|
Post by nabilahinani_hs244 on Dec 4, 2014 16:12:20 GMT
1)Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia , cabaran Malaysia mngekalkan keharmonian ,jalan penyelesaian kpd cbrn oleh umat islam
Rakyat bertamadun adalah masyarakat yang di bawah naungan kerajaan yang mempunyai system pentadbiran yang tersusun dan sistematik . manakala, rakyatnya di pimpin oleh pemerintah yang adil dan mengutamakan kebajikan rakyat. Masyarakatnya pula saling membantu antara satu sama lain dalam memajukan Malaysia dan mengekalkan keamanan negara.
Malaysia menghadapi cabaran dalam usaha mengekalkan keharmonian negara, baik dari unsur dalam mahupun luar. Cabaran dalaman yang dihadapi adalah kesejagatan antara rakyat yang berbilang kaum yang mengamalkan pelbagai adat dan budaya. Kepelbagaian sebegini kadang-kadang mengundang salah faham antara berlainan bangsa dan boleh mencetuskan perselisihan faham.
Cabaran seterusnya adalah adanya agama yang berlainan. Setiap agama mempunyai kepercayaan dan amalan yang berbeza mengikut agama masing-masing. isu sensitive berkaitan dengan agama mungkin akan menbangkitkan kekecohan dalam negara.
jalan penyelesaiananya adalah dengan menerapkan unsur menghormati agama dan budaya setiap bangsa dan agama. Harus ditanamkan dalam diri rakyat Malaysia agar menghargai kelainan dalam beragama dan berbudaya. Kefahaman terhadap budaya mahupun agama individu lain perlu dicari agar kita tidak akan membangkitkan sebarang undur-unsur sensitiviti dalam bermasayarakat dengan semua orang.
2)Eksistensi primer dan sekunder dalam masyarakat terhadap kelansungan tamadun islam :
Sumber primer : al-quran dan al-hadith Sumber sekunder : al-ijtihad dan al-qiyas
Dalam tamadun manusia, banyak perkembangan baru berlaku . Sebahagian daripada pembaharuan itu tidak berlaku jelas dari segi hukumnya, kerana tidak terdapat secara nyata dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu menjadi peranan ulama atau cendiakawan Muslim untuk mengolah hukum terhadap perkara-perkara baru berdasarkan keilmuan yang mereka miliki dengan merujuk kepada sumber Al-Quran dan Al-Sunnah
3)Faktor Kemerosotan Tamadun Islam 1. Fahaman Asabiyah 2. Krisis akhlak pemimpin 3. Peranan ulamak dipinggirkan 4. Pemerintah yang lemah :
Negara yang diperintah oleh pemerintah yang lemah akan mudah menjadi kucar-kacir, ketidakstabilan politik, kelumpuhan ekonomi dan perpecahan negar menjadi wilayah-wilayah kecil. 5. Berlaku penyelewengan dan keruntuhan akhlak
Semua bentuk-bentuk penyelewengan dan gejala keruntuhan akhlak dianggap sebagai perkara biasa sedangkan golongan amar makruf nahi mungkar dianggap kolot dan antikemajuan.
6. Kegiatan ilmu yang merosot
|
|
assif
New Member
Posts: 4
|
Post by assif on Dec 4, 2014 16:27:18 GMT
REFLEKSI 1
Cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam mengekalkan keharmonian umat : Ketidakkukuhan jati diri rakyat Malaysia. Biasanya golongan yang dikatakan lemah jati diri ialah golongan remaja. Hal ini menyebabkan rakyat Malaysia mudah terpengaruh dengan fahaman luar yang negatif. Mereka terikut ikut gaya hidup masyarakat luar yg dkatakan dapat memberikan kebagiaan yang abadi. Sebagai contoh, minum arak, menghisap dadah dan lain lain.
Antara sebab berlakunye perkara perkara ini adalah kerana kurangnye kefahaman terhadap agama.
Jadi antara cara penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menerapkan ilmu agama dengan cara yang betul kepada masyarakat. Ibu bapa dan guru adalah golongan yang penting dalam menerapkan ilmu ilmu agama kepada masyarakat terutamanya remaja.
REFLEKSI 2
AL-Quran dan Hadis adalah antara sumber rujukan terpenting dalam islam. Kedua-dua sumber adalah manual kepada umat manusia dalam mengembangkan sesuatu tamadun. Apabila manusia lupa merujuk kepada manual yang Allah telah turunkan, ia akan menyebabkan tamadun itu sukar untuk berkembang. Mahupun dengan izin Allah tamadun tersebut berkembang pesat dan maju, tapi tanpa bimbingan ygang benar, kebarangkalian tamadun tersebut untk musnah dan jatuh adahlah tinggi.
Contoh yang mudah ialah rasuah yang sering dijalankan oleh pemerintah negara.
|
|
|
Post by fathuddin on Dec 4, 2014 16:38:30 GMT
REFLEKSI 1
Terdapat banyak cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat manusia sejagat. Antaranya ialah masalah gejala sosial yang semakin menular terutamanya dalam kalangan remaja tidak kira samada di kawasan bandar mahupun luar bandar.seterusnya, masyarakat semakin terdedah dengan penyalahgunaan dadah, berjudi, minum arak dengan bebas, merompak malah membunuh. Oleh sebab itu, keaamanan dan keharmonian sukar dikekalkan dengan keadaan yang tidak selamat dan membimbangkan yang berpunca daripada masalah yang telah disebutkan. Pada pendapat saya, antara jalan penyelesaian bagi cabaran yang dihadapi adalah ibu bapa serta institusi keluarga itu sendiri hendaklah mendidik anak-anak dan mengajar mereka kehidupan yang berlandaskan agama Islam dengan betul. Ibu bapa juga hendaklah menjadi Role Model kepada anak-anak mereka dengan menunjuk contoh-contoh gaya hidup seorang muslim yang taat.
REFLEKSI 2
Tamadun islam adalah berpandukan dua sumber utama iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Kedua-dua sumber ini adalah sangat penting sebagai panduan dalam kehidupan bermasyarakat. Sumber primer tamadun Islam adalah wahyu Allah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah manakala sumber sekunder pula adalah Ijtihad para ulama mujtahid.Al-Quran merangkumi konsep ketuhanan,perundangan,ilmu pengetahuan,persoalan ghaib dan lain-lain.Oleh itu ,Al-Quran dapat memberi panduan kepada manusia untuk menjalankan kehidupan di dunia sebagai khalifah di muka bumi yang taat kepada Allah yang satu.Kepentingan As-Sunnah pula adalah sebagai pentafsir Al-Quran kerana ia menjelaskan perkara- perkara yang tidak disentuh secara langsung oleh Al-Quran.Hal ini kerana ,As-Sunnah merangkumi perkataan, perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dan juga pengakuan atau pengiktirafan Nabi Muhammad S.A.W terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat Baginda.Ijtihad pula dapat menyelesaikan permasalahan semasa ummah sekiranya perkara tersebut tidak disentuh oleh al-Quran mahupun as-Sunnah.Kegagalan umat islam mahupun manusia sejagat untuk berpegang kukuh dan beramal dengan ilmu dari sumber ini akan mencetuskan kecelaruan dalam pemerintahan negara mahupun dikalangan masyarakat itu sendiri sehingga boleh menyebabkan kejatuhan tamadun.
|
|
reimu
New Member
Posts: 6
|
Post by reimu on Dec 4, 2014 16:57:59 GMT
Muhammad Arif Farhan Bin Ahmad Fauzi Refleksi 1 Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat: 1)Ada sesetengah insan yang mempunyai ego tersendiri yang tak nak melihat keharmonian negara(hasutan yang buruk) 2)Pelbagai maklumat dan percakapan yang tidak tahu sama ada betul atau tidak yang membolehkan seseorang marah disebabkan mungkin fitnah yang diadakan oleh sesetengah pihak(e.g laman sosial)=Media massa 3)Tambahan,banyak budaya yg buruk daripada barat seperti disko,arak dan lain-lain=merosakkan minda generasi muda agar menjatuhkan negara islam=peperangan ideologi(dingin)=melibatkan minda
Jalan Penyelesaian 1)Kita perlu memartabatkan semua ilmu terutama sekali ilmu islam Allah SWT berfirman bahawa manusia dan jin tidak akan dapat menguasai dunia dan seisinya melainkan dengan kekuasaan ilmu. (Surah Ar-Rahman, 33). Dunia telah menyaksikan dan sejarah telah membuktikan bahawa sejak zaman awal generasi manusia, ilmu memainkan peranan penting di dalam menentukan kegemilangan dan kejatuhan sesuatu tamadun.Oleh sebab itu,kita boleh mengadakan perbincangan antara rakyat dan pemimpin bagi mengetahui dan seterusnya menyelesaikan semua masalah yang ada=persepakatan lahir silaturahim 2)Semakin maju semakin kuat cabaran dunia terhadap kita dan banyak budaya kuning.Oleh itu,kita kuatkan iman dan semangat dengan pelbagai cara seperti mengetahui apa yang sedang berlaku di dunia,membaca al-quran,dan sebagainya.Ini boleh hanya dapat ditangani dengan tindakan yang positif, proaktif dan progresif.Kita sebagai mahasiswa perlu mara ke hadapan dengan berbekalkan idealisme dan semangat serta usaha-usaha untuk menguasai ilmu dan kemahiran harus disematkan bagi direalisasikan dalam arus perdana dunia 3)Pihak universiti dengan kerjasama kerajaan perlu melatih kebolehan memimpin baru dalam kalangan mahasiswa kerana kelangsungan kecemerlangan sesebuah bangsa itu banyak bergantung harap kepada pemimpin berkaliber laksana pelita cahaya yang akan menyuluh lorong perjalanan bangsa dan agamanya
Refleksi 2 Kepentingan sumber panduan umat islam 1)Dapat menjaga keharmonian negara 2)Rakyat mudah menjauhkan diri daripada benda buruk
Kejatuhan umat islam 1)Percakaran politik, asobiyyah, perebutan kuasa dan kepimpinan. Perselisihan soal agama dan hukum Fiqh (mazhab-mazhab), penyelewengan aqidah dan ibadah dalam Islam sehingga hilang kosong dan kehilangan ruh. Bergelumang dengan kemewahan dan kesenangan terutama di kalangan pemerintah . 2)Umat Islam mulai suka berhibur dan berseronok. 3)Peralihan kuasa kepada golongan bukan Arab yang kebanyakan tidak menghayati Islam yang sebenar kerana tidak dapat memahami Al-Quran dengan maksud yang tepat. 4)Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains sebaliknya menghabiskan masa dengan teori falsafah dan ilmu-ilmu khayal yang mandul. 5)Sikap pemerintah yang tertipu dengan kekuatan sendiri dan cuai untuk mengkaji perkembangan masyarakat lain sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan. 6)Tertipu dengan helah musuh-mush Islam. Mengagumi hasil usaha golongan Kafir dan mulai meniru mereka.
|
|
|
Post by nadsri on Dec 5, 2014 4:27:58 GMT
REFLEKSI 1 Manifestasi rakyat bertamadun : Rakyat bertamadun adalah masyarakat yang di bawah naungan kerajaan yang mempunyai system pentadbiran yang tersusun dan sistematik . manakala, rakyatnya di pimpin oleh pemerintah yang adil dan mengutamakan kebajikan rakyat. Masyarakatnya pula saling membantu antara satu sama lain dalam memajukan Malaysia dan mengekalkan keamanan negara.
Cabaran Rakyat Malaysia : - Generasi muda/pelapis di Malaysia tiada semagat jati diri yang kuat dan kurang penghayatan tentang sejarah negara sendri. - Generasi muda juga mudah terpengaruh dengan agenda-agenda Barat dalam melalaikan pemikiran dan rohani mereka - Tiada peraturan/undang-undang yang ketat dalam melwawan perkara jahil - Penguatkuasaan dan tindakan diambil secara tidak serius dan sambil lewa - Menteri-menteri sibuk berpolitik dari memikirkan nasib rakyat dan bangsa sekaligus menyebabkan perbalahan rakyat - Rasuah berleluasa di golongan atasan - Agama Islam hanya terhad pada aspek kerohanian, tidak dijadikan asas kepada semua perkara - Munculnya media sosial yang mengkhayalkan masyarakat - Sunnah Nabi Muhammad tidak dijadikan teras kehidupan - Terlalu banyak hiburan yang melalaikan
Jalan Penyelesaian : - Perlu ada pemimpin yang beragama bukan hanya pada nama, tapi segala aspek diri - Masyarakat perlu sedar kepentingan sejarah - Menyeru masyarakat upaya kembali pada agama Allah - Pelaksanaan HUDUD - Menghentikan konsert-konsert yang melalaikan terutama dari penyanyi luar negara - Perlunya elemen agama yang banyak ditayang di media massa - Pemantauan aktiviti yang idak bertamadun oleh orang-orang Muda di media sosial - Mmemecat menteri yang hanya sibuk berpolitik, tiada sumbangan kepada negara - Setiap kementerian perlu bergerak seiring dengan pentadbiran yang bersih dan sihat - Merancakkan lagi aktiviti Dakwah - Menghidupkan masjid sebagai pusat kegiatan harian, bukan terhad kepada aktiviti ibadah sahaja
REFLEKSI 2
Kepentingan sumber dalam memastikan kelangsungan tamadun islam: -sebagai rujukan dalam permasalahan -sebagai undang2 negara -sebagai petunjuk untuk mengamalkan ibadah dalam agama islam -sebagai panduan untuk cara hidup (sunnah) -untuk melaksanakan perintah allah dalam kerajaan
Faktor kejatuhan tamadun islam: -masih mempercayai kepercayaan karut -meninggikan sultan sehingga setaraf dengan tuhan(tidak boleh tegur sultan) -hukuman dilakukan mengikut taraf hidup(bangsawan atau kerabat dengan rakyat) -amalan istiadat masih dipengaruhi dengan budaya hindu atau bhudism
|
|
|
Post by fadhlullah on Dec 5, 2014 4:28:07 GMT
REFLEKSI 1 Manifestasi rakyat bertamadun : Rakyat bertamadun adalah masyarakat yang di bawah naungan kerajaan yang mempunyai system pentadbiran yang tersusun dan sistematik . manakala, rakyatnya di pimpin oleh pemerintah yang adil dan mengutamakan kebajikan rakyat. Masyarakatnya pula saling membantu antara satu sama lain dalam memajukan Malaysia dan mengekalkan keamanan negara.
Cabaran Rakyat Malaysia : - Generasi muda/pelapis di Malaysia tiada semagat jati diri yang kuat dan kurang penghayatan tentang sejarah negara sendri. - Generasi muda juga mudah terpengaruh dengan agenda-agenda Barat dalam melalaikan pemikiran dan rohani mereka - Tiada peraturan/undang-undang yang ketat dalam melwawan perkara jahil - Penguatkuasaan dan tindakan diambil secara tidak serius dan sambil lewa - Menteri-menteri sibuk berpolitik dari memikirkan nasib rakyat dan bangsa sekaligus menyebabkan perbalahan rakyat - Rasuah berleluasa di golongan atasan - Agama Islam hanya terhad pada aspek kerohanian, tidak dijadikan asas kepada semua perkara - Munculnya media sosial yang mengkhayalkan masyarakat - Sunnah Nabi Muhammad tidak dijadikan teras kehidupan - Terlalu banyak hiburan yang melalaikan
Jalan Penyelesaian : - Perlu ada pemimpin yang beragama bukan hanya pada nama, tapi segala aspek diri - Masyarakat perlu sedar kepentingan sejarah - Menyeru masyarakat upaya kembali pada agama Allah - Pelaksanaan HUDUD - Menghentikan konsert-konsert yang melalaikan terutama dari penyanyi luar negara - Perlunya elemen agama yang banyak ditayang di media massa - Pemantauan aktiviti yang idak bertamadun oleh orang-orang Muda di media sosial - Mmemecat menteri yang hanya sibuk berpolitik, tiada sumbangan kepada negara - Setiap kementerian perlu bergerak seiring dengan pentadbiran yang bersih dan sihat - Merancakkan lagi aktiviti Dakwah - Menghidupkan masjid sebagai pusat kegiatan harian, bukan terhad kepada aktiviti ibadah sahaja
refleksi 2
kepentingan sumber dalam memastikan kelangsungan tamadun islam: -sebagai rujukan dalam permasalahan -sebagai undang2 negara -sebagai petunjuk untuk mengamalkan ibadah dalam agama islam -sebagai panduan untuk cara hidup (sunnah) -untuk melaksanakan perintah allah dalam kerajaan
faktor kejatuhan tamadun islam: -masih mempercayai kepercayaan karut -meninggikan sultan sehingga setaraf dengan tuhan(tidak boleh tegur sultan) -hukuman dilakukan mengikut taraf hidup(bangsawan atau kerabat dengan rakyat) -amalan istiadat masih dipengaruhi dengan budaya hindu atau bhudism
|
|
|
Post by sharifahshafiqah on Dec 5, 2014 5:08:11 GMT
REFLEKSI 1:
Rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang bertamadun kerana berada di bawah peemerintahan yang tersusun dan sistematik. Rakyat Malaysia kini juga lebih maju dengan perkembangan teknologi dan ilmu pada masa ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam mengekalkan keharmonian umat sejagat. Antaranya ialah: - sikap pentingkan diri sendiri dalam kalangan masyarakat di Malaysia - pergaulan bebas dan gejala sosial sukar untuk dibendung dan keadaan ini amat merisuakan kerana ia boleh membawa kepada kes-kes yang lebih teruk seperti kes rogol dan buang bayi. - kurangnya peradapan dan sikap saling hormat-menghormati dalam kalangan segelintir masyarakat terutamanya di antara masyarakat berlainan kaum atau agama. - pengaruh Barat yang semakin kritikal terutamanya di kalangan remaja yang asyik dengan keseronokan dunia sehingga terleka akan tanggungjawab diri. Antara jalan penyelesaiannya: - memperkukuhkan dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang ilmu-ilmu agama dan akhlak tanpa mengira usia demi mewujudkan keharmonian dan dipandang mulia oleh Allah dan masyarakat yang lain.
REFLEKSI 2:
Antara faktor-faktor yang menyebabkan kejatuhan tamadun Islam adalah sebab berlakunya kepincangan dalam pemerintahan. Pemerintah yang baik mampu mengangkat sesebuah masyarakat ke arah lebih baik dan harmoni, begitu juga sebaliknya. Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya mengekalkan pemerintahan yang baik. Perkara ini bukan sahaja dapat dikecapi melalui pemerintah yang baik malah sokongan rakyat dan pembesar juga penting bagi mengekalkan kesejahteraan sesebuah masyarakat. Selain itu, penyelewengan dalam masyarakat juga mampu menjatuhkan sesebuah tamadun itu. Perkara ini mampu dilihat apabila timbulnya isu seperti rasuah dan riba. Hal ini menyebabkan ketidakadilan dalam sesuatu perkara dan ini boleh menyebabkan perselisihan faham dan kemudiannya menyumbang kepada kejatuhan sesebuah tamadun.
|
|
|
Post by izzahamira on Dec 5, 2014 5:26:24 GMT
IZZAH AMIRA MOHD ASRI
REKLEKSI 1 Antara cabaran dalam mengekalkan keamanan di Malaysia ialah banyak berlaku penyelewengan dan gejala keruntuhan akhlak. Sebagai contoh, jika kita memegang sesuatu jawatan, ia tidak lagi dilihat sebagai satu amanah atau tanggungjawab yang perlu dipikul, sebaliknya sebagai satu peluang untuk memenuhi hajat peribadi. Selain itu gejala sosial sepeti dadah , arak, lumba haram, pergaulan bebas juga merupakan satu cabaran buat kita. Isu politk juga memainkan peranan kerana dengan fahaman yang sehaluan, membuatkan rakyat tidak bersatu padu dan bekerjasama dalam membangunkan negara. Justeru, seharusnya kita sebgai rakyat harus bersatu hati. Kita juga harus aktif melibatkan diri dengan selalu mendengar ceramah agar tidak terpengaruh dengan gejala social. Yang paling penting, kita harus berpegang teguh dengan ajaran islam berpandukan Al Quran sunnah InnsyaAllah. REFLEKSI 2 Sumber primer dalam islam ialah al Quran dan sunnah dimana kandungan Alquran meliputi segala aspek yang merangkumi konsep ketuhanan, perundangan , ilmu pengetahuan, persoalan ghaib dan lain-lain. Sunnah pula ialah perkara yang meliputi perkataan, perbuatan dan sifat-sifat keperibadian Rasulullah. Sumber sekunder pula ialah ijtihad iaiti salah satu cara dalam menyeselesaikan permasalahan semasa ummah sekiranya perkara itu tidak disentuh oelh alQuran dan sunnah. Justeru, melalui sumber ini kita dapat melihat islam itu satu agama yang lengkap dan menyeluruh. Sesiapa yang tidak mempercayai walaupun salah satu daripadanya akan terpesong dan mengundang kepada keruntuhan akhlak.
faktor kejatuhan -pemerintah yang lemah -kegiatan keilmuan yang tidak berkembang -ancaman musuh luar -kelemahan tampuk kepimpinan
|
|
|
Post by attyliyasyafira on Dec 6, 2014 8:49:45 GMT
Refleksi 1
Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat ialah
Keruntuhan jadi diri rakyat Malaysia, perbezaan hidup pelbagai kaum dan juga perbezaan ideologi dalam pemerintahan bagi golongan pentadbir.
Keruntuhan jati diri rakyat Malaysia telah menyebabkan berlaku pelbagai perkara yang tidak baik seperti terlibat dengan gejala sosial dan berlaku pemberontakan dalam masyarkat. Ramai yang lupa sudah lupa akan sejarah kemerdekaan dan tidak kurang juga merendah – rendahkan taraf orang Malaysia berbanding bangsa lain.
Perbezaan hidup pelbagai kaum juga merupkan cabaran yang sangat besar. Dalam usaha menjaga keharmonian segala lapisan masyarakat, setiap ahli masyarakat perlulah menghormati budaya dan agama kaum lain. Tidak seharusnya wujud isu perkauman dan permusuhan.
Perbezaan ideologi dalam pemerintahan bagi golongan pentadbir merupakan cabaran yang paling besar dalam mengekalkan keharmonian umat sejagat. Apabila golongan pentadbir bertelagah, maka anasir – anasir luar akan mengambil peluang untuk merebut tanah kita, negara Malaysia.
Cadangan saya untuk menyelesaikan masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlu dipupukkan kembali rasa cinta kepada Tanah air dengan melakukan pelbagai aktiviti yang dapat melahirkan rasa sayang kepada Malaysia. Kem PLKN adalah contoh terbaik disamping menambah aktiviti sukarelawan.
Selain itu, barisan pentadbir juga perlu memberi layanan ataupun memberikan hak yang sama rata kepada semua kaum di Malaysia. Setiap kaum perlu diberikan keistimewaan yang saksama dalam segala bidang.
Akhir sekali, golongan pentadbir perlulah bersatu padu dalam mentadbir negara. Walaupun wujud perbezaan ideologi, alangkah indahnya jika dapat berbincang dan menggabungkan idea – idea tersebut untuk membangunkan negara.
|
|
|
Post by attyliyasyafira on Dec 6, 2014 9:28:20 GMT
Refleksi 2
Sumber primer Islam ialah al – Quran dan As – Sunnah manakala Sumber sekunder terdiri daripada ijtihad (pandangan akal para ilmuan) dan nilai-nilai baik tamadun asing.
Kedua – dua sumber ini penting dalam melangsungkan ketamadunan Islam. Di dalam al – Quran, Allah SWT telah mengajarkan kita segala macam perkara termasuklah cara mentadbir negara dan sebagainya. Di dalamnya juga Allah berfirman kisah – kisah umat terdahulu, seperti Kaum Thamud, Umat Nabi Lut, dan banyak lagi. Kisah – kisah ini memberi pengajaran kepada kita agar tidak mengulangi kesalahan umat tersebut. Di dalam al – Quran juga Allah berfirman bahawa, jika kita mengikuti kehendaknya, maka kita akan berjaya.
Sumber sekunder pula dapat memberikan kita peluang untuk menilai sesuatu perkara. Hal yang baik boleh diserapkan dalam kehidupan seharian dan diterima pakai. Yang mana buruk, kita jadikan sempadan.
Jesteru itu, sumber premier sangat penting untuk menetapkan kesedaran mahupun jati diri kita terhadap cara hidup Islam. Jika kita lupa akan segalanya maka tamadun Islam akan jatuh dan mundur. Manakala, sumber sekunder pula dapat membantu kita untuk menilai benda – benda asing yang mungkin ada membawa kebaikan kepada tamadun Islam kita ataupun ada yang membawa keburukan terhadap umat Islam.
|
|
|
Post by yanamuni on Dec 6, 2014 14:03:45 GMT
SITI NORLIYANA AIMUNI BT MUSTAFA
Refleksi 1
Manifestasi masyarakat bertamadun di Malaysia- Masyarakat yang berada di bawah naungan kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik(pemerintahan demokratik) .Rakyat di pimpin oleh pemerintah yang adil dan mengutamakan kebajikan rakyat. Rakyat mempunyai hak untuk bersuara serta saling membantu dalam memajukan dan mengekalkan keamanan negara.
Cabaran rakyat Malaysia mengekalkan keharmonian sejagat -Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dengan budaya yang berbeza . Permusuhan antara kaum boleh berlaku jika tiada kata sepakat. -Pengaruh media massa juga menyebabkan generasi muda di Malaysia terlalu terdedah dengan budaya barat . Ini menyebabkan keruntuhan moral dalam generasi muda yang kurang penghayatan agama .
Cara mengatasi -Rakyat perlu mengamalkan cara hidup Islam sesuai Islam sebagai agama rasmi negara . Kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan menguatkuasakan undang2 dalam memelihara generasi muda. Pihak media massa perlu menapis filem2 dalam industri perfileman dan hanya memaparkan nilai2 murni dalam mengekalkan masyarakat yang berbudi bahasa dan saling menghormati .
Refleksi 2
Sumber primer dan sekunder dalam kehidupan masyarakat -Al-Quran dan As-Sunnah merupakan sumber primer masyarakat Islam . Manakala, ijtihad merupakan sumber sekunder .Ijtihad dapat menyelesaikan permasalahan ummah sekiranya tidak terdapat di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah .
Kepentingan sumber -Al-Quran merupakan sumber terpenting dan digunakan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Kandungan dalam al-Quran tidak akan luput sehingga hari Kiamat dan merupakan mukjizat Rasulullah SAW. Sumber primer juga merupakan rujukan yang membangunkan tamadun Islam dan tamadun2 lain suatu masa dahulu. Rakyat mahupun pemimpin berpegang dengan ajaran al-Quran yang penuh dengan nilai2 kehidupan dan mengamalkan sunnah para Rasul sehingga kini. Dengan sumber2 yang ada, manusia menjalani kehidupan dengan lebih sempurna mengikut tuntutan .
Kejatuhan Tamadun Islam -Kejatuhan Tamadun Islam pada suatu masa dahulu juga boleh dilihat pada kelemahan pemimpinnya . Pemimpin tidak berlaku adil dan semestinya menindas hak rakyat. Pemerintahan tidak lagi berasaskan undang2 dan pegangan menyebabkan rakyat saling bermusuh antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan . Ini jelas menunjukkan bahawa tanpa pegangan yang kukuh, masyarakat tidak akan maju .
|
|
|
Post by arishanajua on Dec 6, 2014 14:52:21 GMT
manifestasi rakyat bertamadun ialah rakyat yang berada di bawah pemerintahan yang sistematik,dipimpin oleh pemerintah yang adil dan bertanggungjawab,rakyat berhak untuk bersuara dan saling berganding bahu dalam mengekalkan keamanan negara
cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian sejagat: -kurangnya sikap hormat dalam diri setiap individu tanpa mengira bangsa. berlaku kutukan dan hinaan antara bangsa yang terdapat di Malaysia,kemudian membawa kepada perselisihan faham dalam politik. -muda-mudi dibanjiri pengaruh budaya tidak sihat yang pendedahan itu sendiri dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan. mereka terpengaruh dan mula menjalani hidup bebas tanpa memikirkan natijah yang bakal mereka tanggung lantas membawa kesan negatif kepada negara kerana merekalah pucuk kepimpinan negara. -setiap individu bersikap lepas tangan,malas dan hanya tahu menuding jari kepada orang lain. -kurangnya ilmu dalam berhujah atau dalam tindakan sehingga menimbulkan perasaan tidak senang hati dalam sesetengah pihak yang membawa kepada pergaduhan.
cara mengatasi. -kepada yang Muslim,berbaliklah kepada Al-Quran yang ada mengatakan sebab Allah mencipta manusia berbeza kaum dan bangsa iaitu adalah untuk mengenali sesama sendiri dan Islam itu sendiri menyuruh kita untuk sentiasa menghormati agama lain,bukan untuk mengutuk mereka. perkara ini sudah tentu akan memberi tanggapan baik kepada yang bukan Muslim pabila mereka tertarik dengan peribadi seperti sehingga mereka mengaplikasikan terhadap sesiapa jua yang berlaku sebaik itu. -peranan ibu bapa dalam mendidik anak seharusnya tegas,bukan semudah menaruh janji untuk membelikan iPad sekiranya mereka berjaya dalam sesuatu. ada batasnya dalam melakukan sedemikian,bukan dalam keadaan anak tersebut tidak matang atau sudah cukup dengan apa yang ada. benar,ibu bapa tidak mahu anak merasa kesusahan mereka dahulu,tapi janganlah takut dalam mengajar mereka erti susah kerana perkara tersebutlah yang akan mematangkan. seperti wujudnya tamadun berjaya kerana kesusahan yang dihadapi yang mendorong untuk melakukan lebih baik. -peranan kerajaan adalah untuk mengurangkan sebarang aktiviti luar yang menggalakkan hiburan yang keterlaluan kepada muda-mudi Malaysia. sebaliknya,menggalakkan aktiviti keagamaan dan sukarelawan,program yang membenarkan rakyat lantang bersuara serta memudahkan urusan menuntut ilmu rakyat tanpa sebarang bayaran
|
|
|
Post by najihahazni95 on Dec 6, 2014 14:54:22 GMT
NURUL NAJIHAH BINTI AZNI (PH 240)
Assalamualaikum...
Refleksi Tamadun 1:
CABARAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGEKALKAN KEHARMONIAN UMAT SEJAGAT
1) Sifat pekauman yang kuat dalam kalangan masyarakat - Negara Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sesetengah masyarakat masih lagi mempunyai sifat perkauman yang tinggi dalam diri mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada masalah pergaduhan sesama kaum dan akan menjejaskan keharmonian negara.
2) Kurang kesepakatan - Sesetengah rakyat Malaysia tidak mahu berbincang sekiranya terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan mereka. Hal ini memunjukkan kurangnya kesepakatan dalam kalangan mereka. Masalah ini akan mendorong berlakunya masalah yang lebih serius iaitu perpecahan masyarakat.
JALAN PENYELESAIAN KEPADA CABARAN TERSEBUT
1) Mengadakan aktiviti yang boleh merapatkan kembali hubungan antara kaum di Malaysia.
2) Bersama-sama mencari jalan penyelesaian kepada perbezaan pendapat tersebut dengan melantik seseorang yang boleh dipercayai untuk membantu menyelesaikan dan mendapatkan kesepakatan.
|
|
|
Post by najihahazni95 on Dec 6, 2014 15:12:57 GMT
Refleksi Tamadun 2:
Kepentingan Sumber Panduan Umat Islam:
- Sumber primer merupakan Al-Quran dan As-Sunnah manakala sumber sekunder ialah ijtihad dan nilai-nilai baik tamadun lain. Pentingnya kedua-kedua sumber ini adalah sebagai rujukan utama dalam membangunkan sebuah tamadun yang cemerlang berlandaskan syariat yang ditetapkan oleh Allah sebagaimana di dalam al-Quran. Selain itu, sumber ini juga turut membantu para ulama untuk menetapkan hukum syarak sekiranya berlaku permasalahan dalam kalangan masyrakat.
Kejatuhan Umat Islam
- Sikap pemerintah yang zalim dan tidak bertanggungjawab menyumbang kepada kejatuhan umat Islam.Pemerintah yang menindas rakyat dan tidak memberikan sepenuh perhatian kepada pemerintahannya akan membuka ruang kepada negara-negara lain untuk menjatuhkan negara tersebut sepertimana yang berlaku kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. - Keruntuhan akhlak telah menjatuhkan umat islam. Apabila rosaknya akhlak seseorang itu, jawatan yang dipegang tidak lagi dianggap sebagai amanah tetapi sebagai peluang untuk dipuji-puji oleh orang lain. Hal ini akan menyebabkan berlakunya penyelewengan.Sebagai contoh,semasa zaman-zaman terakhir permerintahan Khulafa' Uthmaniyah di Turki,para khalifah seringkali berfoya-foya dengan arak dan wanita sehingga membuka ruang kepada musuh untuk menyerang dan merampas wilayah-wilayah kekuasaan Islam satu demi satu.
|
|
|
Post by arishanajua on Dec 6, 2014 15:31:25 GMT
refleksi 2:
sumber primer adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Al-Quran sebagai rujukan utama kerana kitab suci tersebut merupakan wahyu Allah SWT kepada Rasulullah SAW,yang dalmnya terkandung kalam Allah yang meliputi aspek perkara ghaib,perkara yang sudah berlaku,perkara yang akan berlaku,sirah para anbiya dan kaum terdahulu,bahkan sumber saintifik. sempurna segalanya dalam meneyediakan manusia yang serba tidak tahu ini dengan ilmu,manusia cuma perlu meneroka maksud dan mengkaji. as-Sunnah pula perkataan,perlakuan serta pengiktirafan Nabi Muhammad Saw terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat baginda sumber sekunder pula adalah ijtihad yang menyelesaikan masalah sekiranya sesuatu perkara itu tidak disentuh dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah.
kaitan sumber dan kejatuhan Tamadun Islam adalah apabila pegangan utuh terhadap Al-Quran,Sunnah, dan Ijtihad semakin menghilang. apabila sesebuah tamadun itu mula jauh daripada sumber-sumber tersebut,tamadun yang terbina akan berhadapan kejatuhan kerana sumber yang dahulu menjadi asas telah hilang. dalam Sumber primer ada mnyebut tentang kepimpinan dan keadilan dan apabila sumber tersebut diabaikan,pemerintahan bergolak apabila ditadbir oleh pemerintah yang tidak adil dalam melaksanakan hukum,kenyataan untuk bertaqwa kepada Allah dan hanya mengeesakan Allah mula hilang apabila tamadun tersebut mempercayai perkara karut yang lantas menyebabkan tamadun tersebut tidak aman bila ada yang mentauhidkan Allah dan ada segelintir pula percaya perkara karut. kadand-kadang sikap masyarakat yang malas untuk bertanya tentang sesuatu kemusykilan agama kepada ahli mujtahidin atau memandang rendah golongan mujtahidin menyebabkan mereka untuk hanya berpegang kepada ajaran sebelum kedatangan Islam. semua perkara tidak menjurus kepada satu asas sebaliknya terlalu banyak sehingga bercampur lantas menjatuhkan tamadun apabila asas tersebut luput.
|
|