|
Post by daslianah on Dec 22, 2015 10:15:43 GMT
Daslianah binti Daslam 2015428382 DS240 2015428382
A) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3 Bab 1( Pengenalan Ilmu ketamadunan) - Dalam bab ini kita dapat melihat bagaimana dalam membentuk tamadun yang membahagiakan dan boleh menjadi lubuk pahala kepada manusia. Pembinaan tamadun perlulah mengikut syariat yang tetah Allah tetapkan. Dengan ini, dapatlah kita menjalankan tugas sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah. Tamadun yang dibina perlu saling berkait rapat dengan agama. Dalam membina tamadun, manusia perlu menjaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam sekitar. Ciri-ciri tmadun yang perlu ada menurut Ibnu Khaldun ialah egangan agama yang tinggi dan kuat, sistem kenegaraan yang tersusun rapi ,kehidupan bandar, pencapaian kaedah penulisan dan kepakaran seni luki serta seni bina. Selain itu, tamdun juga mengikut Ad-Din Islam iaitu Akidah, Syariat dan Tasawuf. Yang paling penting, tamadun tidak boleh berpisah dengan Tuhan. Selain itu, ilmu perlu dicari dalam untuk memantapkan lagi sesuatu tamadun. Secara umumnya, matlamat utama tamadun Islam ialah untukmemartabatkan Islam sebagai Ad- Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensi.
Bab 2 ( Tamadun Islam) -Tamadun Islam masiah ada dan relevan kerana sumbernya iaitu Al-Quran masih ada sampai sekarang. Tujuan syariah dalam Tamadun Islam ialah memelihara akidah, menjaga nyawa, memlihara kewarasan akal, menjaga maruaah manusia dan keturunan serta melindungi harta benda. Dalam merealisasikan maanusia perlu sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah, hubungan baik sesama manusia dan hubungan baik seisi alam. Selain itu, prinsip Tamadun Islam ialah keimanan dan pengabdian diri kepada Allah, benar dan amanah serta adil dan saksama.
Bab 3( Tamadun Melayu) Dalam tamadun Melayu, kita dapat melihat bagaimana golongan terdahulu membangunkan Tamadu Melayu dengan nilai-nilai positif orang Melayu. Agama Islam memainkan peranan dalam pembinaan Tamadun Melayu. Adat- adatorang Melayu yang positif perlu dikekalkan agar tidak ditelan zaman.
B)Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi Nilai keagamaan- Dalam membina tamadun, agama penting untuk memberi panduan kepada manusia untuk membina tamadun membahagiakan. Manusia perlu mengikut sistem yang ditetapkan oleh Allah iaitu Ad-Din. Tamadun tidak boleh terpisah dengan Tuhan. Kita juga perlu sentiasa mentauhidkan Allah dan mengajak orang lain untuk bertauhid. Dengan mempelajari ilmu tamadun, kita dapat melaksanakan tugasan kita sebagai khalifah di bumi Allah.Manusia perlu bertunjang dan berpaksi kepada tauhid yang membawa pengertian tentang keesaan kepada Allah. Manusia juga perlu sentiasa memperbaiki niat melakukan sesuatu keran Allah SWT. Umat Islam perl memperbanyyakan selawat kepada Rasulullah kerana telah banyak berkorban untuk kita.
Nilai kehalusan- Tamadun yang baik akan menjadikan manusia semakin halus. Kehalusan dapat dilihat melalui akhlak yang baik dan seni bina yang halus dan cantik. Kehalusan tatasusila akan menjadikan seseorang itu bersopan-santun dan berakhlak mulia. Kehalusan masyarakat penting unuk menjamin keharmoniaan sesuatu tempat.
Nilai mencintai ilmu - Sebagaiman saranan dalam Al-Quran, Allah menyuruh umatnya untuk mencintai dan menuntut ilmu. Dengan adanya ilmu, peradaban manusia akan menjadi baik dan maju. Pelbagai kemajuan dapat diperolehi serta masyarakat akan dipandang mulia oleh masyarakat lain. Ilmu penting dalam proses pembinaan tamadun dan mencintai Tuhan. Ilmu penting untuk kita mencintai Pencipta dan Rasul-Nya. Dengan tugasan yang dibrikan kita dapat menambah ilmu dan keluar kepompong jahiliah.
Nilai kemanusiaan- Kita perlu menjaga hubungan sesama manusia. Kita dapat mengaplikasikan sifat tolong-menolong dan bekerjasamadengan rakan dalam menyiapkan kerja C) Pengalaman pembelajaran di atas talian Belajar dalam talian menyeronokkan kerana video dan animasi yang tidak membosankan. Selain itu, saya dapat merujuk internet untuk menambah pengetahuan.
|
|
|
Post by fitrahzaulkapri on Dec 22, 2015 11:20:58 GMT
NUR FITRAH BT. ZAUL KAPRI
2015429102
DS240 GROUP A
1) HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN BAB 1
Bab saya belajar tentang pengenalan tamadun. Tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan, atau peradaban. Peradaban pula merujuk kepada tingkah laku serta tutur kata yang sopan. Civilazation pula bermaksud bandar. Jika digabungkan semua makna ini merujuk kepada pembangunan dan perdaban yang dapat dicapai oleh sesebuah tamadun oleh sesebuah bangsa. Dalam bahasa Arab iaitu umran yang bermaksud membangun dan memakmurkan bandar. Ciri- ciri tamadun yang membahagiakan ialah sesebuah tamadun tersebut mempunyai pembangunan agama yang tinggi, sistem kenegaraan yang tersusun rapi, kehidupan cara bandar yang sistematik, pencapaian kaedah penulisan yang tinggi dan kepakaran dalam pelbagai bidang. Konsep tamadun perlu dilihat daripada sudut pandangan yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi seta kemajuan petempatan dan kemudahan yang sempurna.
PEMBELAJARAN BAB 2
Bab 2 adalah tentang tamadun Islam. Dalam tamadun ini kemajuan dikaitkan dengan pencapaian manusia dalam kebendaan dan ilmu pengetahuan dan peradaban menjurus kepada pencapaian dan ketinggian moral dan kerohanian. Tamadun Islam mempunyai tiga prinsip iaitu keimanan dan pengabdian diri kepada Allah, amanah dan benar serta adil dan saksama. Manakala matlamat pula ialah untuk memperoleh kebaikan dan kesejahteraan dalam kehidupan di dunia dan mencapai kebahagiaan hidup yang kekal di akhirat. Islam turut mengajar umatnya untuk menjalinkan hubungan yanng baik sesama manusia dan dengan seisi alam.Ketamaduanan serta kemuliaan seseorang individu atau bangsa tidak diukur berdasarkan pencapaian material sebaliknya berdasarkan sejauh mana mereka mengaplikasikan Islam sebagai satu sistem hidup yang menyeluruh.
PEMBELAJARAN BAB 3
Bab 3 adalah mengenai tamadun Melayu. Alam Melayu merngkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh Asia Tenggara sehingga sempadan Australia. Islam mempengaruhi perkembangan tamadun ini dengan kedatangan Islam ke rantau ini. Kawasan ini ditakluki dengan pendekatan dakwah tanpa kekerasan.Kedatangan Islam telah mencorakkan suasana masyarakat di alam Melayu. Struktur penting tamadun Melayu ialah Islam dan Adat Melayu. Pembentukan jati diri Melayu Islam dapat dilihat dengan pengamalan adat istiadat Melayu, berbahasa melayu dan beragama Islam.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi.
Nilai ketamadunan yang saya perolehi ialah penekanan tingkah laku dalam kehidupan. Tingkah laku itu melambangkan peradaban sesebuah tamadun. Semua agama menekankan betapa pentingnya tingkah laku seseorang. Menurut Islam, akhlak adalah bersifat syumul iaitu meliputi akhlak dengan Allah, Rasulullah, sesama manusia terutamanya ibu, bapa, guru, jiran termasuk sesama manusia walaupun dengan orang yang bukan beragama Islam. Konfucious pula menekankan akhlak dan peraturan kehidupan berasaskan peraturan hubungan manusia dengan Tuhan, peraturan hubungan sesama manusia dan peraturan perhubungan politik. Konfucious juga menekankan konsep kesederhanaan iaitu segala perlakuan manusia perlulah sederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian. Dalam Hinduisme pula ia berpaksikan idea dharma iaitu tanggungjawab dan karma iaitu baik akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga sebaliknya, buruk dibalas buruk. Selain itu, seseorang yang bersopan santun dipandang elok dan indah di samping dapat mencerminkan keperibadian seseorang. Sementara perbuatan biadab dan kurang ajar pula amat ditegah. Perbuatan seperti ini hanya akan mengundang keburukan dan dipandang jelek oleh masyarakat. Jadi, kita perlulah menjaga adab sopan ketika bergaul dengan mereka. Bersopan santun itu pula bukan sahaja dilihat dari sudut tingkah laku, tetapi juga dari sudut percakapan dan pertuturan. Kelunturan adab sopan dan yang lebih besarnya keruntuhan akhlak bukanlah sesuatu yang pelik. Kesemuanya berlaku disebabkan pegangan agama telah semakin longgar. Keruntuhan akhlak di dalam Islam mempunyai kaitan yang rapat dengan kelunturan iman. Imanlah merupakan pendorong yang tiada tolok bandingnya kepada manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Bila iman merosot, maka dorongan melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan akan merosot.
c) Pengalaman pembelajaran di atas talian
Pembelajaran di atas talian membolehkan saya untuk menambah kefahaman saya didalam kelas. Pembelajaran seperti ini telah menjadi sebagai alternatif yang menarik untuk kami sekaligus memberi manfaat yang baik untuk kami sebagai pelajar.
|
|
aifa
New Member
Posts: 8
|
Post by aifa on Dec 22, 2015 11:24:46 GMT
NUR ILYANA AIFA BT AZIZ (2015408576)
DS240 (GROUP A)
Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3
CHAPTER 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Saya dapat mempelajari mengenai maksud tamadun serta ciri-cirinya. Setiap sejarawan mempunyai perspektif yang tersendiri mengenai tamadun tetapi kita dapat simpulkan bahawa tamadun bererti kebudayaan, kemajuan serta peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa. Tidak salah jika kita mengatakan bahawa nilai yang utama perlu ada dalam diri setiap orang yang mahu membangunkan tamadun mereka ialah nilai kehalusan. Nilai inin merangkumi aspek keduniaan dan akhirat. Selain itu, salah satu perkara utama yang perlu kita semua capai ialah tamadun yang membahagiakan. Tamadun yang membahagiakan bermaksud tamadun yang berkait rapat dengan Tuhan. Apa sahaja yang kita lakukan dalam kehidupan seharian haruslah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh-Nya.
CHAPTER 2 TAMADUN ISLAM
Dalam tamadun Islam, apa yang dapat saya pelajari ialah matlamat tamadun Islam iaitu menjaga hubungan. Ini boleh ditunjukkan dengan rajah segi tiga. Menjaga hubungan ini boleh dibahagiakan kepada tiga iaitu menjaga hubungan dengan Tuhan, manusia serta alam. Kita haruslah menjaga baik hubungan dengan ketiga-tiga aspek yang telah disebutkan tadi sepertimana yang telah ditulis di dalam Al Quran.
CHAPTER 3 TAMADUN MELAYU
Apa yang dapat saya nyatakan dalam Tamadun Melayu ini ialah perbezaan masyarakat melayu dahulu dan pada masa kini. Nilai-nilai ketimuran dan adab-adab sopan masyarakat melayu pada zaman dahulu semakin hilang ditelan zaman. Kita dapat lihat segelintir masyarakat melayu pada masa kini yang nilai dan adab ketimuran sudah hilang di dalam diri mereka dan apa yang lebih memburukkan keadaan adalah mereka sudah terikut-ikut dengan gaya hidup orang barat. Oleh sebab itulah kita harus mempelajari mengenai sejarah melayu dan menanam nilai-nilai tersebut dalam diri kita supaya kita mengetahui asal-usul kita dan tidak terpedaya dengan anasir-anasir yang suka memburuk-burukkan masyarakat melayu.
Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
Nilai ketamadunan yang dapat saya peroleh ialah nilai keagamaan. Kita dapat lihat semua tamadun yang telah kita pelajari pasti akan mempunyai ajaran serta kepercayaan mereka yang tersendiri. Kita dapat kaitkan ini dengan fitrah asal diri kita yang sentiasa dahagakan nilai-nilai keagamaan serta sifat sentiasa mencari siapa tuhan kita.
Pengalaman pembelajaran di atas talian
Ini merupakan pertama kali saya menggunakan pembelajaran di atas talian. Bagi saya, cara pembelajaran ini agak menarik kerana masanya yang fleksibel. Para pelajar boleh mengaksesnya pada bila-bila masa mengikut jadual mereka. Selain itu, cara pembelajarannya yang pelbagai seperti video tidak membosankan pelajar.
|
|
|
Post by rowenadiane on Dec 22, 2015 11:33:11 GMT
ROWENA DIANE SARUYAN
2015664374
DS240(GROUP A)
Pembelajaran kursus TITAS chapter 1-3
Pembelajaran Bab 1
Menerusi pembelajaran dalam bab satu, saya telah dapat memperoleh lebih pengetahuan dalam aspek ketamadunan atau peradaban manusia secara umumnya. Pengajian mengenai tamadun dapat mengembangkan potensi taamadun kita pada hari ini. Kita boleh berjaya sekiranya kita berpandangan terbuka serta memahami faktor-faktor yang boleh memajukan sesebuah tamadun. Contohnya, menjauhkan penindasan dan kezaliman serta menghalang keruntuhan akhlak atau moral yang boleh membawa bencana kepada tamadun tersebut. Selain itu, saya juga sedar apabila kita mempunyai budaya masyarakat yang tinggi serta kukuh dalam aspek agama dan rohani sudah tentu tamadun itu dapat berkembang dengan jayanya. Jelas bahawa, agama memainkan peranan penting dalam pembentukan sesebuah tamadun. Agamalah yang mengajar masyarakat cara peradaban kehidupan manusia yang patut dicontohi.
Pembelajaran Bab 2
Saya telah berpeluang untuk belajar bahawa agama Islam merupakan pendorong utama pencapaian cemerlang umat dan negara Islam dalam pelbagai bidang kehidupan. Islam berjaya mencapai kejayaan dalam bidang ilmu pengetahuan kerana agama Islam menyeru umatnya untuk membaca bagi menambahkan lagi pengetahuan sama ada dalam ilmu agama dan ilmu dunia yang berguna. Sifat terbuka dalam tamadun Islam juga dapat diihat menerusi penerimaan nilai murni tamadun lain yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip tamadun Islam. Oleh itu, kita haruslah tidak mengetepikan agama dalam hal-hal lain dan mengikut contoh tamadun Islam untuk menambahkan lagi pengetahuan kita dalam apa jua bidang supaya kita dapat menjadi seorang manusia yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan mementingkan agama.
Pembelajaran Bab 3
Bab tiga mengajar kita tentang tamadun Melayu dimana nilai-nilai peradaban melayu yang menjadi asas kepada tamadun Melayu. Semua nilai-nilai ada berkait rapat dengan konsep yang terdapat dalam ajaran Islam. Nilai keimanan sangat penting bagi memperkukuhkan lagi akhlak masyarakat tamadun Melayu. Sebagai contoh, kita hendaklah memberi keutamaan serta menghormati yang lebih tua atau berusia. Ini kerana orang yang berusia mempunyai lebih banyak pengetahuan tentang kehidupan kerana mereka telah hidup lebih awal dari kita sendiri. Selain itu, masyarakat melayu juga dikenali sebagai masyarakat yang bersopan santun serta berbudi bahasa yang mempunyai kaitan dengan peradaban. Namun, dalam dunia kita sekarang ini banyak halangan serta pencobaan yang cuba menjatuhkan kita. Kita harus memperlengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan serta mengaplikasikan nilai-nilai Melayu dalam kehidupan seharian kita supaya tamadun Melayu dianggap sebagai orang yang halus.
Nilai-nilai ketamadunan yang diperoleh dalam tugasan yang diberi
Nilai ketamadunan yang saya peroleh ialah penguasan ilmu pengetahuan. Hampir semua tamadun berkembang atas dasar ilmu yang telah dipelajari. Oleh itu, ilmu pengetahuan tidak boleh hanya dipandang sebelah mata. Kita seharusnya bersungguh-sungguh dalam menimbah ilmu pengetahuan yang mana boleh memajukan diri kita serta memajukan negara. Sekiranya rakyat Malaysia semua sedar akan kepentingan ilmu, sudah tentu kita dapat berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang berwibawa. Selain itu saya juga sedar kita sebagai manusia yang hidup dalam pelbagai jenis agama, budaya serta pengangan harus ada nilai keterbukaan. Melalui sifat terbuka, kita dapat lebih memahami budaya orang lain dan mengambil nilai yang baik daripada budaya yang lain. Melalui nilai ini juga kita dapat berkembang dan tidak hanya berfikiran sempit mengenai pegangan orang lain. Terutamanya kita yang tinggal di Malaysia, yang kaya dengan pelbagai jenis kaum, nilai keterbukaan harus diamalkan oleh setiap orang.
Pengalaman pembelajaran di atas talian
Bagi saya pembelajaran di atas talian ini menarik kerana para pelajar tidak akan merasa bosan atau pun mengantuk. Terdapat banyak video yang boleh dilihat untuk menambahkan lagi pengetahuan di samping merujuk kepada buku-buku. Selain itu, pembelajaran atas talian juga dapat diakses pada bila-bila masa sahaja untuk merujuk kepada mana-mana topik yang ingin dipelajari.
|
|
|
Post by sakinah on Dec 22, 2015 13:11:33 GMT
SAKINAH BINTI HAMUDDIN 2015403182 DS2401A Assalamualaikum wbt, a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3 Chapter 1
Apa yang saya dapat dalam sesi pembelajaran topik ini ialah sesebuah tamadun itu sebenarnya bukanlah sekadar sejarah. Malah, ianya berterusan selagi wujudnya sesebuah masyarakat itu. Oleh itu, kita hendaklah mengambil pengajaran dari segala kesilapan yang tamadun lalu telah buat. Selain itu, saya juga mendapat ilmu tentang perbezaan setiap tamadun dan cara mereka meningkatkan peradaban mereka dalam pelbagai aspek adalah berbeza dari satu tamadun dengan tamadun yang lain. Juga, saya mendapati bahawa kejatuhan dan kemerosotan sesebuah tamadun kebanyakannya bergantung kepada hubungan horizontal (hubungan dengan masyarakat atau pemimpin) dan vertical (hubungan dengan Tuhan).Namun, sesebuah tamadun itu perlulah menitikberatkan aspek keagamaan kerana inilah yang akan merapatkan hubungan mereka dengan Tuhan, lantas mencapai kehalusan yang diinginkan. Oleh itu, kita hendaklah mengambil yang jernih, buang yang keruh, mengambil pengajaran dari kisah silam dan mudah-mudahan kita dapat memperbaiki diri sendiri dalam pelbagai aspek terutamanya ilmu dan agama. Chapter 2Sepanjang pembelajaran topik ini, ianya dapat membuka mata saya bahawa Islam ini sebenarnya sangat hebat dan unggul. Kebangkitan Islam, terutamanya di Andalusia jelas membuka mata dunia bahawa Islam ini adalah agama yang menyeluruh, bukan sahaja agama yang mementingkan keagamaan, malah agama suci kita juga mementingkan ilmu, ekonomi dan juga kebajikan masyarakat. Namun, apa yang telah saya sedar ialah ilmulah yang membawa Islam ke zaman kegemilangannya. Hal ini telah menunjukkan bahawa pentingnya ilmu di dalam kehidupan kita. Kita haruslah ingat bahawa ilmu yang kita belajar tidak pernah akan habis. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mencari sebanyak ilmu yang boleh. In sha Allah, kita akan dikurniakan manfaat. Chapter 3Pada mulanya, mindset majoriti terhadap Melayu kebanyakannya pandangan negatif sahaja. Namun, sesi pembelajaran pada minggu ini telah membuktikan bahawa Melayu sememangnya hebat dan terbaik! Akan tetapi, bukanlah dengan kenyataan ini, kita hanya duduk goyang kaki kerana kita sudah tahu bahawa Melayu itu hebat. Sebaliknya, kita hendaklah berusaha dengan lebih untuk menaikkan lagi nama Melayu di mata dunia. Juga, agama Islam telah mengubah cara kehidupan penduduk Tanah Melayu kepada kehidupan yang lebih baik yang mementingkan kedua-dua dunia dan akhirat. Hal ini telah membangkitkan tamadan Melayu ke arah kemajuan. Sesungguhnya, tamadun Melayu sememangnya boleh menandingi negara Barat dan Jepun yang telah lama maju. In Sha Allah. b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
Nilai kehalusanNilai ini dapat memperbaiki diri kita untuk menjadi seorang yang lebih halus dan yang lebih bertamadun. Pentingnya kehalusan ini adalah untuk kita memajukan diri kita dan masyarakat agar kita lebih beradab, berakhlak dan tatasusila yang baik. Nilai mencintai dan mementingkan ilmuSesungguhnya ilmu adalah pencetus segala-galanya dalam menaiktarafkan kehidupan kita dalam pelbagai aspek. Juga, ilmu dapat membentuk kita menjadi manusia yang bertamadun. Nilai belajar dari kesilapan
Kesilapan daripada tamadun lalu hendaklah dijadikan iktibar bagi kita meningkatkan taraf kehidupan kita dan menjadi lebih baik dari dahulu. Nilai lemah lembut
Sifat lemah lembut inilah yang dapat menarik orang bukan Islam untuk memeluk Islam. Oleh itu, sifat ini perlulah dipupuk dalam diri kita agar kita dapat mempamerkan imej dan tanggapan baik kepada mereka. Hal ini adalah tamadun Melayu (Islam) terkenal dengan sifat lemah lembutnya. c) Pengalaman pembelajaran di atas talianKaedah pembelajaran ini amatlah menarik kerana ini merupakan cara pembelajaran yang menggunakan animasi yang dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada saya tentang sesuatu perkara.
|
|
|
Post by gracenyura on Dec 22, 2015 14:17:11 GMT
GRACE NYURA ANAK JAMBAI 2015417712 DS240B
a) Pembelajaran Kursus TITAS bab 1-3
Bab 1
Sepanjang mempelajari bab ini,terdapat pelbagai perkara yang telah saya pelajari antaranya ialah maksud tamadun, cici-ciri tamadun dan interaksi antara tamadun. Antara persamaan ciri-ciri tamadun ialah mempunyai sistem sosial, sistem tulisan dan sistem pemerintahan. Namun begitu, perkara yang menarik perhatian saya ialah betapa sesebuah tamadun dipengaruhi oleh agama. Setiap tamadun mempunyai agama masing-masing dan agama tulah yang menjadi tulang belakang kepada kemajuan tamadun tersebut. Sekiranya tamadun tersebut tidak mendapat keredhaan Tuhan,pasti ianya akan musnah. Walaupun hubungan antara manusia dengan Tuhan ialah yang paling utama, namun begitu hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan alam juga perlu dijaga.
Bab 2
Dalam Bab 2 pula, saya telah mempelajari mengenai tamadun Islam. Antara perkara yang telah saya pelajari ialah konsep tamadun Islam, zaman keemasan tamadun Islam dan sumbangan tamadun Islam kepada dunia. Interaksi tamadun Islam dengan tamadun lain juga telah berjaya menyebarkan ajaran Islam ke seluruh dunia. Dengan mempelajari bab ini, saya lebih mengenali ajaran agama Islam dan lebih menghormatinya sebagai agama rasmi di Malaysia.
Bab 3
Bab 3 telah mengajar saya nilai sebenar Tamadun Melayu. Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang sangat maju seuatu ketika dahulu dan dikenali di serata dunia. Namun begitu, pengaruh luar yang telah meruntuhkan nilainya membuatkan keagungan tamadun melayu pada suatu ketika dahulu kini tidak dihargai. Oleh sebab itu, generasi muda pada masa kini haruslah didedahkan dengan sejarah Tamadun Melayu agar mereka lebih berusaha untuk menjadikan Tamadun Melayu Tamadun yang dihormati sekali lagi. Nilai-nilai tamadun melayu yang murni juga patut sentiasa diterapkan dalam diri anak muda pada zaman kini.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
Terdapat banyak nilai yang telah saya pelajari sepanjang menjalankan tugasan kursus ini. Antaranya ialah hormat-menghormati, sentiasa bersyukur kepada Tuhan, menjaga hubungan sesama manusia dan alam dan sentiasa memberi. Namun begiti, nilai utama yang saya pelajari ialah kehalusan budi. Kehalusan sesebuah tamadun dipengaruhi oleh kehalusan budi masyarakatnya. Semakin tinggi kehalusan budi masyarakatnya,maka semakin tinggilah dan majulah tamadun tersebut.
c) Pengalaman pembelajaran di atas talian
Pada pendapat saya, pembelajaran dalam talian adalah amat effektif kerana pelbagai aktiviti dan perbincangan yang dapat dilakukan. Dengan berbincang di atas talian, saya lebih memahami topik yang dipelajari dan nilai yang hendak disampaikan oleh ustazah. Melihat video juga sedikit sebanyak telah menambah pengetahuan saya dalam sesuatu topik.
|
|
|
Post by fazlin2301 on Dec 22, 2015 15:58:23 GMT
NUR FAZLIN SYAHIRAH BINTI MOHAMAD SAFIAI
2015428772
DS240 ( GROUP A)
Minggu 1
Pada pembelajaran kali ini pengenalan kepada ilmu ketamadunan telah banyak membuka mata dan perspektif saya. Maksud tamadun sendiri iaitu Bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Dari maksudnya sahaja disini jelas sekali dapat kita lihat bahawa pembentukan sebuah tamadun itu memang tujuan nya untuk kearah kemajuan sesebuah masyarakat dari segi pelbagai aspek seperti kepecayaan, pembandaran, ekonomi dan kekeluargaan. Kesimpulannya sesebuah tamadun itu ditubuhkan dengan sebab – sebab yang tertentu dan semestinya targetnya untuk berkembang menjadi tamadun yang berjaya dan maju.
Minggu 2
Pada minggu ini tamadun islam merupakan fokus utama dimana tamadun islam banyak membuka mata saya tentang kita sebagai manusia di muka bumi ini tidak lupa juga sebagai khalifah berperanan mentadbir muka bumi ini berlandaskan Al-Quran dan hadis. Tambahan pula, sebagai seorang umat islam yang proaktif, kita juga perlu memiliki sifat cinta akan ilmu seperti mana tokoh-tokoh ilmuan kita pada tamadun Islam dahulu .
Minggu 3
Menerusi pembalajaran tamadun melayu dapat saya simpulkan di Malaysia rakyat Malaysia amat mempraktikkan dan mengamalkan sikap-sikap positif yang dilahirkan sejak tamadun melayu zaman dahulu lagi, seperti contoh, sampai sekarang pengunaan baju melayu dan baju kurung digunakan oleh seluruh masyarakat melayu di Malaysia. Oleh itu jelas sekali ungkapan yang pernah diungkap dahulu berbunyi “takkan hilang melayu di dunia” selaras dengan perkembangan tamdun melayu zaman sekarang.
B) NILAI-NILAI KETAMADUNAN YANG DIPEROLEHI DALAM TUGASAN YANG DIBERI
Terdapat pelbagai nilai ketamadunan yang boleh diperoleh dari proses pembelajaran TITAS ini. Antaranya ialah nilai mecintai ilmu dengan sepenuh hati. Seperti yang kita lihat masyarakat dahulu amat mempunyai sikap mencintai ilmu dan amat berminat untuk mempelajari ilmu dengan lebih dalam lagi. Seperti contoh tamadun islam pada zaman dahulu melahirkan begitu ramai tokoh –tokoh ilmuwan yang rata-ratanya menghabiskan sisa hidup mereka dengan mempelajari pelbagai sektor ilmu. Antaranya bidang astronomi, matematik,sains dan pelbagai lagi. Kesimpulannya di sini amatlah jelas bahawa sesungguhnya nilai cinta akan ilmu itu dapat diserap menerusi nilai ketamadunan yang terdapat dalam setiap tamadun .
c) PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI ATAS TALIAN
Pada pandangan saya , teknik pembelajaran ini amatlah berkesan dan sejujurnya memberi banyak kesan yang positif. Tambahan pula, teknik ini sangat menyeronokkan dan lebih luas perspektifnya kerana pelajar dapat menerokai pelbagai sumber ilmu yang berbeza. Lebih- lebih lagi teknik ini dapat menarik lebih banyak lagi minat pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang info info baru kerana teknik ini tidak mengantuk dan membosankan.
|
|
|
Post by diyana on Dec 22, 2015 16:20:43 GMT
WAN NUR DIYANA BINTI WAN RUSAIDI (2015218678) DS240 (GROUP A)
a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3 BAB 1
Apa yang saya dapat belajar dalam bab ini ialah mengenai tamadun iaitu satu topik yang saya tidak pernah ambil tahu sebelum ini. Kita sepatutnya mengetahui dimanakah dan bagaimanakah asal-usul kita? Jawapannya ialah tamadun. Tamadun meliputi kebudayaan, kemajuan atau peradaban. Kita hendaklah mempelajari sejarah tamadun supaya kita bertambah maju dan bertamadun. Kesimpulannya, tamadun ialah kemajuan yang dicapai oleh satu-satu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk di tahap yang lebih tinggi. Selain itu, saya telah mempelajari perjanjian Ruh iaitu perjanjian asali di antara kita semua dengan Allah SWT , Pencipta, Pemilik serta Pentadbir sekalian alam ini sebelum Ruh dimasukkan ke dalam jasad kita sebagai manusia. Menepati Perjanjian Ruh ini menjadi syarat utama bagi manusia-manusia yang dikira layak untuk layak memasuki syurga.
BAB 2
Saya telah mempelajari sesuatu yang berkait rapat dengan Ad-deen. Kita sebagai hamba-Nya adalah penghutang manakala Allah SWT adalah pemiutang iaitu yang memberi hutang. Dunia ini bersifat sementara kerana apa yang kita ada sekarang ini seperti keluarga yang bahagia, pekerjaan dan rumah yang besar hanyalah pinjaman daripada Allah SWT. Kita adalah penghutang yang meminjam harta-harta ini daripada Allah SWT. Akhiratlah merupakan segala-galanya. Selain itu, kita hendaklah memilih dan memiliki tamadun yang berbahagia. Tamadun yang bahagia merupakan lubuk pahala. Tamadun bahagia disini bermaksud maju, aman dan sejahtera. Sesungguhnya tamadun Islam itu bermatlamatkan menyempurnakan hubungan manusia dengan Allah S.W.T, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam sekitarnya. Jika matlamat ini tercapai tidak syak lagi terbinalah tamadun yang aman, sejahtera, makmur, dan bahagia yang digambarkan oleh al-Quran.
BAB 3
Apa yang saya dapat pelajari tentang tamadun Melayu ialah pertama sekali Melayu sebenarnya sangat hebat. Sebelum itu, kita sepatutnya membuang mindset dalam minda kita bahawa Melayu itu malas, datang lambat, mungkir janji dan sebagainya. Ini kerana Melayu yang dahulu sangat maju, rajin dan berjaya. Oleh itu, kita hendaklah meneruskan kesinambungan ini agar Melayu terus dipandang tinggi. Apabila kita belajar tentang sejarah tamadun ia akan dapat membantu kita untuk belajar masa depan. Sejarah tidak hanya mempelajari masa lalu untuk kepentingan masa lalu saja. Sejarah sebagai kisah nyata pengalaman hidup manusia dapat digunakan untuk memprediksi dan mengjangka kejadian berikutnya/masa depan yang memiliki kecenderungan yang sama. Sehingga secara tidak langsung, sejarah mengajak kita untuk “Berubah!”, memperbaiki yang kurang, dan meningkatkan yang lebih. Selain itu, kita tidak boleh meminggirkan agama dalam semua aspek kehidupan atau dengan nama lain sekuralisma. Hal ini kerana dengan agama lah seseorang itu akan mendapat kehidupan yang berkualiti dan seterusnya ke arah manusia yang bertamadun.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi. Antara nilai ketamadunan yang saya peroleh dalam tugasan ialah nilai kerjasama. Saya telah bekerjasama dengan kawan-kawan dalam menyelesaikan tugasan dan saling tolong-menolong dalam membantu mana yang kurang. Selain itu, kepentingan ilmu pengetahuan. Saya telah belajar bahawa seseorang itu hendaklah sentiasa menambah ilmu pengetahuan kerana ilmu itu sangat luas.
c) Pengalaman pembelajaran di atas talian Melalui pembelajaran di atas talian, saya telah mepertingkatkan diri saya ke arah yang lebih baik dalam bidang teknologi. Contohnya, membuat post di forum dan sebagainya. Di samping itu, pembelajaran di atas talian ini sangat menyeronokkan dan menarik kerana saya dapat menonton video dan gambar-gambar baru yang saya tidak pernah lihat. Contohnya, seni bina Taj Mahal dan sebagainya.
|
|
|
Post by nabilah on Dec 22, 2015 16:48:16 GMT
NABILAH BINTI ABDULLAH SANI 2015218386 DS 240 A a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3 Bab 1
Ilmu tentang ketamadunan penting hari ini kerana ia memberikan faktor-faktor yang boleh membantu ke arah pembinaan dan kejayaannya dan juga sebaliknya apakah perkara-perkara yang boleh membawa kepada keruntuhannya tamadun? Ilmu tentang ketamadunan amat relevan kerana manusia dewasa ini sedang berada di persimpangan jalan. Kejayaan fizikal yang begitu tinggi melalui sains dan teknologi malangnya telah diiringi oleh falsafah dan pandangan semesta atau worldview yang melihat hanya yang material itu wujud, penting dan beroperasi di dalam kehidupan. Secara mudah dapat digambarkan bahawa gerakan Englightenment di barat dan falsafah scientism telah mempengaruhi sistem-sistem pemikiran moden sehingga apa yang dapat dilihat hari ini adalah peminggiran nilai-nilai murni yang menjamin hubungan baik yang diperlukan antara manusia sesama manusia, manusia dan persekitarannya (environmentnya) yang pula banyak bergantung kepada hubungan manusia dan Tuhannya.
Bab 2
Saya dapat mempelajari bahawa tamadun Islam adalah tamadun yang menyeluruh dan boleh dijamin kesempurnaannya. Ia amat mementingkan keadilan dan kesaksamaan antara kalangan manusia . Ramai tokoh yang wujud dalam tamadun ini dan telah menyumbangkan ilmu-ilmu mereka untuk manusia yang akan datang.
Bab 3
Saya telah elajar tentang asal usul Melayu. Saya juga mengetahui bangsa yang sangat mengkaji bangsa Melayu iaitu bangsa Yahudi dan Barat. Selain itu, saya juga melihat semangat cintakan Allah Taala yang tertanam di dalam jiwa kalangan pendakwah yang berdakwah ke tanah melayu sehingga Malaysia menjadi sebuah negara Islam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka sehingga hari kebangkitan.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
1) Nilai keimanan
Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam. Dengan adanya iman , hidup akan diberkati oleh Allah SWT.
2) Nilai Keilmuan
Tamadun manusia berkembang dengan adanya ilmu. Penguasaan ilmu yang tinggi dapat memajukan sesebuah tamadun ke tahap yang lebih memuaskan.
3) Nilai ketaatan
Nilai ketaatan terdapat dalam setiap tamadun di mana rakyat menurut perintah pemerintah sesebuah tamadun tersebut.
c) Pengalaman pembelajaran di atas talian
Pembelajaran di atas talian amat memudahkan bagi saya kerana saya boleh mengakses maklumat-maklumat yang penting melalui internet seterusnya dapat menyiapkan tugasan dengan secepat mungkin.
|
|
|
Post by qilazainuri on Dec 22, 2015 16:57:40 GMT
NUR AQILAH BINTI MOHAMMAD ZAINURI
2015430328
DS 240 (GROUP A)
A) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3
Refleksi minggu-1
Di akhir pembelajaran pada minggu pertama, apa yang saya perolehi dan dapati adalah bagaimana Allah S.W.T menzahirkan kewujudanNya melalui nafas kita dan melalui nafas juga saya dapati bahawa Allah sayang akan kita dan bangga dengan ciptaanNya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang perjanjian antara manusia dan Allah S.W.T ketika alam roh iaitu perjanjian asali dan mengapa manusia lupa akan perjanjian tersebut.
Refleksi minggu-2
Pada minggu kedua, ilmu yang saya pelajari adalah tentang tamadun. Tamadun sangat berkait rapat dengan peradaban. Semakin tinggi peradaban sesebuah tamadun, semakin halus sesebuah tamadun tersebut. Adab juga sangat berkait rapat dengan keberkatan. Tanpa keberkatan daripada Allah s.w.t, kita tidak dapat membina sebuah tamadun yang membahagiakan.
Refleksi minggu-3
Antara yang saya dapati daripada pembentangan rakan-rakan saya adalah tentang persamaan yang ada antara tamadun. Setiap tamadun mempunyai agama dan kepercayaan yang pelbagai. Mereka berpegang akan konsep Tuhan tetapi kebanyakan mereka hanya menyembah pada benda yang nampak oleh pancaindera mereka. Selain itu, setiap tamadun mempunyai sistem tulisan yang tersendiri. Sistem tulisan ini amat penting bagi membina tamadun yang maju. Oleh itu, setiap tamadun ini masih menggunakan konsep hutang dan pemiutang.
B) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi adalah nilai ketuhanan. Setiap tamadun amat mementingkan nilai ketuhanan dalam pemerintahan, perundangan, budaya dan lain-lain. Selain itu, nilai keterbukaan. Setiap tamadun haruslah mempunyai nilai keterbukaan dan berinteraksi dengan tamadun lain. Sifat keterbukaan ini dapat memajukan ekonomi, menyebarkan agama dan juga budaya. Sifat ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada diri sendiri tetapi ia juga untuk masyarakat, bangsa dan juga negara.
C) Pengalaman pembelajaran di atas talian
Ini merupakan pengalaman pertama saya membuat tugasan di dalam talian online. Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi untuk membuat tugasan ini tetapi akhirnya saya berjaya membuat tugasan ini dengan jayanya. Tugasan ini tidak akan lengkap tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada ustazah. Selain itu, ia juga dapat membuka mata saya kerana berpeluang membaca idea-idea dan pandangan rakan lain.
|
|
|
Post by safiyyahyunos on Dec 22, 2015 17:24:34 GMT
Safiyyah binti Mohamad Yunos 2015428712 Group B
Chapter 1
Pada chapter ini saya telah mendapat banyak ilmu yang baru dan sangat luas tentang alam roh. Antara yang saya telah pelajari ialah kita melalui banyak alam dalam kehidupan kita seperti, alam roh, alam rahim (roh dan jasad), alam dunia (dimana kita menunaikan perjanjian kita) dan alam kubur (yang akan bercahaya dengan ibadah kita di alam dunia). Selain itu, saya telah pelajari maksud ibadah yang sebenar, iaitu mengabdikan diri kepada Allah Ta’ala melalui takwa dan bersifat rasa takut kepada Allah. Pengabdian diri kepada Allah juga dapat ditingkatkan dengan mencari guru yang mursyid dan memperbanyakan selawat. Tamadun baik adalah tamadun yang membina roh. daripada kelas ini juga saya baru mengetahui bahawa semua orang yang kita berjumpa di alam dunia adalah roh - roh yang kita telah berselisih di alam roh.
Chapter 2
Pada chapter ini kami telah mempelajari tentang tamadun dan apakah erti sebenar tamadun. Tamadun sebenarnya berkait rapat dengan konsep penghutang dan pemiutang dimana Allah adalah penghutang dan kami adalah pemiutand. ini telah membuka mata saya untuk menyedari bahawa saya tidak memiliki apa - apa di dalam alam dunia ini dan semua yang saya ‘memiliki’ adalah rezeki dan pinjaman hak Allah. Saya juga tersoal ‘mengapa patut aku riak dan bongkak jika apa yang aku ada bukanlah milik aku?’. Selain itu, saya juga pelajari tentang konsep kehalusan dan Ad-Din yang patut menjadi antara panduan untuk membina tamadun yang bahagia.
Chapter 3
Pada chapter ini saya telah berlajar tentang tamadun - tamadun awal seperti Tamadun Mesir, Tamadun Mesopotamia, Tamadun Indus dan Tamadun Hwang Ho. walaupun ciri - ciri setiap tamadun seperti cara pemerintahan dan pentadbiran, dari segi geografi dan kepercayaan berbeza dari setiap tamadun, kita boleh nampak bahawa adanya persamaan yang jelas antara semua tamadun yang menjadi kunci untuk membina sebuah tamadun iaitu kepercayaan terhadap tuhan. Kerana dari kepercayaan ini dapat membentuk manusia dan memupuk sifat kehalusan kedalam sesebuah tamadun. Selain itu, setiap tamadun berhubung kait bersama alam kerana setiap tamadun dibina antara kawan yang subur, sistematik dan mempunyai bekalan air.
b) Antara nilai ketamadunan yang saya pelajari daripada sesi semasa mempelajari bab – bab ini adalah nilai mencintakan ilmu atau sifat menghayati iqra’. Hal ini adalah kerana, untuk sesebuah tamadun untuk terus memaju dan bersaing dengan tamadun lain adalah dengan membina dan mencari ilmu sama ada dari segi ilmu pengetahuan, segi pentadbiran, segi transportasi, dan lain – lain. Perkembangan dalan ilmu dapat membina bukan sahaja tamadun tetapi juga rakyat kelas pertama. Tambahan pula, dengan mencari ilmu dan menerima ilmu, kita dapat membaiki kelemahan tamadun dan membuat penambah baikan seperti mencontohi cara pentadbiran tamadun lain. Sebagai contoh, Melaka telah menjadi lebih maju selepas pemerintah memeluk Islam dan mengikut ajaran Islam dalam sistem pentadbiran dan pemerintahannya.
c) Saya berasa belajar melalui atas talian dapat meningkatkan effisyensi proses pembelajaran kerana saya dapat melakukan kerja mengikut waktu yang sesuai bagi saya dan dapat dilakukan di mana – mana tempat yang saya berada.
|
|
|
Post by MASTURINA AMIN on Dec 22, 2015 17:43:25 GMT
MASTURINA AMIN 2015218418 DS240 GROUP A
A) Pembelajaran Kursus TITAS BAB 1- BAB3:
BAB 1: Apa yang saya nampak dan jelas bagi saya ialah usaha ustazah untuk melihat sejauh mana kekuatan akidah kami terhadap Islam dan seterusnya memantapkan akidah kami. Kalau nak diceritakan apa yang saya dapat pada hari ini tersangatlah banyak inputnya, tetapi apa yang paling menusuk kalbu, jiwa dan raga saya ialah apabila ustazah memberi perumpamaan bahawa Allah itu tidak bertempat, Allah boleh diibaratkan sebagai nafas kita . Tarik nafas bermaksud Allah menghidupkan kita manakala menghembus nafas itu Allah mematikan kita. Tetapi Allah tidak menghidupkan dan mematikan kita. Kerana apa?? Itu adalah bukti rahmat dan kasih sayang Allah terhadap makhluknya. Jadi, tidak ada sebab mengapa kita sebagai hamba ciptaan Allah, tetapi tidak bersyukur dengan nikmat kurniaanNya apatah lagi sampai sanggup berbuat syirik kapada Allah. Nauzubillahi min zalik. Allah menciptakan makhluknya bukan untuk menzalimi kita, tetapi Allah sayang kepada kita. Sentiasalah bersangka baik kepada Allah. Apa yang kita perlu buat sebagai seorang pelajar ialah sentiasa yakin bahawa Allah itu sentiasa bersama-sama dengan kita, selalu ingat Allah, sentiasa mengajak kawan-kawan kearah kebaikan serta tidak pernah berputus asa dengan rahmat Allah SWT.
BAB 2: Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Apa yang paling menarik yang saya ingin kongsikan pada hari ini ialah konsep pokok. Kita tahu pokok yang segar dan sihat bergantung kepada akarnya. Jika rosak atau buruk akarnya, maka pokok yang tumbuh itu tidak sihat atau mingkin mempunyai banyak penyakit. begitu juga dengan konsep iman, akidah, akhlak, dan ihsan. Akhlak itu ialah pokok dan sangat bergantung kepda akarnya, iaitu akidah. Jika akidah dalam diri kita terhadap Allah itu mantap, yakin & percaya bahawa Allah itu Esa, maka sudah semestinya akan tehasil akhlak dan sahsiah diri yang sangat unggul. Hal ini kerana mereka akan berasa takut untuk berbuat kemungkaran atau tidak melakukan kewajipan yang digariskan Islam, serta ingin berasa dekat dengan Allah SWT untuk sentiasa merasakan manisnya iman. Saya juga belajar bahawa terdapat tiga kategori hamba iaitu yang pertama ialah hamba yang bersifat saudagar, kedua ialah hamba yang sentiasa rasa takut dan yang ketiga ialah hamba yang berbuat kerana Allah SWT . Selain itu, ustazah juga telah memberi pencerahan berkenaan syariat jenayah iaitu berkenaan hudud, qisas dan ta’zir. Hudud adalah hak Allah dan wajib dilaksanakan. Namun, ia harus menepati syarat-syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan. Contohnya kes mencuri. Hukum hudud hanya boleh dilaksanakan jika pencuri itu memang berniat jahat serta bersusah payah untuk mencuri. Apa yang saya ingin sampaikan ialah jika niat dia mencuri ialah kerana dia tidak mempunyai makanan untuk hidup atau dia mencuri atas kecuaian si pemilik barang yang dicuri, maka hokum hudud tidak boleh dilaksanakan. Bermaksud, si pencuri itu tidak boleh dipotong tangan. Qisas pula ialah hak individu. Contohnya apabila abang kita dibunuh oleh kawannya, maka kita sebagai ahli keluarga si mati boleh membunuh kawan anak kita balik. Ta’zir pula ialah hak pemerintah untuk menjatuhkan hukuman kepada penjenayah.
BAB 3: Alhamdulillah, selesai sudah perbincangan kita pada minggu ini yang bertajuk Islamisasi Alam Melayu. Terdapat tiga teori kedatangan Islam di Tanah Melayu iaitu melalui China, India dan Arab. Disertakan, beberapa bukti teori yang diutarakan seperti penemuan batu nisan di Pasai, batu bersurat di Kuala Berang Terengganu, tulisan jawi, tarian zapin, seni bina masjid dan banyak lagi. Selain itu, saya juga belajar mengenai pencapaian Tamadun Melayu. Ternyata, anggapan kita tehadap pencapaian melayu adalah serong sebenarnya. Orang-orang Melayu pada zaman dahulu sangat kuat serta disegani. Tetapi, pihak penjajah telah meracuni pemikiran kita dengan mengatakan bahawa masyarakat Melayu itu mundur, menjalankan aktiviti ekonomi sara diri, kecil-kecilan, serta banyak lagi kerana mereka ingin menyorokkan identity melayu yang sebenar. Maka , adalah tanggungjawab kita untuk mengubah balik tanggapan negatif kita terhadap Melayu. Bersyukurlah, kerana dahulu nenek moyang kita adalah sangat hebat, serta mengalir darah mereka dalam badan kita. Akhir kata, buang yang keruh dan ambillah yang jernih.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
1) Nilai Kepercayaan
Tamadun Islam bersumberkan wahyu Allah iaitu al-Quran & as-Sunnah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada ummat baginda. Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian .Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana adalah fitrah manusia itu sendiri mesti hidup bertuhan. Nilai kepercayaan ini dimiliki oleh setiap peringkat perkembangaan tamadun kecuali bagi mereka yang berfahaman bahawa tuhan tidak wujud.
2) Nilai Ekonomi dan Kebendaan
Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat bagi masyarakat dalam sesebuah tamadun. Nilai ekonomi atau kebendaan ini bukan sekadar mengenai keuntungan, tetapi nilainya yang tinggi adalah terletak kepada ketaatan yang jitu kepada Allah. Dengan majunya ekonomi, maka sesebuah tamadun akan cepat atau pesat mencapai kemajuan dari segi prasarana, teknologi dan sebagainya. Natijahnya, manusia dapat hidup dengan lebih senang terutamanya dalam komunikasi.
3) Nilai Kerja
Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja.Nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat dan mencari keberkatan daripada Allah s.w.t. Bekerja memenuhi keperluan hidup secara halal merupakan amalan mulia dan dianggap sebagai ibadah.Jika kerja dilakukan dengan tidak ikhlas, sering curi tulang atau dating lambat, rezeki atau gaji yang kita dapat itu tidak halal dan kurang keberkatan
4) Nilai Kemanusiaan
Manusia diciptakan sebagai suatu makhluk yang mulia. Mempunyai nilai kemanusiaan merupakan suatu nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan insan. Dalam konteks ini,
5) Nilai Keadilan
Adil boleh didefinisikan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adil juga dapat didefinisikan sebagai sikap pertengahan dan menempatkan sesuatu pada tempatnya. Tambahan pula adil membawa maksud sama berat, tidak berat sebelah, tidak memihak dan berpihak kepada yang benar
6) Nilai Kekeluargaan
Nilai kekeluargaan salah satu elemen penting untuk memelihara institusi kekeluargaan yang sangat mahal. Darpada keluarga yang cemerlanglah lahirnya modal insan yang berjati diri jitu serta menyumbang banyak perkara kepada masyarakat dan Negara terutamanya.tambaha pula, hasil daripada nilai kekeluargaan yang baik akan membentuk pula komposisi masyarakat yang baik.
7) Nilai Keilmuan
Kelahiran tamadun Islam adalah berasaskan kepada ilmu berdasarkan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT atas saranan supaya membaca. Konsep mencari ilmu dalam Islam berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain di mana cara perolehan ilmu ini mestilah berlandaskan kepada konsep tauhid.
8) Nilai Akhlak
Akhlak iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Akhlaklah yang mencerminkan hati. Jika hitam hatinya, maka buruklah akhlaknya. Jika suci hatinya dari dosa, maka akhlak-akhlak yang baik-baik sahaja akan nampak.
c) Pengalaman pembelajaran di atas talian
Pada pendapat saya, pembelajaran di atas talian boleh terus dipraktikkan kerana saya mendapat ilmu pengetahuan yang baharu daripada idea pemikiran rakan-rakan yang berlainan pendapat.pembelajaran atas talian sangat berbeza dengan jika belajar dengan buku kerana ia lebih memberi peluang kepada kita untuk meneroka sesuatu ilmu sendiri, dengan minat kita sendiri. Selain itu, saya lebih memahami erti sesebuah tamadun melalui tayangan video yang telah disediakan. Tayangan video merupakan satu element yang dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca.
|
|
|
Post by nadiachemohd on Dec 22, 2015 18:49:54 GMT
NADIA BINTI CHE MOHD 2015430442 DS240
a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3
BAB 1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Bab ini membincangkan konsep dan ciri-ciri tamdun dari sudut etimologi pelbagai bahasa. Konsep tamadun adalah pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna. Bagaimanapun, konsep ketamadunan yang sering difahami oleh masyarakat manusia hari ini lebih menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata. Salah satu ciri tamdun adalah revolusi perbandaran yang pesat di kawasan penempatan penduduk. Selain itu, bab ini menerangkan hubungan tamadun dengan agama, budaya dan bangsa. Setiap hubunganini menunjukkan pertalian yang rapat antara tamadun dan mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri-ciri kehidupan bertamadun. Di samping itu, bab ini menganalisiskan faktor kekuatan dan kelemahan sesbuah tamadun dan antaranya adalahkedudukan yang strategik bagi kekuatan tamadun dan wujud sikap tertutup bagi faktor kelemahan tamdun.
BAB 2 : TAMADUN ISLAM
Setelah mempelajari bab ini, saya mendapat menjelaskan pandangan semesta tamadun Islam. Pandangan semesta ini meliputi sifat-sifat tamadun Islam itu sendiri iaitu bersikap terbuka, keagamaan, toleransi, dan sejagat . Selain itu, saya dapat menghuraikan sumbangan besar tamaadun Islam kepada dunia. Sebagai contoh, tamadun Islam melahirkan ramai sarjana dan para ilmuan tersohor dalam banyak bidang antaranya adalah seperti astronomi. Antara sarjana yang terunggul yang dilahirkan adalah Ibnu Sina yang mahir dalam bidang perubatan. Hasil karya terunggulnya masih digunakan oleh masyarakt sekarang. Saya juga dapt menganalisis cabaran-cabaran semasa tamadun Islam antaranya adalah umat Islam meghadapi masalah golongan minoriti di negara bukan Islam.
BAB 3 : TAMADUN MELAYU
Saya dapat menghuraikan tiga teori kedatangan Islam ke alam Melayu. Sebagi contoh, Islam datang ke alam Melayu dari negara China, India dan A rab seterusnya Islam terus berkembang sehingga sekarang. Saya juga dapat mempelajari peranan tamadun Melayu dalam pembinaan tamadun Islam. antaranya adalah tamadun melayu menjadi teras dalam pembinaan kebudayaan Melayu seperti pemakaian baju kurung yang sangat sopan untuk dipakai dan peranan agama Islam dapat memantapkan tamadun Melayu itu sendiri. Di samping itu, saya dapat mempelajari sejarah dan asal usul kaum melayu dengan lebih mendalam. Pembelajaran sejarah-sejarah pencapaian tamdun Melayu sangat menarik untuk didalami oleh saya. Dari sini saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang asal-usul kaum saya ssendiri dan kaum melayu ini terdapat di serata negara di dunia ini.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
Nilai ketamadunan yang saya perolehi ialah kepentingan ilmu pengetahuan dalam setiap aspek pembangunan sesbyah tamadun. Sebagai contoh, sesebuah tamadun yang kukuh hendaklah mempunyai sistem pentadbiran yang mantap. Di dalam setiap sistem pentadbiran perlu mempunyai golongan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Di sini menunjukkan bahawa ilmu perngetahuan sangat pernting untuk membangunkan sesebuah tamadun itu sendiri. Selain itu, aspek kesenian, ekonomi, perdagangan, pendidikan dan pentadbiiran menitikberatkan ilmu pengethaun bagi meghasilakan karya-karya yang hebat dan sentiasa disenangi ramai. Kehebatan orang Cina umpamanya, menghasilkan kertas dan mesin cetak adalah berguna bagi pengembangan ilmu dan tradisi penghasilan buku. Tradisi orang India meneroka angka dan matematik juga banyak nilainya kerana penemuan itu memberi manfaat kepada manusia mempelajari dan berkongsi yang menyumbang untuk faedah umat manusia. Tidak menjadi masalah bagi orang Islam mempelajarinya kerana amalan itu memperkayakan khazanah yang bermanfaat bagi kemajuan orang Islam. Seperti juga hari ini, tidak salah orang Islam atau bukan Islam mempelajari ilmu membuat komputer atau kereta kerana manfaatnya bagi manusia.
Jika asas ini dijadikan sumber kerjasama, manusia bakal membangunkan rasa kemanusiaan yang tinggi kerana alat teknologi itu memberi guna dan kemudahan kepada manusia.
Meskipun banyak titik persamaan yang baik antara manusia namun perbezaan tetap ada. Perbezaan harus didekati dengan etika. Jika perbezaan itu menyentuh aqidah dan sistem kepercayaan biarlah ia berbeza. Tetapi ada hal yang menyentuh kualiti fitrah manusia yang menuntut adanya asas bersama dan kerjasama. Umpamanya, keperluan ke arah kesungguhan bekerja dan kecekalan melakukan sesuatu adalah tuntutan untuk semua. Suburkan tradisi ini supaya hasil daripadanya akan membawa kepada produktiviti dan kecemerlangan.Dalam membuat keputusan, fikiran setiap orang diperlukan, barulah keputusan itu dihormati dan diyakini. Inilah asas nilai dan etika yang patut disuburkan.
Bagi masyarakat Malaysia, mempelajari dan memahami kesamaan antara tamadun dan nilai fitrah harus dijadikan agenda dalam sistem pendidikan yang ada. Orang Islam harus dididik supaya teguh dengan nilai dan prinsip Quraninya dan bukan Islam harus diajar nilai tamadun dan budaya baik.
Jika hal ini berlaku, setiap warga Malaysia akan merasakan nilai yang fitrah dan kualiti tamadun tinggi dapat merangsang ke arah Malaysia yang maju dan berkualiti.
c) Pengalaman pembelajaran di atas talian
Pada pendapat saya, pembelajaran di atas talian sangat memudahkan saya. Hal ini kerana setiap maklumat yang ingin dicari sangat mudah dicari terutama maklumat yang ada di dalam Internet. Di samping maklumat yang ingin dicari saya jumpai, saya juga memperoleh perngetahuan baru di luar topik pembelajaran. Komunikasi di atas talian juga memudahkan kami pelajar untuk bertanya kepada pensyarah tentang perkara yang tidak diketahui.
|
|
alaa
New Member
Posts: 8
|
Post by alaa on Dec 23, 2015 17:40:12 GMT
NUR ALAA’ NASUHA ABD. AZIZ 2015441344 DS240 GROUP B 1. Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-3
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN Melalui bab 1, saya telah pelajari maksud sebenar di sebalik tamadun. Selama ini pemahaman saya mengenai tamadun adalah sebuah pembangunan kerajaan yang maju dan stabil. Sebaliknya, untuk pembentukan sesebuah tamadun bukan sekadar ekonomi yang memainkan peranan malah akhlak, keagamaan, etika dan lain-lain juga penting. Namun, yang dapat saya simpulkan mengenai tamadun adalah perlu adanya nilai kehalusan. Definisi daripada pelbagai cendekiawan menyimpulkan bahawa nilai kehalusan adalah faktor utama pembentukan sesebuah tamadun.
BAB 2 TAMADUN ISLAM Melalui bab 2,saya pelajari bahawa terdapat tiga asas Islam yang utama iaitu akidah, syariah, dan akhlak. Akidah merupakan tunjang utama, kemudian diikuti dengan syariat. Maka akhlak yang baik akan terbentuk sekiranya dua perkara ini teguh. Untuk membentuk akhlak yang baik haruslah lahirkan ihsan dalam diri. Dengan adanya ketiga-tiga asas ini maka terbentuklah sebuah ilmu yang membentuk tamadun Islam.
BAB 3 TAMADUN MELAYU Bab 3 pula telah mendedahkan bagaimana terbentuknya tamadun Melayu yang suatu masa dulu adalah salah satu tamadun yang terkenal. Menerusi bab ini, saya dapat praktikkan segala akhlak yang baik yang menyebabkan terbentuk tamadun ini. Masyarakat Melayu amat menitikberatkan akhlak ketimuran.
2. Apa nilai ketamadunan yang anda peroleh? Nilai ketamadunan yang saya dapat dari bab 1 hingga bab 3 ialah, setiap tamadun mempunyai nilai keagamaan. Pada asasnya hampir sama tetapi berbeza mengikut agama masing-masing. Tetapi setiap tamadun amat menekankan keagamaan kerana langkah untuk menjadi masyarakat yang bertamadun. Nilai lain ialah nilai kepimpinan. Pemimpin setiap tamadun memainkan peranan yang penting dalam membentuk tamadun. Pemimpin ynag baik pasti akan memajukan tamadun.
3. Pengalaman pembelajaran atas talian? Pada pendapat saya, pengalaman pembelajaran atas talian memberi kesan yang mendalam kerana saya dapat menuntut ilmu di mana- mana di samping meningkatkan prestasi kerja menggunakan medium elektronik. Hal ini dapat memberikan pendedahan yang awal kepada saya untuk menyesuaikan diri untuk kepentingan akan dating. Malah mendidik saya untuk jadi lebih professional.
|
|
|
Post by elhuda on Dec 24, 2015 2:35:42 GMT
NUR AL HUDA BINTI MANSUR (2015230028) GROUP A (DS240)
BAB 1: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Perkataan ‘tamadun’ sering digunakan untuk melambangkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat. Apa yang telah saya dapat dari sesi pembelajaran bab 1 ialah pembentukan tamadun bererti sesebuah masyarakat keluar dari kehidupan primitive dan mengamalkan kehidupan yang baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kehalusan. Selain itu, satu satu bangsa itu peru bangun dan memodenkan diri untuk mencapai kemajuan dan dapat duduk di tahap yang lebih tinggi seperti pencapian dari segi kebendaan pertanian, pengangkutan dan seni bina. Masyarakat tersebut juga perlu mewujudkan hubungan dengan alam sekitarnya yang bersifat kebendaan dan bersumberkan wahyu. Justeru itu, masyarakat sekarang perlu mewujudkan sifat yang baik dan perlu memodenkan diri supaya tamadun yang ada masih boleh berdiri teguh dan bergerak maju pada masa akan dating.
BAB 2: TAMADUN ISLAM
Dalam bab ini, saya telah didedahkan kepada pembentukkan tamadun islam dan mengikut para sarjana Muslim, tamadun Islam bermula dengan pengutusan para nabi dan rasul. Menurut mereka masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang memiliki seluruh tingkat kemajuan yang meliputi aspek spiritual dan material. Islam telah membekalkan asas-asas yang kukuh dan sumber yang mantap untuk manusia membina tamadun. Menurut islam juga, tamadun akan terbina apabila wujudnya nilai nilai baik dan mulia dalam sesebuah masyarakat. Seandainya sesebuah masyarakat mengabaikan nilai nilai baik atau menyalahi matlamat utama pembinaan tamadun, maka masyarakat tersebut akan mengalami zaman keruntuhan.
BAB 3: TAMADUN MELAYU
Apa yang telah saya pelajari dari bab 3 ialah penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun melayu merupakan perkembangan yang paling penting and membentuk sebuah tamadun melayu yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dalam tamadun ini, kebudayaan amat penting dan ia merujuk kepada ilmu pengetahuan sesuatu masyarakat yang diwarisi dan diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Ilmu pengetahuan ini berfungsi seolah-olah seperti satu sistem pengoperasian manusia oleh sebab ianya memberitahu manusia bagaimana untuk berfungsi antara manusia, alam sekitar dan kuasa-kuasa ghaib. Secara umumnya, kesemua nilai nilai islam tersebut berkait rapat dengan konsep Iman yang terdapat dalam agama Islam seperti saling hormat-menghormati orang lain, bertimbang rasa, bersopan santun, dan berbudi pekerti.
NILAI NILAI KETAMADUNAN:
1. Nilai bersemangat kental: dengan mempunyai semangat tinggi, kita dapat membangunkan diri dan juga tamadun ke arah yang lebih maju tanpa berpatah balik dan tanpa jatuh di tengah jalan. Semua ahli tamadun perlu mengajar diri untuk menanam sifat ini agar mereka boleh berjaya dan membangun dengan pantas dan kuat
2. Nilai bersungguh sungguh: sifat ini mengajar kita untuk sentiasa teguh bergerak kehadapan tanpa melihat kebelakang dan ianya bererti sesbuah masyarakat itu perlulah bersatu dan bersungguh dalam mencapai matlamat tamadun mereka.
3. Nilai kekeluargaan: sesebuah tamadun itu perlulah mempunyai nilai ini supaya ia dapat membina sebuah ukhuwah yang teguh dan dapat bersatu hingga bila bila dantidak mudah goyah jika sesuata buruk berlaku.
PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI ATAS TALIAN:
Pada pendapat saya, pembelajaran di atas talian ada senang susahnya. Ia adalah kaedah yang sangat menarik kerana saya boleh mencari maklumat dengan lebih terperinci dan mendalam. Saya juga boleh membandingkan hasil kerja saya dengan hasil kerja sebelumnya dan ia juga membuka mata saya kepada banyak perkara lain secara meluas. Dalam pada itu, ia memakan masa yang lama dan tidak efektif apabila tiada sambungan internet.
|
|