|
Post by sakinah on Dec 22, 2015 15:22:01 GMT
SAKINAH BINTI HAMUDDIN 2015403182 DS2401A Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun Islam1. Yin & Yang
Yin Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut manakala Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dan keras. 2. Tao/Dao
Merujuk kepada jalan/lorong yang mendorong manusia membuat dan mengamalkan kebaikan. Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk : I. Menunjukkan satu jalan II. Cara kelakuan III. Tabiat ( Baik atau buruk ) Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan konsep metafizik. Konsep Dao menurut Konfusiud, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu. 3. Zhong Yong
Merupakan moral yang berdasarkan sifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Zhong Yong juga merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat. 4. Wu Xing
Mempunyai 5 unsur yg menggerakkan alam semesta (tanah, kayu, logam, api & air) 5. Tian Konsep Tian merupakan pemujaan nenek moyang dan Tian. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti Zhou.Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai tanda kemarahan Tian. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh Konfusiansme, Maoisme, Daoisme, Legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan
1. Konfusianisme
- Diasaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada tahun 551 s.m. -Merupakan pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan etika manusia. -Ajarannnya mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang. 2. Moisme i. Diasaskan oleh MO Tzu (KK 479 SM-381SM) .
ii. Antara konsep yang ditekankan dalam pemikiran aliran ini ialah aspek kasih sayang(jian’ai) , mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib(feiming) dan juga mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian) iii. Penegasan aliran ini yang mengejar kepentingan (gongli) menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat Tuhan mandat Tuhan yang dikemukakan oleh aliran Confucianisme. iv. Aliran pemikiran moisme menegaskan: (1) Penyelarasan dan pembentukan kekuasaan pusat (2) Berjimat cermat (3) Melantik sesiapa yang berkelayakan dan berkemampuan ke jawatan kerajaan 3. Daoisme-Dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya “The Way and Virtue”> -Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keharmonian. - -Mendukung aspek dualisme -Menekankan keserasian melalui konsep Yin dan Yang 4. Legalisme
Dihasilkan oleh Hsun-Tzu. -Ajarannya tidak menekankan moral, tetapi merupakan suatu pendekatan pentadbiran yang pragmatic. -Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan undang-undang yang ketat. -Emosi dan keinginan manusia mengarah kepada kewujudan konflik dan ini boleh diatasi dengan pendidikan.
|
|
|
Post by fazleenz on Dec 22, 2015 15:25:53 GMT
Fazleen Binti Zulzaidi 2015441738 DS240 (Group B)
Tamadun China, mempunyai kepercayaan yang banyak bersandarkan kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Yin Yang bermaksud disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya serta merujuk kepada wujudnya pertentangan dalam kehidupan tetapi mereka saling melengkapi atau mengurangkan yang lain. Konsep Tao & Dao ialah pada awalnya merujuk kepada jalan atau lorong ataupun suatu perjalanan atau tabiat sama ada baik mahupun buruk. Menurut Kung Fu-Ze, ia peraturan yang wajib dipatuhi. Zong Hong atau kesederhanaan merupakan moral asas bersederhana dan seimbang serta megamalkan toleransi. Konsep Wuxing sangat penting dalam perubatan tradisional, tilik nasib dan feng shui.
Bagi konsep Tian pula merujuk kepada langit. Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta dan konteks etika Konfusianisme.
Hierarki dalam masyarakat Cina tergolong kepada 4 kumpulan utama iaitu, pemerintah, etani, seniman dan peniaga.
Perbezaan Pandangan Semesta dan Sistem Masyarakat Tamdun Islam
Pandangan semesta Islam merujuk kepada gambaran umum daripada perspektif Islam terhadap beberapa aspek penting kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam universal seperti hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam semulajadi. Umat Islam percaya tentanag kewudujudan Tuhan yang Esa dan pasti setiap perkara terjadi pasti ada pencipta iaitu Allah. Bagi hubungan sesama manusia pula, ialah untuk megetahui tentang asal usul kejadian manusia yang terdiri daripada roh dan jasad yang bermula daripada Adam dan Hawa. Manusia juga perlu menjaga hubungan dengan alam iaitu manusia diperintahkan untuk memanfaatkan dan memakmurkan alam semesta yang diciptakan oleh Allah s.w.t.
Dalam Tamadun Islam, setiap manusia mempunyai taraf yang sama disisi Allah di dunia iaitu sebagai hamba Allah dan yang akan membezakan manusia di akhirat kelak ialah alaman
Konfusiansme – Bukanlah satu agama tetapi pengajaran yang menekankan tentang aspek kemanusian yang merang rangkumi falsafaj dan etika yang mengajar cara tingkah laku yang baik. Kepentingan berakhlak mulia melalui penjagaan hubungan baik antara manusia di langit dan di bumi.
Maoisme- Mengajarkan manusia tentang penting aspek kasih saying, mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
Taoisme/Daoisme- Satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ajaran inimenekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistic.
Legalisme - Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
|
|
|
Post by diyana on Dec 22, 2015 16:43:56 GMT
WAN NUR DIYANA BINTI WAN RUSAIDI (2015218678) DS240 (GROUP A)
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam Tamadun China dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam Tamadun Islam.
• Konsep Tian
- Pemujaan nenek moyang dan Tian.
-Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti Zhou.
-Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme.
• Konsep Dao
- Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”.
- Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk
I. Menunjukkan satu jalan
II. Cara kelakuan
III. Tabiat ( Baik atau buruk )
-Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik.
-Konsep Dao menurut Konfusiud, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
• Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
-Kitab Yijing ( The Book of Changes ) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
-Dwikuasa Yin Yang dihasilkan menerusi perubahan Taiji.
-Yin Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
-Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah,lembut manakala Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dank eras.
• Keharmonian Tian dan Manusia
-Terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian.
-Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai tanda kemarahan Tian .
• Prinsip Zhong Yong
-Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
-Merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
Perkaitan pengaruh Islam dalam falsafah China ialah daripada :
• reka bentuk masjid
• dewan membaca Al-Quran
• tanah-tanah perkuburan di seluruh negara China
Pandangan semesta tamadun Islam perlu dilihat kepada beberapa konsep yang membentuk tamadun Islam itu sendiri. Semuanya terkandung dalam ajaran al-Quran.
.Pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu, pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh Konfusianisme, Maoisme, Daoisme, Legalisme. Analisiskan empat ajaran berkenaan dan perihalkan ajaran Islam berserta berkaitkan pengaruh Islam kepada ajaran berkenaan.
Konfusianisme
-Merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik.
-Berasal daripada tulisan-tilisan klasik
-Pengajaran utama menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia ( perikemanusiaan – ren, kesusilaan – li, ketaatan kepada ibu bapa – xiao )
Daoisme
-Diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina : Lao Zi ( 604 SM ) dan Zhuang Zi ( 369 – 286 SM ).
-Terbahagi kepada dua cabang utama : –
I. Pemikiran falsafah Dao
II. Aliran keagamaan Dao
-Dao merupakan jalan yang mempunyai perngertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan.
Moisme
-Diasaskan oleh Mo Zi ( 479 SM – 381 SM ).
- Konsep penting termasuk :-
I. Kasih sayang sejagat ( jian’ai)
II. Menyerah kepada nasib ( feiming )
III. Mengecam sikap suka berperang ( feigong )
IV. Mengutamakan golongan cerdik pandai ( shangxian )
Legalisme
-Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi.
- Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
-Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang
- Aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara China.
Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran jalan: pertamanya, melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou dan Quanzhou; dan keduanya, melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan. Di peringkat awal, walaupun terdapat cebisan-cebisan tulisan dalam bahasa Cina mengenai Islam demi memperkenalkan ajaran agama mi kepada orang Cina tetapi ianya didapati tidak berkesan. Dampak Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina sertaterjemahantentang agama Islam. Mereka tidak sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya klasik Konfusianisme. Antara mereka, Wang Daiyu ialah tokoh yang pertama menghasilkan karya tentang agama Islam dalam bahasa Cina. Karya pertama beliau yang berjudul Zhengiao zhenquan (Anotasi Tulin Ajaran Ortodoks) diterbitkan pada tahun 1642. Semenjak itu, berpuluh-puluh sarjana Konfusian-Muslim mengikut jejak langkah Wang Daiyu dalam memainkan peranan penting dan memberikan sumbangan dalam tradisi keilmuan Islam di negara China.
|
|
alaa
New Member
Posts: 8
|
Post by alaa on Dec 22, 2015 17:18:07 GMT
NUR ALAA’ NASUHA ABD. AZIZ 2015441344 GROUP B DS240
BICARA TAMADUN CHINA 1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun China dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun Islam
• Pandangan semesta pada tamadun China melibatkan kepercayaan yang unggul terhadap perkara ghaib di sekeliling mereka. Contohnya konsep Tian yang dipercayai telah wujud sejak Dinasti Zhou. Konsep Tian merujuk kepada pemujaan terhadap nenek moyang dan Tian (langit). Ia juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Konsep ini adalah kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain. Seterusnya ialah konsep Tao yang merujuk kepada "jalan" atau "lorong" pada awalnya. Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk. Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta. Tamadun China juga mengamalkan konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing. Ini dibuktikan dalam kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad. Manakala manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah dan lembut. Yang pula mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dan keras. Prinsip Zhong Yong pula merujuk kepada moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Ia juga merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat. Perbandingan dengan tamadun Islam yang menekankan konsep tuhan yang satu jelas dilihat kerana mereka tidak terhad kepada satu tuhan sahaja. Malah pemujaan terhadap benda ghaib dan roh nenek moyang adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Persamaan antara dua tamadun ini ialah mereka memegang konsep yang berhubung dengan ketuhanan, manusia dan alam untuk mencapai keseimbangan yang abadi.
• Sistem nilai masyarakat tamadun China mempunyai struktur organisasi sosial yang berbentuk piramid meliputi raja, pembesar/bangsawan/pegawai, petani/pedagang/artisan dan hamba. Ini menunjukkan bahawa perbezaan darjat menambahkan jurang sesama masyarakat. Golongan bawahan sering dijadikan hamba dan ditindas. Manakala Islam menekankan keadilan tidak kira darjat mahupun agama. Konsep hamba tidak diterima di dalam agama Islam. Di samping itu, kaum wanita dipinggir dalam semua segi daripada pendidikan, undang-undang malah tidak boleh membantah suruhan suami. Islam pula amat memuliakan golongan wanita di mana mereka dipandang tinggi sekiranya berakhlak baik.
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusianisme, maoisme, daoisme, legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan
• Konfusianisme menekankan pengamalan nilai dan akhlak yang mulia , terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa(xiao) . • Maoisme menekankan aspek kasih sayang (jian’ai), menolak sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). • Taoisme/daoisme menekankan pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan yang spontan tanpa sebarang usaha. • Legalisme adalah falsafah politik utilitarian yang menekankan kepentingan undang-undang dalam membentuk masyarakat yang berakhlak.
• Kesimpulannya, mereka mengutamakan hubungan sesama manusia dan alam menyebabkan hilangnya keutamaan kepada prinsip ketuhanan. Di mana Islam meletakkan tuhan yang utama bagi membentuk akhlak dan peribadi seseorang yang baik tanpa menolak pentingnya hubungan sesame manusia dan alam.
|
|
|
Post by MASTURINA AMIN on Dec 22, 2015 18:12:01 GMT
MASTURINA AMIN 2015218418 DS240 GROUP A
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun islam.
Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. Nilai-nilai murni masyarakat Cina Mayarakat Cina juga mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang tersendiri. Mereka memuja nenek moyang dan Tian (langit) Di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman atau alam semula jadi. Ianya wujud di kalangan masyarakat Cina sejak zaman silam lagi. Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan.
Syed Naquib al-Attas pula menyatakan bahawa pendangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu, pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjema dari hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.Akidah merupakan teras utama dalam pembentukan tamadun Islam. Ini kerana, Allah s.w.t. merupakan satu-satunya tuhan yang layak disembah berdasarkan akidah tauhid. Allah s.w.t. diiktiraf dengan penuh keikhlasan sebagai Pencipta dan Pentadbir alam semesta ini. Manusia dilahirkan ke dunia sebagai khalifah untuk mentadbir segala yang ada di muka bumi ini. Martabat manusia diangkat dengan perlantikan sebagi khalifah kerana penciptaan manusia adalah yang terbaik antara ciptaan lain. Manusia adalah makhluk yang terpilih dianugerahkan akal oleh Allah s.w.t. untuk berfikir dengan baik dan mampu melaksanakan sesuatu dengan baik. induksi utama yang mentadbir alam ini adalah manusia. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa manusia adalah makhluk yang terpilih kerana junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk menyebarkan seruan dakwah Islam adalah daripada kalangan manusia. Manusia diberikan hak untuk mentadbir alam ini. Namun demikian, manusia seharusnya memberikan hak yang sewajarnya kepada semua yang memiliki hak ke atas sesuatu hak pemberian Allah s.w.t.
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusiansme, maoisme, daoisme, legalisme. Analisiskan empat ajaran berkenaan dan perihalkan ajaran Islam berserta kaitkan pengaruh islam kepada ajaran berkenaan.
Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.Diasaskan oleh Kong Fu Tze yang lahir di negara China pada tahun 551 S.M .Ajaran Konfucius amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.Konfucius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik.
Maoisme dikenali secara rasmi sebagai Fahaman Mao Zedong ialah satu bentuk Marxisme diterbitkan dari ajaran pemimpin China iaitu mendiang Mao Zedong yang digunakan secara meluas sebagai ideologi panduan politik dan ketenteraan. Ajaran-ajaran asasnya merangkumi perjuangan revolusi majoriti besar rakyat bergelar Perang Rakyat yang melibatkan kaum petani, dan strategi ketenteraanya melibatkan taktik perang gerila yang tertumpu pada pengepungan dari kawasan desa oleh angkatan bersenjata rakyat bukan profesional.
Daoisme dari segi etimologi Perkataan Taosime adalah berasal dari kata akar “Tao” yang diterjemahkan dari perkataan Bahasa Cina “Dao” yang erti hurufiahnya bermaksud “jalan” atau “cara”. Walaupun begitu, makna tafsiran perkataan "Dao" sebenarnya sangat luas khususnya dalam bidang falsafah Cina yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan orang Cina sejak dahulu lagi. Taoisme pada asasnya adalah satu aliran pemikiran dalam falsafah Cina. Pada masa yang sama Taoisme dipraktikkan sebagai satu bentuk agama dalam masyarakat Cina.
Legalisme merupakan satu pendekatan kepada analisis soalan-soalan undang-undang yang dicirikan dengan pemikiran logik abstrak yang memberi tumpuan kepada teks undang-undang yang berkenaan, seperti perlembagaan, perundangan, atau mana-mana undang-undang, bukan pada sosial, ekonomi, atau politik konteks. Legalism telah berlaku di kedua-dua tradisi sivil dan common law.
Ajaran Konfusiansme merupakan ajaran yang memberi pengaruh Islam yang kuat kerana ajaran ini mempunyai persamaan dengan ajaran Islam iaitu amat mementingkan akhlak yang mulia kerana akhlaklah yang mencerminkan hati. Jika hitam hatinya, maka buruklah akhlaknya. Jika suci hatinya dari dosa, maka akhlak-akhlak yang baik-baik sahaja akan nampak. Tambahan pula, menjaga hubungan antara manusia juga dititikberatkan kerana orang yang memutuskan tali silaturrahim maka haram syurga baginya. Akhir sekali ialah Islam mementingkan manusia menjaga etika dan adab seperti adab menuntut ilmu agar keberkatan itu sentiasa ada.
|
|
|
Post by syakirah on Dec 22, 2015 18:26:30 GMT
INTAN SYAKIRAH BINTI RAMLI 2015441436 DS240 GROUP A
Pandangan semesta dalam tamadun Cina:
(i) Konsep Tian
- Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina.
- Konsep Tian wujud sejak Zaman Dinasti Zhou.
- Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme.
(ii) Konsep Dao
- Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong".
-Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk.
- Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semsta.
(iii) Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
- Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
- Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
- Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut.
- Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras.
(iv) Keharmonian Tian dan Manusia
- Konsep eprpaduan antara Tian dengan manusia (tian-ren heyi) terbentuk berdasarkan sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian.
- Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran.
- Dong Zhongshu menunjukkan bahawa konsep ini berkaitkan dengan aliran pemikiran Tin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme.
(v) Prinsip Zhongyong (The Golden Mean)
- Moral asas bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
- Norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
- Datong (The Grand Unity), utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung.
- Jalan Agung dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum.
Nilai masyarakat dalam tamadun Cina:
- Mementingkan kekayaan dan sentiasa mencari peluang untuk naik ke atas. Ini adalah kerana masyarakat China mempunyai susun lapis masyarakat dimana penduduk terbahagi kepada 4 kelas atau hirarki utama dengan raja beradi di tempat teratas dan hamba pula diletakkan di tempat terbawah. Oleh itu masyarakat China sangat mementingkan kedudukan dan pangkat masing-masingh. Manakala, dalam tamadun Islam, semua umat Islam adalah sama disisi Allah. Sesungguhnya pangkat dan darjat tidak menentukan status seseorang itu dalam pandangan Allah, tetapi tahap keimanan yg apa pada di seseotang umat Islam tersebut.
Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusiansme, maoisme, daoisme, legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan
a). Konfusianisme Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.
Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.
Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.
b). Maoisme Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Selain itu adalah, fahaman yang berbentuk revolusi dimana ia menekankan kelakuan manusia itu sendiri. Manusia bertanggungjawab dan harus tahu, semua perkara yang berlaku adalah kerana perbuatan mereka sendiri.
c). Daoisme salah satu sistem kepercayaan utama yang dianut oleh bangsa Tionghua, selain Konfusianisme dan Buddhisme. Uniknya, Daoisme sendiri bukanlah suatu agama tunggal yang terpadu dan memiliki keragaman.
d). Legalisme Ajaran ini mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.Legalisme juga menyarankan pemerintahan berteraskan undang undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran konfusianisme. Aliran ini telah mengasakan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara china.
Tuntasnya, berdasarkan daripada ke empat-empat ajaran tersebut kesemuanya mementingkan hubungan antara manusia dengan alam dan antara manusia dengan manusia seperti menganggap tiadanya tuhan. Hal ini sangatlah berbeza dengan ajaran Islam yang mementingkan hubungan dari segi semua aspek kehidupan, iaitu hungungan manusia dengan Allah (pencipta) dan hubungan sesama manusia.
|
|
|
Post by sabrina on Dec 22, 2015 19:08:44 GMT
Bicara tamadun (China) NUR SABRINA BT SHES SU’EIBA 2015666548 DS240 GROUP A
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun cina dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun islam. Pandangan semesta di dalam Tamadun Cina banyak melibatkan kepercayaan orang Cina yang banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Semua kepercayaan orang Cina menunjukkan persamaan yang nyata iaitu kebaikan pada aspek moral dan akhlak manusia. Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou . tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Tian disamakan dengan Dao. Konsep Dao ialah jalan (the way). Dalam kitab ini juga, Doa dianggap prinsip agung yang merangkumi keseluruhannya. Doa diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan serta memupuk makhluk sejagat dan ia juga merupakan primordial (bentuk permulaan), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka. Kitab Yijing pula menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad. Menurut kitab ini, tiada sebarang batasan bagi diri Taiji. Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua kuasa dwikuasa iaitu Ying dan Yang. Pandangan semesta di dalam tamadun Islam secara sinonim disebut juga sebagai sinonim pandangan alam atau tasawwur. Secara literal istilah ini bermaksud memberi rupa atau gambaran atau lukisan sesuatu perkara. Dalam erti kata lain, pandangan semesta merupakan kerangka bagi pembentukan sesuatu tamadun. Pandangan semesta sesuatu tamadun sebenarnya bergantung kepada sumber ilmu. Tamadun Islam misalnya bersumberkan wahyu al-Quran dan al-Sunnah. Sementara sumber-sumber yang lain hanyalah sekadar sumber sokongan.Justeru itu, sumber wahyulah yang menjadi paksi kehidupan manusia dan akanmenentukan halal atau haram, berguna atau tidak dan sebagainya. Inilah pegangandan amalan dalam masyarakat dan pembinaan tamadun Islam.
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusiansme, maoisme, daoisme, legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan a) Konfusionisme Konfusionisme merupakan atu doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, kegamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran konfusius. Asas konfusionisme berasal dari tulisan klasik yang diterbitkan atas nama konfusius. Manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu perikemanusiian, kewajaran. Kesusilaan dan juga kearifan. b) Maoisme Antara konsep penting dalam maoisme adalah aspek kasih sayang sejagat, mengecam sikap suka berperang, menyerah kepada nasib dan mengutamakan golongan cerdik pandai. Aliran ini menegaskan sikap mengejar kepentingan yang menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandate tuhan yang dikemukakan oleh aliran konfusianisme. c) Daoisme Menegaskan pemeliharaan alam semulajadi. Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Kitab daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik dao. d) Legalisme Han Fei Zi menggabungkan 3 kaedah dalam pemerintahan aliran inio iaitu kuasa, cara dan perundangan. Aliran ini merupakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyat. Aliran ini menyarankan bahawa pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang dianjurkan oleh aliran konfusionisme. Keempat-empat doktrin ini hanya menekankan hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dan alam sekitar. Ini sangat bertentangan dengan ajaran islam yang sangat menekankan hubungan dengan pencipta iaitu Allah SWT. Tanpa hubungan yang kukuh antara manusia dengan Allah, manusia itu tidak akan mampu mempertahankan hubungannnya dengan makhluk yang lain.
|
|
|
Post by syakirah on Dec 22, 2015 19:22:31 GMT
INTAN SYKIRAH BINTI RAMLI 2015441436 DS240 GROUP A
PANDANGAN SEMESTA DALAM TAMADUN CHINA:
(i) Konsep Tian
- Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina.
- Konsep Tian wujud sejak Zaman Dinasti Zhou.
- Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme.
(ii) Konsep Dao - Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong".
-Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk.
- Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semsta.
(iii) Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
- Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
- Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
- Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut.
- Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras.
(iv) Keharmonian Tian dan Manusia
- Konsep eprpaduan antara Tian dengan manusia (tian-ren heyi) terbentuk berdasarkan sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian.
- Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran.
- Dong Zhongshu menunjukkan bahawa konsep ini berkaitkan dengan aliran pemikiran Tin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme
(v) Prinsip Zhongyong (The Golden Mean)
- Moral asas bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
- Norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
- Datong (The Grand Unity), utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung.
- Jalan Agung dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum.
NILAI MASYARAKAT DALAM TAMADUN CHINA
mementingkan kekayaan dan sentiasa berusaha untuk naik ke atas. Hal ini adalah kerana masyarakat china mempunyai susun lapis mayarakat yang pelbagai, manakala, dalam Islam, semua umat manusia adalah sama iaitu hamba dan khalifah Allah di muka bumi, dan yang beza antara umat islam adalah keimanan mereka.
Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusiansme, maoisme,daoisme,legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan:
a). Konfusiansme
Konfusianisme adalah lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Fahaman ini telah diasakan oleh Kong Fu Tze yang lahir di negara China oleh ibunya Chiang Tsai yang berumur 15 tahun ketika itu. Kong Fu Tze merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru. Konfucius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik.
b). Moisme
Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
c). Daoisme Ajaran ini diasaskan oleh dua orang pemikir agung cina iaitu Lao Zi dan Zhuang Zi. Dao bermaksud jalan atau lorong. Sebelum datangnya falsafah konfusius , Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan dan juga cara kelakuan dan tabiat (baik atau buruk). Konsep Dao juga merupakan tatatertib moral yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
d). Legalisme
Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
Tuntasnya, berdasarkan daripada ke empat-empat ajaran tersebut, kesemuanya amat mementingkan hubungan antara manusia-alam dan manusia-manusia, sepertinya menganggap tiadanya tuhan. Manakala dalam tamadun Islam, Islam memetingkan keseimbangan hubungan manusia dengan Allah dana hubungan baik sesama manusia.
|
|
|
Post by syakirah on Dec 22, 2015 19:23:05 GMT
INTAN SYKIRAH BINTI RAMLI
2015441436
DS240
GROUP A
PANDANGAN SEMESTA DALAM TAMADUN CHINA:
(i) Konsep Tian
- Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina.
- Konsep Tian wujud sejak Zaman Dinasti Zhou.
- Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme.
(ii) Konsep Dao
- Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong".
-Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk.
- Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semsta.
(iii) Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
- Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
- Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
- Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut.
- Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras.
(iv) Keharmonian Tian dan Manusia
- Konsep eprpaduan antara Tian dengan manusia (tian-ren heyi) terbentuk berdasarkan sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian.
- Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran.
- Dong Zhongshu menunjukkan bahawa konsep ini berkaitkan dengan aliran pemikiran Tin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme
(v) Prinsip Zhongyong (The Golden Mean)
- Moral asas bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
- Norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
- Datong (The Grand Unity), utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung.
- Jalan Agung dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum.
NILAI MASYARAKAT DALAM TAMADUN CHINA
mementingkan kekayaan dan sentiasa berusaha untuk naik ke atas. Hal ini adalah kerana masyarakat china mempunyai susun lapis mayarakat yang pelbagai, manakala, dalam Islam, semua umat manusia adalah sama iaitu hamba dan khalifah Allah di muka bumi, dan yang beza antara umat islam adalah keimanan mereka.
Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusiansme, maoisme,daoisme,legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan:
a). Konfusiansme
Konfusianisme adalah lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Fahaman ini telah diasakan oleh Kong Fu Tze yang lahir di negara China oleh ibunya Chiang Tsai yang berumur 15 tahun ketika itu. Kong Fu Tze merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru. Konfucius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik.
b). Moisme
Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
c). Daoisme
Ajaran ini diasaskan oleh dua orang pemikir agung cina iaitu Lao Zi dan Zhuang Zi. Dao bermaksud jalan atau lorong. Sebelum datangnya falsafah konfusius , Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan dan juga cara kelakuan dan tabiat (baik atau buruk). Konsep Dao juga merupakan tatatertib moral yang mesti diikuti oleh seseorang individu.

Post by syakirah on Dec 22, 2015 19:23:25 GMT

Post by syakirah on Dec 22, 2015 19:25:45 GMT

nabila
Junior Member
Posts: 17
|
Post by nabila on Dec 23, 2015 6:45:23 GMT
NUR NABILA BINTI ABDUL WAHAB
2015477642(A)
SOALAN1
Pandangan semesta di dalam Tamadun Cina pula melibatkan kepercayaan orang Cina yang banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping kepercayaan primatif, telah wujud dalam kalangan masyarakat Cina sejak dahulu lagi. Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua kuasa dwikuasa iaitu Ying dan Yang. Manifestasi Ying dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.. Perubahan yang berterusan ini diibaratkan sebagai pergerakan Dao. Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut manakala Yang mewakili lelaki iaitu aktif, panas, cerah,kering, keras.
Sistem nilai masyarakat:
(a) Wanita : dalam ajaran Konfusion, wanita adalah lemah, mempunyai kedudukan rendah dalam masyarakat dan golongan yang menurut perintah. Perempuan dari kelas pertengahan/ atasan akan mengikat kakinya supaya menjadi saiz kecil semasa berumur 5 tahun. Ia menyakitkan dan 1 seksaan untuk menghukumnya daripada menjadi aktif.
(b) Perkahwinan dan keluarga: Perkahwinan seorang perempuan ditentukan oleh bapanya. Kedudukan wanita selepas berkahwin belum terjamin sekiranya matlamat fungsi sebagai isteri yang baik belum tercapai iaitu melahirkan anak lelaki untuk mewarisi tradisi China.
(c) Penghambaan wanita : Perbezaan jantina menyebabkan penghambaan wanita sering berlaku di negara China menggambarkan kepelbagaian kekurangan status wanita yang rendah jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Kostum China yang menjual anak perempuan kepada pedagang haram untuk menjadi pelacur di luar negara.
(d) Tradisi dan perubahan : wanita dikatakan agen pengekalan kepercayaan Cina dan bertindak sebagai pengaruh dalam perubahan perkembangan sosial cina. Dalam keluarga, wanita memainkan peranan penting untuk berkomunikasi dengan anaknya.
Perbezaan tamadun Islam dengan tamadun China dari segi kepercayaan alam semesta dan sistem nilai masyarakat:
a) perbezaan
-tumpuan tamadun China terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan yang diamalkan oleh tamadun China.
-tamadun China mempunyai konsep Konsep Dao,Konsep Tian, konsep yin(perempuan) dan yang(lelaki), Prinsip Zhong Yong manakala tamadun Islam mempunyai Rukun Islam dan Rukun Iman.
-tamadun China mempunyai ajaran seperti Konfusianisme,Daoisme.Legalisme,Maoisme manakala Tamadun Islam mempunyai sumber Al-Quran,Sunnah dan Ijtihad.
b) persamaaan
ajaran Islam banyak dapat dilihat sama dengan Konfucianisme iaitu nilai murni dan akhlak mulia.
SOALAN 2
a) konfusianisme
- pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.
- mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.
- diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.
- susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.
b) maoisme
- ideologi panduan politik dan ketenteraan dalam Parti Komunis China (CPC).
- perjuangan revolusi majoriti besar rakyat bergelar Perang Rakyat yang melibatkan kaum petani.
- strategi ketenteraanya melibatkan taktik perang gerila yang tertumpu pada pengepungan dari kawasan desa oleh angkatan bersenjata rakyat bukan profesional.
c) daoisme
-mengajar doktrin tentang mengikut alam (wu-wei).
-fahaman ini mengajar doktrin bekerja ke arah menentang alam.
d) legalisme
- salah satu arus falsafah utama sewaktu Zaman Negeri-Negeri Berperang.
- Semua orang di bawah pemerintah adalah sama di sisi undang-undang.
- Undang-undang harus membalas orang-orang yang taat kepada mereka dan menghukum dengan sewajarnya orang-orang yang berani untuk memecahkan mereka.
e) kesan pengaruh Islam
-Beberapa karya dalam bahasa Cina serta terjemahan dihasilkan tentang agama Islam. Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan beberapa ciri-ciri yang menonjol. Misalnya, demi membolehkan orang Cina memahami agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama.
|
|
|
Post by sajidahzaharudin on Dec 23, 2015 17:36:09 GMT
Nama: Sajidah Binti Zaharudin (2015680406)
Kod Program: DS240
Kumpulan: B
PANDANGAN SEMESTA DAN SISTEM NILAI MASYARAKAT DALAM TAMADUN CINA
PERBEZAAN PANDANGAN MASYARAKAT TENTANG KEDUA-DUA ASPEK TERSEBUT DALAM TAMADUN ISLAM
Pandangan semesta dalam tamadun China mempunyai kepercayaan berdasarkan keyakinan terhadap kuasa ghaib dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Pemujaan nenek moyang dan Tian, telah wujud dalam kalangan masyarakat Cina sejak dahulu sehingga sekarang. Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. Sebenarnya masyarakat Cina tidak mempunyai konsep yang jelas tentang kewujudan tuhan seperti ajaran Islam dimana Allah itu benar- benar wujud dan kita sebagai umat Islam wajib beriman dan percaya adanya tuhan iaitu Allah.
Antara ajaran berkaitan pandangan semesta yang menjadi kepercayaan masyarakat Cina pada tamadun Cina dahulu ialah Tian iaitu kekuasaan tertinggi oleh langit. Tetapi, pada pandangan Islam, ada yang lebih Maha Tinggi. Kemudian, Dao iaitu asas kepada benda hidup. Tetapi, pada pandangan Islam, kita perlu mempercayai bahawa kekuasaan Allah itulah yang menjadi asas kepada kehidupan. Seterusnya, Zong iaitu kesederhanaan. Pada pandangan Islam, kita digalakkan untuk bersederhana namun Islam juga tidak melarang umatnya untuk belebih-lebihan dalam beribadah (setakat mampu). Akhir sekali, Ying Yang yang mempunyai sifat berlawanan tetapi saling melengkapi satu sama lain. Pada pandangan Islam, kita perlu percaya bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.
Dalam perkembangan dan pembentukan kebudayaan China, sistem nilai masyarakat dalam tamadun china juga amat dititik beratkan. Sistem kekeluargaan merupakan asas kepada sistem masyarakat. Sistem masyarakat merupakan lanjutan kepada sistem kekeluargaan. Kesemua sistem menitikberatkan tentang pandangan nilai sosial etika manusia.Masyarakat Cina mempunyai pelbagai susun lapis masyarakat dan terdapat keistimewaan yang tersendiri. Sistem ini berbeza dengan ajaran Islam Dari segi Agama Islam pula, setiap hamba Allah tarafnya sama sahaja tidak kira pangkat dan darjat yang diberikan di dunia. Yang berbeza ialah timbangan akhirat kelak.
PERBANDINGAN AJARAN YANG DIBAWA OLEH KONFUSIANSME, MAOISME, DAOISME, LEGALISME
PENGARUH ISLAM KEPADA AJARAN BERKENAAN
Ajaran Konfusiansme – Ajaran ini mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan manusia yang berada di langit dengan manusia yang berada di bumi dengan baik. Penganutnya diajar agar sentiasa ingat akan kehadiran roh nenek moyang mereka di bumi. Ajaran ini merupakan mementingkan manusia untuk menjaga tingkah laku dan memperbaiki moral.
Ajaran Maoisme – Merupakan ajaran yang memfokus evolusi proletariat yang akan mengubah masyarakat. Mereka meletakkan penekanan kepada ‘Malleabilty of human nature’ iaitu mempercayai bahawa semua yang berlaku adalah kerana usaha manusia itu sendiri.
Ajaran Taoisme/Daoisme – Merupakan ajaran falsafah yang mementingkan moral dan hubungan manusia dengan alam sekitar.
Ajaran Legalisme – Ajaran ini menekankan kepentingan undang undang as a way untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat. Ianya bersifat authoritarianisme.
Ajaran agama islam sangat berbeza dengan ajaran ajaran yang telah disebutkan. Agama islam sememangnya mementingkan akhlak yang mulia tetapi kita sebagai seorang muslim, hendaklah menjaga hubungan dengan Allah swt, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam. Islam tidak mempercayai akan roh nenek nenek moyang kerana setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepadaNya. Islam juga mempercayai akan ketentuan Allah swt dan bukan seratus peratus kepada usaha manusia itu sendiri.
|
|
|
Post by izzyyanie on Dec 24, 2015 2:31:57 GMT
NOOR IZZYANI BINTI MAHADZIR 2015441716 DS240 (GROUP B)
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam Tamadun China dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam Tamadun Islam.
Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. Pandangan semesta di dalam Tamadun Cina banyak melibatkan kepercayaan orang Cina yang banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Ianya wujud di kalangan masyarakat Cina sejak zaman silam lagi. Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia.
Masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai mumi yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Tamadun cina amat menitikberatkan aspek etika dan moral , dimana hal ini patut diberikan pujian kerana membawa kepada keharmonian dalam kehidupan. Sebagai masyarakat China mempunyai susun lapis masyarakat yang pelbagai dimana setiap lapisan itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dari segi heirarki sosial, masyarakat China terbahagi kepada 4 kelas utama. Namun, dalam Islam setiap manusia mempunyai taraf yang sama tidak kira datang dari golongan tinggi mahupun rendah.
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusianisme, maoisme,daoisme,legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan
Konfusianisme menekankan pembentukan akhlak, membentuk kepatuhan dan ketaatan dan matlamat tertinggi adalah untuk menjadi manusia teragung. Penganutnya diajar agar sentiasa ingat akan kehadiran roh nenek moyang mereka di bumi.Tambahan pula, menurut ajaran ini, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.
Moisme merupakan konsep yang mementingkan aspek kasih sayang sejagat (jian’ai),mengecam sikap suka berperang (feigong),menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Manusia bertanggungjawab dan harus tahu, semua perkara yang berlaku adalah kerana perbuatan mereka sendiri.
Daoisme merupakan ajaran yang diasaskan oleh dua orang pemikir agung cina iaitu Lao Zi dan Zhuang Zi. Menekankan unsur primitive bagi mencapai kehidupan yang abadi. Bagi menghapuskan dosa, penganutnya perlu bertapa di gua dan di gunung. Konsep Dao juga merupakan tatatertib moral yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
Legalisme diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa negara China di bawah pemerintahan Dinasti Qin. Ajaran ini menekankan kepentingan undang-undang bagi mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat (bersifat authoritarianism). Aliran ini telah mengasakan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara china .
Berdasarkan daripada ke empat-empat ajaran tersebut kesemuanya mementingkan hubungan antara manusia dengan alam dan antara manusia dengan manusia seperti menganggap tiadanya tuhan. Hal ini amatlah membawa ketakburan dalam diri sendiri dan juga sama sekali berbeza dengan ajaran Islam yang mementingkan hubungan dari segi semua aspek kehidupan di mana Islam meletakkan tuhan yang utama bagi membentuk akhlak dan peribadi seseorang yang baik tanpa menolak pentingnya hubungan sesame manusia dan alam.
|
|
farah
New Member
Posts: 6
|
Post by farah on Dec 25, 2015 7:32:37 GMT
FARAH FARHANA BT RUSLE 2015215722 GROUP B
Satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan.
• Konsep Tian
Pemujaan nenek moyang dan Tian.
Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti Zhou.
Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme.
• Konsep Dao
Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”.
Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk
I. Menunjukkan satu jalan
II. Cara kelakuan
III. Tabiat ( Baik atau buruk )
Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik.
Konsep Dao menurut Konfusiud, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
• Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
Kitab Yijing ( The Book of Changes ) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
Dwikuasa Yin Yang dihasilkan menerusi perubahan Taiji.
Yin Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah,lembut manakala Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dank eras.
• Keharmonian Tian dan Manusia
Terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian.
Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai tanda kemarahan Tian .
• Prinsip Zhong Yong
Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
Merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
PERBEZAAN DENGAN TAMADUN ISLAM.
Perkaitan pengaruh Islam dalam falsafah China ialah daripada :
• reka bentuk masjid
• dewan membaca Al-Quran
• tanah-tanah perkuburan di seluruh negara China
Pandangan semesta tamadun Islam perlu dilihat kepada beberapa konsep yang membentuk tamadun Islam itu sendiri. Semuanya terkandung dalam ajaran al-Quran.
.Pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu, pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.
Konfusianisme
Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m).
Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius.
Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:
Perikemanusiaan (ren)
Kewajaran (yi)
Kesusilaan (li)
Kearifan (zhi)
Menurut pandangan Konfusius, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.
Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan.
Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat.
Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak jahat.
Wulun merupakan 5 jenis hubungan order sosial dalam falsafah Konfusius iaitu:
raja dengan menteri
ayah dengan anak
suami dengan isteri
abang dengan adik
kawan dengan kawan
Moisme
Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m).
Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
Daoisme
Diasaskan oleh dua orang pemikir iaitu Lao Zi (604 s.m) dan Zhuang Zi (369-2865 s.m) yang berpendapat:
Pemeliharaan alam semulajadi.
Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha.
Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
Legalisme
Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin.
Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu:
Kuasa (Shi).
Cara (Shu).
Perundangan (Fa).
Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme.
Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
Islam
-Diperkenalkan melai peranan pedagang Islam Arab dan Parsi di selatan China.
– Tokoh Islam Cina:-
Wang Daiyu, Ma Zhu, Liu Zhi ,Ma Dexin ,Zheng He
-Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam, tetapi juga pakar dalam klasik Cina.
– Kesan pengaruh atau dampak Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui:-
-reka bentuk masjid
-dewan membaca Al-Quran
-tanah-tanah perkuburan di seluruh negara China
Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan beberapa ciri-ciri yang menonjol.
Misalnya, demi membolehkan orang Cina memahami dan menenma agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam.
Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam.
Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi.
Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama. Pada masa itu dan sehmgga kirn, agama Islam ditenma dengan baik di negara China.
Rakyat China yang beragama Islam dianggarkan sejumlah 17 juta orang dan terdiri daripada 10 kaum.
Kebanyakan penganut Islam berbangsa Cina ini terdapat di kawasan autonomi seperti Xinjiang, Ningxia dan beberapa wilayah lain di bahagian barat laut China.
|
|