|
Post by saidatul hs244 on Dec 11, 2014 6:22:09 GMT
Refeksi tamadun 1
Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat Fahaman politik setiap kaum berbeza. Bagi kaum Cina dan India hal-hal yang berlaku di negara asal mereka lebih penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu. Setiap kaum sentiasa berusaha untuk memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masing-masing dengan menggunakan media dan saluran seperti pendidikan , program keagamaan ,akhbar dan peraturan social. Pada tahun 1930, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di negara China. Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak-saudara mereka. Apabila fahaman komunis menular di negara mereka, fahaman tersebut juga menular kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Orang India juga beranggapan India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali. Peristiwa yang berlaku di India dianggap lebih penting daripada apa yang terjadi di Tanah Melayu. Persatuan-persatuan India yang muncul lebih cepat seperti Persatuan India pada tahun 1937 yang memperjuangkan pekerja-pekerja India. Bagi orang Melayu, mereka sentiasa memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air terpelihara. Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu pada kaum mereka sendiri. Fenomena ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh orang melayu dalam majalah-majalah seperti Saudara, Pengasuh, Utusan Melayu, Warta Melaya, dan Majlis. Fahaman politik.
Jalan penyelesaian. Jalan penyelesaian yang boleh diambil adalah setiap lapisan masyarakat tidaik kira sama ada melayu, india mahupun cina haruslah menanamkn semangat perpaduan dalam diri masing-masing. Pelbagai bentuk kempen juga boleh dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memastikan semua masyarakat sentiasa menghidupkan semangat perpaduan dalam diri masing-masing.
Refleksi tamadun 2
Al-Quran merupakan sumber asas tamadun Islam dan diikuti oleh As-Sunnah sebagai sumber asas yang kedua. Al-Quran mengandungi prinsip-prinsip asas kemudian diperjelaskan dan diperincikan oleh As-Sunnah. Kedua-dua ini merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun Islam.
a) Al-Quran Al-Quran bermaksud kalam Allah (perkataan Allah) yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir selama 23 tahun untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Ia merupakan mukjizat kepada baginda yang berkekalan sepanjang hayat. Al-Quran sebagai kitab yang tidak mengandungi keraguan yang menjadi pedoman dan petunjuk bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kepada seluruh manusia dan membacanya adalah satu ibadah. H.Zainuddin dan Fachruddin menyatakan kitab suci Al-Quran berisi ilmu, hikmah dan petunjuk berkenaan dengan kepercayaan, peribadatan, kemasyarakatan, pemerintahan, hukum, cerita kehidupan manusia yang mendapat pendidikan dan bimbingan daripada Al-Quran atau wahyu akan mendapat satu kekuatan yang luar biasa dan akan dapat menghasilkan kemajuan atau tamadun Islam yang gemilang.
b) As-Sunnah As-Sunnah juga dinamakan Al-Hadith. Dari segi bahasa bererti perjalanan samada perjalanan baik atau buruk. Dari segi istilah, As-Sunnah bererti sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada dari segi perkataan, perbuatan atau pengakuan (persetujuan), sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi rasul.
|
|
|
Post by diyanahmaria_HS244 on Dec 11, 2014 6:46:23 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
Cabaran Rakyat Malaysia Untuk Mengekalkan Keharmonian Umat Sejagat:
1. Hanyut dengan keseronokan dan budaya negatif orang barat seperti minum arak, berjudi serta lalai dengan hiburan 2. Terlalu bergantung kepada kerajaan dan pelbagai pihak dalam meningkatkan kualiti kehidupan 3. Perbezaan politik menyebabkan umat Islam bertelagah antara satu sama lain 4. Budaya fitnah dan rasuah semakin menjadi-jadi 5. Penerapan ilmu agama hanya khusus kepada anak-anak yang masih sekolah
Jalan Penyelesaian Kepada Cabaran Tersebut:
1. Meningkatkan kesedaran rakyat akan tujuan utama kehidupan contohnya beramal soleh, membuat kebajikan, menuntut ilmu yang berfaedah dan sebagainya 2. Berusaha mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan kualiti kehidupan 3. Pemimpin perlu bersikap profesional dan berkaliber menangani isu-isu membabitkan rakyat agar kata sepakat dapat dicapai dengan makmur 4. Mengetatkan undang-undang atau lebih baik menggunakan undang-undang islam seperti hukum hudud 5. Penguasaan ilmu islam seperti ilmu akidah, tauhid dan sebagainya diterapnkan oleh semua lapisan masyarakat.
REFLEKSI TAMADUN 2
Kepentingan sumber primer dan sumber sekunder dalam kehidupan masyarakat memainkan peranan yang amat vital. Sumber-sumber seperti Al-Quran dan As-Sunnah jelas sekali membantu membimbing manusia ke arah matlamat hidup dan tujuan utama kita dihidupkan oleh Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Sumber-sumber ini juga menjadi panduan kepada kita tentang semua perkara yang telah ditetapkan oleh Allah kerana isi kandungannya amat sahih dan lengkap. Apabila sesebuah tamadun itu tidak edah dan menitik beratkan kepentingan tersebut, oleh itu masyarakat menjadi mundur dan jahil tentang kehidupan yang hakiki dan diredhai Allah. Kejatuhan sesebuah tamadun islam itu juga berlaku akibat pemimpin yang tidak berpegang kepada prinsip islam yang menuntut seseorang pemimpin itu berlaku adil, jujur serta amanah menggalas tanggungjawab memimpin rakyat akibat terlalu taksub dengan kuasa dan dunia yang hanya sementara ini.
|
|
|
Post by norAzila_HS244 on Dec 11, 2014 14:21:49 GMT
NORAZILA SUHAINIE, HS244
REFLEKSI 1 :
berdasarkan video 1, kita dapat melihat bagaimana hancurnya akhlak pemuda-pemudi di malaysia yang hanyut dek godaan duniawi seperti hiburan yang melampau. di malaysia, masih belum wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab pemuda-pemudi islam untuk memperjuangkan agama islam walaupun suasananya sangat berbeza dengan pemuda-pemudi contohya di palestin. ini merupakan bukti yang menunjukkan malaysia belum lagi mencapai ketamadunan selaras dengan konsep tamadun yang diasaskan oleh syed naquib al-attas. bagi memanifestasikan rakyat bertamadun di malaysia, hiburan-hiburan yang melalaikan ini perlu dibataskan dan perkara yang boleh membentuk akhlak pemuda-pemudi perlulah diutamakan.
antara cabaran rakyat malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat ialah fahaman politik yang berbeza. seperti yang kita tahu, perbezaan ini dapat mewujudkan jurang di antara rakyat sekaligus membataskan mereka untuk mewujudkan ukhuwah apatah lagi mengeratkan silaturrahim sesama sendiri. selain itu, masalah-masalah sosial perlulah dibendung bagi mengekalkan keamanan dalam kehidupan masyarakat.
cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh umat islam ialah menyeru kepada pihak yang berkuasa untuk mengetatkan lagi peraturan ataupun undang-undang yang sedia ada. sebagai contoh, mengharamkan penjualan minuman keras mahupun pembukaan kelab-kelab malam yang menjadi tumpuan golongan muda masa kini. lain daripada itu, membataskan hiburan yang boleh mendatangkan perbuatan-perbuatan mungkar kerana pergaulan yang tidak ada batasan.
REFLEKSI 2 :
sumber yang paling penting sekali ialah al-quran dan hadis. kedua sumber ini perlulah diaplikasikan dalam kehidupan seharian. pengabaian terhadap sumber inilah yang menyebabkan kejatuhan tamadun islam dimana rujukan dan keputusan tidak lagi dibuat berdasarkan al-quran dan hadis melainkan mengikut kata hati dan akal yang tidak pernah terlepas dari hasutan syaitan. hasilnya, maka wujudlah pemerintahan yang berlandaskan kepada nafsu semata-mata dimana kebajikan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan setiap pemerintah. apabila dua sumber ini tidak lagi menjadi asas utama pemerintahan, setiap perkara yang dilakukan sudah pastinya bukan lagi diniatkan kerana Allah swt. perlu kita tahu bahawa al-quran dan hadis mendidik manusia dengan ajaran islam sebenar dimana jika ia diamalkan, pastinya setiap perkara yang dilakukan dalam sesebuah pentadbiran itu berasaskan kepada islam.
|
|
|
Post by farahhs244 on Dec 11, 2014 14:56:48 GMT
REFLEKSI 1
1) #Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia -Agama adalah agama rasmi bagi negara Malaysia -Pemimpin yang adil dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar -Hukuman yang adil dan setimpal dengan kesalahan jika menepati ciri ciri kesalahan -Pendidikan yang sempurna dan dirasai oleh semua lapisan masyarakat #Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat -budaya barat semakin menular di kalangan remaja -pembangunan pantas teknologi yang membuatkan para remaja dan kanak kanak mula malas untuk menuntut ilmu -al-Quran dan as-sunnag sudah dipandang enteng dalam pentadbiran negara -memartabatkan ilmuan barat dan menggunakan teori mereka berbanding menggunakan teori ilmuan Islam yang unggul
2) Cara penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh umat Islam ialah -menarik semula para remaja dengan budaya timur dan anak anak kecil juga diajarkan budaya timur. -para ibubapa menyekat dan menentukan masa anak anak untuk bermain dengan gadget dan harus bersifat tegas dengan anak anak -para pemimpin harus sedar akan kekurangan diri dan mula untuk mempelajari al-Quran dan as-Sunnah dengan para ulamak yang muktabar -dalam sistem pendidikan, para pengajar atau kementerian pelajar boleh meletakkan silibus yang menggunakan ilmuan Islam dalam sesuatu bidang
REFLEKSI 2
1) Di dalam Islam terdapat 2 sumber panduan umat Islam. Sumber primer adalah Al-Quaran dan As-Sunnah manakala sumber sekunder adalah ijtihad dan ijmak ulamak. Kedua dua sumber inilah asas kepada kegemilangan dan kelangsungan kehidupan umat Islam. Dengan adanya sumber ini, kehidupan umat Islam lebih teratur dan keharmonian sejagat lebih terjamin. Kejatuhan tamadun Islam disebabkan oleh masyarakatnya yang mula sudah goyah pegangannya pada kedua dua sumber ini. Pada ketika ini, umat Islam sudah mula berebutkan kuasa dan lebih mementingkan hal keduniaan. Al-Quran, As-Sunnah dan ijtihad ditinggalkan dan mula berpegang pada hukum yang dicipta manusia. Manusia hilang panduan dan hidupkan berpandukan akal dan nafsu semata.
|
|
|
Post by farahdiyanah on Dec 12, 2014 22:16:23 GMT
Farah Diyanah binti Azizan-Refleksi Tamadun Islam 1-
Banyak cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat. Antaranya ialah pengaruh gejala sosial yang berleluasa, terutamanya dalam kalangan remaja contohnya,penyalahgunaan dadah, hubungan seks bebas, lumba haram dan sebagainya. Selain itu, sikap perkauman yang melampau juga menjadi masalah dalam mengekalkan keharmonian umat sejagat. SIkap perkauman antara masyarakat majmuk sering kali mencetuskan pertelingkahan antara sesama masyarakat. Jalan penyelesaian yang perlu diambil oleh umat Islam dalam menangani cabaran berikut ialah dengan member pendidikan agama pada anak – anak sejak kecil lagi yang merangkumi pendedahan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Seterusnya umat Islam perlu membantu pesalah menyedari kesalahan mereka dan mendidik mereka ke arah kebaikan. Dalam aspek perkauman pula, masyarakat Islam telah mengajar kita untuk menghormati kepercayaan dan cara hidup masyarakat majmuk demi keamanan umat sejagat dan kita seharusnya menghargai perbezaan yang wujud antara sesama masyarakat. Malah, hal ini boleh kita anggap sebagai nikmat Allah SWT yang telah memberi kita peluang untuk membelajari bahawa walaupun kita mampu hidup bersama dengan masyarakat pelbagai bangsa dan agama dengan keharmonian, kita masih mampu berpegang teguh kepada agama Islam.
-Refleksi Tamadun Islam 2-
Sumber atau rujukan primer agama Islam ialah Al-Quran dan As- Sunnah manakala sumber sekunder Islam ialah ijtihad dan nilai-nilai daripada tamadun lain. Sumber Al- Quran merupakan panduan utama orang Islam di dunia dalam menjalani kehidupan dan melaksanakan amalan- amalan yang dapat dijadikan bekalan pada hari akhirat kelak. As-Sunnah merupakan perkataan, perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dan juga pengakuan atau pengiktirafan Nabi Muhammad S.A.W terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat baginda yang tidak tercatat dalam Al – Quran. Ijtihad pula dijadikan sumber untuk menyelesaikan segala percanggahan yang tercetus dalam kepercayaan Islam. Sumber berikut penting untuk mengekalkan keseimbangan kehidupan sebagai seorang Muslim. Keruntuhan Tamadun Islam berlaku jika sumber ini diabaikan dan manusia mula bertindak mengikut perasaan.
|
|
|
Post by dayahzamri on Dec 13, 2014 7:36:17 GMT
Nur Hidayah Zamridin
REFLEKSI TAMADUN 1
Salah satu cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat ialah penularan pengaruh Barat yang semakin kencang di negara Malaysia. Dan selalunya pengaruh-pegaruh yang dibawa oleh pihak barat ini kebanyakannya adalah pengaruh-pengaruh yang negative. Golongan yang paling terkesan sekali ialah golongan remaja dan belia. Bagi saya, golongan remaja ini kebanyakannya bersifat ingin tahu dan ingin mencuba benda baru untuk menjadika hidup mereka lebih menarik. Hasilnya mereka terikut-ikut dengan budaya Barat ini yang lambat-laun akan mewujudkan penularan dan peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja kini.
Jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menjalani kehidupan kita berpandukan al-quran dan Sunnah. Selain itu, golongan remaja digalakkan menelaah ilmu-ilmu agama agar dapat dijadikan perisai bagi menempuhi dunia globalisasi ini.
REFLEKSI TAMADUN 2
Kepentingan sumber primer dan sekunder iaitu Al Quran, Hadis, ijma', ijtihad, tamadun lain ialah untuk melahirkan umat sebenar berdasarkan matlamat Islam iaitu menjadi hamba dan khalifah. Tanpa sumber-sumber ini dan jika manusia lalai dalam mengaplikasikan sumber-sumber ini, maka tamadun Islam akan gagal dalam menyempurnakan amanah Allah. Secara tidak langsung ini akan membawa kepada kejatuhan tamadun Islam.
|
|
|
Post by hanisazizan_hs244 on Dec 13, 2014 12:14:02 GMT
NUR HANIS BINTI NUR AZIZAN REFLEKSI VIDEO 1 rakyat malaysia mempunyai agama meraka masing-masing yang membimbing mereka untuk hidup secara bersistematik dan berinteraksi antara satu sama lain dengan cara yang beradab. sebagai contoh, kaum melayu dengan agama islam, kaum cina dengan agama buddha dan agama india dengan agama hinddu. antara cabaran yang dihadapi untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat di malaysia ialah perbezaan kepercayaan antara setiap kaum yang terdapat di malaysia. pegangan agama yg berbeza di malaysia sangat memberi impak yang besar dalam mewujudkan keharmonian di malaysia. setiap kaum mempunyai ideologi masing-masing untuk memajukan negara malaysia. boleh sahaja berlakunya percanggahan pendapat sewaktu perbicangan yang membawa kepada rusuhan kaum dan penindasan. selain itu, ramai remaja negara malaysia yang membazirkan masa mereka terhadap perkara yang tidak berfaedah seperti merempit, menghisap dadah dan menjadi kutu rayau. pihak kerajaan hendaklah mengambil tindakan terhadap remaja-remaja ini. antara yang boleh dilakukan adalah mengadakan kampen untuk memupuk semangat jihad di dalam diri masyarakat melayu yang beragama islam. ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan memupuk semangat jihad dalam diri anak-anak sejak usia muda agar mereka mempunyai kekuatan untuk mempertahankan islam apabila besar nanti. hal ini sngat membantu dalam mengekalkan keharmonian umat sejagat apabila kita mempunyai pemimpin yang berwibawa dan tidak mudah goyah apabila ada diantara rakyat yang cuba untuk menyanggah undang-undang islam di Malaysia.
REFLEKSI VIDEO 2 sumber primer ialah bahan yang belum diolah. Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir. Sumber sekunder terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis maklumat yang telah dicatatkan di tempat lain. Sumber kedua merupakan bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum. Al-Quran dan hadis merupakan sumber pertama yg membimbing manusia ke jalan yang benar dan membawa kejayaan di dalam setiap kehidupan individu. hal ini desebabkan setiap ayatnya diturunkan oleh Allah azza wa jalla. seperti dalam setiap peperangan yang berlaku pada zaman rasulullah pasti akan ada ayat al-Quran yang Allah turunkan kepada nabi muhammad SAW. ayat ini telah membimbing umat islam pada masa itu untuk terus berjihad menegakkan agama Allah SWT. namun pada zaman ini ada sahaja manusia yang pandai-pandai menokok tambah, mencipta benda-benda bid'ah yang berkaitan dengan agama yang melanggar ajaran al-Quran. hal ini, secara tidak langsung telah membawa kepada kejatuhan umat islam disebabkan berlakunya perpecahan antara kepercayaan masing-masing. sebagai contoh, ahli sunnah dan puak syiah yang wujud disebabkan perbezaan pendapat dan pegangan masing-masing. ahli sunnah ini percaya bahawa al-quran adalah terpelihara dan bebas daripada kekurangan mahupun penyelewengan. manakala, puak syiah percaya bahawa al-Quran yang ada sekarang ada kekurangannya dan terseleweng.
|
|
|
Post by adninhs244 on Dec 13, 2014 16:06:30 GMT
rakyat bertamadun
Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat sudah pasti menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilai-nilai murni yang wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya barganding bahu untuk membangunkan negara.
Semangat untuk mewujudkan interaksi antara tamadun merupakan satu rangsangan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Seterusnya natijah kemunculan sesebuah tamadun dapat digambarkan oleh perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi dalam kegiatan kehidupan mereka. Tatacara yang tersusun dalam pentadbiran dan perekonomian memakmurkan kehidupan masyarakat yang seterusnya mendorong ke kemuncak kegemilangan.
cabaran . Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan miskin . Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak- hak kemanusiaan diketepikan sama sekali. . Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia . Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. . Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran.
jalan penyelesaian * Bersikap adill and saksama. * Menglibatkan semua kaum dalam aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, rukun tetangga dan persatuan peringkat daerah sehinggalah kebangsaan demi mewujudkan hubungan yang erat sesama masyarakat berbilang kaum. * Kewujudan unsur kerjasama dan sikap toleransi antara kaum. * Melaksanakan dasar kerajaan yang menekankan kepada perpaduan seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Perpaduan Negara dan sebagainya. * Kebebasan bersuara dan penerbitan perlu dikawal. * Isu-isu yang mengancam perpaduan tidak dibangkitkan sama ada peringkat tempatan atau kebangsaan. * Tidak mendiskriminasikan kaum berlainan sama ada dalam perucapan, perbuatan atau pemikiran. * Parti-parti politik perlu menekankan perpaduan, iaitu tidak terus-menerus membangkitkan isu-isu yang berpotensi memecahbelahkan perpaduan penduduk.
eksistensi • Sumber primer terdiri daripada 2 sumber naqli iaitu Al-Quran dan Al-Hadis serta sumber yang tidak boleh tidak mesti diterima. • Sumber sekunder terdiri daripada ijtihad (pandangan akal para ilmuan) dan nilai-nilai baik tamadun asing. Ia berbentuk sokongan dan menjadi pilihan kepada kita untuk mengikutinya atau sebaliknya, berdasarkan kesesuaian pemikiran rasional akal manusia. Kerajaan Bani Umaiyah 1. So antara faktor2 kejatuhan Bani Umaiyah ialah: Khalifah mengabaikan ajaran Islam. Kemewahan hidup yang melalaikan pemerintah. Gerakan Abbasiah yang dikukuhkan dengan penglibatan Abu Salamah al-khallal dan Abu Muslim al-Khurasani. (Giat dijalankan sewaktu pemerintahan Umar Bin Abdul Aziz) Antara faktor kejatuhan Bani Abbasiah ialah: Kelemahan pemimpin. Perebutan kuasa (Pentadbiran dipelopori oleh banyak lagi bangsa selain Arab) Serangan Hulagu Khan. Pemberontakan. Pengkhianatan. (Ada golongan yang berkerjasama dengan tentera Hulagu Khan) Antara punca kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniah ialah: Mustafa Kamal Antartuk. Ancaman negara Eropah yang lain. Perebutan kuasa.
|
|
|
Post by fatinnajihah on Dec 13, 2014 20:13:09 GMT
1) Cabaran Rakyat Malaysia Untuk Mengekalkan Keharmonian Umat Sejagat: -masalah kemiskinan dalam kalangan masyarakat Islam -masalah perpaduan yang wujud dalam kalangan masyarakat -masalah sosial yang berleluasa dalam kalangan masyrakat Islam -kurangnya ilmu pengetahuan dalam kalangan golongan muda.
Jalan Penyelesaian -kerajaan hendaklah memajukan taraf hidup masyarakat Islam -masyrakat hendaklah mengamalkan amalan berkasih sayang antara satu sama lain. -ibu bapa hendaklah mengawasi setiap pergerakan anak mereka agar mereka tidak terlibat dalam gejala yang tidak sihat. -masyarakat muda hendaklah berusaha untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang baik ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah.
2) Antara sumber tamadun Islam ialah Al-Quran, Al-Sunnah, dan ijtihad. sumber2 ini menjadi panduan dan pedoman untuk membimbing kita ke jalan yang benar. Tanpa merujuk kepada sumber- sumber ini, maka akan berlaku lah penyelewengan dan kesesatan dalam kehidupan seharian kerana sumber inilah yang menjadi tunjang kepada kekuatan akidah seseorang. apabila akidah sesebuah masyarakat itu rapuh, maka potensi untuk berlaku kejatuhan tamadun itu adalah sangat besar.
|
|
|
Post by shafiqahj on Dec 13, 2014 23:57:12 GMT
1) Ketamadunan ini telah dibina oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia, tidak kira agama, bangsa dan warna kulit. Namun begitu, pelbagai cabaran harus dihadapi dan diatasi oleh rakyat Malaysia agar ketamadunan yang telah dibina dapat dipertahankan. Antara cabarannya, ialah dengan adanya pengaruh-pengaruh barat ke Negara kita telah sedikit sebanyak membaa kesan negetif kepada tamadun yangtelah wujud di Negara kita. Selain itu, sifat tidak prihatin dan tidak mengambil berat rakyat Malaysia masa kini telah menyebabkan generasi akan datang semakin melupakan budaya yang telah dibina oleh nenek moyang mereka dan mengelarkan kebudayaan yang telah tercipta itu sebagai ketingggaln zaman.Di samping itu juga perkembangan alat teknologi yang berbentuk hiburan juga semakin pesat di keluarkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan itu telah membuat kanmasyarakat Malaysia kini semakin malas dan hanya suka berhibur.
Oleh itu, ada pandangan kaca mata saya, langkah yang proaktif harus diambil dan dilaksanakan bagi mengatasi permasaalahn ini dari terus mejadi duri dalamdaging bagi Negara kita. Antaranya ialah dengan membudayakan nilai timur dalam jiwa setiap warga Malaysia. seperti yang kita tahu budaya timur amat popular dengan nilai-nilai murni dan adap-adap sopannya. Oleh itu, kita wajarlah menjadikan budaya yang baik itu sebagai amalan dan panduan hidup seharian selagi ianya tidak bercanggah dengan syarak. Selain itu, masyarakat Malaysia haruslah menjadikan Al-quran dan as-sunnah sebagai panduan hidup. kerana Al-quran dan As-sunnah meukan mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada segenap lapisan mansia agra dapat memandu perjalanan hidup kita agar sentiasa merada di jalan yang benar.
2)sumber primer ialah Al-quran dan As-sunnah. Manakala sumber sekunder ilah itjihad dan nilai-nilai lain yang diambil paai dari tamadun lain .Allah telah menyarankan manusia untuk menggunakan sumber-sumber ini untuk panduan sepanjang hidup. Sebagai contoh Al-quran yang merupakan salah satu sumber primer merupakan mukjizat Allah kepada Nabi Muhammad SAW, selain itu ianya juga merupakan sebuah kitab yang lengkap kandungannya. Manakala, Al-sunnah pula merupakan perkataan,perbuatan dan pengakuan Rasullulah. Manakala, itjihad pula merupakan salah satu sumber sekunder pula merupakan suatu hasil penyelidikan sarjana islam dan merupakan hasil perbincangan para ulama. Hal ini, menjelaskan betapa tingginya menjadikan sumber primer dan sekunder sebagai panduan hidupdan landasan dalam melakukan sesuatu perkara.
|
|
|
Post by farinirazalihs244 on Dec 14, 2014 3:40:49 GMT
NORFARINI BINTI RAZALI
1) CABARAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGEKALKAN KEHARMONIAN DAN CARA PENYELESAIANNYA:
*MASALAH POLITIK DIMALAYSIA -rakyat malaysia boleh dikatakan hidup dalam bermusuhan kerana percanggahan politik. mereka tidak seharusnya menjadikan politik sebagai garis panduan dalam kehidupan. kita sebagai umat islam heruslah menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai garis panduan.
*MASALAH SOSIAL YANG BERLELUASA -semakin hari semakin ramai anak haram yang dilahirkan dan ada sesetengah yang membuangnya dengan pelbagai cara. jadi, ibubapa hendaklah memantau setiap gerak-geri anak-anak dan sentiasa memberi nasihat.
2)SUMBER PRIMER DAN SEKUNDER:
*SUMBER PRIMER : Al-Quran dan Hadis AL-QURAN :-Adalah wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril dalam bahasa arab secara beransur-ansur selama 23 tahun. -Merupakan suatu kitab yang sempurna diturunkan oleh Allah, mengandungi seribu satu macam maklumat untuk digunakan, dianalisa dan dikembangkan oleh manusia. Apa pun bentuk ilmu dan maklumat yang diperlukan, ia terkandung di dalam Al-Quran dan perincian, pengembangan atau penghasilan ilmu susulan selepas itu mestilah berteraskan Al-Quran. Ia boleh dikaji, dianalisa dan dikembangkan tetapi dasar asasnya mestilah masih perlu diselarikan dengan kandungan asalnya.
*SUMBER KEDUA : Ijtihad - ijtihad berarti (bahasa Arab اجتهاد) Al-jahd atau al-juhd yang berarti la-masyaqat (kesulitan dan kesusahan) dan akth-thaqat (kesanggupan dan kesanggupan)
|
|
|
Post by najiha on Dec 14, 2014 4:59:06 GMT
NURUL NAJIHATUL HANIE BINTI MUHAMMAD SHAHID >PH 240<
REFLEKSI 1 ...
a)Cabaran Rakyat Malaysia Untuk Mengekalkan Keharmonian Umat Sejagat 1-Kewujudan masyarakat majmuk yang mempunyai kepelbagaian dari segi cara hidup, adat, dan kepercayaan 2-Anasir-anasir yang dibawa dari Barat 3-Mengekalkan perpaduan di antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama b)Jalan penyelesaian Kepada Cabaran Tersebut 1-Mengadakan sambutan hari kemerdekaan sejak di peringkat sekolah di sekolah masing-masing 2-Kerajaan menapis anasir-anasir luar yang tidak baik untuk rakyat Malaysia 3-mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royang
******** REFLEKSI 2 ...
a)Antara sumber panduan umat Islam ialah al-Qura'an, As Sunnah dand Ijtihad. Kepentingan Sumber Panduan Umat Islam 1-Sebagai rujukan untuk segala permasalahan dalam menjalankan ibadat dan hal-hal duniawi 2-Pengetahuan tentang hukum-hukum Allah dalam sesuatu perkara 3-Memastikan arah kehidupan di dalam landasan yang betul mengikut tujuan asal perjanjian dengan Allah
b)Kejatuhan Umat Islam 1-Tiada batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang membawa kepada perhubungan yang haram 2-Tidak meletakkan Allah sebagai tujuan utama dalam semua perkara yang dikerjakan di dunia 3-Terpengaruh dengan budaya-budaya Barat yang hanya merosakkan pemikiran masyarakat Islam dan melalaikan daripada mengingati Allah dan Rasulullah
|
|
|
Post by nurhayati on Dec 14, 2014 5:17:37 GMT
CABARAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGEKALKAN KEHARMONIAN -rakyat tidak dapat bersatu hati dan enggan bekerjasama. -rakyat kurang nilai menghargai keamanan -wujudnya jurang di antara golongan mewah dan miskin JALAN PENYELESAIAAN -Setiap rakyat perlu merasa komited antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa untuk menjayakan cita-cita negara -penerapan nilai-nilai syukur perlu ditingkatkan dalam diri sejak dari kecil lagi -menutup jurang antara dua golong ini dengan adanya sikap bantu membantu antara kita
SUMBER TAMADUN ISLAM -Di dalam Islam terdapat 2 sumber panduan umat Islam. Sumber primer adalah Al-Quaran dan As-Sunnah manakala sumber sekunder adalah ijtihad dan ijmak ulamak. Kedua dua sumber inilah asas kepada kegemilangan dan kelangsungan kehidupan umat Islam. Dengan adanya sumber ini, kehidupan umat Islam lebih teratur dan keharmonian sejagat lebih terjamin. Kejatuhan tamadun Islam disebabkan oleh masyarakatnya yang mula sudah goyah pegangannya pada kedua dua sumber ini. Pada ketika ini, umat Islam sudah mula berebutkan kuasa dan lebih mementingkan hal keduniaan. Al-Quran, As-Sunnah dan ijtihad ditinggalkan dan mula berpegang pada hukum yang dicipta manusia. Manusia hilang panduan dan hidupkan berpandukan akal dan nafsu semata.
|
|
|
Post by mylahs244 on Dec 14, 2014 6:05:09 GMT
JAMILAH BINTI ISHAK
Antara cabaran rakyat Mlaysia dalam mengekalkan keharmonian dan penyelesaian:
1)Politik -setiap masyarakat di Malaysia mempunyai fahaman politik yang berbeza.Perbezaan ini dapat mewujudkan jurang antara masyarakat dan boleh tercetusnya perbalahan antara satu sama lain.Oleh itu setiap idividu haruslah bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. 2)Permasalahan sosial yang semakin berleluasa -seperti yang dapat dilihat pada zaman sekarang, remaja-remaja lebih cenderung untuk melibatkan diri dengan masalah sosial.Oleh itu, ibu bapa hendaklah memantau anak-anak dan memupuk jiwa anak-anak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Kepentingan sumber:
Sumber Islam terbahagi kepada dua iaitu sumber primer dan sumber sekunder.Sumber primer terdiri daripada Al-Quran dan As-Sunnah manakala sumber sekunder ialah ijtihad.Ijtihad bermaksud suatu proses penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh sarjana Islam (digelar mujtahid) untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali. Proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran atau al-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri. Sumber-sumber ini penting dalam membimbing manusia ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.Sumber ini merupakan panduan hidup kepada setiap manusia.
|
|
|
Post by sitinooratikah on Dec 14, 2014 6:06:49 GMT
REFLEKSI 1 Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia: 1) Kehidupan Beragama 2) Wujudnya Bandar (Urbanisasi) 3) Penggunaan Sistem Tulisan dan Sistem teknologi Maklumat 4) Pengkhususan Kerja dan Inovasi Teknologi 5) Peningkatan Kualiti Hidup
Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat: 1)Peningkatan masalah sosial kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian 2) keselamatan negara: kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. 3)Penafian agama Islam sebagai agama rasmi sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Langkah menghadapi cabaran: 1) menjadikan Islam sebagai cara hidup 2) menghormati kaum lain yang berbeza agama 3) penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat 4) masyarakat perlu lebih prihatin 5) Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak 6) mengadakan kempen kesedaran
REFLEKSI 2 Sumber primer: Al-Quran & Al-Sunah Al-Quran mengandungi keseluruhan ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan, alam ghaib, nilai moral, fakta-fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi. Al-Quran sebagai sumber yang dapat disaksikan hingga ke hari ini sentiasa menyeru umat Islam melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan serta membangunkan alam untuk kebaikan bersama. Selain al-Quran, sumber kedua yang menjadi sumber Tamadun Islam ialah sunnah atau hadis Nabi Muhammad SAW. Al-Sunnah ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat atau akhlak dan riwayat hidup baginda. Sumber sekunder: Al-Ijtihad Ijtihad bermaksud usaha yang tekun dan teliti yang dilakukan oleh seseorang mujtahid bagi mendapat dan menentukan sesuatu hukum syarak yang amali melalui proses istinbat.
Faktor kejatuhan tamadun Islam: 1) tidak berpegang kepada al-Quran & al-Sunah 2)kegiatan keimuan yang tidak berkembang 3)banyak berlaku penyelewengan dan gejaia keruntuhan akhlak 4)ancaman musuh luar
|
|