|
Post by elhuda on Dec 25, 2015 14:08:52 GMT
NUR AL HUDA BINTI MANSUR (2015230028) GROUP 1(DS240)
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam Tamadun China dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam Tamadun Islam.
Dalam tamadun Cina, pandangan semesta mereka melibatkan kepercayaan kepada alam ghaib. Mereka mengamalkan pelbagai jenis kepercayaan seperti konsep Tian. Konsep ini merujuk kepada pemujaan terhadap nenek moyang dan langit. Ia merupakan prinsip tertinggi di dalam alam semesta dan juga dalam konteks Konfusianisme. Konsep ini membawa kepercayaan kepasa animism; kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari dan sungai. Selain dari itu, mereka juga mengamalkan konsep Dao. Ianya merujuk kepada jalan atau lorong dan ianya dugunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan sebelum kedatangan falsafah Konfusius. Tetapi selepas kedatangan falsafah itu, pengikut Daoisme menggunakan metafizik sebagai cara untuk menunjukkan kesulurahan alam semesta. Seterusnya, konsep Taiji, Yin dan Yang. Taiji digunakan untu merajuk kepada kenyataan muktamad menurut kitab The Book of Changes. Maniestasi Yin dan Yang pula dirujuk sebagai proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Yin mewakili sifat perempuan manakal Yang mewakili sifat lelaki. Akhirnya konsep Zhongyong yang merujuk kepada moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Ia merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat. Kelainan kesulurahan konsep yang diamalkan oleh tamadun Cina dengan tamadun Islam ialah masyarakat Islam menekankan konsep ketuhanan yang satu manakala masyarakat Cina tidak menterhadkan tuhan mereka kepada satu sahaja kerana mereka menyembah kepada alam ghaib dan juga nenek moyang yang memang sama sekali dilarang dalam Islam. Tetapi mereka mempunyai persamaan dalam hubungan dengan tuhan, manusia dan alam.
Tamadun Cina menekankan sistem hierarki yang berbentuk pyramid. Raja, pembesar, bangsawan, petani, pedagang dan hamba. Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Cina mementingkan darjat dan menyebabkan golongan bawahan dijadikan hamba dan ditindas. Islam pada masa yang sama tidak menerima konnsep penghambaan. Selain itu, tamadun Cina meminggirkan kaun wanita dai segala macam aspek kehidupan tetapi Islam amat memuliakan para wanita dan meletak mereka di tempat tertinggi.
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusianisme, maoisme, daoisme, legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan.
• Konfusianisme mengamalkan nilai yang baik dan akhlam yang mulia terutama tentang perikemanusiaan, kesusilaan dan ketaatan kepada ibu bapa. • Maoisme mengamalkan sikap kasih sayang, menjauhi peperangan, berseerah kepada nasib dan mengutamakan golongan bijak. • Taoisme mengamalkan pemeliharaan semula jadi dan konsep wuwei. • Legalisme pula mengamalkan falsafah politik utilitarian iaitu kepentingan undang undang dalam membina masyarakat yang berakhlak. • Islam mempengaruh masyarakat dalam kepentingan mengutamakan prinsip ketuhanan. Ini adalah salah satu cara utama dalam membentuk akhlak dan peribadi sesesorang tanpa menolak pentingnya hubungan sesame manusia dan alam.
|
|
|
Post by anasuha203 on Dec 26, 2015 3:07:16 GMT
NUR ANASUHA BINTI MOHAMAD 2015428846 Ds240 Group B
1.PANDANGAN SEMESTA DAN SISTEM NILAI MASYARAKAT DALAM TAMADUN CHINA DAN BANDING BEZAKAN DENGAN PANDANGAN MASYARAKAT TENTANG KEDUA-DUA ASPEK TERSEBUT DALAM TAMADUN ISLAM.
-Tian bermaksud kekuasaan tertinggi oleh langit dan dalam islam Allah adalah yang Maha Tertinggi. -Ying dan Yang merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan (pasif, sejuk, gelap, basah, lembut). Manakala Yang mewakili lelaki (aktif, panas, cerah,kering, keras). Ying dan Yang merupakan sifat yang berlawanan dan dalam islam pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku dalam kehidupan seharian kita dan Allah adalah sebaik baik perancang . -Dao pula asas kepada benda hidup, tetapi dalam Islam kita harus percaya bahawa kekuasaan Allah itulah yang menjadi asas kepada kehidupan bahkan dengan izin Nya jualah kita masih hidup sehingga sekarang. -Zong yong bermaksud kesederhanaan, memang tidak dinafikan bahawa sesuatu perkara itu sebaiknya dilakukan secara bersederhana .
2. BANDINGKAN AJARAN YANG DIBAWA OLEH KONFUSIANISME, MAOISME, DAOISME, LEGALISME. ANALISISKAN EMPAT AJARAN BERKENAAN DAN PERIHALKAN AJARAN ISLAM BERSERTA BERKAITKAN PENGARUH ISLAM KEPADA AJARAN BERKENAAN.
-Konfusianisme menitik beratkan kejujuran dan kebaikan. Sekiranya tiada nilai tersebut maka perpecahan dan huru hara dalam kalangan masyarakat boleh berlaku kerana dalam kepercayaan ini sifat yang baik merupakan satu harta yang wajib ada pada setiap orang.Kelemahan sesuatu masyarakat adalah disebabkan masyarakat itu sendiri sebagai contoh tidak amanah dalam pentadbiran. -Daoisme mempunyai konsep jalan yang merujuk kepada arah dan cara alam semesta dan konsep kuasa yang merujuk kepada kuasa yang diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengenepikan cita-cita sendiri untuk mengikut arah alam semesta. -Maoisme mementingkan aspek kasih sayang. Ajaran ini melarang segala bentuk keganasan, peperangan, dan serangan dan mengutamakan golongan cerdik pandai. -Legalisme pula menyatakan udang - undang dan hukuman berat merupakan satu cara untuk membawa kestabilan dan keamanan bagi negara. Penganutnya tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas kasihan.
Kaitan pengaruh Islam dalam ajaran tersebut : -Terdapat beberapa ajaran yang tidak bercanggah dengan ajaran islam di mana ada kepercayaan yang menitik beratkan akhlak dalam sesuatu urusan. kedatangan Islam telah mengubah beberapa kepercayaan tersebut dan ada yang masih diguna pakai. Sebagai contoh, konsep legalisme adalah berteraskan kekerasan dan tiada belas kasihan tetapi apabila ajaran islam diterap masukkan, konsep belas kasihan dan keadilan diterapkan dalam pentadbiran dan dalam pengurusan masyarakat.
|
|
|
Post by sarahathirah on Dec 26, 2015 4:49:06 GMT
SARAH ATHIRAH BINTI RIZAL
2015229668
DS240
GROUP A
PANDANGAN SEMESTA
Mengikut konsep Tian , mereka mengamalkan kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain . Konsep ini telah wujud sejak Dinasti Zhou . Menurut konsep ini juga , ia membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Seterusnya , mengikut konsep Dao ia membawa maksud “jalan” atau “lorong” . Dao telah digunakan sebagai satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat , sama ada tabiat baik atau buruk ketika sebelum kemunculan falsafah konfucius . Setelah kemunculan konficius , mereka menggunakkan konsep metafizik untuk menunjukkan kepada seluruh alam . Seterusnya ialah konsep Taiji, Ying Yang , dan Wuxing. Konsep taiji digunakan dalam kitab Yijang sebagai rujukan kepada kenyataan muktamad . Ying dan Yang pula digambarkan sebagai proses pusingan atau putaran yang tenggelam dan timbul tanpa pengakhirannya . Yang mewakili lelaki seperti aktif , panas, cerah , kering , keras dll . Yin pula mewakili perempuan seperti pasif , sejuk , gelap , basah , lembut dll . Seterusnya ialah agama islam . Al-Quran dan hadis digunakan sebagai rujuksn untuk segala suruhan dan larangan-Nya . Menyeluruhi segala aspek seperti kekeluargaan , pemerintahan , sains, teknologi , alam ghaib , matematik , hukuman dunia dan akhirat dll . Kita haruslah sentiasa mengigati Allah di kala susah dan senang .
SISTEM NILAI MASYARAKAT
Sistem organisasi terdiri daripada raja , pembesar/bangsawan/ pegawai , petani/pedagang/artisan dan hamba . Kaum wanita dianak tirikan dalam semua aspek seperti pendidikan dll . Namun dalam Islam , kedudukan umatnya semua sama rata , adil dan saksama . Yang membezakan mereka di mata Allah S.W.T ialah iman dan taqwa .
KONFUSIANISME
Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini. Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku. Menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang baik dan mulia , terutamanya mengenai prikemanusiaan (ren),kesusilaan(li) , dan ketaatan kepada ibu bapa(xiao) .
DAOISME/TAOISME
Diasaskan oleh Lao Zi dan Zhuang Zi. Dao bermaksud jalan atau lorong. Menekankan aspek moral dan hubungan antara manusia dan alam persekitaran .
MAOISME
Mementingkan aspek kasih sayang(jian’ai) , mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib(feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
LEGALISME
Legalisme adalah salah satu ideologi filsafat Cina klasik yang tumbuh pada periode yang kurang lebih sama dengan Konfusianisme (masa negara-negara berperang). Pemikir terbesar dari ajaran ini adalah Han Feizi yang berasal dari negara Han (pada masa dinasti Zhou, bukan dinasti Han). Mementingkan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Mengamalkan falsafah politik utilitarian yang tidak mengajukan pertanyaan lebih tinggi seperti semulajadi dan tujuan hidup.
Berdasarkan daripada empat ajaran tersebut , kesemuanya mementingkan hubungan antara manusia dengan alam dan antara manusia dengan manusia . Ini menunjukkan seperti mereka tidak percaya wujudnya tuhan. Mereka menganggap segala ciptaan dijadikan melalui kuasa semula jadi . Namun , Islam menekankan hubungan keseluruhan seperti hubungan manusia dengan Allah , manusia , binatang dan alam sekitar.
|
|
|
Post by fazleenanis on Dec 27, 2015 6:20:57 GMT
NURUL FAZLEEN ANIS BINTI CHE AZIZ 2015218624 DS240(A)
SOALAN 1
a) Konsep Tian - Pemujaan nenek moyang dan Tian. - Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti Zhou. - Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme.
b) Konsep Dao - Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”. - Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan, cara kelakuan atau tabiat (baik atau buruk) -Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik. -Konsep Dao menurut Konfusius, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
c) Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing - Kitab Yijing (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad. - Dwikuasa Yin Yang dihasilkan menerusi perubahan Taiji. - Yin Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah,lembut manakala Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dan keras.
d) Keharmonian Tian dan Manusia - Terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. - Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai tanda kemarahan Tian .
e) Prinsip Zhong Yong - Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. - Merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
Pandangan semesta tamadun Islam perlu dilihat kepada beberapa konsep yang membentuk tamadun Islam itu sendiri. Semuanya terkandung dalam ajaran al-Quran. Pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu, pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.
SOALAN 2
a) Konfusianisme - Merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik. - Berasal daripada tulisan-tulisan klasik - Pengajaran utama menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia perikemanusiaan–ren, kesusilaan–li, ketaatan kepada ibu bapa-xiao)
b) Daoisme - Diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina : Lao Zi (604 SM) dan Zhuang Zi (369 – 286 SM). - Terbahagi kepada dua cabang utama iaitu pemikiran falsafah Dao dan aliran keagamaan Dao - Dao merupakan jalan yang mempunyai perngertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan.
c) Moisme - Diasaskan oleh Mo Zi (479 SM – 381 SM). - Konsep penting termasuk: i. Kasih sayang sejagat (jian’ai) ii. Menyerah kepada nasib (feiming) iii. Mengecam sikap suka berperang (feigone) iv. Mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian)
d) Legalisme - Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi. - Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. - Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang - Aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara China.
Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran jalan: pertamanya, melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou dan Quanzhou; dan keduanya, melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan. Di peringkat awal, walaupun terdapat cebisan-cebisan tulisan dalam bahasa Cina mengenai Islam demi memperkenalkan ajaran agama mi kepada orang Cina tetapi ianya didapati tidak berkesan. Dampak Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina sertaterjemahantentang agama Islam. Mereka tidak sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya klasik Konfusianisme. Antara mereka, Wang Daiyu ialah tokoh yang pertama menghasilkan karya tentang agama Islam dalam bahasa Cina. Karya pertama beliau yang berjudul Zhengiao zhenquan (Anotasi Tulin Ajaran Ortodoks) diterbitkan pada tahun 1642. Semenjak itu, berpuluh-puluh sarjana Konfusian-Muslim mengikut jejak langkah Wang Daiyu dalam memainkan peranan penting dan memberikan sumbangan dalam tradisi keilmuan Islam di negara China.
|
|
|
Post by aisyahnabila on Dec 27, 2015 7:42:42 GMT
A'ISYAH NABILA UZAIMI 2015441298 DS240
[Pandangan semesta dan system nilai masyarakat dalam Tamadun China]
Negara China merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan diraja. Ketua bagi kerajaan puasat ialah maharaja atau Huang Ti. Raja menduduki tangga teratas dikalangan masyarakat Cina. Berdasarkan jenis pemerintahan, masyarakat Cina dibahagikan kepada 4 kelas utama iaitu golongan bijak pandai, golongan petani, golongan artisan dan tukang dan juga golongan pedagang.
Antara kepercayaan yang melibatkan alam semesta dalam masyarakat Cina ialah Tian, yang merujuk kepada langit, iaitu syurga. Ia juga merujuk kepada dewa yang dipuja atau disembah. Paa Dinasti Chou, Tian dirujuk kepada makhluk unggul yang mempunyai kuasa dan sebagai wakil tuhan di bumi. Masyarakat Cina juga percaya kepada konsep Di/Ti yang merujuk kepada bumi. Jika digabungkan Tian dan Di, maka wujudlah konsep alam fizikal. Dalam teori Yin dan Yang, Tian dirujuk kepada proses penciptaan makhluk dan akan bertindak untuk menjaga dan memeliharanya. Di juga boleh dimaksudkan sebagai Shangdi, iaitu makhluk yang unggul. Bagi masyarakat kebanyakan, Di dirujuk kepada dewa tertinggi yang menguasai dewa-dewa lain. Dao pula merujuk kepada jalan atau lorong yang bermaksud cara kelakuan atau tabiat sama ada baik atau buruk.
Dalam sosiologi, kedudukan wanita dalam masyarakat Cina sering dinafikan. Kedudukan wanita hanya dipersetujui dan ditonjolkan dalam perkahwinan dan kekeluargaan. Dalam ajaran Konfucianisme, wanita ialah kaum yang lemah dan golongan yang menurut perintah. Hak wanita untuk meminta cerai dalam perkahwinan dinafikan. Anak perempuan tidak dikehendaki dalam institusi kekeluargaan kerana dianggap merugikan dan tiada nilainya dalam masyarakat Cina. Dalam perkahwinan, Bridewealth atau dowry diberikan oleh suami kepada isteri sebagai nilai pembelian seorang suami, kerana wanita merupakan ahli yang ridak produktif dan mempunyai kedudukan yang rendah.
[Perbezaan kedua-dua aspek dalam tamadun Islam]
Tamadun Islam mengamalkan pemerintahan berasaskan khalifah. Khalifah dipilih melalui suara rakyat. Namun selepas itu, pemerintahan tamadun Islam berasaskan kesultanan yang dipilih mengikut keturunan. Dalam tamadun Islam, semua manusia dianggap sama disisi Tuhan. Kemualiaan manusia hanyalah dibezakan dengan taqwa. Masyarakat Islam percaya kepada Tuhan yang satu, yang memiliki segala kekuasaan dan memiliki seluruh isi langit dan bumi. Pemerintah dianggap memikul amanah Tuhan untuk menjaga dan memelihara rakyat. Kedudukan wanita di kalangan masyarakat Islam dipandang tinggi dan mulia. Wanita diberikan hak dalam harta pusaka dan mempunyai hak untuk menuntut fasakh atau meminta cerai. Wanita wajib dilindungi oleh para lelaki. Anak perempuan dikasihi dalam masyarakat kerana setiap anak itu adalah rahmat dan amanah dari Tuhan. Dalam perkahwinan, mas kahwin diberikan oleh suami kepada isteri sebagai tanda kasih sayang dan sebagai hadiah kepada isteri. Pemberian mahar suami kepada isteri sebagai lambang kesungguhan dan juga merupakan penghormatan suami kepada isteri.
[Ajaran Konfusianisme, Maoisme, Daoisme, Legalisme]
Dalam Konfusianisme, ajaran boleh diperoleh daripada dua buah buku iaitu Klasik Confucius dan Analekta. Ajaran ini membuat pemerhatian tentang kelemahan yang wujud dalam masyarakat, khususnya pentadbiran. Ajaran ini membahagikan lima bentuk hubungan dalam masyarakat iaitu hubungan bapa dengan anak, hubungan suami isteri, hubungan saudara tua dengan muda, hubungan raja dengan pegawai, dan hubungan antara sahabat. Kesimpulannya, hubungan ini menitikberatkan kejujuran dan kebaikan serta sekiranya keadaan ini tidak dipatuhi, akan berlaku pecah belah dan huru-hara.
Maoisme, dikenali secara rasmi sebagai Fahaman Mao Zedong, ialah satu bentuk Marxisme diterbitkan dari ajaran pemimpin China iaitu mendiang Mao Zedong. Ajaran-ajaran asasnya merangkumi perjuangan revolusi majoriti besar rakyat bergelar Perang Rakyat yang melibatkan kaum petani, dan strategi ketenteraanya melibatkan taktik perang gerila yang tertumpu pada pengepungan dari kawasan desa oleh angkatan bersenjata rakyat bukan profesional. Pada zaman pasca-revolusi, Fahaman Mao Zedong ditakrifkan dalam perlembagaan CPC sebagai "Marxisme-Leninisme yang digunakan dalam konteks China", disintesiskan oleh Mao Zedong dan pemimpin generasi pertama Republik Rakyat China. Fahaman ini menyediakan garis panduan teori serba lengkap terawal bagi CPC yang menyentuh cara-cara meneruskan revolusi sosialis, pembentukan masyarakat sosialis, pembinaan tentera sosialis, serta menekankan pelbagai percanggahan dalam masyarakat untuk diselesaikan melalui "pembinaan sosialis". Ideologi ini kini masih wujud pada nama dalam Perlembagaan Parti Komunis; iaitu dihuraikan sebagai fahaman yang memandu pembentukan "China baru" dan konsep revolusi menentang imperialisme dan feudalisme. Maoisme secara amnya meragui rangka sosialis Kesatuan Soviet di bawah Nikita Khrushchev yang disangka berbentuk revisionisme Komunis. Mengikut tradisi, kebanyakan pengikut Maoisme menganggap Joseph Stalin sebagai pemimpin sosialis sejati yang terakhir di Kesatuan Soviet, namun penilaian Maois mengenai Stalin berbagai-bagai, sama ada amat positif atau bercampur-campur.
Taoisme merujuk kepada sesuatu yang agung. Tao dikatakan sebagi asas kepada segala benda hidup. Tian dan Di juga berasal dari Tao. Tao menjadikan sesuatu secara spontan dan tidak mempunyai tujuan tertentu. Konsep Ying dan Yang merupakan salah satu konsep yang diperkenalkan oleh pembawa falsafah Taoisme. Ia membayangkan kebenaran bahawa dunia ini adalah dunia dualisme, iaitu segala fenomena dalam dunia ini mempunyai dua keterlaluan. Misalnya, jika tiadanya besar, tidak akan ada kecil; jika tiadanya kiri, tidak akan ada kanan, dan sebagainya. Oleh itu, lambang ini mempunyai dua bahagian yang sama besar, separuh putih dan separuh hitam. Garis di tengah adalah melengkung dan bukannya lurus. Ini bermakna bahawa kesemua fenomena di dalam dunia ini adalah dalam keadaan sentiasa berubah-ubah. Sewaktu hitam berkembang, putih berundur, dan sebaliknya. Oleh itu, seseorang harus tidak menentangi sifat alam semesta seakan-akan ia sentiasa sama sahaja. Sebaliknya, dia harus berundur pada tempoh sebegini, dan menunggu untuk "putih" memulih. Ini adalah salah satu daripada tafsiran konsep "wei-wu-wei".Bahagian putih mempunyai satu titik hitam, dan bahagian hitam mempunyai satu titik putih pada bahagiannya yang paling besar. Ini membawa maksud bahawa tiada sesuatu perkara di dunia ini yang benar-benar putih, dan tiada sesuatu perkara yang benar-benar hitam. Umpamanya, kejayaan (putih) akan menyebabkan keangkuhan (hitam) dan mungkinnya ketamakan (hitam). Sebaliknya, kegagalan (hitam) akan menyebabkan pembasmian keangkuhan (putih) dan kemunculan rendah hati (putih).
Legalisme muncul demi kepentingan undang-undang sebagai satu-satunya cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat. Ajaran ini tidak mempercayai konsep kasih sayang dan kasihan. Mempercayai bahawa pendidikan adalah untuk memperbaiki kejahatan manusia. Han Fei berpendapat ajaran Confucius adalah hipokrit dan mementingkan diri sendiri. Baginya, nilai yang baik hanya boleh dilihat dalam dua bidang, iaitu ketekunan bekerja dan dalam peperangan. Kesimpulannya, ajaran ini menyatakan undang-undang dan hukuman yang berat merupakan satu cara unutk mebawa keamanan negara.
[Ajaran Islam dan pengaruhnya]
Keempat-empat ajaran tersebut semuanya mempunyai nilai-nilai baik yang diajarkan untuk menjamin keharmonian masyarakat. Agama Islam mengajarkan penganutnya supaya sentiasa menjaga hubungan sesama manusia dan berakhlak mulia demi kesejahteraan manusia. Namun beitu, Islam juga sangat menitikberatkan soal hubungan manusia dengan Tuhan. Malah, setiap tindakan manusia takkan pernah terlepas dengan Tuhan. Islam juga menjaga kebajikan sekalian manusia tanpa mengira status sosial seseorang dan menentang keras kejahatan dan kezaliman. Islam berkonsepkan penyebaran kasih sayang. Malah, segala peraturan yang ditetapkan dalam ajarannya merupakan bukti kasih sayang Tuhan kepada manusia.
|
|
masyi
New Member
Posts: 7
|
Post by masyi on Dec 27, 2015 8:25:53 GMT
MASYITAH BT MOHD ZAIRI 2015418394 GROUP B Perbandingan Pandangan Semesta dan Sistem Nilai Masyarakat dalam Tamadun China dengan Tamadun Islam.
Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping kepercayaan primitif, iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud dalam alam semula jadi, telah wujud di kalangan masyarakat Cina sejak zaman silam lagi. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk unggul, supreme being yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak dinasti Zhou. Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Dalam kitab Daoisme iaitu Daodejing pula, Tian disamakan dengan Daa Konsep Dao secara harfiah bermaksud jalan, the way. Dalam kitab ini juga, Dao dianggap prinsip agung yang merangkumi keseluruhannya, all embracing, tempat asal-usul semua makhluk. Dao diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan serta memupuk makhluk sejagat, wanwu dan ia juga merupskan primordial, bentuk permulaan dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka.
Di samping konsep Dao, kitab Yijing, The Books of Changes pula menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad, ultimate reality. Menurut kitab ini, tiada sebarang batasan bagi diri Taiji. Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua kuasa dwikutub, bipolar, Yin dan Yang. Fasa pertukaran bergilir-gilir dua kuasa dwikutub pula menghasilkan lima unsur, wuxing yang menjadi asas kepada kewujudan semua benda. Manifestasi kuasa Yin dan Yang serta lima unsur tersebut disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Ini disebabkan kesemua fenomena tersebut akan berubah kepada kutub yang berlawanan apabila mencapai peringkat kemuncak. Perubahan yang berterusan ini diibaratkan sebagai pergerakan Dao.
Setiap tamadun mempunyai asas pandangan semestanya yang tersendiri. Terdapat tiga asas utama dalam perbincangan mengenai pandangan semesta Islam terhadap pembinaan tamadun manusia. Asas yang paling utama ialah pandangan semesta Islam terhadap pencipta. Islam meletakkan kuasa yang mutlak dalam kehidupan hanyalah milik Allah SWT, Tuhan pencipta alam dan pencipta seluruh manusia.
Menurut pandangan semesta Islam terhadap manusia, kejadian manusia adalah suatu kejadian yang unik jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain terutama jika dilihat kepada kurniaan akal dan ruh yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan kearah yang baik. Dengan kurniaan akallah manusia mampu menerokai dan menerimailmu dan pemikiran. Maka dengan kurniaan ruh pula, manusia mampu berinteraksi dengan alalm rohani dan alam Tuhan yang kedua-duanya tidak akan dapat dicapai oleh makhluk- makhluk lain.
Perbandingan Ajaran yang Dibawa oleh Konfusianisme, Maoisme, Daoisme, Legalisme.
Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius. Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan- tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan , kesusilaan dan ketaatan kepada ibu bapa. Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia. Mencius, salah seorang pujangga agung Konfusianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik ketika dilahirkan. Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik iaitu perikemanusiaan, kewajaran, kesusilaan dan kemaafan .
Moisme diasaskan oleh Mo Zi. Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat, mengecam sikap suka berperang dan menyerah kepada nasib dan mengutamakan golongan cerdik pandai. Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan, pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme.
Daoisme pula diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi yang dilahirkan pada tahun 604SM dan Zhuang Zi yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei atau melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu pertama, pemikiran falsafah Dao dan aliran keagamaan Dao . Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao. Dao iaitu jalan yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan. Tahap pencapaian pengamalan Dao yang tertinggi ialah kembali semula dan bersatu dengannya.
Legalisme pula diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Chin. Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China. Pengaruh Islam terhadap Kempat- Empat Ajaran Di AtasPerubahan dari penyembahan pelbagai tuhan kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Mereka telah meninggalkan kesesatan akidah, menuju akidah tauhid dengan hanya menyembah Allah SWT yang Maha Esa dan Nabi Muhammad adalah sebagai pesuruh-Nya. Islam telah mempengaruhi penganut- penganut agama lain untuk meninggalkan ajaran agama Hindu- Buddha dan meninggalkan kepercayaan tahyul dan khurafat iaitu kepercayaan animisme, dinamisme, dan penyembahan nenek moyang atau hyang serta kepercayaan Hindu- Buddha digantikan dengan akidah tauhid. Islam juga telah menghapuskan kepercayaan sinkritime Hindu- Buddha-Hyang. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamalkan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka.
|
|
|
Post by khalisyah on Dec 27, 2015 8:40:37 GMT
KHALISYAH CHE HASHIM
2015218708 DS240 - A
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam Tamadun China dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam Tamadun Islam.
Ying Yang - Percaya perkara yang wujud di alam ini hasil interaksi antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin & Yang. Yin : perempuan, sejuk, pasif, gelap, basah, lembut, dll. Yang : lelaki, panas, aktif, cerah, kering, dll. Membayangkan bahawa dunia ini adalah dunia dualisme. Iaitu segala fenomena mempunyai dua yang berbeza seperti besar dan kecil, kiri dan kanan, lelaki dan perempuan dan sebagainya. Konsep ini dianjurkan oleh Daoisme Tao & Dao - Merujuk kepada lorong atau jalan . Iaitu satu jalan atau cara kelakuan @ tabiat baik @ jahat
- Menurut Konfisius : konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh individu, ia sejenis pentadbiran yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
- Menurut Daoisme : secara metafizik, iaitu punca utama kehidupan (Tuhan) & pencapaian ketahap penyatuan dengan Dao (to become one with Dao) merupakan pencapaian tertinggi dalam pembinaan diri seseorang. T’ien dan Di juga berasal dari Dao Konsep Zhung – Yong (The Golden Mean)
- Merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam semesta.
- Tidak menyetujui kekerasan sebagai jalan penyelesaian
- Konsep ini dianggap terbaik dan sesuai serta ideal dalam semua tindakan, keadaan dan masa. Islam juga menekankan bersifat sederhana dalam kehidupan seharian.
Tian - Merujuk kepada langit (Heaven) secara fizikal.
- Menunjukkan Dewa tertinggi yang disamakan dengan langit.
- Dikaitkan dengan pemerintah seluruh dunia.
- Dirujuk kepada teori metafizik China.
- Dirujuk sebagai prinsip moral seperti cintakan keamanan, keadilan dan pemerintahan dan sebagainya. Dalam Islam merujuk kepada Tuhan Yang Maha Tinggi.
Hieraki 4 Kelas Dalam Islam, setiap manusia mempunyai taraf yang sama tidak kira dari golongan mana.
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh Konfusianisme, Maoisme, Daoisme, Legalisme. Analisiskan empat ajaran berkenaan dan perihalkan ajaran Islam berserta kaitkan pengaruh Islam kepada ajaran berkenaan.
Maoisme - Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep nama dan penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah mempelopori analisis logik di negara China. Daoisme - Daoisme pula diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi yang dilahirkan pada tahun 604SM dan Zhuang Zi (kk 369SM-2865SM) yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu pertama, pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan Dao (daojiao). Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang nngkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao. Dao iaitu jalan (the way) yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan (unproduced) dan tidak dapat diperikan (inexpressible). Tahap pencapaian pengamalan Dao yang tertinggi ialah kembali semula dan bersatu dengannya. Legalisme - diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Chin. Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China. Konfusianisme - merupakan doktrin kenegaraan (state) yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551SM-479SM). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia (junzi). Mencius (372SM-289SM), salah seorang pujangga agung Konfusianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik ketika dilahirkan. Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik, iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li) dan keanfan (zhi). Buddhisme - diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (kk 563SM- 483SM) di India pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama. Bagaimanapun, selepas disebarkan Buddhisme ke negara China, agama ini telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai Buddhisme Cina. Namun begitu, asas pengajarannya tetap berkekalan iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu bagaimanapun, dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang mengelakkan din daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha. Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betui {Right Understanding) dan pemikiran yang betui (Right Thought); kedua, samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betui (Right Speech), tindakan yang betui (RightAction) dan cara hidup yang betui (Right Livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha yang betui (Right Efford), pertimbangan yang betui (Right Mindfulness), dan tumpuan yang betui (Right Concentration).
Ajaran-ajaran yang dibawa Tamadun Cina amat mementingkan moral values dan nilai yang baik namun hanya menitik beratkan pada hubungan manusia dengan alam serta manusia dengan manusia. Dalam erti kata lain, hubungan secara horizontal amat dijaga manakala hubungan vertical disisihkan kerana tidak mempercayai konsep ketuhanan.
|
|
syara
New Member
Posts: 5
|
Post by syara on Dec 27, 2015 15:06:02 GMT
NUR SYARA BINTI ABD WAHID 2015441332 DS240 (B)
1. Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam Tamadun China dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam Tamadun Islam.
Konsep Tian
atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. Pandangan semesta di dalam Tamadun Cina banyak melibatkan kepercayaan orang Cina yang banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Ianya wujud di kalangan masyarakat Cina sejak zaman silam lagi. Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia.
Masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai mumi yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Tamadun cina amat menitikberatkan aspek etika dan moral , dimana hal ini patut diberikan pujian kerana membawa kepada keharmonian dalam kehidupan. Sebagai masyarakat China mempunyai susun lapis masyarakat yang pelbagai dimana setiap lapisan itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dari segi heirarki sosial, masyarakat China terbahagi kepada 4 kelas utama. Namun, dalam Islam setiap manusia mempunyai taraf yang sama tidak kira datang dari golongan tinggi mahupun rendah.
2. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh konfusianisme, maoisme,daoisme,legalisme. Analisiskan empat pengaruh islam kepada ajaran berkenaan
Konfusianisme
menekankan pembentukan akhlak, membentuk kepatuhan dan ketaatan dan matlamat tertinggi adalah untuk menjadi manusia teragung. Penganutnya diajar agar sentiasa ingat akan kehadiran roh nenek moyang mereka di bumi.Tambahan pula, menurut ajaran ini, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.
Moisme merupakan konsep yang mementingkan aspek kasih sayang sejagat (jian’ai),mengecam sikap suka berperang (feigong),menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Manusia bertanggungjawab dan harus tahu, semua perkara yang berlaku adalah kerana perbuatan mereka sendiri.
Daoisme merupakan ajaran yang diasaskan oleh dua orang pemikir agung cina iaitu Lao Zi dan Zhuang Zi. Menekankan unsur primitive bagi mencapai kehidupan yang abadi. Bagi menghapuskan dosa, penganutnya perlu bertapa di gua dan di gunung. Konsep Dao juga merupakan tatatertib moral yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
Legalisme diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa negara China di bawah pemerintahan Dinasti Qin. Ajaran ini menekankan kepentingan undang-undang bagi mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat (bersifat authoritarianism). Aliran ini telah mengasakan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara china .
|
|
|
Post by haleesahairi on Dec 28, 2015 10:41:32 GMT
NUR HALEESA BINTI MOHD HAIRI 2015403186 DS240 GROUP B BICARA TAMADUN CHINA 1) Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam Tamadun China dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam Tamadun Islam.
Dalam masyarakat China, Tian merujuk pada kekuasaan tertinggi oleh langit, tetapi dalam Islam ada yang lebih Maha Tinggi. Dao pula merujuk kepada asas kepada benda hidup, tetapi dalam Islam kita harus percaya bahawa kekuasaan Allah itulah yang menjadi asas kepada kehidupan kita. Zong pula merujuk kepada kesederhanaan, dan di dalam Islam sendiri memang tidak dapat disangkal bahawa kita sememangnya perlu bersederahana dalam apa jua hal, tetapi tidak dalam urusan ibadat. Ying, membawa maksud sifat yang melengkapi antara satu sama lain, tetapi dalam Islam kita perlu sentiasa percaya bahawa segala baik dan buruk akan ada hikmahnya. Dalam sistem masyarakat China, mereka sangat menitikberatkan aspek etika dan moral, hal ini sememangnya patut dipuji juga wajar dicontohi kerana hal ini akan membawa kepada kehidupan yang murni. Mereka juga mempunya sistem sususun lapis masyarakat yang pelbagai dan setiap lapisan itu mempunyai keistimewaan tersendiri, Hal ini berbeza dengan masyarakat Islam yang hidup harmoni dalam kesamarataan kerana setiap hamba Allah itu adalah sama pada pandangan-Nya, melainkan amal mereka. 2) Bandingkan ajaran Konfusianisme, maoisme, daoisme, legalisme. Analisiskan 4 ajaran berkenaan dan kaitkan pengaruh Islam kepada ajaran berkenaan.
- Konfusianisme menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan(ren), kesusilaan(li) dan ketaatan kepada ibu bapa(xiao). - Ajaran Moisme pula menekankan konsep kasih sayang sejagat, mengecam sikap suka berperang, menyerah kepada nasib dan mengutamakan golongan cerdik pandai. - Daoisme pula berkait rapat dengan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan spontan dan tanpa sebarang usaha. Pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan Dao (daojiao). - Akhir sekali, legalisme adalah ajaran yang mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Ajaran ini juga menekankan bahawa pemerintahan undang-undangadalah lebih baik daripada pemerintahan etika. Jika kita kaitkan dengan pengaruh Islam, sebenarnya unsur-unsur yng baik seperti moral mulia, ketaatan pada ibu bapa,, kasih sayang antara masyarakat, semuanya sedikit sebanyak menunjukkan persamaan dengan ajaran Islam yang sangat mengutamakan nilai dan etika. Adalah menjadi fitrah sesorang manusia itu yang sangat sukakan kebaikan. Tetapi jika diamati dengan teliti, kebanyakan ajaran di atas lebih mengutamakan hubungan manusia-manusia dan manusia-alam, dan tiada pula menunjukkan keutamaan hubungan manusia-tuhan, hal ini berlawanan dengan ajaran Islam yng sangat menekankan umatnya untuk menjaga ketiga-tiga hubungan khasnya hubungan kita dengan Allah. Perlu diambil peringatan, apabila kita menjaga hubungan dengan Allah, maka hubungan-hubungan dengan yang lain secara automatiknya juga akan terjaga.
|
|
|
Post by farizasabri on Dec 28, 2015 14:10:41 GMT
NUR FARIZA ZAHIRAH BINTI SABRI 2015428828 GROUP B Bincangkan pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam Tamadun China dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam Tamadun Islam.- Pemujaan nenek moyang dan Tian. - Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti Zhou. - Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. - Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”. - Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk I. Menunjukkan satu jalan II. Cara kelakuan III. Tabiat ( Baik atau buruk ) - Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik. - Konsep Dao menurut Konfusiud, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu. - Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
- Kitab Yijing ( The Book of Changes ) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad. - Dwikuasa Yin Yang dihasilkan menerusi perubahan Taiji. - Yin Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah,lembut manakala Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dan keras. - Keharmonian Tian dan Manusia
- Terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. - Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai tanda kemarahan Tian . - Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. - Merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat. Bandingkan ajaran yang dibawa oleh Konfusianisme, maoisme, daoisme, legalisme. Analisikan empat ajaran berkenaan dan perihalkan ajaran Islam berserta kaitkan pengaruh Islam kepada ajaran berkenaan.KonfusianismeKonfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Ajaran Konfucius : - Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.
- Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.
- Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.
Maoisme
- Diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi ( 604 SM ) dan Zhuang Zi ( 369 – 286 SM ).
- Terbahagi kepada dua cabang utama : -
I. Pemikiran falsafah Dao II. Aliran keagamaan Dao - Dao merupakan jalan yang mempunyai perngertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan.
Daoisme - Diasaskan oleh Mo Zi ( 479 SM – 381 SM ).
- Konsep penting termasuk :-
I. Kasih sayang sejagat ( jian’ai) II. Menyerah kepada nasib ( feiming ) III. Mengecam sikap suka berperang ( feigong ) IV. Mengutamakan golongan cerdik pandai ( shangxian ) - Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi.
- Aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara China.
Legalisme
- Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi.
- Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
- Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang
- Aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara China.
Jika dibandingkan antara keempat-empat falsafah, kita dapat lihat setiap falsafah mempunyai ajaran yang tersendiri.Konfusianisme mementingkan akhlak diri. Namun begitu, falsafah legalisme mempunyai pemerintahan yang agak kasar dan keras. Jika dibandingkan dengan Islam, pemerintahan Islam tidak kejam seperti legalisme.
|
|
|
Post by nuraisyah on Dec 29, 2015 11:22:23 GMT
NUR AISYAH BINTI ROSLAN
2015218442
DS240
GROUP A
BICARA TAMADUN CINA
Pandangan semesta dan system nilai masyarakat dalam Tamadun China dan banding bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam Tamadun Islam.
• Masyarakat cina yakin bahwa kuasa ghaib dan roh wujud di sekeliling mereka. Upacara pemujaan Tian dan nenek moyang telah wujud sejak dahuku dan masih lagi diamalkan hingga sekarang. Konsep Tian sebagai makhluk yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti Zhou dan juga ia dikatakan membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta. Namun begitu, dari segi Islam, kita wajib beriman kepada Allah SWT sahaja dan juga mengakui bahawa Nabi Muhamad itu merupakan pesuruh Allah.
• Masyarakat cina mengamalkan sistem berorganisasi yang mana dalam susun lapis, penduduk terbahagai kepada 4 kelas iaitu, raja berada di tempat teratas, manakala hamba pula merupakan golongan bawahan. Sebaliknya, islam menekankan konsep kesamarataan terhadap semua umatnya. Semua manusia yang hidup di muka bumi ini adalah sama pada Allah tidak kiralah seseorang itu sultan atau fakir sekalipun.
Bandingkan ajaran yang dibawa oleh Konfusianisme, Maoisme, Daoisme, Legalisme. Analisakan 4 ajaran berkenaan dan perihalkan ajaran Islam beserta kaitan pengaruh Islam kepada ajaran berkenaan.
Konfusianisme
Bukan agama tetapi pengajaran falsafah yang meningkatkan moral, menjaga etika manusia serta mengajar prinsip hidup yang baik.
Antara kandungan ajarannya ialah mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik , mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini serta susunan falsafah & etika yang mengajar manusia bertingkahlaku baik .
Maoisme
antara ajarannya ialah merangkumi perjuangan revolusi majority besar rakyat bergelar Perang rakyat yang melibatkan kaum petani dan strategi ketenteraanya melibatkan taktik perang gerila yang tertumpu pada pengepungan dari kawasan desa oleh angkatan bersenjata rakyat bukan professional.
Daiosme
Ajaran daiosme merupakan salah satu ajaran falsafah mengenai hubungan antara manusia dengan alam sekitar dan moral.
Legalisme
Ajaran ini mengutamakan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Ajaran ini juga menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan oleh ajaran konfusianisme. Pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di China juga telah diasakan oleh ajaran ini.
Jadi, jelaslah bahawa, kesemua ajaran sangat menekankan hubungan antara manusia dengan alam dan manusia sesama sendiri. Islam amat mementingkan akhlak yang mulia serta menjaga hubungan baik sesama makhluk dan hal ini dapat dibuktikan dengan sebuah hadis yang berbunyi, “Tidak beriman seseorang itu sehingga di mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
|
|
|
Post by aceyeeforef on Apr 25, 2019 12:25:53 GMT
|
|
|
Post by atipiyanak on Apr 25, 2019 14:23:54 GMT
|
|
|
Post by hfranceTuh on Sept 1, 2020 20:52:26 GMT
Bonjour, mon nom est Jimmy B, je m’occupe des communications chez hfrance.fr. Pour atteindre la première position sur google avec différents mot clés convoités cela vous prend l’hébergeur Web le plus puissants sur le marché. Quelque soit la programmation de votre site web, HTML5, Wordpress, Joomla nous vous garantissons l'affichage le plus rapide de l'industrie et une disponibilité de 100%. HFrance est une entreprise d’hébergement de site Web de haute qualité en France. wordpress wordpress theme blog wordpress site wordpress template wordpress créer un site wordpress hebergement wordpress site internet wordpress site internet wordpress site internet wordpress site internet wordpress créer un blog wordpress wordpress gratuit thèmes wordpress installer wordpress De la part de notre équipe, merci de nous avoir laissé la chance de nous inscrire sur votre site Web afin de partager des idées avec la communauté. <a href=http://bit.ly/WordPressfr>blog wordpress</a> Si vous avez des questions, n’hésitez pas à répondre à ce poste. Cordialement et bonne journée à tous.
|
|