|
Post by Admin on Dec 4, 2015 6:24:05 GMT
Assalamualaikum wrt.wbt.
Pelajar-pelajar budiman, sila jawab soalan bicara tamadun berpandukan kepada soalan di dalam bicara tamadun dan hantar kan jawapan anda di dalam folder ini.
Sila tuliskan nama dan no matrik bagi setiap pelajar berserta nama kumpulan untuk rekod pemarkahan oleh ustazah.
Sekian terima kasih.
|
|
azrul
New Member
Posts: 5
|
Post by azrul on Dec 9, 2015 6:44:40 GMT
Muhammad Amzar Safiy Bin Raduan 2015664004 Suhail bin Salim 2015428476 Fadlul Faris Bin Johari 2015231716 Zul Hadif b Abd Aziz 2015418872 Azrul Amri Bin Ahmad 2015429984
Challenjour
BICARA TAMADUN CINA
PANDANGAN SEMESTA
Tian merujuk kepada kekuasan tertinggi oleh langit bahkan dalam Islam ada yang lebih Maha Tinggi.
Dao pula asas kepada benda hidup, tetapi dalam Islam kita harus percaya bahawa kekuasaan Allah itulah yang menjadi asas kepada kehidupan bahkan dengan izin Nya jualah kita masih hidup sehingga sekarang.
Zong yong bermaksud kesederhanaan, memang tidak dinafikan bahawa sesuatu perkara itu sebaiknya dilakukan secara bersederhana tetapi dalam Islam tidak melarang umat Nya untu berlebihan dalam berselawat.
Ying yang bermaksud sifat berlawanan yang melengkapi satu sama lain, tetapi kita sebagai umat Islam percaya baik dan buruk itu pasti ada hikmah disebaliknya.
SISTEM NILAI MASYARAKAT
Masyarakat china mempunyai susun lapis mayarakat yang pelbagai, setiap lapisan itu ada keistimewaan yang tersendiri. Walaubagaimanapun dalam Islam, semua umat manusia adalah sama iaitu hamba kepada Allah, yang beza adalah amalan mereka.
Tamadun China amat menitikberatkan aspek etika dan moral, hal ini sepatutnya dipuji kerana membawa kepada kehidupan yang harmoni. Walaupun begitu hak perempuan tidak seharusnya dinafikan dalam sesuatu sistem.
Konfusianisme
Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
Moisme Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
Daoisme
Pemeliharaan alam semulajadi.
Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha.
Legalisme
Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme.
Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
• Daripada keempat-empat ajaran amat mementingkan hubungan antara manusia-alam dan manusia-manusia, sepertinya menganggap tiadanya tuhan.
• Hal ini membawa kepada ketakburan terhadap diri sendiri.
• Sama sekali berbeza dengan ajaran Islam yang mementingkan hubungan dari segi semua aspek kehidupan.
|
|
|
Post by fazlin2301 on Dec 20, 2015 15:44:55 GMT
NUR FAZLIN SYAHIRAH BINTI MOHAMAD SAFIAI
2015428772
DS240(GROUP A)
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun islam
Pandangan semesta
Dalam tamadun china masyarakat china mempercayai dan memuja nenek moyang dan Tian(langit). Mereka juga mempercayai amalan animisme dimana pemujaan kepada binatang ,tanaman dan alam semulajadi di praktikkan dalam konsep menyembah tuhan , mereka juga amat mementingkan pemahaman diri manusia sendiri berbanding dengan konsep ketuhanan. Mereka juga boleh menganut sebarang agama yang dikehendaki mengikut pilihan diri sendiri. Tambahan pula, mereka juga menggambarkan tuhan mereka dalam pelbagai bentuk antaranya ialah dalam bentuk dewa-dewi. Malahan dengan kata yang lebih mudah, masyarakat Cina tidak mempunyai konsep yang jelas tentang kewujudan tuhan seperti ajaran Islam dimana Allah itu benar- benar wujud dan kita sebagi umat Islam wajib beriman dan percaya kewujudan Allah.Antara ajaran berkaitan pandangan semesta yang menjadi kepercayaa masyarakat cina pada tamadun china dahulu ialah seperti berikut:
Pertama sekali, Tian bermaksud kekuasaan tertinggi oleh langit dimana menurut Islam ada yang lebih Maha tinggi. Dao ialah asas kepada benda hidup tetapi dalam Islam kita haruslam mempercayai bahawa kekuasaan Allah itulah yang menjadi asas kepada kehidupan dimana dengan izin Allah jugalah kita masih hidup sehingga sekarang. Zong membawa maksud kesederhanaan dimana memang tidak dinafikan bahawa sesuatu perkara itu sebaik-baiknya dilakukan secara bersederhana tetapi dalam Islam tidak melarang umatnya untuk belebih-lebihan dalam berselawat.Akhir sekali, Ying yang pula bererti sifat berlawanan yang melengkapi satu sama lain tetapi kita sebagai umat Islam percaya bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.
Sistem nilai masyarakat
Dalam konsep ketemadunan, sudah tentu terdapat sistem bermasyarakt dengan semua lapisan penduduk. Sebagai masyarakat China mempunyai susun lapis masyarakat yang pelbagai dimana setiap lapisan itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Walaubagaimanapun dalam Islam semua umat manusia adalah sama iaitu hamba kepada Allah. Kita sebagai manusia atau khalifah di muka bumi ini wajib taat dan beriman dengan kewujudan Allah dengan mematuhi semua suruhannya dan meninggalkan larangannya.yang beza adalah amalan mereka. Tamadun cina amat menitikberatkan aspek etika dan moral , dimana hal ini patut diberikan pujian kerana membawa kepada keharmonian dalam kehiduan.. Akan tetapi, hak perempuan tidak sepatutnya diabaikan dan mesti disamakan dengan lelaki .
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusiansme, maoisme,daoisme,legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan
• Konfusianisme: konfusianisme ialah doktrin kenegaraan yang meliputi aspek falsafah,sosiopolitik dan keagamaan.Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Asas ajaran ini dipercayai berasal dari tulisan –tulisan klasik yang diterbitkan atas nama konfusius. Tambahan pula, menurut ajaran ini, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.
• Moisme: ajaran ini diasaskan oleh Mo Zi. merupakan konsep yang mementingkan aspek kasih sayang sejagat (jian’ai),mengecam sikap suka berperang (feigong),menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli) menyebabkan pengikutnya menetang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran konfusianisme,
• Daoisme: ajaran ini diasaskan oleh dua orang pemikir agung cina iaitu Lao Zi dan Zhuang Zi. Dao bermaksud jalan atau lorong. Sebelum datangnya falsafah konfusius , Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan dan juga cara kelakuan dan tabiat (baik atau buruk). Konsep Dao juga merupakan tatatertib moral yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
• Legalisme :diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa negara China di bawah pemerintahan Dinasti Qin. Ajaran ini mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.Legalisme juga menyarankan pemerintahan berteraskan undang undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran konfusianisme. Aliran ini telah mengasakan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara china .
Berdasarkan daripada empat ajaran diatas kesemuanya mementingkan hubungan antara manusia dengan alam dan antara manusia dengan manusia seperti menganggap tiadanya tuhan. Hal ini amatlah membawa ketakburan dalam diri sendiri dan juga sama sekali berbeza dengan ajaran Islam yang mementingkan hubungan dari segi semua aspek kehidupan. Tambahan pula aspek yang paling perlu diutamakan ialah aspek “habbluminallah,habluminannass” iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia .
|
|
|
Post by rowenadiane on Dec 20, 2015 17:45:29 GMT
ROWENA DIANE SARUYAN
2015664374
DS240(GROUP A)
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam Tamadun China dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam Tamadun Islam.
Pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan realiti atau hakikat yang muncul dari hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. Yin dan Yang membawa erti sifat berlawanan yang saling berkait yang mana dalam Islam keadaan baik dan buruk pasti ada hikmahnya. Dao merujuk kepada jalan atau lorong. Dalam Islam, merupakan satu kelakuan atau tabiat yang menjadi jalan bagi manusia untuk datang kepadaNya. Zong Yong merujuk kepada moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Islam juga menekankan bersifat sederhana dalam kehidupan seharian. Tian digunakan merujuk kepada prinsip yang tertinggi di dalam alam semesta iaitu langit yang mana dalam Islam merujuk kepada Tuhan Yang Maha Tinggi.Dari segi heirarki sosial, masyarakat China terbahagi kepada 4 kelas utama. Namun, dalam Islam setiap manusia mempunyai taraf yang sama tidak kira datang dari golongan tinggi mahupun rendah. Masyarakat China banyak diberikan penekanan terhadap unsur moral dan etika yang tinggi begitu juga dengan agama Islam.
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh Konfusianisme, Maoisme, Daoisme, Legalisme. Analisiskan empat ajaran berkenaan dan perihalkan ajaran Islam berserta berkaitkan pengaruh Islam kepada ajaran berkenaan.
Dalam tamadun China, masyarakat China menganut pelbagai aliran agama dan kepercayaan yang berbeza-beza. Konsep ajaran Konfusianisme menekankan pembentukan akhlak, membentuk kepatuhan dan ketaatan dan matlamat tertinggi adalah untuk menjadi manusia teragung. Ajaran Daoisme pula lebih menekankan keharmonian alam semesta serta menyarankan supaya manusia mengasingkan diri daripada peraturan duniawi. Ajaran Moisme pula mengajarkan bahawa yang terpenting ialah cinta universal, kemakmuran masyarakat dan memusnahkan kejahatan. Ajaran Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintahan terhadap rakyatnya serta menyarankan pemerintahan yang berteraskan undang-undang. Kesemua fahaman dalam tamadun Cina menyampaikan ajaran yang baik. Agama Islam pula diperkenalkan melalui pedagang-pedagang Islam di Cina. Agama Islam merupakan salah satu agama popular dalam kalangan orang Cina. Islam mula bertapak di negara China pada abad ke-7M dan masih bertahan sehingga kini. Buktinya, pembinaan masjid yang banyak di negara China.
|
|
|
Post by sarahhusna on Dec 21, 2015 10:07:41 GMT
SARAH HUSNA BINTI KHAIRULZAN 2015428468 GROUP A
Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun islam
Pandangan semesta dalama tamadun china mempunyai kepercayaan yanag bersandarkan keyakinan terhadap kuasa ghaib dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Pemujaan nenek moyang dan Tian, telah wujud dalam kalangan masyarakat Cina sejak dahulu lagi dan diguna pakai sehingga sekarang. Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Selain itu, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta. Tian juga merujuk kepada langit dan huraian tentang Syurga. Namun dalam kontek agama Islam, kita wajib mempercayai dan menyembah Allah swt sorang. Islam tidak mempercayai kepada adanya balasan dan pertolongan roh nenek moyang kerana setiap yang mati akan kembali kepada yan Maha Esa. Binatang, matahari, sungai dan sebagainya juga merupakan nikmat dan anugerah yang diberi oleh Allah swtkepada manusia didunia maka orang Islam hanya patut menyembah Allah sahaja.
Dalam perkembangan dan pembentukan kebudayaan cina, sistem nilai masyarakat dalam tamadung cina juga amat dititik beratkan. Sistem kekeluargaan merupakan asas kepada sistem masyarakat. Sistem masyarakat merupakan lanjutan kepada sistem kekeluargaan. Kesemua sistem menitikberatkan tentang pandangan nilai social etika manusia. Kuasa raja paling atas, susun lapis mulia dan hina dalam masyarakat, nilai kelompok negara dan keluarga serta nilai akhlak mengutamakan keadilan. Dari segi Agama Islam pula, setiap hamba Allah tarafnya sama sahaja tidak kira pangkat dan darjat yang diberikan di dunia. Yang berbeza ialah timbangan akhirat kelak.
Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusiansme, maoisme, daoisme, legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan
Ajaran Konfusiansme – Ajaran ini mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan manusia yang berada di langit dengan manusia yang berada di bumi dengan baik. Penganutnya diajar agar sentiasa ingat akan kehadiran roh nenek moyang mereka di bumi. Ajaran ini merupakan mementingkan manusia untuk menjaga tingkah laku dan memperbaiki moral.
Ajaran Maoisme – Merupakan ajaran yang memfokus evolusi proletariat yang akan mengubah masyarakat. Mereka meletakkan penekanan kepada ‘Malleabilty of human nature’ iaitu mempercayai bahawa semua yang berlaku adalah kerana usaha manusia itu sendiri.
Ajaran Taoisme/Daoisme – Merupakan ajaran falsafah yang mementingkan moral dan hubungan manusia dengan alam sekitar.
Ajaran Legalisme – Ajaran ini menekankan kepentingan undang undang as a way untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat. Ianya bersifat authoritarianisme.
Ajaran agam islam pula sangat berbeza dengan ajaran ajaran yang telah disebutkan. A islam memang mementingkan akhlak yang mulia tetapi kita sebagai seorang muslim, hendaklah menjaga hubungan dengan Allah swt, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam. Islam tidak mempercayai akan roh nenek nenek moyang kerana setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepadaNya. Islam juga mempercayai akan kerentuan yang ditentukan oleh Allah swt dan bukan seratus peratus kepada usaha manusia itu sendiri.
|
|
|
Post by mimijafri on Dec 21, 2015 11:41:33 GMT
MIMI SYAFIQA BINTI AHMAD JAFRI -2015430168- DS 240
1.
Pandangan semesta Tamadun Cina ialah konsep Tian iaitu pemujaan nenek moyang dan Tian. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti Zhou.Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Selain itu, konsep Dao yang bermaksud "jalan" atau “lorong". Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk. Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing juga diamalkan dimana kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji digunakan untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.Tambahan, Prinsip Zhongyong berteraskan moral asas bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat. Jalan Agung dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum. Jelaslah masyarakat Cina mempunyai banyak fahaman atau agama anutan. Berbeza dengan umat Islam hanya percaya dengan Tuhan yang satu. Masyarakat Cina juga lebih menekankan aspek alam sekeliling seperti langit, pokok dan juga menyembah roh nenek moyang tetapi dalam Islam, hal ini adalah haram dan tidak dibenarkan kerana roh nenek moyang tidak mempunyai kuasa untuk menolong.
Setiap tamadun mempunyai sistem masyarakat atau organisasi. Tamadun Cina mempunyai sistem masyarakat yang menekankan mora, etika dalam setipa perlakuan dalam hidup harian. Dalam susun lapis, penduduk terbahagi kepada 4 kelas atau hireki utama dengan raja beradi di tempat teratas manakala hamba pula diletakkan di tempat terbawah. Namun begitu, konsep Islam amat menekankan kesamaan dan keadilan, sistem pehambaan dihapuskan kerana di mata Allah semua manusia adalah sama kecuali yang membezakan ialah amalannnya.
2.
Konfusiansme
Konfusianisme adalah lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Fahaman ini telah diasakan oleh Kong Fu Tze yang lahir di negara China oleh ibunya Chiang Tsai yang berumur 15 tahun ketika itu. Kong Fu Tze merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru. Konfucius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik.
Maoisme
Adalah fahaman yang berbentuk revolusi dimana ia menekankan kelakuan manusia itu sendiri. Manusia bertanggungjawab dan harus tahu, semua perkara yang berlaku adalah kerana perbuatan mereka sendiri.
Taoisme
Taoisme merupakan salah satu ajaran falsafah yang mengenai moral dan hubungan antara manusia dengan alam persekitaran. Taoisme dikenali sebagai Daoisme dan ajaran Daoisme ini banyak mempengaruhi kehidupan dalam kalangan masyarakat cina. Ia juga membawa makna jalan.
Legalisme
Ini adalah istilah yang digunakan oleh orang Kristen aliran Injili untuk menjelaskan doktrin yang menekankan sistem peraturan dan hukum supaya manusia bisa memperoleh keselamatan dan pertumbuhan rohani. Kaum legalis percaya bahwa ketaatan secara ketat terhadap peraturan dan ketetapan merupakan suatu tuntutan. Secara doktrin, ini adalah pandangan yang pada hakikatnya berlawanan dengan konsep anugerah.
4 ajaran tersebut menggambarkan hubungan antara manusia dengan manusia , manusia dengan alam dan manusia dengan Tuhan. Aspek-aspek seperti etika, adab dll sangat dititikberatkan.
|
|
|
Post by saiyidahanisah on Dec 21, 2015 11:52:25 GMT
NUR SAIYIDAH HANISAH BT ALI
2015418834
PROGRAM: DS240 (GROUP A)
Pandangan Semesta dan Sistem Nilai Masyarakat Tamadun China
Konsep Tian : kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina.
Konsep Dao : Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”. Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan, cara kelakuan, tabiat ( Baik atau buruk ).
Konsep Wuxing dan Yin&Yang: Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya
Prinsip Zhong Yong : Moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Ia juga merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
Sistem nilai masyarakat dalam tamadun China ialah :
Nilai-nilainya hasil daripada humanisme adalah transendensi dalaman, sifat sekular, moralisme sebagai ideologi, personalisme, hubungan manusia dengan alam semesta, institusi keluarga dan pendidikan diberi keutamaan, serta keharmonian.
-Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular (memisahkan urusan duniawi dengan urusan keagamaan).
- Transendensi dalaman = Seseorangan harus berusaha sendiri untuk mempertingkatkan darjahnya dari segi kesarjanaan, kebijaksanaan dan akhlak. Aspek yang diberi penekanan ialah disiplin diri, pengorbanan diri dan harga diri.
-Pegangan yang kuat dan teguh kepada humanisme, personalisme dan moralisme maka pendidikan yang bertradisi panjang diberi penghargaan yang tinggi. Golongan birokrat dan cendekiawan merupakan kelas sosial yang tertinggi kedudukannya, dan masyarakat menjunjung tinggi golongan guru dan pekerjaannya.
-Keharmonian dititikberatkan dalam sebarang bentuk hubungan sama ada hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan kelompok, keluarga, komuniti atau institusi, antara kelompok dan juga antara manusia dengan alam semesta.
Perbezaan dengan tamadun Islam ialah Islam menerapkan unsur rohani, jasmani, spiritual serta kekuatan mental untuk menghadapi kehidupan seharian serta menghadapi sesuatu masalah
Konfusianisme
-memberikan penekanan terhadap aspek maruah diri dan perasaan kemanusiaan.
-Antara anjarannya ialah :
(a)Kepentingan akhlak mulia yang melalui penjagaan hubungan yang baik antara manusia di langit dan manusia di bumi.
(b)Mengajar penganutnya supaya sentiasa mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia.
(c)Merangkumi aspek falsafah dan etika yang mengajar manusia cara untuk bertingkah laku dengan baik.
(d)Segala tingkah laku hendaklah sederhana dan setiap orang harus bertindak mengikut peraturan.
Maoisme
Antara ajaran Maoisme ialah:
(a)Beliau menitik beratkan cinta sejagat tetapi mengabaikan hubungan kekeluargaan dan kedudukan.
(b)Melarang hidup mewah, tidak membazir dan menyarankan kesederhanaan dalam kehidupan.
(c)Menentang upacara pengebumian yang dijalankan secara besar-besaran.
(d) Mo-Tzi melarang perkembangan muzik kerana beliau beranggapan bahawa muzik boleh melalaikan sseorang dan memusnahkan peribadi seseorang Raja dan tidak dapat memelihara negara.
(e) Menentang peraturan sistem pewarisan takhta kerajaan. Menurut ajaran ini, sesiapa sahaja yang berkelayakan harus diberi peluang memegang sesuatu jawatan.
(f) Melarang segala bentuk keganasan, peperangan, dan serangan. Bagi beliau, peperangan tidak bawa aa-apa faedah, sebaliknya akan menyebabkan berlakunya kemusnahan harta benda.
(g) Mo-Tzi tidak mempercayai konsep takdir. Beliau berpendapat bawa seseorang yang bergantung kepada nasib dan takdir tanpa berusaha akan menyebabkan berlakunya kemunduran dan kesengsaraan.
Taoisme –daoisme
Antara ajaran Taoisme ialah :
(1) Menekankan unsur primitive bagi mencapai kehidupan yang abadi. Bagi menghapuskan dosa, penganutnyaperlu bertapa di gua dan di gunung.
(2) Penekanan terhadap aspek antimeterialisme, ia adalah untuk memperoleh tempat yang lebih baik pada masa akhirat dengan penganutnya diajak meinggalkan hal duniawi.
(3) Pendekatan batin digalakkan bagi mewujudkan perpaduan masyarakat. Mereka percaya setiap manusia mempunyai satu bentuk tenaga dalam jiwanya, dan tenaga ini boleh dibangkitkan melalui amalan yoga dan meditasi. Manusia seharusnya hidup secara sederhana di samping menghafal kitab Taoisme.
(4) Fahaman ini menekankan aspek perdampingan dengan alam semula jadi.
Legalisme
- manusia secara asas bersifat jahat dan manusia perlu melihat diri mereka sendiri.
- Falsafah ini, pemerintahannya perlu dijalankan berdasarkan undang-undang ketat.
- Tidak menitik beratkan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme.
- Perkataan Fa bermaksud peraturan dan undang-undang.
- Suatu mazhab pemikiran Cina yang lebih mementingkan penggunaan sistem atau cara pentadbiran yang berdasarkan undang-undang yang ditetapkan kerana dengan cara itu, ia dapat menjamin kestabilan dan keamanan negara.
- Menitik beratkan konsep kuasa pemerintahan.
- Raja mempunyai kuasa dalam memberi arahan kepada menteri dan pegawai bawahnya.
- Menentang pengajaran dan pembelajaran Legalisme kerana mereka tidak perlu mengetahui perkara yang lalu.
Kesan Pengaruh Islam
Tumpuan ajaran-ajaran kepercayaan orang Cina banyak berkisar di sekitar diri manusia. Oleh itu, konsep ketuhanan bagi kepercayaan orang Cina tidak diberi keutamaan. Tuhan orang Cina dizahirkan dalam bentuk dewa-dewi yang diberikan perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka yang mementingkan manusia berhubung kebaikan dunia dan akhirat. Manakala, tamadun Islam mempercayai bahawa Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan dan rujukan hidup mereka. Kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Khiamat serta Qada dan Qadar merupakan perkara yang wajib dipercayai oleh mereka semua.
|
|
|
Post by daslianah on Dec 21, 2015 11:52:27 GMT
Daslianah binti Daslam 2015428382 DS240 Group A
Bicara Tamadun 1
Pandangan semesta dan Sistem Masyarakat Tamadun China
Dalam tamadun China, pandangan semesta melibatkan kepercayaan orang Cina yang banyak bersandarkan kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Yin Yang dalam tamadun China bermaksud disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya serta merujuk kepada wujudnya pertentangan dalam kehidupan tetapi mereka saling melengkapi atau mengurangkan yang lain. Konsep Tao & Dao ialah pada awalnya merujuk kepada jalan atau lorong ataupun suatu perjalanan atau tabiat sama ada baik mahupun buruk. Menurut Kung Fu-Ze, ia peraturan yang wajib dipatuhi. Zong Hong atau kesederhanaan merupakan moral asas bersederhana dan seimbang serta megamalkan toleransi. Konsep Wuxing sangat penting dalam perubatan tradisional, tilik nasib dan feng shui.
Bagi konsep Tian pula merujuk kepada langit. Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta dan konteks etika Konfusianisme.
Sistem kekeluargaan penting untuk membentuk sisitem masyarakat. Hierarki dalam masyarakat Cina tergolong kepada 4 kumpulan utama iaitu, pemerintah, etani, seniman dan peniaga.
Perbezaan Pandangan Semesta dan Sistem Masyarakat Tamdun Islam
Pandangan semesta Islam merujuk kepada gambaran umum daripada perspektif Islam terhadap beberapa aspek penting kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam universal seperti hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam semulajadi. Umat Islam percaya tentanag kewudujudan Tuhan yang Esa dan pasti setiap perkara terjadi pasti ada pencipta iaitu Allah. Bagi hubungan sesama manusia pula, ialah untuk megetahui tentang asal usul kejadian manusia yang terdiri daripada roh dan jasad yang bermula daripada Adam dan Hawa. Manusia juga perlu menjaga hubungan dengan alam iaitu manusia diperintahkan untuk memanfaatkan dan memakmurkan alam semesta yang diciptakan oleh Allah s.w.t.
Dalam Tamadun Islam, setiap manusia mempunyai taraf yang sama disisi Allah di dunia iaitu sebagai hamba Allah dan yang akan membezakan manusia di akhirat kelak ialah alaman mereka.
Bicara Tamadun 2
Konfusiansme – Bukanlah satu agama tetapi pengajaran yang menekankan tentang aspek kemanusian yang merang rangkumi falsafaj dan etika yang mengajar cara tingkah laku yang baik. Kepentingan berakhlak mulia melalui penjagaan hubungan baik antara manusia di langit dan di bumi.
Maoisme- Mengajarkan manusia tentang penting aspek kasih saying, mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
Taoisme/Daoisme- Satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ajaran inimenekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistic.
Legalisme - Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
Kesan kedatangan Islam telah mengubah beberapa kepercayaan tersebut dan ada yang masih diguna pakai. Sebagai contoh, konsep legalisme adalah berteraskan kekerasan dan tiada belas kasihan tetapi apabila ajaran islam diterap masukkan, konsep belas kasihan dan keadilan diterapkan dalam pentadbiran dan dalam pengurusan masyarakat. Selain itu, Kesan pengaruh agama Islam terhadap Tamadun China dapat dibuktikan melalui reka bentuk masjid, dewan membaca Al-Quran dan tanah-tanah perkuburan di seluruh Negara China.
|
|
|
Post by ameeraina on Dec 21, 2015 11:58:32 GMT
AMIRAH AINA BINTI AZAHARI 2015218646 DS240 GROUP B
1-Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun islam
Ia ialah konsep mengenai alam semesta secara keseluruhannya melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu. Pandangan semesta di dalam Tamadun Cina pula melibatkan kepercayaan orang Cina yang banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Semua kepercayaan orang Cina menunjukkan persamaan yang nyata iaitu kebaikan pada aspek moral dan akhlak manusia. Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping kepercayaan primatif, telah wujud dalam kalangan masyarakat Cina sejak dahulu lagi. Di dalam Islam, kita perlu percaya terhadap kuasa ghaib di persekitaran kita namun kita tidak boleh memuja mereka. Hanya Allah tuhan yang disembah dan dimulia-muliakan. Hal ini sangat kontra dengan masyarakat Cina. Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. Di dalam Islam, Allah Maha Pencipta , hanya Dia yang berkuasa mencipta langit, matahari, pokok dan segalanya maka Allah sahaja yang perlu dipuja. Masyarakat cina mempunyai susun lapis mayarakat yang pelbagai, setiap lapisan itu ada keistimewaan yang tersendiri. Walaubagaimanapun dalam Islam, semua umat manusia adalah sama iaitu hamba kepada Allah, yang membeza kita ialah amalan kita. Segala amalan kita akan ditimbang di hari akhirat, hanya pada ketika itu betapa baik dan buruknya diri kita semasa berada di dunia.
. 2.Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusiansme, maoisme,daoisme,legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan:- Konfusianisme-Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Konfucius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik. Maoisme: ajaran ini diasaskan oleh Mo Zi. merupakan konsep yang mementingkan aspek kasih sayang sejagat (jian’ai),mengecam sikap suka berperang (feigong),menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli) menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran konfusianisme. Daoisme: konsep Dao merupakan satu konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau suatu set peraturan-peraturan etika yang harus diikuti oleh seseorang individu. Menurut Daoisme, konsep Dao bermaksud metafizik. Legalisme: Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat.
Ajaran Islam berbeza dengan konsep yang disebutkan di atas. Agama Islam amat menitikberatkan hal hubungan manusia dengan tuhan. Konsep-konsep di atas lebih cenderung kepada hubungan sesama manusia dan tidak dikaitkan dengan hubungan bersama tuhan.
|
|
|
Post by arisya on Dec 21, 2015 13:09:28 GMT
SITI ARISYA BINTI NAZLI 2015418694 DS240 B
1.
i) Konsep Tian
- Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina.
(ii) konsep Dao
Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong".
(iii) Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
- Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
- Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
- Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut.
- Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras.
Tamadun Islam merupakan satu tamadun yang paling unik kerana kelahirannya adalah asas daripada agama. Tamadun Islam mempercayai bahawa Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan dan rujukan hidup mereka. Kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Khiamat serta Qada dan Qadar merupakan perkara yang wajib dipercayai oleh mereka semua. Tamadun China pula mempunyai pandangan yang berbeza dimana Tumpuan ajaran-ajaran kepercayaan orang Cina banyak berkisar di sekitar diri manusia. Oleh itu, konsep ketuhanan bagi kepercayaan orang Cina tidak diberi keutamaan. Tuhan orang Cina dizahirkan dalam bentuk dewa-dewi yang diberikan perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka yang mementingkan manusia berhubung kebaikan dunia dan akhirat
2.
Ajaran Konfucius :
1. Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.
2. Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.
3. Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.
Ajaran Maoisme:
Ajaran-ajaran asasnya merangkumi perjuangan revolusi majoriti besar rakyat bergelar Perang Rakyat yang melibatkan kaum petani, dan strategi ketenteraanya melibatkan taktik perang gerilayang tertumpu pada pengepungan dari kawasan desa oleh angkatan bersenjata rakyat bukan profesional.
Ajaran Daoisme:
Taoisme menekankan pemahaman "Tao" atau hukum alam semesta untuk hidup dengan harmoni dengan unsur-unsur semula jadi di dalam dunia ini.
Ajaran Legalisme:
Ajaran ini muncul demi kepentingan undang-undang sebagai satu-satunya cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat. Penganut Legalisme tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas kasihan.
|
|
|
Post by hadib96 on Dec 21, 2015 13:19:32 GMT
HADIB JAZMINE BINTI MOHD HATTA
2015664062
GROUP B
DS 240
Konsep mengenai alam semesta secara keseluruhannya melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu Pandangan semesta di dalam Tamadun Cina pula melibatkan kepercayaan orang Cina yang banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Semua kepercayaan orang Cina menunjukkan persamaan yang nyata iaitu kebaikan pada aspek moral dan akhlak manusia. Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping kepercayaan primatif, telah wujud dalam kalangan masyarakat Cina sejak dahulu lagi. Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. Konsep perpaduan antara Tian dengan insan (tian-ren heyi) pula terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. Disebabkan hubungan antara insan dan Tian yang begitu rapat maka segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran kepada kerajaan berkenaan. Konsep yang menggabungkan aliran pemikiran Ying-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme ini dikemukakan oleh Dong Zhongshu iaitu seorang pujangga Konfusian di zaman dinasti Han. Konsep ini terus mempengaruhi tradisi pemikiran orang Cina sehingga masa kini dalam proses perkembangan ketamadunannya.Tahap pencapaian keharmonian masyarakat yang paling ideal ialah datong (The Grand Unity). Datong merupakan utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. Jalan Agung ini dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum. Ini termasuklah yang tua akan dijaga dan yang muda dipelihara dengan sempurna di samping tiada perbuatan maksiat, mencuri atau pemberontakan. Walaupun matlamat tersebut amat sukar untuk dicapai, namun utopia Konfusian ini tetap menjadi pegangan bagi masyarakat Cina.
Pandangan semesta secara sinonim disebut juga sebagai sinonim pandanganalam atau tasawwur. Secara literal istilah ini bermaksud memberi rupa atau gambaranatau lukisan sesuatu perkara. Ia juga merupakan nama kepada hasil renungan dantilikan akal. Professor Syed Naquib Al-Attas berpandangan bahawa pandangansemesta Islam merupakan pandangan Islam terhadap sesuatu perkara yang wujudsama ada kewujudannya secara nyata dan jelas atau kewujudan secara ghaib iaitusesuatu yang tidak mampu dilihat oleh pancaindera manusia secara kebiasaannya.Pandangan semesta amat perlu dan penting bagi setiap tamadun. Ini keranapandangan semestalah yang akan menentukan halatuju dan matlamat sesuatutamadun. Dalam erti kata lain, pandangan semesta merupakan kerangka bagipembentukan sesuatu tamadun.Peri pentingnya pandangan semesta dapat dilihat dalam usaha pembentukanmasyarakat Madinah oleh Rasulullah SAW. Kerangka pembinaan pandangan semestatelah bermula sejak di kota Mekah lagi dan mengambil masa selama 13 tahun lamanyauntuk membina kemantapan jati diri. Natijahnya terhasil setelah diteruskan 10 tahun diMadinah dan akhirnya Madinah muncul sebagai sebuah Negara Islam pertama didunia. Pandangan semesta sesuatu tamadun sebenarnya bergantung kepada sumber epistimologi dan ilmu. Tamadun Islam misalnya bersumberkan wahyu al-Quran dan al-Sunnah. Sementara sumber-sumber yang lain hanyalah sekadar sumber sokongan.Justeru itu, sumber wahyulah yang menjadi paksi kehidupan manusia dan akanmenentukan halal atau haram, berguna atau tidak dan sebagainya. Inilah pegangandan amalan dalam masyarakat dan pembinaan tamadun Islam.
KONFUSIANISME --- Konfusius merupakan seorang Guru Agung yang berasal dari dataran Tiongkok. Ia lahir pada tahun 551 SM pada masa pemerintahan Raja Ling dari Dinasti Zhou, dengan nama kecil Khung Chiu atau Zhong Ni. Konfusius dikenal dengan ajarannya yang sarat akan moralitas atau kebajikan sebagai landasan utama untuk menjalani kehidupan yang harmonis. Selama hidupnya, Konfusius mengabdikan diri pada kegiatan belajar-mengajar. Ia sangat menyukai belajar. Ia belajar sejak kecil hingga akhir hayatnya.
Ajaran Konfusius adalah arah menuju sifat-sifat ideal manusia sebagai individu maupun dalam masyarakat. Ajaran ini lebih mudah difahami melalui perjalanan hidup sang filsuf. Konfusius mengatakan: “pada umur 15 tahun aku siapkan hatiku untuk belajar; pada usia 30 aku merasa diriku sudah mapan; mencapai usia 40 aku tidak punya keraguan lagi dalam diriku; saat berumur 50 aku tahu wasiat Surga; sewaktu berumur 60 aku siap mendengar itu; pada umur 70 aku bisa mengikuti keinginan hatiku tanpa harus mendahului kebenaran”.
TAOISME --- Taoisme merupakan aliran falsafah penting di Cina sesudah Konfusianisme. Bentuk ajarannya yang awal dinisbahkan kepada Lao Tze dan Yang Chu. Tetapi sebagai faham falsafah, Taoisme baru dikenal pada abad ke-1 SM. Yang pertama kali menyebut sistem ini sebagai madzab falsafah ialah Ssu-ma Ch`ien dalam bukunya Shih Chi (Rekaman Sejarah). Sudah tentu sebelum abad ke-1 SM Taoisme telah berkembang dan dasar-dasar pokok ajarannya telah dirumuskan oleh para pendirinya. Yang menjadi persoalan hingga kini ialah siapa sebenarnya pengasas pertama Taoism. Ada yang mengatakan Yang Chu (440-366 SM). Tetapi ada pula yang memandang Lao Tze yang hidup sezaman dengan Kon Fu Tze. Perkiraan bahwa orang pertama yang mengajarkan Taoisme adalah Yang Chu sebagian didasarkan pada dugaan bahwa kitab Tao Te Ching baru disusun pada abad-abad kemudian, lama sesudah wafatnya Lao Tze yang dipandang sebagai penulis kitab induk Taoisme. Tetapi beberapa sarjana seperti Creel meragukan bahwa ajaran Yang Chu benar-benar bercorak Taois, Creel sependapat dengan kebanyakan sarjana sastra Cina yang meyakini bahwa pendiri Taoisme adalah Lao Tze. Yang diajarkan Yang Chu hanyalah semacam naturalisme mistis, yaitu persatuan manusia dengan alam. Namun ajaran itu tidaklah lengkap sebagaimana ajaran Lao Tze. Dalam falsafah naturalismenya Yang Chu, sebagaimana Lao Tze sebelumnya, mengajarkan perlunya hidup bersahaja dan selaras dengan alam. Ia menolak hedonisme material yang merajalela pada zamannya
LEGALISME --- Legalisme adalah salah satu arus falsafah utama sewaktu Zaman Negeri-Negeri Berperang, walaupun istilah itu sendiri telah dicipta sewaktu Dinasti Han dan oleh itu tidak merujukkan pada sebuah 'sekolah' teratur fikiran. Legalisme adalah falsadah politik utilitarian yang tidak mengalamatkan pertanyaan-pertanyaan lebih tinggi seperti semulajadi dan tujuan hidup.[1] Sekolah penyokong yang paling terkenal dan penyumbang Han Fei Zi percaya bahawa pemerintah harus menggunakan tiga alat untuk mentadbir rakyatnya: Fa secara harfiahnya "law or principle"): Kod undang-undang mesti ditulis dengan jelas dan diumumkan kepada orang ramai. Semua orang di bawah pemerintah adalah sama di sisi undang-undang. Undang-undang harus membalas orang-orang yang taat kepada mereka dan menghukum dengan sewajarnya orang-orang yang berani untuk memecahkan mereka. Oleh itu, ia memberi jaminan bahawa tindakan yang diambil secara sistematik diramalkan. Di samping itu, sistem undang-undang berlari negeri, bukan pemerintah, kenyataan peraturan undang-undang. Jika undang-undang itu dikuatkuasakan, walaupun pemerintah yang lemah akan menjadi kuat. Shu pinyin: shù; secara harfiahnya "method, tactic or art"): Taktik khas dan "rahsia" yang akan digunakan oleh pemerintah untuk membuat orang lain tidak mengambil alih kawalan kerajaan. Terutama yang penting ialah bahawa tiada siapa yang boleh menduga motivasi pemerintah, dan dengan itu tiada siapa yang boleh tahu tingkah laku yang mungkin membantu mereka maju, selain daripada yang berikut atau undang-undang. Shi pinyin: shì; secara harfiahnya "legitimacy, power or charisma"): Ia adalah kedudukan pemerintah, bukan pemerintah dirinya sendiri, yang memegang kuasa. Oleh itu, analisis trend, konteks, dan fakta-fakta adalah penting bagi pemerintah yang sebenar.
MOHISME --- Didirikan oleh Mo Tse atau Mo Zi. Inti ajarannya adalah cinta universal. Rakyat Cina harus percaya pada langit yang menampilkan cinta kepada semua orang. Aliran ini bersifat pragmatis, arinya baik buruknya sesuatu bergantung pada pertimbangan untung ruginya. Mo Zi menentang kemewahan, dan upacara-upacara yang menghamburkan kekayaan.
Agama islam merupakan salah satu agama yang popular dalam kalangan orang cina dan pemeluknya dipanggil hui. islam mula bertapak di negara cina pada abad ke-7 masihi dan masih bertahan sehingga kini. ini dapat dibuktikan dengan pembinaan masjid yang banyak di negara cina. selain itu , agama kristian katolik juga dianuti oleh sesetengah penduduk di negara china sejak abad ke-13 masihi lagi. negara china berkata bahawa rakyat diberi kebebasan untuk mengamalkan apa jua kepercayaan dan agama mereka.
|
|
|
Post by amirulmukminin on Dec 21, 2015 13:46:18 GMT
MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ BIN MOHD KHARUZHAR
2015666926
DS240 (GROUP A )
Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun islam
Tamadun china dari segi pandangan alam semesta, mempunyai kepercayaan yang bersandarkan keyakinan terhadap kuasa ghaib dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Pemujaan nenek moyang dan Tian, telah wujud dalam kalangan masyarakat Cina sejak dahulu lagi dan diguna pakai sehingga sekarang. Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Selain itu, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta. Tian juga merujuk kepada langit dan huraian tentang Syurga. Namun dalam kontek agama Islam, kita wajib mempercayai dan menyembah Allah swt sorang. Islam tidak mempercayai kepada adanya balasan dan pertolongan roh nenek moyang kerana setiap yang mati akan kembali kepada yan Maha Esa. Binatang, matahari, sungai dan sebagainya juga merupakan nikmat dan anugerah yang diberi oleh Allah swtkepada manusia didunia maka orang Islam hanya patut menyembah Allah sahaja.
Sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dari segi perkembangan dan pembentukan kebudayaan cina juga amat dititik beratkan. Sistem kekeluargaan merupakan asas kepada sistem masyarakat. Sistem masyarakat merupakan lanjutan kepada sistem kekeluargaan. Kesemua sistem menitikberatkan tentang pandangan nilai social etika manusia. Kuasa raja paling atas, susun lapis mulia dan hina dalam masyarakat, nilai kelompok negara dan keluarga serta nilai akhlak mengutamakan keadilan. Dari segi Agama Islam pula, setiap hamba Allah tarafnya sama sahaja tidak kira pangkat dan darjat yang diberikan di dunia. Yang berbeza ialah timbangan akhirat kelak.
Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusiansme, maoisme, daoisme, legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan
Ajaran Konfusiansme – Ajaran ini mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan manusia yang berada di langit dengan manusia yang berada di bumi dengan baik. Penganutnya diajar agar sentiasa ingat akan kehadiran roh nenek moyang mereka di bumi. Ajaran ini merupakan mementingkan manusia untuk menjaga tingkah laku dan memperbaiki moral.
Ajaran Maoisme – Merupakan ajaran yang memfokus evolusi proletariat yang akan mengubah masyarakat. Mereka meletakkan penekanan kepada ‘Malleabilty of human nature’ iaitu mempercayai bahawa semua yang berlaku adalah kerana usaha manusia itu sendiri.
Ajaran Taoisme/Daoisme – Merupakan ajaran falsafah yang mementingkan moral dan hubungan manusia dengan alam sekitar.
Ajaran Legalisme – Ajaran ini menekankan kepentingan undang undang as a way untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat. Ianya bersifat authoritarianisme.
Ajaran agam islam pula sangat berbeza dengan ajaran ajaran yang telah disebutkan. A islam memang mementingkan akhlak yang mulia tetapi kita sebagai seorang muslim, hendaklah menjaga hubungan dengan Allah swt, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam. Islam tidak mempercayai akan roh nenek nenek moyang kerana setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepadaNya. Islam juga mempercayai akan kerentuan yang ditentukan oleh Allah swt dan bukan seratus peratus kepada usaha manusia itu sendiri.
|
|
aifa
New Member
Posts: 8
|
Post by aifa on Dec 21, 2015 13:54:12 GMT
NUR ILYANA AIFA BT AZIZ (2015408576)
DS240 (GROUP A)
PANDANGAN SEMESTA DAN SISTEM NILAI MASYARAKAT DALAM TAMADUN CINA - Pandangan semesta di dalam Tamadun Cina pula melibatkan kepercayaan orang Cina yang banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka.
- Antara pandangan tersebut ialah Yin & Yang, Tao & Dao, Zong Yong, Tian
- Yin & Yang: Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan (pasif, sejuk, gelap, basah, lembut). Manakala Yang mewakili lelaki (aktif, panas, cerah,kering, keras). Dalam bentuk fizikal, Yang bermaksud langit manakala Yin bermaksud bumi.
- Tao & Dao: Merujuk kepada jalan atau lorong yang memandu manusia ke arah kebaikan. Dao juga dikaitkan dengan tabiat atau kelakuan baik atau buruk seseorang.
- Zong Yong: Bermaksud prinsip kesederhanaan yang merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Hal ini merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan. Prinsip ini merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat sekiranya ia dihayati dan diamalkan sepenuhnya.
- Tian: Juga dikenali sebagai langit. Langit dianggap sebagai makhluk yang unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang. Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta.
- Sistem sosial masyarakat Cina berkaitan dengan susunan hierarki, penyatuan, keharmonian social, kebaikan moral, tanggungjawab secara kolektif dan kumpulan.
- Asas utama hubungan sosial ini ialah konsep jen-ch’ing yang bermaksud tanggungjawab seseorang kepada keluarga dan masyarakat.
- Perkara paling jelas dalam sistem sosial masyarakat Cina ialah pentingnya konsep kekeluargaan yang dikenali sebagai Lima Hubungan iaitu:
o Hubungan antara suami dengan isteri
o Hubungan bapa dengan anak
o Hubungan adik beradik
o Hubungan pemerintah dan rakyat
o Hubungan antara kawan-kawan
- Dalam agama Islam, hanya Allah SWT yang wajib disembah. Ini amat berbeza dengan kepercayaan orang Cina dalam Tamadun Cina yang mempunyai keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka.
AJARAN TAMADUN CINA
KONFUSIANISME
- 551 M – 479 SM
- Doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius
- Berasal daripada tulisan-tulisan klasik
- Pengajaran utama Konfusius: Jen (sifat manusia dan kebajikan), Li (prinsip hormat), Xin (kesetiaan, jujur, bantu-membantu), Chung (kesetiaan kepada negara), Yi (kebenaran), Hsiao/Hao (saling mengasihi)
MAOISME
- 479 SM – 381 SM
- Konsep ajaran Maoisme: Jian’ai (kasih saying sejagat), Feigong (mengecam sikap suka berperang), Feiming (menyerah kepada nasib), Shangxian (mengutamakan golongan cerdik pandai)
DAOISME
- Dao: jalan yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan
- Pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan spontan dan tanpa sebarang usaha
LEGALISME
- Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintahan terhadap rakyatnya
- Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang
- Kaedah sistem pemerintahan: Shi (kuasa), Shu (cara), Fa (perundangan)
|
|
sufi
New Member
Posts: 6
|
Post by sufi on Dec 21, 2015 14:09:59 GMT
WAN ANIS SUFIAH BINTI WAN MOHAMMAD NOOR 2015430204 DS240A Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun islam
Pandangan Semesta: Konsep Tian - Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. - Konsep Tian wujud sejak Zaman Dinasti Zhou. - Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme. Konsep Dao - Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong". -Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk. - Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semsta. Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing - Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad. - Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. - Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras. Agama Islam merujuk kepada Al-quran dan hadis dimana terdapat segala suruhan, larangan-Nya dan segala penyelesaian masalah. Jika mempunyai masalah, mengaku kepada Allah. Jikalau mendapat rahmat, bersyukur kepada Allah. Sistem nilai masyarakat: mempunyai struktur organisasi sosial yang meliputi daripada raja, pembesar/bangsawan/pegawai, petani/pedagang/artisan dan hamba. Manakala Islam mempunyai kedudukan yang sama rata tidak kira raja atau petani dan konsep hamba tidak diterima di dalam agama Islam. Di samping itu, kaum wanita dipinggir dalam semua segi daripada pendidikan, undang-undang malah tidak boleh membantah suruhan suami. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusiansme, maoisme, daoisme, legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan
CONFUCIANISME: Ianya menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia , terutama mengenai perikemanusiaan (ren),kesusilaan(li) , dan ketaatan kepada ibu bapa(xiao) . TAOISME: Berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan secara spontan tanpa sebarang usaha .
MOISME: Antara konsep yang penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang(jian’ai) , mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib(feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). LEGALISME: adalah falsadah politik utilitarian yang tidak mengalamatkan pertanyaan-pertanyaan lebih tinggi seperti semulajadi dan tujuan hidup. Berdasarkan daripada empat ajaran diatas kesemuanya mementingkan hubungan antara manusia dengan alam dan antara manusia dengan manusia seperti menganggap tiadanya tuhan. Manakala, Islam mementingkan semua aspek samada Allah, manusia, binatang dan alam sekitar.
|
|
|
Post by irfanmaruan on Dec 21, 2015 14:11:34 GMT
MUHAMMAD IRFAN BIN MARUAN 2015250296 DS240 GROUP A
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun islam
Ia ialah konsep mengenai alam semesta secara keseluruhannya melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu. Pandangan semesta di dalam Tamadun Cina pula melibatkan kepercayaan orang Cina yang banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Semua kepercayaan orang Cina menunjukkan persamaan yang nyata iaitu kebaikan pada aspek moral dan akhlak manusia. Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping kepercayaan primatif, telah wujud dalam kalangan masyarakat Cina sejak dahulu lagi. Di dalam Islam, kita perlu percaya terhadap kuasa ghaib di persekitaran kita namun kita tidak boleh memuja mereka. Hanya Allah tuhan yang disembah dan dimulia-muliakan. Hal ini sangat kontra dengan masyarakat Cina. Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. Di dalam Islam, Allah Maha Pencipta , hanya Dia yang berkuasa mencipta langit, matahari, pokok dan segalanya maka Allah sahaja yang perlu dipuja.
Masyarakat cina mempunyai susun lapis mayarakat yang pelbagai, setiap lapisan itu ada keistimewaan yang tersendiri. Walaubagaimanapun dalam Islam, semua umat manusia adalah sama iaitu hamba kepada Allah, yang membeza kita ialah amalan kita. Segala amalan kita akan ditimbang di hari akhirat, hanya pada ketika itu betapa baik dan buruknya diri kita semasa berada di dunia.
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusiansme, maoisme,daoisme,legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan
konfusiansme: bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.
Daoisme/Taoisme: merupakan salah satu ajaran falsafah yang mengenai moral dan hubungan antara
manusia dengan alam persekitaran. Taoisme dikenali sebagai Daoisme dan ajaran Daoisme
ini banyak mempengaruhi kehidupan dalam kalangan masyarakat cina. Ia juga membawa makna jalan.
maoisme: ajaran ini diasaskan oleh Mo Zi. merupakan konsep yang mementingkan aspek kasih sayang sejagat (jian’ai),mengecam sikap suka berperang (feigong),menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli) menyebabkan pengikutnya menetang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran konfusianisme
legalisme: Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme.
Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
Berdasarkan daripada empat ajaran diatas kesemuanya mementingkan hubungan antara manusia dengan alam dan antara manusia dengan manusia seperti menganggap tiadanya tuhan. Hal ini amatlah membawa ketakburan dalam diri sendiri dan juga sama sekali berbeza dengan ajaran Islam yang mementingkan hubungan dari segi semua aspek kehidupan. Tambahan pula aspek yang paling perlu diutamakan ialah aspek “habbluminallah,habluminannass” iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia
|
|