|
Post by syazwina1995 on Dec 14, 2014 6:45:03 GMT
Refleksi Tamadun 1
Cabaran yang rakyat Malaysia hadapi untuk mengekalkan kerharmonian rakyat termasuklah masalah persaingan antara kaum yang masih lagi boleh dilihat berlaku di Malaysia. Selain itu arak, rokok dan dadah telah menjadikan manusia kini lalai dan semakin lemah dalam usaha mengekalkan kerharmonian. Banyak perkara yang tidak diingini berlaku disebabkan arak dan dadah ini termasuklah pencurian dan pembunuhan. seterusnya masalah rasuah juga merupakan salah satu faktor utama mengapa kerharmonian di Malaysia tidak dapat dicapai dan akhir sekali amalan pergaulan bebas yang diamalkan oleh rakyat kini juga merupakan cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia bagi mencapai keharmonian. Usaha yang boleh dilakukan bagi mengatasi cabaran di atas ialah dengan menguatkan lagi undang-undang Malaysia dan menjatuhkan hukuman yang berat bagi orang yang dosabitkan bersalah agar mereka akan menyesal dan tidak mengulangi kesalahan yang sama. Hukuman yang diber juga adalah bagi mengingatkan orang ramai yang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama. seterusnya kempen-kempen anti dadah dan sebagainya juga harus dilakukan sekerap yang mungkin bagi member penyedaran kepada orang ramai tentang keburukannya.
Refleksi Tamadun 2
Sumber tamadun Islam yang utama adalah AL-Quran dan Hadis. Kedua-dua sumber ini haruslah digunakan sebagai penunjuk serta bimbingan kepada para pengikutnya untuk mengembangkan sesuatu tamadun. Ini adalah kerana kedua-dua sumber ini yang membekalkan segala syariah dan peraturan yang lengkap serta panduan yang akan membawa kepada kejayaan. Apabila sesebuah tamadun itu telah berkembang, banyak unsur negatif yang akan masuk dan melemahkan serta menyebabkan goyahnya pemerintahan. Antaranya ialah lupa akan ajaran serta pegangan yang dibawa dalam al-Quran. Ia mengundang kepada besarnya potensi bagi sesebuah tamadun itu runtuh atau musnah kerana serangan pihak lawan dan merupakan faktor utama runtuhnya tamadun Islam.
|
|
|
Post by syazwina1995 on Dec 14, 2014 6:47:10 GMT
Refleksi Tamadun 1
Cabaran yang rakyat Malaysia hadapi untuk mengekalkan kerharmonian rakyat termasuklah masalah persaingan antara kaum yang masih lagi boleh dilihat berlaku di Malaysia. Selain itu arak, rokok dan dadah telah menjadikan manusia kini lalai dan semakin lemah dalam usaha mengekalkan kerharmonian. Banyak perkara yang tidak diingini berlaku disebabkan arak dan dadah ini termasuklah pencurian dan pembunuhan. seterusnya masalah rasuah juga merupakan salah satu faktor utama mengapa kerharmonian di Malaysia tidak dapat dicapai dan akhir sekali amalan pergaulan bebas yang diamalkan oleh rakyat kini juga merupakan cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia bagi mencapai keharmonian. Usaha yang boleh dilakukan bagi mengatasi cabaran di atas ialah dengan menguatkan lagi undang-undang Malaysia dan menjatuhkan hukuman yang berat bagi orang yang dosabitkan bersalah agar mereka akan menyesal dan tidak mengulangi kesalahan yang sama. Hukuman yang diber juga adalah bagi mengingatkan orang ramai yang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama. seterusnya kempen-kempen anti dadah dan sebagainya juga harus dilakukan sekerap yang mungkin bagi member penyedaran kepada orang ramai tentang keburukannya.
Refleksi Tamadun 2
Sumber tamadun Islam yang utama adalah AL-Quran dan Hadis. Kedua-dua sumber ini haruslah digunakan sebagai penunjuk serta bimbingan kepada para pengikutnya untuk mengembangkan sesuatu tamadun. Ini adalah kerana kedua-dua sumber ini yang membekalkan segala syariah dan peraturan yang lengkap serta panduan yang akan membawa kepada kejayaan. Apabila sesebuah tamadun itu telah berkembang, banyak unsur negatif yang akan masuk dan melemahkan serta menyebabkan goyahnya pemerintahan. Antaranya ialah lupa akan ajaran serta pegangan yang dibawa dalam al-Quran. Ia mengundang kepada besarnya potensi bagi sesebuah tamadun itu runtuh atau musnah kerana serangan pihak lawan dan merupakan faktor utama runtuhnya tamadun Islam.
|
|
a!N!n_hs244
New Member
wE 0wN n0Th!nG ,, buT 0nLy ALLAH tHaT alL0w uS t0 d0 eVeRyTh!Ng .. ^^-
Posts: 7
|
Post by a!N!n_hs244 on Dec 14, 2014 6:57:52 GMT
NURUL AININ SURAYA BINTI MAHADI - HS244 REFLEKSI TAMADUN SATU
Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat ialah masalah-masalah yang dihadapi di negara kita contohnya ialah masalah soisal dalam kalangan remaja. Remaja pada zaman sekarang amat berbeza jika dibandingkan dengan zaman perkembangan islam dahulu. Dulu, Sultan Muhammad Al-Fateh yang hanya berusia 24 tahun telah berjaya menawan Kota Konstantinopel dan beliaulah yang dimaksudkan dalam hadis nabi sebagai sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera ketika itu. Persoalannya, adakah masih wujud pemuda seperti beliau pada zaman sekarang? Jika kita lihat banyak masalah sosial yang berlaku dalam kalangan anak muda di Malaysia seperti arak dan hiburan, pergaulan bebas dan gejala dadah. Antara jalan penyelesaiaannya ialah : 1) meletakkan diri dalam lingkungan persekitaran yang soleh -Peranan remaja itu sendiri amatlah penting untuk tidak mudah terjebak dan terpengaruh dengan persekitaran sosial dan budaya sekarang.Mereka mestilah sentiasa bergaul dengan orang yang berakhlak yang baik yang dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah.Peranan ibu bapa juga amtlah penting di sini untuk mewujudkan suasana yang positif kepada anak-anak mereka contohnya solat berjemaah, membaca Al-Quran bersama-sama dan menggalakkan anak-anak mereka untuk menunaikan solat. 2) kuasa negara islam melalui sistem keadilan dan galakannya -Tanggungjawab negara islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. 3) peranan media massa -Mereka hendaklah lebih bijaksana dalam membimbing, meningkatkan rasionaliti, dan kewaspadaan meilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditonton. 4) peranan sekolah -Pihak sekolah hauslah membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara sihat dan wajar.
REFLEKSI TAMADUN DUA
Sumber primer perundangan Islam 1. Al-Qur’an Al-Qur’an merupakan sumber utama perundangan Islam. Keaslian yang ada pada al-Qur’an tetap terjamin. Oleh kerana syariah Islam bersumberkan al-Qur’an, maka dengan sendiri syariah Islam merupakan syariah yang terbaik, bahkan yang dipilih oleh Allah s.w.t. Al-Qur’an masih sesuai digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk kehidupan semasa kerana isi kandungannya yang lengkap merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, undang-undang, sejarah dan sains. Al-Qur’an mempunyai 114 surah dan jumlah ayatnya sebanyak 6,236 ayat. Daripada jumlah ayat tersebut, lebih kurang 500 ayat sahaja yang berhubung dengan perundangan dan selebihnya menjelaskan tentang akidah dan pembentukan akhlak. Dalam kebanyakkan aspek perundangan, al-Qur’an didatangkan dengan nas secara prinsip-prinsip umum dan kaedah kulliyah supaya hukum-hukumnya dapat diperkembangkan. 2. Al-Sunnah Al-Sunnah ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.aw. sama ada perkataan (qawl), perbuatan (fi’il), pengakuan (taqrir), sifat kejadian dan riwayat hidup Baginda, sebelum dan sesudah Baginda dilantik menjadi Rasul. Al-Sunnah diriwayatkan daripada para sahabat, tabi’in dan seterusnya sehingga ditulis oleh para ulamak pengumpul hadis. Al-Sunnah juga merupakan wahyu daripada Allah s.w.t. Perbezaan antara wahyu al-Qur’an dan wahyu al-Sunnah ialah al-Qur’an diwahyukan oleh Allah s.w.t. secara menyeluruh meliputi lafaz dan maknanya, manakala al-Sunnah pula diwahyukan oleh Allah dalam bentuk maknanya sahaja, dan lafaznya datang daripada Rasulullah s.a.w.
Sumber sekunder perundangan Islam 1. Ijmak Al-Ijmak bererti kata sepakat semua ulamak Islam yang mujtahid pada suatu masa tertentu selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. mengenai sesuatu hukum syariah. Ini bermakna apabila para ulamak bersepakat tentang sesuatu hukum syariah, iaitu sama ada wajib atau haram atau sunat atau makruh atau harus, maka ia menjadi ijmak. Apabila sesuatu hukum telah dicapai secara ijmak, maka wajib bagi anda selepas itu mentaati hukum tersebut.Ijmak dianggap sebagai satu dari sumber perundangan Islam kerana kebenarannya sangat dipercayai. Ini kerana para ulamak yang beriman lagi bertakwa tidak mungkin bersepakat dalam sesuatu perkara yang salah dan berdosa. Mereka sentiasa berusaha sedaya upaya menentang sebarang kesalahan dan dosa kepada Allah s.w.t. Dengan itu, jika mereka bersetuju dan bersepakat dalam sesuatu perkara, ia menandakan bahawa perkara yang disepakati itu adalah benar dan tepat seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Dengan itu, seluruh umat Islam perlu meyakini persetujuan para ulamak dalam menentukan sesuatu hukum termasuk dalam bidang perundangan. 2. Al-Ijtihad Ijtihad bermaksud usaha yang tekun dan teliti yang dilakukan oleh seseorang mujtahid bagi mendapat dan menentukan sesuatu hukum syarak yang amali melalui proses istinbat. Tahukah anda makna istinbat? Istinbat bermaksud memahami, berfikir dan melakukan kajian. Seseorang layak melakukan ijtihad disebut sebagai mujtahid. Seseorang yang telah sampai taraf mujtahid tidak boleh hanya mengikut pendapat orang lain tanpa melakukan ijtihadnya sendiri. Tidak semua hukum atau masalah boleh ditentukan hukumnya melalui ijtihad. Hanya masalah yang hukumnya tidak dinyatakan oleh nas secara pasti sahaja yang boleh diijtihadkan. Bagi masalah yang hukumnya telah dinyatakan oleh nas yang pasti, maka penentuan hukum itu tidak lagi dibolehkan berijtihad.
|
|
|
Post by farhanaismailhs244 on Dec 14, 2014 7:21:39 GMT
NOOR FARHANA BINTI MOHD ISMAIL
SATU Antara cabarannya ialah Membina Bangsa Malaysia yang bersatupadu diletakkan sebagai cabaran pertama Wawasan 2020. Selain itu, Negara tidak mungkin dapat membangun di dalam apa bidang sekalipun jika sekiranya rakyat tidak dapat bersatu hati dan enggan bekerjasama. Kita akur dengan kata-kata seperti “Muafakat membawa berkat”. Kita akui kebijaksanaan kata-kata pusaka “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.” Kita juga sering melaungkan “Bersatu Teguh Bercerai Runtuh”. Negara hanya dapat dibina di dalam suasana yang aman dan damai. Ketenteraman ini hanya dapat dijamin dengan adanya persefahaman di antara rakyat. Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan. Cabaran ketiga ini memperlihatkan hasrat Wawasan 2020 untuk memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan sistem demokrasi Malaysia yang berorientasikan masyarakat dan berasaskan muafakat dan musyawarah. membina Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian yang maju dengan taraf ekonomi yang mampan. Namun begitu matlamat yang ingin dicapai oleh Wawasan ini bukanlah di bidang ekonomi semata-mata kerana kemajuan yang dicita-citakan meliputi segenap bidang kehidupan. Perdana Menteri sering menjelaskan bahawa konsep maju yang sebenarnya ialah maju dari segi ekonomi, maruah dan martabat sebagai suatubangsa yang dihormati. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi. Cabaran seterusnya Wawasan 2020 memperlihatkan bahawa masyarakat yang diingini oleh Wawasan 2020 ialah masyarakat yang maju, saintifik, dan progresif. Cabaran yang seterusnya ini memberikan tumpuan kepada bidang ekonomi. Ekonomi dianggap sebagai keperluan asas sesebuah negara. Masyarakat perlu berada pada tahap ekonomi yang memuaskan sebelum ia dapat membangunkan aspek lain.
Agama Islam adalah agama yang sangat mementingkan keharmonian. Malah, setiap agama juga menggalakkan umatnya supaya hidup dalam keadaan yang harmoni tanpa ada sebarang perbalahan dan pergaduhan di antara satu sama lain. Justeru itu, adalah penting bagi setiap manusia untuk hidup dalam keadaan yang harmoni dan membantu antara satu sama lain. Setiap apa yang terkandung dalam bumi ini adalah kurniaan daripada Allah SWT dan kita sebagai makhluk ciptaannya perlulah berusaha untuk menjaga sumber-sumber yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Setiap manusia perlulah menggunakan sumber-sumber tersebut dengan sepenuhnya agar hasilnya dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan tidak hanya berlegar di kalangan sesetengah masyarakat sahaja. Seperti yang diterangkan di dalam Al Quran, manusia berkongsi 3 asas utama iaitu tanah, air dan api. Jadi, segala apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT mestilah digunakan bersama dengan semaksimum yang mungkin tanpa ada sebarang eksploitasi. Keharmonian adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh Islam. Adalah penting bagi setiap masyarakat untuk menjaga keharmonian sesebuah negara tersebut. Secara tidak langsung, ini juga dapat mewujudkan keharmonian etnik yang cukup bagus di kalangan masyarakat. Bagi mereka yang cuba mengambil kesempatan di atas keharmonian etnik yang telah lama terjalin ini, demi untuk kepentingan mereka sendiri, tindakan tegas perlu diambil kepada mereka. Sebarang pertelingkahan yang berlaku mestilah diselesaikan dengan sebaik mungkin tanpa perlu membangkitkan isu-isu berbaur perkauman. Didikan perlulah diberi bermula dari tunjang agar generasi yang baru dapat mengenali erti keharmonian dan bersama-sama membangunkan negara. Negara Islam mengikut takrif yang longgar merupakan negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Takrif lebih ketat pula ialah negara yang diperintah dengan hukum Islam, berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Negara yang menjalankan pemerintahan Islam berfungsi sebagai penyambung tugas kerasulan dalam memelihara agama dan mentadbir urusan dunia. Pemerintah atau pemimpin Islam perlu menjadi pendua tugas yang telah Rasulullah SAW sempurnakan, iaitu tugas keakhiratan dan keduniaan secara serentak. Oleh itu, tidak memadai dengan hanya penguasaan orang Islam ke atas pemerintahan sedangkan system, peraturannya dan hukumnya tidak secara Islam. Hukum wajib dilaksanakn dengan pemerintahan oleh pemerintah Islam.
DUA Sumber primer : Al-quran dan hadis.Al-quran ialah kitab suci bagi umat islam. Al-quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibrail yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Mengandungi seribu satu macam maklumat untuk digunakan, dianalisa dan dikembangkan oleh manusia. Sumber sekunder : ijtihad.Ijtihad merupakan salah satu sumber hukum yang telah digunakan pada zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Pada umumnya Ijtihad ini boleh ditakrifkan sebagai emncurahkan segala tenaga (buah fikiran) untuk mengeluarkan hukum syarak melalui dalil-dalil syarak iaitu al-Quran, As Sunnah dan Ijmak dengan cara-cara tertentu.Walaupun begitu terdapat beberapa pendapat ulama tentang takrif Ijtihad. Menurut Imam Al-Baidhawi, Ijtihad itu ialah menggunakan sepenuh daya dan masa, dalam memahami sesuatu hukum syarak yang belum ada ketentuan dalam nas.Menurut Imam al-Amidi, mentakrifkan ijtihad sebagai menggunakan sepenuh daya dalam mengagak sesuatu hukum syarak. Imam Al-Subki mentakrifkannya iaitu berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan andaian terhadap sesuatu hukum syarak. Kesimpulannya, Ijtihad itu ialah sesuatu yang dilakukan oleh Mujtahid yang berkelayakan menganai sesuatu perkara yang tidak terdapat hukum di dalam nas ataupun nas yang berbentuk dhanni.
|
|
|
Post by aerweenhs244 on Dec 14, 2014 8:51:01 GMT
NUR' AERWEEN EDRIENA BINTI NAKELI
REFLEKSI TAMADUN 1 CABARAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGEKALKAN KEHARMONIAN
- Cabaran yang pertama dalam membentuk dan memelihara hubungan etnik di Malaysia adalah dari segi perpaduan. Perpaduan merupakan matlamat yang amat penting bagi semua negara yang merdeka. Hal ini kerana perpaduan adalah satu jaminan yang terpenting bagi keutuhan sesebuah negara dan pentadbirannya. Di Malaysia, masalah perpaduan berlaku disebabkan tiadanya persefahaman antara rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa (2000:288-289). Hal ini kerana, masyarakat yang pelbagai di Malaysia masih lagi berpegang teguh kepada peranan tradisional dan nilai-nilai yang terbatas dalam kalangan kaum itu sendiri. Dalam pada itu, dasar-dasar British pada zaman kolonial juga merupakan penyumbang kepada berlakunya masalah ini. Pada zaman penjajahan British, tidak ada satu pun dasar yang tegas untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum ini, bahkan British bertindak mengasingkan kaum-kaum ini mengikut jenis pekerjaan dan asas ekonomi yang berbeza. Tindakan British ini mengakibatkan timbul syak wasangka dan sikap curiga antara satu sama lain dalam kalangan orang Melayu, orang Cina dan orang India seterusnya mewujudkan jurang pemisah serta membantutkan proses perpaduan antara etnik-etnik ini.
- Selain perpaduan, pembentukan jati diri bangsa juga merupakan satu daripada cabaran yang dihadapi dalam isu hubungan etnik di Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jati diri diertikan sebagai sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian sesuatu bangsa (2010:613) atau dalam bahasa mudahnya jati diri adalah identiti sesuatu bangsa. Dalam konteks ini, jati diri bangsa ini boleh kita terjemahkan sebagai jati diri bangsa Malaysia. Antara cabaran dalam memupuk dan membina jati diri bangsa Malaysia ini adalah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mencerminkan bahawasanya rakyat Malaysia pada masa itu masih belum memiliki budaya atau jati diri nasional dalam diri mereka. Justeru, adalah menjadi cabaran buat semua untuk menyemai jati diri bangsa Malaysia dalam memelihara serta mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia.
- Cabaran seterusnya adalah wujudnya pemisahan petempatan yang dilakukan oleh British semasa zaman kolonial. Situasi ini dilihat amat tidak positif terhadap perkembagan pembentukan masyarakat majmuk di negara ini kerana situasi ini bukan sahaja mengehadkan interaksi pelbagai etnik malahan memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnisentrisme dalam kalangan sesuatu etnik. Perkara ini seterusnya akan membawa natijah yang lebih serius seperti menimbulkan prasangka, stereotaip serta mengekalkan kejahilan sesebuah etnik terhadap sebuah lagi etnik yang lain. Oleh yang demikian, perkara ini telah menjadi suatu cabaran besar dalam usaha mewujudkan hubungan etnik yang harmoni dalam usaha meraikan pluraliti budaya secara bersama.
- Berikutnya, yang menjadi cabaran seterusnya adalah adanya pemisahan dalam sistem pendidikan. Seperti pengasingan petempatan juga, pemisahan dalam sistem pendidikan telah menyebabkan interaksi hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama sahaja. Sebagai contoh, orang Melayu pada waktu belajar di sekolah-sekolah pondok, orang Cina pula belajar di sekolah-sekolah Cina, manakala bagi orang india belajar di sekolah-sekolah Tamil (Ismail bin Said, 2012:16-17). Perkara ini jelas sekali menyekat integrasi antara kaum kerana kaum-kaum ini hanya hidup dalam kelompok masing-masing sahaja. Secara tidak langsung, situasi ini telah mewujudkan kesan sama seperti kesan pengasingan petempatan iaitu mewujudkan masyarakat yang berprasangka serta stereotaip terhadap kaum yang lain.
CARA PENYELESAIAN - perpaduan : Pemerintah haruslah memain peranan penting dalam membentuk perpaduan di negara malaysia ini . rakyat malaysia juga haruslah saling bertolak ansur dan saling berkomunikasi untuk mengukuhkan lagi aktiviti perpaduan ini.
-jati diri: setiap orang haruslah mempunyai jati sendiri yang utuh dan jitu dalam diri sendiri dan sekaligus jati diri dalam aspek adat , budaya dan agama dapat menjadi teras panduan hidup masyarakat malaysia .
-politik: penguatkuasaaan undang-undang yang tegas dan pelaksanaan syariat Islam secaara menyeluruh. para pemimpin harus bersikap adil dan telus dalam pentadbiran-mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW . parti politik perlu bersikap terbuka dan mengamalkan permuafakatan ketika berlaku perbezaan pendapat atau ideologi-perbincangan menerusi Majlis Syura
REFLEKSI TAMADUN 2
SUMBER PRIMER
Sumber ajaran islam primer : a. Al-Qur’an Al-Qur’an berarti bacaan. Itu merujuk pada sifat al-qur’an yang difirmankan-Nya dalam al-qur’an (Q.S. Al-qiyamah [75]:17-18), yang artinya : Sesungguhnya kami yang akan mengumpulkannya ( didadamu ) dan membacakanya. Apabila kami telah selesai membacakanya maka ikutilah bacaanya itu. Sedangkan secara istilah adalah wahyu Allah SWT. Yang diturunkan kepada Nabi Muhamad SAW. Yang menjadi undang-undang bagi manusia, memberi petunjuk kepada mereka, dan menjadi sarana untuk melakukan pendekatan diri dan ibadah kepada Allah dengan membacanya. Kemudian fungsi Al-qur’: - Al-Huda adalah sebagai petunjuk - Al-Furqan adalah sebagai pembeda - Al-Syifa’ adalah sebagai obat - Al-Mau’izah adalah sebagai nasehat
b. Hadits Hadits merupakan sumber ajaran islam kedua setelah al-qur’an. Menurut ulama’ hadits pengertian haduts adalah Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW, baik berupa perkataan, perbuatan , taqrir maupun sifat. Sedangakan menurut ulama’ ahli ushul fiqh mengatakan bahwa yang dimaksud dengan hadits adalah. Segala perkataan, perbuatan dan taqrir Nabi SAW yang berkaitan dengan penetapan hukum. Hadits secara etimologi adalah Jalan atau cara yang merupakan kebiasaan yang baik.
SUMBER SEKUNDER Sumber ajaran islam sekunder : a. Ijtihad Ijtihad secara harfiyah adalah pendapat atau pertimbangan. Arti ijtihad sendiri adalah melakukan kesungguhan dan ketekunan optimal untuk menetapkan hukum Syara’. Jadi, ijtihad dilakukan untuk menetapkan hukum yang tidak dipenuhi dalam al-Qur’an dan Hadits
Dasar-dasar Ijtihad Adapun yang menjadi dasar hukum ijtihad ialah al-Qur’an dan al-Sunnah. Diantara ayat al-Qur’an yang menjadi dasar ijtihad yang artinya adalah sebagai berikut: “sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penantang (orang yang tidak bersalah), karena (membela) orang-orang yang khianat. (Q. S. al-Nisa : 105). Adapun sunnah yang menjadi dasar ijtihad diantaranya hadits ‘Amr bin al-‘Ash yang diriwayatkan oleh imam Bukhari, Muslim, dan Ahmad yang menyebutkan bahwa Nabi Muhammad bersabda yang artinya : ”Apabila seorang hakim menetapkan hukum dengan berijtihad, kemudian dia benar maka ia mendapatkan dua pahala, akan tetapi jika ia menetapkan hukum dalam ijtihad itu salah maka ia mendapatkan satu pahala.”
|
|
azida
New Member
Posts: 9
|
Post by azida on Dec 14, 2014 9:11:36 GMT
#NUR AZIDAWATI BINTI ZAINAL *REFLEKSI 1 1)MANIFESTASI RAKYAT BERTAMADUN & CABARAN RAKYAT MALAYSIA DALAM MENGEKALKAN KEHARMONIAN UMAT SEJAGAT - Masyarakat bertamadun merupakan rakyat yang berada di bawah pemerintahan kerajaan yang bercirikan sistem pentadbiran yang efektif & sistematik
- Manakala,rakyatnya berada di bawah pimpinan yang adil & bijaksana serta mengutamakan kebajikan rakyat. Masyarakatnya pula saling menolong antara satu sama lain dalam memajukan dan mengekalkan keamanan negara.
CABARAN : - Malaysia menghadapi cabaran-->mengekalkan keharmonian negara
- Cabaran dalaman pula adalah kesejahteraan antara masyarakat yang berbilang kaum yang mengamalkan pelbagai adat tradisi,warisan & budaya.
- Kepelbagaian ini mampu mengundang salah faham antara kaum yang berlainan bangsa & agama juga boleh mencetuskan perselisihan faham.
- Seterusnya adalah,wujudnya agama yang berlainan.
- Setiap agama mempunyai kepercayaan dan amalan yang berbeza mengikut kesesuaian agama masing-masing.
2)JALAN PENYELESAIAN TERHADAP CABARAN YANG DIHADAPI Antaranya adalah : - Menerapkan unsur menghormati agama dan budaya setiap bangsa.
- Memperaktikkan setiap dalam diri rakyat Malaysia supaya menghargai kelainan agama & budaya yang pelbagai di Malaysia.
*REFLEKSI 2 1)PERKAITAN ANTARA KEPENTINGAN SUMBER & KEJATUHAN TAMADUN ISLAM Kepentingan Sumber : Umum mengetahui sumber primer merupakan->(Al-Quran dan As-sunnah),manakala sumber sekunder->(ijtihad,ijmak ulama’,al-Qias,etc) > Ahli ulama akan memberi panduan kepada manusia dalam memperkembangkan lagi ilmu mereka. > menerangkan apa yang memberi masalah bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan bagi manusia sejagat. > Menetapkan hukum bagi sesuatu keadaan yang baru timbul selari dengan perkembangan zaman. > Melahirkan umat Islam yang sentiasa berada di landasan agama yang benar. Kejatuhan tamadun Islam : > Berlaku penyelewengan dan keruntuhan akhlak moral. > Masyarakat leka dengan kemewahan duniawi. > Kurang didikan agama > Pemimpin tidak amanah > Perbezaan ketara wujud antara golongan kaya & miskin. > Undang-undang dikuatkuasakan secara tidak adil & saksama. > Berlakunya malapetaka dan bencana alam yang merupakan balasan Allah SWT kepada umatNya yang ingkar akan perintahNya.
|
|
|
Post by fatinsyafiqarazali on Dec 14, 2014 11:10:37 GMT
Refleksi tamadun 1
Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia adalah apabila setiap kaum mempunyai sikap saling menghormati antara satu sama lain dan berbudi bahasa. Cabaran rakyat Malaysia dalam mengekalkan keharmonian umat sejagat adalah apabila wujud perbezaan pendapat antara sesuatu kaum di Malaysia yang membawa kepada pergaduhan besar. Selain itu, gejala aktiviti sosial yang semakin berleluasa telah menyebabkan anak-anak muda pewaris bangsa lalai dalam hal agama mahupun duniawi. Mereka telah lupa akan adab dan tatasusila sebagai seorang Islam. Malah mereka seolah-olah hidup di dunia mereka sendiri dan hal ini menyebabkan mereka kurang peka akan permasalahan negara. Antara jalan penyelesaian kepada cabaran-cabaran ini adalah setiap individu di Malaysia perlu diterapkan nilai-nilai murni untuk saling bertoleransi dalam membuat sesuatu keputusan. Di samping itu, aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum utuk saling bekerjasama harus diwujudkan. Malah, bagi anak-anak muda terutamanya yang beragama Islam perlu dididik dari kecil untuk menghayati ajaran agama Islam itu sendiri supaya mereka dengan sendirinya akan sedar akan kesalahan mereka. Hal ini akan membuat mereka lebih rasa bertanggungjawab akan diri, keluarga dan bangsa.
|
|
|
Post by fatinsyafiqarazali on Dec 14, 2014 11:21:03 GMT
Refleksi tamadun 2 Terdapat 2 sumber dalam Islam iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Manakal sumber sekunder adalah ijtihad dan nilai-nilai baik daripada tamadun lain. Sumber-sumber ini amat penting dalam dijadikan panduan hidup umat Islam di dunia ini untuk hidup mengikut syariat Allah. Sekiranya kita mengabaikan sumber ini, bererti kita sebagai umat Islam tidak mempunyai rujukan yang kukuh untuk membuat sesuatu keputusan. Hal ini sudah semestinya akan menyebabkan banyak perselisihan faham dan pendapat malah boleh menyebabkan setiap masyarakat saling bermusuhan. Apabila bermusuhan sudah semestinya tiada kerjasama antara individu dalam masyarakat itu terutamanya yang beragama Islam untuk membangunkan negara ini. Oleh itu, tamadun Islam akan jatuh kerana tiada lagi yang mahu saling berganding bahu mengamalkan agama Islam ini.
|
|
|
Post by shahirahshafiq_hs244 on Dec 14, 2014 14:58:43 GMT
Refleksi Tamadun Islam 1) Cabaran rakyat Malaysia untuk menyebarkan keharmonian umat sejagat adalah keimanan dalam diri umat Islam yang tidak kuat. Di Malaysia, kita hidup di dalam kalangan yang mempunyai pelbagai kaum, agama, bangsa dan juga kepercayaan. Oleh sebab itu, perjudian, arak dan segala perbuatan yang bertentangan dengan Islam wujud di Malaysia. Sesiapa yang tidak kuat agama dan pegangannya pasti akan terpesong dan hanyut. Selain itu, disebabkan berlakunya persaingan yang hebat terutamanya di kalangan remaja yang ingin mendapat tempat sama ada di universiti ataupun tempat kerja, mereka akan menjadi semakin leka dengan sifat wahan iaitu mereka lebih mementingkan dunia dan lebih takutkan mati. Masalah sosial yang dianggap remeh seperti pergaulan bebas, pengguguran bayi, kes rogol, ragut dan samun akan menjadi faktor untuk keharmonian sejagat sukar dikekealkan. Jalan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi umat Islam adalah lebih mendekatkan diri dengan proses mengenal Allah dan Islam dan juga Rasullullah. Menimba ilmu daripada orang yang mempunyai tahap ilmu yang tinggi dalam bidang Islam dan diakui kesahihannye seperti Ustaz Azhar Idrus. Selain itu, didkan secara formal oleh pihak sekolah dan juga universiti untuk pelajar lebih mendalami ilmu agama. Tidak lupa juga kepada pihak media massa dan juga kerajaan haruslah men gambil tindakan untuk memastikan keharmonian sejagat.
2) Seperti yang kita sedia maklum bahawa, sumber rujukan primer dalam Islam adalah Al-Quran dan juga Al-Sunnah, dan ijtihad merupakan sumber sekunder. Antara kepentingan sumber panduan umat Islam dan kejatuhan umat Islam adalah sunber-sumber yang tersebut merupakan panduan yang diturunkan oleh Allah untuk membantu hamba-hambanya dalam menjalani kehidupan seharian dan sekiranya mereka mempunyai kemusykilan sesuatu perkara. Dlam membentuk tamadun, ketiga-tiga sumber yang dinyatakan adalah penting sebagai asas dan juga tapak tamadun. Sekiranya tapak tamadun tersebut berlubang ataupun goyah, maka goyahlah tamadun tersebut. Kejatuhan Islam boleh dikaitkan dengan tiadanya pahlawan yang boleh dijadikan ikutan pada abad ini seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan juga Salahuddin Al-Ayyubi. Kejatuhan tamadun Islam juga boleh dikaitkan dengan sikap sambil lew yang diambil masyarakat dan juga tidakberpegang teguh terhadap agama
|
|
|
Post by Nur Azmah Binti Gulam Manaver on Dec 14, 2014 15:18:52 GMT
NUR AZMAH BINTI GULAM MANAVER
Assalamualaikum,
1.
MANIFESTASI RAKYAT BERTAMADUN DI MALAYSIA
-agama Islam - nilai peradaban tamadun melayu
CABARAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGEKALKAN KEHARMONIAN UMAT SEJAGAT
- Perbezaan Undang-undang syariah di peringkat negeri. - Persaingan perbankkan Islam dengan bank konvensional - Gejala sosial - Penyalahgunaan teknologi ICT - Campuran politik dalam menyelesaikan masalah rasuah - Menginggalkan al-qwuran dan Sunnah (fahaman Wahabi) - Ajaran sesat - Golongan murtad - Media Massa yang berbentuk hiburan dan berunsurkan lucah
JALAN PENYELESAIAN
-Membincangkan dan meluluskan undang-undang syariah di peringkat parlimen/pusat -Memberikan kesedaran tentang bahaya riba -Menguatkan institusi kekeluargaan -Penguatkusaan undang-undang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia - Peka terhadap ajaran sesat dan murtad -Penghayatan al-Quran dan Sunnah
2.
KEPENTINGAN SUMBER PRIMER DAN SEKUNDER
Dalam tamadun manusia, banyak perkembangan baru berlaku . Sebahagian daripada pembaharuan itu tidak berlaku jelas dari segi hukumnya, kerana tidak terdapat secara nyatadalam Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu menjadi peranan ulama atau cendiakawan Muslimuntuk mengolah hukum terhadap perkara-perkara baru berdasarkan keilmuan yang mereka milikidengan merujuk kepada sumber Al-Quran dan Al-Sunnah.Justeru itu umat Islam digalakkan untuk membuat kajian dan meneroka bidang-bidang demikepentingan kemajuan umat Islam khususnya dan dunia amnya selama mana tidak bercanggahdengan tuntutan syariat Islam ini kerana penemuan baru banyak dipengaruhi oleh keupayaaninsan, akal, hawas, pengalaman, dan juga melalui budaya ilmu asing.
KEJATUHAN TAMADUN ISLAM
* PENJAJAHAN BARAT - Dilanda kebekuan dan sifat jumud. Terutama aspek pemikiran dan juga memilikiciri kejahilan. Islam tidak dijadikan suatu cara hidup. Terdedah kepada serangan pemikiran dan fizikal.
* SISTEM PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN - Saluran utama umat Islam. Perubahan terhadap moral umat Islam. Institusi pendidikan Barat ditubuhkan di negara Islam. Umat Islam semakin jauh daripada ajaran Islam. Lahir golongan muslim yang semakin mengagumi tamadun Barat.
* SERANGAN SOSIAL -Keruntuhan moral terutama dalam kalangan pemimpin. Seorang penyair Arab, Ahmad Shawqi (1868-1932) dalam syairnya, “Sesungguhnya tertegaknya sesebuah umat itu adalah disebabkan ketinggian akhlaknya, sekiranya akhlak mereka hilang maka umat tersebut akan lenyap.”
|
|
|
Post by fatinfazirahs244 on Dec 14, 2014 16:32:08 GMT
refleksi tamadun 1 antara cabaran rakyat malaysia untuk mengekalkan kaharmonian ialah semangat perpaduan. setiap masyarakat mempunyai pemikiran dan perangai tersendiri yang susah untuk dididik. di malaysia mempunyai pelbagai kaum iaitu kaum melayu, india dan cina. setiapkaum ini mempunyai budaya dan kepercayaan masing-masing yang kadang kala ada antara mereka memusuhi sesama kaum. masalah sosial yang kian berleluasa kini turut merupakan cabaran masyarakat untuk mengekalkan keharmonian. remaja sekarang tidak menghiraukan akan ikatan perpaduan negara.mereka hanya mementingkan keseronokan semata-mata. oleh itu, jalan penyelesaian yang boleh diambil ialah golongan remaja harusnya dididik dengan nilai agama sejak dari lahir.ibu bapa lah yang memain peranan dalam mendidik anak-anak supaya mereka berada dalam linkungan agama.
refleksi tamadun 2 sumber primer dalam kehidupan masyarakat ialah Al-Quran dan as-sunnah. Al-quran dan as-sunnah merupakan sumber rujukan yang utama dalam setiap perkara. manakala sumber sekunder adalah ijtihad. kepentingan sumber ini ialah menjadi panduan kepada setiap perkara dalam kehidupan masyarakat dan masalah yng timbul. sumber ini juga merupakan asas kepada kehidupan masyarakat.oleh itu, jika asas diri masyarakt sudah goyah, maka tidak mustahillah menyumbang kepada kejatuhan tamadun itu sendiri.
|
|
|
Post by zatiakmal on Dec 15, 2014 10:29:39 GMT
AKMAL IZZATI BINTI AZIZAN
REFLEKSI 1 :
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Walau bagaimanapun, setiap ahli dalam sesebuah masyarakat itu dapat mengekalkan keamanan sejagat tanpa perlu berlakunya peperangan akibat perbezaan pendapat. Pada pendapat saya, hal ini mampu berlaku kerana Islam mengajar penganutnya erti kemanan. Sikap bertolak ansur penting bagi mengekalkan keharmonian negara. Bersikap adill and saksama. Menglibatkan semua kaum dalam aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, rukun tetangga dan persatuan peringkat daerah sehinggalah kebangsaan demi mewujudkan hubungan yang erat sesama masyarakat berbilang kaum. Kewujudan unsur kerjasama dan sikap toleransi antara kaum. Sikap saling memahami antara kaum dan tidak membangkitkan isu-isu sensitif.
REFLEKSI 2 :
Sumber Primer ;
*Al-Qur'an Mukjizat yg diturunkan Allah Taala melalui Malaikat Jibril AS kepada Nabi Muhamad SAW serta membacanya menjadi ibadah. Sumber utama ajaran Islam. Kandungannya merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan, pengetahuan tentang alam ghaib, nilai moral, fakta-fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi. Menurut kajian terdapat > 330 ayat drp 6600 ayat yg terdapat dalam al-Quran yang menyentuh perundangan.
*Al Sunnah Segala yang disandarkan kepada Rasulullah SAW merangkumi perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat atau akhlak dan riwayat hidup baginda sebelum dan sesudah dilantik menjadi rasul. Firman Allah SWT bermaksud: Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah ia dan apa yang ditegahnya, maka tinggalkan ia… (al-Hasyr:7)
Sumber Sekunder ;
*Al-Ijtihad Ijtihad (bahasa Arab اجتهاد) ialah suatu proses penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh sarjana Islam (digelar mujtahid) untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali. Proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran atau al-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri.
Sekiranya pemimpin atau masyarakat tidak menjadikan sumber-sumber tersebut sebagai pegangan utama dalam kehidupan seharian, nescaya, akan sesat seluruh masyarakat itu. Ini adalah kerana, kandungan sumber tersebut lengkap dan mengcakupi setiap aspek dalam kehidupan seharian. Ia umpama pegangan seseorang untuk menjadi panduan dalam kehidupan.
Wallahualam
|
|
|
Post by atiqahdollyxiouse000 on Dec 15, 2014 12:55:32 GMT
Nurul Atiqah Binti Mohd Yusof
Refleksi Tamadun Islam:
Soalan 1
Cabaran rakyat Malaysia dalam mengekalkan keharmonian sejagat:
1. Pengaruh Barat yang semakin memuncak di kalangan remaja
2. Penyebaran fitnah melalui media massa seperti Twitter, Facebook dan sebagainya
3. Pergaduhan atau permasalahan politik Negara
4. Penerapan nilai murni yang semakin kritis
Cara untuk mengatasinya:
1. Kembali kepada rujukan utama iaitu Al-Quran dan hadis.
2. Hendaklah sentiasa mengambil tahu perkembangan atau permasalahan yang berlaku dan jangan mudah mempercayai perkara yang tidak dipastikan.
3. Pemimpin hendaklah merujuk kembali kepada pemerintahan yang telah dikendalikan oleh Rasulullah kerana zaman yang terbaik dalam segala aspek ialah ketika zaman Rasulullah.
4. Pengaruh ibu bapa sangatlah penting dalam memupuk nilai murni terutama dalam kalangan kanak-kanak kerana ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan mereka.
Soalan 2:
Sumber panduan dan rujukan umat Islam terbahagi kepada 2:
Sumber primer: Al-Quran dan As-Sunnah
Sumber sekunder:Ijmak dan sebagainya
Kedua-dua sumber ini merupakan kunci kepada kegemilangan dalam pelbagai aspek kehidupan dan juga kunci kepada segala permasalahan yang berlaku di dunia ini.
Kejatuhan tamadun Islam:
1. Jauh daripada pegangan islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah
2. Mementingkan keduniaan lebih daripada akhirat
3. Terlalu jauh daripada matlamat kita sebagai umat Islam
|
|
|
Post by mierasyidah on Dec 15, 2014 14:38:02 GMT
AMIRAH RASYIDAH BINTI MOHD NASIR (HS244)
REFLEKSI TAMADUN 1: 1. MANIFESTASI RAKYAT BERTAMADUN MALAYSIA Rakyat Malaysia banyak menyuarakan manifestasi untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan yang ada di Malaysia. kebanyakkan daripada rakyat mahukan kerajaan yang boleh mengekalkan perpaduan tanpa menindas mana-mana kaum. rakyat Malaysia juga sentiasa mahukan Malaysia kekal sebagai sebuah negara Islam yang bertamadun dengan sentiasa mengamalkan bentuk pentadbiran mengikut landasan Islam. agama Islam juga tidak dipertikaikan sebagai agama rasmi Malaysia. bahkan rakyat juga ingin mengekalkan adat tradisi orang melayu semasa tamadun melayu yang banyak mengambarkan peribadi orang melayu yang bersopan santun dan sebagainya. malah sistem kesultanan juga dikekalkan sebagai lambang kedaulatan negara.
2. CABARAN RAKYAT MALAYSIA MENGEKALKAN KEHARMONIAN NEGARA Banyak cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam mengekalkan keharmonian Malaysia. rakyat Malaysia masa kini terutama beragama Islam sudah banyak yang mengalami masalah dan gejala sosial. kebanyakkan anak-anak muda ini sudah terikut dengan perlakuan budaya barat yang tidak elok dan melanggar akidah serta ajaran Islam. remaja kala ini banyak yang terlibat dengan masalah dadah, arak, lumba haram, judi dan sebagainya. remaja semakin agerasif dan ingin mencuba sesuatu yang baru dan akhirnya sudah terpengaruh dan sedikit sebanyak menjai aktiviti harian biasa mereka. remaja zaman ini juga dahagakan keseronokan dan tidak memikirkan kesan dari penglibatan gejala sosial. gejala sosial dalam kalangan remaja ini menganggu kerharmonian negara kerana masalah ini semakin berleluasa. malah remaja ini lah sepatutnya menjadi tulang belakang negara nanti.
3. PENYELESAIAN CABARAN DIHADAPI Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai serta ajaran Islam dalam diri anak mereka sejak kecil. malah ibu bapa perlu menghantar anak mereka ke sekolah agama supaya mendapat didikan agama yang sebenar. sedikit sebanyak, anak-anak ini mula mengikuti ajaran Islam dan dapat menerapkan ajaran ini sehingga dewasa. kerajaan juga sepatutnya mencari jalan penyelesaian dengan menggetatkan undang-undang negara. undang-undang ini sebgai amaran kepada remaja sekarang supaya menjaga tingkah laku mereka.
REFLEKSI 2: 1. KEPENTINGAN SUMBER PRIMER & SEKUNDER DAN KEJATUHAN TAMADUN ISLAM Sumber seperti Al-Quran dan Hadis amat penting sebagai panduan masyarakat Islam kerana ini merupakan sumber rujukan bagai umat Islam dalam melaksanakan suruhan Allah swt dan meninggalkan laranganNya. misalnya didalam AlQuran sudah mempunyai maklumat yang terperinci tentang kejadiaan alam, manusia dan sebagainya. alquran juga sebagai panduan kepada negara dalam menyelasaikan masalah berkaitan agama. Jika tiada alquran dan hadis sebagai panduan, tamadun islam akan musnah kerana tiada panduan dalam melakukan ajaran islam. malah masyarakat juga akan melakukan pelbagai perkara sesuka hati tanpa mengetahui baik buruk perbuatan mereka. umat islam juga buta agama dan hanya menggunakan islam sebagai agama tanpa ada pegangan yang sebenar.
|
|
|
Post by amaljaunehs2441c on Dec 15, 2014 14:55:51 GMT
AMAL JAUNE BINTI JALALUDIN - HS244
Refleksi Tamadun 1
Malaysia merupakan salah satu tamadun yang lahir hasil gabungan tiga buah kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Ketamadunan sesebuah negara itu bukanlah diukur melalui kemajuan bandar nya namun dari segi pemikiran, tingkah laku serta budi bahasa. Rakyat Malaysia boleh dikatakan bertamadun walaupun tidak semua mencapai pemikiran, tingkah laku dan budi bahasa yang tinggi. Rakyat Malaysia juga dikatakan bertamadun kerana kita mampu mengekalkan keamanan di negara kita walaupun rakyat di negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Walaupun negara kita masih kekal aman dengan rakyat berbilang bangsa, namun sudah tentu usaha untuk mengekalkan keharmonian negara ini terdapat cabarannya yang tersendiri. Antara cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ialah perbezaan agama dan budaya setiap kaum. Sesetengah individu lebih selesa berkawan dengan orang yang seagama dengannya. Oleh itu, ini menyukarkan rakyat untuk bersatu padu. Selain itu, masalah sosial di dalam negara kita juga menyumbang kepada ketidakharmonian negara kita. Anak-anak muda semakin banyak yang terlibat dengan gejala merempit dan dadah contohnya, yang mana kita tahu memang membawa keburukan di dalam hidup bermasyarakat di sesebuah negara. Selain itu, ketaksuban rakyat Malaysia dengan kelab-kelab bola sepak di Malaysia juga merupakan salah satu cabaran di dalam mengekalkan keharmonian di negara kita. Baru-baru ini, terdapat banyak berita-berita tidak enak tentang pergaduhan yang berlaku di antara peminat-peminat kelab bola sepak yang berlainan di Malaysia. Disebabkan terlalu taksub dengan kelab bola sepak yang disokong, segelintir manusia tidak kisah untuk menimbulkan pergaduhan walaupun sesama kaum sendiri apabila kelab yang diminati mengalami kekalahan. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana sukan diwujudkan untuk mengeratkan hubungan sesama manusia dan bukanlah yang sebaliknya. Antara jalan penyelesaian bagi cabaran-cabaran di atas ialah dengan mewujudkan lebih banyak program yang dapat menghubungkan semua kaum bersama-sama. Seterusnya, masalah sosial itu boleh ditangani sekiranya golongan muda di negara kita mempunyai pegangan agama yang kuat. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya mengajar anak mereka sejak kecil lagi tentang kepentingan beragama dalam kehidupan. Seterusnya bagi masalah ketaksuban terhadap bola sepak pula, sepatutnya pihak polis perlu mengawal stadium dengan lebih ketat sewaktu perlawanan bola sepak bagi mengelakkan pergaduhan daripada berlaku.
Refleksi Tamadun 2 Sumber primer ialah Al-Quran dan Hadith. Seperti yang kita tahu, Al-Quran merupakan panduan lengkap bagi seluruh umat dalam menjalani kehidupan di dunia. Di dalam Al-Quran terpelihara dari segala tokok-tambah. Dengan panduan dari Al-Quran, manusia dapat membezakan antara yang hak dan yang batil. Namun begitu, Al-Quran sahaja tidak cukup bagi kita. Kita juga memerlukan panduan hadis bagi menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Hadis menerangkan perkara-perkara yang kadangkala tidak dijelaskan secara menyeluruh di dalam Al-Quran. Oleh itu, kedua-dua Al-Quran dan Hadis adalah amat penting bagi semua umat.
Sumber sekunder pula ialah ijtihad. Ijtihad dilakukan bagi mendapatkan sesuatu hukum syarak mengenai sesuatu masalah yang tidak mempunyai nas syarak yang jelas tentangnya. Ijtihad sentiasa berkembang mengikut peredaran masa.
Sudah terang lagi bersuluh sumber primer dan sumber sekunder di dalam Islam merupakan panduan yang perlu kita ikuti untuk menjalankan kehidupan sebagai umat Islam dengan sempurna. Apabila penggunaan sumber primer dan sekunder ini diketepikan dalam aspek-aspek kehidupan kita, sudah tentulah kita tidak mampu menjalani kehidupan bertamadun yang sempurna iaitu mengembalikan fitrah kita kepada Allah. Akal sahaja tidak mampu membawa kita kepada fitrah yang sebenar kerana akal kita terbatas. Dicampur pula dengan hawa nafsu di dalam diri kita ini, sudah tentulah kita akan melakukan apa-apa sahaja tanpa memikirkan akibat sesuatu tindakan itu dilakukan. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa sumber primer dan sekunder ini sangat penting dalam kehidupan kita. Malah, apabila tamadun Islam sendiri tidak menggunakan sumber primer dan sekunder, sudah tentulah kejatuhan tamadun Islam akan berlaku kerana kekuatan utama Islam itu tidak digunakan bagi membangunkan tamadun.
|
|