|
Post by Admin on Dec 27, 2015 19:11:09 GMT
Syabas di atas segala usaha anda semua. Seperti yang usatzah nyatakan terdahulu pasti ada banyak cabaran semasa melaksanakan pembelajaran di atas talian khususnya berkaitan fasiliti. Oleh sebab itu ustazah tidak terlalu mengejar tempoh tamat (due date) tetapi lebih kepada pembelajaran bermakna kerana apabila pelajar menyelesaikan tugasan dengan sendiri dan melaksankan akktiviti lanjutan di atas talian, pasti anda menambah ilmu yang sedia ada. Diharapkan matlamat kursus tercapai.
|
|
|
Post by Admin on Dec 27, 2015 19:13:42 GMT
Tahniah dan syabas di atas usaha anda....Semoga Allah dan Tuhan mempermudahkan urusan kalian.
|
|
|
Post by Admin on Dec 27, 2015 19:18:17 GMT
Tahniah kepada semua. Ada beberapa pelajar yang telah mencapai tahap junior member. Syabas diucapkan. Teruskan menjawab soalan kuiz interaktif. Ia membantu anda semua untuk persediaan akhir menjawab peperiksaan.
|
|
|
Post by farizasabri on Dec 28, 2015 15:06:38 GMT
NUR FARIZA ZAHIRAH BINTI SABRI 2015428828 GROUP B
REFLEKSI 1
BAB 1 ( PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN )
Dalam membina sesebuah tamadun, kita harus mementingkan sifat kehalusan. Jika tiada sifat kehalusan dalam melakukan apa sahaja, berkemungkinan sesebuah tamadun yang hendak dibina itu tidak akan menjadi. Tamadun yang membahagiakan tidak akan pernah terpisah dengan tuhan kita iaitu Allah SWT. Kita juga haruslah belajar mengenai peradaban kerana ianya dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan kita juga dapat belajar dari kesilapan yang dilakukan.
BAB 2 ( TAMADUN ISLAM )
Hamba mempunyai 3 kategori iaitu:-
hamab yang bersifat saudagar
hamba yang lakukan sesuatu kerana takutkan neraka
hamba yang lakukan sesuatu kerana Allah SWT
Kita haruslah menjadi hamba yang beryukur. Kita haruslah mempunyai sifat malu dengan pencipta kita iaitu Allah SWT. Kita juga haryslah menjaga moral dan akhlak. Moral fokus kepada norma masyarakat manakala akhlak ialah apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.. Kita juga perlulah mementingkan sifat ihsan iaitu beramal seolah-olah Allah SWT melihat kita. Dlam diri kita haruslah mempunya Iman, Islam dan Ihsan.
BAB 3 ( TAMADUN MELAYU )
Kedatangan agama Islam telah memantapkan tamadun Melayu silam. Islam dan adat Melayu menjadi salah satu struktur dan elemen penting kemelayuan dalam tamadun Malaysia. Islam terus menjadi faktor definitif Melayu iaitu orang Melayu sebagai orang yang mengamalkan adat istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.
REFLEKSI 2
NILAI KETAMADUNAN YANG DIPEROLEHI
Nilai ketamadunan yang diperolehi ialah kita haruslah menerapkan sifat kehalusan dalam diri kita. Kehalusan kepada Allah SWT dan kehalusan kepada masyarakat. Maknanya, kita haruslah mempunyai hubungan yang baik dengan pencipta kita iaitu Allah SWT dan juga mempunyai hubungan yang baik dengan orang disekeliling kita. Kita juga haruslah mempunyai nilai-nilai murni dalam diri kta seperti mempunyai sifat yang sentiasa bersyukur.
REFLEKSI 3
Pada pendapat saya, pengalaman pembelajaran di atas talian merupakan suatu perkara yang menyeronokkan. Hal ini kerana ianya dapat memudahkan para pelajar dalam melakukan sesuatu tugasan. Para pelajar juga dapat memperolehi sesuatu maklumat dengan cepat dan tepat.
|
|
|
Post by sarahathirah on Jan 4, 2016 10:52:30 GMT
SARAH ATHIRAH BINTI RIZAL
2015229668
DS240(GROUP A)
REFLEKSI 1
Seperti yang termaktub dalam Al-Quran , setiap manusia akan menghadapi 5 alam . Alam-alam tersebut ialah alam roh , alam rahim , alam dunia , alam kubur dan alam akhirat . Hakikat penciptaan manusia di dunia bukanlah sia-sia atau main-main , kita dicipta untuk beribadat kepada Allah S.W.T . Namun tidak semestinya kita tidak perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia di dunia ini , kejar lah dunia di tangan bukan di hati . Betapa hebatnya Allah telah mencipta kita dari air mani hinggalah menjadi sebatang tubuh . Kita haruslah menyayangi dan taat kepada Allah S.W.T sebagai tanda bersyukur . Di dunia yang penuh alpa ini , manusia mudah mengambil ringan soal agama , sedangkan siapa kita dan agama kita sekarang adalah pilihan kita sendiri . Kita sendiri telah berjanji ketika perjanjian azali secara sedar dan sukarela tentang agama apa menjadi pilihan kita . Tetapi , Allah tidak meninggalkan kita keseorangan untuk mengenali agama yang telah menjadi agama pilihan kita , Allah S.W.T telah menurunkan para nabi dan rasul serta kitab Al Quran untuk membimbing kita . Betapa Allah sangat dekat dengan kita , seperti nafas yang kita hirup setiap masa . Allah sentiasa ada untuk kita sama ada susah atau senang , tidak seperti manusia yang hanya ada ketika kita senang .
REFLEKSI 2
Hutang dengan manusia dapat dibayar dengan wang ringgit . Namun hutang dengan yang Maha Pencipta tidak akan dapat dilangsaikan . Kita hutang kewujudan dengan-Nya , sesuatu yang tidak dapat digantikan dengan apa-apa . Bukan itu sahaja , setiap nikmat yang kita dapat seperti keselesaan , udara , air , kebahagiaan dan sebagainya juga merupakan hutang kepada kita . Perkara ini sangat membuka mata saya , betapa melimpah ruah kasih sayang Allah S.W.T kepada kita . Kita sebagai manusia sering kali mengikut hawa nafsu hingga kufur nikmat . Kita sepatutnya menghargai setiap kurniaan ALLAH yang dititipkan kepada kita . Apabila kita dilanda keresahan , kesusahan , kesakitan dan keperitan , jangan sesekali merungut atau menyalahkan yang Maha Pencipta . Kesusahan ini belum tentu boleh melangsaikan 1% daripada hutang kita dengan-Nya . Sebaliknya , kembali ke jalan-Nya sama ada ketika susah atau senang .
REFLEKSI 3
Satu persamaan antara semua tamadun ialah mereka memulakan tamadun di kawasan lembah sungai termasuklah tamadun mesir purba dan tamadun indus . Antara semua aspek tamadun ini , sumbangan mereka paling menarik perhatian saya . Pada zaman yang serba moden ini , semua yang kita inginkan sudah ada di depan mata . Kita tidak tahu dan tidak menghargai penciptaannya . Antara sumbangan tamadun indus ialah , perancangan bandar(mohenjo daro dan harappa) , sifat keterbukaan , ilmu geometri dan sebagainya . Manakala , tamadun mesir purba pula sumbangannya ialah ilmu matematik dan astronomi , seni bina piramid , penciptaan kertas dari pokok papyrus , ilmu mumia dan sebagainya . Namun untuk mempertahan sebuah tamadun haruslah seiring dengan agama , tiada agama punah tamadun . Dengan adanya agama , kita akan sentiasa berada dalam jalan yang benar dan jauh dari sifat-sifat mazmumah yang membawa kepada kejatuhan tamadun .
- nilai kesabaran
-nilai kesusilaan
-nilai kerajinan
-nilai tanggungjawab
- nilai keikhlasan
- nilai kehalusan
Pada pendapat saya , pembelajaran atas talian mendatangkan banyak manfaat dan memudahkan sesuatu pekerjaan dan dilakukan pada bila bila masa . Ia juga menarik kerana tidak berpandukan buku sahaja dan memudahkan pelajar untuk mengingati apa yang telah dipelajari .
|
|