|
Post by syafiqah on Dec 16, 2014 21:14:00 GMT
REFLEKSI 1 -sumber primer dalam tamadun islam adalah al-quran dan sumber sekunder adalah as-sunnah dan ijtihad.. sepertimana yang kita ketahui dalam al-quran terdapat banyak sekali rahsia Allah..untuk hendak mengaitkan kepentingan sumber dengan kejatuhan tamadun Islam.. pada pendapat saya kita sebagai manusia yang berakal hendaklah sentiasa merujuk akan sesuatu perkara yang kita kurang pasti kepada al-quran ataapun alim ulama..hal ini kerana salah satu kejatuhan tamadun Islam adalah sifat masyarakat itu sendiri yang tidak mahu berdaya saing dalam melakukan pembaharuan dalam bidang sains dan teknologi dengan negara Barat yang lain..inilah salah satu sebab yang membuat kita mundur dari negara-negara yang lain..oleh itu,kita hendaklah sennatiasa merujuk kepada benda yang sahih seperti a-quran untuk mengelakkan kejatuhan tamadun sendiri..
|
|
|
Post by syafiqah on Dec 16, 2014 21:26:39 GMT
REFLEKSI 2 pada pendaapt saya terdapat banyak perkara yang Islam telah ubah kepada masyarakat melayu untuk menjadi insan yang lebih bertakwa dan lebih baik.. Islam juga banyak mengubah cara hidup orang melayu yang dulu berpegang teguh kepada ajaran Hindhu-Buddha.. sebgai contoh gelaran raja ditukar kepada sultan yang membawa maksud yang lebih baik dan mempunyai ciri-ciri keislaman dalam maksudnya.. oleh itu kita sebagai orang melayu yang berpegang teguh pada agama Islam hendaklah membuang segala kepercayaan karut supaya ia tidak memjejaskan tamadun melayu itu sendiri..kita kenalah menjadi seorang insan ang lebih bertakwa kepada Allah dan yakin dengan setiap perkara yang telah dittapkan oleh ALLAH S.W.T..
|
|
aima
New Member
Posts: 1
|
Post by aima on Dec 17, 2014 4:09:51 GMT
Bismillahirahmanirahim,
Soalan 1.
Rakyat bertamadun di Malaysia. Bagi saya, kita, masyarakat Malaysia masih lagi belum mencapai definisi tahap rakyat bertamadun itu sendiri. Seperti kita lihat dalam video 1, rakyat Malaysia masih lagi dibelenggu dengan masalah sosial seperti lumba haram, hiburan melampau. Padahal, jika kita lihat contoh rakyat bertamadun ketika era kegemilangan tamadun Islam dahulu, rakyatnya sangat berkaliber. Sebagai contoh, penguasaan ilmu dalam kalangan mereka sangat mengujakan. Sehinggakan, untuk menjadi doktor, mereka perlu ditapis. Menunjukkan betapa bijak pandai mereka. Selain itu, mereka juga menguasai seluruh bidang. Tidak terhad kepada satu sahaja.
Cabaran untuk kekalkan keharmonian di Malaysia bagi saya :
- Masalah komunikasi yang wujud dalam kalangan mereka yang berbeza pandangan politik - Anasir luar juga memainkan peranan. - Sikap rakyat Malaysia yang tidak suka memerhati pandangan terlebih dahulu. Maksudnya, jika ada satu isu panas keluar, rakyat Malaysia terus menghentam. tanpa selidik kebenaran terlebih dahulu. - Tidak menghormati sensitiviti agama lain. - Sikap segelintir yang suka mengambil kesempatan atas orang lain. - Masalah keteguhan agama dalam diri
Cadangan : - Rakyat Malaysia perlu la didedahkan dengan kepentingan ilmu sejak dari kecil - sistem pembelajaran Malaysia tidak perlu terlampau 'exam oriented' - maka, kita akan belajr untuk ilmu, jadi kita akan lebih terbuka dan berpengatahuan. maka maslah keharmonian dapat diselesaikan,
-pendedahan ilmu agama dari kecil - ibu bapa memainkan peranan yang penting. ilmu ini perlu diterapkan dari kecik. agar ianya sebati dengan diri kita.
Soalan 2.
Sumber Al Quran dan Hadis sangat penting. Apabila kita tidak lagi berpegang kepada dua sumber ini, kita dapat melihat kejatuhan tamadun atau kerajaan itu.
Contoh mudah, seperti kerajaan turki uthmaniyyah, lewat pemerintahan nya, kita dapat lihat bagaimana pemerintah kerajaan itu tidak lagi memerintah dengan baik, tidak lagi berpandukan agama Islam. Kelamahan dalam pentadbiran ini dapat dilihat melalui sikap sultan sendiri. yakni lebih mementingkan hiburan shingga menyebabkan kerosakkan moral. Contoh, Sultan Murad II telah dikuasai nafsu sepanjang masa pentadibarannya sehingga mempunyai 118 anak. .Kehidupan yang bermewahan akhirnya mendorong perlakuan tidak bermoral sehinggan membawa kejatuhan kerajaan ini.
Maka, tidak syak lagi, bahawa, Al Quran dan Hadis merupakan dua sumber yang penting dalam memastikan kegemilangan sesebuah tamadun / kerajaan / pemerintahan itu.
|
|
|
Post by asheerazaimi on Dec 17, 2014 12:21:04 GMT
SITI NORASHEERA BT ZAIMI HS244 1.Bincangkan manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia dan cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat. Cadangkan jalan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh umat Islam. Antara cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian adalah masalah golongan yang terlibat dengan arak dan gejala dadah, pergaulan bebas, lumba haram, Islam jauh dari diri, dihanyut arus duniawi, orang Islam seolah-olah digengam, akhirat dilupai, budaya jahil tidak diambil peduli, melampau-lampau dalam hiburan, khayalan keterlaluan. Jalan penyelesaiannya ialah melalui pihak pihak yang bertanggungjawab perlulah mendekatkan diri dengan golongan ini dan menasihatkan mereka.Pihak bertangungjawab perlulah mendekatkan diri dengan golongan ini supaya kita dapat mengetahui masalah dan punca mereka jadi begini. Mula langkah perubahan itu dimulakan dengan kehendak diri sendiri atas dasar ingin tahu dan keinginan untuk berubah. Perubahan perlulah petunjuk serta jalan yang betul agar kita memilih jalan yang benar dalam membetulkan apa yang salah. Selain itu, kekerapan mencari ilmu dari sumber yang tepat haruslah digalakkan dalam dunia remaja kini yang menjadi pemangkin asas agama Islam itu sendiri. Pergerakan aktif badan-badan dakwah dalam menyelamatkan generasi yang semakin hayut untuk menyahut seruan berdakwah. Ikhlaskan diri serta berniat keranaNya dalam setiap perlakuan tugas yang cuba dilakukan.
2. Eksistensi sumber primer dan sumber sekunder dalam kehidupan masyarakat menjadi panduan terhadap kelangsungan tamadun Islam. Kemukan hujah anda dengan mengaitkan kepentingan sumber dan kejatuhan tamadun Islam Sumber tamadun Islam yang utama adalah AL-Quran dan Hadis. Seperti yang kita tahu selagi seseorang itu berpegang pada al quran dan hadis insyaallah selagi itu tidak akan tersesat.Al Quran adalah satu satunya kitab yang diturunkan dan tidk diselewengkan dan dipelihara oleh Allah Kedua-dua sumber ini digunakan sebagai penunjuk arah serta bimbingan kepada para pengikutnya untuk mengembangkan sesuatu tamadun. Apabila sesebuah tamadun itu telah berkembang, banyak unsur yang cemburu terhadap kelebihan yang ada pada tamadun tersebut dan banyak faktor menyebabkan goyahnya pemerintahan ketika itu. Salah satu antaranya ialah lupa akan ajaran serta pegangan yang dibawa dalam al-Quran. Ia mengundang kepada besarnya potensi bagi sesebuah tamadun itu runtuh atau musnah kerana serangan pihak lawan. Sebagai contoh, amalan rasuah yang diamalkan oleh pemerintah merupakan satu faktor yang mengundang kemerosotan tamadun tersebut kerana dalam sumber tamadun Islam telah dinyatakan bahawa mengambil rasuah adalah haram. Di samping itu, melakukan serangan terhadap musuh sedangkan musuh masih tidak bertindak apa-apa amatlah ditegah dalam sumber yang kita ketahui. Al- Quran mengatakan sekiranya musuh tidak berbahaya kepada kita, maka digalakkan untuk berbincang atau bermusyawarrah terlebih dahulu sebagai tanda kesopanan serta sifat keterbukaan kita yang dapat ditunjukkan kepada pihak lawan. Pihak berkuasa lebih mementingkan kepentingan dirinya berbanding rakyat. Sedangkan, dalam sumber Islam telah dinyatakan bahawa kesenangan serta kekayaan itu haruslah dikongsi bersama agar kenikmatan serta kemurniaan kurniaan Allah itu dapat dikongsi bersama-sama
|
|
|
Post by yuslinda on Dec 17, 2014 12:31:14 GMT
SOALAN 1 MANIFESTASI RAKYAT BERTAMADUN DAN CABARAN SERTA CARA PENYELESAIAN.
AgamaNamun begitu kadangkala terdapat isu-isu yang sensitif yang dibangkitkan di antara agama yang jika tidak ditanggani dengan baik boleh mencetuskan konflik dan rusuhan antara agama. Antara isu yang pernah timbul yang membabitkan soal sensitiviti agama ialah berkenaan tuntutan jenazah orang yang telah memeluk Islam oleh keluarganya yang tidak Islam, pembinaan rumah ibadat orang bukan Islam di kawasan penduduk majoriti Islam dan yang terkini ialah iklan Hari raya Aidilfitri yang menyelitkan unsur-unsur agama lain seperti terdapatnya elemen Santa Claus. Penyiaran iklan ini oleh sebuah syarikat televisyen swasta telah menyebabkan umat Islam menjadi marah dan dibantah keras oleh pihak-pihak yang memperjuangkan agama Islam.
MEDIA Barat menentukan polisi pemberitaan Berlaku propaganda meningkat imej Barat dan memburukkan imej Islam Semua berita yang disebarkan adalah berdasarkan: Persepsi Barat Kehendak & kepentingan Barat Saluran berita barat Dominasi dunia Barat dalam media cetak dan elektronik Dikuasai oleh sekumpulan syarikat gergasi berpusat di Amerika Syarikat dan Britain: CNN,BBC, AP, UPI, Reuters
SOSIAL Barat mengeksport cara hidup sosial yang bebas lepas daripada pegangan agama seperti hedonistic, ponografi dan kebebasan tanpa batas. Budaya hidup Barat ditonjolkan melalui budaya pengguna dijelmakan melalui 3F (Food, Fashion, Fun) . Penyebaran aliran liberal dan menyediakan dana khas bagi melahirkan golongan liberal di kalangan umat Islam seperti Islam liberal di Indonesia. Barat menggalakan pemisahan antara agama dan sains, dan punca kelahiran sekularisme,
Penyelesaian masalah sosial
Peranan keluarga sebagai institusi asas masyarakat perlu dikekalkan dan diperkukuhkan bagi memastikan perkembangan pembangunan sosio ekonomi negara. Pusat Khidmat Keluarga, Sosial Dan Komuniti PKKSK ditubuhkan. POLITIK Politik antarabangsa didominasi oleh kuasa besar seperti Amerika, Britain, Perancis dsb Kebanyakan pemimpin negara miskin dan membangun bergantung kepada kuasa Barat Majlis keselamatan PBB membuat keputusan mengikut telunjuk Amerika seperti isu Palestin, serangan ke atas Afghanistan dan Iraq Amerika bertindak sebagai ‘polis dunia’ dalam kebanyakan persengketaan wilayah dan antarabangsa seperti di Somalia, Bosnia, Palestin, Kashmir dsb Amerika muncul kuasa –politik tunggal (unipolar) kerana memiliki kekuatan ketenteraan yang kuat Penguasaan politik Barat melalui amalan demokrasi liberal ala Barat HAK ASASI Hak asasi manusia: Hak untuk hidup Hak mendapat ilmu Hak kebebasan dll Hak untuk hidup dan memilih cara hidup tertentu adalah tuntutan fitrah Berlaku pencerobohan hak: Hak mentadbir negara diceroboh oleh kuasa besar seperti: Palestin, Iraq Afghanistan
EKONOMI Syarikat-syarikat multi-nasional Barat seperti Amerika, Britain, German menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa Sistem kewangan dunia dikawal oleh sekumpulan syarikat kewangan gergasi seperti Exxon, Mobil, Shell, para pedagang matawang, bank dunia, IMF dsb Kesan penjajahan Barat mengakibatkan kebanyakan negara dunia kini terbelenggu dengan sistem ekonomi pasaran bebas atau sistem ekonomi kapitalisme. Menguasai ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Berusaha keras membangunkan teknologi strategik negara melalui kegiatan R&D. Memahami realiti amalan dan penghayatan Islam. Membina kekuatan dan mempertingkatkan perpaduan ummah. Memperteguhkan jatidiri. Memperkukuhkan institusi keluarga. Memperkukuhkan perpaduan nasional di semua peringkat masyarakat Membina kekuatan ekonomi Menyokong dan berbangga dengan budaya dan produk sendiri Memperkasa ekonomi negara, khususnya ekonomi bumiputera. Membina kekuatan politik dan ketenteraan Memperkukuhkan pertahanan negara dengan teknologi canggih yang dibangunkan sendiri. Penyelesaian kepada ekonomi,hak asasi dan politik
Selaras dengan itu penjelasan, penataran dan pengembangan konsep hak asasi manusia,ekonomi dan politik dari perspektif Islam sangat releven untuk mengekang gejolak nafsu ammarah dan kecenderungan jahat manusia yang semakin bermaharajalela di segenap peringkat. Islam mampu menampilkan alternatif dalam bidang ini kepada manusia sejagat berdasarkan rekod sejarah kegemilangannya. Kuasa Barat ternyata bangkrap, tidak adil terhadap dunia Islam bahkan terhadap negara dunia ketiga dan tidak mampu untuk memimpin obor peradaban, nilai kemanusiaan untuk membangun kesejahteraan masyakarat manusia sejagat.
SOALAN 2
Kepentingan sumber primer dan sekunder Walau bagaimanapun, beberapa pihak yang membaca dan mengkaji sejarah, pernah bertemu dengan sumber primer (primary sources), atausumber pertama (first-hand sources); mereka mendapat maklumat mereka itu pada tahap kedua (second hand). Adalah lebih senang untuk membaca apa yang sejarawan moden Edward Gibbon katakan .Semua sumber primer, dan mungkin berhujah bahawa beliau telah memberikan satu keterangan yang lebih benar, lebih lengkap dan lebih menarik mengenai jangka masa tersebut berbanding dengan keterangan yang boleh ditemui dalam mana-mana tulisan salah seorang daripada mereka Sumber kedua yang terbaik. Sebagai satu hal yang berkaitan dengan fakta, ia biasanya "ditampal" bersama-sama daripada buku-buku panduan atau makalah-makalah yang lebih tua dan mungkin empat, lima atau enam kali jauhnya daripada sumber asal pengetahuan tersebut.
Faktor Kemerosotan dan Keruntuhan Tamadun
i. Ketidakadilan dan perbezaan jurang di kalangan rakyat dan pemerentah akan menyebabkan sesuatu tamadun itu akan jatuh atau musnah kerana banyak pemerontakan berlaku dan akhir sesebuah tamadun yang diciptakan itu musnah dengan tangan rakyatnya sendiri ii. Penindasan dan kezaliman juga akan menyebabkan sesebuah tamadun itu akan musnah sedikit demi sedikit kerana melalui pemerontakan yang berterusan akan memusanhkan sesebuah tamadun yang telah dibina itu sedikit demi sedikit. Pementah tiadk mempunyai masa untuk memajukan tamadun manakala rakyat pula sibuk dengan pemerontakan dan mereka tidak mempunyai masa untuk membina budaya dan tamadun mereka. v. Malapetaka dan bencana alam juga boleh membawa kepada kemusnahan buadaya dan tamadun itu sendiri. Banyak kisah-kisah sesebuah tamadun yang hebat Musnah disebabkan bencana yang berlaku samaada melalui gempa bumi, gunung berapi, rebut yang kencang dan sebagainya telah memusnahkan sesebuah tamadun itu
|
|
|
Post by yuslinda on Dec 17, 2014 12:46:30 GMT
NUR YUSLINDA FATIN BT YUSRI REFLEKSI TAMADUN ISLAM
SOALAN 1 MANIFESTASI RAKYAT BERTAMADUN DAN CABARAN SERTA CARA PENYELESAIAN.
AgamaNamun begitu kadangkala terdapat isu-isu yang sensitif yang dibangkitkan di antara agama yang jika tidak ditanggani dengan baik boleh mencetuskan konflik dan rusuhan antara agama. Antara isu yang pernah timbul yang membabitkan soal sensitiviti agama ialah berkenaan tuntutan jenazah orang yang telah memeluk Islam oleh keluarganya yang tidak Islam, pembinaan rumah ibadat orang bukan Islam di kawasan penduduk majoriti Islam dan yang terkini ialah iklan Hari raya Aidilfitri yang menyelitkan unsur-unsur agama lain seperti terdapatnya elemen Santa Claus. Penyiaran iklan ini oleh sebuah syarikat televisyen swasta telah menyebabkan umat Islam menjadi marah dan dibantah keras oleh pihak-pihak yang memperjuangkan agama Islam.
MEDIA Barat menentukan polisi pemberitaan Berlaku propaganda meningkat imej Barat dan memburukkan imej Islam Semua berita yang disebarkan adalah berdasarkan: Persepsi Barat Kehendak & kepentingan Barat Saluran berita barat Dominasi dunia Barat dalam media cetak dan elektronik Dikuasai oleh sekumpulan syarikat gergasi berpusat di Amerika Syarikat dan Britain: CNN,BBC, AP, UPI, Reuters
SOSIAL Barat mengeksport cara hidup sosial yang bebas lepas daripada pegangan agama seperti hedonistic, ponografi dan kebebasan tanpa batas. Budaya hidup Barat ditonjolkan melalui budaya pengguna dijelmakan melalui 3F (Food, Fashion, Fun) . Penyebaran aliran liberal dan menyediakan dana khas bagi melahirkan golongan liberal di kalangan umat Islam seperti Islam liberal di Indonesia. Barat menggalakan pemisahan antara agama dan sains, dan punca kelahiran sekularisme,
Penyelesaian masalah sosial
Peranan keluarga sebagai institusi asas masyarakat perlu dikekalkan dan diperkukuhkan bagi memastikan perkembangan pembangunan sosio ekonomi negara. Pusat Khidmat Keluarga, Sosial Dan Komuniti PKKSK ditubuhkan. POLITIK Politik antarabangsa didominasi oleh kuasa besar seperti Amerika, Britain, Perancis dsb Kebanyakan pemimpin negara miskin dan membangun bergantung kepada kuasa Barat Majlis keselamatan PBB membuat keputusan mengikut telunjuk Amerika seperti isu Palestin, serangan ke atas Afghanistan dan Iraq Amerika bertindak sebagai ‘polis dunia’ dalam kebanyakan persengketaan wilayah dan antarabangsa seperti di Somalia, Bosnia, Palestin, Kashmir dsb Amerika muncul kuasa –politik tunggal (unipolar) kerana memiliki kekuatan ketenteraan yang kuat Penguasaan politik Barat melalui amalan demokrasi liberal ala Barat HAK ASASI Hak asasi manusia: Hak untuk hidup Hak mendapat ilmu Hak kebebasan dll Hak untuk hidup dan memilih cara hidup tertentu adalah tuntutan fitrah Berlaku pencerobohan hak: Hak mentadbir negara diceroboh oleh kuasa besar seperti: Palestin, Iraq Afghanistan
EKONOMI Syarikat-syarikat multi-nasional Barat seperti Amerika, Britain, German menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa Sistem kewangan dunia dikawal oleh sekumpulan syarikat kewangan gergasi seperti Exxon, Mobil, Shell, para pedagang matawang, bank dunia, IMF dsb Kesan penjajahan Barat mengakibatkan kebanyakan negara dunia kini terbelenggu dengan sistem ekonomi pasaran bebas atau sistem ekonomi kapitalisme. Menguasai ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Berusaha keras membangunkan teknologi strategik negara melalui kegiatan R&D. Memahami realiti amalan dan penghayatan Islam. Membina kekuatan dan mempertingkatkan perpaduan ummah. Memperteguhkan jatidiri. Memperkukuhkan institusi keluarga. Memperkukuhkan perpaduan nasional di semua peringkat masyarakat Membina kekuatan ekonomi Menyokong dan berbangga dengan budaya dan produk sendiri Memperkasa ekonomi negara, khususnya ekonomi bumiputera. Membina kekuatan politik dan ketenteraan Memperkukuhkan pertahanan negara dengan teknologi canggih yang dibangunkan sendiri. Penyelesaian kepada ekonomi,hak asasi dan politik
Selaras dengan itu penjelasan, penataran dan pengembangan konsep hak asasi manusia,ekonomi dan politik dari perspektif Islam sangat releven untuk mengekang gejolak nafsu ammarah dan kecenderungan jahat manusia yang semakin bermaharajalela di segenap peringkat. Islam mampu menampilkan alternatif dalam bidang ini kepada manusia sejagat berdasarkan rekod sejarah kegemilangannya. Kuasa Barat ternyata bangkrap, tidak adil terhadap dunia Islam bahkan terhadap negara dunia ketiga dan tidak mampu untuk memimpin obor peradaban, nilai kemanusiaan untuk membangun kesejahteraan masyakarat manusia sejagat.
SOALAN 2
Kepentingan sumber primer dan sekunder Sumber Primer : Al-Quran, As-SunnahSumber Sekunder : Ijtihad, nilai-nilai baik dari tamadun lain Walau bagaimanapun, beberapa pihak yang membaca dan mengkaji sejarah, pernah bertemu dengan sumber primer (primary sources), atausumber pertama (first-hand sources); mereka mendapat maklumat mereka itu pada tahap kedua (second hand). Adalah lebih senang untuk membaca apa yang sejarawan moden Edward Gibbon katakan .Semua sumber primer, dan mungkin berhujah bahawa beliau telah memberikan satu keterangan yang lebih benar, lebih lengkap dan lebih menarik mengenai jangka masa tersebut berbanding dengan keterangan yang boleh ditemui dalam mana-mana tulisan salah seorang daripada mereka Sumber kedua yang terbaik. Sebagai satu hal yang berkaitan dengan fakta, ia biasanya "ditampal" bersama-sama daripada buku-buku panduan atau makalah-makalah yang lebih tua dan mungkin empat, lima atau enam kali jauhnya daripada sumber asal pengetahuan tersebut.
Faktor Kemerosotan dan Keruntuhan Tamadun
i. Ketidakadilan dan perbezaan jurang di kalangan rakyat dan pemerentah akan menyebabkan sesuatu tamadun itu akan jatuh atau musnah kerana banyak pemerontakan berlaku dan akhir sesebuah tamadun yang diciptakan itu musnah dengan tangan rakyatnya sendiri ii. Penindasan dan kezaliman juga akan menyebabkan sesebuah tamadun itu akan musnah sedikit demi sedikit kerana melalui pemerontakan yang berterusan akan memusanhkan sesebuah tamadun yang telah dibina itu sedikit demi sedikit. Pementah tiadk mempunyai masa untuk memajukan tamadun manakala rakyat pula sibuk dengan pemerontakan dan mereka tidak mempunyai masa untuk membina budaya dan tamadun mereka. v. Malapetaka dan bencana alam juga boleh membawa kepada kemusnahan buadaya dan tamadun itu sendiri. Banyak kisah-kisah sesebuah tamadun yang hebat Musnah disebabkan bencana yang berlaku samaada melalui gempa bumi, gunung berapi, rebut yang kencang dan sebagainya telah memusnahkan sesebuah tamadun itu
|
|
|
Post by nur farah nadiah on Dec 17, 2014 13:10:35 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
Jika dilihat tamadun Islam zaman dahulu sangat berbeza dengan sekarang. Pada zaman dahulu, ilmu sangat ditekankan dalam kehidupan sehingga lahirkan ramai ilmuan dalam sesuatu bidang. Ilmu pengetahuan sangat berkembang maju dan banyak pusat-pusat ilmu yang dibina oleh pemimpin bagi memudahkan kerja-kerja penyampaian ilmu. Selain itu, umat Islam terdahulu juga mempunyai semangat jihad yang tinggi. Mereka sanggup mengorbankan diri bagi mempertahankan negara dan agama Islam itu sendiri.
Jika dibandingkan dengan zaman sekarang , memang jauh bezanya terutama sekali di Malaysia. Terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh negara dalam membentuk rakyat supaya menjadi penyumbang kepada negara. Pusat-pusat hiburan lebih banyak dibina daripada pusat ilmu. Selain itu, rakyat juga dibelenggu dengan gejala sosial yang semakin berleluasa. Oleh itu, pemimpin harus mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung masalah ini sebelum terlambat. Rakyat harus dipupuk dengan semangat cinta akan negara dan cinta akan ilmu pengetahuan. Dengan ini, barulah negara Malaysia boleh berkembang maju dan menjadi contoh kepada negara Islam yang lain.
REFLEKSI TAMADUN 2
Terdapat dua jenis sumber yang menjadi rujukan kita iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Kedua-dua sumber ini penting bagi menjadi rujukan dalam menjalankan sesuatu perkara. Pada zaman sekarang, masyarakat lebih mengambil berat tentang sumber sekunder berbanding dengan sumber primer. Hal ini kerana sumber sekunder lebih mudah bagi mereka untuk dijadikan rujukan.
Sumber primer iaitu Al-Quran dan As-Sunnah merupakan sumber yang paling penting dalam membina tamadun. Hal ini kerana kedua-dua sumber ini merupakan peninggalan Rasulullah SAW kepada umatnya untuk dijadikan rujukan dalam kehidupan. Jika sumber ini diabaikan , nescaya akan berlaku keruntuhan dalam masyarakat mahupun tamadun. Oleh itu, sangat penting untuk masyarakat menjadikan sumber primer ini sebagai sumber yang utama kemudian diikuti dengan sumber sekunder agar kelangsungan masyarakat dan tamadun dapat diteruskan dengan baik.
|
|
|
Post by asheerazaimi on Dec 17, 2014 13:42:58 GMT
1.Bincangkan manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia dan cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat. Cadangkan jalan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh umat Islam. Antara cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian adalah masalah golongan yang terlibat dengan arak dan gejala dadah, pergaulan bebas, lumba haram, Islam jauh dari diri, dihanyut arus duniawi, orang Islam seolah-olah digengam, akhirat dilupai, budaya jahil tidak diambil peduli, melampau-lampau dalam hiburan, khayalan keterlaluan. Jalan penyelesaiannya ialah melalui pihak pihak yang bertanggungjawab perlulah mendekatkan diri dengan golongan ini dan menasihatkan mereka.Pihak bertangungjawab perlulah mendekatkan diri dengan golongan ini supaya kita dapat mengetahui masalah dan punca mereka jadi begini. Mula langkah perubahan itu dimulakan dengan kehendak diri sendiri atas dasar ingin tahu dan keinginan untuk berubah. Perubahan perlulah petunjuk serta jalan yang betul agar kita memilih jalan yang benar dalam membetulkan apa yang salah. Selain itu, kekerapan mencari ilmu dari sumber yang tepat haruslah digalakkan dalam dunia remaja kini yang menjadi pemangkin asas agama Islam itu sendiri. Pergerakan aktif badan-badan dakwah dalam menyelamatkan generasi yang semakin hayut untuk menyahut seruan berdakwah. Ikhlaskan diri serta berniat keranaNya dalam setiap perlakuan tugas yang cuba dilakukan.
2. Eksistensi sumber primer dan sumber sekunder dalam kehidupan masyarakat menjadi panduan terhadap kelangsungan tamadun Islam. Kemukan hujah anda dengan mengaitkan kepentingan sumber dan kejatuhan tamadun Islam Sumber tamadun Islam yang utama adalah AL-Quran dan Hadis. Seperti yang kita tahu selagi seseorang itu berpegang pada al quran dan hadis insyaallah selagi itu tidak akan tersesat.Al Quran adalah satu satunya kitab yang diturunkan dan tidk diselewengkan dan dipelihara oleh Allah Kedua-dua sumber ini digunakan sebagai penunjuk arah serta bimbingan kepada para pengikutnya untuk mengembangkan sesuatu tamadun. Apabila sesebuah tamadun itu telah berkembang, banyak unsur yang cemburu terhadap kelebihan yang ada pada tamadun tersebut dan banyak faktor menyebabkan goyahnya pemerintahan ketika itu. Salah satu antaranya ialah lupa akan ajaran serta pegangan yang dibawa dalam al-Quran. Ia mengundang kepada besarnya potensi bagi sesebuah tamadun itu runtuh atau musnah kerana serangan pihak lawan. Sebagai contoh, amalan rasuah yang diamalkan oleh pemerintah merupakan satu faktor yang mengundang kemerosotan tamadun tersebut kerana dalam sumber tamadun Islam telah dinyatakan bahawa mengambil rasuah adalah haram. Di samping itu, melakukan serangan terhadap musuh sedangkan musuh masih tidak bertindak apa-apa amatlah ditegah dalam sumber yang kita ketahui. Al- Quran mengatakan sekiranya musuh tidak berbahaya kepada kita, maka digalakkan untuk berbincang atau bermusyawarrah terlebih dahulu sebagai tanda kesopanan serta sifat keterbukaan kita yang dapat ditunjukkan kepada pihak lawan. Pihak berkuasa lebih mementingkan kepentingan dirinya berbanding rakyat. Sedangkan, dalam sumber Islam telah dinyatakan bahawa kesenangan serta kekayaan itu haruslah dikongsi bersama agar kenikmatan serta kemurniaan kurniaan Allah itu dapat dikongsi bersama-sama
|
|
|
Post by nurwafa on Dec 18, 2014 17:36:26 GMT
REFLEKSI 1 Antara cabaran mengekalkan keharmonian umat sejagat di Malaysia ialah masalah gejala sosial yang semakin berleluasa seperti penyalahgunaan dadah, ketagihan alkohol, lumba haram dan pergaulan bebas. Gejala sosial ini telah menyebabkan kita lalai dan leka dengan keseronokan dunia sehingga lupa dan alpa akan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Sepertimana yang kita semua sedia maklum akan kisah keburukan arak di mana arak merupakan air kencing syaitan dan menjadi ibu kepada segala kejahatan; seorang sufi disuruh memilih sama ada membunuh kanak-kanak, berzina atau minum arak, dan dia memilih yang dirasakannya paling ringan iaitu meminum arak. Akhirnya akibat khayal dan mabuk, dia telah berzina. Kemudian kerana takut dosanya diketahui oleh orang lain, dia telah membunuh kanak-kanak tersebut. Selain itu, masalah rasuah yang kian mendominasi dada-dada akhbar semakin membimbangkan. Hal ini kerana majoriti mereka yang terlibat ialah orang Melayu, beragama Islam. Inilah hasilnya apabila kita disogokkan dengan kemewahan dunia semata-mata sehingga hilang integriti dan jati diri kita sebagai muslim. Sesungguhnya kita tahu bahawa makanan daripada rasuah itu adalah haram dan perkara haram yang menjadi darah daging kita boleh menyebabkan doa kita tidak diterima. Hal ini telah disebutkan dalam sebuah hadis: Suatu hari, Saad bin Abi Waqas menemui Nabi Muhammad, sambil bertanya: “Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah, agar doaku sentiasa mustajab dan ditunaikan.”
Rasulullah kemudian menjawab: “Wahai Saad, untuk memastikan doa anda terkabul, jagalah makananmu. Demi Allah yang nyawa Muhammad di tangan-Nya, jika seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama 40 hari.
“Dan sesiapa juga hamba yang baginya tumbuh (membesar) daripada makanan haram dan riba, maka nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat Ibnu Abbas).
Di samping itu, masalah paling ketara dalam masyarakat Malaysia ialah persaingan politik sehingga menimbulkan prasangka dan tanggapan negatif sesama anggota masyarakat. Ahli politik yang berkempen akan memburukkan pihak lawan untuk meraih undi. Hal-hal sebegini sebenarnya menanamkan kebencian dalam diri pengundi kepada pihak lawan sehingga timbulnya kes-kes pergaduhan dan ugutan yang akhirnya membawa kepada kebinasaan diri kita sendiri seterusnya merosakkan kelestarian hubungan sesama kita.
REFLEKSI 2 Oleh itu, antara uslub dan minhaj yang boleh dipraktikkan dalam usaha menangani masalah ini ialah peranan ibu bapa sebagai orang yang paling hampir dengan anak-anak untuk memantau aktiviti mereka di rumah dan luar rumah. Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk anak-anak mereka agar dapat mencegah perkara yang tidak diingini selain memberikan anak-anak didikan agama secukupnya serta berusaha untuk menjadi khusnul khatimah buat anak-anak mereka. Jiran juga harus membantu melaporkan perkara yang berlaku semasa ketiadaan ibu bapa. Seterusnya, pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam menangani masalah rasuah di negara kita dengan mengenakan hukuman dan denda yang lebih berat; dan yang paling utama ahli politik mestilah berkempen secara sihat tanpa sebarang unsur fitnah dan tuduhan terhadap pihak lawan. Sumber utama dalam Islam ada dua: sumber pertama ialah al-Quran di mana Allah SWT telah menjanjikan bahawa Allah akan memelihara kesucian, kebenaran dan ketulenan al-Quran sehingga ke akhir zaman dan sumber kedua ialah hadis iaitu perkataan, perbuatan, kesaksian dan sifat-sifat yang disandarkan kepada Rasulullah. Rasulullah SAW telah meninggalkan dua perkara ini untuk umatnya sebelum baginda wafat sebagai penunjuk jalan dan teladan kepada kita semua. Kegagalan kita dalam mengimplementasikan al-Quran dan hadis dalam kehidupan menyebabkan kita terpesong daripada landasan Islam sebenar dan mengakibatkan kerosakan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan tamadun. Telah diriwayatkan dalam sebuah hadis, Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". Sifat manusia yang semakin leka dengan nikmat dan urusan dunia sehingga melupakan akhirat akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita perlu ingat bahawa tamadun yang terbina marcapada ini ialah kerana keizinan Allah. Maka, jika Allah ingin memusnahkan sesebuah tamadun itu, ianya pasti akan berlaku. Banyak kejadian bencana yang mengakibatkan ramai korban sejak kebelakangan ini dan apabila diselidik semula, pasti sesuatu kemungkaran telah berlaku di kawasan itu. Allah menurunkan bencana itu sebagai peringatan buat mereka yang lalai dan sebagai ujian kepada mereka yang beriman.
|
|
|
Post by shirlyn on Dec 18, 2014 17:53:04 GMT
Refleksi Tamadun 1 Soalan 1) Manifestasi : - Apa yang saya faham tentang manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia ialah cara yang ditunjukkan oleh rakyat dalam menunjukkan bahawa mereka bertamadun. Manifestasi memberi penekanan kepada beberapa aspek termasuklah cara poilitik negara dikendalikan, ekonomi yang kukuh, dan tabiat rakyat dalam kehidupan seharian.
Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan Keharmonian umat sejagat. - Politik yang tidak stabil kerana peralihan kuasa menyebabkan perubahan sistem. - Gejala sosial dalam kalangan belia yang semakin meningkat. - Salah faham antara agama yang menyebabkan pergaduhan. - Pengaruh zaman moden yang menyebabkan sesetengah rakyat memandang rendah terhadap tatasusila. Langkah-langkah penyelesaian: - Mewujudkan satu sistem Negara yang stabil dan tidak berubah semasa peralihan kuasa berlaku. - Minta pertolongan dari ibu bapa dan semua yang terlibat dalam pembentukan akhlak belia masa depan untuk mendidik anak-anak dari kecil dan mengurangkan pendedahan mereka kepada dunia moden yang boleh menyebabkan mereka terpengaruh. - Memahami dan menghormati cara dan kepercayaan orang lain tanpa mempersoalkan kepercayaan mereka.
Soalan Dua:) Sumber primer dan sumber sekunder memberi banyak manfaat dalam pembentukan tamadun Islam kerana sumber-sumber ini dapat membantu dalam menyebarkan ilmu dan lain-lain. Sumber ini juga boleh menyebabkan kejatuhan sekiranya disalah gunakan, contohnya dengan memutar belit maklumat-maklumat dalam sumber tersebut yang boleh menyebabkan keraguan dalam kalangan masyarakat.
|
|
|
Post by anuartomy on Dec 19, 2014 2:18:01 GMT
1 cabaran dan halangan Malaysia utk mengekalkan keharmonian umat: *perbezaan fahaman politik *pengaruh media massa *penyebaran fitnah yg semakin berleluasa *cara hidup kebanyakan masyrakat yang tidak mengikuti landasan agama
Jalan penyelesaian #mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama serta mengamalkannya dlm kehidupan seharian #mengadakan kempen kesedaran #para cendekiawan perlu menyampaikan kepada masyarakat tentang kepentingan hidup dalam keadaan harmoni tanpa perpecahan
2 Kepentingan sumber panduan umat islam ~rujukan utk menyelesaikan masalah yg timbul dlm masyarakat ~mengelakkan perbezaan pendapat yg boleh membawa kpd perpecahan umat ~mewujudkan perpaduan umat sekaligus membawa kecemerlangan kpd umat
Kejatuhan umat islam -berlaku pergaduhan hasil daripada perbezaan pendapat -berlaku fitnah yg meluas -masyarakat tidak berpegang teguh dgn ajaran islam
|
|
|
Post by nikamalia on Dec 19, 2014 4:21:15 GMT
NIK AMALIA ZAINAB BINTI NIK MOHAMED
Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia Ibu bapa dan guru merupakan orang yang harus dihormati kerana mereka lebih bepengalaman dan merekalah yang mendidik kita. Orang tua harus dihormati dan orang muda pula harus disayangi. Di Malaysia, mereka yang membuang sampah merata-rata dan yang tidak beradab di jalan raya dianggap tidak bertamadun. Budaya terima kasih dan membaca juga merupakan satu manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia. Walaupun budaya ini tidak meluas lagi, namun kerajaan telah menimbulkan kesedaran terhadap perkara ini.
Cabaran rakyat Malaysia mengekalkan keharmonian umat sejagat Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa. Sesetengah isu yang dianggap biasa di negara lain merupakan perkara yang sensitif di Malaysia. Cabaran rakyat Malaysia ialah mereka harus menjaga perlakuan mereka agar tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini. Ada sesetengah perkara yang dilakukan oleh satu kaum itu tidak dilakukan oleh kaum yang lain. Sebagai contoh, masyarakat Melayu makan daging tetapi kebanyakan masyarakat India tidak. Sekiranya mereka tidak memahami satu sama lain, maka perselisihan faham akan berlaku. Oleh itu, toleransi amat penting dalam masyarakat Malaysia. Komunikasi juga amat penting agar sesuatu maklumat itu dapat disampaikan dengan berkesan.
Sumber primer dalam Islam ialah Al-Quran. Al-Quran ialah sumber utama yang mencetuskan kelahiran tamadun Islam. Al-Quran mengandungi syariat Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, perundangan, ilmu pengetahuan, persoalan-persoalan ghaib dan sebagainya. Sumber sekunder pula merupakan Al-Sunnah dan Ijtihad. Al-Sunnah berperanan sebagai pentafsir Al-Quran serta menjelaskan perkara yang tidak disentuh secara langsung dalam Al-Quran. Ijtihad pula adalah salah satu cara atau sumber dalam menyelesaikan permasalahan semasa ummah jika perkara-perkara tersebut tidak disentuh oleh Al-Quran atau Al-Sunnah. Jika dilihat pada sejarah, kejatuhan tamadun Islam berlaku apabila para pemerintah dan rakyat tamadun tersebut tidak mengikut ajaran yang dibawa oleh sumber-sumber yang disebutkan. Hal ini kerana mereka mula melakukan larangan Allah SWT dan meninggalkan suruhan-Nya. Sesebuah tamadun itu pula akan dibinasakan oleh Allah SWT supaya menjadi pengajaran untuk tamadun seterusnya agar tidak melakukan perkara yang sama.
|
|
sarah
New Member
Posts: 6
|
Post by sarah on Dec 19, 2014 14:14:27 GMT
Sarah Ahmad Sabri
Refleksi 1 Manifestasi rakyat bertamadun - Masyarakat bertamadun dimenifestasikan oleh budaya dan akhlak sesebuah masyarakat tersebut. Sebagai contoh, seseorang itu dianggap bertamadun apabila dia mempunyai kehalusan akhlak dan etika. Sebagai contoh, kita memandang tinggi Jepun kerana mereka mempunyai nilai dan etika yang tinggi.
Cabaran dalam mengekalkan keharmonian - Sifat asobiyah sestengah masyarakat - Arus permodenan menyebabkan skil menyelesaikan masalah masyarakat semakin berkurang kerana jarang menghadapi kesusahan hidup. - Permodenan juga menyebabkan tersemainya semangat ke-aku-an dalam masyarakat. Tidak memikirkan tentang orang sekeliling asalkan diri sendiri cukup.
Cadangan penyelesaian - Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak agar tidak bersifat pentingkan diri sebaliknya mempunyai jiwa yang besar. Ini dapat dilakukan dengan memberi pendedahan kepada realiti masyarakat dan memberi anak tersebut kasih sayang yang cukup tanpa terlalu mengongkong. - Sekolah memainkan peranan penting dalam menghapus semangat asobiyah dan menjadi medium di mana pelajar saling mempelajari toleransi. Oleh itu guru juga memainkan peranan. Guru tidak sepatutnya menggalakkan persaingan dalam bangsa yang berbeza.
Refleksi 2 Eksistensi sumber primer dan sekunder menjadi panduan kehidupan masyarakat. Apabila masyarakat mengamalkan panduan ini, maka sebuah tamadun islam yang baik akan terbentuk. Sebaliknya, sekiranya masyarakat tidak menjadikan sumber-sumber ini sebagai panduan, maka keruntuhan tamadun islam itu berkemungkinan untuk berlaku. Sebagai contoh, masyarakat melayu banyak mempercayai perkara tahyul dan khurafat. Perkara sebegini tidak terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah. Kepercayaan karut ini seperti anai-anai yang memakan iman seorang muslim.Antara contoh lain termasuk lah adat istiadat di dalam istana. Hal ini justeru mampu meruntuhkan tamadun islam.
|
|
|
Post by nazihahothamanhs2441a on Dec 19, 2014 14:20:56 GMT
NOR NAZIHAH BINTI CHE OTHAMAN HS2441A
REFLEKSI 1
Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia ialah adanya sikap saling hormat menhormati diantara satu sama lain dengan tidak mengambil kira agama, bangsa, status dan latar belakang sesorang. Di Malaysia cabaran yang dihadapi oleh rakyat dalam mengekalkan keharmonian sejagat adalah mentaliti assabiyah dalam masyarakat. Yang ingin ditekankan disini ialah momokan dari masyarakat lain yang mengatakan bahawa rakyat yang berada kekal berada, rakyat yang miskin kekal miskin. Sikap ini telah mewujudkan jurang antara orang miskin dan orang yang berada. oleh itu, bagi melenyapkan jurang ini rakyat seharusnya menitik berat kan pendekatan sederhana yang diamalkan Rasulullah SAW iaitu bersifat kesederhanaan yang dianjurkan kepada umat Islam serta rakyat negara ini dalam menjalani kehidupan mereka. Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435 Hijrah, 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' patutlah dipuji. Khususnya bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, pendekatan kesederhanaan berimbang atau wasatiyyah mampu membantu usaha membina negara yang bersatu padu serta mengekalkan keharmonian kaum.
|
|
|
Post by izzahfazira on Dec 19, 2014 14:22:45 GMT
Refleksi 1:
Manifestasi memberi penekanan kepada 5 fokus utama iaitu meligat pelaburan, mengungguli modal insan, mencerna aktiviti dan mencetus inovasi, program transformasi luar Bandar, memperkejap perkhidmatan awam dan meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan rakyat.
Cabaran rakyat Malaysia: •Pengaruh Barat: o Penguasaan media cetak dan media elektronik. o Penguasaan politik. o Penguasaan bidang sosial. •Gejala sosial yang semakin berleluasa: o Penglibatan dalam arak dan hiburan. o Gejala dadah berleluasa. o Pergaulan dan seks bebas antara lelaki dan perempuan. •Ketidakfahaman dan perselisihan pendapat dalam politik. •Cara hidup yang menyimpang dari ajaran agama: o Bertambahnya ajaran-ajaran sesat dan khurafat. o Pengaruh syiah yang menggoyah keimanan dalam diri.
Jalan penyelesaiannya: •Memperkasa jati diri masyarakat Islam: o Pengembangan ilmu pengetahuan. o Peguasaan teknologi terkini dan tercanggih. •Mengamalkan cara hidup berdasarkan al-Quran & as-Sunnah. •Memperkasakan undang-undang: o Memberi hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. o Membasmi segala gejala rasuah. o Mengadakan hokum hudud bagi orang Islam. •Mengeratkan Hubungan Ulama-Umarak-Ummah. •Menyemarakkan Semangat Kekitaan.
Refleksi 2:
Sumber primer: Al-Quran dan As-Sunnah. Sumber sekunder: Ijtihad dan nilai baik tamadun lain.
Kepentingan sumber primer & sekunder: •Pelengkap hidup manusia dan membantu dalam menyempurnakan tugas sebagai manusia dan khalifah di muka bumi. •Menyelesaikan masalah isu semasa yang timbul pada zaman ini dengan menetapkan hokum atau fatwa dengan proses yang terperinci.
Kejatuhan tamadun Islam: •Keruntuhan akhlak dalam isi lapis masyarakat: o Tidak menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan hidup. •Banyak unsur fitnah yang boleh memcahbelahkan masyarakat Islam. •Berlaku percanggahan yang serius: o Tiada unsur persefahaman dan persepakatan dalam menyelesaikan masalah.
|
|