliran legalisme menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang. ¬- segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada negara, bukan individu.
Agama islam juga menekankan - prinsip moral yang tinggi - kepentingan pendidikan -Hubungan manusia dan alam -Menggunakan undang2 Allah dan Undang2 harus selari dengan syarak -Menekankan kepentingan dakwah dan toleransi
|
|
|
Post by noorsabrina on Dec 17, 2014 15:27:30 GMT
Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam Tamadun China : (i) Konsep Tian - Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. - Konsep Tian wujud sejak Zaman Dinasti Zhou. - Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme. (ii) Konsep Dao - Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong". -Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk. - Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semsta. (iii) Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing - Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad. - Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. - Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras. (iv) Keharmonian Tian dan Manusia - Konsep eprpaduan antara Tian dengan manusia (tian-ren heyi) terbentuk berdasarkan sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. - Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran. - Dong Zhongshu menunjukkan bahawa konsep ini berkaitkan dengan aliran pemikiran Tin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme. (v) Prinsip Zhongyong (The Golden Mean) - Moral asas bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. - Norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat. - Datong (The Grand Unity), utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. - Jalan Agung dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum. Perbezaan dalam tamadun Islam : Ajaran Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Konsep pandangan semesta Islam berkaitan dengan alam semesta secara keseluruhannya.Pandangan semesta Islam melibatkan perkaitan antara Allah,manusia dan alam.Pandangan ini juga berkaitan dengan tauhid iaitu melihat konsep alam semesta secara keseluruhan dari pandangan akidah Islam dan tauhid. Perbezaan ajaran-ajaran dalam tamadun China : #Konfucianisme -memberi penekanan terhadap aspek kemanusiaan -Merangkumi falsafah dan etika yang mengajar manusia cara tingkah laku yang baik. -Kepentingan akhlak mulia melalui penjagaan hubungan baik antara manusia di langit dan manusia di bumi. #Maoisme -Mementingkan aspek kasih sayang -Melarang segala bentuk keganasan,peperangan dan serangan. -Mengutamakan golongan cerdik pandai #Daoisme -Falsafah yang diasaskan oleh Lao Tzu -Merujuk kepada keseluruhan alam semesta -Melibatkan prinsip etika serta melaksanakannya dalam kehidupan seharian #Legalisme - Pemerintahan dengan menggunakan undang-undang ketat. - Tidak menitik beratkan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme. - Bagi menjamin kestabilan negara,penggunaan sistem atau cara pentadbiran yang berdasarkan undang-undang yang ditetapkan Pengaruh Islam kepada ajaran tersebut : Pengaruh Islam ialah setiap ajarannya hanya mementingkan nilai-nilai yang baik. Nilai-nilai tersebut digunakan dalam tamadun Islam.
|
|
|
Post by nur farah nadiah on Dec 17, 2014 15:38:49 GMT
Dalam masyarakat Cina, mereka mempunyai kepercayaan yang melibatkan alam semesta iaitu Tian. Tian pada umumnya merujuk kepada langit, tetapi bukan langit yang selalu kita lihat, ia lebih kepada satu ketinggian, iaitu syurga. Ia juga boleh dirujuk kepada dewa yang dipuja atau disembah oleh mereka. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Cina mempercayai tentang kewujudan syurga. Begitu juga masyarakat Islam yang mempercayai wujudnya syurga.
Konsep Di/Ti merujuk kepada bumi. Jika digabungkan Tian dan Di, maka lahirlah konsep alam fizikal. Dalam teori Yin dan Yang, Tian dirujuk kepada proses penciptaan makhluk dan akan bertindak untuk menjaga dan memeliharanya. Mereka juga percaya makhluk ini adalah satu ciptaan. Dalam Islam juga ada diceritakan tentang penciptaan makhluk oleh Allah SWT dan manusia diperintahkan untuk mentadbir dan memelihara alam ini.
Dao merujuk kepada jalan atau lorong. Jalan yang dimaksudkan ialah cara kelakuan atau tabiat sama ada baik atau buruk. Dalam Islam juga ada penyebut tentang jalan iaitu jalan menuju keredhaan Allah. Akhlak juga amat ditekankan dalam Islam.
Yin dan Yang merupakan satu konsep yang digunakan dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak perkara yang berlawanan seperti lelaki dan perempuan, siang dan malam, gelap dan terang. Perkara ini saling melengkapi dan memerlukan satu sama lain untuk mencapai keseimbangan.
Konfucianisme ialah hubungan yang menitikberatkan kejujuran dan kebaikan. Sekiranya keadaan ini tidak dipatuhi nescaya akan berlaku perpecahan dan huruhara dalam kalangan rakyat. Legalisme ialah ajaran yang mementingkan undang-undang sebagai satu-satunya cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat. Penganut legalisme tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas kasihan. Semua kepercayaan ini tidak lengkap untuk memenuhi kehidupan seseorang manusia. Berlaku percanggahan dalam kepercayaan yang diamalkan. Hanya Islam yang mempunyai cara hidup yang menyeluruh bagi setiap manusia.
|
|
|
Post by juliahashim on Dec 17, 2014 17:07:54 GMT
JULIA AMIRA BT HASHIM
PANDANGAN SEMESTA MASYARAKAT CHINA 1)Tian - Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. - Wujud sejak Zaman Dinasti Zhou. - Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme.
2)Dao - Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong". -Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk. - Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta.
3)Yin & Yang - Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. - Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras.
4)Zhong – Yong - Merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam semesta.
1)Konfucianisme -memberi penekanan terhadap aspek kemanusiaan -Merangkumi falsafah dan etika yang mengajar manusia cara tingkah laku yang baik. -Kepentingan akhlak mulia melalui penjagaan hubungan baik antara manusia di langit dan manusia di bumi. -mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka ada di dunia.
2)Maoisme -Mementingkan aspek kasih sayang -Melarang segala bentuk keganasan, peperangan, dan serangan. -Mengutamakan golongan cerdik pandai
3)Daoisme -Falsafah yang diasaskan oleh Lao Tzu -Merujuk kepada keseluruhan alam semesta. -Bertentangan dengan fahaman Konfucianisme -Melibatkan prinsip-prinsip etika serta melaksanakannya dalam kehidupan seharian dan dalam perjalanan pentadbiran kerajaan.
4)Legalisme - Pemerintahan dengan menggunakan undang-undang ketat. - Tidak menitik beratkan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme. - Perkataan Fa bermaksud peraturan dan undang-undang. - Bagi menjamin kestabilan negara, penggunaan sistem atau cara pentadbiran yang berdasarkan undang-undang yang ditetapkan - Menentang pengajaran Legalisme
|
|
king
New Member
Posts: 9
|
Post by king on Dec 18, 2014 14:29:21 GMT
Tien merujuk kepada langit ( heaven ) secara fizikal Menunjukkan Dewa tertinggi yang disamakan dengan langit.
Dikaitkan dengan pemerintah seluruh dunia.
mempunyai prinsip moral seperti cintakan keamanan, keadilan dan pemerintahan dan sebagainya.
2. Di @ Ti merujuk kepada bumi mempunyai Dewa yang memelihara di bumi
3. Dao @ Tao Merujuk kepada lorong atau jalan yang membabitkan cara kelakuan atau tabiat baik dan buruk
4. Konsep Yin & Yang perkara yang wujud di alam ini hasil interaksi antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin & Yang. 'yin' merujuk kepada perempuan, sejuk, pasif, gelap, basah, lembut, dan lain-lain manakala 'yang' merujuk kepada lelaki, panas, aktif, cerah, kering, dan lain-lain Membayangkan bahawa dunia ini adalah dunia dualisme. Iaitu segala fenomena mempunyai dua yang berbeza seperti besar dan kecil, kiri dan kanan, lelaki dan perempuan dan sebagainya
|
|
king
New Member
Posts: 9
|
Post by king on Dec 18, 2014 14:34:44 GMT
Sistem nilai Masyarakat cina -Konsep Wu Lan (Lima Hubungan) Lima hubungan asas manusia ialah: Hubungan antara suami dan isteri - Hubungan antara bapa dan anak - Kekeluargaan - Hubungan antara adik-beradik - Hubungan antara sahabat (masyarakat) - Hubungan antara pemerintah dan rakyat
KONSEP REN (Kemanusian) - Nilai kasih/ cinta kepada manusia - Naluri untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, rasa hormat kepada diri sendiri & memandang tinggi martabat manusia - Membezakan manusia dengan haiwan - Kata Konfusius; “Jangan melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka orang lain melakukan kepada anda”
Konsep Li (Tatasusila) - Merujuk kepada beberapa peraturan yang membezakan antara golongan mulia dan hina, kaya dan miskin - Merujuk kepada adat istiadat - Bermaksud berakhlak seperti rendah diri dan menghormati orang lain. Li berfungsi sebagai pengawal terhadap tindakan/tingkah laku manusia.
|
|
razni
New Member
Posts: 6
|
Post by razni on Dec 18, 2014 16:38:08 GMT
PANDANGAN SEMESTA
1 T’ien - Merujuk kepada langit (Heaven) secara fizikal. Menunjukkan Dewa tertinggi yang disamakan dengan langit.Dikaitkan dengan pemerintah seluruh dunia. Dirujuk kepada teori metafizik China.Dirujuk sebagai prinsip moral seperti cintakan keamanan, keadilan dan pemerintahan dan sebagainya.
2 Di @ Ti - Merujuk kepada bumI.Dewa yang memelihara di bumi.Digunakan sejak zaman Dinasti Shang sebagai Shang Di
3 Dao @ Tao - Merujuk kepada lorong atau jalan. Iaitu satu jalan atau cara kelakuan @ tabiat baik @ jahat. Menurut Konfisius : konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh individu, ia sejenis pentadbiran yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat.Menurut Daoisme : secara metafizik, iaitu punca utama kehidupan (Tuhan) & pencapaian ketahap penyatuan dengan Dao (to become one with Dao) merupakan pencapaian tertinggi dalam pembinaan diri seseorang. T’ien dan Di juga berasal dari Dao
4 Konsep Yin & Yang - Percaya perkara yang wujud di alam ini hasil interaksi antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin & Yang.Yin : perempuan, sejuk, pasif, gelap, basah, lembut, dll. Yang : lelaki, panas, aktif, cerah, kering, dll. Membayangkan bahawa dunia ini adalah dunia dualisme. Iaitu segala fenomena mempunyai dua yang berbeza seperti besar dan kecil, kiri dan kanan, lelaki dan perempuan dan sebagainya. Konsep ini dianjurkan oleh Daoisme
5 Konsep Zhung – Yong (The Golden Mean) - Merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam semesta.Tidak menyetujui kekerasan sebagai jalan penyelesaian. Konsep ini dianggap terbaik dan sesuai serta ideal dalam semua tindakan, keadaan dan masa.
6 Konsep datung @ Ta T’ung (The Grand Unity) Pencapaian yang paling sempurna iaitu tahap keharmonian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. Iaitu dunia boleh dikongsi oleh manusia sejagat secara adil.
SISTEM NILAI MASYARAKAT CINA
1 Konsep Wu Lan (Lima Hubungan) Lima hubungan asas manusia ialah: - Hubungan antara suami dan isteri - Hubungan antara bapa dan anak - Kekeluargaan - Hubungan antara adik-beradik - Hubungan antara sahabat (masyarakat) - Hubungan antara pemerintah dan rakyat
2 KONSEP REN (Kemanusian) - Nilai kasih/ cinta kepada manusia - Naluri untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, rasa hormat kepada diri sendiri & memandang tinggi martabat manusia - Membezakan manusia dengan haiwan - Kata Konfusius; “Jangan melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka orang lain melakukan kepada anda”
3 Konsep Li (Tatasusila) - Merujuk kepada beberapa peraturan yang membezakan antara golongan mulia dan hina, kaya dan miskin - Merujuk kepada adat istiadat - Bermaksud berakhlak seperti rendah diri dan menghormati orang lain. Li berfungsi sebagai pengawal terhadap tindakan/tingkah laku manusia.
4 Zhong Yong (Kesederhanaan) - Cara untuk pertahankan Li dan menjaga Ren - Maksud : Zhong = ‘tengah’ & Yong =‘biasa’ - Asas untuk menjadi manusia yang baik, membangunkan diri dan mengendalikan hubungan antara manusia
KONFIUSIANISME Diasaskan oleh Kong Fu Tze (nama sebenar Kung Chiu ) . Ajaran beliau ditulis dalam Analects atau Lun Yu. Kandungan ajaran; - Mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia. - Mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini. - Merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar manusia berakhlak mulia.
MAOISME -diterbitkan dari ajaran pemimpin China iaitu mendiang Mao Zedong (Wade-Giles: "Mao Tse-tung") -digunakan secara meluas sebagai ideologi panduan politik dan ketenteraan dalam Parti Komunis China (CPC) - Ajaran-ajaran asasnya merangkumi perjuangan revolusi majoriti besar. Pada zaman pasca-revolusi, Fahaman Mao Zedong ditakrifkan dalam perlembagaan CPC sebagai "Marxisme-Leninisme . - Fahaman ini menyediakan garis panduan teori serba lengkap terawal bagi CPC yang menyentuh cara-cara meneruskan revolusi sosialis, pembentukan masyarakat sosialis, pembinaan tentera sosialis, serta menekankan pelbagai percanggahan dalam masyarakat untuk diselesaikan melalui "pembinaan sosialis"
DAOISME - agama yang didasari oleh Dao - didirikan oleh Laozi, Huangdi dan Zhang Daoling. -mempunyai konsep jalan yang merujuk kepada arah dan cara alam semesta -konsep kuasa yang merujuk kepada kuasa yang diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengenepikan cita-cita sendiri untuk mengikut arah alam semesta.
LEGALISME - Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan keterbitan dalam masyarakat. - Aliran legalisme menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang. ¬- segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada negara, bukan individu.
|
|
|
Post by ahmad fathuddin on Dec 18, 2014 16:44:44 GMT
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN CHINA
1) Konsep Tian - Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina.
2) Konsep Dao - Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong". -Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk. - Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta.
3) Konsep yin dan yang - Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. - Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras.
4) Konsep Zhongyong - Moral asas bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. - Norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
NILAI MASYARAKAT TAMADUN CHINA
-Nilai kesederhanaan iaitu tidak bersikap keterlaluan dalam urusan -Nilai keadilan dalam membuat keputusan -Nilai kesepakatan yang mewujudkan kasih sayang
AJARAN DALAM TAMADUN CHINA
1)CONFIUSIANISME -memberi penekanan terhadap aspek kemanusiaan -Merangkumi falsafah dan etika yang mengajar manusia cara tingkah laku yang baik. -Kepentingan akhlak mulia melalui penjagaan hubungan baik antara manusia di langit dan manusia di bumi. -mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia. -kesederhanaan dalam tingkah laku
2) TAOISME -Taoisme menekankan pemahaman "Tao" atau hukum alam semesta untuk hidup dengan harmoni dengan unsur-unsur semula jadi di dalam dunia ini. -Taifah-taifah Taoisme telah mengembangkan beberapa seni silat khususnya untuk memperbaik kesihatan mereka. -Seni-seni silat seperti tai chi dan pelbagai qigong kini juga menjadi semakin popular dengan orang-orang Barat. -Pengamal-pengamal tai chi, qigong, dan seni-seni silat yang lain tidak menganggap diri sebagai penganut agama. -Sebenarnya taifah-taifah Taoisme pada zaman dahulu lebih merupakan persatuan seni silat, berbanding pertubuhan agama.
3)LEGALISME -menyatakan udang - undang dan hukuman berat merupakan satu cara untuk membawa kestabilan dan keamanan bagi negara -penganutnya tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas kasihan
4) MAOISME -konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). -Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
|
|
sarah
New Member
Posts: 6
|
Post by sarah on Dec 18, 2014 16:46:40 GMT
Nilai Semesta China Konsep Tian - Pemujaan nenek moyang dan Tian. - Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti Zhou. - Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme.
Konsep Dao - Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”. - Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk I. Menunjukkan satu jalan II. Cara kelakuan III. Tabiat ( Baik atau buruk ) - Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik. - Konsep Dao menurut Konfusius, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing - Kitab Yijing ( The Book of Changes ) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad. - Dwikuasa Yin Yang dihasilkan menerusi perubahan Taiji. - Yin Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah,lembut manakala Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dank eras.
Keharmonian Tian dan Manusia - Terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. - Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai tanda kemarahan Tian .
Prinsip Zhong Yong - Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. - Merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
2) Konfusianisme - Merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik. - Berasal daripada tulisan-tilisan klasik - Pengajaran utama menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia ( perikemanusiaan – ren, kesusilaan – li, ketaatan kepada ibu bapa – xiao )
Buddhisme China - Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha ( 563 SM – 483 SM ) di india dan kemudiannya disebarkan ke China pada kurun MAsihi yang pertama. - Selepas disebarkan ke China,agama ini menyerapkan ciri)ciri ecinaan sehingga dikenali sebagai Buddhisme China. - Asas pengajaran tetap kekal : penderitaan adalan berpuca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia.
Daoisme - Diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina : Lao Zi ( 604 SM ) dan Zhuang Zi ( 369 – 286 SM ). - Terbahagi kepada dua cabang utama : - I. Pemikiran falsafah Dao II. Aliran keagamaan Dao - Dao merupakan jalan yang mempunyai perngertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan.
Moisme - Diasaskan oleh Mo Zi ( 479 SM – 381 SM ). - Konsep penting termasuk :- I. Kasih sayang sejagat ( jian’ai) II. Menyerah kepada nasib ( feiming ) III. Mengecam sikap suka berperang ( feigong ) IV. Mengutamakan golongan cerdik pandai ( shangxian )
Legalisme - Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi. - Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. - Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang - Aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara China.
Islam - Dibawa masuk dan diperkenalkan ke Negara China melalui dua saluran jalan pada kira-kira kurun ke-8 :- I. Melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China. II. Melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan. - Kesan pengaruh Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui reka bentuk beribu-ribu masjid, dewan membaca Al-Quran dan tanah-tanah perkuburan di seluruh Negara China.
|
|
reimu
New Member
Posts: 6
|
Post by reimu on Dec 18, 2014 20:11:51 GMT
Pandangan semester dan nilai: kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman atau alam semula jadi Tien Dikaitkan dengan pemerintah seluruh dunia. mempunyai prinsip moral seperti cintakan keamanan, keadilan dan pemerintahan dan sebagainya. 2. Di @ Ti merujuk kepada bumi mempunyai Dewa yang memelihara di bumi 3. Dao @ Tao Merujuk kepada lorong atau jalan yang membabitkan cara kelakuan atau tabiat baik dan buruk 4. Konsep Yin & Yang yin' merujuk kepada perempuan, sejuk, pasif, gelap, basah, lembut, dan lain-lain manakala 'yang' merujuk kepada lelaki, panas, aktif, cerah, kering, dan lain-lain terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia 4 jenis sifat yang baik iaitu: i. Perikemanusiaan(ren) ii. kewaj aran(yi) iii. kesusilaan(Ii) iv. kearifan(zhi) Ajaran konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulun iaitu: i. Raja dengan menter ii. Ayah dengan anak iii. Suami dengan Isteri iv. Abang dengan adik v. Kawan dengan kawan
Perbezaan pandangan masyarakat tamadun Islam tentang kedua-dua aspek tersebut:
Ajaran Islam adalah berteraskan al-quran dan as-sunnah. Konsep Pandangan Semesta ialah satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan, terutama dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu. Pandangan semesta Islam pula melihat konsep alam semesta secara keseluruhan dari pandangan akidah Islam iaitu tauhid. Pandangan Semesta Islam melibatkan perkaitan antara Allah, manusia dan alam. Tuhan dalam Islam ialah Allah. Tuhan dianggap sebagai Pencipta kepada semua makhluk. Kewujudan Tuhan dalam Islam adalah pasti dan semua benda yang wujud tidak boleh ada dengan sendiri melainkan adanya Pencipta iaitu Allah.
1)Konfucianisme -memberi penekanan terhadap aspek kemanusiaan -Merangkumi falsafah dan etika yang mengajar manusia cara tingkah laku yang baik. -Kepentingan akhlak mulia melalui penjagaan hubungan baik antara manusia di langit dan manusia di bumi. -mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka ada di dunia.
2)Maoisme -Mementingkan aspek kasih sayang -Melarang segala bentuk keganasan, peperangan, dan serangan. -Mengutamakan golongan cerdik pandai
3)Daoisme -Falsafah yang diasaskan oleh Lao Tzu -Merujuk kepada keseluruhan alam semesta. -Bertentangan dengan fahaman Konfucianisme -Melibatkan prinsip-prinsip etika serta melaksanakannya dalam kehidupan seharian dan dalam perjalanan pentadbiran kerajaan.
4)Legalisme - Pemerintahan dengan menggunakan undang-undang ketat. - Tidak menitik beratkan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme. - Perkataan Fa bermaksud peraturan dan undang-undang. - Bagi menjamin kestabilan negara, penggunaan sistem atau cara pentadbiran yang berdasarkan undang-undang yang ditetapkan - Menentang pengajaran Legalisme
|
|
|
Post by hafizuddinsaif on Dec 18, 2014 20:40:11 GMT
Bicara Tamadun:
Pandangan Semesta Tamadun China Satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan.
·Konsep Tian Ø Pemujaan nenek moyang dan Tian. Ø Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti Zhou. Ø Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme.
·Konsep Dao Ø Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”. Ø Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk I. Menunjukkan satu jalan II. Cara kelakuan III. Tabiat ( Baik atau buruk ) Ø Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik. Ø Konsep Dao menurut Konfusiud, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
·Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing Ø Kitab Yijing ( The Book of Changes ) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad. Ø Dwikuasa Yin Yang dihasilkan menerusi perubahan Taiji. Ø Yin Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Ø Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah,lembut manakala Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dank eras.
·Keharmonian Tian dan Manusia Ø Terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. Ø Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai tanda kemarahan Tian
·Prinsip Zhong Yong Ø Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Ø Merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
Sistem Nilai Masyarakat
Terdapat konsensus tamadun Cina berorientasikan humanisme iaitu manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Banyak sifat khas tamadun Cina dan nilai-nilai berikut adalah hasil daripada humanisme antaranya: Moral sebagai ideologi. Hubungan manusia dengan alam semesta. Mementingkan institusi keluarga. Pendidikan diberi keutamaan. Keharmonian merupakan nilai utama. Masyarakat dan negara harus diperintah secara beretika.
Bermakna akhlak memain peranan penting: Kerajaan dan politik. Pegawai yang berkhidmat.
Sistem etika Konfusianisme berasaskan kepada kekeluargaan: Negara merupakan lanjutan daripada keluarga. Hubungan luar keluarga dianggap selaras dengan hubungan dalam keluarga. Berpegang kuat pada humanisme dan moralisme, pendidikan diberi penghargaan yang tinggi: Mendapat perhatian yang lebih oleh keluarga. Golongan pendidik disanjung tinggi. Saluran mobiliti sosial dalam masyarakat tradisional.
Konfusianisme -Nama sebenar pengasas = Kung Chiu. -Asas Konfusianisme berasal daripada tulisan2 klasik yg diterbitkan atas nama Konfusius. -Ajaran konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yg mulia – ren (kemanusiaan), li (kesusilaan), xiao (taat kpd ibubapa) -Moral yang baik mampu membentuk pemerintah yang baik.
Maoisme -Diasaskan oleh Mo Zi. Konsep pemikiran – aspek kasih sayang sejagat, mengecam sikap suka berperang dan menyerah kepada nasib dan mengutamakan golongan cerdik pandai. -Beliau menyatakan,: setiap orang harus mencintai semua orang spt mencintai diri sendiri dan menekankan persamaan kerana ianya boleh mengelak jenayah. Kerajaan harus dipimpin oleh org yg berkebolehan dan baik -Melarang hidup mewah tetapi sederhana. -Elakkan pembaziran spt adat pengkebumian secara besar-besaran. -Melarang muzik kerana melalaikan. Negara akan binasa jika raja lalai dgn muzik
Daoisme -Diasaskan oleh 2 org pemikir agung Cina – Lao Zi & Zhuang Zi -Lao Zi beranggapan dunia manusia adalah buruk dan menyeru ke arah keadaan semula jadi. Menekankan pembinaan perwatakan manusia. Menurutnya, kecurian, rompakan, peperangan adalah usaha manusia mengejar benda yg tidak dpt diperolehi dgn cara baik. -Dunia akan aman dan tidak memerlukan undang2 jika manusia tidak mengejar dunia dan menahan nafsu. -Baginya, kerajaan yang baik ialah kerajaan memerintah dgn kurang.
Legalisme (Fa Jai) -Diasaskan oleh Xun Zi. Beliau menyatakan manusia asasnya bersifat jahat dan perlu melihat diri sendiri. Ini berbeza dgn Konfusius di mana manusia asasnya baik. -Undang2 keras dan hukuman berat adalah cara utk membawa keamanan bg negara dan mengajar manusia ke arah sikap baik. -Antara falsafah legalis: 1. Menentang dunia feudal 2. Golongan bangsawan perlu diganti dgn hirarki tentera -Muzik, sejarah dan falsafah dianggap racun rosakkan masyarakat -Pertanian dan peperangan dipuji sbg asas kuasa negara.
Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan beberapa ciri-ciri yang menonjol. Misalnya, demi membolehkan orang Cina memahami dan menerima agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama. Pada masa itu dan sehingga kini, agama Islam diterima dengan baik di negara China.
|
|