|
Post by saiyidahanisah on Dec 21, 2015 14:38:55 GMT
NUR SAIYIDAH HANISAH BT ALI 2015418834 PROGRAM: DS240 (GROUP A)
Refleksi Bab1: Pada pendapat saya, sesebuah tamadun dahulu memberi impak pada era moden. Dari kemajuan dahulu dapat memberi keselesaan pada zaman moden melalui bangunan yang teratur, sistem peparitan yang efektif dan dari segi akhlak, mengajar bahawa pentingnya kewujudan agama dalam memajukan secara fizikal dan rohani
Bab2: Tamadun Islam telah mengajar saya, bahawa hubungan antara manusia dan Allah adalah penting untuk menjamin kemajuan diri dan orang sekeliling. Bukanlah kehidupan dunia semata-mata yang perlu dikejar serta keikhlasan dan kepentingan menuntut ilmu adalah penting untuk memajukan diri bagi melahirkan kaedah/memajukan sesuatu demi kesenangan ramai
Bab3: Perkara yang telah saya pelajari di sini adalah, ketaatan dan kesetiaan kaum Melayu terhadap pemerintah melahirkan kerajaan/ tamadun yang kukuh. Apabila Raja mereka memeluk Islam maka, rakyat juga akan turut tanpa persoalkan. Kerjasama dan kepercayaan ini amat penting bagi menjamin keamanan daripada dirampas oleh kuasa luar
-NILAI-NILAI KETAMADUNAN- 1. Kerjasama: Pemerintah dan rakyat berkerjasama bagi memastikan keamanan sesebuah tamadun 2. Taat: Golongan bawahan (petani, pedagang) mentaati pemerintah dengan membantunya meluaskan kuasa dan kawasan jajahan 3. Hormat: Rakyat memandang tinggi terhadap pemerintahnya
PENGALAMAN BELAJAR DALAM TALIAN Pada pandangan saya, pembelajaran di talian memudahkan saya untuk mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesebuah tamadun. Juga, ia lebih kreatif kerana melibatkan video yang berkaitan untuk pembelajaran berdasarkan gambar menunjukkan keunikan sesebuah tamadun
|
|
|
Post by shamsulshamil on Dec 21, 2015 14:44:07 GMT
SHAMSUL SHAMIL BIN SHAMSUL FADZIL 2015277936 DS240 -GROUP B-
A)Bab 1 –Pengenalan Ilmu Ketamadunan
Dalam bab ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang unsur-unsur pembentukan sesebuah tamadun. Bagi memastikan kecemerlangan tamadun, kita perlulah dibekalkan dengan ajaran dan didikan agama terlebih dahulu. Dengan ini, kecemerlangan tamadun dapat dijamin kerana kerohanian setiap ahli masyarakat terpelihara. Justeru, saya berazam untuk mengumpul dan mencari sebanyak mungkin ilmu agama agar dapat membentuk keperibadian diri yang lebih mulia. Selain itu, kcemerlangan tamadun tercapai apabila mempunyai sistem ekonomi yang kukuh. Juteeru, kita sebagai ahli masyarakat haruslah bekerjasama bagi membentuk sisitem ekonomi yang kukuh sehingga dikagumi oleh kuasa luar. Unsur- unsur negatif seperti riba dan penipuan haruslah dijauhi agar kepentingan pengguna terjaga dengan sebaiknya. Di samping itu, politik yang kukuh turut termasuk dalam kecemerlangan tamadun. Justeru, saya berazam untuk memlih pemimpin yang bijak agar kesejahteraan tamadun terpelihara dan dapat dibangunkan lagi apabla berlakunya interaksi antara tamadun. Namun, pada masa yang sama , kita hendaklah membekalkan diri dengan ilmu yang cukup agar dapat menapis anasir-anasir luar yang boleh merebak sehingga menyebabkan huru-hara dalam masyarakat.
Bab 2-Tamadun Islam
Dalam bab ini, saya dapat menyedari bahawa tamadun Islam merupakan tamadun yang terbaik untuk dipraktikkan. Hal ini adalah kerana prinsipnya yang jelas dan tidak tersembunyi yang terdiri daripada keimanan dan pengabdian diri kepada Allah, benar dan amanah serta adil dan saksama. Justeru, saya berazam utuk mempersiapkan diri untuk menyempurnakan tugas sebagai khalifah di muka bumi dengan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan amar makruf, nahi mungkar (mengajak ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran). Selain itu, syariat Islam telah menggariskan lima prinsip utama dikenali sebagai maqasid al-syari’ah yang msti dihormati dan dipelihara oleh setiap Muslim dalam membangunkan tamadun Islam. Justeru, saya berazam untuk bersama-sama umat lain untuk tidak sesekali memandang ringan akan hal ini dalam memelihara agama, menjaga nyawa, memelihara kewarasan akal, menjaga maruah dan keturunan manusia serta melindungi harta benda manusia. Selain itu, kuasa-kuasa Barat memusuhi Islam kerana menganggapnya sebagai suatu ancaman. Sedangkan pada hakikatnya, Islam tidak pernah memusuhi mana-mana peeradaban. Justeru, kita sebagai umat Islam hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu fardhu ain bagi menepis kenyataan berkenaan dan bangkit dengan kemajuan kita sendiri bagi mengubah persepsi mereka terhadap tamadun Islam.
Bab 3-Tamadun Melayu
Dalam bab ini, saya dapat menyedari bahawa bangsa Melayu berasal dar berbagai-bagai tempat misalnya pergunungan Himalaya yang dikenali sebagai kumpulan Melayu Proto dan Kemboja yang dikenali sebagai kumpulan Melayu Deutro. Saya kagum dengan kemahiran orang-orang Melayu terdahulu yang mahir membina bahtera dan meredah lautan serta menduduki sebanyak 60 peratus muka bumi sejak beribu tahun yang terdahulu. Selain itu, tamadun Melayu sering dikaitkan dengan teori kedatangan Islam dari pelbagai tempat seperti India, Cina dan Arab. Namun, saya percaya dan yakin sepenuhnya bahawa kedatangan Islam yang sebenarnya datang dari Tanah Arab. Bukti yang jelas adalah melalui pengaruh Asia Barat dalam tulisan Jawi, yang mana tulisan Jawi adalah menggunakan huruf-huruf yang sama dengan huruf Arab. Tambahan pula, cara tata bacaan al-Quran sama dengan tata bacaan di Asia Barat atau Timur Tengah, tidak mirip padabacaan ala penganut Islam di India mahupun China. Justeru, ini membuktikan agama Islam yang diamalkan di Mlaaysia adalah asli dan tidak bercampur aduk seperti yang dikemukakan sarjana Barat. B)Nilai ketamadunan yang telah dapat saya kaji sepanjang pembelajaran ini adalah kesungguhan. Kesungguhan yang dapat saya lihat dengan jelas dalam para pemimpin setiap tamadun apabila mengembangkan tamadun seperti mengadakan sistem ekonomi yang mantap, menyediakan pendidikan secukupnya kepada rakyat di samping mengadakan interaksi sesama tamadun agar tamadun dapat berkembang dengan pesat. Selain itu, nilai ketuhanan turut jelas terpampang dalam setiap tamadun. Setiap tamadun amat menitikberatkan kepentingan beragama dalam membentuk tamadun. Hal ini adalah kerana apabila beragama, maka keharmonian dan kesejahteraan tamadun dapat dijamin disebabkan tahap kerohanian terpelihara. Akhir sekali, nilai mementingkan ilmu pengetahuan. Setiap tamadun hanya akan maju apabila mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam membangunkan tamadun di samping dapat mengatasi pengaruh-pengaruh luar.
C) Pada pendapat saya, pembelajaran dalam talian amatlah digalakkan. Hal ini adalah kerana saya sebagai pelajar boleh mengulang kaji mana-mana topik yang saya ingin ketengahkan dengan lebih mendalam melalui talian. Berbanding tanpa talian, hal ini menjadi lebih sukar kerana saya harus rujuk sendiri topik tersebut melalui buku-buku rujukan yang biasanya mengambil masa yang lama. Selain itu, jika saya mempunyai sebarang permasalahan, saya boleh berhubung terus dengan pensyarah yang berkenaan melalui talian. Hal ini menjimatkan masa kerana jika saya tidak berkesempatan untuk berjumpa pensyarah, saya boleh merujuk kepadanya dalam talian. Akhir sekali, video-video mengenai topik berkaitan dalam talian adalah menarik dan membangkitkan semangat untuk belajar.
|
|
|
Post by hadib96 on Dec 21, 2015 14:53:15 GMT
HADIB JAZMINE BINTI MOHD HATTA 2015664062 GROUP B DS 240
Reklesi saya pada bab yang pertama adalah saya dapat lihat terdapat pelbagai konsep tamadun dari pandangan barat dan juga islam. Maksud tamadun dari pandangan islam ialah Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas, Tamadun Islam membawa satu takrif“ keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.” Ibnu Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau Tamadun Islam ini sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam konteks Tamadun Islam iaitu madaniah, tamadun, hadarah dan umran. Ibnu Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah memberi erti umran sebagai kawasan tanah yang didiami , tinggal menetap , berkembang subur dan maju. Hadarah pula ialah satu daerah , kota , bandar , kampung atau tanah yang diusahakan. Perkataan tamadun pula membawa erti, memiliki ciri-ciri hidup bandar atau bertamadun dari aspek yang akan diterangkan dalam ciri-ciri tamadun nanti. Menurut sarjana barat, Will Durant, tamadun merupakan sebuah peraturan masyarakat yang dapat mendorong serta membantu meningkatkan produktivitimasyarakat itu sendiri. Selain daripada itu, beliau juga menambah di manaperaturan ini mengandungi empat elemen penting iaitu elemen sumber ekonomi,elemen sistem politik, elemen tradisi moral dan juga elemen kerohanian. J.K. Fiebleman pula mempunyai pendapat yang berbeza sama sekaliberbanding Will Durant. J.K Fiebleman menggambarkan tamadun sebagai kebijakanmasyarakat mengeksploitasi sesuatu material. Maksud lain yang mudah difahamiialah proses masyarakat ke atas sesuatu material yang menjadikannya barang baruuntuk keperluan mereka sendiri.Pendapat lain telah datang daripada Oswald Spengler. Beliau menyatakandengan mudah di mana tamadun barat lebih mementingkan kebendaan kerana bagimereka kebendaan tersebut yang mampu membawa kemajuan kepada masyarakat. M.A .J Beg (1985) pencapaian manusia dalam bentuk kota ,sistem tulisan keseniaan seni bina dan kepercayaan kepada undang –undang dan politik.
Saya juga belajar apakah faktor kejatuhan sesebuah tamadun. Antaranya adalah :-
1. Keruntuhan akhlakKeruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah factor kemerosotansesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak dipedulikan lagi. Sikap berfoya-foya, amalanrasuah, tamakkan kuasa berlaku secara berleluasa. Contohnya empayar moghul dan kesultanan Delhi.
2. Perpecahan di kalangan masyarakatPerpecahan di kalangan masyarakat turut membantutkan perkembangan tamadun. Contohnyapertentangan antara kaum mawali berbangsa Parsi dengan Bani Umaiyah menyebabkan kerajaan BaniUmaiyah merosot.
3. KetidakadilanKetidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya danmiskin juga menjadi punca kemerosotan sesebuah tamadun. Contohnya di Yunani terdapat golonganhamba abdi yang hidup melarat yang ditindas dan dikerah untuk mengusahakan tanah golonganberharta telah menyebabkan pemberontakan di kalangan masyarakat bawahan.
4. Ketidakstabilan politikPerpecahan dikalangan negara kota dan wilayah-wilayah yang dijajah.
5. Bencana alam atau malapetakaMenyebabkan berlaku kerosakan harta benda secara besar-besaran seperti banjir, wabak penyakit dansebagainya. Contoh Athens – serangan wabak penyakit yang mengakibat kematian penduduk danpemerintahnya iaitu Pericles.
6. Penerimaan perubahansikap tidak mahu menerima perubahan juga boleh membantutkan perkembangan tamadun. Sikapseperti ini merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya membawakepada masyarakat berkeadaan beku atau static berpanjangan. Contohnya kerajaan TurkiUthmaniyyah.
Dalam bab 2 saya telah memahami konsep tamadun islam berbeza dengan konsep tamadun menurut perspektif bukan islam. selain itu , saya juga telah belajar ajaran islam adalah faktor yang mendorong pencapaian cemerlang umat dan negara islam dalam pelbagai kehidupan , khususnya berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Seterusnya , perkembangan pesat tamadun islam di Andalusia telah membawa masyarakat benua ero[pah keluar dari zaman gelap. Sejak runtuhnya empayar uthmaniah sehingga kini, keadaan umat islam tidak banyak berubah. Mreka masih bercakaran sesame sendiri berpunca daripada masalah remeh. Rata –rata negara umat islam kini masih bergantung kepada teknologi barat dalam semua hal, hatta dalam soal-soal yang paling strategic dan melibatkan keselamatan negara. Seterusnya , kegemilangan tamadun islam mulai merosot apabila umat islam tidak lagi komited mengamalkan ajaran islam sebagai sistem hidup dan mula bercakaran sesame sendiri. Kuasa-kuasa barat memusuhiislam kerana menggangapnya sebagai suatu ancaman. Pada hakikatnya , islam tidak memusuhi dunia barat atau mana-mana peradaban. Islam hanya menentang ideology dan sikap rakus dunia barat yang berusah mengekalkan hegamoni mereka ke atas masyarakat lain. Akhir sekali,negara dan umat islam di seluruh dunia perlu memperbaharui tekad dan azam untuk memperbaiki diri , menjalin hubungan mesra dengan semua warga dunia., menyemarakkan kegiatan dakwah dan seterusnya merealisasikan semula islam sebagai sistem hidup yang menjamin keadillan manusia sejagat.
Dalam bab 3 , saya dapat menyimpulakan bahawa kedatangan islam ke tanah melayu telah membentuk wajah baharu yang memperkukuhkan identity melayu yang sebelumnya dibayangi olen elemen-elemem yang rapuh dan tidak kekal. Dengan beridentitikan islam , maka bangsa melayu akan dapat menjayakan pepatah “tidak melayu hilang di dunia” . kejituan tamadun melayu yang berasakan agama islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa melayu di tanah melayu terutama di Malaysia. Oleh itu , sudah semestinya bangsa melayu kini dan akan datang mengekalkan elemen asas yang telah berjaya memandu dan mengawal pejuang yang sebelum mereka bagi memastikan perjalanan dan usaha mereka membangunkan negara Malaysia tidak tergelincir atau tidak diganggu oleh sebarang anasir.
Antara nilai ketamadunan yang saya perolehi adalah semangat islam dalam menyebarkan islam walaupun menerima pelbagai halangan. Semangat bekerjasam dalam membangunkan islam di tanah melayu juga merupakan salah satu nilai yang saya perolehi. Islam juga telah memberi banyak sumbangan kepada masyarkat melayu . selain itu , nilai murni seperti benar dan amanah juga merupakan salah satu sebab ramai masyarakat yang menerima islam. adil dan saksama juga mempunyai salah satu nilai murni yang saya perolehi. Pengalaman pembelajaran di atas ialah saya dapat mendalami islam dengan lebih baik dan menyeluruh. Kesusahan orang islam untuk menyebarkan islam juga sedikit sebanyak menyedarkan saya.
|
|
|
Post by hadib96 on Dec 21, 2015 14:55:15 GMT
HADIB JAZMINE BINTI MOHD HATTA 2015664062 GROUP B DS 240
Reklesi saya pada bab yang pertama adalah saya dapat lihat terdapat pelbagai konsep tamadun dari pandangan barat dan juga islam. Maksud tamadun dari pandangan islam ialah Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas, Tamadun Islam membawa satu takrif“ keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.” Ibnu Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau Tamadun Islam ini sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam konteks Tamadun Islam iaitu madaniah, tamadun, hadarah dan umran. Ibnu Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah memberi erti umran sebagai kawasan tanah yang didiami , tinggal menetap , berkembang subur dan maju. Hadarah pula ialah satu daerah , kota , bandar , kampung atau tanah yang diusahakan. Perkataan tamadun pula membawa erti, memiliki ciri-ciri hidup bandar atau bertamadun dari aspek yang akan diterangkan dalam ciri-ciri tamadun nanti. Menurut sarjana barat, Will Durant, tamadun merupakan sebuah peraturan masyarakat yang dapat mendorong serta membantu meningkatkan produktivitimasyarakat itu sendiri. Selain daripada itu, beliau juga menambah di manaperaturan ini mengandungi empat elemen penting iaitu elemen sumber ekonomi,elemen sistem politik, elemen tradisi moral dan juga elemen kerohanian. J.K. Fiebleman pula mempunyai pendapat yang berbeza sama sekaliberbanding Will Durant. J.K Fiebleman menggambarkan tamadun sebagai kebijakanmasyarakat mengeksploitasi sesuatu material. Maksud lain yang mudah difahamiialah proses masyarakat ke atas sesuatu material yang menjadikannya barang baruuntuk keperluan mereka sendiri.Pendapat lain telah datang daripada Oswald Spengler. Beliau menyatakandengan mudah di mana tamadun barat lebih mementingkan kebendaan kerana bagimereka kebendaan tersebut yang mampu membawa kemajuan kepada masyarakat. M.A .J Beg (1985) pencapaian manusia dalam bentuk kota ,sistem tulisan keseniaan seni bina dan kepercayaan kepada undang –undang dan politik.
Saya juga belajar apakah faktor kejatuhan sesebuah tamadun. Antaranya adalah :-
1. Keruntuhan akhlakKeruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah factor kemerosotansesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak dipedulikan lagi. Sikap berfoya-foya, amalanrasuah, tamakkan kuasa berlaku secara berleluasa. Contohnya empayar moghul dan kesultanan Delhi.
2. Perpecahan di kalangan masyarakatPerpecahan di kalangan masyarakat turut membantutkan perkembangan tamadun. Contohnyapertentangan antara kaum mawali berbangsa Parsi dengan Bani Umaiyah menyebabkan kerajaan BaniUmaiyah merosot.
3. KetidakadilanKetidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya danmiskin juga menjadi punca kemerosotan sesebuah tamadun. Contohnya di Yunani terdapat golonganhamba abdi yang hidup melarat yang ditindas dan dikerah untuk mengusahakan tanah golonganberharta telah menyebabkan pemberontakan di kalangan masyarakat bawahan.
4. Ketidakstabilan politikPerpecahan dikalangan negara kota dan wilayah-wilayah yang dijajah.
5. Bencana alam atau malapetakaMenyebabkan berlaku kerosakan harta benda secara besar-besaran seperti banjir, wabak penyakit dansebagainya. Contoh Athens – serangan wabak penyakit yang mengakibat kematian penduduk danpemerintahnya iaitu Pericles.
6. Penerimaan perubahansikap tidak mahu menerima perubahan juga boleh membantutkan perkembangan tamadun. Sikapseperti ini merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya membawakepada masyarakat berkeadaan beku atau static berpanjangan. Contohnya kerajaan TurkiUthmaniyyah.
Dalam bab 2 saya telah memahami konsep tamadun islam berbeza dengan konsep tamadun menurut perspektif bukan islam. selain itu , saya juga telah belajar ajaran islam adalah faktor yang mendorong pencapaian cemerlang umat dan negara islam dalam pelbagai kehidupan , khususnya berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Seterusnya , perkembangan pesat tamadun islam di Andalusia telah membawa masyarakat benua ero[pah keluar dari zaman gelap. Sejak runtuhnya empayar uthmaniah sehingga kini, keadaan umat islam tidak banyak berubah. Mreka masih bercakaran sesame sendiri berpunca daripada masalah remeh. Rata –rata negara umat islam kini masih bergantung kepada teknologi barat dalam semua hal, hatta dalam soal-soal yang paling strategic dan melibatkan keselamatan negara. Seterusnya , kegemilangan tamadun islam mulai merosot apabila umat islam tidak lagi komited mengamalkan ajaran islam sebagai sistem hidup dan mula bercakaran sesame sendiri. Kuasa-kuasa barat memusuhiislam kerana menggangapnya sebagai suatu ancaman. Pada hakikatnya , islam tidak memusuhi dunia barat atau mana-mana peradaban. Islam hanya menentang ideology dan sikap rakus dunia barat yang berusah mengekalkan hegamoni mereka ke atas masyarakat lain. Akhir sekali,negara dan umat islam di seluruh dunia perlu memperbaharui tekad dan azam untuk memperbaiki diri , menjalin hubungan mesra dengan semua warga dunia., menyemarakkan kegiatan dakwah dan seterusnya merealisasikan semula islam sebagai sistem hidup yang menjamin keadillan manusia sejagat.
Dalam bab 3 , saya dapat menyimpulakan bahawa kedatangan islam ke tanah melayu telah membentuk wajah baharu yang memperkukuhkan identity melayu yang sebelumnya dibayangi olen elemen-elemem yang rapuh dan tidak kekal. Dengan beridentitikan islam , maka bangsa melayu akan dapat menjayakan pepatah “tidak melayu hilang di dunia” . kejituan tamadun melayu yang berasakan agama islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa melayu di tanah melayu terutama di Malaysia. Oleh itu , sudah semestinya bangsa melayu kini dan akan datang mengekalkan elemen asas yang telah berjaya memandu dan mengawal pejuang yang sebelum mereka bagi memastikan perjalanan dan usaha mereka membangunkan negara Malaysia tidak tergelincir atau tidak diganggu oleh sebarang anasir.
Antara nilai ketamadunan yang saya perolehi adalah semangat islam dalam menyebarkan islam walaupun menerima pelbagai halangan. Semangat bekerjasam dalam membangunkan islam di tanah melayu juga merupakan salah satu nilai yang saya perolehi. Islam juga telah memberi banyak sumbangan kepada masyarkat melayu . selain itu , nilai murni seperti benar dan amanah juga merupakan salah satu sebab ramai masyarakat yang menerima islam. adil dan saksama juga mempunyai salah satu nilai murni yang saya perolehi. Pengalaman pembelajaran di atas ialah saya dapat mendalami islam dengan lebih baik dan menyeluruh. Kesusahan orang islam untuk menyebarkan islam juga sedikit sebanyak menyedarkan saya.
|
|
|
Post by amirulmukminin on Dec 21, 2015 14:55:51 GMT
MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ BIN MOHD KHARUZHAR 2015666926 DS240 (GROUP A )
A) PEMBELAJARAN KURSUS TITAS CHAPTER 1-3
REFLEKSI;
CHAPTER 1-PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Ilmu tentang ketamadunan amat relevan kerana manusia dewasa ini sedang berada di persimpangan jalan. Kejayaan fizikal yang begitu tinggi melalui sains dan teknologi malangnya telah diiringi oleh falsafah dan pandangan semesta atau worldview yang melihat hanya yang material itu wujud, penting dan beroperasi di dalam kehidupan. Secara mudah dapat digambarkan bahawa gerakan Englightenment di barat dan falsafah scientism telah mempengaruhi sistem-sistem pemikiran moden sehingga apa yang dapat dilihat hari ini adalah peminggiran nilai-nilai murni yang menjamin hubungan baik yang diperlukan antara manusia sesama manusia, manusia dan persekitarannya yang pula banyak bergantung kepada hubungan manusia dan Tuhannya.
CHAPTER 2- TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam telah mengajar saya, bahawa hubungan antara manusia dan Allah adalah penting untuk menjamin kemajuan diri dan orang sekeliling. Bukanlah kehidupan dunia semata-mata yang perlu dikejar serta keikhlasan dan kepentingan menuntut ilmu adalah penting untuk memajukan diri bagi melahirkan kaedah/memajukan sesuatu demi kesenangan ramai .
CHAPTER 3- TAMADUN MELAYU
Baju kurung dan baju melayu bukanlah direka sesuka hati, tapi disebaliknya ada maksudnya tersendiri. Seperti butang baju melayu yang melambangkan lima rukun islam dan baju kurung dinamakan sebagai 'kurung' adalah kerana utk mengurung keimanan.
B) NILAI-NILAI KETAMADUNAN YANG DIPEROLEHI DALAM TUGASAN YANG DIBERI
Sifat bertanggungjawab dalam menyediakan tugasan mengikut spesifikasi yang dikehendaki dan pada masa yang ditetapkan. Bekerjasama dengan rakan sekumpulan serta bertolak ansur dalam membuat keputusan agar kata sepakat dapat dicapai tanpa sebarang perbalahan. Dapat memikir idea dengan lebih kreatif dan kritis dalam menyiapkan tugasan. Menghormati ilmu yang diperolehi ketika menyiapkan tugasan.
C) PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI ATAS TALIAN
Pembelajaran atas talian ini sangat membantu saya dalam memahami setiap pembelajaran. Ini kerana bukan sahaja audionya yang jelas lagi senang difahami, yakni animasi serta videonya yang menarik juga dapat menarik minat serta meningkatkan daya ingatan saya.
|
|
|
Post by ameeraina on Dec 21, 2015 14:58:27 GMT
AMIRAH AINA BINTI AZAHARI 2015218646 DS240 GROUP B
Bab 1 Dalam bab 1, saya dapat mendalami erti-erti tamadun dengan lebih baik. Saya juga faham hidup kita perlulah bertamadun dan halus. Ilmu ketamadunan penting bagi melahirkan manusia yang berjaya di dalam kehidupannya sama ada di dunia dan di akhirat. Ilmu ini membuka ruang kepada manusia untuk saling memahami dan berinteraksi secara positif bagi mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni.
Bab 2 Setelah mempelajari bab 2, saya faham akan konsep tamadun Islam berbeza dengan konsep tamadun daripada segi bukan Islam. Saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya mengenai kebangkitan Islam di mata dunia. Kegemilangan Islam di Andalusia telah membantu masarakat benua Eropah keluar daripada Zaman Gelapnya. Banyak cabaran yang perlu dihadapi bagi meningkatkan agama Islam.
Bab 3 Dalam bab ini, saya dapat menyimpulkan bahwa kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk wajah dan dunia baru. Kejituan tamadun Melau berasaskan agama Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa Melayu di Malaysia. Saya juga dapat memahami bagaimana tamadun Melayu berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain dan adat istiadat Melayu dengan lebih baik.
Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi ialah keikhlasan dalam menimba. Walaupun susah akan sesuatu subjek itu, keikhlasan dalam diri itu perlu ada agar niat kita menuntut ilmu diterima Allah dan akan mendapat ganjaran dari-Nya. Nilai rajin juga diterap ketika mempelajari subjek ini. Doa tanpa usaha tiada gunanya. Jadi rajin berusaha dan belajar bersama doa mampu mendapatkan maanfaat.
Pengalaman pembelajaran di atas talian sangat menarik dan bermakna bagi saya. Ia tidak membosankan dan saya boleh buat dengan santai tanpa stress. Bagus sekali teknologi sekarang digunakan dengan baik bagi mendapatkan ilmu yang berguna.
|
|
sufi
New Member
Posts: 6
|
Post by sufi on Dec 21, 2015 15:35:56 GMT
WAN ANIS SUFIAH BINTI WAN MOHAMMAD NOOR 2015430204 DS240A
Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3
Bab 1 Saya mempelajari bahawa tamadun terawal bermula di lembangan sungai. Manusia berhijrah dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan. Kemudian saya mengetahui antara faktor-faktor kemunculan tamadun dunia ialah interaksi antara tamadun, ekonomi yang mantap, politik yang kukuh, budaya masyarakat yang tinggi. toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun lain, kesengsaraan hidup, budaya masyarakat yang tinggi, rangsangan agama dan rohani dan kedudukan yang strategik. Petempatan awal yang mempunyai banyak sumber semula jadi akan menjadi pilihan penempatan orang ramai.Ajaran agama dan amalan rohani mendorang manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang murni serta membentuk kehidupan bertamadun. Manakala kesengsaraan hidup boleh mendorang masyarakat untuk bekerjasama menggembleng tenaga bagi membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Oleh itu, mengetahui faktor-faktor yang boleh menyebabkan pembangunan tamadun merupakan perkara yang penting untuk memajukan negara
Bab 2 Saya juga mempelajari bahawa prinsip tamadun islam ialah keimanan dan pengabdian diri kepada Allah, benar dan amanah, adil dan saksama. Tujuan syariah ialah memelihara agama, menjaga nyawa dan melindungi harta benda manusia. Nyawa merupakan pinjaman daripada Allah SWT kepada manusia. Oleh itu, manusia tidak dibenarkan membunuh diri ataupun membunuh orang lain secara tidak sah.Oleh itu, Kita tidak boleh membuatkan agama satu permainan dan bermain menjadi tuhan dengan membunuh nyawa diri sendiri dan keliling kita.
Bab 3 Saya mempelajari bahawa kedatangan islam boleh datang dari mana - mana samada dari Arab, India atau China. Pengaruh Islam kepada masyarakat ialah lahir semangat jihad untuk menentang penjajah, sistem pemerintahan berasaskan Islam iaitu institusi kesultanan dan sistem ekonomi semakin stabil kerana unsur - unsur yang haram seperti riba, penindasan dan penipuan dilarang. Oleh itu, saya berasa sangat bersyukur kerana menganuti agama Islam. Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi Nilai keagamaan: dimana agama merupakan salah satu faktor untuk membangunkan tamadun Nilai kekeluargaan: keluarga merupakan asas kepada negara yang maju Nilai patriotik: patriotisma merupakan salah satu yang perlu dipupuk supaya negara tidak akan dijajah lagi
Pengalaman pembelajaran di atas talian Pada pendapat saya, pembelajaran di atas talian merupakan satu kaedah yang sangat menarik dan senang kerana maklumat di hujung jari sahaja. Di samping itu, saya boleh melihat post orang lain untuk menambah ilmu pengetahuan yang tidak saya mengetahui sebelum ini.
|
|
|
Post by dhaniyah on Dec 21, 2015 15:37:45 GMT
NIK DHANIYAH BINTI NIK HUSNI 2015428804 DS240 GROUP B
REFLEKSI : TAMADUN MELAYU Assalamualaikum, pada minggu ini saya belajar tentang teori kedatangan Melayu. Teori tentang kedatangan Islam ke Tamadun Melau dikatakan berasal dari teori dari China, Champa, Arab. Kedatangan Islam diperkukuh dengan teori dari China dan Champa yang mengatakn Islam dating dari China kerana adanya Masjid Kenangan Nabi (Wai Shin Zi). Selain itu, terdapat penemuan batu nisan dan penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu. Tamadun Melau semakin berkembang dari segi pemerintahan, pendidikan ekonomi, kewujudan institusi. Tamadun semakin berkembang dari sebuah tamadun ke tamadun yang lain kerana adanya kedatangan Islam yang memperkukuh sesebuah tamadun.
REFLEKSI : SUMBANGAN TAMADUN ISLAM Assalamualaikum, saya dapat simpulkan tentang sumbangan tamadun islam. Tamadun Islam membawa ke arah pengaliran ilmu islam ke eropah. Masyarakat Eropah berminat untuk mempelajari Islam dan mereka bermula dengan mempelajari tentang aktiviti penterjemahan. Selain itu, tamadun slam membawa kea rah perkembangan teknologi perubatan di mana Ibn Sina merupakan tokoh perubatan Islam yang mula memperkenalkan tentang perubatan melalui kitabnya Al-Qanun Fi Al-Tibb.
REFLEKSI : KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Assalamualaikum, pada minggu ini saya pelajari tentang kelahiran dan perkembangan tamadun islam. Tamadun bermula di lembangan sungai kerana di sini boleh melakukan aktiviti pertanian. Tamadun islam lahir di Makkah dan berkembang di Madinah serta tersebar ke Kufah dan Basrah di mana di sini menyebabkan pertambahan penganut Islam. Kelahiran Tamadun Islam adalah kerana ajaran islam itu sendiri. Tamadun Islam berkembang kerana terdapatnya sumber ekonomi yang luas dan banyak. Sumber kewangan islam juga membawa kepada perkembangan tamadun Islam. Dengan adanya agama Islam di sesebuah tamadun, tamadun tersebut dapat berkembang dan bertambah maju.
|
|
|
Post by annissa on Dec 21, 2015 15:43:52 GMT
ANNISSA AZFA BINTI ANUWA 2015418906 DS240 GROUP A
REFLEKSI : TAMADUN MELAYU
Kemunculan tamadun Melayu datang daripada pelbagai teori misalnya dari India, China/Champa, serta Arab. Teori yang diterima adalah daripada Arab kerana kepercayaan (agama), bahasa serta kebudayaan mereka banyak mempengaruhi orang Melayu pada masa dahulu hingga ke hari ini. Kejayaan tamadun Melayu dalam pencapaian yang mengagumkan dalam bidang pemerintahan, ekonomi, pendidikan, serta kebudayaan dari awal dahulu sudah membuktikan bahawa orang Melayu mampu berjaya standing dengan bangsa bangsa lain. Akan tetapi kebelakangan ini, tanggapan yang kurang enak seperti malas, pelupa dan lambat sering ditujukan kepada kita. Seharusnya kita perlu perbaiki diri untuk mengubah persepsi ini agar masyarakat kenal akan orang Melayu yang berani, sopan, jujur dan berbudi pekerti tinggi.
REFLEKSI : SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
Hari ini, saya memperoleh ilmu mengenai sejarah ketamadunan Islam dari zaman Rasulullah s.a.w hingga Zaman Uthmaniyah. Kehebatan masyarakat Islam khususnya sarjana sarjana Islam yang banyak mendahului sarjana Barat patut dijadikan pembakar semangat buat kita dalam berlumba lumba mencari ilmu. Ilmu Allah itu amatlah luas, kita perlulah mencari ilmu yang berguna dan bermanfaat dengan berdoa supaya umur kita tidak dibazirkan dengan ilmu tidak bermanfaat. Keberkatan dalam mencari ilmu, wujudnya melalui niat yang betul dan usaha yang bersungguh sungguh tanpa melupakan ibadah dan mengabaikan syariat Islam.
REFLEKSI :KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
Lahirnya tamadun islam adalah berdasarkan faktor kedudukan yang strategik, kebijaksanaan pemerintah serta rangsangan agama dan kerohanian. Isu isu semasa yang dibincangkan di dalam kelas mengenai isu semasa serta cabaran yang dihadapi pada masa kini seperti ‘sekularism’ telah memberi pendedahan yang baru buat saya. Golongan ini bukanlah tidak mempercayai atau tidak mempunyai tuhan, tetapi mereka memisahkan agama daripada segala aspek kehidupan. Kita haruslah sentiasa bersyukur kerana kita dikurniakan dengan nikmat Islam dan menyambung pengorbanan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan Islam agar kita sama sama dapat menikmati nikmat keimanan itu.
|
|
|
Post by Ahmad Izzuddin Ahmad Khalil on Dec 21, 2015 16:18:37 GMT
AHMAD IZZUDDIN BIN AHMAD KHALIL 2015229484 DS240 CTU551 Group B Bab 1 - PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN Melalui sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam bab ini, saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang pengertian tamadun, bagaimana tamadun berkait dengan kemajuan tatasusila, kebudayaan dan peradaban sesebuah masyarakat.
Salah satu aspek paling penting yang ditekankan ialah tentang peradaban yang memberi makna kata lain tatasusila dan budi yang halus dan menyenangkan manusia.
Peradaban juga turut merujuk tingkah laku serta tutur kata yang halus. Terdapat pelbagai pandangan ciri-ciri tamadun oleh tokoh-tokoh hebat seperti Lucien Goldmann, Darcy Roberio, Edward L. Farmers, Maududi dan Ibnu Khadun.
Berjayanya pembinaan sesebuah tamadun itu amat berkait rapat dengan beberapa aspek, terutamanya aspek keagamaan yang menjadi dorongan utama, pemerintahan beroganisasi dan sistematik, kedudukan yang strategik bagi tujuan ekonomi dan sejauh mana kepentingan ilmu itu diletakkan dalam sesebuah tamadun. Aspek-aspek ini dapat diterapkan dalam individu untuk menjalani kehidupan harian. Namun begitu, turut terdapat banyak faktor turut dibincangkan yang membawa kepada kejatuhan sesebuah tamadun akibat lalai dan alpa dalam kalangan masyarakat tamadun itu sendiri terutamanya. Oleh itu, kita pada hari ini haruslah mengambil iktibar agar tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama pernah dilakukan generasi terdahulu.Bab 2 - TAMADUN ISLAM
Pada amnya, kehidupan sebenar berteraskan Islam merangkumi pelbagai aspek dan sudut dalam kehidupan. Bukti jelas ialah al-Quran dan Sunnah mengandungi pelbagai ilmu yang harus kita belajar dan teliti satu per satu. Pandangan kehidupan berlandaskan agama adalah kuno tidak sewajarnya ada kerana Tamadun terdahulu berjaya bertapak dan mencapai kegemilangan melalui Islam. Ia jelas menggambarkan betapa kuatnya pengaruh Islam. Perlu difahami bahawa konsep tamadun dalam Islam berbeza dengan konsep tamadun menurut perspektif bukan Islam. Ajaran Islam adalah faktor utama kecemerlangan umat Islam. Kegemilangan tamadun Islam mula merosot apabila umat Islam tidak lagi mengutamakan ajaran Islam dalam kemajuan dan pembinaan tamadunnya. Kuasa-kuasa barat memusuhi Islam kerana menganggap Islam sebagai ancaman. Bab 3 - TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu merupakan asas utama negara kita pada hari ini. Pelbagai nilai-nilai dan ciri terdahulu masih diamalkan. Adat-adat ini mementingkan kehalusan, adab, sopan dan santun. Oleh itu, ia perlulah dipelihara agar tidak mati ditelan zaman. Sifat ikhlas dalam menuntut ilmu juga amat penting dan wajar dititikberatkan. Ilmu yang kita cari tidak akan pernah habis dan sesungguhnya ilmu itu milik mutlak Allah S.W.T. , oleh itu kita tidak sepatutnya berasa gah dan sombong dengan diri sendiri. Selain itu, nilai kehalusan yang mana menjadi asas setiap tingkah laku samada secara vertical atau horizontal juga dapat saya fahami dengan jelas melalui pembelajaran dalam bab ini. Tamadun Islam amat memberi pengaruh yang amat besar kepada Tamadun Melayu. Hebatnya dan membangunnya Tamadun Melayu kita pada hari ini hasil perkembangan pesat Islam dalam Tamadun Melayu lampau dan usaha keras semua pihak memartabatkan Islam di tempat yang sewajarnya. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengukuhkan lagi identiti dan jati diri Melayu. Terdapat 3 teori kedatangan Islam di Tanah Melayu iaitu, Islam dibawa dari India, Islam dibawa dari China dan Champa dan Islam dibawa dari Arab. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu meninggalkan kesan yang besar dalam aspek akidah, politik, social, undang-undang, ekonomi, kesenian, bahasa dan sastera. Nilai ketamadunan penting yang diperolehi merangkumi kehalusan dalam setiap perbuatan dan tingkah laku. Selain itu, bersungguh-sungguh dan tidak mudah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara juga merupakan salah satu nilai yang amat penting dalam menjayakan pembinaan sesebuah tamadun yang gemilang.
|
|
|
Post by SITI HAJAR MOHD on Dec 22, 2015 6:08:45 GMT
(SITI HAJAR BINTI MOHD)
(2015229924)
CTU551(A)
MINGGU 1:
Kita seharusnya menggunakan akal yang diberikan oleh Allah S.W.T dengan sebaik mungkin.Contohnya Tamadun Mesir telah membina pyramid manakala Tamadun Indus telah menggunakan akal yang diberikan dengan membina sebuah bandar terancang.Namun,disebabkan ke keangkuhan mereka untuk beriman kepada Allah,akhirnya Allah telah meruntuhkan tamadun mereka.
MINGGU 2:
Pada minggu ini,kita dapat mempelajari tentang Tamadun Islam.Kemashyuran Tamadun Islam disebabkan kestabilan peemrintahan iaitu dengan melaksanakan pemerintahan yang tersusun dan sistematik serta konsep kekuasaan milik ummat.Selain itu,sebbelum kedatangan Islam,manusia mempercayai pelbagai kepercayaan seperti aninisme dan menyembah roh nenek moyang.
MINGGU 3:
Dalam Tamadun Melayu,saya dapat mengetahu bahawa terdapat beberapa ciri ang masih berkekalan dalam tamadun ini sejak dahulu sehingga hari ini iaitu seperti Sultan menjadi ketua agama.Selain itu,kita dapat mengetahu bahawa kedatangan Islam di Tamadun Melayu dengan 3 cara iaitu melalui India,China dan Arab
NILAI-NILAI TAMADUN YANG DIPEROLEHI
-NILAI KEAGAMAAN Setiap tamadun mempunyai kepercayaan dan keagamaan mereka sendiri
-NILAI PEMERINTAHAN sistem pemerintahan amatlah penting untuk menjamin keamanan tamadun
-NILAI KEILMUAN kita dapat lihat bahawa ilmu pengetahuan amatlah penting untuk membina sesebuah tamadun yang maju\
*pembelajaran di atas talian amatlah memberi manfaat yang amat besar kerana dapat menjimatkan waktu pelajar.Hal ini kerana,pelajar dapat melakukannya pada waktu lapang.
|
|
fatin
New Member
Posts: 8
|
Post by fatin on Dec 22, 2015 6:09:25 GMT
Nur Fatin Faqhira binti Jalani 201541678 DS240 Group A
Bab 3
Islam ertinya tunduk dan patuh perintah Allah s.w.t. sama ada patuh melaksanakan atau patuh meninggalkan larangan. Orang yang melaksanakan perintah Allah s.w.t. itu disebut sebagai Muslim.
Agama Islam bererti al Din iaitu cara hidup yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w. untuk disampaikan kepada seluruh manusia.Tamadun Islam bererti kemajuan yang dicapai oleh umat Islam seimbang dalam aspek kebendaan dan kerohanian berpandukan kepada al Quran dan al Hadith. Konsep Tamadun Islam yang mencakupi pelbagai aspek jelas menunjukkan bahawa Tamadun Islam suatu tamadun yang lengkap dan kukuh kerana ianya berlandaskan Al – Quran dan Al – Sunnah. Justeru itu Tamadun Islam merupakan suatu proses pembentukan yang bertolak daripada kalimah tauhid yang diikrarkan oleh setiap anggota. Dengan perkataan lain ikrar itu menjadi kaedah atau asas bagi suatu sistem yang lengkap dan praktik .
Bab 2
Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri asasnya yang utama dan ciri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi sesebuah tamadun. Ada tamadun yang dikaitkan dengan bangsa, ada tamadun yang dikaitkan dengan agama dan ada tamadun yang dikaitkan dengan budaya. Satu hal yang penting ialah dalam memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita tidak dapat lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun atau peradaban .
Bab 1
Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Tapi apa yang paling penting ialah konsep penghutang dan pemiutang itu sendiri . Kita manusia adalah penghutang kepada Allah kerana Allah telah mengurniakan kita kehidupan . Oleh itu , kita harus bersyukur dengan segala nikmat-NYA .
Nilai-nilai ketamadunan
- Kepentingan menjaga hubungan harmoni antara alam bumi dan alam langit · Kehidupan moral yang berpaksikan hubungan antara yang kebendaan dengan alam spiritual yang mengatasinya
· Kepentingan menjaga keharmonian hidup manusiawi dan alam sekitrar buatan · Kepentingan menjaga institusi keluarga, termasuk keluarga berangkai -Akhlak iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika
Pengalaman belajar di atas talian
Pada pendapat saya belajar di atas talian ini ada baik dan buruknya . Kebaikan yang saya perolehi ialah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran . Akan tetapi sebagai seorang pelajar , line internet sering menjadi masalah kepada kami jika ingin menghantar tugasan online tepat pada waktunya .
|
|
|
Post by nikadleena on Dec 22, 2015 9:57:27 GMT
NIK NUR ADLEENA BT NIK MOHD KAMIL 2015229638 DS240-B
REFLEKSI 1:
Manusia sangat istimewa kerana dikurniakan akal. Allah menzahirkan kewujudan-Nya melalui pernafasan. Amal ibadah adalah jalan untuk mencapai takwa. Perjanjian Azali: unsur roh, alam lain, Allah menjadikan manusia pelupa Makanan roh adalah ilmu. Tamadun yang baik ialah tamadun yang membina roh. Apa yang berlaku di sekeliling adalah pengajaran daripada Allah.
REFLEKSI 2:
kampung manusia: alam roh, syurga 3 kategori hamba: saudagar, yang sentiasa rasa takut, berbuat sesuatu kerana Allah kehalusan tatasusila-tamadun rasul ulul azmi: nabi musa (kalimullah), nabi isa (ruhullah), nabi nuh, nabi ibrahim (khalilullah), nabi muhammad (habibullah) syed qutub: moral (norma masyarakat) akhlak (yang ditunjukkan oleh Rasulullah dipandukan wahyu) said hawa, "pakai lah apa pun asal menutup aurat" abu bakar hamzah: budaya material (seni bina, makanan) budaya nonmaterial (kepercayaan, adat) asas tamadun Islam: akidah, akhlak, syariah (hal ehwal ibadah, muamalat, munakahat, jenayah), ilmu kelayakan tuhan: wujud, qidam, kekal, tak sama dengan makhluk lain, berdiri dengan sendiri, esa
REFLEKSI 3
bani umaiyah -khalifah -amir
bani abbasiyyah -ahlul bait -baitul hikmah
turki uthmaniyah -sultan muhammad al fateh -masjid biru
*barat tak nak terima ajaran Islam sebab bertentangan dengan dogma gereja
muawiyah (khalifah ke-5) -penulis wahyu
REFLEKSI 4
sumbangan tamadun Islam -piagam madinah -pelantikan khulafa' al rasyidin -wazarah -hijabah -baitul hikmah -kota konstantinopel -perindustrian -perladangan -ilmu: andalusia, galakan amir, kaum wanita, aktiviti penterjemahan
|
|
|
Post by sarahhusna on Dec 22, 2015 10:02:17 GMT
SARAH HUSNA BINTI KHAIRULZAN 2015428468 GROUP A
a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3 CHAPTER 1 Menerusi pembelajaran bab 1, apa yang saya pelajari ialah konsep tamadun. Definisi tamadun terdiri daripada pelabagai bahasa misalnya bahasa melayu, tamadun bermaksud kebudayaan, peradabanan kemajuan, tatasusila dan pembangunan. Bahasa inggeris pula terdiri daripada civilization dan bahasa arab, umran, hadharah, madinah, madaniyyah dan tamaddun. Ciri ciri tamadun berbeza mengikut sarjana sarjana tetapi asas sebuah tamadun mesti mempunyai tiga ini, iaitu kerohanian, pemikiran dan budaya serta pembangunan/kemajuan. Setiap tamadun mempunyai hubungan dengan agama (iaitu ketuhanan dan kepercayaan). Anatara faktor yang mendorong kemunculan tamadun dunia ialah kedudukannya yang stratergik, rangsangan keagamaan, penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai terpuji, kesengsaraan hidup, toleransi yang tinggi, perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi, politik yang kukuh, ekonomi dan interaksi antara tamadun. faktor kelemaha pula, wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara diantara golongan kaya dan miskin, berleluasanya penindasan dan kezaliman, wujudnya sikap tertutup, berlaku malapetaka atau bencana alam secara besar-besaran dan keruntuhan akhlak. interaksi antara tamadun merupakan hubungan aktif dan saling bertindak balas antara satu sama lain.
CHAPTER 2 Antara yang saya pelajari ialah sumber sumber kemunculan tamadun islam. Kewujudannya berteraskan Al-Quran, As-Sunnah serta Ijtihad. Faktor kelahiran ialah dorongan ajaran islam sendiri iaitu mewajibkan menuntut ilmu dan wahyu pertama yang diturunkan (iqra') ialah simbol kepentingan belajar. Saya juga mempelajari sumbangan sumbangan sarjana dan para ilmuwan islam. Anatra sarjana yang terulung yang dilahirkan pada tamadun islam ialah Ibn Sina, Ibn Rushd, Al-Razi, Al-Khawarizmi, al-Biruni, al-Zahrawi, Ibn Khaldun dan Nasiruddin al-Tusi. Terdapat banyak sumbangan tamadun Islam kepada dunia seperti ilmu ilmu sains, matematik dan sebagainya tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah apabila ustazah menerangkan perbezaan diantara saintis zaman dahulu seperti Al-Khawarizmi, Al-Biruni dan Ibn Sina ialah mereka mengkaji dan menghasilkan hasil pengetahuan mereka untuk membukti wujudnya Allah swt walhal santis sekarang hanya mengkritik penemuan dan pengkajian yang terdahulu dan pencarian mereka yang baru adalah tanpa asal usul yang sahir, contohnya; kajian mengenai blackhole dan bigbang theory dan dan teori evolusi darwin yang tidak dapat membuktikan kewujudan Tuhan dan asal usul kajian yang mereka katakan.Pengaliran ilmu islam ke eropah melalui negara Islam Andalus, Hubungan dagang dan diplomatik serta gerakan terjemahan karya karya Islam ke Bahasa Eropah. Kegiatan keilmuwan terdiri kepada dua tahap iaitu tahap pertama dimana proses penyerapan dan pemindahan ilmu ilmu klasik dan tahap kedua dimana era kelahiran dan kebangkitan intelektual. Kegiatan intelektual dapat disebarkan kerana pelbagai faktor antaranya keadaan yang aman, cabaran intelektual daripada pemeluk Islam baharu, pertembungan dengan budaya luar serta peranan pemerintah itu sendiri.
CHAPTER 3 Teori kedatangan islam terbahagi kepada beberapa teori. Islam datang melalui India dan para pembawanya ialah para saudagar yang berniaga terutamanya dari Gujerat . Teori ini banyak didukung oleh pengkaji-pengkaji Barat seperti Winstedt dan lain-lain. Islam datang melalui Parsi yang dibawa oleh orang Islam yang berniaga dan yang berdakwah. Islam datang secara lansung dari Tanah Arab. Islam datang melalui negeri China seperti yang didukung oleh S.Q. Fatimi, seorang penyelidik dari Pakistan. Islam datang melalui pelbagai jurusan dan tempat seperti Asia Barat, Asia selatan dan Afrika utara. Namun ketetapan yang dibuat oleh para sarjana ialah Islam telah datang ke Alam Melayu sejak zaman Khalifah Ar-rasyidin lagi tetapi melalui perantara. Perantara yang dimaksudkan ialah pedagang-pedagang dari China dan India yang datang berdagang ke Alam Melayu. Kemunculan Islam ke tanah melayu menyebabkan pelbagai kesan. Antaranya dari segi aspek aqidah. Penduduk tanah melayu lebih mementingkan rasionalisme dan intelektualisme serat bebas daripada fahaman khurafat dan tahyul yang membawa kepada kepercayaan kepada Allah swt sehingga menyebabkan agama Islam agam utama di tanah melayu. Aspek politik pula, tidak lagi menggunakan gelaran raja malah tukar kepada gelaran sultan. Dari segi aspek sosial pula, bentuk pakaian seperti baju kurung dan baju melayu diperkenalkan dengan syarat syarat Islam. Undang undang melayu telah diubah suai mengikut undang undang islam malah pihak yang terlibat dengan penyusunan undang undang ialah raja sendiri dan para pembesar negeri yang berkenaan. terdapat juga banyak perbezaan yang berlaku dalam aspek ekonomi, kesenian bahasa dan sastera serta pendidikan dan ilmu syariah.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi Nilai yang saya pelajari ialah kerohanian. Tanpa kerohanian maka tiada hala tuju sesebuah tamadun. Walaupun setiap tamadun berbeza dari segi tempat geografinya serta bahasa, bangsa tetapi mereka tetap mempunya agama dan kepercayaan masing masing malah setiap pemimpin mempunyai penasihata agama mereka tersendiri. seperti kemunculan Islam di tanah melayu, perundangan negara lebih sistematik malah sultan sendiri terlibata dengan pembuatan perundangan negara bersama ketua setiap negeri. Ini menunjukkan bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan, kita perlukan sesuatu ilmu seperti al-Quran dan As-Sunnah untuk dijadikan rujukan. Selain itu, saya juga dapat perolehi nilai menghormati dan suka akan ilmu pengetahuan. Setiap tamadun berjaya menciptakan pelbagai perkara baru yang diluar jangkaan manusia pada ketika itu. Nilai suka menerokai ilmu juga ditunjukkan oleh tamadun tamadun yang dulu. Malah pemimpin sendiri menggalakkan penerokaan ilmu pengetahuan dengan membina masjid, madrasah dan perpustakaan.
c) Pengalaman pembelajaran di atas talian Pengalaman saya belajar atas talian agak mencabar kerana banyak soalan yang ingin saya tujukan kepada ustazah tetapi saya lebih suka berinteraksi secara formal kerana ia membuatkan saya lebih faham akan sesuatu subjek. tetapi apa apa pun, belajar atas talian memberikan juga saya info yang baru kerana saya juga boleh melakukan rujukan menggunakan internet jugak tidak faham akan sesuatu perkara.
|
|
|
Post by nikadleena on Dec 22, 2015 10:02:22 GMT
NIK NUR ADLEENA BT NIK MOHD KAMIL 2015229638 DS240-B
NILAI2 KETAMADUNAN -kepentingan ilmu -kehalusan tatasusila -hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, manusia dengan alam
PEMBELAJARAN ATAS TALIAN -efektif memudahkan kerja pensyarah dan pelajar -menarik video2 yang dipaparkan mengajak pelajar mengenali tamadun dengan lebih mendalam
|
|