UMMI WARDAH BINTI SHAFIE
Guest
|
Post by UMMI WARDAH BINTI SHAFIE on Dec 6, 2014 17:58:07 GMT
ASSALAMUALAIKUM..... Refleksi tamadun Islam
1) Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk mengekalkan keharmonian rakyat adalah : Kemiskinan Kehausan kasih sayang Gejala sosial golongan muda-mudi Gejala dadah : penagihan dadah, pengedaran dadah, serta penjualan dadah Arak dan hiburan yang melampau Kegiatan lumba haram Hakikat Islam yang jauh dari diri Keadaan rakyat yang hanyut dibawa arus duniawi sehingga lupa akan kewujudan akhirat Masalah perkauman
Jalan penyelesaian : Kembali mendekatkan diri kepada Allah SWT Ibu bapa haruslah memberikan didikan agama sejak kecil kepada anak-anak Ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada anak-anak Rakyat haruslah bekerjasama memupuk semangat perpaduan Pihak berkuasa haruslah meningkatkan pengawasan terhadap gejala-gejala yang boleh merosakkan anak bangsa
2) Sumber utama dalam Islam merupakan al-Quran dan hadis.. Manakala sumber kedua pula merupakan Ijtihad. Kepentingan sumber utama ialah al-Quran dan hadis sentiasa mengajak umatnya supaya mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna. Isi kandungan al-Quran juga kaya dengan pelbagai rahsia dan khazanah ilmu pengetahuan yang sedia untuk diterokai, direnungi, diamati, dikaji dan dimanfaatkan oleh manusia.
Kejatuhan tamadun Islam adalah disebabkan pemerintahan yang lemah. Apabila sesebuah tamadun diperintah oleh pemimpin yang lemah, nescaya tamadun tersebut akan mudah menjadi kucar-kacir, politiknya tidak stabil, ekonomi menjadi lumpuh, dan seterusnya membawa kepada keruntuhan tamadun tersebut. Selain itu, penyelewengan dan gejala keruntuhan akhlak juga mengakibatkan sesebuah tamadun itu runtuh selain kegiatan keilmuan yang tidak berkembang.
|
|
|
Post by Nur Nazihah on Dec 6, 2014 18:03:18 GMT
Nur Nazihah Binti Adnan
Assalamualaikum.
Tamadun Islam
Refleksi 1
Manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia: a)Kepercayaan kepada agama dan agama Islam sebagai agama rasmi b)Memiliki budi pekerti dan akhlak yang mulia c)Sistem pemerintahan demokrasi dan Yang- Dipertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi
Cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat: a)Penafian agama Islam sebagai agama rasmi Negara - pertubuhan bukan Islam sering mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dengan membuat tafsiran yang salah dan tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan. Contohnya, Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. b) Masalah sosial berleluasa - Zaman moden telah menyumbang kepada gejala sosial seperti zina, kegiatan pelacuran, pengedaran dadah, kes rompak apabila kurangnya pengetahuan agama dalam diri.
c)Mengekalkan perpaduan rakyat -Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga bangsa tersebut mempunyai agama dan pendirian masing-masing. Pelbagai usaha yang harus dilakukan untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa
Jalan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi umat Islam: a)Memberi penekanan kepada akidah dan akhlak masyarakat b)Menerapkan ajaran Islam yang sebenar c)Pemimpin di Malaysia harus amanah dengan jawatan yang disandang d)Mengadakan perbincangan agar setiap individu dapat menyuarakan pendapat masing-masing untuk mengelakkan pertentangan idea.
Refleksi 2
Sumber primer dan sumber sekunder dalam kehidupan masyarakat menjadi panduan terhadap kelangsungan tamadun Islam. Sumber primer ialah Al-Quran dan Al-Sunnah manakala sumber sekunder ialah ijtihad.
Sumber-sumber ini berperanan untuk membantu manusia melaksanakan syariat yang ditentukan oleh Allah S.W.T kepada mereka dan membantu manusia mentauhidkan Allah S.W.T. Sumber-sumber ini merupakan garis panduan dalam membina sesuatu tamadun. Tamadun Islam terbentuk apabila lahirnya kefahaman mengenai ilmu dan amal serta tujuan sebenar pembinaan tamadun.
Apabila sumber-sumber ini diabaikan, maka perkembangan tamadun tidak lagi berlandaskan jalan yang benar dan akan lahirlah perkara yang boleh memberi kesan kepada perkembangan tamadun. Sebagai contohnya, Khalifah pada zaman bani Umaiyah telah mengabaikan ajaran Islam disebabkan faktor kemewahan hidup. Hal ini telah menyebabkan berlakunya penyelewangan dalam kalangan pemerintah dan akan menjejaskan perkembangan tamadun seperti dalam bidang keilmuan apabila kurangnya penghasilan karya-karya baru yang mengakibatkan sarjana dari Barat untuk mengambil alih tempat tokoh-tokoh Islam.
|
|
|
Post by NajihahZabidi on Dec 7, 2014 6:17:55 GMT
Nur Najihah bt Zabidi
Refleksi 1
Cabaran yang dihadapi oleh rakyat di Malaysia ini adalah rakyat yang tidak bersatu. Walaupun Malaysia merupakan negara Islam tetapi tidak banyak Islam yang diterapkan di dalam kehidupan, pentadbiran, perundangan mahupun politik di Malaysia. Ini kerana pemimpin kini tidak mencuba untuk menerapkan nilai islam di dalam setiap perkara. Mereka lebih mementingkan kemajuan negara tanpa menerapkan nilai islam yang mendalam. Walhal islam boleh mendorong kepada kemajuan yang lebih kesat. Seterusnya, masyarakat Malaysia tidak bersatu-padu terutama di bidang politik. Politik seharusnya menyatupadukan rakyat dengan keadilan yang dibawa oleh pemerintah. Tetapi, oleh kerana lebih banyak sifat negatif yang ditunjukkan oleh penyokong mahupun pemimpin, rakyat tidak bersatu dalam membuat keputusan malah sering menyebabkan perbalahan. Perkara ini dapat dibendung sekiranya pemimpin lebih bijaksana dan bertakwa. Ketinggian iman dan takwa dalam diri pemimpin sangat penting dalam membantu urusan pentadbiran dalam mewujudkan strategi yang bijak dan adil. Justeru rakyat akan lebih terpelihara dan bersatu jika pemimpinnya bertakwa dan bijaksana malah rakyat juga harus membuang sikap negatif dalam diri bagi mengelakkan perbalahan sesama sendiri.
Selain itu saya juga berpendapat bahawa rakyat Malaysia kini kurang didikan agama. Walaupun mereka beragama islam tetapi mereka kebanyakannya tidak mentauhidkan Allah dan melakukan sesuatu bukan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka alpa dengan asal usul diri mereka dan lebih cintakan nikmat dunia daripada akhirat yang pasti. Perkara ini menyebabkan masalah sosial yang berleluasa berlaku antaranya adalah kes bapa merogol anak, kaum wanita seronok mendedahkan auratnya, 'couple' berleluasa, lelaki dan wanita tidak malu berdua-duaan di kawasan awam, kes pembuangan bayi berleluasa, pengkid, rempit dan sebagainya. Hal ini sangat mengecewakan dan memalukan bagi sebuah negara yang Islam merupakan agama rasminya. Sehingga kini, tidak ada operasi besar-besaran yang mampu membendung perkara ini. Operasi kecik-kecilan tidak mempunyai usaha yang cukup bagi mengelakkan perkara ini. Oleh itu, ingin saya tekankan bahawa cara yang berkesan dalam membendung masalah sosial ini adalah dengan memberikan pendidikan yang amat mendalam dalam diri setiap individu di Malaysia. Penanaman sifat yang mulia dan keimanan yang kuat kepada Allah swt dan Rasulullah saw mampu menlindungi kita dari melakukan perkara yang terkutuk.
Refleksi 2
Sumber mempunyai kepentingan yang sangat tinggi dalam tamadun. Al-Quran merupakan sumber utama yang mencetuskan kelahiran tamadun islam. Di dalam al-Quran mengandungi konsep ketuhanan, perundangan, ilmu pengetahuan, persoalan-persoalan ghaib dan lain-lain. Al-Quran ditutunkan secara beransur-ansur dan bersifat mukjizat malah merupakan sumber utama umat Islam. Kandungan Al-Quran sangat kaya sehingga mendorong masyarakat Islam berfikir dengan lebih mendalam tentang kebesaran Allah swt dan menggalakkan perkembangan ilmu antara tamadun. Dengan berlandaskan sumber Al-Quran ini, umat Islam mampu berfikir lebih jauh dan seterusnya menjadikan Tamadun Islam gemilang dan dihormati setiap lapisan masyarakat. Antara sumber tamadun lain yang turut membantu kemajuan tamadun islam adalah as-sunnah dan al ijtihad. As-Sunnah ialah perkara-perkara yang meliputi perkataan, perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW. As Sunah berperanan sebagai pentafsir al-quran serta menjelaskan perkara yang tidak disentuh Al-Quran. Dengan mengkaji dan mengamalkan as sunnah, masyarakat islam telah berjaya membentuk islam dengan menerapkan nilai islam dalam setiap perkara. Selain itu, sumber ijtihad pula amat penting dalam menjatuhkan sesuatu hukum atas perkara yang tidak termaktub di dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah. Oleh itu, dengan berlandaskan sumber ijtihad, hukum bagi setiap perkara dapat dikenalpasti malah tiada keraguan atau perbalahan dalam sesuatu perkara akan berlaku.
Sumber memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Kewujudan sumber akan menhindarkan umat Islam dari melakukan kesilapan dan jauh dari kekufuran. Oleh itu sumber haruslah dipelihara bagi mengelakkan pencemaran sumber malah mengekalkan keamanan.
|
|
|
Post by fazreen on Dec 7, 2014 6:52:45 GMT
Salam
Refleksi 1 :
Cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat dan jalan penyelesaian.
- Perpaduaan rakyat Malaysia adalah cabaran pertama untuk membentuk sebuah Negara yang utuh. Kita perlu saling menghormati antara satu sama lain dan bersikap tolak ansur kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Masyarakat Malaysia perlu belajar dan memahami cara hidup dan kepercayaan etnik-etnik lain di negara ini supaya tidak menyentuh perkara sensitivi yang boleh membawa kepada perpecahan.
- Pengaruh budaya kuning/hedonism yang semakin berleluasa terutamanya dalam kalangan generasi muda. Budaya Hedonisme dibawa masuk dari budaya barat dan seterusnya memudaratkan budaya masyarakat tempatan di Malaysia. Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama. gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam. Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.Pendidikan Islam negara perlu dirombak semula bagi memastikan keberkesanannya dalam jiwa pelajar.
Refleksi 2 :
Sumber panduan serta rujukan Islam dibahagikan kepada dua iaitu sumber primer perundangan Islam ialah Al- Quran dan Al-Sunnah. Seterusnya ialah sumber sekunder perundangan Islam iaitu ijimak, Al-Ijtihad dan sebagainya.
Al-Qur’an merupakan sumber utama perundangan Islam. Keaslian yang ada pada al-Qur’an tetap terjamin. Oleh kerana syariah Islam bersumberkan al-Qur’an, maka dengan sendiri syariah Islam merupakan syariah yang terbaik, bahkan yang dipilih oleh Allah s.w.t. Al-Quran merupakan sumber utama yang mengarahkan perjalanan tamadun sepanjang sejarah perkembangannya. Oleh itu pembangunan tamadun Islam mendapat hidayah daripada kitab al-Quran khususnya dalam memantapkan beberapa aspek nilai yang menjadi asas orientasi mukmin dalam merancang dan melaksanakan pembangunan tamadunnya
Al-Sunnah didefinisikan sebagai apa yang datang daripada Rasulullah s.a.w. selain daripada al-Quran meliputi perkataan, perbuatan dan persetujuan yang dijadikan dalil hukum. Dalam konteks tamadun Islam, al-Sunnah merupakan sumber yang kedua selepas al-Quran. Al-Sunnah berfungsi sebagai penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran, penghurai dan pentafsir kepada ayat-ayat al-Quran dengan berbagai cara menjadikan keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tidak ada dalam al-Quran dan keterangan bagi nas. Al-Quran menyediakan panduan sedangkan al-Sunnah pula berperanan melaksanakannya.
Kejatuhan tamadun Islam boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut :
= Penolakan agama sebagai sistem kehidupan (agama tidak lagi menjadi faktor penting dalam pemikiran dan tindakan politik pemimpin negara-negara). = Berlaku keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan pemimpin = Amalan sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutama dari segi perubahan teknologi atau perubahan struktur politik, ekonomi dan sosial.
|
|
eve95
New Member
Posts: 3
|
Post by eve95 on Dec 7, 2014 14:46:03 GMT
SITI HAWA BINTI DOLAH
REFLEKSI 1
Rakyat Malaysia kini berdepan dengan pelbagai gejala keruntuhan moral yang mana boleh memusnahkan negara dan rakyatnya sendiri. Antaranya ialah aktiviti perjudian dan pelacuran yang sudah tidak dapat dibendung. Gejala sumbang mahram yang semakin menjadi-jadi. Kes pembuangan bayi hasil daripada perhubungan seksual haram bertambah. Murid dan sekolah sering terlibat dalam vandalisme, keganasan dan amalan buli yang melampau. Tambahan lagi dengan adanya perbezaan pendapat dari segi politik serta hasutan daripada media massa untuk kepentingan diri sendiri hanyalah semakin memburukkan keadaan yang sememangnya sudah buruk.
Antara tindakan atau cara yang boleh dilaksanakan untuk menagatasi masalah-masalah diatas ialah setiap manusia mengamalkan cara hidup berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah. Badan-badan GO dan NGO boleh mengadakan kempen kesedaran atau ceramah.
REFLEKSI 2
Sumber primer (Al-Quran dan As-sunnah) dan sumber sekunder (ijtihad,ijmak ulama’,al-Qias dan lain-lain) -sebagai pembimbing dan panduan kepada manusia untuk memperkembangkan lagi ilmu -melahirkan umat Islam yang tidak terpesong daripada ajaran lain seterusnya boleh menegakkan agama Allah -menjelaskan apa yang boleh memberi maslahat dan apa yang boleh memudaratkan manusia -memberikan hukum bagi sesuatu peristiwa yang baru timbul selari dengan perkembangan zaman, tempat dan peradaban -kunci kepada kejayaan umat Islam
Kejatuhan tamadun Islam
Kelalaian pemimpin dalam memimpin, berlakunya pemberontakan dalam masyarakat, pengamalan rasuah berleluasa, ketidakadilan dalam suatu perkara dan ilmu tidak diamalkan atau dimanfaatkan sepenuhnya.
|
|
|
Post by syahirbadri on Dec 7, 2014 15:11:05 GMT
assalamualaikum...
refleksi 1:
cabaran rakyat malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat
masalah utama yang dihadapi rakyat malaysia pada masa kini ialah untuk mengekalkan perpaduan yang ada. seperti yang kita tahu, banyak masalahmasalah yang imbul berkaiatan perpaduan ini seperti pergaduhan yang banyak berlaku berpunca daripada masalah-masalah kecil yang iperbesarkan hingga menjadi pergaduhan dan pertengkaran sesama sendiri. cara untuk mengatasi masalah ini ialah setiap individu harus mengawal tindak tanduk mereka agar tidak berlebihan sehingga menimbulkan pergaduahan. setiap rakyat malaysia juga harus saling memahami dan mempraktikkan sikap toleransi antara satu sama lain agar perpaduan dapat dibentuk dan seterusnya keharmonian dalam kalangan masyarakat dapat dicapai.
selain itu, rakyat maslaysia juga sedang menghadapi masalah gejala sosial yang dapat meruntuntuhkan akhlak umat sejagat. zaman moden yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan ini telah memberi impak negatif kepada masyarakat. gejala ini yang kebanyakannya berunsur budaya barat seperti zina, pelacuran dan sebagainya. untuk menghindari masalah ini, penerapan cara hidup islam yang selari dengan syarak harus diamalkan dalam setiap institusi kekeluargaan masyarakat malaysia agar dapat mengelak daripada gejala sosial ini makin menular. penekanan kepada pegangan akidah juga harus dititikberatkan agar kita tidak terpesong dari landasan islam sebenar.
refleksi 2:
sumber primer dan sumber sekunder adalah menjadi panduan umat islam dalam menjalani kehidupna mereka di udnia in.Sumber primer ialah Al-Quran dan Al-Sunnah manakala sumber sekunder adalah ijtihad, ijmak ulama’, al-Qias, Masalih al-Musalah dan al-Istihsan. Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan panduan utama umat Islam. Sekiranya umat Islam tidak berpegang kepada dua sumber utama ini maka ia akan mengundang kejatuhan umat Islam. Hal ini kerana kandungan yang terdapat dalam Al-Quran meliputi semua aspek kehidupan ajaran Islam yang merangkumi konsep hidup beruahn, sistem perundangan, alam ghaib, nilai moral, fiksyen sains, sejarah umat terdahulu dan sebagainya.
|
|
pian
New Member
Posts: 5
|
Post by pian on Dec 7, 2014 15:44:43 GMT
refleksi 1 masalah gejala sosial,jenayah,mentaliti masyarakat yang rosak akibat sikap sambil lewa terhadap agama... cabarannya itulah cabarannya... sentiasa merujuk kepada alquran dan sunnah...dan berusaha untuk memhamkan rakyat akan kepentingan agama di dunia yang sementara akhirat selamanya...
refleksi 2 dimana pada zaman rasulullah dimana umat islam mengikuti alquran dan assunnah...ada kejayaan hidayah tersebar keseluruh alam... pada zaman turki uthmaniyyah,mustafa kemal atartuk, dimana alquran dan sunnah tidak di pedulikan ....menyebabkan jatuhnya taamadun islam...
|
|
|
Post by muazmutalib95 on Dec 7, 2014 15:53:48 GMT
REFLEKSI 1 Contoh cabaran rakyat malaysia adalah seperti perbezaan pendapat dari segi politik, hasutan media massa, penyebaran fitnah yang semakin berleluasa serta cara hidup yang bersimpang dari ajaran agama.
Jalan penyelesaiannya pula seperti mengamalkan cara hidup berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah, mengadakan kempen kesedaran, mengadakan ceramah tentang kepentingan untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat.
REFLEKSI 2 Sumber tamadun Islam yang utama adalah AL-Quran dan Hadis. Kedua-dua sumber ini digunakan sebagai penunjuk arah serta bimbingan kepada para pengikutnya untuk mengembangkan sesuatu tamadun. Apabila sesebuah tamadun itu telah berkembang, banyak unsur yang cemburu terhadap kelebihan yang ada pada tamadun tersebut dan banyak faktor menyebabkan goyahnya pemerintahan ketika itu. Salah satu antaranya ialah lupa akan ajaran serta pegangan yang dibawa dalam al-Quran. Ia mengundang kepada besarnya potensi bagi sesebuah tamadun itu runtuh atau musnah kerana serangan pihak lawan. Sebagai contoh, amalan rasuah yang diamalkan oleh pemerintah merupakan satu faktor yang mengundang kemerosotan tamadun tersebut kerana dalam sumber tamadun Islam telah dinyatakan bahawa mengambil rasuah adalah haram. Di samping itu, melakukan serangan terhadap musuh sedangkan musuh masih tidak bertindak apa-apa amatlah ditegah dalam sumber yang kita ketahui. Al- Quran mengatakan sekiranya musuh tidak berbahaya kepada kita, maka digalakkan untuk berbincang atau bermusyawarrah terlebih dahulu sebagai tanda kesopanan serta sifat keterbukaan kita yang dapat ditunjukkan kepada pihak lawan. Pihak berkuasa lebih mementingkan kepentingan dirinya berbanding rakyat. Sedangkan, dalam sumber Islam telah dinyatakan bahawa kesenangan serta kekayaan itu haruslah dikongsi bersama agar kenikmatan serta kemurniaan kurniaan Allah itu dapat dikongsi bersama-sama
|
|
syafi
New Member
Posts: 3
|
Post by syafi on Dec 7, 2014 15:55:01 GMT
Assalamualaikum.. Refleksi 1; Cabaran yg jelas utk masyarakat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat termasuklah sifat perkauman yg melampau dikalangan masyarakat yg disebabkan kurangnya penghayatan terhadap agama islam yg menekankan keharmonian,kesejahteraan, masyarakat tanpa megambil kira perbezaan peganggan dan fahaman agama. Hal ini dapat ditangani dengan memperkukuh ilmu tentang peradaban dalam islam. Refleksi 2; Kepentingan sumber-sumber tersebut adalah sebagai panduan dlm kehidupan yg merangkumi segala aspek kehidupan. Sumber tersebut sepatutnya dijadikan amalan dan peganggan oleh umat islam sejagat. Akan tetapi,kehadiran Mustafa Kemal Antartuk di dalam pentas pentadbiran Turki menghakis amalan-amalan yg diperintah sumber-sumber tersebut. Perbalahan sebahagian umat dlm cara mengerjakan sesuatu pekerjaan tanpa merujuk kepada sumber-sumber tersebut turut menyumbang kepada kejatuhan tamadun islam.
|
|
|
Post by haziqhaikalshafiee on Dec 7, 2014 15:59:08 GMT
assalamualaikum WBT
1) agama merupakan antara elemen penting dalam pembentukan sesebuah tamadun yang ulung , sebagai mana yang dicatatkan oleh para sejarawan .apa yang dapat kita fahami ialah , setiap agama membawa nilai nilai positif kepada penganutnya . jika nilai tersebut diamati dengan seeloknya , barulah sesebuah tamadun itu akan kekal utuh dan megah . sebagai contoh , islam mengajar umatnya untuk menghormati satu sama lain . hasilnya , apa yang dapat kita lihat pada harin ini , malaysia yang meletakkan agama islam sebagai agama rasmi masih aman dan harmoni walau di dalamnya terdapat kaum yang pelbagai , agama yang pelbagai . namun begitu , pada hari ini , masalah mula timbul . terdapat beberapa cabaran yang perlu ditempuhi dalam usaha untuk mengekalkan keamanan yang kita kecapi pada hari nini . antara cxabarannya ialah : a) masalah ajaran syiah b) masalah sosial c) maslaah ketandusan nilai murni d) ajaran sesat
cadangan cadangan untuk menyelesaikannya ialah : a) mewujudkan kelas agama untuk menerangkan fahamnan islam yang sebenar b) pendidikan awal moleh ibu bapa kepada anak anak tentang kepentingan nialai nilai murni dalamk hidup bermasyarakat c) undang undang yang telus
2) islam merupakan sebuah agama yang syumul ,semestinya dengan al quran dan al sunnah sebai sumber primer , dan beberapa sumber sekunder seperti ijmak , kias dan sebagainya . selagi mana panduan ini dipatuhi , insyaAllah seghala urusan kita akan dipermudahkan .tamadun islam zaman dahuku mengalami kejatuhan disebabkan manusia yang semakin terpesong dari jalan yang benar . mereka semakin yakin dengan undang undang dunia , yang direka oleh manusia sedangkan Allah telah menyensaraikan undang2 yang sebenar di dalam al quran . lalu , dengan kealpaan ini , dengan kuasa Allah , sebuah tamadun islam yang disegani dunia juga mampu jatuh . untuk apa ? sebagai pengajaran kepada kita bahawa Allah itu maha kuasa . kita hanya mampu merancang , allah yang menentukan .,
|
|
|
Post by zhariffffff on Dec 7, 2014 17:11:58 GMT
Refleksi 1. Antara cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat. Antaranya ialah masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berlainan agama dan budaya. Cara menyelesaikannya adalah dengan menghormati antara satu sama lain dan tidak mewujudkan diskrimansi warna kulit. Sikap perkauman dan perbezaan ideologi antara masyarakat majmuk sering kali mencetuskan pertelingkahan antara sesama masyarakat. Jalan penyelesaian yang perlu diambil oleh umat Islam dalam menangani cabaran – cabaran ini adalah dengan pertama sekali mendidik anak – anak sejak kecil lagi, tentang ajaran yang telah diterapkan dalam Islam, iaitu berunsurkan panduan yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan As Sunnah. Mereka yang telah terpesong pula, janganlah pula kita biarkan dan memaki hamun mereka. Malah, ia menjadi tanggungjawab umat Islam untuk membantu mereka menyedari kesalahan mereka dan mendidik mereka ke arah kebaikan.
Refleksi 2. Al – Quran dan As – Sunnah manakala sumber sekunder Islam ialah ijtihad dan nilai – nilai daripada tamadun lain. Sumber sumber ini adalah manual kepada umat manusia dalam mengembangkan sesuatu tamadun. Al-Quran merangkumi setiap konsep kehidupan seharian manusia yang di mana seseorang mukmin tidak akan sesat selagi dia masih berpandukan Al-Quran. As-Sunnah pula merangkumi perkataan, perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan perkara- perkara yang tidak disentuh secara langsung oleh Al-Quran. Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang tidak ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis, peristiwa atau kejadian yang berhubungan dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada Allah S.W.T.Kejatuhan umat ini ialah apabila meninggalkan Quran dan Assunah sebagai pedoman.
|
|
|
Post by nazhifahaliasHS244 on Dec 8, 2014 14:27:41 GMT
REFLEKSI 1 Antara manifestasi rakyat bertamadun di Malaysia termasuklah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum hidup dengan aman di bawah satu pemerintahan demokrasi yang kuasanya ditentukan oleh rakyat. Di Malaysia juga terdapat satu sistem pendidikan yang efektif yang menjurus kepada kelahiran generasi yang intelektual dan cerdas. Selain itu, ekonomi yang semakin membangun dan meningkat menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat melibatkan diri dalam usaha menaikkan ekonomi negara. Namun begitu terdapat pelbagai cabaran untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat terutamanya umat Islam yang menjadi penduduk majoriti di Malaysia. Antara cabaran tersebut termasuklah ada pihak-pihak tertentu yang ingin merosakkan akidah belia-belia Islam secara halus mahupun terang-terangan. Selain itu, penghasilan makanan segera yang halal seperti biskut, minuman pra-campuran dan lain-lain kebanyannnya diuruskan oleh syarikat bukan Islam. Tambahan lagi, umat Islam di Malaysia masih mempercayai kepercayaan- kepercayaaan tahyul dahulu kala. Akhir sekali, sistem pendidikan di Malaysia yang tidak menekankan aspek akidah secara lebih menyeluruh. Bagi masalah kerosakan akidah dalam kalangan belia- belia Islam haruslah dipandang serius oleh pihak atasan, lebih-lebih lagi ibu bapa belia itu sendiri. Tindakan undang-undang haruslah diperketatkan lagi dan program-program yang dianjurkan khas untuk para belia haruslah dipantau. Akidah para belia boleh disuburkan melalui program keagamaan di sekolah mahupun di rumah belia itu sendiri iaitu melalui usaha ibu bapa belia tersebut. Tambahan lagi, system pendidikan di Malaysia hendalah menitik beratkan soal agama dan mewajibkan semua pelajar yang beragama Islam mengambil subjek agama Islam dan memakai pakaian yang menutup aurat. Kerajaan juga sepatutnya mewajibkan semua pelajar yang beragama Islam pandai membaca Al-Quran dan hokum-hukum fardhu ain. Bagi masalah mempercayai kepercayaan tahyul, kita hendaklah membuang segal kepercayaan tersebut dan cuba untuk menerapkan rukun Islam dan Iman dalam kehidupan seharian kita srta memenuhkan ilmu agama di dada dengan menghadiri kuliah agama di masjid. Selain itu, walaupun ekonomi kita semakin meningkat tetapi majoriti ekonomi negara kita dipegang oleh orang bukan Islam. Umat islam haruslah sentiasa mencari peluang untuk membuka perniagaan makanan halal lebih- lebih lagi dalam idustri penghasilan makanan segera yang halal.. Kita sebagai pengguna Islam haruslah menyokong produk buatan saudara seagama kita dan tidak memilih yang berjenama sahaja. Walaupun makanan segera yang dibeli itu halal, namun syarikat pembuatannya dimiliki oelh orang bukan Islam, oleh itu, apa salahnya menggunakan produk saudara seislam kita dan bantu mereka menambah baik lagi produk mereka sehingga diperingkat antarabangsa dan produk tersebut digunakan juga kepada orang islam di luar negara. Lebih- lebih lagi mereka yang hidup di negara bukan Islam.
REFLEKSI 2 Kewujudan sumber primer dan sumber skunder amat berperanan menjadi panduan kelangsungan Tamadun Islam. Sumber primer adalah Al-Quran dan As-Sunnah manakala sumber skunder adalah ijtihad para ulama’. Kejatuhan Tamadun Islam amat berkait rapat dengan ketidakpatuhan kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta ijtihad para ulama’. Faktor utama kejatuhan Tamadun Islam adalah disebabkan tidak menghayati nilai Islam dan tidak menjadikan Islam sebagai satu cara hidup. Hal ini jelas berkait rapat dengan tidak menjadikan sumber primer dan sumber skunder sebagai pandua hidup. Sumber tersebut amat melengai satu sama lain kerana apa yang tidak dijelaskan secara terang dalam al-Quran telah jelas dijelaskan dalan As-Sunnah dan ijtihad dalam kalangan para ulama;amat penting untuk menjaga kemashlatan umat islam sepanjang zaman yang sentiasa timbul masalah- masalah baru. Kelalaian dan kealpaan pemerintah serta rakyat disebabkan tidak mengikuti ajaran Al-Quran dan As-sunnah serta ijtihad mengundang kejatuhan Tamadun Islam. Oleh itu, sudah jelas bahawa sumber-sumber ini amat penting untuk mengekalkan kejayaan Tamadun Islam
|
|
|
Post by adninhs244 on Dec 8, 2014 23:31:26 GMT
1)refleksi tamadun 1 -pencapaian SAINS DAN TEKNOLOGI CINA Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran
porselin, pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi. Bagaimanapun, berikutan perkembangan sejarah, budaya Cina menjadi satu dengan golongan elit birokratik begitu dominan. Golongan ini telah membawa kesan konservatif terhadap inovasi, dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan teknik baru kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh birokrasi.
Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah sehinggalah kemunculan zaman moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali- sekala yang berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo pada tahun 1275- 1292. Ini telah menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan teknologi Cina dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke Barat. Ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara China. Bagaimanapun, para pemerintah China tidak berminat untuk menggalakkan penciptaan atau perniagaan dan perindustrian serta tidak menggalakkan perhubungan perniagaan dengan dunia luar. Kesannya, negara China telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20 yang kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan sosial telah membangkitkan kesedaran orang Cina tentang kepentingan sains dan teknologi moden.
Muzik Klasik
Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Namun begitu, bahan muzik ini telah hilang dan yang masih dapat dilihat hanya bahan yang wujud sejak dari zaman dinasti Song, dan Jumlahnya sudah sama dengan jumlah kesemua bahan sistem muzik utama dalam sejarah Eropah.
Sistem melodi (tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh. Berdasarkan cara sesuatu jenis alat muzik ini dimainkan muzik Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, genderang, memetik dan menggesek.
Mengenai asal-usul muzik Cina, rekod Cina menyatakan bahawa lebih kurang pada tahun 2697SM, Maharaja Huang Di (maharaja legenda yang dikatakan salah satu maharaja terawal yang wujud di dalam sejarah Cina) telah menghantar orang untuk mencari paip buluh. Palp buluh yang dicari ini dikatakan boleh mengeluarkan bunyi serupa dengan bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik yang berharmoni dengan alam semesta. Perbincangan dan rujukan terhadap muzik juga terdapat dalam buku-buku klasik seperti Li ji (Rekod Ritual) yang bertarikh pada kurun ke-2SM dan Shi jing. Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik tentang muzik.
Bahasa dan Sistem Tulisan Cina Mengenai sistem tulisan, tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zh’shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan bentuk-bunyi), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu hurufCina, iaitu zhuanzhu (mutual semantik transfer) dan jiajie [loan character). Kesemua kaedah tersebut dikenali secara tergolong sebagai liushu (six principles of writing).
Selain sebutan bunyi dan maksud, setiap tulisan Cina mempunyai bentuk yang istimewa. Bentuk tulisan Cina inilah yang telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa Cina dan pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia. Ini adalah kerana sungguhpun terdapat banyak diaiek di China yang sebutannya mungkin jauh berbeza antara satu dengan yang lain, tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu sistem tulisan yang tunggal yang boleh digunakan oleh semua orang Cina sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi. Maka bahasa Cina telah menjadi faktor unifikasi utama dan amat penting bagi rakyat Cina dan tamadun Cina.
Puisi Shijing bersama empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke-2SM ianya sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga diiringi oleh tarian.
Pada keseluiuhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih daripada elemen naratif. Rima akhir diutamakan untuk mencapai kesan muzik dan tidak bergantung kepada penggunaan kecantikan retorik. Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan dalam pertemuan rasmi; raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.
Chu ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi. Puisi-puisi yang berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza daripada Shijing, misalnya baris-bans lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan puisinya lebih sesuai dideklamasikan.
Mulai dari Shijing hmgga ke Chu ci, puisi Cina klasik kian matang dan sempurna. Dmasti Tang (618-907) menyaksikan kemuncak perkembangan genre ini. Keadaan politik dan ekonomi yang stabil khasnya pada tahap permulaan zaman ini menggalakkan perkembangan puisi Cina klasik mencapai tahap keemasan. Puisi yang telah dihasilkan tiada tandingan dari segi kuantiti dan kualiti. Quan Tangshi (Koleksi Lengkap Puisi Tang) mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih orangpenyajak, termasuk penyajak agung seperti Li Bai, Du Fu dan Bai Juyi. Bentuk puisi utama yang wujud dalam sejarah puisi Cina klasik seperti jueju (puisi empat baris) dan lu shi (puisi lapan baris) juga telah mencapai tahap kematangan. Puisi- puisi ini dihasilkan dan ditulis dengan menggunakan pelbagai terna.
Bagi orang Cina, skop genre shi, yang biasanya diterjemahkan puisi, adalah sangat terhad. Sebenarnya yang boleh kita klasifikasikan di bawah golongan genre puisi wujud dalam banyak bentuk selain bentuk shi. Balada misalnya, begitu banyak jumlahnya. Kebanyakan teks drama juga mengandungi nyanyian dalam bentuk puisi. Yang harus diberi perhatian ialah sejenis puisi yang timbul dari nyanyian penghibur dan digubah dalam rangkap berlainan panjang mengikut bunyi atau suit muzik tertentu dikenali sebagai lirik ci. Di bawah usaha sebilangan penulisan ci yang berbakat seperti Liu Yong, Su Shi, Li Qingzhao, Zhou Bangyan dan Xin Qiji, bentuk ini mengambil tempat shi pada zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) untuk menjadi genre yang paling popular dan representatif.
Drama Drama Cina berkembang agak lewat. Pada dinasti Yuan (1279-1368), prestij tradisi lama mulai merosot di bawah pemerintahan Mongol, dan kawasan utara China, di mana penakluk asing mendirikan pusat pentadbiran mereka, menjadi satu persekitaran yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional seperti drama berkembang. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja member! hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton. Sebagai contoh, drama Dou’er yuan (Ketidakadilan Dou’er) karya Guan Hanqing, mengkritik kelemahan pegawai Mongol yang menerima rasuah sehingga mengakibatkan seorang suri rumah dihukum mati tanpa melakukan apa-apa kesalahan. Karya lain seperti drama Xixiangji (Percintaan Kamar Barat) hasil penulisan Wang Shifu, menyanjung cinta bebas melalui pelukisan watak utama sebagai berani menentang tradisi lama dalam hal perkahwinan. Zaju banyak menyokong nilai-nilai Cina tradisional khasnya nilai seperti zhong (kesetiaan), xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), jie (kesucian seseorang wanita) dan yi (keadilan).
Drama jenis lain yang harus diperkenalkan ialah chuanqi. Chuanqi yang berkembang semasa zaju, lebih panjang dari segi skop iaitu biasanya berjumlah tiga sehingga empat puluh adegan (babak) dan lebih fleksibel dari segi muzik dan nyanyian. Selain chuanqi, kunqu Juga amat menarik. Bentuk drama ini berdominan sejak kurun ke-16 sehingga ke-18 dan merupakan kegemaran golongan pujangga kerana stall nyanyiannya halus dan muziknya bergaya.
Kaligrafi Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stall tulisan yang telah dikembangkan. Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada di antaranya yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik. Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa kini, termasuklah pertama, stall biasa atau kaishu iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas; kedua, lishu iaitu sejenis stall yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan garis tegak; ketiga, xingshu atau stall berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur; dan keempat, caoshu atau stall rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah teratur. Jenis kaishu ialah stall yang biasa digunakan dalam buku cetakan. Caoshu pula hanya dapat difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni ini dan bukan satu stall yang sesuai untuk kegunaan biasa.
Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu menggubah struktur yang cantik berdasarkan garis-garis ini. Usaha ini hams dijalankan tanpa sebarang percubaan dengan sengaja untuk memperelok atau menggelapkan stroke-stroke tertentu. Pada masa yang sama seseorang pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai hanya selepas berlatih dalam tempoh masa yang lama.
seni lukis Berdasarkan cara penyampaian, lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama, xieyi (bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua, gonghi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Xieyi merupakan pendekatan asas lukisan Cina. Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak penting. Qi Baishi, pelukis Cina terkenal pada masa moden misalnya, tidak melukis udang, serangga, burung atau bunga mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya menunjukkan sifat paling penting (essence) objek-objek ini mengikut pengalaman dan fahaman sendiri. Apabila melukis landskap, jarang pelukis xieyi melukis tempat yang benar-benar wujud, tetapi mereka hanya meminjam bentuk-bentuk gunung, sungai, batu, pokok untuk dijadikan alat menyatakan perasaan dan idea mereka. Walaupun mereka mengelakkan dari memberi gambaran tepat, mereka perlu membuat lukisan landskap yang digemari mereka sebagai landskap, dan membawa peminat ke dalam dunia alam semula jadi serta bersatu dengannya.
Dalam lukisan Cina, bahan yang sama digunakan sebagai mana yang digunakan oleh ahli kaligrafi Cina. Kebanyakan lukisan Cina dilukis dengan menggunakan dakwat monokrom.
Seseorang pelukis perlu memastikan terlebih dahulu mengenai apa yang ingin dilukiskan supaya tidak berlaku kesilapan atau kesalahan apabila melukis dan beliau perlu menyiapkan hasil lukisan dengan penuh keyakinan, kelajuan serta kemahiran menguasai teknik lukis. Keyakinan dan kemahiran ini hanya dapat diperolehi melalui latihan yang panjang dan berdasarkan pengalaman. Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol panjang yang digantung secara tegak atau skrol tangan melintang yang berbeza panjangnya, kadang-kadang sepanjang lima belas meter. Bentuk lain ialah kipas dan lembaran album.
Kriteria menilai lukisan berdasarkan kriteria sama yang digunakan untuk menilai kaligrafi. Sesuatu lukisan yang bernilai harus menunjukkan pergerakan berus yang penuh dengan tenaga (vitality) dan perasaan (expressiveness) serta komposisi yang bersifat harmoni secara keseluruhan. Bagi seseorang peminat lukisan Cina, tandatangan pelukis, tulisan, biasanya puisi dan cap merupakan bahagian komposisi yang juga diperlukan.
Seni bina Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara yang tinggmya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.
Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai rangka yang berbentuk “tiang dan ambang” (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak melintang di atas. Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung kadang-kadang dicat dan kayu lintang yang mengikut keseluruhan binaan biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak berwarna.
Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang melengkung ke atas di sudutnya. Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga miskin menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai tembikar berwarna kilat misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing yang berwarna kilat biru.
Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan Juga merupakan satu cin seni bina Cina. Ciri lain termasuklah pagoda, yang dipengaruhl oleh agama Buddha. Pagoda hilang hubungannya dengan agama Buddha kemudian, dan kebanyakan pagoda yang dibina terkemudian adalah untuk tu]\iznfengshui. Pailou Sitnupaifang iaitu gerbang pada asalnya dibina untuk tujuan memperingati seseorang berdasarkan merit, misalnya seorang balu muda yang hidup mulia hingga ke usia tua; atau sebuah keluarga yang hidup bersama untuk beberapa generasi. Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan ada yang mempunyai lebih dari satu gerbang, adalah ciri lain binaan Cina.
Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina. Taman- taman Cina bahkan taman-taman diraja atau persendirian, melanjutkan lagi pnnsip binaan dengan reka bentuk telah diubahsuaikan untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan. Istana Musim Panas (The Summer Place) di kawasan desa Beijing mempamerkan kejayaan cemerlang orang Cina
Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.
Bidang Matematik
Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.
Bidang Perubatan
Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada pengaruh asing. Mengikut legenda, ia bermula sejak masa Fu Xi (2953SM?) dan diperkembangkan seterusnya oleh Shen Nong (?-2698SM?) dan Huang Di (?-2598SM?).
Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.
Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa). Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabilaywg atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.
Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan. Dalam rawatan moxibustion, daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.
Bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat luas termasuklah tumbuh-tumbuhan (herba), binatang dan sumber galian. Terdapat herba zaman purba yang berjumlah lebih kurang 1,000 jenis. Kegunaan ubat-ubatan dalam rawatan pada dasarnya ialah untuk memulihkan keseimbangan yin dan yang dan merupakan satu perkara yang agak rumit. Ini menyebabkan cara mempreskripsi
(menentukan penggunaan ubat-ubatan) bersifat kompleks. Terdapat ubat yang telah diguna oleh sistem perubatan Barat misalnya rubarb, besi (untuk anemia), dan kapur barus (champor). Herba mahuang telah digunakan sekurang-kurangnya sepanjang 4,000 tahun di negara China dan sekarang sangat berguna dalam bidang perubatan Barat untuk merawat penyakit lelah (asthma) dan penyakit lain yang berkaitan.
Buku mengenai perubatan dan farmokologi Cina tradisional sangat berguna dalam memperkembangkan sains perubatan Cina. Huangdi neijing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning), yang dipercayai dihasilkan oleh sarjana perubatan tidak bernama pada Zaman Negeri Berperang (475-221SM), merupakan kesimpulan sempurna yang pertama bagi perubatan Cina tradisional. Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen (1518-1593) ialah farmakopeia Cina teragung dan mengandungi 52 jilid yang masih dianggap berwibawa sehingga masa kini.
EMPAT PENCIPTAAN AGUNG
Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.
Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.
Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok (block-printing). Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.
Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.
Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han (206SM – 220SM) sifat-sifat magnet
sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.
-perbezaan Seni bina Islam bermula dengan pembinaan masjid (Masjid Nabi) di Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Manakala pembinaan kubah masjid dimulakan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 636 Masihi berhampiran dengan Masjid al-Aqsa di Jerusalem, Palestin. Seni bina Islam berkembang dengan begitu pesat dalam tamadun Islam sehingga lahirlah kota-kota yang besar yang merupakan manifestasi pencapaian seni bina Islam. Antara kota dan binaan yang masyhur adalah:
1. Kota Kaherah yang mempunyai masjid Jamek al-Azhar yang kemudiaannya dijadikan universiti terunggul Islam iaitu Universiti al-Azhar.
2. Kota Cordova yang kaya dengan ratusan binaan pelbagai masjid, istana, pangsapuri, tempat mandi serta gedung perniagaan.
Pada zaman Maurya, bidang seni bina dan seni ukir India berkembang maju. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India. Pada zaman Gupta, senibina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Di India Utara, Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva adalah antara lambang kemegahan seni bina India. Ukiran Gua Ajanta dan Ellora serta duit syiling India zaman Gupta membuktikan seni ukir India yang tinggi nilainya. Di India Selatan, kuil batu Mamallapuram yang dibina oleh raja Pallava menunjukkan corak seni bina dan seni ukir kompleks yang mengagumkan. Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina bangunan kuil ini, dan masih menjadi misteri dalam seni bina India.
Pada akhir abad ke 2H/8M aktiviti astronomi telah berpusat di Baghdad.Pada abad seterusnya iaitu pada 3H/9M telah lahir tokoh-tokoh astronomi Islam yang terkemuka sepanjang zaman seperti Habasy Al-Hasib dan juga AL- khawarizmi.Pada abad ini,penyelidikan dan pengkajian terhadap astronomi telah dilakukan dengan gigih dan bersungguh- sungguh. Abad ke 4H/10M telah menonjolkan lebih ramai lagi tokoh-tokoh astronomi yang lahir daripada penganut Islam.Tokoh-tokoh yang dimaksudkan seperti Abd Rahman Al-Sufi,Abu Said Al-Sijzi,Abu Al-Wafa al-Buzjani, Abu al-Qasim Al-Majriti dan ramai lagi. Pada abad ini,Abd Rahman Al-Sufi telah melakarkan ilustrasi-llustrasi bintang yang disifatkan oleh george Sarton sebagai masterpiece dalam sejarah ilmu astronomi dunia.
Manakala Abu Said al-sijzi pula telah mencipta Astrolab dan beliau membuat kenyataan bumilah yang sebenarnya mengelilingi matahari dan bukannya matahari yang mengengelilngi bumi.Kenyataan yang telah dilakukan Abu Said Al-Sijzi ini telah diterima pakai dan terbukti kebenarannya sehingga ke hari ini dalam ilmu astronomi. Abad ke 5H/11M menyaksikan kecemerlangan tokoh astronomi yang beragama Islam yang lainnya,seperti Al-Biruni,Ibn Yusuf dan Al-Zarqali.Antara sumbangan yang telah dilakukan oleh al-Biruni adalah membuat banyak ukuran yang berkaitan dengan saiz bumi umpamanya.Selain itu,Al-Biruni juga telah mengira sesuatu latitude dan juga Longitud bagi sesuatu tempat yang terdapat di atas muka bumi. Seterusnya pada Abad ke 6H/12M sarjana-sarjana Islam telah melakukan banyak kritikan,dan juga penambah baikan terhadap teori-teori yang telah dikemukakan oleh Batlamus daripada tamadun Yunani. Pada abad ini,beberapa fakta yang tidak tepat yang dipelopori oleh Batlamus telah diperbetulkan oleh para sarjana astronomi Islam.Antara tokoh-tokoh yang terlibat adalah Ibn.Tufail,dan juga anak muridnya yang bernama al-bitruji.Selain itu,Al-Khazani juga telah menerbitkan sebuah kitab yang bernama Sanjani Zij sebagai satu pembetulan terhadap teori-teori astronomi yang telah diilhamkan oleh Batlamus.
Jyotisa adalah salah satu bahagian utama Veda. la merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari. Pada zaman awal, orang India berjaya menemui 7 planet tanpabantuanteknologiperalatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan kemudian dua lagi planet ditambah, iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180 . 27bintang (nakshatra) turut dikenali dan mempercayai 27 bintang dan 9 planet ini mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan ilmu menilik (astrologi). Bermula pada zaman Gupta, ilmu astrologi berkembang, diterima dan akhirnya, dipercayai oleh semua orang India.
Para sarjana mengatakan terdapat pengaruh seni astronomi orang Mesapotamia (Sumeria) dalam astronomi India. Bagaimanapun, tidak terdapat bukti dan penjelasan yang konkrit untuk memperkukuhkan kenyataan ini. Pakar astronomi Syria, Severus Sebokht (kurun ke-7) telah mengetahui keunggulan astronomi dan matematik India. Beliau berpendapat perkiraan astronomi India adalah sesuai untuk tujuan praktikal dan lebih tepat daripada astronomi Greek- Romawi.
Muzik boleh ditakri^an sebagai bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan (Mahayudin, 2004). Bangsa Yunani dikatakan perintis dalam bidang seni muzik. Namun begitu setelah kedatangan Islam, orang-orang Islam telah memajukannya. Perkembangan seni muzik berlaku pesat pada zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyah di mana kebolehan menyanyi dan bermain alat muzik dijadikan pra syarat untuk diterima beke؟ja (Mohd Mokhtar, 1993). Kesannya, lahirlah ramai tokoh- tokoh terkemuka yang arif dalam bidang muzik seperti al-Farabi dan al-Kindi.
Dalam seni muzik India, tala atau corak, metrik menjadi asas teori irama. Raga atau corak melodi pula menjadi asas teori melodi. Pemain dram biasanya menjelaskan rangka tala dengan menggunakan pelbagai paluan dengan tangan dan jari di bahagian-bahagian gendang untuk memperbaiki irama yang kompleks. Dalam muzik India, walaupun teori harmoni tidak begitu meluas, mereka mempunyai raga yang lebih kompleks daripada corak melodi Barat. Pada zaman pertengahan, raga telah mempunyai skala komplementari yang disebut ragini. Raga dan ragini digunakan untuk menggambarkan waktu (kala) atau sesuatu musim, perayaan dan emosi. Alat-alat muzik India terbahagi kepada empat kategori iaitu pertama, tata (tali); kedua, avanaddha (dram); ketiga, ghana (solid atau ideophone); dan
keempat, susira (angin). Alat muzik India Utara adalah berbeza dengan alat muzik India Selatan. Di India Utara, sitar, sahnai, dan tabala merupakan alat muzik utama. Vinai, natasvaram dan mrdanga, menjadi alat muzik yang penting di India Selatan. Muzik India Utara (Hindustani) dan muzik India Selatan (Karnataka) mempunyai asal-usul dalam teks asas Natya-Sastra dan Sangita Ratnakara. refleksi tamadun 2 -kedatangan dan pengaruh islam di china
Kedatangan Islam Ke China :
Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. Pendatang Arab dan Parsi :
Pada peringkat awal iaitu pada abad ke 7M, masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi. Tujuan asalnya ialah berdagang sambil menyebarkan Islam. Perluasan kuasa ke Asia Tengah :
Perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah seperti Samarkhand, Bukhara, di wilayah Sinkiang mempercepatkan penyebaran Islam ke China. Hubungan diplomatik juga dijalinkan diantara masyarakat muslim di Singkiang dengan Maharaja China. Asimilasi :
Setelah itu pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam. Pada tahun 878M telah terdapat seramai 120,000 orang asing khususnya Arab Islam di Cina. Pada zaman akhir Dinasti Yuan penduduk Islam dianggarkan 4,000,000 orang. Penempatan Masyarakat Islam :
Justeru itu penempatan orang Arab telah berkembang di kawasan selatan negeri China seperti Chuan Chow, Chang Chow, dan Kwang Chow(Canton).manakala pada zaman Dinasti Sung telah dibenarkan membuat perkampungan sendiri. Pembinaan Masjid :
Menurut Ibnu Battuta sewaktu lawatan beliau ke China setiap perkampungan Islam telah didirikan sebuah masjid. Sebagai contoh Maharaja Huang Chu telah mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking. Di Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Masjid telah dijadikan sebagai pusat ibadat,pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untuk kegiatan kemasyarakatan orang islam. Kesannya kegiatan dakwah telah berkembang dengan pesat. Di pinggir bandar Canton telah dibina sebuah zawiyah iaitu institut pengajian Agama dan tarekat yang dipimpin oleh Syeikh Burhanuddin. Peranan Ulamak :
Pada zaman Dinasti Yuan ini juga telah terdapat beberapa orang ulama besar yang menetap di China seperti Fuqaha al-Muazzam Maulana Qawamuddin al-Sibti. Seorang ulama fekah mazhab Maliki yang berasal dari Maghribi, Dasar Kerajaan China :
Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti DinastiYuan dan Dinasti Ming. Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan. Sebagai contoh pada zaman Dinasti Yuan, dasar anti confucianisme diamalkan dang mengutama orang luar terutama orang Islam. Seorang pentadbirnya terdiri daripada seorang Islam bernama Abdul Rahman menjawat jawatan Ketua Pemungut Cukai. Seorang lagi ialah Syed Ajall yang dikenali orang China sebagai Say Dian Chih yang pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1259M dan Gabnor Yunan. Sumbangan Islam :
Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO / Zheng He ) zaman Dinasti Ming .
KESAN KEMASUKAN :PEMBINAAN MASJID DI GUANZHOU DAN QUANZHOU DISELATAN CHINA. PENEMPATAN MASYARAKAT ISLAM CINA DI XIAN KETIKA DINASTI YUAN(1271-1368M) LAHIR TOKOH-TOKOHISLAM YANG BANYAK MEMBERIKAN SUMBANGAN BESARKEPADA TAMADUN CHINA. BIDANG ASTRONOMI TAKWIN ISLAM PERUBATAN SAINS DAN TEKNOLOGI KETIKA ZAMAN DINASTI MING (138- 1644) TERDAPAT TOKOHYANG BERJAYA MENGELILINGI DUNIA TERMASUK KE ALAMMELAYU, IAITU ZHENGHE.
ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM DI CHINA BERLAKU DI ERA DINASTIMING (1368-1644). SEWAKTU PEMERINTAH MAHARAJA CU YAUNG CANG, ORANG-ORANG ISLAM TIDAK DIBENARKAN DATANG DAN BERMASTAUTIN DINEGARA CHINA. HAL INI, MENYEBABKAN ORANG ISLAM MENGAMBIL TINDAKANDENGAN MENGAHWINI WANITA CINA KETURUNAN HAN SEBAGAIHELAH UNTUK MENJADI WARGANEGARA CHINA.KESANNYA: MELAHIRKAN SUATU BENTUK INTEGRASI BARU ANTARABUDAYA ISLAM DENGAN BUDAYA KAUM HAN. . ANTARA INTEGRASI YANG DAPAT DILIHAT:iii.INTEGRASI DALAM ASPEK mAKANAN DAN PAKAIAN.iv.PENETAPAN NAMA : NAMA-NAMA YANG DIMULAI DENGAN HURUF‘M’ SEPERTI MUHAMAD, MUSTAFA, AKAN DILETAKKAN PERKATAAN‘MA’.v.NAMA-NAMA ORANG-ORANG ISLAM JUGA DIMULAKAN DENGAN HAUNTUK HASAN, HU UNTUK HUSSEIN DAN SAI UNTUK SAIDvi.ORANG ISLAM JUGA TERLIBAT DALAM BIDANG POLITIK,PENTADBIRAN, KESENIAN, DAN KEBUDAYAAN. CONTOH: SEORANGPANGLIMA ANGKATAN TENTERA ISLAM BERNAMA CHENG HO ATAUMUHAMAD MA HO DIUTUS UNTUK MENJALINKAN HUBUNGANDPLOMATIK DENGAN NEGARA-NEGARA DI ASIA TENGGARA, INDIADAN ARAB.vii.SELAIN ITU, SEORANG PEMERINTAH CHINA IAITU MING TSAI SUTELAH MELAKSANAKAN PERATURAN LARANGAN MEMINUM ARAK.
|
|
|
Post by NuraqilahHS244 on Dec 9, 2014 18:50:52 GMT
REFLEKSI 1 # cabaran rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian umat sejagat. - penggunaan dadah yang berleluasa
- arak dijual dan diminum merata dan tanpa segan silu
- perlumbaan haram di jalan raya
- perjudian
- amalan khurafat seperti penyembahan dan pemujaan
- media massa seperti filem ganas, lucah dan menjadikan agama lain sebagai ikutan
# Cadangan kepada jalan penyelesaian cabaran umat islam - membuat ceramah untuk memberi kesedaran
- peranan ibu bapa untuk menjadi role model melalui tazkirah kepada anak-anak dan menunjukkan contoh yang baik
- peranan individu sendiri untuk mengikuti ceramah, usrah dan kelas agama serta mendalami ilmu akidah
- tegur menegur sesama masyarakat
- pemimpin perlu tunjukkan contoh yang baik, adil dan membimbing rakyat ke arah kebaikan
REFLEKSI 2
# Kepentingan Sumber dan kejatuhan tamadun islam
sumber yang paling utama adalah Al- Quran dan hadis. Al-Quran memberikan contoh - contoh dan panduan dari umat terdahulu serta boleh diguna pakai dalam setiap zaman. Kesesuaian konteks Al-Quran dalam kehidupan harian boleh dijadikan panduan untuk terus hidup dalam keredhaan Allah. Kejatuhan yang dikecapi Tamadun Islam adalah disebabkan masyarakat yang tidak kukuh akidahnya. Selain itu, pemimpin yang tergugat dengan jawatan yang dipegang menjadi lupa akan tanggungjawab sebenar dalam memimpin. Pemimpin dan masyarakat sendiri tidak meletakkan Rasullulah dalam hati mereka dan tidak membawa cinta kepada Rasululah kemana saja . Keburukan yang dipaparkan datang dari manusia yang dipandu oleh syaitan tetapi peranan individu sendiri yang kalah dalam pertarungan dengan pujuk rayu syaitan.
|
|