|
Post by nazihahothamanhs2441a on Dec 19, 2014 14:36:06 GMT
NOR NAZIHAH BINTI CHE OTHAMAN HS2441A
REFLEKSI 2
Al-Quran dan hadis merupakan sumber primer dan sumber sekunder dalam kehidupan masyarakat menjadi panduan terhadap kelangsungan tamadun Islam. Ajaran al-Quran dan hadis adalah panduan hidup yang lengkap yang ditentukan oleh Allah SWT. Disini digariskan cara berpegang teguh pada ajaran al-Quran dan hadis iaitu yakin dengan kebenaran dengan al-Quran dan hadis, mempelajari dan memahami isi kandungannya dan menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan hidup. oleh itu, setiap muslim mestilah berusaha untuk memahami isi kandungan al-Quran dan hadis serta beramal dengannya. Antara kelebihan berpegang teguh pada ajaran al-Quran dan hadis ialah sentiasa teguh imannya terhadap Allah SWT, memperolehi hidayat dan rahmat Allah SWT dan dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil. Oleh demikian itu, mereka yang menolak eksistensi sumber ini dan tidak mengamalkanya telah menjatuhkan tamadun Islam kerana orang yang menolak ajaran al Quran dan hadis akan menerima akibat buruk seperti akidah akan rosak dan terkeluar daripada Islam, segala amalan yang baik tidak diterima oleh Allah SWT dan tidak mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT. Hal ini telah melahirkan masyarakat dan tamdun Islam yang suka melakukan kekejaman, tidak harmoni dan melakukan gejala-gejala sosial.
|
|
lyana
New Member
Posts: 6
|
Post by lyana on Dec 19, 2014 18:02:55 GMT
LYANA BINTI ABD RAHIM
REFLEKSI 1
MANIFESTASI RAKYAT BERTAMADUN DI MALAYSIA -Kepercayaan agama masing-masing. -Memiliki budi pekerti dan akhlak yang mulia. -Sistem pemerintahan berdemokrasi dan Yang Di-pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi. -Pendidikan merupakan elemen utama bagi melahirkan generasi akan dating yang berintelektual.
CABARAN RAKYAT MALAYSIA MENGEKALKAN KEHARMONIAN UMAT SEJAGAT -Perbezaan cadangan/ pendapat dari ahli-ahli politik. -Masalah sosial yang semakin meningkat dalam kalangan remaja seperti pembuangan bayi, seks bebas, pergaulan bebas dan penagihan dadah. -Penyebaran info negative/ buruk yang semakin berleluasa melalui penggunaan media massa.
JALAN PENYELESAIAN *Kerajaan -mengetatkan undang-undang Negara dan memberikan tindakan/ hukuman yang berat terhadap pesalah bagi mengelakkan peningkatan masalah sosial di Negara kita.
*Ibu bapa -sentiasa mengawasi pergerakan atau mengambil tahu aktiviti anak-anak agar dapat mengelakkan mereka daripada terjebak kepada masalah sosial. -Memberi didikan/ nasihat kepada anak-anak sejak kecil lagi supaya mereka dapat membezakan apa yang baik dan apa yang buruk.
*Remaja -Lebihkan penglibatan diri dalam aktiviti kokurikulum. -Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang tanggungjawab kita sebagai seorang anak kepada ibu bapa kita yang bersusah payah membesarkan kita.
REFLEKSI 2
SUMBER PRIMER -Al-Quran dan Al-Hadith
SUMBER SEKUNDER -Al-Ijtihad dan Al-Qiyas
|
|
|
Post by farahana on Dec 19, 2014 18:58:16 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
Manifestasi rakyat bertamdun di malaysia dapat dilihat dari segi budaya,akhlak,pendidikan,hubungan sesama rakyat dan sebagainya dalam mencapai kemajuan dan keamanan. Bagi saya,Malaysia masih tidak dapat mencapai taraf rakyat bertamadun itu sendiri kerana terlalu banyak halangan yang dicipta oleh mereka. Lihat sahajalah gejala sosial yang berleluasa seperti dadah,hubungan tidak sah,anak haram dan macam2 lagi.Malahan mereka tidak pernah mencuba untuk mengubah gaya kehidupan ini dari dahulu sehingga sekarang.
Cabaran rakyat malaysia dalam mengekalkan keharmonian umat sejagat: -mengikut dan mengamalkan budaya barat -mahu senang dalam kehidupan dengan cara mudah -tidak mahu mendalami ilmu2 dan ajaran islam -malas mengambil tahu perjuangan umat islam terdahulu berjuang menentang musuh -mementingkan diri sendiri dan malas berusaha
Jalan penyelesaian dalam menangani cabaran tersebut: -mengamalkan sunnah nabi dan sahabat2 terdahulu dalam kehidupan seharian -sentiasa bekerjasama tanpa mementingkan diri sendiri -mendaalami ilmu islam melalui buku,dakwah mahupun internet -jangan biarkan pengaruh barat menghuni di dalam diri -menjadikan pemimpin seperti sultan al-fateh sebagai idola
REFLEKSI TAMADUN 2
Sumber utama atau primer kepada umat islam ialah al-quran. Antara kepentingan al-quran ialah: -panduan sebenar mengenai umat islam tanpa ditokok tambah oleh sesiapa pun -sumber utama dalam pendidikan melaui wahyu allah yang diturunkan kepada rasulullah ketika peristiwa di gua hira' -sumber utama perundangan islam -sumber utama hukum hakam Ilahi -sumber pengubat keresahan jiwa dan perubatan melalui bacaan ayat2 suci al-quran
Sumber kedua atau sekunder kepada umat islam ialah as-sunnah. Antara kepentingan as-sunnah ialah: -menghuraikan prinsip & konsep umum & menyeluruh dari al-quran -dapat membezakan antara ajaran islam yang betul atau salah, yang bersederhana atau keterlaluan -memperkukuhkan al-quran -menjadi pedoman untuk mengamalkan cara hidup islam dalam kehidupan seharian
Kejatuhan tamadun islam hari ini adalah kerana para masyarakat tidak mempercayai dan mengamalkan ajaran al-quran dan as-sunnah. Begitupun ada yang memegang al-quran sahaja tanpa as-sunnah ia tetap dianggap sesat kerana kedua2 sumber ini penting dalam menjadikan seseorang itu benar2 beriman kepada allah. Disebabkan kurangnya pegangan sumber ini maka umat islam senang untuk jatuh dari pelbagai segi. Iman yang tidak kukuh,keamanan masyarakat tidak dicapai,kejahilan agama,senang terpengaruh dengan ajaran sesat dan budaya barat dan sebagainya.
|
|
|
Post by annurfatihah on Dec 20, 2014 6:01:13 GMT
REFLEKSI 1 Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia: 1) Kehidupan Beragama 2) Wujudnya Bandar (Urbanisasi) 3) Penggunaan Sistem Tulisan dan Sistem teknologi Maklumat 4) Pengkhususan Kerja dan Inovasi Teknologi 5) Peningkatan Kualiti Hidup
Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat: 1)Peningkatan masalah sosial kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian 2) keselamatan negara: kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. 3)Penafian agama Islam sebagai agama rasmi sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Langkah menghadapi cabaran: 1) menjadikan Islam sebagai cara hidup 2) menghormati kaum lain yang berbeza agama 3) penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat 4) masyarakat perlu lebih prihatin 5) Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak 6) mengadakan kempen kesedaran
|
|
ezai
New Member
Posts: 6
|
Post by ezai on Dec 20, 2014 11:28:34 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
Cabaran Rakyat Malaysia Untuk Mengekalkan Keharmonian Umat Sejagat:
1. Hanyut dengan keseronokan dan budaya negatif orang barat seperti minum arak, berjudi serta lalai dengan hiburan 2. Terlalu bergantung kepada kerajaan dan pelbagai pihak dalam meningkatkan kualiti kehidupan 3. Perbezaan politik menyebabkan umat Islam bertelagah antara satu sama lain 4. Budaya fitnah dan rasuah semakin menjadi-jadi 5. Penerapan ilmu agama hanya khusus kepada anak-anak yang masih sekolah
Jalan Penyelesaian Kepada Cabaran Tersebut:
1. Meningkatkan kesedaran rakyat akan tujuan utama kehidupan contohnya beramal soleh, membuat kebajikan, menuntut ilmu yang berfaedah dan sebagainya 2. Berusaha mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan kualiti kehidupan 3. Pemimpin perlu bersikap profesional dan berkaliber menangani isu-isu membabitkan rakyat agar kata sepakat dapat dicapai dengan makmur 4. Mengetatkan undang-undang atau lebih baik menggunakan undang-undang islam seperti hukum hudud 5. Penguasaan ilmu islam seperti ilmu akidah, tauhid dan sebagainya diterapnkan oleh semua lapisan masyarakat.
REFLEKSI TAMADUN 2
Kepentingan sumber primer dan sumber sekunder dalam kehidupan masyarakat memainkan peranan yang amat vital. Sumber-sumber seperti Al-Quran dan As-Sunnah jelas sekali membantu membimbing manusia ke arah matlamat hidup dan tujuan utama kita dihidupkan oleh Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Sumber-sumber ini juga menjadi panduan kepada kita tentang semua perkara yang telah ditetapkan oleh Allah kerana isi kandungannya amat sahih dan lengkap. Apabila sesebuah tamadun itu tidak edah dan menitik beratkan kepentingan tersebut, oleh itu masyarakat menjadi mundur dan jahil tentang kehidupan yang hakiki dan diredhai Allah. Kejatuhan sesebuah tamadun islam itu juga berlaku akibat pemimpin yang tidak berpegang kepada prinsip islam yang menuntut seseorang pemimpin itu berlaku adil, jujur serta amanah menggalas tanggungjawab memimpin rakyat akibat terlalu taksub dengan kuasa dan dunia yang hanya sementara ini.
|
|
|
Post by nurmahfuzah on Dec 20, 2014 11:41:56 GMT
Refleksi 1
Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia: a)Kepercayaan kepada agama dan agama Islam sebagai agama rasmi b)Memiliki budi pekerti dan akhlak yang mulia c)Sistem pemerintahan demokrasi dan Yang- Dipertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi
Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat: a)Penafian agama Islam sebagai agama rasmi Negara - pertubuhan bukan Islam sering mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dengan membuat tafsiran yang salah dan tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan. Contohnya, Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan.
b) Masalah sosial berleluasa - Zaman moden telah menyumbang kepada gejala sosial seperti zina, kegiatan pelacuran, pengedaran dadah, kes rompak apabila kurangnya pengetahuan agama dalam diri.
c)Mengekalkan perpaduan rakyat -Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga bangsa tersebut mempunyai agama dan pendirian masing-masing. Pelbagai usaha yang harus dilakukan untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa
Jalan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi umat Islam: a)Memberi penekanan kepada akidah dan akhlak masyarakat b)Menerapkan ajaran Islam yang sebenar c)Pemimpin di Malaysia harus amanah dengan jawatan yang disandang d)Mengadakan perbincangan agar setiap individu dapat menyuarakan pendapat masing-masing untuk mengelakkan pertentangan idea.
Sumber perundangan dalam Islam terbahagi kepada 2 iaitu sumber primer dan sumber sekunder.Sumber primer terbahagi kepada al Quran dan al Sunnah.Manakala,sumber sekunder ialah ijmak dan seterusnya. Al-Qur’an merupakan sumber utama perundangan Islam. Oleh kerana syariah Islam bersumberkan al-Qur’an, maka dengan sendiri syariah Islam merupakan syariah yang terbaik, bahkan yang dipilih oleh Allah s.w.t. Al-Qur’an masih sesuai digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk kehidupan semasa kerana isi kandungannya yang lengkap merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, undang-undang, sejarah dan sains. Al-Sunnah juga merupakan wahyu daripada Allah s.w.t.
Kegagalan berpegang kepada perundangan Allah s.w.t dan mementingkan kepentingan diri sendiri dengan mengikut hawa nafsu membawa kepada berlakunya pemerintahan menjadi lemah,terjadinya perpecahan kaum,penyelewengan dan keruntuhan akhlak seterusnya membawa kepada kejatuhan tamadun
|
|
|
Post by natasya on Dec 20, 2014 11:51:27 GMT
Assalammualaikum
refleksi 1 :
Antara cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat. Antaranya ialah masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berlainan agama dan budaya. Cara menyelesaikannya adalah dengan menghormati antara satu sama lain dan tidak mewujudkan diskrimansi warna kulit. Sikap perkauman dan perbezaan ideologi antara masyarakat majmuk sering kali mencetuskan pertelingkahan antara sesama masyarakat. Jalan penyelesaian yang perlu diambil oleh umat Islam dalam menangani cabaran – cabaran ini adalah dengan pertama sekali mendidik anak – anak sejak kecil lagi, tentang ajaran yang telah diterapkan dalam Islam, iaitu berunsurkan panduan yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan As Sunnah. Mereka yang telah terpesong pula, janganlah pula kita biarkan dan memaki hamun mereka. Malah, ia menjadi tanggungjawab umat Islam untuk membantu mereka menyedari kesalahan mereka dan mendidik mereka ke arah kebaikan. Selain itu, walaupun ekonomi kita semakin meningkat tetapi majoriti ekonomi negara kita dipegang oleh orang bukan Islam. Umat islam haruslah sentiasa mencari peluang untuk membuka perniagaan makanan halal lebih- lebih lagi dalam idustri penghasilan makanan segera yang halal.. Kita sebagai pengguna Islam haruslah menyokong produk buatan saudara seagama kita dan tidak memilih yang berjenama sahaja. Walaupun makanan segera yang dibeli itu halal, namun syarikat pembuatannya dimiliki oelh orang bukan Islam, oleh itu, apa salahnya menggunakan produk saudara seislam kita dan bantu mereka menambah baik lagi produk mereka sehingga diperingkat antarabangsa dan produk tersebut digunakan juga kepada orang islam di luar negara. Lebih- lebih lagi mereka yang hidup di negara bukan Islam.
refleksi 2 : sumber yang paling utama adalah Al- Quran dan hadis. Al-Quran memberikan contoh - contoh dan panduan dari umat terdahulu serta boleh diguna pakai dalam setiap zaman. Kesesuaian konteks Al-Quran dalam kehidupan harian boleh dijadikan panduan untuk terus hidup dalam keredhaan Allah. Kejatuhan yang dikecapi Tamadun Islam adalah disebabkan masyarakat yang tidak kukuh akidahnya. Selain itu, pemimpin yang tergugat dengan jawatan yang dipegang menjadi lupa akan tanggungjawab sebenar dalam memimpin. Pemimpin dan masyarakat sendiri tidak meletakkan Rasullulah dalam hati mereka dan tidak membawa cinta kepada Rasululah kemana saja . Keburukan yang dipaparkan datang dari manusia yang dipandu oleh syaitan tetapi peranan individu sendiri yang kalah dalam pertarungan dengan hasutan syaitan.
|
|
|
Post by maslinaazaini on Dec 22, 2014 10:52:56 GMT
Nor Maslina bt Nor Azaini
REFLEKSI VIDEO 1
1) Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia - Agama Islam sebagai agama rasmi perlembagaan - Adanya kerajaan yang memimpin rakyat dan menguruskan segala perbendaharaan negara - Peningkatan taraf ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat - Kemajuan dalam bidang teknologi dan komunikasi. --> Hampir semua rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon. - Proses perbandaran yang semakin maju
2) Cabaran mengekalkan keharmonian - Islam yang semakin menjauh dalam diri --> pergaulan bebas, ikhtilat yang tiada batasan, ketagihan arak dan dadah yang kronik, aktiviti lumba haram dan membuang masa - Perbezaan fahaman politik menyebabkan pergaduhan antara sesama kaum - SIfat perkauman yang menebal dalam diri sesebuah kaum - Peranan media massa yang sering memainkan cerita2 lagha, berunsurkan hiburan 24jam, unsur seks dan keganasan melampau tanpa sekatan
3) Jalan penyelesaian - Kembali kepada ajaran Islam --> rujuk semua Al-Quran dan As-sunnah - Menghidupkan peranan masjid sepertimana di zaman Rasulullah bahawa masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah, tetapi juga tempat untuk mengulangkaji pelajaran, bermesyuarat, tempat istirehat. - Peranan ibu bapa --> kenalkan anak2 dengan didiikan agama sejak kecil, bukan hanya menghantar anak2 ke sekolah untuk di urus oleh guru. - peranan guru --> melatih anak murid memahami Islam, bukan sekadar ingin menghabiskan silibus kerana praktikal dan kefahaman itu lebih penting berbanding teori semata2. - Kempen2 kesedaran kepada anak muda yang telah tersasar jauh dari Islam.
REFLEKSI VIDEO 2
# Kaitkan sumber dan kejatuhan tamadun Islam.
- Sumber utama yang menjadi rujukan umat Islam ialah Al-Quran dan As-sunnah sebagaimana telah dijanjikan oleh Rasulullah bahawa tidak akan sesat orang yang mengambil 2 perkara yang ditinggalkan Rasulullah iaitu Al-Quran dan As-sunnah. - Kejatuhan Tamadun Islam pada Empayar Turki Uthmaniah adalah disebabkan oleh :- *Perebutan kuasa antara pemimpin *Politik yang tidak stabil *Perselisihan pendapat dalam perkara2 furu' yang diperbesar2kan *Sikap sayangkan dunia dan alpa akan akhirat *Rakyat yang jauh dari Islam dengan berlakunya sistem penipuan dalam jual beli, rasuah berleluasa, pergaulan bebas, rompakan dan kecurian menjadi biasa dalam kalangan masyarakat. - Jika rakyat dan pemerintah semuanya sekali kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, nescaya perkara2 ini tidak akan berlaku sepertimana pada zaman Rasulullah, semua sahabat berlumba2 untuk menginfakkan diri dan harta ke jalan Allah. Mereka tidak langsung memikirkan apa yang akan di makan pada keesokan hari kerana faham dan yakin bahawa rezeki itu dari Allah.
Wallahua'lam
|
|
|
Post by juliahashim on Dec 22, 2014 16:23:37 GMT
JULIA AMIRA BT HASHIM
Refleksi 1
Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia: a)Kepercayaan kepada agama dan agama Islam sebagai agama rasmi b)Memiliki budi pekerti dan akhlak yang mulia c)Sistem pemerintahan demokrasi dan Yang- Dipertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi
Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat: a)Penafian agama Islam sebagai agama rasmi Negara - pertubuhan bukan Islam sering mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dengan membuat tafsiran yang salah dan tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan. Contohnya, Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan.
b) Masalah sosial berleluasa - Zaman moden telah menyumbang kepada gejala sosial seperti zina, kegiatan pelacuran, pengedaran dadah, kes rompak apabila kurangnya pengetahuan agama dalam diri.
c)Mengekalkan perpaduan rakyat -Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga bangsa tersebut mempunyai agama dan pendirian masing-masing. Pelbagai usaha yang harus dilakukan untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa
Jalan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi umat Islam: a)Memberi penekanan kepada akidah dan akhlak masyarakat b)Menerapkan ajaran Islam yang sebenar c)Pemimpin di Malaysia harus amanah dengan jawatan yang disandang d)Mengadakan perbincangan agar setiap individu dapat menyuarakan pendapat masing-masing untuk mengelakkan pertentangan idea.
Refleksi 2:
Sumber panduan serta rujukan Islam dibahagikan kepada dua iaitu sumber primer perundangan Islam ialah Al- Quran dan Al-Sunnah. Seterusnya ialah sumber sekunder perundangan Islam iaitu ijimak, Al-Ijtihad dan sebagainya.
Al-Qur’an merupakan sumber utama perundangan Islam. Keaslian yang ada pada al-Qur’an tetap terjamin. Oleh kerana syariah Islam bersumberkan al-Qur’an, maka dengan sendiri syariah Islam merupakan syariah yang terbaik, bahkan yang dipilih oleh Allah s.w.t. Al-Quran merupakan sumber utama yang mengarahkan perjalanan tamadun sepanjang sejarah perkembangannya. Oleh itu pembangunan tamadun Islam mendapat hidayah daripada kitab al-Quran khususnya dalam memantapkan beberapa aspek nilai yang menjadi asas orientasi mukmin dalam merancang dan melaksanakan pembangunan tamadunnya
Al-Sunnah didefinisikan sebagai apa yang datang daripada Rasulullah s.a.w. selain daripada al-Quran meliputi perkataan, perbuatan dan persetujuan yang dijadikan dalil hukum. Dalam konteks tamadun Islam, al-Sunnah merupakan sumber yang kedua selepas al-Quran. Al-Sunnah berfungsi sebagai penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran, penghurai dan pentafsir kepada ayat-ayat al-Quran dengan berbagai cara menjadikan keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tidak ada dalam al-Quran dan keterangan bagi nas. Al-Quran menyediakan panduan sedangkan al-Sunnah pula berperanan melaksanakannya.
Kejatuhan tamadun Islam boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut :
= Penolakan agama sebagai sistem kehidupan (agama tidak lagi menjadi faktor penting dalam pemikiran dan tindakan politik pemimpin negara-negara). = Berlaku keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan pemimpin = Amalan sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutama dari segi perubahan teknologi atau perubahan struktur politik, ekonomi dan sosial.
|
|
|
Post by Elltriexy on Nov 4, 2019 5:31:09 GMT
Posologie Cialis Tadalafil Priligy Vente Uk <a href=http://achetercialisfr.com>cialis generique arnaque</a> On Line Pharmacy Viagra Fish Amoxicillin Clavu
|
|
|
Post by Elltriexy on Nov 5, 2019 17:50:36 GMT
Discount Tab Doryx On Line Akron Acquisto Levitra Originale 10mg Acheter Du Viagra Sur <a href=http://bmpha.com>levitra c'est quoi</a> Viagra Pfizer Acheter Can I Buy Viagra In Cvs Pharmacy 387 Silagra To Buy
|
|