|
Post by Admin on Dec 4, 2015 5:01:00 GMT
Assalamualaikum wrt.wbt.
Pelajar-pelajar budiman, sila tulis refleksi atau pandangan peribadi terhadap apa yang anda fahami dan pelajari:
a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3 b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi c) Pengalaman pembelajaran di atas talian
Sila tuliskan nama, no kad pelajar untuk tujuan rekod penglibatan anda Sekian terima kasih.
|
|
lina
New Member
Posts: 4
|
Post by lina on Dec 9, 2015 1:17:12 GMT
NOR LINA BINTI ISMAIL 2015418772
a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3
chapter 1
Refleksi 1
Perjumpaan pertama, saya dapat belajar hakikat sebenar penciptaan manusia, iaitu mengtauhidkan Allah SWT dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Saya berjanji untuk sentiasa mengtauhidkan Allah SWT, mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT dan menjadi seorang khalifah di muka bumi ini. Saya juga tahu bahawa roh itu sebenarnya taat dan suci. Saya tahu perjanjian antara roh-roh dan Allah SWT. Saya juga tahu bahawa Allah SWT wujud di mana wujudnya benda dari segi sifat. Di masa hadapan, saya akan cuba melihat Allah SWT dari segi sifatnya pada semua benda tak kira manusia, binatang, pokok, benda-benda konkrit dan sebagainya.
Refleksi 2
Perjumpaan kedua, saya belajar tentang tamadun-tamadun awal. Saya tahu bahawa setiap tamadun awal itu mesti mempunyai pemerintah dan bentuk pemerintahan yang tersendiri. Semasa tamadun awal, golongan kedua tertinggi ialah golongan agama. Mereka sangat mementingkan golongan agama supaya tamadun yang dibina itu mulia. Tetapi, tamadun sekarang tidak mementingkan golongan agama. Golongan ini hanya diperlukan dalam beberapa tempat sahaja kerana kurangnya kesedaran ketuhanan pada masyarakat sekarang. Lokasi tamadun- tamadun awal selalunya di kawasan yang strategik misalnya sungai. Di sini, saya dapat belajar bahawa manusia sangat bergantung pada alam. Allah SWT telah menundukkan alam kepada manusia. Tetapi, tamadun sekarang sudah tidak kisah tentang alam. Mereka menjadikan alam sebagai hamba, iaitu pembakaran terbuka, penebangan hutan sesuka hati, pembuangan sisa toksik ke dalam sungai dan lain-lain. Saya sedar tentang kebergantungan manusia dengan alam. Oleh itu, saya akan cuba untuk lebih mementingkan alam sekitar dengan cara kitar semula, menjimatkan penggunaan kertas, tidak membuang sampah merata-rata, menanam lebih banyak pokok dan sebagainya.
chapter2 saya dapat belajar tentang faktor kejayaan untuk dipraktikkan dalam hidup dan faktor kemerosotan tamadun islam untuk diambil iktibar dan cuba dijauhi. Bagi saya, faktor kejayaan yang paling penting ialah mempelajari ilmu tauhid kerana ilmu tauhid adalah asas untuk semua perkara. Ilmu ini dapat menghubungkan saya dengan Allah SWT, dapat kenal Allah SWT dengan lebih mendalam, boleh mengetahui kekuasaan Allah SWT dan membolehkan saya tahu perkara hakikat. Saya ingin mempelajari ilmu tauhid supaya saya dapat kenal Allah SWT dan sangat yakin dengan Allah SWT. Saya harap kebergangtungan saya pada Allah SWT lebih mantap dan saya sentiasa jadikan Allah SWT pilihan nombor satu saya. Saya akan letak akhirat di hati dan dunia di tangan. Saya berjanji untuk sentiasa mencari kekuasaan Allah SWT dalam setiap ilmu yang saya pelajari kerana saya yakin sekiranya saya belajar lebih dalam sesuatu ilmu, diakhirnya saya akan bertemu satu titik, iaitu titik kebesaran Allah SWT. Inshaallah.
dari tajuk sumbangan tamadun islam kepada peradababan dunia, saya katakan pada diri saya, "aku kena jadi kaya, jadi nombor 1 dalam bidang aku dan kuasai banyak ilmu" supaya saya dapat sumbangkan semua itu untuk bantu masyakat dan bantu kebangkitan umat islam. saya juga yakin yang umat islam akan bangkit semula sekiranya kita contohi para ilmuan islam misalnya ibnu sina yang menguasai banyak ilmu. saya akan contohi sikap mereka dalam menuntut ilmu, melihat cara bagaimana mereka dapat menguasai banyak ilmu dan pelbagai bahasa. saya juga ingin menguasai banyak bahasatapi, tetap memartabatkan bahasa melayu kerana buku-buku ilmu islam banyak tersebar tapi dalam bahsa arab. maka, ilmu terjemahan ni perlu supaya lebih banyak orang faham dan guna ilmu tersebut. saya juga ingin sentiasa beradab dengan para sahabat dengan cara bersangka baik dan tidak teriku-ikut dengan tulisan negatif pasal para sahabat.
chapter 3 dari bab tamadun melayu ini saya belajar bahawa betapa kita patut bersyukur dengan kedatangan islam ke tamadun melayu. saya tidak dapat bayangkan sekiranya saya tidak dilahirkan dalam islam, dapat atau tidak saya tahu bahawa agama islam inilah agama yang benar dan rasa nikmat ketenangan yang dirasai oleh umat islam. saya sangat bersyukur. alhamdulillah. Nilai kedua, kita seharusnya bangga dengan apa yang tamadun melayu miliki sama ada kesenian khat, seni ukir, sastera dan bahasa. kita boleh lihat pada seni kaligrafi yang terdapat pada mimbar dan dinding-dinding masjid. seterusnya, kita mestilah mengamalkan nilai-nilai orang melayu bukan nya terpengaruh dengan barat dari segi pemakaian, percakapan, pergaulan dan lain-lain.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi ialah ikhlas, benar dan adil dalam membuat dan membahagi tugasan. seterusnya amanah, berdedikasi dan teliti dengan semua tugasan yang diberikan. selain itu, nilai kasih sayang sesama ahli kumpulan, sabar, pemaaf, bersopan santun, bersikap positif, bermanis muka dan menghormati orang lain juga dapat saya perolehi ketika menjalankan tugasan-tugasan. Kami juga sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong ketika melakukan kerja berkumpulan. c) Pengalaman pembelajaran di atas talian
Ini merupakan pengalaman pertama saya melakukan pembelajaran di atas talian seperti ini. Pada mulanya, saya rasa agak sukar kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan tetapi setelah diberi penjelasan oleh ustazah, saya faham dan dapat menyelesaiakannya.Banyak ilmu saya dapat dari sini yang tidak saya perolehi semasa didalam kelas. saya juga gembira kerana dapat tahu pendapat dan pandangan sahabat lain yang boleh saya ambil sebagai pengajaran dalam hidup saya. saya juga rasa sekarang saya lebih mengenali tamadun china dan tamadun india.
|
|
|
Post by nurulhana on Dec 16, 2015 9:29:49 GMT
Nurulhana binti Ibrahim 2015664174
a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3
Untuk Chapter 1 iaitu Pengenalan Ilmu Ketamadunan, salah satu faktor sesebuah tamadun itu merosot adalah kerana keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan pemimpin. Oleh itu, ilmu tauhid ini harus disemai dalam seseorang pemimpin itu kerana ilmu tauhid ini umpama akar sesebuah pohon. Sekiranya akarnya teguh pohon itu akan berbuah pada setiap musim dengan izin Allah. Jadi berbalik dengan sekiranya pemimpin mengamalkan ilmu tauhid dalam pentadbirannya, undang-undang Islam dalam sesebuah pentadbiran itu dapat diamalkan dan dimantapkan lagi serta kes-kes seperti penyelewengan dan gejala rasuah dapat dielakkan.
Untuk Chapter 2 pula iaitu Tamadun Islam, salah satu prinsip tamadun Islam ialah keimanan dan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. Oleh itu, ilmu ketauhidan kepada Allah SWT ada pada setiap umat Islam. Kenapa manusia kena kenal diri mereka dann tahu tujuan mengapa mereka dijadikan? Surah Al-Dzariyat Ayat 56 : " Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku. " Jadi dalam ayat Al Quran ini mengatakan bahawa tujuan utama kita dijadikan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT mentauhidkan Allah Taala. Selain itu, peranan kita untuk menjadi khalifah di muka bumi ini iaitu untuk memakmurkan alam dunia.
Untuk Chapter 3, Tamadun Melayu : Teras Tamadun Malaysia, kita sepatutnya bersyukur kerana Agama Islam sampai di Malaysia dan dilahirkan dalam Islam, kerana tak perlu khuatir untuk pilih agama yang patut dianuti sebab sememangnya Agama Islam itu agama yang diredai oleh Allah SWT seperti dalam Surah Al Imran ayat 19, " Sesungguhnyaagama (yang diredai)di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang yang telah diberi al-Kitab kecuali setelah datang pengetahuan kepada merekakerana kedengkian(yang ada) antara mereka. Barang siapayang kufur terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat cepat perhitunganNya"
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperoleh dalam tugasan yang diberi:
1) Nilai Keilmuan - Apa yang dapat dipelajari, konsep untuk memperoleh ilmu dari segi agama Islam iaitu konsep tauhid.
2) Nilai akhlak - Akhlak Islam bersifat syumul. Akhlak syumul dapat dilihat dari segi perintah amar makruf nahi mungkar, merangkumi dunia nyata dan dunia ghaib dan sebagainya.
3) Nilai Alam sekitar - Alam merupakan milik Allah SWT. Jadi kita yang menumpang di muka bumi ini patut melibatkan diri dalam aspek penjagaan alam sekitar ini.
c) Pengalaman pembelajaran atas talian
Pada pendapat saya, pembelajaran atas talian ini sangat membantu dari segi masa. Hal ini kerana, pelajar dapat mengakses atau menghadirkan dalam kelas atas talian ini pada bila-bila masa sama ada siang mahupun malam. Selain itu, dapat memaksimumkan penggunaan Teknologi dan Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memandangkan sekarang kita berada dalam era teknologi maklumat(IT).
|
|
|
Post by ustazah mahfuzah on Dec 16, 2015 12:14:16 GMT
NURUL HASANAH BINTI ZAINUL ARIFFIN (2015418714)
-PEMBELAJARAN TITAS CHAPTER 1-3-
Bab1:
kuliah kedua saya merupakan presentation tamadun awal. kumpulan ini membentangkan tamadun hwang ho. mereka menceritakan tentang pembuatan powder yang tidak disengajakan. dan pembuatan powder tu diguna pakai sehingga hari ni. Pada pandangan saya, ilham membuat powder itu datang dari Allah kerana tiada perkara yang berlaku secara kebetulan. oleh sebab itu, saya mengharapkan agar Allah mengilhamkan saya dari segi ilmu yang tak disangka-sangka. amiin
Bab2:
Bab ini sangat menarik kerana kuliah ni menceritakan ttg tamadun islam. Apakah yang menyebabkan sesuatu tamadun itu bangkit dan jatuh. pokok pangkalnya soalan itu akan balik semula kepada pemimpin pada zaman itu bagaimana mereka menguruskan sistem pentadbiran negara.. saya amat tertarik dengan sistem pemerintahan yang dikendalikan oleh sultan muhammad Al fatih.. beliau dilantik menjadi sultan pada umur 19 tahun iaitu sebaya dengan saya sekarang (2015) dan berjaya menawan kota constantinople pada umur 22 tahun.. bagi sesiapa yang mengetahui kisah al fateh pasti akan sangat termotivasi menonton presentation ini.. nabi muhammad saw pernah bersabda bahawa orang yang menawan kota constantinople ini merupakan sebaik2 raja, dan sebaik2 tentera.. skarang saya merefleksi diri saya dengan sultan Al-fatteh. umpama langit dan bumi atau mungkin lebih tinggi lagi kedudukan sultan al fatih di sisi Allah jika nak dibandingkan dengan diri sayai. Sehinggakan nabi muhammad saw sendiri memuji beliau.. dan seperti yang kita tahu hadis juga merupakan ilham atau wahyu allah kepada utusannya.. hal ini bermakna ALLAH MEMUJI AL FATEH.. oleh sebab itu, kita mestilah mencontohi kewarakan serta tawadhuknya sultan Al fatih.. teringat saya ucapan imam malik rahimahullah "aku akan tetap mencintai orang soleh walaupun aku bukan dikalangan mereka, dan aku akan tetap membenci maksiat walaupun aku ni ahli maksiat" kesimpulannya kita mesti mencintai hamba2 Allah yang soleh.
Bab3:
dalam bab ini, kami belajar tentang asal usul Melayu. Kami juga mengetahui bangsa yang sangat mengkaji bangsa melayu iaitu bangsa Yahudi dan Barat. Selain itu, saya juga melihat semangat cintakan Allah Taala yang tertanam di dalam jiwa kalangan pendakwah yang berdakwah ke tanah melayu sehingga Malaysia menjadi sebuah negara Islam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka sehingga hari kebangkitan.
-NILAI-NILAI KETAMADUNAN-
1. PATRIOTIK: Rakyat dan pemimpin bersatu untuk membangunkan negara serta meluaskan tanah jajahan
2. KETUHANAN: pemerintah merupakan individu yang paling kuat pegangan agamanya
3. KEILMUAN: apabila sesebuah tamadun berada di era kegemilangannya, ilmu berkembang sangat pesat baik ilmu dunia mahupun akhirat. Ramai cendekiawan lahir pada zaman kegemilangan.
PENGALAMAN BELAJAR DALAM TALIAN
Pada pandangan saya, elok sangat jika dimanfaatkan teknologi IT untuk aktiviti pembelajaran kerana kami boleh membanding dan membaca jawapan rakan-rakan yang lain sekali gus membuahkan idea baru.
|
|
|
Post by sarah96 on Dec 17, 2015 16:03:08 GMT
SITI SARAH BINTI FAHMY HAZIM 2015428954
a)Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3
CHAPTER 1 Refleksi saya berdasarkan bab ini ialah dapat menambah ilmu dan kefahaman mengenai sifat-sifat Allah dan tamadun Islam. Asas tamadun Islam seperti ilmu (tauhid), aqidah, syariat dan akhlak perlu ditekankan sebagai umat Islam dalam kehidupan seharian. Ilmu Tauhid merupakan ilmu yang sangat penting sebagai seorang hamba untuk mengenal Pencipta-Nya. Ilmu yang diperolehi ini secara tidak langsung dapat mendekatkan diri dengan Allah seterusnya menjadi hamba yang soleh. CHAPTER 2 Refleksi saya berdasarkan tajuk Tamadun Islam dalam Kelahiran & Perkembangan Tamadun Islam ialah pentingnya Ilmu. Ilmu sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Ilmu yang dimiliki umat Islam pada zaman tamadun Islam dahulu dan kegiatan ilmuan yang luas telah membantu Islam mencapai zaman kegemilangan. Pada zaman tamadun Islam, para khalifah amat menghormati para ilmuan dan membantu kegiatan keilmuan mereka. Khalifah Harun al-Rasyid dan al-Makmum di Baghdad (Kerajaan Bani Abbasiyyah) merupakan pemerintah yang amat cinta akan ilmu pengetahuan dan banyak menyumbang kepada perkembangan tamadun Islam. Oleh itu, kita sebagai umat Islam pada hari ini perlu mencontohi tamadun Islam, kita perlulah mempelajari pelbagai ilmu sebaik mungkin untuk membantu Islam untuk terus membangun. Dalam tajuk sumbangan Tamadun Islam kepada peradaban dunia, refleksi saya ialah kita perlu belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga kita dapat menguasai ilmu atau bidang yang kita pelajari. Hal ini kerana dengan ilmu yang ada kita dapat membangunkan Islam sehingga menguasai dunia kembali seperti mana zaman kegemilangan Islam yang pernah dikecapi pada suatu masa dahulu. Kita juga perlu mengejar kekayaan, tetapi kekayaan yang kita kejar bukanlah untuk kepentingan diri sendiri, ianya untuk membantu umat Islam dan orang-orang yang memerlukan.
CHAPTER 3 Refleksi saya berdasarkan bab Tamadun Melayu ialah kita perlu bersyukur dengan nikmat Islam yang kita peroleh. Kita perlulah menggunakan nikmat Islam ini sebaik-baik mungkin dalam menjalani kehidupan harian baik untuk diri, masyarakat dan negara. Kedatangan Islam memberi sinar kepada masyarakat Melayu dalam mencorakkan tamadun ke arah kesempurnaan berdasarkan panduan wahyu Ilahi, di samping tidak mengetepikan peranan akal manusia. Oleh itu, kita perlu bersyukur dengan kedatangan Islam di Tanah Melayu dengan izin Allah. Kita mungkin akan menganut agama selain Islam jika Islam tidak datang ke Tanah Melayu.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi 1)Nilai ketaatan Nilai ketaatan dipamerkan dalam setiap tamadun apabila rakyat memberi taat setia kepada pemerintah.
2)Nilai keimanan Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam. Ia melibatkan banyak perkara yang menjadi asas pegangan hidup, pemikiran atau falsafah kepada kehidupan manusia di dunia ini.
3)Nilai Keilmuan Tamadun manusia berkaiatan dengan ilmu. Mereka yang menghargai dan menguasai ilmu akan berupaya membina tamadun yang tinggi.
c) Pengalaman pembelajaran di atas talian Pada pendapat saya, pembelajaran atas talian ini sangat membantu. Ia membantu pelajar menggunakan Teknologi dan Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam era teknologi maklumat(IT) yang semakin berkembang.
|
|
|
Post by sarah02 on Dec 19, 2015 14:48:00 GMT
SARAH AMIRAH BINTI ADNAN 2015428556 A)Bab 1 –Pengenalan Ilmu Ketamadunan Dalam bab ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang unsur-unsur pembentukan sesebuah tamadun. Bagi memastikan kecemerlangan tamadun, kita perlulah dibekalkan dengan ajaran dan didikan agama terlebih dahulu. Dengan ini, kecemerlangan tamadun dapat dijamin kerana kerohanian setiap ahli masyarakat terpelihara. Justeru, saya berazam untuk mengumpul dan mencari sebanyak mungkin ilmu agama agar dapat membentuk keperibadian diri yang lebih mulia. Selain itu, kcemerlangan tamadun tercapai apabila mempunyai sistem ekonomi yang kukuh. Juteeru, kita sebagai ahli masyarakat haruslah bekerjasama bagi membentuk sisitem ekonomi yang kukuh sehingga dikagumi oleh kuasa luar. Unsur- unsur negatif seperti riba dan penipuan haruslah dijauhi agar kepentingan pengguna terjaga dengan sebaiknya. Di samping itu, politik yang kukuh turut termasuk dalam kecemerlangan tamadun. Justeru, saya berazam untuk memlih pemimpin yang bijak agar kesejahteraan tamadun terpelihara dan dapat dibangunkan lagi apabla berlakunya interaksi antara tamadun. Namun, pada masa yang sama , kita hendaklah membekalkan diri dengan ilmu yang cukup agar dapat menapis anasir-anasir luar yang boleh merebak sehingga menyebabkan huru-hara dalam masyarakat. Bab 2-Tamadun Islam Dalam bab ini, saya dapat menyedari bahawa tamadun Islam merupakan tamadun yang terbaik untuk dipraktikkan. Hal ini adalah kerana prinsipnya yang jelas dan tidak tersembunyi yang terdiri daripada keimanan dan pengabdian diri kepada Allah, benar dan amanah serta adil dan saksama. Justeru, saya berazam utuk mempersiapkan diri untuk menyempurnakan tugas sebagai khalifah di muka bumi dengan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan amar makruf, nahi mungkar (mengajak ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran). Selain itu, syariat Islam telah menggariskan lima prinsip utama dikenali sebagai maqasid al-syari’ah yang msti dihormati dan dipelihara oleh setiap Muslim dalam membangunkan tamadun Islam. Justeru, saya berazam untuk bersama-sama umat lain untuk tidak sesekali memandang ringan akan hal ini dalam memelihara agama, menjaga nyawa, memelihara kewarasan akal, menjaga maruah dan keturunan manusia serta melindungi harta benda manusia. Selain itu, kuasa-kuasa Barat memusuhi Islam kerana menganggapnya sebagai suatu ancaman. Sedangkan pada hakikatnya, Islam tidak pernah memusuhi mana-mana peeradaban. Justeru, kita sebagai umat Islam hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu fardhu ain bagi menepis kenyataan berkenaan dan bangkit dengan kemajuan kita sendiri bagi mengubah persepsi mereka terhadap tamadun Islam. Bab 3-Tamadun Melayu Dalam bab ini, saya dapat menyedari bahawa bangsa Melayu berasal dar berbagai-bagai tempat misalnya pergunungan Himalaya yang dikenali sebagai kumpulan Melayu Proto dan Kemboja yang dikenali sebagai kumpulan Melayu Deutro. Saya kagum dengan kemahiran orang-orang Melayu terdahulu yang mahir membina bahtera dan meredah lautan serta menduduki sebanyak 60 peratus muka bumi sejak beribu tahun yang terdahulu. Selain itu, tamadun Melayu sering dikaitkan dengan teori kedatangan Islam dari pelbagai tempat seperti India, Cina dan Arab. Namun, saya percaya dan yakin sepenuhnya bahawa kedatangan Islam yang sebenarnya datang dari Tanah Arab. Bukti yang jelas adalah melalui pengaruh Asia Barat dalam tulisan Jawi, yang mana tulisan Jawi adalah menggunakan huruf-huruf yang sama dengan huruf Arab. Tambahan pula, cara tata bacaan al-Quran sama dengan tata bacaan di Asia Barat atau Timur Tengah, tidak mirip padabacaan ala penganut Islam di India mahupun China. Justeru, ini membuktikan agama Islam yang diamalkan di Mlaaysia adalah asli dan tidak bercampur aduk seperti yang dikemukakan sarjana Barat. B)Nilai ketamadunan yang telah dapat saya kaji sepanjang pembelajaran ini adalah kesungguhan. Kesungguhan yang dapat saya lihat dengan jelas dalam para pemimpin setiap tamadun apabila mengembangkan tamadun seperti mengadakan sistem ekonomi yang mantap, menyediakan pendidikan secukupnya kepada rakyat di samping mengadakan interaksi sesama tamadun agar tamadun dapat berkembang dengan pesat. Selain itu, nilai ketuhanan turut jelas terpampang dalam setiap tamadun. Setiap tamadun amat menitikberatkan kepentingan beragama dalam membentuk tamadun. Hal ini adalah kerana apabila beragama, maka keharmonian dan kesejahteraan tamadun dapat dijamin disebabkan tahap kerohanian terpelihara. Akhir sekali, nilai mementingkan ilmu pengetahuan. Setiap tamadun hanya akan maju apabila mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam membangunkan tamadun di samping dapat mengatasi pengaruh-pengaruh luar. C)Pada pendapat saya, pembelajaran dalam talian amatlah digalakkan. Hal ini adalah kerana saya sebagai pelajar boleh mengulang kaji mana-mana topik yang saya ingin ketengahkan dengan lebih mendalam melalui talian. Berbanding tanpa talian, hal ini menjadi lebih sukar kerana saya harus rujuk sendiri topik tersebut melalui buku-buku rujukan yang biasanya mengambil masa yang lama. Selain itu, jika saya mempunyai sebarang permasalahan, saya boleh berhubung terus dengan pensyarah yang berkenaan melalui talian. Hal ini menjimatkan masa kerana jika saya tidak berkesempatan untuk berjumpa pensyarah, saya boleh merujuk kepadanya dalam talian. Akhir sekali, video-video mengenai topik berkaitan dalam talian adalah menarik dan membangkitkan semangat untuk belajar.
|
|
|
Post by sarah02 on Dec 19, 2015 14:49:17 GMT
Siti Syahirah bt Husin 2015663856 Refleksi diri a)Bab 1 Dalam bab ni saya dapat lihat pelbagai pendapat mengenai tamadun. Disini saya dapat lihat setiap orang mempunyai pendapat mereka mengenai tamadun. Sebagai manusia, saya mestilah faham maksud tamadun kerana untuk membentuk sebuah tamadun yg diingati dan gemilang untuk masa depan. Hubungan tamadun dengan agama, budaya dan bangsa dapat saya lihat dapat lihat pada masa sekarang kerana setiap tamadun mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk membezakannya. Setiap tamadun sangat mempengaruhi kehidupan seharian kita seperti tamadun islam sangat mementingkan ajaran islam diterapkan dalam setiap insan. Interaksi anatara tamadun juga sangat penting supaya masyarakat dapat memupuk semangat toleransi yang tinggi dan sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun. Sikap demikian menyebabkan bercamabahnya ilmu dan budaya serta mengelak daripada berlaku kemerosotan sesebuah tamadun. Oleh itu, saya merasakan hidup bertamadun sangat penting untuk mengelak perkara buruk terjadi. Bab 2 Bab 2 iaitu tamadun islam banyak mengajar saya setiap perkara mestilah mengutamakan Allah SWT. setiap kegemilangan yang dicapai oleh kerajaan Islam kerana tinggi nilai keagamaan dalam diri. Sesungguhnya agama Islam adalah agama yang menerapkan ilmu dunia dan akhirat. Pemimpin dalam tamadun Islam yang menjadikan tamadun ini yang gemilang kerana mereka mengutamakan ilmu akhirat kemudian ilmu dunia. Sebab kenapa berlakunya kemerosotan kerajaan islam kerana berlakunya kurangnya menerapkan ajaran islam dalam diri. Contohnya keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah disebabkan terdapat raja-raja di Negara Islam yang belot dengan menyebelahi pihak musuh untuk menentang khalifah Uthmaniyyah. Kesimpulannya ,saya mestilah mengamalkan nilai-nilai dalam agama Islam untuk menghadapi cabaran hidup pada masa sekrang yang penuh pancaroba dan tidak keadilan ini. Bab 3 Dalam bab ini saya dapat mengetahui asal usul tamadun Melayu. Pelbagai informasi dan bukti yang saya dapat melalui pembejaran tamadun Melayu seperti teori kedatangan Islam dan penemuan artifak seperti batu bersurat yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu. Kepesatan ekonomi tamadun ini sangat mengagumkan saya kerana walaupun tamadun Melayu awal belum mengamalakn sistem perindustrian secara besar-besaran namun pelabuhan-pelabuhan Alam Melayu berjaya menjadi pusat import-eksport yang maju di rantau asia. Pendidikan tamadun ini sangat menekankan ajaran Islam kerana kewujudan institusi, kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam, kemunculan golongan intelektual dan lain-lain. Disini saya mendapati ajaran Islam juga ditekankan untuk mencapai kegemilangan sesebuah tamadun. Oleh itu ,sebagai orang Melayu kita patut bersifat terbuka kepada unsur-unsur luaran yang masih berlandaskan agama Islam terutamanya di Malaysia untuk mengekalkan keharmonian di negara ini.
b) Semasa melaksanakan tugasan ini, nilai ketamadunan saya telah dapat ialah nilai ketuhanan. Setiap tamadun sangat menekankan ajaran yang mereka dalam setiap aspek seperti perundangan, pemerintanhan, budaya dan lain-lain. Untuk mencapai sesuatu kegemilangan sesebuah tamadun , kita mestilah berpandukan dengan ajaran yang dianuti supaya ada keberkatan setiap perkara yang dilakukan dan untuk membentuk keperibadian seseorang. Selain itu, nilai lain yang saya dapat ialah nilai keterbukaan. Untuk memajukan sesebuah tamadun , kitalah hendaklah berinteraksi dengan tamadun lain seperti tamadun india atau tamadun china. Keterbukaan sesebuah tamadun dapat mengembangkan ekonomi dan menyebarkan agama, budaya dan lain-lain lagi. Jelas keterbukaan membawa kebaikan bukan sahaja kepada dir sendiri malah kepada masyarakat, bangsa dan negara.
C) Pengalaman pembelajaran atas talian sangat membantu saya apabila tidak memahami sesuatu bab. Masa untuk pembelaran atas talian juga fleksibel. Pelajar dapat mengaksesnya bila-bila masa tanpa menunggu waktu pembelaran yang seterusnya. Pembelajaran secara talian bukan juga menjimatkan masa bahkan menjimatkan kewangan kerana tidak memerlukan hardcopy dan sekaligus dapat mengurangkan penebangan pokok. Pelajar juga dapat berbincang antara pensyarah dan pelajar lain melalui forum jika tidak memahami sesuatu bab. Nota yang digunakan menarik perhatian dan mudah dingat kerana berbentuk gambar dan video.
|
|
|
Post by faezahalia on Dec 20, 2015 7:16:49 GMT
FAEZAH ALIA (2015430532)
A) PEMBELAJARAN KURSUS TITAS CHAPTER 1-3
REFLEKSI; CHAPTER 1-PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Terdapat pelbagai perbezaan pendapat tentang apa itu sebenarnya tamadun. Tamadun Islam; Agama mencakupi seluruh aspek kehidupan. Agama bersifat 'fleksible' dan tidak rigid. Segala bentuk pembangunan berkait rapat dengan kerohanian. Islam menolak konsep 'matlamat menghalalkan cara' walaupun mementingkan aspek kemajuan. Selain itu, islam menekankan aspek keadilan dalam kehidupan. islam juga menekankan persamaan taraf antara sesama manusia. Akhir sekali, tamadun islam mempercayai Allah swt yang maha esa dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul dan utusan-Nya merupakan akidah yang benar.
Tamadun barat; Agama merupakan sebahagian daripada kebudayaan. Agama dicorak oleh pembaharuan. Barat juga melihat perkara keduniaan hanya untuk kehidupan semata-mata. Selain itu, mereka berpegang kepada konsep 'matlamat menghalalkan cara'. semaga kemajuan mementingkan keuntungan semata-mata. Jikalau tamadun islam menekan aspek keadilan dalam kehidupan sebagai organisasi sosial, dan persamaan taraf manusia, barat pula, organisasinya lahir apabila manusia hidup bermasyarakat untuk saling melengkapi. Mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan hidup. Akhir sekali, barat mempunyai pelbagai kepercayaan. Contohnya, politisme (percaya banyak tuhan) dan unsur-unsur alam disembah bagi mengelak malapetaka.
Tamadun Islam bersumberkan Al-Quran, As-sunnah dan ijtihad(sumber am) manakala tamadun barat pula, berlandaskan permikiran dan logik akal manusia, kebendaan dan yakin dan percaya dengan apa yang dilihat oleh pancaindera.
CHAPTER 2- TAMADUN ISLAM
Tokoh-tokoh tamadun islam amat mementingkan ilmu pengetahuan. Seperti Ibn Sina, Zakaria al-Razi, Ammar bin Ali dan Abu Qasim al-Zahrawi yang telah banyak menyumbang kepada ilmu perubatan. Tokoh-tokoh terdahulu sangat mementingkan ilmu pengetahuan kerana berpegang kepada konsep Iqra' iaitu semangat mengenal pencipta. Dalam Al-Quran telah mengatakan bahawa ilmu itu wajib dituntut. Dengan menuntut ilmu kita akan dapat mengenal pencipta kita, dan dapat lihat kekuasaan dan keagungan Allah swt yang tiada manusia dapat menandingi nya. Secara tidak langsung kita akan mendekatkan diri kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya.
CHAPTER 3- TAMADUN MELAYU
Baju kurung dan baju melayu bukanlah direka sesuka hati, tapi disebaliknya ada maksudnya tersendiri. Seperti butang baju melayu yang melambangkan lima rukun islam dan baju kurung dinamakan sebagai 'kurung' adalah kerana utk mengurung keimanan.
B) NILAI-NILAI KETAMADUNAN YANG DIPEROLEHI DALAM TUGASAN YANG DIBERI
Antara nilai ketamadunan dalam tugasan yang diberi ialah kesabaran dan keikhlasan. Tanpa kesabaran dan keikhlasan dalam diri, saya tidak akan mampu menyelesaikan segala tugasan yang diberi dengan sempurna. Selain itu, nilai seterusnya ialah kerajinan, tanpa sikap ini dalam diri saya, saya juga tidak akan mampu menyelesaikan tugasan yang diberi.
C) PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI ATAS TALIAN
Pengalaman pemebelajaran di atas talian ini pada pendapat saya mampu menjimatkan masa. Saya sebagai pelajar mampu mengakses forum dan menyelesaikan tugasan yang diberi pada bila masa-masa tidak kira waktu.
|
|
|
Post by mimijafri on Dec 20, 2015 15:30:24 GMT
MIMI SYAFIQA BINTI AHMAD JAFRI -2015430168- DS 240
Bab1
Tamadun hanya dapat dibina dengan kukuh dengan beberapa ciri, terutamanya aspek keagamaan yang menjadi dorongan utama, pemerintahan beroganisasi, kedudukan yang strategik untuk aktiviti ekonomi dan kepentingan ilmu. Aspek-aspek ini dapat diterapkan dalam individu untuk menjalani kehidupan harian. Namun begitu, terdapat banyak faktor tang membawa kepada kejatuhan sesebuah tamadun seperti lalai terutamnya. Oleh itu, kita pada hari ini haruslah mengambil ikhtibar agar tidak lagi mengulang kesilapan yang sama.
Bab2
Kehidupan berteraskan Islam sebenarnya merangkumi pelbaga aspek dan ceruk kehidupan. Bukti jelas ialah al-Quran dan Sunnah mengandungi pelbagai ilmu yang harus kita belajar dan teliti satu per satu. Pandangan kehidupan berlandaskan agama adalah kuno tidak sewajarnya ada kerana Tamadun terdahulu berjaya bertapak dan mencapai kegemilangan melalui Islam. Ia jelas menggambarkan betapa kuatnya pengaruh Islam.
Bab3
Tamadun melayu merupakan asas utama negara kita pada hari ini. Pelbagai nila-nilai dan ciri terdahulu masih diamalkan. Adat-adat ini mementingkan kehalusan, adab, sopan dan santun. Oleh itu, ia perlulah dipelihara agar tidak mati ditelan zaman.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
Nilai ketamadunan yang dapat saya pelajari ialah ikhlas dalam menuntut ilmu. Ilmu yang kita cari tidak akan pernah habis, oleh itu kita tidak sepatutnya berasa gah dan sombong dengan diri sendiri. Selain itu, nilai kehalusan yang mana menjadi asas setiap tingkah laku samada secara vertical atau horizontal.
c) Pengalaman pembelajaran di atas talian
Pembelajaran atas talian adalah cara yang efektif untuk menarik minat pelajar sejajar dengan kemajuan dunia hari ini. Segala info dapat diakses dengan mudah, dimana jua, bila-bila masa sahaja. Ia juga dapat membuka mata saya kerana berpeluang membaca idea-idea dan pandangan rakan lain.
|
|
|
Post by sarah02 on Dec 20, 2015 16:35:22 GMT
SITI ZAINAB BINTI ABAS 2015429108
PENGENALAN TAMADUN
Refleksi saya mengenai topic pengenalan tamadun ini ialah saya dapat menyimpulkan bahawa setiap tamadun amat menekan konsep ketuhanan . Oleh itu , saya dapat mempelajari bahawa rahsia dalam membentuk sesuatu tamadun yang berjaya ialah dengan adanya seseorang yang kuat agamanya dibelakang seseorang pemerintah. Hal ini adalah kerana agama adalah asas dan petunjuk dalam membentuk satu pemerintahan yang adil dan saksama.
TAMADUN ISLAM
Refleksi saya pada mengenai topic ini ialah saya dapat mempelajari bahawa tamadun islam adalah tamadun yang menyeluruh. Ia amat mementingkan keadilan dan kesaksamaan . Contohnya , selepas kedatangan islam kedudukan wanita telah diangkat dan pemimpin juga amat amanah dalam menjalankan tugas untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dijaga.
TAMADUN MELAYU
Refleksi saya pada minggu ini ialah tamadun melayu ialah tamadun yang hebat dan sejahtera. Sejahtera kerana islam telah datang denagn aman tanpa peperangan dan kisah yang paling menarik ialah kisah mimpi berjumpa nabi Muhammad .Kesimpulannya kita sebenarnya harus bangga dengan banggsa melayu dan jangan terpengaruh dengan barat kerana sebenarnye mereka takut akan bangsa kita kerana islam itu sampai secara langsung kepada bangsa kita dan denagn itu mereka cuba melemahkan kita dengan kemajuan yang ada.
NILAI KETAMADUNAN
Di dalam tajuk tamadun ini banyak nilai yang dapat kami pelajari , akan tetapi nilai yang paling menyeluruh adalah nilai kerohanian ( spiritual ). Dalam Islam nilai kerohanian bertunjang dan berpaksi kepada tauhid yang membawa pengertian tentang keesaan kepada Allah . Dengan itu kehidupan manusia akan bersepadu dengan agama dan panduan, hukum, adat kebiasaan, berfikir dan bertindak. Semua nilai diletakkan pada tempatnya, dengan tauhid mengatasi segala, dan hidup manusia tidak terlepas daripada nilai moral dan kerohanian. Bukan tamadun islam sahaja yang mengambil berat tentang nilai kerohanian ini , bahkan seluruh tamadun di dunia tidak akan mampu berkembang dengan baik jika mereka tidak mempunyai nilai kerohanian atau lebih tepat agama.Tamadun lain yang asalnya bukan mengamalkan islam juga amat mementingkan nilai kerohanian ini.Sebagai bukti , hampir kesemua tamadun di dunia di perintah oleh golongan agamawan.Jika tamadun itu tidak dioerintah oleh agamawan , penasihatnya adalah orang yang celik agama. Natijahnya , nilai keharmonian adalah niali yang amat penting yang dapat kami pelajari yang amat berguna .
PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI ATAS TALIAN .
Bagi pendapat saya , pembelajaran atas talian ini amat menarik kerana terdapat pelbagai animasi yang menarik yang boleh menarik perhatian dan merangsang minda saya.Tetapi jujur dari luhur hati saya , saya lebih memilih pembelajran di dalam kelas kerana saya dapat bertentang mata dengan guru . Hal ini membolehkan saya memberi lebih konsentrasi untuk lebih fokus.
|
|
|
Post by sarah02 on Dec 20, 2015 16:36:43 GMT
NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI 2015666714
a)Pembelajaran kursus TITAS bab 1-3
Mengikut apa yang saya pelajari daripada bab 1-3 adalah saya dapat mengenali apakah itu konsep tamadun dari pelbagai pendapat serta dapat memikirkan dengan lebih mendalam tentang ketamadunan manusia yang saya rasa amat menarik kerana semunya datang dengan kehendak Allah s.w.t. Selain itu, saya juga dapat mempelajari ciri-ciri setiap tamadun yang terkandung di dalam setiap tamadun yang ada di dunia ini dan pada bab 2 dan 3, saya lebih mengenali tamadun melayu dan islam yang amat penting, hal ini kerana saya sendiri adalah orang melayu dan islam jadi, bagi saya pengetahuan yang saya perolehi ini dapat memeberi pengajaran kepada dan boleh menjadikan saya menjadi orang yang lebih baik pada masa hadapan.
b)Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
Sifat bertanggungjawab dalam menyediakan tugasan mengikut spesifikasi yang dikehendaki dan pada masa yang ditetapkan. Bekerjasama dengan rakan sekumpulan serta bertolak ansur dalam membuat keputusan agar kata sepakat dapat dicapai tanpa sebarang perbalahan. Dapat memikir idea dengan lebih kreatif dan kritis dalam menyiapkan tugasan. Menghormati ilmu yang diperolehi ketika menyiapkan tugasan.
c)Pengalaman pembelajaran di atas talian
Dapat memahami pembelajaran dengan lebih baik serta pengetahuan tentang IT dapat diluaskan. Dapat mengenali pelbagi blog yang berkaitan dengan pembelajaran yang boleh menambahkan pengetahuan.
|
|
|
Post by sarah02 on Dec 21, 2015 8:59:57 GMT
NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN 2015664182
A) Pembelajaran kursus TITAS ini sangat membantu saya dalam mendalami serta menghayati setiap sumbangan serta jasa setiap tamadun sumbangkan. Apa yang paling pentimg ialah saya belajar bahawa setiap tamadun pasti ada jatuh dan bangun nya sama seperti pelajar sepeti saya. Jika gagal, janganlah kita terus hidup dalam kegagalan, tetepi bangkitlah untuk menebus kegagalan yang dihadapi sesungguhnya kegagalan itu adalh permulaan bagi setiap kejayaan.
B) Nilai yang paling utama saya belajar ialah nilai keagamaan. Setiap agama menerapkan nilai nilai murni dalam setiap perbuatan sama ada sesama manusia mahupun haiwan. Seterusnya, nilai kebujaksanaan. Contohnya, pemimpin yang bijak mampu melahirkan sebuah tamadun atau negara yang maju dan aman.
C) Pembelajaran atas talian ini sangat membantu saya dalam memahami setiap pembelajaran. Ini kerana bukan sahaja audionya yang jelas lagi senang difahami, yakni animasi serta videonya yang menarik juga dapat menarik minat serta meningkatkan daya ingatan saya.
|
|
|
Post by arisya on Dec 21, 2015 10:36:57 GMT
SITI ARISYA BINTI NAZLI 2015418694 DS240B
Bab 1:
Pengertian tamadun, tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan, atau peradaban. Peradaban pula merujuk tingkah laku serta tutur kata yang halus. Terdapat pelbagai pandangan ciri-ciri tamadun oleh tokoh seperti Lucien Goldmann, Darcy Roberio, Edward L. Farmers, Maududi dan Ibnu Khadun.
Bab 2:
Konsep tamadun dalam Islam berbeza dengan konsep tamadun menurut perspektif bukan Islam. Ajaran Islam adalah faktor utama kecemerlangan umat Islam. Kegemilangan tamadun Islam mula merosot apabila umat Islam tidak lagi mengutamakan ajaran Islam dalam kemajuan. Kuasa-kuasa barat memusuhi Islam kerana menganggap Islam sebagai ancaman.
Bab 3:
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengukuhkan identity Melayu. Terdapat 3 teori kedatangan Islam di Tanah Melayu iaitu, Islam dibawa dari India, Islam dibawa dari China dan Champa dan Islam dibawa dari Arab. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu meninggalkan kesan yang besar dalam aspek akidah, politik, social, undang-undang, ekonomi, kesenian, bahasa dan sastera.
b) Nilai ketamadunan yang diperolehi ialah kehalusan dalam setiap perbuatan dan tingkah laku. Selain itu, bersungguh-sungguh dan tidak mudah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara juga merupakan salah satu nilai yang diperolehi ketika saya mempelajari tentang tamadun-tamadun yang wujud di dunia.
c) pengalaman pembelajaran di atas talian amat menarik dan tidak membosankan. Hal ini memudahkan lagi proses pembelajaran kita.
|
|
ariffabidin
New Member
Alhamdulillah saya masih boleh beribadat di atas dunia ini.
Posts: 7
|
Post by ariffabidin on Dec 21, 2015 13:30:43 GMT
MUHAMMAD ARIFF BIN ABIDIN 2015430492 DS240
a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3 CHAPTER 1
Ilmu tentang ketamadunan penting hari ini kerana ia memberikan faktor-faktor yang boleh membantu ke arah pembinaan dan kejayaannya dan juga sebaliknya apakah perkara-perkara yang boleh membawa kepada keruntuhannya tamadun? Ilmu tentang ketamadunan amat relevan kerana manusia dewasa ini sedang berada di persimpangan jalan. Kejayaan fizikal yang begitu tinggi melalui sains dan teknologi malangnya telah diiringi oleh falsafah dan pandangan semesta atau worldview yang melihat hanya yang material itu wujud, penting dan beroperasi di dalam kehidupan. Secara mudah dapat digambarkan bahawa gerakan Englightenment di barat dan falsafah scientism telah mempengaruhi sistem-sistem pemikiran moden sehingga apa yang dapat dilihat hari ini adalah peminggiran nilai-nilai murni yang menjamin hubungan baik yang diperlukan antara manusia sesama manusia, manusia dan persekitarannya (environmentnya) yang pula banyak bergantung kepada hubungan manusia dan Tuhannya. CHAPTER 2 Saya dapat mempelajari bahawa tamadun Islam adalah tamadun yang menyeluruh dan boleh dijamin kesempurnaannya. Ia amat mementingkan keadilan dan kesaksamaan antara kalangan manusia . Ramai tokoh yang wujud dalam tamadun ini dan telah menyumbangkan ilmu-ilmu mereka untuk manusia yang akan datang. CHAPTER 3 Saya telah elajar tentang asal usul Melayu. Saya juga mengetahui bangsa yang sangat mengkaji bangsa Melayu iaitu bangsa Yahudi dan Barat. Selain itu, saya juga melihat semangat cintakan Allah Taala yang tertanam di dalam jiwa kalangan pendakwah yang berdakwah ke tanah melayu sehingga Malaysia menjadi sebuah negara Islam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka sehingga hari kebangkitan.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
1) Nilai keimanan Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam. Dengan adanya iman , hidup akan diberkati oleh Allah SWT. 2) Nilai Keilmuan Tamadun manusia berkembang dengan adanya ilmu. Penguasaan ilmu yang tinggi dapat memajukan sesebuah tamadun ke tahap yang lebih memuaskan. 3) Nilai ketaatan Nilai ketaatan terdapat dalam setiap tamadun di mana rakyat menurut perintah pemerintah sesebuah tamadun tersebut.
c) Pengalaman pembelajaran di atas talian Pembelajaran di atas talian amat memudahkan bagi saya kerana saya boleh mengakses maklumat-maklumat yang penting melalui internet seterusnya dapat menyiapkan tugasan dengan secepat mungkin.
|
|
|
Post by nadiasyahirah on Dec 21, 2015 14:18:19 GMT
NADIA SYAHIRAH BINTI MOHD NAZRI
2015403058
DS240 (GROUP B)
a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3
Chapter 1:
Saya memperoleh ilmu pengetahuan mengenai tamadun. Proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kreativiti dan inovasi. Manusia merupakan ciptaan Allah yang unik dan lain daripada makhluk yang lain kerana manusia mempunyai akal fikiran untuk berfikir dan juga mampu untuk membangunkan sesebuah tamadun. Kehalusan sifat manusia sangat penting bagi membina tamadun yang aman dan makmur.
Chapter 2:
Konsep Tamadun Islam yang mencukupi pelbagai aspek jelas menunjukkan bahawa Tamadun Islam ialah sebuah tamadun yang lengkap dan kukuh kerana berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Islam sebagai Ad-Din bermaksud Islam adalah satu-satunya cara hidup yang diturunkan oleh Allah kepada manusia sebagai panduan hidup. Asas-asas Islam ialah Iman (akidah), Islam (syariah), dan Ihsan (akhlak). Tamadun Islam merupakan suatu proses pembentukan tamadun yang menitikberatkan unsur-unsur kehalusan, tatasusila dan kebudayaan yang luhur. Ilmu juga amat penting bagi membangunkan sesebuah tamadun.
Chapter 3:
Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat Melayu, malah telah membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian masyarakat. Amalan-amalan Islam yang berunsur tahyul dan khurafat telah ditinggalkan secara beransur-¬ansur oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan. Contohnya, galakan daripada golongan pemerintah telah menjadikan Melaka suatu ketika dulu sebagai pusat pembudayaan ilmu dan perdagangan.
Setelah berlakunya penyebaran agama Islam ini, maka agama Islam telah dijadikan sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu menekankan usaha memupuk nilai-nilai Islam daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan agama dalam masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan nilai-nilai sosial dan agama yang mereka bina.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
1) Nilai Kepercayaan
Tamadun Islam bersumberkan wahyu manakala yang selainnya adalah menjurus kepada keupayaan manusia. Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian .Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana dapat membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. Nilai kepercayaan ini dimiliki oleh setiap peringkat perkembangaan tamadun kecuali bagi mereka yang berfahaman tidak ada tuhan.
2) Nilai Ekonomi dan Kebendaan
Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat bagi masyarakat dalam sesebuah tamadun. Nilai ekonomi atau kebendaan ini bukan sekadar mengenai keuntungan, tetapi nilainya yang tinggi adalah terletak kepada ketaatan yang jitu kepada Allah.
3) Nilai Kerja
Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja.
Nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat dan mencari keberkatan daripada Allah s.w.t.
Bekerja memenuhi keperluan hidup secara halal merupakan amalan mulia dan dianggap sebagai ibadah.
4) Nilai Kemanusiaan
Manusia diciptakan sebagai suatu makhluk yang mulia. Mempunyai nilai kemanusiaan merupakan suatu nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan insan.
5) Nilai Keadilan
Adil membawa maksud sama berat, tidak berat sebelah, tidak memihak dan berpihak kepada yang benar. Adil juga dapat didefinisikan sebagai sikap pertengahan dan menempatkan sesuatu pada tempatnya.
6) Nilai Kekeluargaan
Nilai kekeluargaan salah satu elemen penting untuk dipelihara. Hasil daripada nilai kekeluargaan yang baik akan membentuk pula komposisi masyarakat yang baik.
7) Nilai Keilmuan
Kelahiran tamadun Islam adalah berasaskan kepada ilmu berdasarkan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT atas saranan supaya membaca. Konsep mencari ilmu dalam Islam berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain di mana cara perolehan ilmu ini mestilah berlandaskan kepada konsep tauhid.
8) Nilai Akhlak
Akhlak iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika.
c) Pengalaman pembelajaran di atas talian
Pada pendapat saya, pembelajaran di atas talian sangat menarik kerana saya mendapat ilmu pengetahuan yang baharu daripada idea pemikiran rakan-rakan yang berlainan pendapat. Selain itu, saya lebih memahami erti sesebuah tamadun melalui tayangan video yang telah disediakan.
|
|