|
Post by adibhalim on Dec 21, 2015 15:49:28 GMT
MUHAMAD ADIB BIN ABDUL HALIM 2015430128 DS240 CTU551(GROUP B)
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun islam.
Pandangan Semesta
Dalam tamadun china masyarakat china mempercayai dan memuja nenek moyang dan Tian(langit). Mereka juga mempercayai amalan animisme dimana pemujaan kepada binatang ,tanaman dan alam semulajadi di praktikkan dalam konsep menyembah tuhan , mereka juga amat mementingkan pemahaman diri manusia sendiri berbanding dengan konsep ketuhanan. Mereka juga boleh menganut sebarang agama yang dikehendaki mengikut pilihan diri sendiri. Tambahan pula, mereka juga menggambarkan tuhan mereka dalam pelbagai bentuk antaranya ialah dalam bentuk dewa-dewi. Malahan dengan kata yang lebih mudah, masyarakat Cina tidak mempunyai konsep yang jelas tentang kewujudan tuhan seperti ajaran Islam dimana Allah itu benar- benar wujud dan kita sebagi umat Islam wajib beriman dan percaya kewujudan Allah.Antara ajaran berkaitan pandangan semesta yang menjadi kepercayaa masyarakat cina pada tamadun china dahulu ialah seperti berikut:
Pertama sekali, Tian bermaksud kekuasaan tertinggi oleh langit dimana menurut Islam ada yang lebih Maha tinggi. Dao ialah asas kepada benda hidup tetapi dalam Islam kita haruslam mempercayai bahawa kekuasaan Allah itulah yang menjadi asas kepada kehidupan dimana dengan izin Allah jugalah kita masih hidup sehingga sekarang. Zong membawa maksud kesederhanaan dimana memang tidak dinafikan bahawa sesuatu perkara itu sebaik-baiknya dilakukan secara bersederhana tetapi dalam Islam tidak melarang umatnya untuk belebih-lebihan dalam berselawat.Akhir sekali, Ying yang pula bererti sifat berlawanan yang melengkapi satu sama lain tetapi kita sebagai umat Islam percaya bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.
Sistem Nilai Masyarakat
Sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dari segi perkembangan dan pembentukan kebudayaan cina juga amat dititik beratkan. Sistem kekeluargaan merupakan asas kepada sistem masyarakat. Sistem masyarakat merupakan lanjutan kepada sistem kekeluargaan. Kesemua sistem menitikberatkan tentang pandangan nilai social etika manusia. Kuasa raja paling atas, susun lapis mulia dan hina dalam masyarakat, nilai kelompok negara dan keluarga serta nilai akhlak mengutamakan keadilan. Dari segi Agama Islam pula, setiap hamba Allah tarafnya sama sahaja tidak kira pangkat dan darjat yang diberikan di dunia. Yang berbeza ialah timbangan akhirat kelak.
Perbezaan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun islam.
Ajaran Konfusiansme – Ajaran ini mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan manusia yang berada di langit dengan manusia yang berada di bumi dengan baik. Penganutnya diajar agar sentiasa ingat akan kehadiran roh nenek moyang mereka di bumi. Ajaran ini merupakan mementingkan manusia untuk menjaga tingkah laku dan memperbaiki moral.
Ajaran Maoisme – Merupakan ajaran yang memfokus evolusi proletariat yang akan mengubah masyarakat. Mereka meletakkan penekanan kepada ‘Malleabilty of human nature’ iaitu mempercayai bahawa semua yang berlaku adalah kerana usaha manusia itu sendiri.
Ajaran Taoisme/Daoisme – Merupakan ajaran falsafah yang mementingkan moral dan hubungan manusia dengan alam sekitar.
Ajaran Legalisme – Ajaran ini menekankan kepentingan undang undang as a way untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat. Ianya bersifat authoritarianisme.
Ajaran agama islam pula sangat berbeza dengan ajaran ajaran yang telah disebutkan. A islam memang mementingkan akhlak yang mulia tetapi kita sebagai seorang muslim, hendaklah menjaga hubungan dengan Allah swt, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam. Islam tidak mempercayai akan roh nenek nenek moyang kerana setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepadaNya. Islam juga mempercayai akan kerentuan yang ditentukan oleh Allah swt dan bukan seratus peratus kepada usaha manusia itu sendiri.
|
|
|
Post by nadiasyahirah on Dec 21, 2015 16:16:38 GMT
NADIA SYAHIRAH BINTI MOHD NAZRI
2015403058
DS240 (GROUP B)
Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun Cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun Islam.
Pandangan semesta dalam tamadun China mempunyai kepercayaan yang bersandarkan keyakinan terhadap kuasa ghaib dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Mereka memuja roh nenek moyang sejak dulu lagi sehingga zaman ini. Mereka juga mengamalkan kepercayaan animisme dan konsep Tian. Namun begitu, dalam tamadun Islam, masyarakat mempercayai dan menyembah Allah SWT. Umat Islam tidak mempercayai terhadap perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Sistem nilai masyarakat dalam tamadun Cina mementingkan sistem kekeluargaan yang merupakan asas bagi membentuk sesebuah masyarakat yang bertamadun. Hierarki dalam masyarakat Cina terbahagi kepada empat kumpulan iaitu golongan pemerintah, petani, seniman dan pedagang. Namun begitu, dalam Tamadun Islam, setiap manusia mempunyai taraf yang sama di sisi Allah.
Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusianisme, maoisme, daoisme, legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan.
Ajaran Konfusianisme – Ajaran ini mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan manusia yang berada di langit dengan manusia yang berada di bumi dengan baik.
Ajaran Maoisme – Mengajarkan manusia tentang penting aspek kasih saying, mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
Ajaran Taoisme/Daoisme – Merupakan ajaran falsafah yang mementingkan moral dan hubungan manusia dengan alam sekitar.
Ajaran Legalisme – Ajaran ini menekankan kepentingan undang-undang bagi mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat (bersifat authoritarianism)
Kesan kedatangan Islam telah mengubah beberapa kepercayaan tersebut dan ada yang masih diguna pakai. Contohnya, konsep legalisme adalah berteraskan kekerasan dan tiada belas kasihan tetapi apabila ajaran Islam diterap masukkan, konsep belas kasihan dan keadilan diterapkan dalam pentadbiran dan dalam pengurusan masyarakat. Tambahan pula, agama Islam mementingkan akhlak yang mulia dan sebagai seorang Muslim, kita mestilah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam sekitar. Orang Islam juga mempercayai dengan setiap takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT pasti mempunyai hikmah yang tersirat.
|
|
|
Post by qilazainuri on Dec 21, 2015 17:39:32 GMT
NUR AQILAH BINTI MOHAMMAD ZAINURI 2015430328 DS 240 (GROUP A)
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun islam.
Pandangan semesta
Dalam tamadun China, masyarakat China mempercayai dan memuja nenek moyang dan Tian (langit). Tian merujuk kepada kekuasaan tertinggi oleh langit yang mana menurut Islam ada yang lebih Maha Tinggi. Dao pula ialah asas kepada benda hidup tetapi dalam Islam kita haruslah mempercayai bahawa kekuasaan Allah itulah yang menjadi asas kepada kehidupan dimana dengan izin Allah jugalah kita masih hidup sehingga sekarang. Zong membawa maksud kesederhanaan dimana memang tidak dinafikan bahawa sesuatu perkara itu sebaik-baiknya dilakukan secara bersederhana tetapi dalam Islam tidak melarang umatnya untuk berlebih-lebihan dalam berselawat. Akhir sekali, Ying Yang pula bererti sifat berlawanan yang melengkapi satu sama lain tetapi kita sebagai umat Islam percaya bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.
Sistem nilai masyarakat
Dalam konsep ketamadunan, sistem bermasyarakat mewakili semua lapisan penduduk sesebuah tamadun. Masyarakat China mempunyai susun lapis mayarakat yang pelbagai, setiap lapisan itu ada keistimewaan yang tersendiri. Walau bagaimanapun dalam Islam, semua umat manusia adalah sama iaitu hamba kepada Allah, yang beza adalah amalan mereka. Tamadun China juga menitikberatkan aspek etika dan moral dan hal ini sepatutnya dipuji kerana ia bakal membawa kepada kehidupan yang lebih aman dan harmoni.
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusianisme, maoisme, daoisme dan legalisme. Analisiskan empat pengaruh Islam kepada ajaran berkenaan.
• Konfusianisme: Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao). • Maoisme: Konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).Penegasan aliran ini telah melahirkan sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme. • Daoisme: Ia merujuk kepada pemeliharaan alam semula jadi. Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha dikenakan. • Legalisme: Legalisme lebih mementingkan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah kepada rakyatnya. Legalisme juga lebih menyarankan pemerintahan berdasarkan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang ditekankan dalam aliran Konfusianisme.
Konklusinya, keempat-empat ajaran ini amat mementingkan hubungan antara manusia dengan alam dan juga manusia dengan manusia seperti mereka menganggap tiadanya tuhan. Hal ini bakal membawa kepada sikap takbur dalam diri sendiri. Hal ini juga amat berbeza dengan ajaran Islam yang amat mementingkan hubungan dari semua aspek kehidupan.
|
|
Dzul
New Member
http://www.tarbiahdentalctu551.wordpress.com
Posts: 5
|
Post by Dzul on Dec 21, 2015 21:00:00 GMT
DZULFAKHRUL NAJWAN BIN MAT DAUD
2015292158
DS240
GROUP B
BICARA TAMADUN CHINA
SOALAN
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun islam.
PANDANGAN SEMESTA
Dalam Tamadun China, Masyarakat Cina memuja nenek moyang dan Tian (langit). Selain itu,mereka juga mempunyai kepercayaan primitive iaitu aninisme yang merupakan pemujaan terhadap semula jadi, tanaman dan binatang. Kepercayaan tersebut telah wujud dalam kalangan masyarakat Cina sejak zaman silam lagi. Masyarakat Cina juga mementingkan aspek kepercayaan yang boleh memberikan kesejahteraan, kemakmuran,kekayaan dan kebahagiaan. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka
Jika dilihat dari Tamadun Islam, Masyarakat Islam mempercayai dan menyembah Allah SWT iaitu tuhan Yang Maha Esa. Umat Islam tidak mempercayai perkara-perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Selain itu, umat Islam diajar supaya bersserderhana dan tidak berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara. Hal ini mempunyai persamaan dalam Tamadun China iaitu Zong yang membawa maksud kesederhanaan.
SISTEM NILAI MASYARAKAT
Dalam Tamadun China, masyarakat China mempunyai susun lapis masyarakat yang tersendiri, seperti golongan hamba, golongan petani, golongan perdagang dan pemerintah. Walau bagaimanapun, dalam Tamadun Islam, semua umat Islam adalah sama sahaja iaitu merupakan hamba kepada Allah SWT. Islam tidak membezakan umatnya mengikut pangkat ataupun jawatan.
2.Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusianisme, maoisme, daoisme, legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan
I. AJARAN KONFUSIANIASME
• Ajaran yang mementingkan akhlak mulia dengan menjaga hubungan manusia yang berada dilangit dan dibumi.
• Kekuatan seharusnya menggunakan kekuatan untuk membantu melancarkan kebajikan-kebajikan yang diperlukan seperti kebaikan,keadilan kesatuan dan kesetiaan.
II. AJARAN MAOISME
• Ajaran yang mengajarkan manusia mengenai pentingnya aspek kasih sayang,mengutamakan golongan cerdik pandai serta mengecam sikap suka berperang
• Ajaran yang fokus kepada evolusi proletariat untuk mengubah masyarakat
III. AJARAN TAOISME/DAOISME
• Dao bermaksud jalan atau lorong.
• Ajaran sebelum kedatangan falsafah konfusius
• Ajaran yang menunjukkan satu jalan serta tabiat sama ada baik atau buruk dan cara kelakuan.
• Merupakan tatatertib moral yang mesti diikuti oleh seseorang individu
IV. AJARAN LEGALISME (FA)
• Ajaran yang memetingkan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pemerintah kepada rakyatnya
• Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang
PENGARUH ISLAM
Kesemua ajaran tamadun China berdasarkan kepercayaan ketuhanan dan kebudayaan yang mempunyai persamaan dengan ajaran Islam. Selain itu, kesemua fahaman ataupun ajaran Tamadun China menyampaikan ajaran yang baik seperti displin diri,keamanan serta kebaikan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang menganutinya juga mempunyai persamaan ajaran Islam yang mengajarkan umatnya supaya mendisplinkan diri dan menjaga hubungan baik sesama makhluk dan tuhan.
|
|
|
Post by nadiachemohd on Dec 22, 2015 5:12:41 GMT
NADIA BINTI CHE MOHD 2015430442 DS240
BICARA TAMADUN CHINA 1
Masyarakat Cina mempunyai nilai-nilai murni , sistem keprcayaan dan pandangan semesta yang tersendiri.
PANDANGAN SEMESTA
Pemujaan nenek moyang, pemujaan Tian (langit), kepercayaan Animismeiaitu pemujaan binatang, tanaman dan alam semula jadi telah wujud dikalanhan masyarakat Cina sejak dahulu lagi. Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan. Masyarakat Cina bebas mengamalkan agama masing-masing selagi iainya tidah bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakkan ajaran masyarakat Cina tidak mempunyai konsep yang jelas tentang kewujudan Tuhan yang satu seperti yang terdapt dalam agama Islam dan Kristian. Masyrakat Cina menggambarkan kewujudan Tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mempunyai perwatakan manusia. Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau Tian sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta dalam konteks etika Konfusianisme .Di samping itu ajaran seperti agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral.Konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius(551SM-479SM). Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan.
SISTEM NILAI MASYARAKAT
Masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai mumi yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Dalam ajaran Buddhisme pula mementingkan kesederhanaan dimana asas pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan. Keluarga dan masyarakat Cina amat mengambil berat tentang hubungan sesame manusia. Walaupun sistem kekeluargaan tradisional pemah mengalami perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa tetap berkekalan dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Dalam tamadun Cina kita dapat lihat masyarakat tersebut mementingkan nilai kemanusiaan di mana mereka menganggap manusia mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Seiring dengan ajaran agama islam yang sangat mementingkan nilai-nilai murni terhadap diri sendiri, keluarga , masyarakat dan negara. Ajaran lain juga menitikberatkan nilai-nilai murni dalam diri sendiri supaya kehidupan menjadi aman.
BICARA TAMADUN CHINA 2
Konfusianisme
Ø Merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik.
Ø Berasal daripada tulisan-tilisan klasik
Ø Pengajaran utama menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia ( perikemanusiaan –ren, kesusilaan – li, ketaatan kepada ibu bapa – xiao )
Daoisme
Ø Diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina : Lao Zi ( 604 SM ) dan Zhuang Zi ( 369 – 286 SM ).
Ø Terbahagi kepada dua cabang utama : -
I. Pemikiran falsafah Dao
II. Aliran keagamaan Dao
Ø Dao merupakan jalan yang mempunyai perngertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan.
Moisme
Ø Diasaskan oleh Mo Zi ( 479 SM – 381 SM ).
Ø Konsep penting termasuk :-
I. Kasih sayang sejagat ( jian’ai)
II. Menyerah kepada nasib ( feiming )
III. Mengecam sikap suka berperang (feigong )
IV. Mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian )
Legalisme
Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi.
Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang
Aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara Chin
Kebanyakkan ajaran dalam Tamadun China banyak berhubungkait dengan nilai-nilai murni . Agama Islam adalah agama yang universal yang merangkumi aspek pemerintahan, ekonomi ,politik dan sebagainya. Justeru, ajaran dalam Tamadun China banyak terdapat di dalam ajaran Islam.
|
|
|
Post by nikadleena on Dec 22, 2015 5:49:16 GMT
NIK NUR ADLEENA BT NIK MOHD KAMIL 2015229638 DS240-B BICARA TAMADUN 1 Perbezaan antara Tamadun Cina dan Islam dari aspek pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat
Pandangan semesta: Tamadun Cina -mempercayai dan memuja nenek moyang dan Tian (langit) -mempercayai amalan animisme -menggambarkan tuhan dalam bentuk dewa dewi Tamadun Cina VS Tamadun Islam -Tian bermaksud kekuasaan tertinggi oleh langit//menurut Islam ada yang lebih Maha Tinggi -Dao ialah asas kepada benda hidup//dalam Islam kekuasaan Allah itulah yang menjadi asas kehidupan -Zong membawa maksud kesederhanaan di mana baik juga dari sudut Islam tetapi tidak salah berlebih-lebihan dalam berselawat -Ying Yang bererti sifat berlawanan yang melengkapi antara satu sama lain//umat Islam percaya bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya Sistem nilai masyarakat: Tamadun Cina | Tamadun Islam | -wujud sistem bermasyarakat yang terdiri daripada beberapa lapis masyarakat -setiap lapisan itu mempunyai keistimewaan tersendiri -menitikberatkan aspek moral dan etika -hak perempuan diabaikan | -semua umat manusia adalah sama -hak perempuan tidak sepatutnya diabaikan |
Perbezaan ajaran2 dalam Tamadun Cina
Konfusionisme | Moisme | Doisme | Legalisme | doktrin kenegaraan yang meliputi aspek falsafah, sosiopolitik dan keagamaan
menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia | konsep yang mementingkan: -kasih sayang sejagat -mengecam sikap suka berperang -menyerah kepada nasib | Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan dan juga cara kelakuan dan tabiat (baik/buruk) | pemerintahan berteraskan undang2 adalah lebih baik daripada pemerintahan etika |
*keempat-empat ajaran tersebut mementingkan hubungan manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan alam sekitar seperti menganggap tiadanya tuhan *membawa kepada ketakburan dalam diri sendiri *ajaran Islam mementingkan hubungan dari semua aspek kehidupan
|
|
|
Post by nabilah on Dec 22, 2015 6:14:33 GMT
NUHA AMIRAH BT AHMAD SHUKRI 2015666772 DS240 GROUP A
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam Tamadun China dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam Tamadun Islam.
Ia ialah konsep mengenai alam semesta secara keseluruhannya melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu. Pandangan semesta di dalam Tamadun Cina pula melibatkan kepercayaan orang Cina yang banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Semua kepercayaan orang Cina menunjukkan persamaan yang nyata iaitu kebaikan pada aspek moral dan akhlak manusia. Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping kepercayaan primatif, telah wujud dalam kalangan masyarakat Cina sejak dahulu lagi. Di dalam Islam, kita perlu percaya terhadap kuasa ghaib di persekitaran kita namun kita tidak boleh memuja mereka. Hanya Allah tuhan yang disembah dan dimulia-muliakan. Hal ini sangat kontra dengan masyarakat Cina. Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. Di dalam Islam, Allah Maha Pencipta , hanya Dia yang berkuasa mencipta langit, matahari, pokok dan segalanya maka Allah sahaja yang perlu dipuja.
Masyarakat cina mempunyai susun lapis mayarakat yang pelbagai, setiap lapisan itu ada keistimewaan yang tersendiri. Walaubagaimanapun dalam Islam, semua umat manusia adalah sama iaitu hamba kepada Allah, yang membeza kita ialah amalan kita. Segala amalan kita akan ditimbang di hari akhirat, hanya pada ketika itu betapa baik dan buruknya diri kita semasa berada di dunia.
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh Konfusianisme, Maoisme, Daoisme, Legalisme. Analisiskan empat ajaran berkenaan dan perihalkan ajaran Islam berserta berkaitkan pengaruh Islam kepada ajaran berkenaan.
Ajaran Konfusiansme – Ajaran ini mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan manusia yang berada di langit dengan manusia yang berada di bumi dengan baik. Penganutnya diajar agar sentiasa ingat akan kehadiran roh nenek moyang mereka di bumi. Ajaran ini merupakan mementingkan manusia untuk menjaga tingkah laku dan memperbaiki moral.
Ajaran Maoisme – Merupakan ajaran yang memfokus evolusi proletariat yang akan mengubah masyarakat. Mereka meletakkan penekanan kepada ‘Malleabilty of human nature’ iaitu mempercayai bahawa semua yang berlaku adalah kerana usaha manusia itu sendiri.
Ajaran Taoisme/Daoisme – Merupakan ajaran falsafah yang mementingkan moral dan hubungan manusia dengan alam sekitar.
Ajaran Legalisme – Ajaran ini menekankan kepentingan undang undang as a way untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat. Ianya bersifat authoritarianisme.
Berdasarkan daripada empat ajaran diatas kesemuanya mementingkan hubungan antara manusia dengan alam dan antara manusia dengan manusia seperti menganggap tiadanya tuhan. Hal ini amatlah membawa ketakburan dalam diri sendiri dan juga sama sekali berbeza dengan ajaran Islam yang mementingkan hubungan dari segi semua aspek kehidupan. Tambahan pula aspek yang paling perlu diutamakan ialah aspek “habbluminallah,habluminannass” iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia .
|
|
|
Post by dhaniyah on Dec 22, 2015 6:15:54 GMT
NIK DHANIYAH BINTI NIK HUSNI 2015428804 DS240 GROUP B
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam Tamadun China dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam Tamadun Islam.
TAMADUN CHINA
(i) Konsep Tian
- Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina.
- Konsep Tian wujud sejak Zaman Dinasti Zhou.
- Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme
(ii) Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
- Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
- Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
- Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut.
- Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras
TAMADUN ISLAM
pandangan semesta tamadun -terkandung dalam ajaran Al-Quran & Al-Hadith kerana itu tamadun islam tertegak & berkembang atas asas yg kukuh berbeza dengan tamadun yang bersandarakn falsafah materialistik
-tidak terbatas kpd ssuatu bangsa, suku, kaum,warna kulit, dan lain lain
-meliputi seluruh aspek kehidupan manusia & alam
konsep keimanan
-beriman kepada tuhan yg esa iaitu Allah menjadi asas pembinaan tamadun islam
-konsep tauhid berdiri tegak mengikut lunas Al-Quran yg memenuhi setiap ruang, kaedah, & kehidupan org islam
-aspek kepercayaan dalam tamadun islam tidak sama dengan aspek kepercayaan yang terdapat pada agama lain
-konsep kepercayaan, ketundukan, & kepatuhan kpd Allah swt adalah dalam lingkungan menurut segala perintah & meninggalkan segala larangan-Nya.
konsep kekuasaan
-Al-Quran menjelaskan Allah adalah pencipta, penguasa, & pemilik mutlak alam ini termasuk manusia
-manusia hanya sebagai khalifah
-manusia mesti patuh mengikut ketetapan hukum Allah & prinsip syariat
pelanggaran hukum akan membawa manusia kepada kebinasaan
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusiansme, maoisme,daoisme,legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan
Konfusianisme: konfusianisme ialah doktrin kenegaraan yang meliputi aspek falsafah,sosiopolitik dan keagamaan.Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Asas ajaran ini dipercayai berasal dari tulisan –tulisan klasik yang diterbitkan atas nama konfusius. Tambahan pula, menurut ajaran ini, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.
Moisme: ajaran ini diasaskan oleh Mo Zi. merupakan konsep yang mementingkan aspek kasih sayang sejagat (jian’ai),mengecam sikap suka berperang (feigong),menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli) menyebabkan pengikutnya menetang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran konfusianisme,
Daoisme: ajaran ini diasaskan oleh dua orang pemikir agung cina iaitu Lao Zi dan Zhuang Zi. Dao bermaksud jalan atau lorong. Sebelum datangnya falsafah konfusius , Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan dan juga cara kelakuan dan tabiat (baik atau buruk). Konsep Dao juga merupakan tatatertib moral yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
Legalisme :diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa negara China di bawah pemerintahan Dinasti Qin. Ajaran ini mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.Legalisme juga menyarankan pemerintahan berteraskan undang undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran konfusianisme. Aliran ini telah mengasakan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara china
Kesan kedatangan Islam ke China membuktikan agama suci ini bersifat sejagat. Perdagangan dan politik merupakan faktor utama kemasukan Islam di China. Masyarakat Islam China berjaya membuktikan sumbangan Islam kepada kemajuan peradaban China.
|
|
|
Post by syarena96 on Dec 22, 2015 6:34:40 GMT
SYARENA BINTI MOHD SHAARI 2015664354 DS240(GROUP A)
Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun islam.
Ia ialah konsep mengenai alam semesta secara keseluruhannya melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu. Dalam Tamadun Cina telah melibatkan kepercayaan orang Cina yang terlalu yakin terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Semua kepercayaan orang Cina melibatkan aspek moral dan akhlak manusia. Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping kepercayaan primatif, telah wujud dalam kalangan masyarakat Cina sejak dahulu lagi. Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. Di dalam Islam, Allah Maha Pencipta , hanya Dia yang berkuasa mencipta langit, matahari, pokok dan segalanya maka Allah sahaja yang perlu dipuja.
Masyarakat di China juga mempunyai system nilai masyarakat iaitu sistem kekeluargaan yang merupakan asas kepada sistem masyarakat. Sistem masyarakat merupakan lanjutan kepada sistem kekeluargaan. Kesemua sistem mengutamakan pandangan nilai sosial etika manusia. Kuasa raja paling atas, susun lapis mulia dan seterusnya golongan yang hina dalam masyarakat, nilai kelompok negara dan keluarga serta nilai akhlak mengutamakan keadilan. Dari segi Agama Islam pula, setiap hamba Allah tarafnya sama sahaja tidak kira pangkat dan darjat yang diberikan di dunia. Yang berbeza ialah timbangan akhirat kelak.
Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusiansme, maoisme, daoisme, legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan.
Ajaran Konfusiansme – Ajaran ini mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan manusia yang berada di langit dengan manusia yang berada di bumi dengan baik. Penganutnya diajar agar sentiasa ingat akan kehadiran roh nenek moyang mereka di bumi. Ajaran ini merupakan mementingkan manusia untuk menjaga tingkah laku dan memperbaiki moral.
Ajaran Maoisme – Merupakan ajaran yang memfokus evolusi proletariat yang akan mengubah masyarakat. Mereka meletakkan penekanan kepada ‘Malleabilty of human nature’ iaitu mempercayai bahawa semua yang berlaku adalah kerana usaha manusia itu sendiri.
Ajaran Taoisme/Daoisme – Merupakan ajaran falsafah yang mementingkan moral dan hubungan manusia dengan alam sekitar.
Ajaran Legalisme – Ajaran ini menekankan kepentingan undang undang as a way untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat. Ianya bersifat authoritarianisme.
Dalam Islam, ajaran-ajaran ini telah mementingkan akhlak yang mulia, dan menjaga hubungan antara sesama manusia dan alam sekitar.
|
|
|
Post by annissa on Dec 22, 2015 6:35:03 GMT
ANNISSA AZFA BINTI ANUWA 2015418906 DS240 GROUP A
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun islam
TAMADUN CINA
T’ien
- Merujuk kepada langit (Heaven) secara fizikal.
- Menunjukkan Dewa tertinggi yang disamakan dengan langit.
- Dirujuk kepada teori metafizik China.
- Dirujuk sebagai prinsip moral seperti cintakan keamanan, keadilan dan pemerintahan dan sebagainya.
Di @ Ti
- Merujuk kepada bumi
- Dewa yang memelihara di bumi
- Digunakan sejak zaman Dinasti Shang sebagai Shang Di
Dao @ Tao
- Merujuk kepada lorong atau jalan
- Iaitu satu jalan atau cara kelakuan @ tabiat baik @ jahat
- Menurut Konfisius : konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh individu, ia sejenis pentadbiran yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
- Menurut Daoisme : secara metafizik, iaitu punca utama kehidupan (Tuhan) & pencapaian ketahap penyatuan dengan Dao (to become one with Dao) merupakan pencapaian tertinggi dalam pembinaan diri seseorang. T’ien dan Di juga berasal dari Dao
TAMADUN ISLAM
Pandangan Semesta Ketuhanan
Wajib dimiliki oleh setiap insan. Tuhan dalam Islam ialah Allah. Tuhan dianggap sebagai Pencipta kepada semua makhluk. Kewujudan Tuhan dalam Islam adalah pasti dan semua benda yang wujud tidak boleh ada dengan sendiri melainkan adanya Pencipta iaitu Allah.
Pandangan Semesta Manusia
Untuk mengetahui hakikat manusia persoalan pada diri seperti siapakah kita, dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi. Manusia adalah salah satu makhluk ciptaan Allah yang mempunyai jasad (pancaindera), roh (nyawa) dan akal (otak). Manusia pertama diciptakan ialah Adam a.s. yang dijadikan dari tanah, diikuti isterinya Hawa. Dari keduanya inilah lahir umat manusia dan berkembang menjadi pelbagai bangsa dan warna kulit. Manusia datang dari Tuhan yang menjadikan dan kepada-Nya juga kita akan kembali.
Pandangan Semesta Masyarakat
Merealisasikan fungsi sebagai khalifah Allah di bumi melaksanakan Amar Makruf ( mengajak melakukan kebajikan ) dan Nahi Mungkar ( melarang melakukan kejahatan ) setiap anggota masyarakat mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap ahli masyarakatnya.
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh Konfusianisme, Maoisme, Daoisme, Legalisme. Analisiskan empat ajaran berkenaan dan perihalkan ajaran Islam berserta berkaitkan pengaruh Islam kepada ajaran berkenaan.
Ajaran Konfusiansme – Mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan manusia yang berada di langit dengan manusia yang berada di bumi dengan baik. Penganutnya diajar agar sentiasa ingat akan kehadiran roh nenek moyang mereka di bumi. Ajaran ini merupakan mementingkan manusia untuk menjaga tingkah laku dan memperbaiki moral.
Ajaran Maoisme – Ajaran yang memfokus evolusi proletariat yang mengubah masyarakat. Mereka meletakkan penekanan kepada ‘Malleabilty of human nature’ iaitu mempercayai bahawa semua yang berlaku adalah kerana usaha manusia itu sendiri.
Ajaran Taoisme/Daoisme – Ajaran falsafah yang mementingkan moral dan hubungan manusia dengan alam sekitar.
Ajaran Legalisme – Ajaran ini menekankan kepentingan undang undang as a way untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat. Bersifat authoritarianisme.
Pengaruh islam terhadap ajaran berkenaan dipengaruhi oleh tokoh-tokoh Islam. Mereka berpendapat bahawa beberapa elemen dalam Tamadun China mempunyai persamaan dengan nilai-nilai Islam. Contohnya, nilai etika yang dianjurkan oleh konfusianisme mempunyai nilai yang sama yang dianjurkan oleh ajaran agama Islam.
Kemasukan Islam ke China telah menimbulkan pelbagai kesan jangka panjang. Antara kesannya adalah, islam berjaya dikembangkan di China dan menolak kepercayaan confusianisme.
|
|
|
Post by nusrazakaria on Dec 22, 2015 6:36:21 GMT
NUSRA BINTI ZAKARIA 2015441528 DS240(KUMP B)
PANDANGAN SEMESTA KONSEP TIAN • Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. • Konsep Tian wujud sejak Zaman Dinasti Zhou. • Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme.
KONSEP DAO Maksud merujuk kepada "jalan" atau "lorong". -Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk. Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semsta.
KONSEP TAIJI, YIN YANG DAN WUXING - Kitab Yijang menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad. - Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. - Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras.
AGAMA ISLAM - merujuk kepada Al-quran dan hadis dimana terdapat segala suruhan, larangan-Nya -terkandung semua aspek yang menyeluruh seperti kekeluargaan , pemerintahan , sains , teknologi , alam ghaib , matematik , hukuman dunia dan akhirat , kisah dahulu kala , kisah masa sekarang dan yang akan datang. -Jika mempunyai masalah, mengadulah hanya kepada Allah kerana setiap pertolongan itu datangnya daripada Allah. -apabila mendapat kenikmatan ,berterima kasihlah kepada Allah dengan bersyukur dan memujinya serta bersedekah kepada orang lain .
SISTEM NILAI MASYARAKAT -struktur organisasi sosial yang meliputi daripada raja, pembesar/bangsawan/pegawai, petani/pedagang/artisan dan hamba. -Islam mempunyai kedudukan yang sama rata tidak kira orang atasan mahupun bawahan kerana yang membezakan manusia di sisi Allah itu bukanlah darjat dan pangkatnya , tetapi iman dan taqwa di dalam jiwa. -kaum wanita dipinggir dalam semua segi daripada pendidikan, undang-undang malah tidak boleh membantah suruhan suami.
CONFUCIANISME Menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang baik dan mulia , terutamanya mengenai prikemanusiaan (ren),kesusilaan(li) , dan ketaatan kepada ibu bapa(xiao) .
TAOISME Berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan secara spontan tanpa sebarang usaha .
MOISME Antara konsep yang penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang(jian’ai) , mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib(feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
LEGALISME adalah falsafah politik utilitarian yang tidak mengalamatkan pertanyaan-pertanyaan lebih tinggi seperti semulajadi dan tujuan hidup.
Berdasarkan daripada empat ajaran diatas kesemuanya mementingkan hubungan antara manusia dengan alam dan antara manusia dengan manusia seperti mereka tiada tuhan. Manakala, Islam mementingkan semua hubungan seperti hubungan manusia dengan Allah , manusia , binatang dan alam sekitar.
|
|
|
Post by nur nabila rosli on Dec 22, 2015 8:32:40 GMT
NUR NABILA BINTI ROSLI (2015218088) DS240 A
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam Tamadun China dan perbezaan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam Tamadun Islam adalah :
TAMADUN CHINA
(i) Konsep Tian
- Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina.
- Konsep Tian wujud sejak Zaman Dinasti Zhou.
- Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme
(ii) Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
- Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
- Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
- Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut.
- Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras
TAMADUN ISLAM
pandangan semesta tamadun
-terkandung dalam ajaran Al-Quran & Al-Hadith kerana itu tamadun islam tertegak & berkembang atas asas yg kukuh berbeza dengan tamadun yang bersandarakn falsafah materialistik
-tidak terbatas kpd ssuatu bangsa, suku, kaum,warna kulit, dan lain lain
-meliputi seluruh aspek kehidupan manusia & alam
konsep keimanan
-beriman kepada tuhan yg esa iaitu Allah menjadi asas pembinaan tamadun islam
-konsep tauhid berdiri tegak mengikut lunas Al-Quran yg memenuhi setiap ruang, kaedah, & kehidupan org islam
-aspek kepercayaan dalam tamadun islam tidak sama dengan aspek kepercayaan yang terdapat pada agama lain
-konsep kepercayaan, ketundukan, & kepatuhan kpd Allah swt adalah dalam lingkungan menurut segala perintah & meninggalkan segala larangan-Nya.
konsep kekuasaan
-Al-Quran menjelaskan Allah adalah pencipta, penguasa, & pemilik mutlak alam ini termasuk manusia
-manusia hanya sebagai khalifah
-manusia mesti patuh mengikut ketetapan hukum Allah & prinsip syariat
pelanggaran hukum akan membawa manusia kepada kebinasaan
2.Perbezaan ajaran yang dibawa oleh konfusiansme, maoisme,daoisme,legalisme. Analisa empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan adalah:
Konfusianisme: konfusianisme ialah doktrin kenegaraan yang meliputi aspek falsafah,sosiopolitik dan keagamaan.Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Asas ajaran ini dipercayai berasal dari tulisan –tulisan klasik yang diterbitkan atas nama konfusius. Tambahan pula, menurut ajaran ini, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.
Moisme: ajaran ini diasaskan oleh Mo Zi. merupakan konsep yang mementingkan aspek kasih sayang sejagat (jian’ai),mengecam sikap suka berperang (feigong),menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli) menyebabkan pengikutnya menetang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran konfusianisme,
Daoisme: ajaran ini diasaskan oleh dua orang pemikir agung cina iaitu Lao Zi dan Zhuang Zi. Dao bermaksud jalan atau lorong. Sebelum datangnya falsafah konfusius , Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan dan juga cara kelakuan dan tabiat (baik atau buruk). Konsep Dao juga merupakan tatatertib moral yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
Legalisme :diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa negara China di bawah pemerintahan Dinasti Qin. Ajaran ini mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.Legalisme juga menyarankan pemerintahan berteraskan undang undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran konfusianisme. Aliran ini telah mengasakan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara china
Kesan kedatangan Islam ke China membuktikan agama suci ini bersifat sejagat. Perdagangan dan politik merupakan faktor utama kemasukan Islam di China. Masyarakat Islam China berjaya membuktikan sumbangan Islam kepada kemajuan peradaban China.
|
|
|
Post by SITI HAJAR MOHD on Dec 22, 2015 11:00:32 GMT
SITI HAJAR BINTI MOHD 2015229924 CTU551(A)
PANDANGAN SEMESTA
TIAN
-Merujuk kepada langit (syurga) -merujuk kepada dewa yang dipuja dan disembah -tian dianggap sebagai wakil tuhanuntuk menjaga kebajikan dan kemakmuran rakyat Juga dimaksudkan dengan nasib seseorang -Dirujuk kepada prinsip moral
DI/TI
-Merujuk kepada bumi -Dalam teori ying dan yang,merujuk kepada proses penciptaan makhluk dan akan bertindak menjaga dan memelihara -Juga merujuk sebagai dewa tertinggi
DAO/TAO
-merujuk kepada jalan atau lorong. -merujuk keserdahanaan,pegangan ini tidak mengambil kekerasan sebagai penyelesaian masalah.
SISTEM MASYARAKAT CHINA
-susun lapis masyarakat di negara china berbentuk piramid dan raja sebagai ketua. -Ketua bagi kerajaan pusat ialah maharaja atau Huang Ti. -seterusnya ialahkumpulan kelas pemerintah yang bertindak sebagai pemberi nasihat kepada masyarakat tentang pentadbiran dan tingkah laku. -seterusnya ialahgolongan petani yang dianggap penting kerana menjadi pembekal makanan kepada masyarakat. -akhir sekali ialah golongan artisan dan hamba.
KONFUCIANISME
-Membahagikan lima bentuk hubungan masyarakat -hubungan bapa dengan anakk-bapa harus berhati baik dan anak harus bertanggungjawab dengan orang tuanya -hubungan suami isteri-suami harus jujur pada isteri dan isteri tunduk mendengar cakap suami -hubungan saudara tua dan muda-tua harus bermurah hati pada yang muda dan muda harus hormat pada yang tua -hubungan raja dan pengawai-raja harus bersifat kemanusiaan dan pengawai harus taat -hungan dengan sahabat-kejujuran menjadi pedoman dalam hidup
LEGALISME
-Tidak mempercayai konsep kasih-sayang dan kasihan -mempercayai bahawa pendidikan adlah untuk mmebaiki kejahatan manusia ajaran ini menyatakan undang-undang dan hukuman berat merupakan satu cara untuk membawa keamanan bagi negara
DAOISME
-Memelihara alam semula jadi
MAIOSME
-Mementingkan konsep kasih sayang sejagat dan menentang peperanagan
|
|
|
Post by dinafariha on Dec 22, 2015 11:17:56 GMT
Oleh: Dina Fariha Binti Che Ab Ghani (2015485548) Kod Program: DS240 (Sarjana Muda Pembedahan Pergigian) Kumpulan: B
Soalan 1:
#Pandangan
-Masyarakat Cina mempercayai amalan animisme (memuja binatang ,tanaman dan alam semulajadi), memuja nenek moyang dan Tian(langit), mementingkan pemahaman diri manusia sendiri berbanding dengan konsep ketuhanan,boleh menganut sebarang agama yang dikehendaki mengikut pilihan diri sendiri,menggambarkan tuhan mereka dalam pelbagai bentuk (bentuk dewa-dewi) Sebenarnya masyarakat Cina tidak mempunyai konsep yang jelas tentang kewujudan tuhan seperti ajaran Islam dimana Allah itu benar- benar wujud dan kita sebagi umat Islam wajib beriman dan percaya adanya tuhan iaitu Allah.
Antara ajaran berkaitan pandangan semesta yang menjadi kepercayaan masyarakat Cina pada tamadun Cina dahulu ialah :
-Tian (kekuasaan tertinggi oleh langit) Pandangan Islam: Menurut Islam, ada yang lebih Maha Tinggi.
-Dao (asas kepada benda hidup) Pandangan Islam: Mempercayai bahawa kekuasaan Allah itulah yang menjadi asas kepada kehidupan.
-Zong (kesederhanaan) Pandangan Islam:Menggalakkan umatnya bersederhana namun Islam juga tidak melarang umatnya untuk belebih-lebihan dalam beribadah (setakat mampu).
-Ying Yang (sifat berlawanan yang melengkapi satu sama lain) Pandangan Islam:Percaya bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.
#Sistem nilai kemasyarakatan
-Masyarakat Cina mempunyai pelbagai susun lapis masyarakat dan terdapat keistimewaan yang tersendiri. Sistem ini berbeza dengan ajaran Islam, dimana semua umat manusia adalah sama (hamba Allah yang Maha Esa). Kita sebagai khalifah di muka bumi ini wajib taat dan beriman dengan kewujudan Allah dengan mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan larangannya. Tamadun Cina juga, amat menitikberatkan aspek etika dan moral (mewujudkan keharmonian dalam kehidupan) Namun, hak perempuan perlu dititikberatkan juga dan tidak sepatutnya diabaikan dan semestinya disamakan dengan
Soalan 2:
-Konfusianisme: Doktrin kenegaraan (aspek falsafah,sosiopolitik dan keagamaan).Pengajaran utama; menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Asas ajaran; berasal dari tulisan –tulisan klasik yang diterbitkan atas nama konfusius. Menurut ajaran ini juga, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.
-Moisme: Diasaskan oleh Mo Zi. Merupakan konsep yang mementingkan aspek kasih sayang sejagat (jian’ai),mengecam sikap suka berperang (feigong),menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli) menyebabkan pengikutnya menetang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran konfusianisme.
-Daoisme: Diasaskan oleh Lao Zi dan Zhuang Zi. Dao bermaksud jalan atau lorong. Sebelum datangnya falsafah konfusius , Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan dan juga cara kelakuan dan tabiat (baik atau buruk). Konsep Dao juga merupakan tatatertib moral yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
-Legalisme: Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa negara China di bawah pemerintahan Dinasti Qin. Ajaran ini mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.Legalisme juga menyarankan pemerintahan berteraskan undang undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran konfusianisme. Aliran ini telah mengasakan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara china .
#Empat ajaran diatas:
-Mementingkan hubungan antara manusia dengan alam dan antara manusia dengan manusia seperti menganggap tiadanya tuhan. Hal ini amatlah membawa ketakburan dalam diri sendiri dan juga sama sekali berbeza dengan ajaran Islam yang mementingkan hubungan dari segi semua aspek kehidupan. Tambahan pula,aspek yang paling perlu diutamakan ialah aspek “habbluminallah,habluminannass” iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia .
|
|
|
Post by gracenyura on Dec 22, 2015 13:28:11 GMT
GRACE NYURA ANAK JAMBAI 2015417712 DS240BBicara Tamadun 1 Pandangan Semesta dalam Tamadun Cina
Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping kepercayaan primitif, iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud dalam alam semula jadi, telah wujud di kalangan masyarakat Cina sejak zaman silam lagi. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk unggul {supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak dinasti Zhou (kkll23SM-221SM). Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Dalam kitab Daoisme iaitu Daodejing pula, Tian disamakan dengan Daa Konsep Dao secara harfiah bermaksud jalan {the way). Dalam kitab ini juga, Dao dianggap prinsip agung yang merangkumi keseluruhannya {all embracing), tempat asal-usul semua makhluk. Dao diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan serta memupuk makhluk sejagat {wanwu) dan ia juga merupskanprimordial (bentuk permulaan), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka. Di samping konsep Dao, kitab Yijing (The Books of Changes) pula menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad (ultimate reality). Menurut kitab ini, tiada sebarang batasan bagi diri Taiji. Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua kuasa dwikutub (bipolar) Yin dan Yang. Fasa pertukaran bergilir-gilir dua kuasa dwikutub pula menghasilkan lima unsur {wuxing) yang menjadi asas kepada kewujudan semua benda {material). Manifestasi kuasa Yin dan Yang serta lima unsur tersebut disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Ini disebabkan kesemua fenomena tersebut akan berubah kepada kutub yang berlawanan apabila mencapai peringkat kemuncak. Perubahan yang berterusan ini diibaratkan sebagai pergerakan Dao. Konsep perpaduan antara Tian dengan insan {tian-ren hey) pula terbentuk berdasarkan sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. Disebabkan hubungan antara insan dan Tian yang begitu rapat maka segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran kepada kerajaan berkenaan. Konsep yang menggabungkan aliran pemikiran Yin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme ini dikemukakan oleh Dong Zhongshu (kkl79SM-kkl04SM), seorang pujangga Konfusian di zaman dinasti Han. Konsep ini terus mempengaruhl tradisi pemikiran orang Cina sehingga masa kini dalam proses perkembangan ketamadunannya. Prinsip kesederhanaan atau zhongyong (The Golden Mean) pula merupakan pemikiran moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Prinsip ini merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat sekiranya ia dihayati dan diamalkan sepenuhnya. Dalam kitab The Doctrine of Mean dinyatakan bahawa pencapaian tahap pemusatan (centrality) dan keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi ini, dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara. Tahap pencapaian keharmonian masyarakat yang paling ideal ialah datong (The Grand Unity). Datong merupakan Utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. Jalan Agung ini dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi atau dibahagi oleh semua pihak dengan adil serta saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum. Ini termasuklah yang tua akan dijaga dan yang muda dipelihara dengan sempurna di samping tiada perbuatan maksiat, mencuri atau pemberontakan yang berlaku di atas muka bumi tersebut. Walaupun matlamat tersebut amat sukar untuk dicapai, namun Utopia Konfusian ini tetap menjadi pegangan bagi masyarakat Cina. Usaha berterusan untuk merealisasikan matlamat ini memaparkan ciri- ciri keyakinan diri, nilai-mlai murni serta ketabahan hati yang mendorong mereka agar menghala ke Jalan Agung yang dicita-citakan itu. Sistem Nilai Masyarakat
Keluarga dan masyarakat Cina amat mengambil berat tentang hubungan sesama manusia. Walaupun sistem kekeluargaan tradisional pemah mengalami perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa tetap berkekalan dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Dalam tamadun Cina kita dapat lihat masyarakat tersebut mementingkan nilai kemanusiaan di mana mereka menganggap manusia mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Nilai-nilai itu dapat dilihat hasil daripada humanisme antaranya ialah: ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM: 2002 : 310-311). 1. Moral sebagai ideology 2. Hubungan manusia dengan alam semesta. 3. Mementingkan institusi keluarga 4. Pendidikan diberi keutamaan. 5. Keharmoniaan merupakan nilai utama Daripada penjelasan di atas, jelaslah kepada kita bahawa masyarakat cina atau agamaBudha menyeru penganutnya berakhlak mulia. Oleh sebab itu masyarakat dan Negara haruslah hidup secara beretika berbudi pekerti mulia. Ianya jelas menunjukkan bahawa setiap golongan samada pemerintah dan diperintah mestilah mempunyai moral danakhlak yang mulia. Keluarga, masyarakat dan juganegara perlu mengetahui peranan masing-masing supaya kehidupan kita aman dan sejahtera. Perbandingan Dengan Tamadun Islam.Dalam aspek kekeluargaan , bagi Tamadu Islam telah ditetapkan dalam agama Islam bahawa asas pembentukan keluarga ialah perkahwinan. Kedudukan wanita adalah sama dengan kedudukan lelaki. Kaum wanita telah diberi hak asasi yang sama dengan lelaki dan tanggungjawab kaum wanita setaraf dengan lelaki dalam segala aspek kehidupan yang bersesuaian. Berbeza dengan Tamadun China, sistem kekeluargaan berasaskan kuasa bapa dan ini telah diserap masuk ke dalam pelbagai aspek kehidupan sosial serta mendatangkan impak yang mendalam terhadap arah perkembangan kebudayaan China. Antara ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan Cina termasuk waris sebelah bapa dan pemerintah yang berpusatkan bapa, kuasa suami yang tertinggi dan perhubungan suami isteri yang berjauhan, mementingkan anak lelaki berbanding anak perempuan dan sebagainya, Bicara Tamadun 2 Falsafah dan Agama Cina
Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan (state) yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551SM-479SM). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (/ dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia (junzi). Mencius (372SM-289SM), salah seorang pujangga agung Konfusianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik ketika dilahirkan. Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik, iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li) dan keanfan (zhi). Daoisme pula diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi yang dilahirkan pada tahun 604SM dan Zhuang Zi (kk 369SM-2865SM) yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu pertama, pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan Dao (daojiao). Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang nngkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao. Dao iaitu jalan (the way} yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan (unproduced) dan tidak dapat diperikan (inexpressible). Tahap pencapaian pengamalan Dao yang tertinggi ialah kembali semula dan bersatu dengannya. Maoisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep nama dan penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah mempelopori analisis logik di negara China. Legalisme pula diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Chin. Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China. Kaitan dengan Tamadun Islam Ajaran Confucius memberi penekanan tentang harga diri dan perasaan kemanusiaan. Masyarakat China mempercayai terdapat lima kebaikan di dunia iaitu budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik. Dinegara China juga tersebar fahaman taoisne ajaran ini mementingkan keserdahananaan, perdampingan dengan alam semula jadi dan amalan meditasi. Bagi ajaran ini, raja dan kerajaan tidak penting kerana manusia boleh menjalani kehidupan mengikut undang-undang alam. Selain ajaran tadi, tersebar juga fahaman. Mohisme yang hidup sezaman dengan Confucius. Fahaman utama falsafahnya ialah kasih yang sempurna untuk setiap manusia. Dalam Tamadun Islam, umat Islam diwajibkan beribadat kepada Allah dengan mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Semua bentuk penyembahan selain dari Allah adalah dilarang sama sekali. Umatnya juga diwajibkan melakukan ibadat puasa, membayar zakat , menunaikan ibadat haji sebagai tanda mentaati perintah Allah. Terdapat juga amalan sunat seperti bersedekah, berpuasa sunat, mengucap salam, tolong menolong dan sebagainya. Sentiasa melakukan amal makruf dan nahi mungkar. Setelah kedatangan agama Islam, kita dapat lihat bahawa kehidupan masyarakat di China berubah kerana dipengaruhi oleh nilai-nilai islam. Hubungan manusia dengan Allah adalah lebih diutama berbanding hubungan dengan perkara lain.
|
|