|
Post by najwakazmin on Dec 24, 2015 3:34:44 GMT
NAJWA BINTI MOHAMMAD KAZMIN 2015612182 DS240 GROUP B
1. BAB 1 Apa yang saya pelajari melalui bab ini ialah, kesengsaraan masyakat bawahan dahulu yang hidup ditindas dan dikelaskan mengikut pengkelasan masyarakat dan datangnya tamadun yang memperbaiki sedikit demi sedikit untuk pentadbiran yang lebih baik sehingga hari ini dapat kita lihat hampir keseluruhan golongan hamba misalnya sudah tiada lagi. Saya juga dapat gambaran kronologi jatuh bangunnya sesebuah tamadun dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kerana sesungguhnya siapa yang melupai sejarah- akan mengulanginya.
BAB 2 Saya dapat mempelajari bahawa banyak cabaran yang dilalui bagi membangunkan dan mencerminkan satu tamadun Islam yang mana aplikasi yang mereka gunakan itu wujud sehingga hari ini. Cabaran yang dihadappai umat islam pada hari ini juga tidak kurang hebatnya- namun ingatan mengenai penderitaan pembesar dan pahlawan terdahulu bagi membangunkan suatu tamadun itu harus kita jadikan pembakar semangat untuk mempertahankan nilai-nilai yang mereka bangunkan.
BAB 3 Saya telah belajar tentang asal usul Melayu, nilai bangsa Melayu yang jauh sekali dari apa yang kita faham dan lihat pada hari ini. Nenek moyang kita dahulu berkerja keras bagi memastikan keturunannya memperoleh ilmu, namun begitu senario yang ada pada haari ini rata-ratanya berbeza sama sekali. Saya juga mengetahui bangsa yang sangat mengkaji bangsa Melayu iaitu bangsa Yahudi dan Barat. Melayu juga penuh dengan nilai keislaman disebalik sekecil-kecil perkara seperti baju kurung yang merupakan pakaian kebiasaan orang melayu itu sendiri. Selain itu, saya juga melihat semangat cintakan Allah Taala yang tertanam di dalam jiwa kalangan pendakwah yang gigih mereka berusaha untuk sampaikan ke tanah Melayu semasa berdakwah dimana alhamdulillah sehingga hari ini Malaysia kekal sebagai sebuah negara Islam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka sehingga hari kebangkitan.
2. Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi Nilai Keilmuan- Tamadun manusia berkembang dengan adanya ilmu. Penguasaan ilmu yang tinggi membawa sesebuah tamadun kepada kegemilannya sekaligus memajukan sesebuah tamadun ke tahap yang lebih memuaskan Nilai ketaatan Nilai ketaatan terdapat dalam setiap tamadun di mana rakyat menurut perintah pemerintah sesebuah tamadun tersebut. Nilai keimanan- Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam. Dengan adanya iman , hidup akan diberkati oleh Allah SWT. 3. Pada pendapat saya, pembelajaran di atas talian banyak membantu kerana saya dapat ilmu pengetahuan dan sudut pandang yang berlainan daripada rakan-rakan yang mungkin jarang menyuarakan buah fikiran mereka sewaktu di dalam kelas.
|
|
|
Post by syakirah on Dec 24, 2015 7:35:30 GMT
INTAN SYAKIRAH BINTI RAMLI
2015441436
DS240
FROUP A
Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3
Chapter 1
Dalam tajuk pertama ini, saya dapat pelajari konsep dan ciri-ciri tamadun dari sudeut etiomologi pelbagai bahasa. Selain itu, saya juga telah memahami hubungan tamadun dengan agama, budaya dan bangsa dan seterusnya, saya dapat menganalisis faktor kekuatan dan kelemahan sesetengan tamadun. Secara umumnya, pengajian ketamadunan tidaklah begitu terikat kepada batasan masa atau zaman, manakla sejarah tamadun selalunya dibatasi oleh faktor masa. Oleh itu, tamadun dapat diertikan sebagai pencapaian gemilang manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di bandar-bandar. Namun begitu, bukan semua tamadun yang dipengaruhi oleh agama sebagaimana tamadun Barat kontemporari yang lebih cendrung memencilkan nilai-nilai keagamaan. Selain itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agama yang berbeza sebagai padangan. Fenomena ini dapat dilihat daripada zaman tamadun Islam yang lalu, apabila tidak semua yang bernaung dibawah tamadun itu terdiri daripada menganut Islam.
Chapter 2
Terdapat banyak ilmu yang telah saya peroleh daripada bab dua, iaitu Tamadun islam. Kebanyakan penjelasan daripda ustazah di dalam kelas telah membuatkan saya sendiri berasa insaf dan membuatkan saya semakin bertambah sykur kerana dilahirkan dalam Islam. Dalam bab ini, saya telah pelajari konsep tamadun Islam, prinsip dan matlamatnya, manifestasi dan sifat-sifatnya, faktor-faktor kelahiran dan perkembangannya di seluruh dunia, sumbangan tamadun islam kepada peradaban dunia, pengaliran ilmu Islam ke eropah dan kegiatan keilmuan para sarjana Islam. Pada masa yang sama saya juga telah dapat meningkatkan kecintaan saya pada Nabi Myhammad saw berdasarkan segala pengorabana besar baginda, usaha bagian dan kesabaran baginda untuk menyebarkan dan menyampaikan agama Allah yang masih berkekalan dan terus berkembang sehingga kini.
Chapter 3
Dalam bab 3 iaitu Tamadun melayu, saya telah pelari betapa hebatnya orang melayu kita pada waktu dulu.Kesungguhuan , pengorbanan, kreativiti tokoh-tokoh melayu dahulu telah meningkatkan semangat saya untuk menjadi seorang anak Melayu yang sayangkan negara. Orang Melayu juga telah menerapkan nilai dan ciri Islam dalam kesenian sperti baju kurung dan baju melayu, serta bentuk rumah di setiap negeri.
Nilsi ketamadunan
Antara nilai ketamadunan yang telah saya pelajari adalah sihat bersoapan santun, berbudi bahasa dan saling bertolak ansur dalam kehidupan seharian. Nilai ketamadunan telah mengajar saya utu menjadi seorang muslim dan anak melayu yang lebih bertanggungjawab, menjaga tatasusila dan sentiasa bersyukur dengan apa yang duberi oleh Allah swt.
Pengalaman pembelajaran di atas talian
Pembelajaran di atas talian adalah pertama kali pada saya. Berdasarkan pengalaman saya menuntut ilmu melalui talian adalah terdapat banyak faedahnya seperti, saya dapat memahami sejarah ketamadunan India dan China melalui vidoe-video yg dibekalkan serta saya juga dapat lebih ilmu berdasarkan perkongsian pendapat daripada rakan-rakan disini. Pada mulanya, saya sukar untuk memahai apa yang perlu dibuat dan berfikiran ia adalah menyusahkan. tetapi setelah mendapat penjelasan daripada ustazah, saya dapat menyiapkan tugasan dengan mudah.
|
|
|
Post by fazleenz on Dec 24, 2015 7:41:10 GMT
FAZLEEN BINTI ZULZAIDI 2015441738 DS240 (Group B)
REFLEKSI:
Bab 1 - Pengenalan Ilmu Ketamadunan
Dalam bab ini, saya dapat pelajari tentang tamadun. Semakin halus sesebuah tamadun itu, semakin maju tamadun itu. Selain itu, kehidupan kita berlandaskan konsep penghutang dan pemiutang. Iaitu Allah sebagai pemberi hutang (pemiutang) dan kita sebagai penghutang.
Bab 2 - Tamadun Islam
Dalam bab tamadun Islam saya belajar tentang asas tamadun Islam yang belandaskan akidah, akhlak, ilmu dan syariah. Asas tamadun Islam diilustrasikan bagai sebuah pokok. Akar merupakan akidah, dahan adalah ilmu, batang merupakan syariah, daun bagaikan akhlak, buahnya pula ialah ihsan dan keseluruhan pokok terdiri dari ilmu.
Bab 3 - Tamadun Melayu
Dalam tamadun Melayu, saya belajar sejarah tamadun Melayu, apa dan siapa itu Melayu? Tambahan lagi, saya juga belajar tentang sumbangan dan pencapaian tamadun Melayu dari sudut ekonomi, sistem pemerintahan, pendidikan, budaya dan lain-lain. Setelah mempelajari segala sumbangan tamadun Melayu saya berasa bangga dilahirkan dalam bangsa Melayu.
NILAI-NILAI KETAMADUNAN DIPEROLEHI
- nilai kesabaran dalam menyelesaikan tugas - nilai keikhlasan dalam melakukan sesuatu - nilai kehalusan dari segala aspek
PENGALAMAN BELAJAR DI ATAS TALIAN
Belajar di atas talian merupakan sesuatu yang menyeronokkan dan senang untuk diakses di mana sahaja. Tetapi pada pendapat saya, pembelajaran di dalam kelas lebih menyeronokkan dan lagi mudah difahami.
|
|
|
Post by anismaizan96 on Dec 24, 2015 8:30:24 GMT
ANIS MAIZAN BINTI AZMIMURAD 2015659956 DS240 GROUP A
a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3 Bab 1 Berdasarkan pembelajaran bab 1 ini iaitu Pengenalan Ilmu Ketamadunan, saya dapat mengetahui tentang sejarah ilmu ketamadunan yang telah diperkenalkan oleh Ibn Khaldun. Selain itu, saya dapat mengetahui pengertian tamadun dari segi Bahasa dan istilah. Secara ringkasnya, maksud tamadun dari segi istilah ialah kebudayaan, peradaban, kemajuan dan sebagainya. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui tentang kelahiran dan pekembangan tamadun serta faktor-faktor kemunculan dan kejatuhan Tamadun Dunia. Bab 2 Berdasarkan pembelajaran bab 2 ini iaitu Tamadun Islam, saya dapat mengetahui tentang konsep tamadun Islam serta pandangan sarjana Islam seperti Ibn Khaldun, Muhammad b.Abduh b. Hasan Khairullah, Sayyid Qutub serta Syed Muhammad Naquib al-Attas. Saya juga dapat mengetahui tentan prinsip tamadun Islam iaitu keimanan dan pengabadian diri kepada Allah, benar dan amanah serta adil dan saksama. Seterusnya, saya dapat mengetahui matlamat tamadun Islam iaitu untuk memperoleh kebaikan dan kesejahteraan dalam kehidupan di dunia ini juga mencapai keselamatan serta kebahagiaan hidup yang hakiki di akhirat. Saya juga dapat mengetahui faktor-faktor kelahiran, kecemerlangan dan kemerosotan tamadun Islam serta sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia. Bab 3 Berdasarkan pembelajaran bab 3 ini iaitu Tamadun Melayu, saya dapat mengetahui sejarah bangsa Melayu dan tiga teori kedatangan Islam ke Alam Melayu iaitu dari China, India dan Arab. Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang sejarah pencapaian tamadun Melayu. Saya juga dapat mengetahui maksud istilah Melayu iaitu berasal dari perkataan Malaya, Malayaputra dan Mlayu serta kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui tentang sejarah pencapaian Tamadun Melayu serta peranan tamadun Melayu dalam pembinaan Tamadun Malaysia.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi. Banyak nilai-nilai ketamadunan yang saya perolehi dalam tugasan yang diberi. Antaranya ialah menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai pelajar, kita seharusnya berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu tanpa berasa penat kerana dengan adanya ilmu pengetahuan kita dapat memajukan diri kita ke arah yang lebih baik. Nilai ketamadunan yang kedua ialah bersatu padu. Kita seharusnya bersatu padu sesama masyarakat supaya negara kita hidup aman damai dan terhindar daripada ancaman negara luar. Nilai ketamadunan yang ketiga ialah nilai kehalusan. Sebagai umat Islam, kita seharusnya mempunyai kehalusan dalam akhlak kita agar imej agama kita tidak tercemar. c) Pengalaman pembelajaran di atas talian. Pada pendapat saya, pembelajaran di atas lain banyak memberi manfaat kepada saya. Antara manfaat yang saya perolehi ialah saya dapat berkongsi pendapat saya dengan orang lain. Selain itu, saya juga rasa seronok belajar menggunakan cara ini kerana ini merupakan kali pertama saya berlajar di atas talian. Cara ini juga merupakan antara cara pembelajaran yang banyak memberi manfaat kepada pelajar dan patut dipraktikkan untuk generasi seterusnya.
|
|
|
Post by irfanmaruan on Dec 24, 2015 13:04:47 GMT
MUHAMMAD IRFAN BIN MARUAN 2015250296 DS240 GROUP A
a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3
Bab1:
Pada pendapat saya, sesebuah tamadun dahulu memberi impak pada era moden. Dari kemajuan dahulu dapat memberi keselesaan pada zaman moden melalui bangunan yang teratur, sistem peparitan yang efektif dan dari segi akhlak, mengajar bahawa pentingnya kewujudan agama dalam memajukan secara fizikal dan rohani
Bab2:
Dalam bab ini, saya dapat menyedari bahawa tamadun Islam merupakan tamadun yang terbaik untuk dipraktikkan. Hal ini adalah kerana prinsipnya yang jelas dan tidak tersembunyi yang terdiri daripada keimanan dan pengabdian diri kepada Allah, benar dan amanah serta adil dan saksama. Justeru, saya berazam utuk mempersiapkan diri untuk menyempurnakan tugas sebagai khalifah di muka bumi dengan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan amar makruf, nahi mungkar (mengajak ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran). Selain itu, syariat Islam telah menggariskan lima prinsip utama dikenali sebagai maqasid al-syari’ah yang msti dihormati dan dipelihara oleh setiap Muslim dalam membangunkan tamadun Islam. Justeru, saya berazam untuk bersama-sama umat lain untuk tidak sesekali memandang ringan akan hal ini dalam memelihara agama, menjaga nyawa, memelihara kewarasan akal, menjaga maruah dan keturunan manusia serta melindungi harta benda manusia. Selain itu, kuasa-kuasa Barat memusuhi Islam kerana menganggapnya sebagai suatu ancaman. Sedangkan pada hakikatnya, Islam tidak pernah memusuhi mana-mana peeradaban. Justeru, kita sebagai umat Islam hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu fardhu ain bagi menepis kenyataan berkenaan dan bangkit dengan kemajuan kita sendiri bagi mengubah persepsi mereka terhadap tamadun Islam.
Bab3: Dalam bab ini, saya dapat menyimpulkan bahwa kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk wajah dan dunia baru. Kejituan tamadun Melau berasaskan agama Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa Melayu di Malaysia. Saya juga dapat memahami bagaimana tamadun Melayu berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain dan adat istiadat Melayu dengan lebih baik.
Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi ialah keikhlasan dalam menimba. Walaupun susah akan sesuatu subjek itu, keikhlasan dalam diri itu perlu ada agar niat kita menuntut ilmu diterima Allah dan akan mendapat ganjaran dari-Nya. Nilai rajin juga diterap ketika mempelajari subjek ini. Doa tanpa usaha tiada gunanya. Jadi rajin berusaha dan belajar bersama doa mampu mendapatkan maanfaat.
Pengalaman pembelajaran di atas talian sangat menarik dan bermakna bagi saya. Ia tidak membosankan dan saya boleh buat dengan santai tanpa stress. Bagus sekali teknologi sekarang digunakan dengan baik bagi mendapatkan ilmu yang berguna.
|
|
|
Post by yusrikuddus on Dec 24, 2015 18:57:29 GMT
AHMAD YUSRI BIN ABD KUDDUS 2015229744 DS240 GROUP B ASSALAMUALAIKUM WBT.
Bab 1
Tamadun pada asasnya berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Tapi apa yang paling penting ialah konsep penghutang dan pemiutang itu sendiri . Kita manusia adalah penghutang kepada Allah kerana Allah telah mengurniakan kita kehidupan . Maka , kita harus sentiasa mencintai Allah atas segala nikmat yang dikurniakanNYA inshaAllah .
Bab 2
Apabila mempelajari bab ini, saya mendapat menjelaskan pandangan semesta tamadun Islam. Pandangan semesta ini meliputi sifat-sifat tamadun Islam itu sendiri iaitu bersikap terbuka, keagamaan, toleransi, dan sejagat . Selain itu, saya dapat menghuraikan sumbangan besar tamaadun Islam kepada dunia. Sebagai contoh, tamadun Islam melahirkan ramai sarjana dan para ilmuan tersohor dalam banyak bidang antaranya adalah seperti astronomi. Antara sarjana yang terunggul yang dilahirkan adalah Ibnu Sina yang mahir dalam bidang perubatan. Hasil karya terunggulnya masih digunakan oleh masyarakt sekarang. Saya juga dapt menganalisis cabaran-cabaran semasa tamadun Islam antaranya adalah umat Islam meghadapi masalah golongan minoriti di negara bukan Islam.
Bab 3
Melalui pembelajaran bab 3 ini,saya dapat simpulkan bahawasanya kerjasama dan nilai kepercayaan merupakan aspek domain dalam menentukan hala tuju sesebuah negara dan bangsanya.Di sini,saya dapat melihat wujudnya kesetiaan dan ketaatan kaum melayu terhadap pemerintah dalam melahirkan kerajaan mahupun tamadun yang ampuh.sebagai contoh,apabila raja mereka memeluk Islam,maka rakyatnya tidak akan mempersoalkan lantas mereka akan turut serta memeluk Islam.
NILAI-NILAI KETAMADUNAN-
1. Sikap Kerjasama: Pemerintah dan rakyat berkerjasama bagi memastikan keamanan sesebuah tamadun
2. Kesetiaan : Golongan bawahan (petani, pedagang) mentaati pemerintah dengan membantunya meluaskan kuasa dan kawasan jajahan
3. Hormat: Rakyat memandang tinggi terhadap pemerintahnya
PENGALAMAN BERLAJAR ATAS TALIAN
Pada pendapat saya,sistem piawaian pembelajaran atas talian ini merupakan medium yang amat efektif kerana kami mampu mengulangkaji melalui jawapan jawapan yang diutarakan oleh setiap pelajar.Malah,setiap kerja juga menjadi lebih mudah hanya di hujung jari sahaja.Ditambah pula dengan video video menarik yang disajikan,saya pasti ini dapat membantu pelajar untuk memahami dengan lebih lanjut lagi.InshaAllah.
|
|
|
Post by nusrazakaria on Dec 25, 2015 0:07:56 GMT
NUSRA BINTI ZAKARIA 2015441528 DS240(KUMP B)
chapter 1
Terdapat pelbagai perselisihan pendapat tentang apa itu sebenarnya tamadun. Tamadun Islam merupakan agama yang mengambil kira seluruh aspek kehidupan. Agama bersifat 'fleksible'. Segala bentuk pembangunan berkait rapat dengan kerohanian. Islam menolak konsep 'matlamat menghalalkan cara' walaupun mementingkan aspek kemajuan. Selain itu, islam menekankan aspek keadilan dalam kehidupan. islam juga menekankan persamaan taraf antara sesama manusia. Akhir sekali, Tamadun Islam mempercayai Allah yang Maha Esa dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul dan utusan-Nya merupakan akidah yang benar.
Tamadun barat pula merupakan agama yang mementingkan kebudayaan. Agama dicorak oleh pembaharuan mengikut zaman. Barat juga melihat perkara keduniaan hanya untuk kehidupan semata-mata. Selain itu, mereka berpegang kepada konsep 'matlamat menghalalkan cara'. semaga kemajuan mementingkan keuntungan semata-mata. Jikalau tamadun islam menekan aspek keadilan dalam kehidupan sebagai organisasi sosial, dan persamaan taraf manusia, barat pula, organisasinya lahir apabila manusia hidup bermasyarakat untuk saling melengkapi. Mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan hidup. Akhir sekali, barat mempunyai pelbagai kepercayaan. Contohnya, politisme (percaya banyak tuhan) dan unsur-unsur alam disembah bagi mengelak malapetaka.
Tamadun Islam bersumberkan Al-Quran, As-sunnah dan ijtihad manakala tamadun barat pula, berlandaskan permikiran dan logik akal manusia, kebendaan dan yakin dan percaya dengan apa yang dilihat oleh pancaindera.
chapter 2
Konsep Tamadun Islam yang mencukupi pelbagai aspek jelas menunjukkan bahawa Tamadun Islam ialah sebuah tamadun yang lengkap dan kukuh kerana berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Islam sebagai Ad-Din bermaksud Islam adalah satu-satunya cara hidup yang diturunkan oleh Allah kepada manusia sebagai panduan hidup. Asas-asas Islam ialah Iman (akidah), Islam (syariah), dan Ihsan (akhlak). Tamadun Islam merupakan suatu proses pembentukan tamadun yang menitikberatkan unsur-unsur kehalusan, tatasusila dan kebudayaan yang luhur. Ilmu juga amat penting bagi membangunkan sesebuah tamadun.
chapter 3
Bab tiga mengajar kita tentang tamadun Melayu dimana nilai-nilai peradaban melayu yang menjadi asas kepada tamadun Melayu. Semua nilai-nilai berkait rapat dengan konsep yang terdapat dalam ajaran Islam. Selain itu, masyarakat melayu juga dikenali sebagai masyarakat yang bersopan santun serta berbudi bahasa yang mempunyai kaitan dengan peradaban. Namun, dalam dunia kita sekarang ini banyak halangan yang cuba menjatuhkan kita. Kita harus memperlengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan serta mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita supaya tamadun Melayu dianggap sebagai orang yang halus. Nilai keimanan sangat penting bagi memperkukuhkan lagi akhlak masyarakat tamadun Melayu. Sebagai contoh, kita hendaklah memberi keutamaan serta menghormati yang lebih tua atau berusia. Ini kerana orang yang berusia mempunyai lebih banyak pengetahuan tentang kehidupan kerana mereka telah hidup lebih awal dari kita sendiri.
nilai
- nilai kesabaran
-nilai kesusilaan
-nilai kerajinan
-nilai tanggungjawab
- nilai keikhlasan
- nilai kehalusan
Pengalaman pembelajaran di atas talian.
Pada pendapat saya, pembelajaran di atas taliann banyak memberi manfaat kepada saya. Antara manfaat yang saya perolehi ialah saya dapat berkongsi pendapat saya dengan orang lain.. Ia juga menarik dan tidak berlandaskan tulisan semata-mata , ia disediakan dengan video dan gambar yang menarik yang menimbulkan rasa ingin tahu kepada sesiapa sahaja yang menontonnya.
|
|
|
Post by sajidahzaharudin on Dec 26, 2015 9:26:59 GMT
Nama: Sajidah Binti Zaharudin (2015680406)
Kod Program: DS240
Kumpulan: B
A) PEMBELAJARAN KURSUS TITAS CHAPTER 1-3
BAB 1
Dalam bab ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang unsur-unsur pembentukan sesebuah tamadun. Bagi memastikan kecemerlangan tamadun, kita perlulah dibekalkan dengan ajaran dan didikan agama terlebih dahulu. Dengan ini, kecemerlangan tamadun dapat dijamin kerana kerohanian setiap ahli masyarakat terpelihara. Kemudian, terdapat perbezaan antara moral dan akhlak. Moral bermaksud norma masyarakat (apa yang di anggap baik oleh masyarakat) dan akhlak ialah lebih spesifik dari normal. Akhir sekali, untuk membina tamadun, kita perlulah halus 360◦ iaitu halus dengan tuhan, masyarakat serta alam.
BAB 2
Saya dapat mempelajari bahawa tamadun Islam adalah tamadun yang menyeluruh dan boleh dijamin kesempurnaannya. Ia amat mementingkan keadilan dan kesaksamaan antara kalangan manusia . Ramai tokoh yang wujud dalam tamadun ini dan telah menyumbangkan ilmu-ilmu mereka untuk manusia yang akan datang. Konsep tamadun telah dihuraikan oleh beberapa tokoh Islam seperti Prof Syed Naquib Al-Attas, Syed Qutub, Said Hawa dan Abu Bakar Hamzah. Tamadun perlu dengan masyarakat, ia tidak boleh mencapai kejayaan yang utuh jika hanya diusahakan oleh kelompok yang kecil.
BAB 3
Islamisasi Alam Melayu memberi peluang untuk mengenal Melayu yang sebenar. Terdapat bangsa yang sangat mengkaji bangsa Melayu iaitu bangsa Yahudi dan Barat. Selain itu, saya juga melihat semangat cintakan Allah Taala yang tertanam di dalam jiwa kalangan pendakwah yang berdakwah ke tanah melayu sehingga Malaysia menjadi sebuah negara Islam. Terdapat 3 pendapat dari mana Islam datang. Pertama, datang dari India yang dibawa dari Snouck Hugronje. Buktinya adalah dengan penemuan batu nisan di Pasai dan Gerisik. Tetapi bukti ini bercanggah dengan Thomas Arnold yang berpendapat bahawa Islam datang dari Banggala. Seterusnya, datang dari China yang dibawa oleh Maharaja Tai Shiung. Antara buktinya adalah dengan penemuan batu nisan seorang yang berketurunan Arab di Pahang, batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu. Selain itu, kisah perdagangan di dalam Akhbar Al- Sinwahin, hubungan diplomatik dan bukti seni bina pagoda di China sama seperti di Jasin, Melaka. Akhir sekali, datang dari Arab dengan cara perkahwinan Mubaligh Quraisy dengan puteri raja, perdagangan serta pengislaman raja Perlak, Acheh. Antara buktinya ialah tulisan jawi, tarian zapin dan dabus, perkampungan Ta Shih dan Hikayat Merah Silu.
Penghayatan nilai-nilai Islam di Malaysia terbahagi kepada 6 bahagian. Pertama, pentadbiran. Dari sistem Monarki ke sistem Demokrasi. Yang masih kekal sehingga sekarang ialah, Sultan masih beragama Islam dan agama rasmi masih Islam. Kedua, ekonomi dimana kerajaan memberi bantuan Tabung Haji. Ketiga, pendidikan formal. Keempat, social. Seterusnya ialah kesenian seperti tulisan jawi di surat khabar dan syiling. Akhir sekali, perundangan.
B) NILAI-NILAI KETAMADUNAN YANG DIPEROLEHI DALAM TUGASAN YANG DIBERI
Antara nilai ketamadunan yang saya dapat pelajari ialah nilai menghargai ilmu pengetahuan. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu ilmu itu sehingga kita boleh menguasainya dengan sehabis baik. Contohnya dalam tamadun islam, Ibn Sina yang menyumbangkan karya kitabnya iaitu Al-qanun fit tib, Al-zahrawi yang menciptakan peralatan bedah. Dalam tamadun melayu pula, sistem pendidikan sentiasa dinaik taraf bagi memberikan sistem pendidikan yang terbaik bagi masyarakat. Selain itu, nilai kesabaran dan keikhlasan. Tanpa kesabaran dan keikhlasan dalam diri, saya tidak akan mampu menyelesaikan segala tugasan yang diberi dengan sempurna. Selain itu, nilai seterusnya ialah kerajinan, tanpa sikap ini dalam diri saya, saya juga tidak akan mampu menyelesaikan tugasan yang diberi.
C) PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI ATAS TALIAN
Pada pendapat saya , cara pembelajaran di atas talian ini berkesan untuk saya . Hal ini kerana, ia boleh merangsang minda saya. Di dalam video, ia tidak hanya tertumpu kepada mendengar suara manusia sahaja tapi di tambah dengan pelbagai animasi yang menarik. Seterusnya, proses pembelajaran ini agak menyegarkan dan menyebabkan saya tidak merasa mengantuk dan membolehkan saya terus fokus. Akhir sekali, ia mampu menjimatkan masa. Saya dapat mengakses forum dan menyelesaikan tugasan yang diberi pada bila masa-masa tidak kira waktu. Oleh itu, ia memudahkan kerja saya diselesaikan dengan secepat mungkin.
|
|
|
Post by dinafariha on Dec 27, 2015 2:59:57 GMT
Oleh: Dina Fariha Binti Che Ab Ghani (2015485548) Kod Program: DS240 (Sarjana Muda Pembedahan Pergigian) Kumpulan: B
A) Refleksi diri bab 1-3
Bab 1
Dlm bab ini,banyak yang telah saya pelajari tentang ilmu ketamadunan dan antara perkara yang telah dapat menarik perhatian saya ialah,terdapatnya banyak persamaan dan perbezaan antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain terutamanya dalam konteks teologi dan etika.Terdapat tujuh persoalan etika yang dikemukakan seperti alam sekitar,komuniti,keluarga,kerajaan,kegiatan ekonomi,pendidikan dan kesihatan.Saya telah pelajari bahawa kita perlu memahami serta menerima persamaan dan perbezaan antara tamadun kerana dengan ini kita akan terdorong untuk lebih bersikap toleransi lalu dapat mewujudkan keharmonian sejagat.
Bab 2
Setelah pelajari bab ini,saya berasa sangat kagum kerana tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang paling komprehensif dan terunggul yang pernah wujud.Saya dapat lihat bahawa konsep tamadun Islam ini tidak sama dengan konsep tamadun menurut perspektif bukan Islam.Saya juga baru sedar bahawa begitu banyaknya sumbangan tamadun Islam kepada tamadun lain,antaranya ialah sumbangan terhadap tamadun Eropah.Tamadun Islam telah banyak melahirkan ramai sarjana dan para ilmuwan tersohor dalam pelbagai bidang ilmu.Namun,pada hari ini,apa yang menyedihkan ialah,Islam pada hari ini tidak begitu sama dengan yang zaman dahulu.Rata-rata negara umat Islam kebanyakanyya tidak maju dan masih bergantung kepada teknologi Barat padahal hakikatnya ilmu-ilmu itu dahulunya datang daripada Tamadun Islam.Oleh itu,saya berazam untuk memperbaiki diri dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bangkitkan nama Islam dan merealisasikan semula Islam sebagai sistem hidup yang menjamin keadilan manusia sejagat.
Bab 3
Setelah mengikuti bab ini, saya telah dapat tahu bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat 3 teori.Dan teori yang paling diterima ialah teori dari Arab.Pada hari ini,kita dapat lihat kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu.Antara contohnya adalah dari aspek politik iaitu wujudnya institusi kesultanan.Selain itu,baru saya sedari bahawa bangsa Melayu terdahulu begitu unggul dan gemilang.Buktinya,mereka telah banyak mengecapi pencapaian dalam pelbagai aspek.Aspek-aspek ini boleh dirangkumkan kepada tiga kategori iaitu pencapaian material,intelektual dan spiritual.Pencapaian ini tidak akan tercapai sekiranya nilai-nilai peradaban melayu seperti ketaatan kepada Allah, tidak dilaksanakan dan diamalkan.Oleh itu,saya sebagai bangsa Melayu akan mencontohi kegemilangan Orang Melayu terdahulu dengan mengamalkan nilai-nilai agama Islam (nilai-nilai asas) agar bangsa Melayu akan dapat menjayakan pepatah "tidak Melayu hilang di dunia".
B)Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan diberi
1.Amanah -Tugasan yang diberikan ini merupakan amanah daripada ustazah kepada saya.Saya dapat menghayati sifat amanah ini sepanjang melakukan tugasan ini kerana dengan sifat ini pekerjaan yang dilakukan telah dapat diuruskan dengan baik.
2.Kesabaran -Sifat sabar dapat dipupuk dalam diri sepanjang melakukan tugasan ini.Hal ini demikian kerana tanpa sifat sabar tugasan yang diamanahkan ustazah ini pasti tidak dapat diselesaikan.
C)Pengalaman pembelajaran(talian)
Pengalaman pembelajaran di atas talian ini sangat menarik minat saya kerana pelbagai ilmu pengetahuan dapat dikongsikan bersama sahabat-sahabat dengan mudah dan pantas.Sebarang pertanyaan dan pendapat juga mudah dilontarkan.Lebih-lebih lagi,kelebihan kepada pelajar yang sering malu bertanya,mereka dapat bertanya soalan tanpa rasa kekok ataupun malu.Bagi saya,pembelajaran di atas talian perlu diteruskan.
|
|
|
Post by naquibbari on Dec 27, 2015 3:03:30 GMT
NAQUIB BIN ABDUL BARI 2015402956 DS240 GROUP A
a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3
BAB 1: Ilmu tentang ketamadunan penting hari ini kerana ia memberikan faktor-faktor yang boleh membantu ke arah pembinaan dan kejayaannya dan juga sebaliknya apakah perkara-perkara yang boleh membawa kepada keruntuhannya tamadun. Ilmu tentang ketamadunan amat relevan kerana manusia dewasa ini sedang berada di persimpangan jalan. Kejayaan fizikal yang begitu tinggi melalui sains dan teknologi malangnya telah diiringi oleh falsafah dan pandangan semesta atau worldview yang melihat hanya yang material itu wujud, penting dan beroperasi di dalam kehidupan. Secara mudah dapat digambarkan bahawa gerakan Englightenment di barat dan falsafah scientism telah mempengaruhi sistem-sistem pemikiran moden sehingga apa yang dapat dilihat hari ini adalah peminggiran nilai-nilai murni yang menjamin hubungan baik yang diperlukan antara manusia sesama manusia, manusia dan persekitarannya (environmentnya) yang pula banyak bergantung kepada hubungan manusia dan Tuhannya.
BAB 2: Konsep Tamadun Islam yang mencukupi pelbagai aspek jelas menunjukkan bahawa Tamadun Islam ialah sebuah tamadun yang lengkap dan kukuh kerana berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Islam sebagai Ad-Din bermaksud Islam adalah satu-satunya cara hidup yang diturunkan oleh Allah kepada manusia sebagai panduan hidup. Asas-asas Islam ialah Iman (akidah), Islam (syariah), dan Ihsan (akhlak). Tamadun Islam merupakan suatu proses pembentukan tamadun yang menitikberatkan unsur-unsur kehalusan, tatasusila dan kebudayaan yang luhur. Ilmu juga amat penting bagi membangunkan sesebuah tamadun.
BAB 3: Saya telah belajar tentang asal usul Melayu. Saya juga mengetahui bangsa yang sangat mengkaji bangsa Melayu iaitu bangsa Yahudi dan Barat. Selain itu, saya juga melihat semangat cintakan Allah Taala yang tertanam di dalam jiwa kalangan pendakwah yang berdakwah ke tanah melayu sehingga Malaysia menjadi sebuah negara Islam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka sehingga hari kebangkitan. Tamadun melayu merupakan asas utama negara kita pada hari ini. Pelbagai nila-nilai dan ciri terdahulu masih diamalkan. Adat-adat ini mementingkan kehalusan, adab, sopan dan santun. Oleh itu, ia perlulah dipelihara agar tidak mati ditelan zaman.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi :
-Nilai keimanan . Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam. Dengan adanya iman , hidup akan diberkati oleh Allah SWT.
-Nilai keilmuan . Tamadun manusia berkembang dengan adanya ilmu. Penguasaan ilmu yang tinggi dapat memajukan sesebuah tamadun ke tahap yang lebih memuaskan.
-Nilai ketaatan . Nilai ketaatan terdapat dalam setiap tamadun di mana rakyat menurut perintah pemerintah sesebuah tamadun tersebut.
-Nilai kemanusiaan . Manusia diciptakan sebagai suatu makhluk yang mulia. Mempunyai nilai kemanusiaan merupakan suatu nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan insan.
-Nilai keadilan . Adil membawa maksud sama berat, tidak berat sebelah, tidak memihak dan berpihak kepada yang benar. Adil juga dapat didefinisikan sebagai sikap pertengahan dan menempatkan sesuatu pada tempatnya.
-Nilai kekeluargaan . Nilai kekeluargaan salah satu elemen penting untuk dipelihara. Hasil daripada nilai kekeluargaan yang baik akan membentuk pula komposisi masyarakat yang baik.
c) Pengalaman pembelajaran di atas talian
Pembelajaran di atas talian amat memudahkan bagi saya kerana saya boleh mengakses maklumat-maklumat yang penting melalui internet seterusnya dapat menyiapkan tugasan dengan secepat mungkin.
|
|
|
Post by amirulmukminin on Dec 27, 2015 3:57:16 GMT
MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ BIN MOHD KHARUZHAR 2015666926 DS240 GROUP A
a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3
Bab1:
Pada pendapat saya, sesebuah tamadun dahulu memberi impak pada era moden. Dari kemajuan dahulu dapat memberi keselesaan pada zaman moden melalui bangunan yang teratur, sistem peparitan yang efektif dan dari segi akhlak, mengajar bahawa pentingnya kewujudan agama dalam memajukan secara fizikal dan rohani
Bab2:
Dalam bab ini, saya dapat menyedari bahawa tamadun Islam merupakan tamadun yang terbaik untuk dipraktikkan. Hal ini adalah kerana prinsipnya yang jelas dan tidak tersembunyi yang terdiri daripada keimanan dan pengabdian diri kepada Allah, benar dan amanah serta adil dan saksama. Justeru, saya berazam utuk mempersiapkan diri untuk menyempurnakan tugas sebagai khalifah di muka bumi dengan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan amar makruf, nahi mungkar (mengajak ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran). Selain itu, syariat Islam telah menggariskan lima prinsip utama dikenali sebagai maqasid al-syari’ah yang msti dihormati dan dipelihara oleh setiap Muslim dalam membangunkan tamadun Islam. Justeru, saya berazam untuk bersama-sama umat lain untuk tidak sesekali memandang ringan akan hal ini dalam memelihara agama, menjaga nyawa, memelihara kewarasan akal, menjaga maruah dan keturunan manusia serta melindungi harta benda manusia. Selain itu, kuasa-kuasa Barat memusuhi Islam kerana menganggapnya sebagai suatu ancaman. Sedangkan pada hakikatnya, Islam tidak pernah memusuhi mana-mana peeradaban. Justeru, kita sebagai umat Islam hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu fardhu ain bagi menepis kenyataan berkenaan dan bangkit dengan kemajuan kita sendiri bagi mengubah persepsi mereka terhadap tamadun Islam.
Bab3:
Dalam bab ini, saya dapat menyimpulkan bahwa kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk wajah dan dunia baru. Kejituan tamadun Melau berasaskan agama Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa Melayu di Malaysia. Saya juga dapat memahami bagaimana tamadun Melayu berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain dan adat istiadat Melayu dengan lebih baik.
Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi ialah keikhlasan dalam menimba. Walaupun susah akan sesuatu subjek itu, keikhlasan dalam diri itu perlu ada agar niat kita menuntut ilmu diterima Allah dan akan mendapat ganjaran dari-Nya. Nilai rajin juga diterap ketika mempelajari subjek ini. Doa tanpa usaha tiada gunanya. Jadi rajin berusaha dan belajar bersama doa mampu mendapatkan maanfaat.
Pengalaman pembelajaran di atas talian sangat menarik dan bermakna bagi saya. Ia tidak membosankan dan saya boleh buat dengan santai tanpa stress. Bagus sekali teknologi sekarang digunakan dengan baik bagi mendapatkan ilmu yang berguna.
|
|
|
Post by fazleenanis on Dec 27, 2015 9:41:54 GMT
NURUL FAZLEEN ANIS BINTI CHE AZIZ 2015218624 DS240(A)
SOALAN 1 BAB 1: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN Di pengakhiran bab ini, saya dapat mempelajari bagaimana pembetukan tamadun yang baik dan sistematik dapat dibina oleh masyarakat pada zaman awal. Tamadun senantiasa disalah tafsirkan kepada perkara yang telah berlaku, sedangkan pada hakikatnya tamadun adalah berterusan daripada dahulu sehingga ke generasi yang akan datang. Pembinaan tamadun mestilah berasaskan ketuhanan yang maha Esa untuk memastikan tamadun tidak kucar-kacir dan dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Apabila pembinaan tamadun berasaskan syariat, seorang individu dapat menjalankan tugas sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah swt. Tamadun yang terbina akan berkait rapat dengan agama. Apabila disentuh isu agama, hal ini bukan menitik-beratkan antara hubungan individu dan pencipta sahaja (vertical) malahan hal ini adalah antara hubungan antara individu dan masyarakat sekeliling (vertical). Mengikut makna tamadun sendiri yang telah diolah oleh beberapa ilmuwan terkenal seperti Syeikh Naquib al-Attas, Ibn Khaldun dan beberapa ilmuwan barat, tamadun ini adalah sebenarnya amat berkait rapat dengan pegangan agama yang tinggi dan peradaban masyarakat dan cara hidup dalam satu organisasi. BAB 2: TAMADUN ISLAM Pada pengakhiran bab ini, terdapat pelbagai ilmu baru yang dapat saya ambil pengajaran dan iktibar berkaitan dengan tamadun Islam. Perkembangannya tamadun Islam amat mengagumkan oleh sebab kehebatan para pemimpin pada ketika itu untuk meluaskan empayar Islam dan semasa zaman pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin dan seterusnya, Tamadun Islam berada di kemuncak di mana lahirnya segala ilmuwan dan cendikawan Islam yang menjadi idola dan ikutan tamadun-tamadun barat yang lain. Pemerintahan para pemimpin yang mengikut ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan kunci keagungan pamadun pada ketika itu. Dalam bab ini, saya dapat menyedari bahawa tamadun Islam merupakan tamadun yang terbaik untuk dipraktikkan dan diambil contoh. Hal ini adalah kerana prinsipnya yang jelas dan tidak tersembunyi yang terdiri daripada keimanan dan pengabdian diri kepada Allah, benar dan amanah serta adil dan saksama. Oleh itu, setiap individu perlulah mempersiapkan diri untuk memakmurkan bumi sebagaimana tugas khalifah di muka bumi ini dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
BAB 3: TAMADUN MELAYU Pada minggu ini, saya telah mendapat ilmu baru tentang Tamadun Melayu yang bertajuk Islamisasi Alam Melayu. Selepas pengakhiran sesi pembelajaran pada minggu ini, ternyata perspektif seseorang individu terhadap bangsa melayu perlulah berubah. Sedarsawarsa ini, ramai berpendapat bahawa orang melayu punca sikap-sikap negatif yang berlaku pada zaman ini berbanding bangsa lain. Namun sedar ataupun tidak, orang-orang melayu pada zaman dahulu amatlah mementingkan nilai-nilai kehalusan dan sangatlah berbeza interpretasi masyarakat tentang peradaban orang melayu. Hal ini dapat diubah kembali pada generasi zaman kini untuk memperjuangkan kembali peradaban bangsa melayu yang kian lama kian pupus. Masyarakat perlulah mencontohi sifat-sifat kehalusan dan tatasusila yang baik oleh generasi sebelumnya, dan boleh membawa kepada kemajuan tamadun melayu sendiri setanding dengan tamadun-tamadun barat.
SOALAN 2 Di sepanjang proses pengajaran & pembelajaran ini, saya telah mendapat banyak nilai ketamadunan berdasarkan tugasan yang diberi. Setelah mengkaji dan mempelajari tamadun- tamadun terawal dahulu, antara nilai yang dapat saya jadikan iktibar untuk masa akan datang adalah pertama, nilai keagamaan. Dalam pembinaan sesebuah tamadun, nilai keagamaan amatlah penting dan merupakan asas kepada setiap tamadun. Tanpa agama, maka hancurlah tamadun tersebut oleh sebab kehuru-haraan ataupun ketidakstabilan sesebuah tamadun tersebut. Sebagai seorang muslim, manusia perlu mengikut sistem yang ditetapkan oleh Allah s.w.t iaitu Ad-Din. Tamadun tidak boleh dipisahkan dengan Tuhan yang satu. Dengan mempelajari ilmu tamadun, seseorang individu dapat melaksanakan tugasan di muka bumi sebagai khalifah Allah dengan sebaiknya. Nilai yang dapat saya huraikan seterusnya ialah nilai peradaban dan kehalusan individu. Tamadun yang benar-benar memberi impak kepada individu dapat membentuk kehalusan tatasusila dan peribadi individu tersebut. Akhlak yang baik serta tutur kata yang sopan dapat menjamin keharmonian tamadun itu sendiri kerana dapat mengelakkan pergaduhan dan bermasam muka oleh setiap masyarakat sekeliling. Nilai yang dapat kita ambil iktibar juga adalah nilai mencintai ilmu. Sebagaimana seorang mukmin sedia tahu, sebagaimana ajaran Al-Quran Allah berfirman supaya umatnya mencintai dan menuntut ilmu. Bahkan ada hadis dari para sahabat mengatakan tuntutlah ilmu sehingga ke negara China. Sepanjang kehidupan kita wajib menuntut ilmu supaya dapat memperbaiki kesilapan dan kejahilan pada masa lampau. Sesebuah tamadun menjadi lebih maju dan dipandang tinggi apabila terlahirnya tokoh-tokoh ilmuwan yang bijaksana dan menjadi pakar dalam sesuatu bidang dan menjadi contoh kepada tamadun-tamadun yang lain. Akhir sekali, nilai yang dapat saya huraikan adalah nilai kemanusiaan. Setiap tamadun tidak akan mengalami kemajuan sekiranya masyarakat tidak bekerjasama dan tolong-menolong dalam membantu membina dan mengembangkan tamadun mereka.
SOALAN 3 Pada pendapat saya, pengalaman pembelajaran di atas talian amat menyeronokkan dan dapat diakses di mana-mana sahaja. Dalam pada itu, saya juga dapat meneroka lebih banyak ilmu melalui laman-laman web dan video-video pembelajaran yang amat membantu. Saya juga dapat membaca hasil tulisan rakan-rakan yang lain yang mungkin tidak sempat dibahaskan di dalam kelas dan sebagainya.
|
|
nur nabila bt abdul wahab
Guest
|
Post by nur nabila bt abdul wahab on Dec 27, 2015 14:12:21 GMT
nur nabila bt abdul wahab 2015477642
a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3
Bab 1
Bab 1 mengajar saya erti tamadun dari sebenarnya-benar pengertian. Tamadun bukanlah pembangunan dan pencapaian lahiriah semata-mata tetapi turut bergantung kepada pembangunan rohaniah dan hendaklah berlandaskan syariat Ilahi, tanpa berpandukan agama Islam ketamadunan itu hanyalah menjurus kepada kejayaan luaran sahaja bahkan tidak bereti pada pandangan Allah.
Bab 2
Bagi saya tamadun Islam merupakan tamadun yang paling menonjol dan menunjukkan kelainan dari tamadun-tamadun yang lain. Selain berpaksikan agama Islam , tamadun ini memperlihatkan kejayaan yang hakiki dari segala aspek dan tidak pada kerohanian semata-mata.
Bab 3
Sejujurnya selepas mempelajari bab tamadun Melayu, perasaan bangga dan bersyukur wujud dalam diri saya kerana dilahirkan di dalam bangsa yang hebat ini. Segala pandangan dan anggapan yang kurang menyenangkan terhadap bangsa Melayu hilang sama sekali. Betapa saya berharap zaman kegemilangan dan kehebatan bangsa Melayu pada suatu masa dahulu akan berulang kembali.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
Nilai ketamadunan yang saya pelajari adalah perasaan bersyukur di atas segala kurniaanNya. Kita seharusnya belajar bersyukuri kerana tidak perlu menempuh zaman yang penuh kesukaran pada suatu masa dahulu. Generasi pada hari ini seharusya lebih sedar dan menghargai jasa-jasa para cendekiawan masa lampau dengan menyimpan dan memanfaatkan karya mereka sepenuhnya. Selain itu,saya juga memperolehi nilai patriotik. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik yang tinggi terhadap asal-usul kita. Setiap bangsa mempunyai sejarah yang hebat yang harus dibanggakan.
c) Pengalaman pembelajaran di atas talian
Pengalaman saya belajar di atas talian adalah amat menyeronokkan. Selain dapat mempelbagaikan kaedah pembelajaran, para pelajar juga mempunyai peluang yang lebih baik dalam menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, kaedah ini juga mempunyai kelemahan di mana sebarang masalah melibatkan talian internet dan bekalan elektrik akan mengganggu proses pembelajaran
|
|
|
Post by khalisyah on Dec 27, 2015 17:08:27 GMT
KHALISYAH CHE HASHIM
2015218708
DS240 - A
a) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-3
Bab 1 – Pengenalan Ilmu Ketamadunan
Secara keseluruhannya, bab ini telah memberi saya kesedaran tentang ertikata sebenar istilah ‘tamadun’ yang memberi maksud yang lebih mendalam menerusi frasa peradaban (adab tingkah laku serta tutur kata yang sopan/kehalusan atau telah maju tingkat kehidupan/rohani dan jasmani). Sememangnya, terdapat pelbagai tafsiran makna ‘tamadun’ daripada pelbagai bahasa dan pelbagai sudut peristilahan. Bab ini turut merangkumi faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan, kelahiran dan perkembangan serta kejatuhan sesebuah tamadun. Selain itu, ciri-ciri sebuah tamadun seperti pegangan agama yang kuat, sistem kenegaraan yang tersusun rapi, kehidupan cara Bandar, pencapaian kaedah penulisan yang tinggi serta kepakaran dalam bidang seni lukis dan seni reka [Ibn Khaldun, Mukaddimah] etc. mengajar saya bahawa sesebuah tamadun yang berjaya perlu memiliki ciri-ciri tertentu. Selain itu, hubungan tamadun dengan agama, budaya dan bangsa turut saya pelajari.
Bab 2 – Tamadun Islam
Terdapat pelbagai faktor kelahiran dan perkembangan tamadun islam dan sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia. Antara faktor kelahiran tamadun Islam yang terpenting adalah ajaran agama. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. (iqra’) merupakain symbol kepentingan untuk belajar dan menuntut ilmu. Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang komprehensif dan terunggul pernah wujud. Pelbagai impak yang dibawa tamadun ini dapat dikesan sejak kelahirannya hingga kini.
Bab 3 – Tamadun Melayu
Terdapat pelbagai teori kedatangan Islam ke tanah melayu serta kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun ini. Saya juga mempelajari pelbagai pencapaian Tamadun Melayu. Secara keseluruhannya, saya berasa amat bersyukur dengan kedatangan Islam ke tanah melayu kerana dapat dilahirkan sebagai seorang muslim di dalam sebuah negara Islam. Pelbagai kesan yang dibawa Islam yang masih lagi mempengaruhi ketamadunan melayu di Malaysia ini pada hari ini. Terutama dari aspek undang-undang, social dan politik, Islam memain peranan penting dalam membentuk dan menjayakan Tamadun melayu dan saya amat bersyukur kerana itu.
b) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
Terdapat banyak nilai ketamadunan yang saya perolehi sepanjang sesi pembelajaran ini. Antaranya, nilai kepercayaan (keagamaan), nilai kemanusiaan dan keilmuan. Pertama sekali, setiap tamadun yang dipelajari mempunyai kepercayaan tersendiri walaupun tidak semua bersandarkan kepercayaan kepada Tuhan. Peranan agama dan kepercayaan dalam pembentukan sesebuhan tamadun amat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual tamadun serta menjadi penggerak kepada anjakan paradigma sesebuah tamadun. Dari sudut kemanusiaan, nilai-nilai murni atau moral values amat penting bagi mewujudkan sebuah tamadun yang berjaya. Dalam erti kata lain, kehalusan dan akhlak yang mulia perlu ada dalam diri individu bagi memantapkan nilai kemanusiaan seseorang. Dari sudut keilmuan, saya perlajari bahawa ilmu itu amat penting bukan sahaja dalam memajukan sesebuah tamadun malah juga telah terbukti penting dalam kewujudan sesebuah tamadun. Kelahiran tamadun Islam adalah berasaskan kepada ilmu yang diturunkan Allah S.W.T atas saranan supaya membaca. Namun begitu, konsep mencari ilmu dalam Islam berbeza dengan tamadun lain kerana haruslah berlandaskan konsep Tauhid.
c) Pengalaman pembelajaran di atas talian
Pengalaman pembelajaran atas talian telah memberi satu cara pembelajaran kursus TITAS yang baharu iaitu menerusi video serta interaksi secara langsung menerusi group forum (walaupun kita turut menggunakan applikasi Whatsapp). Pembelajaran atas talian amat menarik dan kerana tidak terikat pada had masa tertentu, ia memberi kebebasan dan memberi keringanan beban terhadap pelajar kerana dapat menonton videos dan belajar mengikut pace sendiri.
|
|
|
Post by Admin on Dec 27, 2015 19:06:36 GMT
Syabas kerana anda telah mendapat ilmu-ilmu berguna di atas talian.
|
|