|
Post by Sara Nabilah on Nov 30, 2014 16:10:57 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia dapat dilihat pada kewujudan agama dan kepercayaan, kewujudan sistem organisasi dan pemerintahan yang teratur dengan Yang Dipertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi di Malaysia yang memerintah berdasarkan perlembangan dan undang-undang negara Malaysia.Selain itu manifestasi Malaysia sebagai negara bertamadun dapat dilihat pada pembangunan fizikal seperti bangunan mercu negara, tempat- tempat perlancongan selain daripada kewujudan kepelbagaian kepenggunaan jenis bahasa di Malaysia walaupun bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi negara.Namun, cabaran yang dihadapi umat sejagat negara malaysia bagi mengekalkan keharmonian negara adalah pengaruh luar yang tidak sihat dan buruk seperti penyalahgunaan dadah, hubungan seks bebas,pergaulan bebas dan sebagainya.Jadi, jalan penyelesaian yang dapat diambil bagi mengatasi masalah ini adalah menarik mereka yang sudah terpesong kembali kejalan Allah melalui pendekatan tentang permasalahan yang menyebabkan mereka terjebak dengan aktiviti tidak sihat tersebut dan seterusnya membimbing mereka dengan ajaran agama Islam yang sebenar.Malah golongan orang yang lain yang tidak terjebak pula haruslah diperjelaskan dan diperkukuhkan ketaqwaan mereka kepada Allah dengan bimbingan agama juga oleh ustaz dan para ulama agama supaya mereka juga tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat itu. Perihal agama ditekankan kerana jika kuat kepercayaan seseorang itu kepada Allah yang satu ditambahi pula dengan amal soleh maka baik lah akhlak nya InshaAllah.
REFLEKSI TAMADUN 2
Sumber primer tamadun Islam adalah wahyu Allah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah manakala sumber sekunder pula adalah ijtihad antara para ulama mujtahidin.Al-Quran merangkumi konsep ketuhanan,perundangan,ilmu pengetahuan,persoalan ghaib dan lain-lain.Oleh itu ,Al-Quran dapat memberi panduan kepada manusia untuk menjalankan kehidupan di dunia sebagai khalifah di muka bumi yang taat kepada Allah yang satu.Kepentingan As-Sunnah pula adalah sebagai pentafsir Al-Quran kerana ia menjelaskan perkara- perkara yang tidak disentuh secara langsung oleh Al-Quran.Hal ini kerana ,As-Sunnah merangkumi perkataan, perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dan juga pengakuan atau pengiktirafan Nabi Muhammad S.A.W terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat Baginda.Al-Ijtihad pula dapat menyelesaikan permasalahan semasa ummah sekiranya perkara tersebut tidak disentuh oleh al-Quran mahupun as-Sunnah.Kegagalan umat islam mahupun manusia sejagat untuk berpegang kukuh dan beramal dengan ilmu dari sumber ini akan mencetuskan kecelaruan dalam pemerintahan negara mahupun dikalangan masyarakat itu sendiri sehingga boleh menyebabkan kejatuhan tamadun.
|
|
|
Post by ainsyafira on Nov 30, 2014 16:27:40 GMT
TAMADUN ISLAM
REFLEKSI 1 : Cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat ialah yang pertama dari aspek sosial. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan membawa kepada keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang berlanjutan. Runtuhnya akhlak remaja kini adalah kerana pegangan akidah yang longgar dan kurangnya ilmu pengetahuan.Aspek sosial ini juga dapat dikaitkan dengan gaya hidup kebanyakan remaja sekarang yang rosak akibat najis dadah,arak dan hiburan. Hal ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh budaya luar terutama sekali budaya dari Barat terhadap remaja di Malaysia. Aspek yang kedua pula ialah politik. Perbezaan fahaman politik menjurus kepada perpecahan umat. Umat kini lebih memperjuangkan parti politik masing-masing dibandingkan dengan tujuan asal dan tersasar daripada tujuan sebenar berpolitik. Pada pendapat saya, jalan penyelesaian kepada semua cabaran ini ialah berbalik semula kepada pemerintahan yang benar-benar berasaskan kepada panduan Al-Quran dan As-Sunnah.
REFLEKSI 2 : Sumber amat penting dalam pembangunan sesebuah tamadun. Tamadun yang berasaskan sumber yang betul dapat membentuk umat yang hebat. Sebagai contoh semasa zaman pemerintahan Rasulullah, umat Islam berjaya mengalahkan 1000 orang tentera musyrikin walaupun bilangan umat Islam sedikit. Sewaktu zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh, Konstantinopel berjaya ditawan pada usia seawal 24 tahun. Kehebatan tentera muslimin ketika itu tiada tandingan. Tokoh-tokoh Islam terdahulu yang berjaya membentuk sebuah tamadun yang hebat hasil daripada ketauhidan terhadap Yang Esa dan pegangan yang kukuh terhadap Al-quran dan As-sunnah. Jika dibandingkan dengan umat kini yang lebih cintakan duniawi, umat terdahulu jauh lebih hebat. Kesimpulannya, tamadun yang dibina bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah dapat membentuk umat yang hebat dan berani berkorban demi pembangunan agama.
|
|
famy
New Member
memberi itu lebih baik dari menerima
Posts: 6
|
Post by famy on Nov 30, 2014 21:19:15 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
Cabaran Malaysia untuk mengekalkan keharmonian: -berlainan ideologi dan pendapat sesama pemimpin negara dan juga masyarakat sejagat. -wujud pertelingkahan antara kaum termasuk hal berkaitan agama. -gejala sosial yang berleluasa dan sukar dibendung di mana kebiasaannya golongan ini mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat. -amanah individu untuk menjalankan tugas dengan telus dan saksama tanpa sebarang kecacatan seperti rasuah, penipuan, penindasan dan sebagainya.
Jalan penyelesaian -kembali kepada panduan utama umat Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. -bersatu dalam perbezaan ideologi untuk mencetuskan sesuatu yang baru dan selari dengan ajaran agama. -pemimpin harus bersatu dan memberi teladan yang baik untuk kesepaduan dan keharmonian rakyat. -memupuk nilai kasih sayang, hormat, toleransi kepada jiwa umat melalui kempen, ceramah, institusi keluarga dan pendidikan dan sebagainya.
|
|
|
Post by lcj on Nov 30, 2014 22:15:49 GMT
Refleksi Tamadun 1
Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat dan penyelesaiannya:
1) Sifat perkauman yang melampau
- Kita perlu mencontohi kerjasama yang diberikan oleh semua rakyat Malaysia pramerdeka yang bekerjasama untuk mencapai kebebasan daripada cengkaman penjajah, walaupun mereka berlainan bangsa dan keturunan. Kita harus ingat bukan orang Melayu sahaja yang memberi sumbangan kepada kemerdekaan tanah melayu. Pemimpin memainkan peranan yang besar sebagai contoh kepada rakyat dengan memupuk budaya hormat menghormati antara kaum, bukan sebaliknya seperti mengeluarkan kenyataan-kenyataan sensitif yang boleh mencetuskan kontroversi dan perbalahan antara kaum.
2) Perbezaan fahaman politik -Kita harus bersikap lebih matang dan berfikiran lebih terbuka dalam menangani masalah perbezaan politik. Kita harus faham bahawa politik ini bertujuan untuk membina sebuah negara yang kukuh dari setiap aspek. Janganlah kita terlalu taksub dengan sesebuah parti sehingga tidak boleh bezakan yang mana betul dan yang mana salah.
Refleksi Tamadun 2
Kaitan kepentingan sumber dan kejatuhan tamadun Islam:
Sumber Primer : Al-Quran, As-Sunnah Sumber Sekunder : Ijtihad, nilai-nilai baik dari tamadun lain
Al-Quran adalah sumber utama untuk membina sesebuah tamadun kerana ia lengkap.Terdapat 330 ayat mengenai perundangan termaktub di dalam al-Quran. As-Sunnah penting dalam menjelaskan perkara-perkara samar di dalam Al-Quran. Ijtihad para mujtahid pula perlu untuk menyelesaikan masalah ummah apabila hukum di dalam al-Quran dan as-Sunnah tidak jelas. Nilai-nilai tamadun lain yang elok juga boleh dicontohi.Kita dapat lihat setiap sumber berkait rapat antara satu sama lain. Oleh itu, apabila seseorang pemimpin mengabaikan salah satu dari sumber-sumber di atas dalam kepimpinannya, maka runtuhlah tamadun Islam kerana sumber tamadunnya tidak lengkap.
|
|
|
Post by anisahmunirah on Dec 1, 2014 2:00:25 GMT
Anisah Munirah Binti Mohd Faiz
REFLEKSI TAMADUN #1
Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat. Antaranya ialah pengaruh gejala sosial yang berleluasa, terutamanya dalam kalangan remaja. Hal ini termasuklah sikap penyalahgunaan dadah, hubungan seks bebas, lumba haram dan sebagainya. Selain itu, sikap perkauman yang melampau juga menjadi rintangan dalam proses mengekalkan keharmonian umat sejagat. SIkap perkauman dan perbezaan ideologi antara masyarakat majmuk sering kali mencetuskan pertelingkahan antara sesama masyarakat. Jalan penyelesaian yang perlu diambil oleh umat Islam dalam menangani cabaran – cabaran ini adalah dengan pertama sekali mendidik anak – anak sejak kecil lagi, tentang ajaran yang telah diterapkan dalam Islam, iaitu berunsurkan panduan yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan As Sunnah. Mereka yang telah terpesong pula, janganlah pula kita biarkan dan memaki hamun mereka. Malah, ia menjadi tanggungjawab umat Islam untuk membantu mereka menyedari kesalahan mereka dan mendidik mereka ke arah kebaikan. Dalam aspek perkauman pula, masyarakat Islam harus memahami bahawa bukan sahaja bangsa dan agama kita yang wujud di Negara ini, tetapi juga pelbagai bangsa dan agama yang lain. Islam telah mengajar kita untuk menghormati kepercayaan dan cara hidup masyarakat majmuk demi keamanan umat sejagat dan kita seharusnya menghargai perbezaan yang wujud antara sesama masyarakat. Malah, hal ini boleh kita anggap sebagai nikmat Allah SWT yang telah memberi kita peluang untuk membelajari bahawa walaupun kita mampu hidup bersama dengan masyarakat pelbagai bangsa dan agama dengan keharmonian, kita masih mampu berpegang teguh kepada agama Islam.
REFLEKSI TAMADUN #2
Sumber primer Islam ialah Al – Quran dan As – Sunnah manakala sumber sekunder Islam ialah ijtihad dan nilai – nilai daripada tamadun lain. Sumber Al – Quran merupakan panduan utama orang Islam di dunia dalam menjalani kehidupan dan melaksanakan amalan – amalan yang dapat dijadikan bekalan pada hari akhirat kelak. As – Sunnah merupakan perkataan, perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dan juga pengakuan atau pengiktirafan Nabi Muhammad S.A.W terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat baginda yang tidak tercatat dalam Al – Quran. Ijtihad pula dijadikan sumber untuk menyelesaikan segala percanggahan yang tercetus dalam kepercayaan Islam. Sumber – sumber ini penting untuk mengekalkan keseimbangan kehidupan sebagai seorang Muslim. Keruntuhan Tamadun Islam berlaku kerana sumber – sumber ini diabaikan dan manusia mula bertindak mengikut perasaan.
|
|
|
Post by nurasiya on Dec 1, 2014 2:11:45 GMT
Refleksi 1
Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia bermula dengan kedatangan agama,perkembangan ilmu dan penghasilan teknologi .Agama haruslah dijadikan sebagai titik tolak dalam perkembangan sebuah tamadun yang gemilang.Agama islam agama yang syumul dan sesuai dijadikan sebagai Ad deen dalam kehidupan masyarakat. Cabaran rakyat Malaysia dalam mengekalkan keharmonian sejagat dapat dilihat dari segi perbezaan dalam sistem pendidikan,fokus yang berlainan dalam sektor ekonomi dan berbeza ideology politik dan pengaruh dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Jalan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi dalam umat Islam ialah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar,yang berlandaskan Al Quran dan sunnah dan mengamalkan nilai nilai murni yang baik agar dapat mengukuhkan ukhuwah dan mewujudkan perpaduan.
Refleksi 2
Sumber perundangan dalam Islam terbahagi kepada 2 iaitu sumber primer dan sumber sekunder.Sumber primer terbahagi kepada al Quran dan al Sunnah.Manakala,sumber sekunder ialah ijmak dan seterusnya. Al-Qur’an merupakan sumber utama perundangan Islam. Oleh kerana syariah Islam bersumberkan al-Qur’an, maka dengan sendiri syariah Islam merupakan syariah yang terbaik, bahkan yang dipilih oleh Allah s.w.t. Al-Qur’an masih sesuai digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk kehidupan semasa kerana isi kandungannya yang lengkap merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, undang-undang, sejarah dan sains. Al-Sunnah juga merupakan wahyu daripada Allah s.w.t.
Kegagalan berpegang kepada perundangan Allah s.w.t dan mementingkan kepentingan diri sendiri dengan mengikut hawa nafsu membawa kepada berlakunya pemerintahan menjadi lemah,terjadinya perpecahan kaum,penyelewengan dan keruntuhan akhlak seterusnya membawa kepada kejatuhan tamadun
|
|
|
Post by Che Jauharah on Dec 1, 2014 2:49:02 GMT
Che Jauharah Habsah binti Che Shamsuri 1. cabaran rakyat malaysia -pengaruh budaya kuning -perbezaan politik -gejala sosial -membina keharmonian
jalan penyelesaian -pelaksanaan cara hidup berlandaskan al-quran dan sunnah -melaksanakan hukum hudud -penerapan ilmu agama dari usia muda. -menghentikan siaran hiburan yang melalaikan di media massa.
2.sumber panduan utama masyarakat Islam ialah Al-Quran dan sunnah.Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dihurai dan diperincikan oleh al-Sunnah.tanpa sumber ini,masyarakat akan terpesong dari landasan yang lurus seperti berjalan dalam kegelapan.tanpa pegangan kepada sumber sesebuah tamadun itu mulai goyah dan akan jatuh.
|
|
|
Post by noorsabrina on Dec 1, 2014 6:41:23 GMT
Refleksi Tamadun 1 Cabaran dihadapi umat Islam : -Gejala sosial yang kronik seperti arak dan hiburan,pergaulan bebas,lumba haram -Banyak berlaku perbezaan pendapat dalam bidang politik -Media massa yang melampau sehingga dapat menghasut unsur-unsur negatif dalam jiwa pemuda
Jalan penyelesaian terhadap cabaran dihadapi : -Mengikuti usrah -Menghadiri majlis-majlis ilmu -Mengamalkan cara hidup yang berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah
Refleksi Tamadun 2 Kepentingan sumber Panduan Umat Islam (Al-Quran,Hadis,Ijma',Ijtihad): -Dapat melaksanakan matlamat Islam yang sebenar iaitu menjadi khalifah di muka bumi dan sebagai hambaNya -Sebagai rujukan dan penyelesaian untuk segala permasalahan dan isu semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian -Mengelakkan pergaduhan jika berlaku percanggahan pendapat
Kejatuhan Umat Islam : -Tidak bersepakat dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan banyak berlaku percanggahan pendapat -Tiada pegangan agama yang kukuh sehingga mudah terpengaruh dengan unsur negatif yang dapat merosakkan aqidah -Fitnah berleluasa dalam kalangan umat Islam
|
|
|
Post by Mas Aina on Dec 1, 2014 6:41:47 GMT
Assalam Refleksi Tamadun Islam. Refleksi 1 Cabaran rakyat Malaysia dalam mengekalkan keharmonian sejagat ialah hasutan media massa dan cara hidup yang menyimpang daripada agama. Mungkin juga disebabkan didikan sejak kecil yang tidak menerapkan nilai-nilai murni melalui agama. Cara untuk mengatasi ialah pemmimpin perlu menyekat media massa. Galakkan lagi penggunaan Al-Quran dan Hadis dalam mendidik anak.
Refleksi 2 Sumber Primer : Al-Quran dan Hadis Sumber Sekunder : Ijtihad dan nilai-nilai baik tamadun lain Kepentingan sumber-sumber primer dan sekunder adalah sebagai rujukan dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan umat manusia daripada pelbagai aspek. Namun, tanpa sumber-sumber ini akan menyebabkan kita memilih pilihan yang salah yang menyebabkan kita tersesat dan lebih terjebak dalam keseronokan dunia. Maka, boleh dikaitkan kejatuhan adalah kerana tiada pegangan kepada sumber-sumber ini yang menyebabkan berlaku pelbagai percanggahan pendapat yang serious.
Sekian terima kasih Assalam
|
|
famy
New Member
memberi itu lebih baik dari menerima
Posts: 6
|
Post by famy on Dec 1, 2014 7:53:23 GMT
REFLEKSI TAMADUN 2
Sumber primer : Al-Quran dan As-Sunnah Sumber sekunder : Ijtihad dan tamadun lain.
Sumber-sumber ini jelas membawa kepentingan dalam sesebuah tamadun terutamanya tamadun Islam. Antaranya ialah sumber ini menjadi panduan hidup untuk umat Islam dan masyarakat sejagat dalam semua aspek kehidupan termasuklah politik dan perundangan, ekonomi, sosial, pendidikan, sains dan teknologi dan sebagainya. Rasulullah S.A.W telah menunujukkan contoh terbaik kepada umatnya dalam pelbagai aspek termasuklah politik yang patut dijadikan contoh buat semua masyarakat yang membina tamadun. Sumber primer sendiri adalah amat lengkap dan tidak sesat bagi individu yang mengamalkannya.
Maka tamadun Islam lampau amat kuat dalam mengukuhkan sumber-sumber ini sehingga kita dapat lihat kegemilangan dan kejayaan yang dicapai. Kejatuhan empayar Islam kini adalah amat berkait rapat dengan pengabaian terhadap sumber-sumber ini dalam pembentukan tamadun. Peranan seseorang pemimpin adalah amat penting untuk menanamkan dan mengukuhkan sumber-sumber ini sebagai panduan dalam pemerintahan. Supaya segala norma kehidupan tidak lari daripada jalan hidup Islam yang banyak menggariskan panduan yang amat bermanfaat dalam membentuk tamadun yang gemilang. Contoh yang amat jelas yang kita boleh lihat kini ialah rasuah berleluasa, pecah amanah gejala sosial dan banyak lagi yang disebabkan oleh pengabaian sumber primer dan skunder.
|
|
|
Post by norwanidaidayu on Dec 1, 2014 12:58:26 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
Cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat ialah pengaruh negatif daripada budaya Barat. Hal ini memberi impak yang amat buruk kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja. Selain itu, perbezaan fahaman politik. Ia menyebabkan berlakunya perpecahan antara sesama rakyat Malaysia, seterusnya negara menjadi kucar-kacir. Cara untuk mengatasinya ialah pemimpin perlu bersifat lebih tegas dalam memerintah negara. Rakyat pula haruslah memberi kerjasama yang baik kepada pemimpin agar sebuah negara yang mempunyai sistem pemerintahan yang baik dapat dibentuk.
REFLEKSI TAMADUN 2
Sumber primer ialah al-Quran as-Sunnah manakala sumber sekunder ialah Ijtihad para ulama'. Sumber-sumber tersebut haruslah dijadikan panduan dalam apa jua perkara yang dilakukan dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Sumber-sumber tersebut amat penting dalam memastikan kelangsungan tamadun. Seperti mana yang kita lihat dalam sejarah, jika sumber-sumber tersebut diketepikan maka tamadun tersebut tidak akan tertegak dengan jayanya, malah boleh jadi akan mengalami keruntuhan tamadun.
|
|
|
Post by sharifahhafizah on Dec 1, 2014 14:22:37 GMT
Nama: siti nursharifah hafizah binti manzolkipli. Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian ialah cabaran mengubah mental rakyat sendiri. Untuk mengubah dunia, kita perlu mengubah diri sendiri dulu. Bermaksud, jika minda kita masih di takuk yang lama, sebagai contoh membelakangkan islam dan mempercayai sejarah melayu yang telah diubah, kita tak akan ke mana- mana malah kita akan berada di bawah telunjuk barat. Roh islam dalam diri akan hancur malah pemuda pemudi al-fateh kebanggaan kita tak akan lahir, kerana pada zaman ini, yang lahir adalah anak hasil perbuatan keji zina. Nauzubillah.
|
|
|
Post by sharifahhafizah on Dec 1, 2014 14:24:03 GMT
NAMA: SITI NURSHARIFAH HAFIZAH BINTI MANZOLKIPLI.
Jalan penyelesaiannya ialah simple! Kembali ke pangkal jalan. Kedengaran susah bukan? Namun itulah yang perlu kita terap sedikit demi sedikit. Banyakkan ilmu agama berbanding lagu-lagu yang melalaikan, niat buat sesuatu itu kerana ALLAH supaya segala-galanya yang kita lakukan menjadi ibadah, dan apabila niat kerana ALLAH, hati menjadi ikhlas, ilmu yang merupakan cahaya mudah masuk ke hati dan dengan itu kita dapat mengubah dunia. Dengan ILMU. Bukan dengan janji- janji manis dan ucapan-ucapan kosong.
|
|
|
Post by sharifahhafizah on Dec 1, 2014 14:30:56 GMT
NAMA: SITI NURSHARIFAH HAFIZAH BINTI MANZOLKIPLI. Sumber primer ialah al-Quran dan hadis yang merupakan warisan RASULULLAH S.A.W.. Sumber sekunder ialah ijtihad, ijmak dan qias para ulama’. Sumber-sumber tersebut haruslah dipegang dan dijaga kesuciannya lebih-lebih lagi sumber primer yang merupakan tunjang kebenaran sesebuah tamadun Islam. Jika sumber-sumber ini dicemari, nescaya tamadun islam akan runtuh keana umat islam sudah tiada pegangan hidup lagi. Sebagai contoh, Sultan Muhammad Al- Fateh yang mana boleh menakluki Constantinople ketika berusia 24 tahun. Bukan senang bagi seorang raja muda untuk menakluk sebuah kota besar, namun dengan keyakinan terhadap al-Quran serta kepercayaan yang x berbelah bahagi terhadap hadis, beliau Berjaya menakluki kota tersebut. Nah, bukan kah itu satu contoh yang harus dikagumi? Huhu.
|
|
andyy
New Member
Posts: 6
|
Post by andyy on Dec 1, 2014 14:36:54 GMT
YUSHASLIZA ANDREALYN YUSOF
REFLEKSI 1
Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia:
1. Masyarakat beragama 2. Kerajaan yang berorganisasi
Cabaran rakyat Malaysia dalam mengekalkan keharmonian serta langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut
1. Masyarakat yang pelbgai kaum dan agama serta latar belakang. Masyarakat Malaysia perlu bertolak ansur serta berkorban sedikit-sebanyak untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. Kita juga perlu belajar memahami dan menerima cara hidup dan kepercayaan pelbagai etnik di negara ini. Kita harus faham bahawa perbezaan tidak patut dijadikan penyebab kerosakan dan pecah-belah rakyat Malaysia. 2. Perbezaan fahaman politik. Setiap individu harus bersikap profesional dan matang dalam bertoleransi agar tidak menimbulkan perselisihan faham sesama masyarakat di Malaysia. Ada segelintir pihak yang tidak berfikran panjang sanggup bermusuh-musuhan sesama saudara senegara disebabkan perbezaan kefahaman dan pandangan politik. Namun begitu, kita perlu mempunyai kesedaran bahawa kita boleh melihat perbezaan tersebut sebagai motivasi dan pengajaran kepada kita untuk membina negara yang lebih maju. 3. Pengaruh budaya negatif yang semakin berleluasa terutamanya dalam kalangan pemuda-pemudi. Wujud jurang antara golongan yang terpengaruh dan akhlak yang tidak terjaga dengan golongan yang berakhlak. Namun begitu kita tidak patut membiarkan golongan yang tidak berakhlak untuk terus haus akhlak mereka, sebaliknya kita perlu membimbing mereka dan tidak memulaukan mereka.
REFLEKSI 2
Sumber panduan serta rujukan Islam terbahagi kepada dua:- sumber primer (Al-Quran dan As-Sunnah) dan sumber sekunder (Ijmak dan sebagainya). Al-Qur’an merupakan sumber utama perundangan Islam. Syariah Islam adalah berasaskan al-Quran, oleh yang demikian dengan sendiri syariah Islam merupakan syariah yang terbaik. Al-Quran sesuai digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk kehidupan semasa kerana isi kandungannya yang lengkap merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, undang-undang, sejarah dan sains dan tidak terhad oleh ruang dan masa (Al-Quran dapat dikaitkan dengan segala perkara tanpa mengira peredaran zaman dan masa mahupun sifat fizikal dan geografikal sesuatu kawasan itu). Al-Sunnah juga merupakan wahyu daripada Allah SWT.
Kejatuhan tamadun Islam boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut: - Pegangan agama yang tidak kukuh - Kehidupan tidak merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi - Sikap pentingkan diri dan kebendaan (hal duniawi)
|
|