|
Post by Admin on Nov 23, 2014 0:50:10 GMT
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Selamat Sejahtera. Apa khabar pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Sila klik pautan aktiviti refleksi tamadun Islam, kemudian tonton video yang disediakan. Anda seterusnya boleh membuat refleksi tentang tugasan berkenaan di sini. Selamat menonton video berkenaan dan mudah-mudahan anda memperolehi pengajaran daripadanya. Saya yakin anda semua mempunyai pandangan dan idea bernas yang ingin dikongsikan. Bersama berinteraksi di sini untuk melatih kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bekerjasama (kolaboratif) dengan rakan-rakan.
|
|
|
Post by Admin on Nov 25, 2014 8:06:12 GMT
Assalamualaikum wrt. wbt. pelajar-pelajar yang budiman. Anda semua sedang tekun mengulangkaji pelajaran? Jangan lupa jaga kesihatan semua. Peperiksaan semakin hampir. Boleh mulakan perkongsian atau refleksi anda terhadap video yang telah ditonton dalam Aktiviti (Refleksi Tamadun Islam). Perkongsian ini bebas kerana ia bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan anda. Semakin anda faham tentang tajuk Tamadun Islam semakin banyak idea yang boleh dikongsikan. Jika kurang idea, cuba mulakan cetusan idea. Jadi individu pertama yang memulakan memberi idea di sini. Pasti ada yang menjadi kedua, ketiga dan seterusnya. Ustazah juga sentiasa akan bersama-sama anda pada setiap hari.
|
|
|
Post by athirahmuzammil on Nov 29, 2014 14:54:00 GMT
Assalamualaikum wrt. wbt.
Pada pendapat sy, cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam mengekalkan keharmonian umat adalah pembentukan jati diri yang tidak kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya remaja. menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, jati diri bermaksud sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian sesuatu bangsa. Atau dringkaskan identiti sesuatu bangsa. Perkara ini dapat dilihat melalui video yang pertama iaitu, tentang masalah sosial yang sangat hebat melanda dalam kalangan masyarakat kita yang mengkin lupa akan peranan kita hidup sebagai seorang hamba Allah SWT. Mereka hanyut akan arus duniawi. Usaha yang dilakukan mengatasi cabaran ini adalah dengan memberikan pendidikan yang baik sama ada secara formal atau tidak formal. Pendidikan formal yang boleh diberikan adalah dengan menyelitkan nilai-nilai murni dan perlu ditekankan semasa sesi pembelajaran di sekolah dijalankan. manakala pendidikan tidak formal dengan ibu bapa sendiri yang memainkan peranan untuk mengajar anak-anak untuk menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa.
Manakala untuk refleksi yang kedua adalah tentang kejatuhan umat Islam. Seperti yang dikemukakan di atas, jati diri yang tidak kukuh ini adalah salah satu penyebab kejatuhan umat Islam. Hal ini, salah satu kekuatan sesebuah tamadun bergantung kepada keutuhan akhlak dan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh kalangan rakyatnya. Rakyat yang tidak berakhlak mulia dan berilmu adalah merupakan virus yang merosakkan sesebuah tamadun. Jati diri yang tidak kukuh ini disebabkan mereka ini tidak memegang teguh kepada ajaran Al Quran dan hadis. Oleh itu, tamadun Islam yang hebat tidak dapat dilahirkan kerana di dalam Al Quran ada menyentuh tentang peranan manusia sebagai seorang khalifah utk mentadbir alam.
|
|
|
Post by nadiafatihahroslan on Nov 29, 2014 16:28:19 GMT
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
REFLEKSI TAMADUN 1
CABARAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGEKALKAN KEHARMONIAN DAN JALAN PENYELESAIANNYA
Dalam perjalanan menuju matlamat kemajuan yang diidam-idamkan, masyarakat Malaysia dan umat Islam di dalamnya sedang berhadapan dengan gejala keruntuhan moral yang sungguh mengkhuatirkan. Ramai pemuda Melayu dan Bumiputera terperangkap dalam jeratan budaya penagihan dadah dan HIV/AIDS. Muda mudi Melayu hebat berpesta tanpa segan silu tetapi lemah dalam bidang ilmu pengetahuan. Perjudian dan pelacuran tidak dapat dibendung. Gejala sumbang mahram menjadi-jadi. Kes pembuangan bayi hasil daripada perhubungan seksual haram bertambah. Murid sekolah sering terlibat dalam vandalisme, keganasan dan amalan buli yang melampau. Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS terlibat dalam aktiviti seksual di luar kampus untuk menambahkan wang perbelanjaan hidup. Masyarakat Malaysia dewasa ini sedang menghadapi ancaman kemerosotan moral yang semakin meningkat dan dalam kes-kes tertentu semakin parah akibat dari kelunturan nilai-nilai murni dan kegagalan dalam penguatkuasaan undang-undang.Oleh itu kefahaman agama yang betul dan penghayatan nilai-nilai agama dan moral di kalangan golongan muda menjadi satu daripada strategi penting dalam menjaga dan meningkatkan keutuhan moral masyarakat Islam. Guru agama dalam era globalisasi dan IT ini harus mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang kemajuan sains, teknologi maklumat, kebudayaan, politik antarabangsa dan perkembangan ekonomi serta mempunyai kebolehan berkomunikasi secara bijaksana dengan golongan belia dan kelas menengah.
Industri hiburan swasta di kota-kota besar juga membenarkan minuman keras digunakan oleh para pelanggan tanpa mempedulikan sama ada mereka itu Muslim atau bukan Muslim. Konsert-konsert anjuran pihak industri swasta sering mengundang para penghibur dari Barat atau Timur yang mendedahkan budaya bebas lepas mereka kepada generasi muda Islam di tanah air kita. Oleh itu tanggungjawab mengawal dan menapis bahan-bahan hiburan dari luar itu tidak harus diserahkan semata-mata kepada ibu bapa. Tanggungjawab ini perlu dipertingkatkan oleh pihak yang berkuasa di samping menggalakkan industri hiburan yang menampilkan alternatif-alternatif yang lebih sesuai dengan nilai-nilai moral yang suci.
|
|
lyza
New Member
Posts: 9
|
Post by lyza on Nov 29, 2014 16:34:32 GMT
Assalammualaikum Refleksi (NURAZLIZA) 1. Bincangkan manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia dan cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat. Cadangkan jalan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh umat Islam. 2. Eksistensi sumber primer dan sumber sekunder dalam kehidupan masyarakat menjadi panduan terhadap kelangsungan tamadun Islam. Kemukan hujah anda dengan mengaitkan kepentingan sumber dan kejatuhan tamadun Islam. Jawapan no.1 Arak dan gejala dadah, pergaulan bebas, menanggung derita, lumba haram, Islam jauh dari diri, dihanyut arus duniawi, orang Islam seolah-olah digengam, akhirat dilupai, budaya jahil tidak diambil peduli, melampau-lampau dalam hiburan, khayalan keterlaluan. Jalan penyelesaiannya ialah melalui pendekatan terhadap golongan yang sudah menyimpang jauh daripada jalan yang sebenar. Mula langkah perubahan itu dimulakan dengan kehendak diri sendiri atas dasar ingin tahu dan keinginan untuk berubah. Perubahan perlulah petunjuk serta jalan yang betul agar kita memilih jalan yang benar dalam membetulkan apa yang salah. Selain itu, kekerapan mencari ilmu dari sumber yang tepat haruslah digalakkan dalam dunia remaja kini yang menjadi pemangkin asas agama Islam itu sendiri. Pergerakan aktif badan-badan dakwah dalam menyelamatkan generasi yang semakin hayut untuk menyahut seruan berdakwah. Ikhlaskan diri serta berniat keranaNya dalam setiap perlakuan tugas yang cuba dilakukan.
Jawapan no.2 Sumber tamadun Islam yang utama adalah AL-Quran dan Hadis. Kedua-dua sumber ini digunakan sebagai penunjuk arah serta bimbingan kepada para pengikutnya untuk mengembangkan sesuatu tamadun. Apabila sesebuah tamadun itu telah berkembang, banyak unsur yang cemburu terhadap kelebihan yang ada pada tamadun tersebut dan banyak faktor menyebabkan goyahnya pemerintahan ketika itu. Salah satu antaranya ialah lupa akan ajaran serta pegangan yang dibawa dalam al-Quran. Ia mengundang kepada besarnya potensi bagi sesebuah tamadun itu runtuh atau musnah kerana serangan pihak lawan. Sebagai contoh, amalan rasuah yang diamalkan oleh pemerintah merupakan satu faktor yang mengundang kemerosotan tamadun tersebut kerana dalam sumber tamadun Islam telah dinyatakan bahawa mengambil rasuah adalah haram. Di samping itu, melakukan serangan terhadap musuh sedangkan musuh masih tidak bertindak apa-apa amatlah ditegah dalam sumber yang kita ketahui. Al- Quran mengatakan sekiranya musuh tidak berbahaya kepada kita, maka digalakkan untuk berbincang atau bermusyawarrah terlebih dahulu sebagai tanda kesopanan serta sifat keterbukaan kita yang dapat ditunjukkan kepada pihak lawan. Pihak berkuasa lebih mementingkan kepentingan dirinya berbanding rakyat. Sedangkan, dalam sumber Islam telah dinyatakan bahawa kesenangan serta kekayaan itu haruslah dikongsi bersama agar kenikmatan serta kemurniaan kurniaan Allah itu dapat dikongsi bersama-sama
|
|
|
Post by hafizuddinsaif on Nov 29, 2014 19:14:51 GMT
Refleksi Tamadun 1:
Cabaran Rakyat Malaysia Untuk Mengekalkan Keharmonian Umat Sejagat:
1. Perbezaan pendapat dari segi politik 2. Hasutan media massa 3. Penyebaran fitnah yang semakin berleluasa 4. Cara hidup yang bersimpang dari ajaran agama
Jalan penyelesaian Kepada Cabaran Tersebut:
1. Mengamalkan cara hidup berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah 2. Mengadakan kempen kesedaran 3. Mengadakan ceramah tentang kepentingan untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat
Refleksi Tamadun 2:
Kepentingan Sumber Panduan Umat Islam:
1. Menjadi rujukan untuk segala permasalahan dalam kehidupan 2. Mengelakkan percanggahan pendapat yang boleh membawa kepada pergaduhan 3. Mengelakkan perasaan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu 4. Melahirkan umat islam yang cemerlang
Kejatuhan Umat Islam:
1. Berlaku pecanggahan pendapat yang serius 2. Banyak unsur fitnah yang berlaku dalam kalangan umat islam 3. Tiada unsur persepakatan dalam menyelesaikan masalah 4. Tiada pegangan yang tetap dari segi sumber
|
|
|
Post by nadiafatihahroslan on Nov 29, 2014 23:18:14 GMT
*sambungan
REFLEKSI TAMADUN 2
KEPENTINGAN SUMBER DAN KEJATUHAN TAMADUN ISLAM
Sumber primer: Al-Quran dah Al-Hadis Sumber sekunder: Ijtihad dan nilai-nilai baik tamadun lain Al-Quran merupakan suatu kitab yang sempurna diturunkan oleh Allah, mengandungi seribu satu macam maklumat untuk digunakan, dianalisa dan dikembangkan oleh manusia. Apa pun bentuk ilmu dan maklumat yang diperlukan, ia terkandung di dalam Al-Quran dan perincian, pengembangan atau penghasilan ilmu susulan selepas itu mestilah berteraskan Al-Quran. Ia boleh dikaji, dianalisa dan dikembangkan tetapi dasar asasnya mestilah masih perlu diselarikan dengan kandungan asalnya. Oleh itu, untuk membina tamadun yang unggul, ianya mestilah berteraskan kitab suci ini, namun, jika individu dan masyarakat gagal untuk mempraktikkan isi-isi kandungan di dalamnya sudah tentu berlaku keruntuhan tamadun atau lebih spesifik keruntuhan akhlak(seperti yang dibincangkan pada refleksi tamadun 1).
|
|
amin
New Member
Posts: 6
|
Post by amin on Nov 30, 2014 8:45:36 GMT
Refleksi bagi Tamadun Islam.
Soalan 1 Bismillahirrahmanirrahim! Apa yang saya faham tentang maksud manifestasi ialah kewujudan. Perkara yang paling utama dalam pembinaan tamadun ialah agama. Daripada agamalah wujudnya sistem. Maksud saya disini ialah dari segi syariah ataupun perundangan. Kita dapat lihat tamadun di Malaysia diwujudkan dengan adanya agama, pemimpin dan juga perlembagaan. Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian sejagat ialah bagaimana untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama. Pada pendapat saya, cara penyelesaian bagi masalah ini ialah para pemimpin Negara haruslah duduk semeja berbincang. Janganlah jadikan isu ini sebagai isu politik malah melihat isu ini secara serius demi perkembangan dan pembangunan negara kita yang tercinta.
Soalan 2 Seperti yang kita sedia maklum, sumber ajaran Islam yang utama ialah al-Quran and Hadis. Kepentingan sumber ini ialah dapat membantu manusia untuk membina sesebuah tamadun yang hebat. Kenapa? Sebabnya, kandungannya yang lengkap dan menerangkan semua aspek kehidupan. Pada pendapat saya, kejatuhan tamadun Islam itu sendiri adalah kerana sikap pemimpin yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Pemimpin adalah tonggak negara dan menjadi contoh kepada rakyatnya. Selain itu,perebutan kuasa yang berlaku juga menyebabkan kejatuhan tamadun kerana hal tersebut akan mengakibatkan berlakunya huru-hara, kacau-bilau serta pergaduhan sesama sendiri yang melenyapkan keamanan sesebuah negara.
|
|
|
Post by ainqursiahashari on Nov 30, 2014 12:26:03 GMT
Refleksi Tamadun 1
Cabaran yang rakyat Malaysia hadapi untuk mengekalkan kerharmonian rakyat termasuklah masalah persaingan antara kaum yang masih lagi boleh dilihat berlaku di Malaysia. Selain itu arak, rokok dan dadah telah menjadikan manusia kini lalai dan semakin lemah dalam usaha mengekalkan kerharmonian. Banyak perkara yang tidak diingini berlaku disebabkan arak dan dadah ini termasuklah pencurian dan pembunuhan. seterusnya masalah rasuah juga merupakan salah satu faktor utama mengapa kerharmonian di Malaysia tidak dapat dicapai dan akhir sekali amalan pergaulan bebas yang diamalkan oleh rakyat kini juga merupakan cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia bagi mencapai keharmonian. Usaha yang boleh dilakukan bagi mengatasi cabaran di atas ialah dengan menguatkan lagi undang-undang Malaysia dan menjatuhkan hukuman yang berat bagi orang yang dosabitkan bersalah agar mereka akan menyesal dan tidak mengulangi kesalahan yang sama. Hukuman yang diber juga adalah bagi mengingatkan orang ramai yang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama. seterusnya kempen-kempen anti dadah dan sebagainya juga harus dilakukan sekerap yang mungkin bagi member penyedaran kepada orang ramai tentang keburukannya.
Refleksi Tamadun 2
Sumber tamadun Islam yang utama adalah AL-Quran dan Hadis. Kedua-dua sumber ini haruslah digunakan sebagai penunjuk serta bimbingan kepada para pengikutnya untuk mengembangkan sesuatu tamadun. Ini adalah kerana kedua-dua sumber ini yang membekalkan segala syariah dan peraturan yang lengkap serta panduan yang akan membawa kepada kejayaan. Apabila sesebuah tamadun itu telah berkembang, banyak unsur negatif yang akan masuk dan melemahkan serta menyebabkan goyahnya pemerintahan. Antaranya ialah lupa akan ajaran serta pegangan yang dibawa dalam al-Quran. Ia mengundang kepada besarnya potensi bagi sesebuah tamadun itu runtuh atau musnah kerana serangan pihak lawan dan merupakan faktor utama runtuhnya tamadun Islam.
|
|
|
Post by husnamasri on Nov 30, 2014 12:32:15 GMT
HAZWANI HUSNA Assalamualaikum..
1.Manifestasi memberi penekanan kepada lima fokus utama iaitu meligat pelaburan, mengungguli modal insan, mencerna kreativiti dan mencetus inovasi, program transformasi luar bandar, memperkejap perkhidmatan awam dan meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan rakyat. Cabaran:-Penafian agama Islam sebagai agama rasmi -Pelaksanan sistem pendidikan negara -Keselamatan negara -Peningkatan masalah sosial
Langkah-langkah penyelesaian:-Pemerintah mestilah mempunyai asas agama yang kukuh -Pemerintah memerintah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah -Pengekalan perpaduan rakyat -Memastikan pembangunan negara seimbang -Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) -Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat pula untuk melaksanakan setiap bentuk polisi dan arahan demi kemajuan dan kebaikan mereka. -Pemimpin sebenarnya memegang satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan ditegah berlaku khianat. -Perpaduan ummah akan menentukan kejayaan para pemimpin dalam tempoh mereka memegang tampuk kepimpinan.
2.-Faktor agama yang bertunjang kepada tauhid merupakan aspek teras dalam pembinaan Tamadun Islam. Dalam usaha membina sebuah masyarakat bertamadun melalui penyampaian dakwah, Rasulullah S.A.W. menekankan aspek iman, Islam dan ihsan serta mempraktikkan unsur ini dalam kehidupan masyarakat Islam. -Dalam pembinaan tamadun, Islam memaparkan kisah-kisah sejarah silam sebagai iktibar. Kesemua kisah yang diulang kembali oleh al-Qur’an memaparkan kesan buruk dan kemusnahan tamadun akibat sesebuah masyarakat cuba menyalahi landasan agama tauhid yang telah disampaikan kepada mereka. Selain ini mereka juga mengingkari ajaran yang disampaikan oleh para nabi. Sebagai contohnya, ketinggian tamadun yang didirikan oleh Firaun, kaum ‘Ad dan kaum Thamud telah mengalami kehancuran kerana keingkaran kepada Allah Yang Maha Esa. -Akhlak memainkan peranan yang sama penting dalam pembinaan dan keutuhan sesebuah tamadun. Apabila nilai-nilai akhlak diabaikan, tamadun sesuatu bangsa akan menemui kehancuran sebagaimana yang berlaku ke atas umat Nabi Luth. Dengan penuh gaya mencabar kaum Nabi Luth, memomokkan kenabian Nabi Luth dan memaparkan akhlak buruk yang menyalahi tabie manusia.
|
|
|
Post by intansya on Nov 30, 2014 13:23:56 GMT
INTAN SYAHERAH BINTI MOHD ZAILANI
Assalamualaikum,
Soalan 1
Cabaran
Cara hidup masyarakat Islam sekarang yang terlampau bebas. Masyarakat kini juga dikaitkan dengan budaya hedonisme iaini budaya yang suka akan hiburan. Hiburan yang melampau akan membawa kelalaian kepada masyarakat. Apabila masyarakat terlampau bebas, mereka akan terlibat dengan pergaulan bebas yang boleh mengundang pelbagai keburukan. Jadi, cabaran yang utama ialah masyarakat kini lebih mengejar dunia berbanding akhirat . Cara Penyelesaian
Penyelesaiannya ialah melaui pendekatan Islam dalam membentuk peribadi anak-anak muda pada hari ini. Setiap usaha haruslah dilakukan bersungguh-sungguh dan pendekatan tersebut perlu dilakukan pada awal peringkat iaitu semasa kanak-kanak.
Soalan 2
Kewujudan sumber primer dan sekunder ini adalah untuk membantu manusia dalam menyempurnakan tugas manusia sebagai hamba dan khalifah. Jadi, tanpa sumber-sumber ini, tamadun Islam akan gagal dalam menyempurnakan amanah yang diberi oleh Allah justeru, membawa kepada kejatuhan tamadun Islam. Sumber-sumber ini memberi penyelesaian dalam permasalahan dalam kehidupan manusia di samping memberi tunjuk ajar sesuatu perkara dari sekecil-kecil hal hingga ke hal yang besar.
|
|
|
Post by muslaininor8 on Nov 30, 2014 13:31:20 GMT
Muslaini Mohd Nor
1. Cabaran dihadapi umat Islam: - Cara hidup yang berpaksikan budaya kuning seperti minum arak, berjudi, lumba haram, pergaulan bebas, clubbing dan lain-lain. -peyalahgunaan media massa atau lebih tepat kebanjiran maklumat palsu ( fitnah ) di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan banyak lagi. - Kurang pencerah tentang ilmu tasawwuf, tauhid, kekeringan fardhu ain dan seterusnya di kawasan atau komuniti yang tandus ilmu menyebabkan mereka menyimpang dari aqidah Islam sebenar.
Jalan penyelesaian : -Bagi setiap cabaran ayng dihadapi oleh umat Islam kerana manusia ini mudah lalai dan lupa akan hakikat sebenar penciptaan mereka. Pada hemat saya, jalan penyelesaian untuk cabaran-cabaran ini dengan berusrah, saling ingat-mengingati anatarasatu sama lain. Selain itu menghadiri majlis-majlis ilmu.
2.
Kepentingan sumber ( Al Quran, Hadis, ijma', ijtihad, tamadun lain ) : -menjadi panduan terhadap kelangsungan tamadun Islam sendiri. -menyelesaikan isu semasa yang timbul pada zaman ini dengan menetapkan hukum atau fatwa dengan proses yang terperinci. -melahirkan umat sebenar berdasarkan matlamat Islam : menjadi hamba dan khalifah.
Kejatuhan Islam: -tiada pegangan yang tetap dari segi panduan keduniaan. -kejatuhan umat hasil kebanjiran masalah yang tak dapat dirungkai -kerosakan pada alam.
|
|
|
Post by wanimairrah78 on Nov 30, 2014 14:00:41 GMT
HAZWANI UMMAIRRAH BINTI MOHD ISA
REFLEKSI TAMADUN 1
1) -Perbezaan fahaman politik dalam kalangan masyarakat
Seperti yang diketahui, isu politik amatlah sensitif dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perbezaan pandangan dan fahaman antara sesetengah mereka yang boleh dikategorikan sebagai ekstremis politik boleh mencetuskan pergaduhan walaupun dalam kalangan keluarga sendiri. Seperti yang kita dapat lihat juga, kebangkitan anak-anak muda sekarang yang masing - masing memperjuangkan parti yang mereka sokong dan ada diantara mereka yang menggunakan cara yang kurang sesuai dan kurang beradab. Ini telah menyebabkan pergaduhan dan perselisihan faham antara masyarakat Malaysia sendiri.
pemimpin yang berkaitan dengan sesuatu parti politik perlu menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. selain itu, masyarakat perlu bijak dan profesional dalam menerima dan melontarkan pendapat.
-peningkatan masalah sosial
sekali lagi dikaitkan dengan anak remaja zaman sekarang yang telah ramai hanyut dalam pelbagai gejala sosial seperti arak, lumba haram, dadah, rogol dan banyak lagi. Hal ini telah meyebabkan keadaan yang tidak selamat dalam kalangan masyarakat dan mengancam nyawa, yang mana masyarakat perlu hidup dalam keadaan kekalutan dan sentiasa berhati-hati.
penerapan nila-nilai islam dilaksanakan oleh ibu bapa sejak anak-anak mereka kecil lagi seperti contoh menghantar anak mereka ke kelas KAFA. Dengan cara ini, mereka akan mempunyai jati diri yang kuat dalam mengharungi cabaran dunia yang lebih mencabar apabila mereka melonjak remaja.
REFLEKSI TAMADUN 2
Sumber primer yang seperti kita tahu ialah Al-Quran dan Hadis. Al-Quran dan Hadis diturunkan sebagai panduan untuk umat manusia menjalani kehidupan seharian dan seterusnya memperkembangkan sesuatu tamadun dengan cara yang betul dari sudut Islam. Jatuhnya sesuatu tamadun itu boleh dikaitkan dengan pengabaian terhadap Al-Quran dan Hadis oleh pemimpin. Pemimpin akan mempin sesebuah tamadun dengan kejam, tanpa keadilan kepada semua rakyat. selain itu, rakyat juga akan hidup dalam keadaan jahiliah tanpa nilai -nilai Islam seperti yang diajar oleh Nabi kita. Apabila keadaan ini berlaku, ini akan memberi peluang kepada musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan tamadun Islam seterusnya melenyapkan tamadun Islam dari muka bumi ini. Selain itu, kejatuhan sesebuah tamadun itu juga boleh dikaitkan dengan pengabaian masyarakat terhadap sebarang perbincangan dan keputusan ulama' dalam menetapkan sesuatu hukum tentang isu semasa. Ini boleh menyebabkan masyarakat hilang landasan tentang mana haram dan mana halal seterusnya hidup dalam keadaan tidak mengambil berat tentang hukum Islam. Ini yang terjadi kepada anak anak muda yang hanyut dengan arak dan dadah.
|
|
|
Post by Che Jauharah on Nov 30, 2014 14:03:39 GMT
Che Jauharah Habsah binti Che Shamsuri
Refleksi Tamadun India 1. Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni binaannya , tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India.
Salah satu fokus utama apabila kita membincangkan berkenaan seni bina Islam adalah binaan Masjid kerana Masjid dan Tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu ikatan yang sangat kuat. Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah. Selain binaan kubah yang tersergam indah , ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran merupakan satu lagi motif islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun islam yang berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayat-ayat suci Al-Quran , biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan
Seni bina Indo-Islam dibahagikan kepada dua fasa yang berbeza iaitu Zaman Kesultanan Delhi(1206M.-1526M.) dan Zaman Moghul(1526M.-1803M). Pada Zaman Kesultanan Delhi(1193M), bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam. Contohnya pembinaan Masjid Quwwat-ul-Islam yang melambangkan seni bina Delhi terawal. Masjid ini dibesarkan oleh pemerintah-pemerintah seterusnya iaitu Iltutmish(1203M.) dan Alauddin Khilji(1296M.-1316M.) Kutub Minar merupakan salah sebuah bangunan yang penting. Menara ini dibina oleh Qutbuddin Aibak dan disiapkan oleh Iltutmish. Pada asalnya tinggi menara ini hanya mencatatkan 75 meter tetapi menjadi 80 meter semasa pemerintahan Firuz Tughluq. Qutbuddin Aibak juga menyumbang kepada pembinaan sebuah masjid yang dikenali sebagai Adhai Din ka Jhonpara di Ajmer.
Seni bina India mengalami perkembangan pesat semasa pemerintahan Alauddin Khilji. Beliau menyumbang kepada pembinaan Alai Darwuza, sebuah dewan yang berbentuk segi empat sama, mempunyai kubah yang dibina daripada batu pasir berwarna merah. Para pemerintah Zaman Tughluq juga menyumbang kepada kemajuan seni bina Islam di India.
Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim.Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia. Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium. Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jahan dan isterinya.Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan. Selain bangunan Taj Mahal, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion didirikan di Red Fort, Delhi semasa pemerintahan Shah Jahan. Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India yang dibina antara tahun 1644M. hingga 1658M.
|
|
|
Post by Che Jauharah on Nov 30, 2014 15:13:00 GMT
Che Jauharah Habsah binti Che Shamsuri
Refleksi Tamadun India 2. Pencapaian tamadun india: 1. Kota raya : besar, terancang dan tersusun rapi. : mencapai taraf hidup yang tinggi. : mempunyai pengkhususan kerja. 2. Ekonomi : sumber yangkukuh dan lumayan. 3. Perdagangan antarabangsa : mempunyai hubungan erat dengan tamadun lain. 4. Tulisan : mempunyai tulisan @ skrip tersendiri menggunakan gambar dan simbol. 5. Matematik : perkenalkan nombor sifar dan algebra. 6. Kesenian : mahir dalam pengukiran barangan perak dan batu permata. Perbezaan tamadun india dahulu dan sekarang.
Dahulu Golongan bawahan rendah tarafnya hingga dijadikan hamba. Menggunakan sistem feudal. Tulisan berbentuk simbol. Pertanian untuk sara diri.
Sekarang Golongon bawahan lebih terjaga tarafnya kerana dilindungi dan diberi hak keistimewaan dalam undang-undang dan perlembagaan. Menggunakan sistem demokrasi berparlimen. Tulisan tidak berbentuk simbol. Pertanian untuk jualan. Faktor perkembangan tamadun india: 1. kestabilan politik 2. sistem pemerintahan yang kuat dan adil 3. pemimpin berwibawa dan dinamis 4. bersifat kreatif dan inovatif 5. sentiasa berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan 6. hubungan dengan tamadun lain seperti hubungan perdagangan dan diplomatik 7. perkembangan pemikiran dan kemahian 8. saling bekerjasama membangunkan ekonomi 9. perkembangan ilmu pengetahuan 10. penjajahan atau penaklukan wilayah
|
|