SYAHIRAHFARHANAH MOHAMED ELIAS
Guest
|
Post by SYAHIRAHFARHANAH MOHAMED ELIAS on Dec 1, 2014 14:57:24 GMT
1. Bincangkan manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia dan cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat. Cadangkan jalan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh umat Islam.
kemuculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai kehidupan yang terpuji dalam masyarakat ketika itu. Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana tamadun Barat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan masyarakatnya. Terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agama yang berbeza sebagai pegangan masyarakat. antara cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian ialah masalah perkauman, masalah ajaran sesat, masalah kenegerian, persefahaman antara agama, kesedaran cinta akan negara, pengamalan nilai-nilai murni dan hasutan media massa.
cadangan-cadangan untuk menyelesaikan masalah kepada cabaran tersebut ialah dengan mengadakan aktiviti ceramah dengan lebih kerap untuk mengukuhkan perpaduan umat Islam, mengadakan pembasmian ajaran sesat, mengadakan aktiviti yang menggalakkan penyertaan semua kaum, mengadakan iklan, hebahan atau cerita yang lebih kepada penghayatan keagamaan dan nilai murni.
2. Eksistensi sumber primer dan sumber sekunder dalam kehidupan masyarakat menjadi panduan terhadap kelangsungan tamadun Islam. Kemukan hujah anda dengan mengaitkan kepentingan sumber dan kejatuhan tamadun Islam.
Al-Quran merupakan suatu kitab yang sempurna diturunkan oleh Allah, mengandungi seribu satu macam maklumat untuk digunakan, dianalisa dan dikembangkan oleh manusia. Apa pun bentuk ilmu dan maklumat yang diperlukan, ia terkandung di dalam Al-Quran dan perincian, pengembangan atau penghasilan ilmu susulan selepas itu mestilah berteraskan Al-Quran. Ia boleh dikaji, dianalisa dan dikembangkan tetapi dasar asasnya mestilah masih perlu diselarikan dengan kandungan asalnya.
Analoginya, ia bagaikan sebuah manual operasinya untuk sesebuah produk, ia mestilah dituruti setiap langkah dan arahan yang digariskan. Meskipun ada pengubahsuaian yang dibenarkan namun ia haruslah tidak bercanggah dengan prinsip dan arahan asalnya. maklumat yang terkandung dalam buku manual tersebut merupakan maklumat yang paling lengkap dan bersifat primer. Maklumat tersebut tidak boleh diubah sekiranya tidak mahu mengalami sebarang kerosakan fungsi pada peralatan yang dihasilkan. Al-Hadis ialah perkara-perkara yang meliputi perkataan, perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW. syariat Islam juga mengiktiraf ijtihad para ulama mujtahidin sebagai salah satu cara atau sumber dalam menyelesaikan permasalahan sesama ummah.
kejatuahn tanmadun islam -pemerintah yang lemah sesebuah tamadun boleh mengalami kehancuran sekiranya negara tersebut diperintah oleh seorang pemerintah yang zalim, bersifat kuku besi dan menindas rakyat kerana ia hanya akan melahirkan puak menentang yang akan menjatuhkan kerajaan dan negara tersebut. inilah akibatnya jika tidak mengikut sistem pemerintahan dan politik seperti yang terdapat di dalam al-Quran dan seperti yang telah dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW.
-banyak berlaku penyelewengan dan gejala keruntuhan akhlak apabila manusia tidak lagi mementingkan nilai takwa, maka mereka akan melakukan apa sahaja yang mereka mahu termasukalh melanggar hukum Allah. mereka tidak menjalankan amanah yang disandang. tetapi, mereka mengambil peluang tersebut untuk memenuhi keperluan peribadi.
- kekurangan sumber ekonomi tanpa sumber ekonomi yang secukupnya, segala perancangan pembangunan tidak dapat dilaksanakan dan juga boleh membawa kepada kecelaruan sosial seperti kegiatan mencuri dan kegiatan tidak bermoral kerana desakan hidup
|
|
|
Post by masyitah on Dec 1, 2014 15:06:09 GMT
Refleksi Tamadun 1
Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat ialah masalah sosial yang semakin kronik. Pelbagai bentuk gejala sosial yang berlaku dalam Malaysia, tidak kira berlaku di kawasan luar bandar ataupun di kawasan bandar. Gejala ini merebak dan menyerang setiap pelusuk tempat tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Contoh gejala sosial yang berlaku khususnya dalam kalangan golongan remaja di Malaysia ialah penyalahgunaan dadah,minum arak,melepak,pelacuran dan sebagainya. Hal ini sudah pasti memberi impak besar kerana golongan remaja yang akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Pada pandangan saya cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan ibu bapa memainkan peranan mereka untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan masalah sosial ini.
Refleksi Tamadun 2
Sumber primer ialah Al-Quran dan Al-Sunnah manakala sumber sekunder adalah ijtihad, ijmak ulama’, al-Qias, Masalih al-Musalah dan al-Istihsan. Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan panduan utama umat Islam. Sekiranya umat Islam tidak berpegang kepada dua sumber utama ini maka ia akan mengundang kejatuhan umat Islam. Hal ini kerana kandungan yang terdapat dalam Al-Quran meliputi semua aspek kehidupan ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan, alam ghaib, nilai moral, fakta-fakta sains, sejarah dan sebagainya.
|
|
iznie
New Member
Posts: 6
|
Post by iznie on Dec 1, 2014 15:42:41 GMT
Releksi Tamadun 1
Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat. Antaranya ialah masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berlainan agama dan budaya. Cara menyelesaikannya adalah dengan menghormati antara satu sama lain dan tidak mewujudkan diskrimansi warna kulit. Seterusnya ialah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Cara mengatasi ialah dengan memperbanyakkan pusat serenti dan menanamkankan nilai murni dalam diri remaja agar dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Seterusnya ialah masalah sosial yang semakin meningkat seperti seks bebas dan gengsterisme dalam kalangan remaja. Cara mengatasinya adalah dengan memberi didikan agama secukupnya dari kecil dan pemantauan yang kerap terhadap setiap tingkah laku anak-anak.
Refleksi Tamadun 2
Sumber primer tamadun Islam ialah Al-Quran dan As-Sunnah manakala sumber sekunder ialah Al-Ijmak iaitu kata sepakat semua ulamak Islam yang mujtahid pada suatu masa tertentu selepas wafatnya Rasulullah dan ijtihad yang bermaksud usaha yang tekun dan teliti yang dilakukan oleh seseorang mujtahid bagi mendapat dan menentukan sesuatu hukum syarak yang amali melalui proses istinbat. Al-Quran merangkumi setiap konsep kehidupan seharian manusia yang di mana seseorang mukmin tidak akan sesat selagi dia masih berpandukan Al-Quran. As-Sunnah pula merangkumi perkataan, perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan perkara- perkara yang tidak disentuh secara langsung oleh Al-Quran. Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang tidak ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis, peristiwa atau kejadian yang berhubungan dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada Allah S.W.T seperti sistem pendidikan, pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan, kemasyarakatan atau semua hal-hal yang berhubungan dengan urusan duniawi tetapi tidak ada hukumnya dengan jelas dalam Al-Quran dan Hadis. Kejatuhan Tamadun Islam ialah kerana masyarakat tidak berpegang dan merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah serta tiada kesepakatan antara ulama.
|
|
|
Post by NurFarahAdnin on Dec 1, 2014 16:27:24 GMT
Nur Farah Adnin Refleksi 1 Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia dan cabaran mengekalkan keharmonian: -mempunyai fahaman agama yang berbeza dikalangan rakyat Malaysia -berlainan bangsa seperti Cina, India dan Melayu serta cara mereka dididik oleh ibu bapa -cara hidup masyarakat bertamadun masa kini yang telah kurang akhlak dan moral Jalan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh umat: -meningkatkan pemahaman kepada umat Islam mengenai Islam serta ilmu seperti ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah -meningkatkan kefahaman mengenai agama masing-masing
refleksi 2 kepentingan sumber primer dan sekunder serta kejatuhan tamadun Islam -Sumber primer dan sekunder adalah panduan bagi umat Islam. Sumber primer adalah al-Quran dan Hadis manakala sumber sekunder adalah Ijma' Ijtihad dan ambilan dari negara lain. -bagi menunjukkan cara kehidupan manusia yang syumul kejatuhan tamadun Islam -disebabkan oleh kecuaian para pemimpin pada zaman-zaman selain Rasulullah dan para sahabat
|
|
|
Post by shaza007 on Dec 1, 2014 16:29:30 GMT
NUR SHAZA ALWANI BINTI SHAH MUNIV
REFLEKSI 1
CABARAN DAN PENYELESAIAN
Gejala sosial yang berleluasa dan kecanggihan teknologi seperti internet , gajet , laman sosial menjadi cabaran utama masyarakat Malaysia bagi mengekalkan keharmonian negara . Oleh itu , semua pihak harus berganding bagi menyelesaikan masalah ini .
REFLEKSI 2
SUMBER SEKUNDER
Sumber sekunder ialah Al-Ijtihad . Sumber ini digunakan bagi menyelesaikan masalah semasa ummah sekiranya perkara tersebut tidak disentuh oleh Al-QUran dan hadis .
|
|
|
Post by Nuursyerie Atiah on Dec 1, 2014 17:12:45 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
MANIFESTASI RAKYAT BERTAMADUN DI MALAYSIA -aspek ketuhanan dan kerohanian -peraturan hidup bermasyarakat -etika
CABARAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGEKALKAN KEHARMONIAN UMAT SEJAGAT -gejala-gejala sosial seperti pergaulan bebas, lumba haram dan lain-lain semakin berleluasa terutama dalam kalangan anak-anak muda.Hal ini demikian menyebabkan Islam semakin jauh dari diri akibat hanyut dengan arus duniawi.
CADANGAN JALAN PENYELESAIAN KEPADA CABARAN YANG DIHADAPI OLEH UMAT ISLAM -Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka -Meningkatkan ilmu pengetahuan tanpa mengabaikan rujukan daripada Al-Quran dan As-sunnah -Mengukuhkan Ukhuwah atau persaudaraan -Media massa memainkan peranan penting dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat
REFLEKSI TAMADUN 2
KEPENTINGAN SUMBER PRIMER DAN SEKUNDER Sumber primer (Al-Quran dan As-sunnah) Sumber sekunder (ijtihad,ijmak ulama’,al-Qias dan lain-lain) -pembimbing yang akan memberi panduan kepada manusia untuk memperkembangkan lagi ilmu mereka -menerangkan apa yang memberi maslahat serta mengelak mudarat bagi manusia -memberikan hukum bagi sesuatu peristiwa yang baru timbul selari dengan perkembangan zaman, tempat dan peradaban -melahirkan umat Islam yang tidak terpesong daripada ajaran lain seterusnya menegakkan agama Allah
KEJATUHAN TAMADUN ISLAM -Berlaku penyelewengan dan keruntuhan akhlak -Masyarakat leka dengan kemewahan -kurang ajaran agama -Pemimpin amalkan rasuah -Masyarakat pentingkan diri sendiri -Jurang ketara antara kaya miskin & kaya -Undang-undang dikuatkuasakan secara tidak adil -Malapetaka dan bencana alam
|
|
|
Post by shahrulnizam on Dec 1, 2014 17:14:50 GMT
Mohd.Shahrul Nizam bin Mohd. Isa
Assalamualaikum w.b.t Refleksi Tamadun 1:
Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia 1. Kehidupaan beragama-agama Islam sebagai agama rasmi 2. Sistem pemerintahan-kerajaan demokrasi berparlimen yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong
Cabaran mengekalkan keharmonian 1. pengabaian terhadap kehidupan beragama dan nilai-nilai murni-membawa kepada keruntuhan akhlak 2. pengaruh negatif dari Barat-mementingkan kepuasan nafsu dan hiburan tanpa batas 3. perbezaan fahaman politik yang melampau-terlalu taksub dengan parti politik masing2 sehingga membawa kepada permusuhan dan perpecahan
Penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi 1. memberi penekanan kepada pemantapan akidah Islam yang benar. 2. penguatkuasaaan undang-undang yang tegas dan pelaksanaan syariat Islam secaara menyeluruh 3. para pemimpin harus bersikap adil dan telus dalam pentadbiran-mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW 4. parti politik perlu bersikap terbuka dan mengamalkan permuafakatan ketika berlaku perbezaan pendapat atau ideologi-perbincangan menerusi Majlis Syura
|
|
|
Post by estasiaviny on Dec 2, 2014 6:18:15 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian rakyat termasuklah perbezaan pendapat dalam politik negara dalam kalangan masyarakat. Sebagaimana yang kita tahu, politik merupakan isu yang sangat sensitif. Mereka yang terlampau atau digelar sebagai ekstrimis secara langsung atau tidak langsung boleh mecetuskan pergaduhan dan perpecahan samada dalam keluarga, institut malahan juga negara. Cabaran seterusnya merupakan masalah sosial yang semakin banyak berlaku dalam golongan muda di Malaysia. Perbuatan seperti merokok, berjudi, bersosial di kelab malam malahan zina juga sering belaku dan dipandang sebelah mata tanpa pengawasan.
Antara jalan penyelasaian kepada cabaran tersebut ialah setiap ibu bapa sepatutnya hendaklah mendidik anak anak mereka sejak dari kecil untuk mengamalkan cara hidup islam agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan budaya masyarakat kini. Selain itu, kita juga boleh mengadakan kempen kesedaran di mana rakyat-rakyat boleh didedahkan kepada pengetahuan mengenai balasan di dunia dan akhirat. Akhir sekali, boleh juga kita kerap memanggil penceramah untuk sentiasa mengingatkan kita tentang kepentingan untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat.
REFLEKSI TAMADUN 2
Umat Islam sangat memerlukan sumber panduan dalam menjalankan kehidupan seharian. Antara kepentingannya ialah untuk mengelakkan perasaan ragu ragu dalam melaksanakan sesuatu kewajipan. Seterusnya, ianya juga bertujuan menjadi rujukan umat islam daalam melaksanakan setiap perbuatan.Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengelakkan pencagahan pendapat antara umat.
Berlakunya kejatuhan Umat Islam pula adalah kerana banyak pergaduhan yang telah berlaku yang melibatkan perkara yang serius. Selain itu, fitnah yang berleluasa telah berlaku dalam kalangan umat islam. Seterusnya, berlaku perselisih pendapat dan persepakatan dalam penyelasaian masalah. Yang terakhir adalah tiada pegangan tetap dari segi sumber dalam kalangan umat islam.
|
|
|
Post by shahrulnizam on Dec 2, 2014 7:51:30 GMT
Refleksi 2
Sumber primer dalam tamadun Islam ialah al-Quran dan as-Sunnah manakala sumber sekunder ialah al-Ijtihad. Sumber-sumber ini sangat penting sebagai panduan utama umat Islam yang serba lengkap dalam semua aspek kehidupan. Selain itu, sumber-sumber ini merupakan kunci kepada kejayaan umat Islam pada zaman dahulu dalam membina tamadun Islam yang cemerlang. Sebagai contoh, al-Quran dan as-Sunnah sentiasa mengajak umat Islam supaya mempelajari dan mendalami pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
Sebaliknya, apabila sumber ini diabaikan atau tidak dipraktikkan secara menyeluruh, umat Islam akan menjadi lemah. Hal inilah yang menjadi faktor utama kejatuhan tamadun Islam seperti kerajaan Bani Umaiyah dan Turki Uthmaniyah kerana khalifah Islam pada masa itu bersifat zalim dan suka berfoya-foya sehingga membuka peluang kepada musuh-musuh Islam menyerang dan merampas kekuasaan Islam.
|
|
razni
New Member
Posts: 6
|
Post by razni on Dec 2, 2014 15:20:19 GMT
refleksi tamadun 1
Antara cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat ialah masala gejala sosial yang semakin menular terutamanga dalam kalangan remaja tidak kira samada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Masyarakat semakin terdedah dengan penyalahgunaan dadah, berjudi, minum arak dengan bebas, merompak malah membunuh. Keharmonian sukar dikekalkan dengan keadaan yang tidak selamat yang berpunca daripada masalah yang telah disebutkan. Bagi pendapat saya, antara jalan penyelesaian bagi cabaran yang dihadapi adalah ibu bapa serta institusi keluarga itu sendiri hendaklah mendidik anak-anak dan mengajar mereka kehidupan yang berlandaskan Islam dengan betul. Ibu bapa juga hendaklah menunjukkan contoh yang terbaik buat anak-anak.
REFLEKSI TAMADUN 2
Sumber primer dalam Islam adalah AlQuran dan AsSunnah. Sumber sekunder pula adalah Ijtihad, Ijmak ulama, AlQias dan Al Istihsan. Umat Islam wajib menjadikan AlQuran dan AsSunnah sebagai panduan utama dalam kehidupan. Kegagalan dalam melakukan perkara tersebut boleh membawa keburukan terhadap agama Islam. Antara punca kejatuhan tamadun Islam adalah perselisihan faham antara pemimpin dalam tamdun Islam serta umat Islam semakin tidak prihatin dengan kepentingan AlQuran dan AsSunnah dalam kehidupan.
|
|
Naddy
New Member
Posts: 4
|
Post by Naddy on Dec 2, 2014 15:25:49 GMT
REFLEKSI 1 Cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat ialah mempunyai fahaman agama dan budaya yang berbeza dan sesetengah rakyat Malaysia tidak mahu bertolak ansur dengan rakyat berlainan agama. Oleh itu, jalan penyelesaian kepada cabaran ini ialah semua pihak hendaklah bertolenrasi dan berganding bahu untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat walaupun berbeza fahaman agama dan budaya.
REFLEKSI 2 Sumber primer tamadun Islam ialah Al-Quran dan As-Sunnah manakala sumber sekunder ialah ijtihad dan nilai-nilai baik daripada tamadun lain. Sumber-sumber ini sangat penting untuk dijadikan panduan terhadap kelangsungan tamadun Islam kerana dapat dijadikan sebagai rujukan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian manusia. Tanpa berpegang pada sumber-sumber ini, berlakunya penyelewengan dan keruntuhan akhlak yang menjadi salah satu faktor kepada kejatuhan tamadun Islam.
|
|
|
Post by ameersyarif on Dec 4, 2014 10:04:49 GMT
AMIRUL SYARIFUDDIN
1. CABARAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGEKALKAN KEHARMONIAN DAN JALAN PENYELESAIANNYA
CABARAN PLURALITI DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Kewujudan masyarakat majmuk yang mempunyai kepelbagaian dari segi cara hidup, adat, dan kepercayaan yang berlainan antara satu kaum dengan kaum yang lain tidak dinafikan mempunyai cabarannya yang tersendiri disebalik keharmonian masyarakat yang kita lihat pada masa sekarang ini. Proses mengasimilasikan pluraliti budaya seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini demikian kerana, setiap aspek perbezaan antara kaum perlu diambil kira supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.
Cabaran yang pertama dalam membentuk dan memelihara hubungan etnik di Malaysia adalah dari segi perpaduan. Perpaduan merupakan matlamat yang amat penting bagi semua negara yang merdeka. Hal ini kerana perpaduan adalah satu jaminan yang terpenting bagi keutuhan sesebuah negara dan pentadbirannya. Di Malaysia, masalah perpaduan berlaku disebabkan tiada cukupnya persefahaman antara rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa. Hal ini kerana, masyarakat yang pelbagai di Malaysia masih lagi berpegang teguh kepada peranan tradisional dan nilai-nilai yang terbatas dalam kalangan kaum itu sendiri. Dalam pada itu, dasar-dasar British pada zaman kolonial juga merupakan penyumbang kepada berlakunya masalah ini. Pada zaman penjajahan British, tidak ada satu pun dasar yang tegas untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum ini, bahkan British bertindak mengasingkan kaum-kaum ini mengikut jenis pekerjaan dan asas ekonomi yang berbeza. Tindakan British ini mengakibatkan timbul syak wasangka dan sikap curiga antara satu sama lain dalam kalangan orang Melayu, orang Cina dan orang India seterusnya mewujudkan jurang pemisah serta membantutkan proses perpaduan antara etnik-etnik ini.
Selain perpaduan, pembentukan jati diri bangsa juga merupakan satu daripada cabaran yang dihadapi dalam isu hubungan etnik di Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jati diri diertikan sebagai sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian sesuatu bangsa atau dalam bahasa mudahnya jati diri adalah identiti sesuatu bangsa.
2. KEPENTINGAN SUMBER DAN KEJATUHAN TAMADUN ISLAM
Kewujudan sumber primer (al Quran dan as-sunnah) dan sekunder (ijtimak ulama) ini adalah untuk membantu manusia dalam menyempurnakan tugas manusia sebagai hamba dan khalifah. Jadi, tanpa sumber-sumber ini, tamadun Islam akan gagal dalam menyempurnakan amanah yang diberi oleh Allah justeru, membawa kepada kejatuhan tamadun Islam. Sumber-sumber ini memberi penyelesaian dalam permasalahan dalam kehidupan manusia di samping memberi tunjuk ajar sesuatu perkara dari sekecil-kecil hal hingga ke hal yang besar.Jatuhnya sesuatu tamadun itu boleh dikaitkan dengan pengabaian terhadap Al-Quran dan Hadis oleh pemimpin. Pemimpin akan mempin sesebuah tamadun dengan kejam, tanpa keadilan kepada semua rakyat. selain itu, rakyat juga akan hidup dalam keadaan jahiliah tanpa nilai -nilai Islam seperti yang diajar oleh Nabi kita. Apabila keadaan ini berlaku, ini akan memberi peluang kepada musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan tamadun Islam seterusnya melenyapkan tamadun Islam dari muka bumi ini. Selain itu, kejatuhan sesebuah tamadun itu juga boleh dikaitkan dengan pengabaian masyarakat terhadap sebarang perbincangan dan keputusan ulama' dalam menetapkan sesuatu hukum tentang isu semasa.
|
|
king
New Member
Posts: 9
|
Post by king on Dec 4, 2014 14:51:24 GMT
salamullah berdasarkan video pertama refleksi tamadun islam,membawa perubahan dan perkembangan dalam tamadun dunia.Pelbagai era ditunjukkan bermula dari zaman rasulullah,para sahabat,kerajaan umayyah,abasiah dan turki uthmaniah.Semua era perkembangan dan peyebaran islam ini membawa kepada keharmonian,kebaikan kepada masyarakat atau penduduk suatu tamadun.Setiap era perkembangan menyumbang banyak pembaikan dalam aspek akidah,akhlak dan cara hidup.kepentigan ilmu dalam kehidupan.tetapi setelah berlaku kejatuhan dalam tamadun islam,banyak unsur2 islam tidak diterapkan dan banyak mengikut kepada undand2 dunia.Masyarakat Islam seluruh dunia mengalami kejatuhan moral.banyak cabaran dan dugaan perlu dilalui negara2 islam cabaran yang dihadapi oleh rakyat malaysia : gejala sosial yang berluasa membawa kepada banyak keburukan,gejala hedonisme banyak dijalankan yang melalaikan golongan masyarakat,lumba haram yamng melibatkan pemuda dan pemudi,minum arak menjadi perkara yang biasa kepada segelintir remaja. penyelesaian: usaha pembendungan perlu dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengurangkan gejala,penguatkuasaan undang2,penerapan unsur2 keagamaan dalam diri masyarakat tentang kehidupan seharian
refleksi dua: kepercayaan melayu kepada perkara2 yang tahyul dalam kehidupan seharian masih ada sampai ke hari ini. kepercayaan dalam Islam Kepentingan sumber ( Al Quran, Hadis, ijma', ijtihad, tamadun lain ) : menjadi panduan terhadap kelangsungan tamadun Islam sendiri.menyelesaikan isu semasa yang timbul pada zaman ini dengan menetapkan hukum atau fatwa dengan proses yang terperinci.melahirkan umat sebenar berdasarkan matlamat Islam : menjadi hamba dan khalifah.
kejatuhan islam kelemahan pemimpin,undang2 yang tidak menjamin,pemberontakan dalam masyarakat,ketidak adilan dalam suatu perkara,ilmu tidak diamalkan
|
|
|
Post by farhanizani on Dec 4, 2014 15:51:37 GMT
Muhammad Farhan bin Izani Refleksi 1 Cabaran umat Islam untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat: 1. Masalah sosial yang berlarutan - Terlalu banyak hiburan ataupun tarikan yang menyebabkan masyarakat pada masa kini lebih banyak bersosial 2. Kecelaruan akidah - Masyarakat semakin pening akan hakikat sebenar kehidupan yang bersifat sementara ini. Dicampurkan lagi dengan anasir2 luar seperti syiah dan pengaruh barat, masyarakat semakin tenggelam daripada fitrah 'timeline' kehidupan seseorang hamba. 3. Terlalu taksub dengan kuasa politik sehinggakan lupa akan tujuan sebenar seseorang pemimpin diwujudkan - Agama Islam tidak dirujuk sepenuhnya dalam usaha untuk menegakkan negara Jalan penyelesaian: 1. Kembali kepada sistem asal yang disarankan Islam dalam usaha untuk membentuk sesebuah negara. Majlis syura menjadi majlis tertinggi dlm pembangunan negara 2. Menguatkuasakan undang-undang Hudud 3. Perbanyakkan akiviti2 norma masyarakat yang berkonsepkan kerohanian 4. Hak sepenuhnya kepada rakyat untuk memimpin negara Refleksi 2 Sumber primer kita sebagai umat Islam ialah Al-Quran dan al-Sunnah. Sumber sekunder pula ialah sumber yang selain daripada Al-Quran dan al-Sunnah. Selagi kita berpegang pada sumber primer, insya-Allah dunia dan akhirat kita akan terpleihara. Banyak kepentingan yang dapat diambil daripada sumber-sumber tersebut. Hal ini kerana, al-Quran sesuai digunakan sepanjang masa dan tempat. Segala jenis ilmu terkandung dalam Quran. Al-Sunnah pula merupakan contoh cara hidup yang terbaik yang perlu diamalkan oleh seseorang muslim sejati. Segala perbuatan,perkataan,lafaz junjungan besar Nabi Muhammad SAW ialah Sunnah. Kepentingan sumber-sumber ini berkait rapat dengan kegemilangan/kejatuhan sesebuah tamadun. Sebagai contoh, kegemilang zaman Khulafa Ar-Rashidin adalah disebabkan para pemimpin yang berpegang teguh pada al-Quran dan Sunnah. Kejatuhan kerajaan Abbasiah pula ada dikaitkan dengan sifat pemimpin yang meninggal sunnah-sunnah Rasullah SAW. Oleh itu, kita haruslah berpegang kepada sumber-sumber tersebut agar kegemilangan Islam dapat dicapai sepanjang zaman.
|
|
|
Post by zulhisyam on Dec 4, 2014 16:02:57 GMT
Refleksi: 1.cabaran rakyat malaysia dan cara untuk mengekalkan keharmonian sejagat Cabaran -hasutan daripada negara luar -penerimaan budaya luar -keruntuhan moral dah budaya social -perbezaan pendapat antara rankyat malaysia(perbezaan kaum dan dan budaya) -pengaruh media massa
Cara mengatasi -mengamalkn cara hidup islam -mengadakn kempen untuk menggurangkan jurang perkauman -undang2 perlu diperketatkn -menapis filem2 luar untuk megelakan keruntuhan moral dan budaya -memastikan media massa tidak mengeluarkan isu perkauman 2.kepentingan sumber dan kejatuhan tamadun islam
Kepentingan sumber -menjadi asas dan pencetus idea untuk menbangunkan tamadun -menjadi pegangan untuk rakyat dan pemimpin -pemimpin dan rakyat dapat merujuk sumber yg same -dapat memahami hukum2 dgn lebih sempurna
Kejatuhan tamadun islam -kelemahan pemimpin -pemimpin tidak lagi memegang kepada sumber -sikap tamak pemimpin -kejatuhan perpaduan kaum -kelemahan sistem perundangan -hilangnye sifat persaudaraan
|
|