|
Post by nurhidayah on Dec 15, 2014 18:07:58 GMT
NUR HIDAYAH BINTI SUKRI
PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU MEMBANGUNKAN KEGEMILANGAN TAMADUN:
*mereka mampu menakluki dua pertiga dunia dan digeruni oleh barat *para ilmuwan menterjemahkan pelbagai kitab purba masyarakat Yunani terdahulu yang tidak berjaya difahami oleh ilmuwan barat. *organisasi pemerintahan yang mantap dan tersusun. * pemerintah menjadikan umat islam dapat menyusun pentadbiran dengan lebih berkesan dan dapat membangunkan negara dalam setiap aspek: EKONOMI: Ekonomi Mediteranean - sistem perladangan, perindustrian dan perdagangan.
SENI BINA: Terdapat peralatan seperti pinggan mangkuk, kotak barang, cincin, jubah dan sebagainya dihias dengan cantik dan indah.
INTELEKTUAL Penterjemahan buku-buku Arab ke bahasa Latin dijalankan pada masa dahulu antaranya ialah falsafah, astronomi, matematik, kimia, perubatan, geografi dan lain-lain lagi.
FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN INTELEKTUAL: - al-Quran dan al-Sunnah -Pertembungan Tmadun dan percampuran bangsa Arab dengan bangsa-bangsa lain yang melahirkan masyarakat bersifat majmuk dan antarabangsa. -peranan pemimpin yang menggalakkan kegiatan kemajuan dalam bidang pendidikan - Penglibatan ulama dalam kegiatan keilmuan. -Kreativiti cendekiawan dalam penterjemahan. - Penubuhan pusat pengajian tinggi.
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT :
-Hubungan perdagangan antara negara Islam dan barat telah meluaskan lagi pengaruh ilmu-ilmu Islam seperti teknik-teknik pertanian dan kejuruteraan Islam. -Kegiatan penterjemahan merupakan antara sebab pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah. -Hubungan diplomatik pemimpin-pemimpin Eropah berkunjung ke Andalus. Mereka sering bertukar-tukar duta di antara negara tersebut. Contohnya Raja Jerman pernah menghantar delegasi khas di peringkat menteri di ketuai oleh William The True ke Cordova bagi tujuan meninjau peluang-peluang pembelajaran yang terdapat di Andalus.
KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN TAMADUN :
KARAKTERISTIK SARJANA ISLAM: - kuat ingatan - rajin dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu -menghormati guru dan ilmu -beradab dan berakhlak mulia
|
|
|
Post by norhamizah on Dec 16, 2014 9:46:01 GMT
Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun?
Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Adam a.s. Ia merupakan pemberitahuan dan peraturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan perlantikan rasul-rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. Risalah Islam yang diturunkan kepada rasul-rasul adalah sesuai dengan zaman, jumlah manusia dan kebudayaan umat ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar supaya mereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat. Seperti yang kita ketahui bahawa umat Islam yang terdahulu dapat mencipta tamadun yang hebat dan Islam tersebar dengan meluas di setiap pelusuk muka bumi Allah. Islam dapat memayungi dua pertiga dunia dan sejarah telah membuktikannya. Pada zaman kegemilangan Islam dahulu, tamadun barat berada di dalam zaman kegelapannya iaitu mereka tidak menguasa ilmu pengetahuan sehingga mereka terpaksa merujuk kepada umat Islam pada zaman itu. Ilmu-ilmu dari dunia Islam inilah yang telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN KEINTELEKTUAN:
a)Sikap pemerintah yang bertakwa dan bijaksana. Pemimpian pada zaman kegemilangan tamadun Islam, seperti para khalifah amat berwibawa dan bersifat adil dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan menghormati dan membantu para ilmuwan dalam kegiatan keilmuan.
b)Kerjasama para ulama' (Para Ulama' sebarkan ilmu pengetahuan dan menggalakkan lagi masyarakat generasi seterusnya untuk mendalami ilmu)
c)Kepesatan aktiviti penterjemahan daripada tamadun lain ( Rom, Yunani dll) ke dalam bahasa Arab
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat?
1.Hubungan dagang antara negara Islam dan Kristian telah meluaskan pengaruh-pengaruh Islam ke Eropah. 2.Galakan daripada pemimpin – pemimpin Islam yang berwibawa dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dengan lebih luas lagi. 3.peranan gerakan terjemahan
Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun:
1) Membersihkan iman dan akhlak daripada segala kekotoran disamping mempunyai kebersihan lahiriah yang jelas dan keperibadian diri yang tinggi 2) Mampu menguasai lebih dari satu bidang ilmu 3) Interaksi antara tamadun islam dengan tamadun lain 4) Hubungan antara pemimpin dan masyarakat
|
|
|
Post by atiqahdollyxiouse000 on Dec 16, 2014 11:55:51 GMT
NURUL ATIQAH BINTI MOHD YUSOF
Sejauh mana pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun?
• Dua pertiga dunia dikuasai oleh umat Islam
• Lahirnya sejarawan dan para intelektual yang hebat
• Penguasaan pelbagai ilmu
• Pembinaan Baitul Hikmah
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektuan?
• Galakan pemerintah
• Aktiviti pertejemahan
• Peranan ahli intelektual dan sejarawan Islam
• Penubuhan Baitul Hikmah
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat?
• Munculnya Orientalis Barat
• Pembukaan Pulau Sicily
• Hubungan perdagangan & diplomatic
• Aktiviti pertejemahan
• Perang salib
Karakteristik sarjana islam
• Rajin menuntut ilmu
• Kuat daya ingatan
• Rajin mengembara untuk mendalami ilmu
• Disiplin yang tinggi
• Berakhlak mulia
• Sangat patuh pada suruhan Allah
Suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun
• Hubungan manusia dengan pencipta yang satu
• Hubungan manusia dengan agama
|
|
|
Post by farrahinhs244 on Dec 16, 2014 12:14:42 GMT
1. Pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun: • Umat terdahulu berada di tahap jahiliah • Kemudian Rasulullah ke Gua Hira dan bertemu dengan malaikat. • Perang Badar merupakan titik utama dimana 313 umat Islam menentang 1000 Musyrikin dan umat Islam menang. • Pembukaan kota Madinah. • Berhala dimusnahkan. • Rasulullah wafat,perjuangan diteruskan oleh Saidina Umar: Pembukuan Al-quran, Menawan Baitul Maqdis sewaktu di bawah pemerintahan Byzantium dan Ilmu pesat-seperti seni ukir,sistem pengasingan air,dan kincir air untuk tanaman. • Sewaktu zaman Abbasiyyah,Kota Baghdad dibuka dan dikenali sebagai zaman keemasan. • Baitulhikmah didirikan.(36 perpustakaan),dan kaedah saintifik diciptakan. • Buku mula diterjemahkan ke bahasa Latin • Cardoba menjadi pusat ilmu dan melahirkan seni bina yang unik. • Istana Alhamra iaitu kerajaan Nasrid dibina. • Andalus telah lahirkan banyak ilmuwan. • Bidang muzik, astronomi,fizik mula berkembang pesat.
Factor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual: • Penyediaan Prasarana pendidikan yang baik. • Hubungan Diplomati yang baik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara luar. • Islam menggalakkan umatnya mengkaji alam sekitar. • Usaha dan galakan para khalifah. • Kreativiti para ulama. • Aktiviti penterjemahan pelbagai bidang ilmu. • Kestabilan politik dan kewangan kerajaan. • Dasar kerajaan yang mengutamakan ilmu pengetahuan. • Kedudukan Baghdad menjadi kota ilmu dan perdagangan antarabangsa.
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat:
• hubungan diplomatik o wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan negara Islam. Islam mengajar umatnya supaya berinteraksi antara satu sama lain baik berinteraksi secara vertikal deengan Allah SWT, mahupun berinteraksi secara horizontal sesama manusia dengan sesama makhluk Allah.Islam juga menyuruh umatnya mengutamakan perdamaian atau menerima perdamaian, jika diminta berbuat demikian oleh musuh, tetapi hendaklah berwaspada dan berserah kepada Allah SWT.
• aktiviti penterjemahan o Orang-orang Eropah menetap di negeri-negeri Islam mengambil unsur-unsur tamadun Islam dan kemudiannya mereka bawa pulang kenegeri masing-masing. Usaha penterjemahan tersebut, sebahagian besarnya dilakukan oleh cendikiawan di Universiti Islam di Sepanyol, Sicily dan cendikiawan Islam di Universiti Islam di Timur. Usaha penterjemahan buku berjalan pesatnya kerana mereka mempunyai pengetahuan kemampuan untuk menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke dalam Bahasa Latin dan bahasa Eropah yang lainnya.
• pembukaan Pulau Sicily o Institusi penterjemahan di Palermo ibu negeri Sicily. Kaisar Faderick 11 amat menggalakkan usaha penterjemahan.Beliau mengirim para ilmuan untuk mencari buku ke perpustakaan di Timur Islam untuk diterjemahkan kedalam bahasa Latin dan bahasa Eropah lain.Diantara buku yang menarik perhatian Kaisar ialah karya Ibnu Rusyd dan melantik Michael Scott (1235M) untuk menterjemahkannya.
• pembukaan Pulau Andalus (Sepanyol) o Institusi penterjemahan di Toledo.Penterjemah yang aktif dalam institusi ini antara lain; -Ibrahim Ibnu Daud (1190) seorang Yahudi -Herman (1272) warganegara Jerman -Gerard (1187) dari Itali
yang mana mereka ini menterjemahkan bidang falsafah dan sebahagian kecil dalam bidang sains dan teknologi.
• Perang Salib o Perang Salib diambil dari nama ‘Salib’ sebagai lambang orang-orang Kristian. Dengan sebab itulah ramai beranggapan bahawa peperangan ini juga dikatakan peperangan ‘agama’.Sebenarnya jauh dari itu bukan faktor agama sahaja yang menyebabkan berlaku peperangan, malah wujud sebab –sebab lain yang lebih banyak
Ciri-ciri sarjana islam dan suasana persekitaran Negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun:
Ciri-ciri sarjana islam: • Cintakan ilmu pengetahuan dan mencari ilmu kerana Allah SWT • Seorang yang adil dan saksama • Mempunyai daya ingatan yang kuat, berfikiran positif dan bersikap terbuka
Suasana persekitaran Negara islam yang membantu kecemerlangan tamadun: • Masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza agama • Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan sehingga dapat mencipta teknologi yang baru dan canggih • Pemerintah yang adil dan saksama dan kasih akan rakyatnya • Mengamalkan kehidupan berdasarkan sunnah rasulullah dan al quran
Suasana persekitaran Negara islam yang membantu kejatuhan tamadun: • Perebutan kuasa antara pemerintah yang tidak cekap • Tidak mengamalkan kehidupan berdasrkan al quran dan sunnah • Masyarakat yang alpa dan lalai akan duniawi • Masyarakat yang memandang rendah akan orang yang bukan beragama islam dan ilmu pengetahuan
|
|
iznie
New Member
Posts: 6
|
Post by iznie on Dec 16, 2014 13:02:52 GMT
Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun?
Bersungguh-sungguh mencari ilmu hinggakan mereka dapat menguasai pelbagai bidang ilmu contohnya ilmu perubatan dan tokohnya ialah Ibnu Sina. Beliau ialah pakar dalam bidang perubatan dan menulis buku bertajuk 'Al-Qanu Fit-Tib' yang masih lagi menjadi rujukan di universiti seluruh dunia sehingga kini. Beliau juga menguasai bidang ilmu yang lain seperti astronomi, fizik, kimia dan matematik. Selain itu, terdapat tokoh yang pakar dalam bidang astronomi, matematik, fizik, perubatan, geologi dan sejarah iaitu Al-Biruni. Beliau ialah orang pertama yang menerangkan fenomena gerhana.
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektualan
1. Sifat keterbukaan
- Islam menggalakkan kita untuk bersikap terbuka, dan dari aspek ini kita dapat lihat bagaimana tamadun Islam menjalankan hubungan dan interaksi dengan tamadun lain. Keterbukaan ini bukan sahaja dapat mewujudkan hubungan baik degan tamadun lain malah menggalakkan penyebaran Islam dan ilmu pengetahuan.
2. Peranan cendekiawan Islam
- Tamadun Islam kaya dengan tokoh-tokoh atau cendiakawan Islam yang pakar dalam pelbagai aspek ilmu pengetahuan contohnya seperti Ibnu Sina, al-Razi dan al-Khawarizmi. Para ilmuan ini kesemuanya dilahirkan oleh institusi masjid. Universiti-universiti terawal Islam juga berkembang daripada institusi masjid.
3. Pusat penyebaran ilmu
- kebanyakan ilmu dididik dan disampaikan di masjid-masjid atau universiti yang bertujuan menyebarkan ilmu kepada seluruh umat manusia tidak mengira bangsa, usia atau agama. Wujudnya Baitul Hikmah merancakkan lagi penyebaran ilmu ini dengan menjalankan aktiviti penterjemahan dan penyelidikan.
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat
- Pengaliran ilmu Islam ke barat bermula daripada Tamadun Andalusia - Andalus yang memulakan kegiatan penterjemahan buku-buku dan kitab-kitab ke pelbagai bahasa - Pelajar dari pelosok tanah Eropah datang menimba ilmu di Andalus dan banyak terbitan buku bahasa Arab ke bahasa Latin
Karekteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun
- Mempunyai daya ingatan yang kuat, berfikiran positif dan bersikap terbuka. - Berakhlak mulia - Al Quran dan hadis menjadi panduan hidup - Sifat cinta akan ilmu yang mendalam mendorong mereka untuk menuntut ilmu Allah dengan bersungguh-sungguh. - Sentiasa menyampaikan dan mengamalkan apa yang diajar. - Bersifat zuhud.
Suasana yang membantu kecemerlangan tamadun
-sentiasa berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan -pemerintahan yang menegakkan syariah Islam -menekankan kepentingan menuntut ilmu
Suasana yang menyebabkan kejatuhan tamadun
-berlakunya penyelewengan dalam urusan pentadbiran -kurang penghayatan agama dalam diri masyarakat dan pemerintahan -kepimpinan yang tidak adil -keruntuhan akhlak dan moral masyarakat
|
|
|
Post by ahmadmuiz on Dec 16, 2014 14:06:28 GMT
SEJAUH MANA PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU MEMBANGUN KEGEMILANGAN TAMADUN
- Dua pertiga daripada dunia berada di bawah pemerintahanumat Islam - Konsep jihad yang diamalkan oleh umat Islam terdahulu tidak hanya terhad kepada berperang tetapi usaha yang bersungguh-sungguh untuk memajukan diri dan Negara - ramai Pakar-pakar dan ilmuwan-ilmuwan dalam tamadun Islam dahulu mahir dalam pelbagai bidang - Buku-buku daripada pakar sarjana tamadun Islam dahulu sampai sekarang masih digunakan sebagai rujukan
FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN KEINTELEKTUALAN
- Gesaan Agama Islam dalam ilmu pengetahuan - Aktiviti penterjemahan yang pesat - Penemuan kertas mempergiatkan lagi usaha penulisan ilmu pengetahuan - Lahirnya para intelek Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Sesetengah mempunyai kebolehan dalam lebih dari satu bidang - Khalifah-khalifah menceburkan diri dalam memajukan ilmu pengetahuan. - Hubungan luar.
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT
- hubungan diplomatik - aktiviti penterjemahan - pembukaan Pulau Sicily - pembukaan Pulau Andalus (Sepanyol) - Perang Salib.
KARAKTERISTIK SARJANA ISLAM DAN SUASANA PERSEKITARAN NEGARA ISLAM MEMBANTU KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN TAMADUN
- Sarjana Islam mempunyai semangat jihad yang tinggi, mempunyai kebolehan lebih dari satu bidang ilmu, dan mempunyai akhlak mulia - Mereka juga tekun dan amanah dalam menyampaikan ilmu - Mereka giat melakukan aktiviti penterjemahan sehingga Negara Islam masyhur dimata dunia - Rakyat yang sanggup menentang musuh demi agama dan negara juga membantu dalam kegemilangan tamadun. - Pemimpin yang berkaliber dan bijak mengatur strategi - Sifat jujur dalam diri semua orang didalam negara Islam tersebut
|
|
|
Post by norhainah_hs244 on Dec 16, 2014 16:34:41 GMT
Pencapaian umat terdahulu dalam membangunkan tamadun: • Kegiatan keilmuan yang meluas -peranan institusi masjid sebagai tempat pembelajaran dan ekonomi selain daripada berfungsi sebagai pusat melakukan ibadah.Masjid menjadi nadi utama untuk mengembangkan syiar dan ilmu islam. • Sumber ekonomi yang luas dan banyak -sumber kewangan islam adalah zakat dan umat islam terdahulu tidak melihat kewajiban berzakat sebagai satu bebanan. • Politik yang stabil -Umat islam mendominasi dunia dari abad ke-8 M hingga ke-13 M dan berada dalam keadaan aman dan damai. • Ketenteraan yang kuat -Semangat jihad yang tinggi dan kental d sehingga dengan rela hati menawarkan diri untuk berjihad mempertahankan maruah umat dan Negara islam.
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual: • Keadaan yang aman damai membolehkan pemerintah dan umat islam memberi lebih perhatian kepada kegiatan keilmuan dan kebudayaan. • Cabaran-cabaran ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada para pemeluk islam yang baharu memaksa para ilmuwan islam mendalami ilmu tersebut.
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat adalah: 1. Peranan Andalusia -ramai pelajar Eropah datang ke Andalusia untuk mempelajari pelbagai disiplin ilmu pengetahuan yang tidak terdapat di Negara mereka. 2. Hubungan dagang dan diplomatik -Melalui kegiatan perdagangan,produk-produk islam dalam pelbagai bidang seperti pertanian dan teknik-teknik pertanian terkini mula dipelajari masyarakat eropah. 3. Peranan gerakan penterjemahan 4. Para sarjana Eropah telah mengambil inisiatif mempelajari dan menterjemah pelbagai bidang ilmu dari dunia islam di Andalusia.
Karakteristik sarjana islam -menyebarkan ilmu -merendah diri -taat kepada perintah Allah -lebih cintakan akhirat berbanding dunia. Suasana persekitaran Negara islam yang membantu kecermerlangan adalah aman damai,pemerintah yang bertakwa dan bijaksana dan masyarakat yang mementingkan pendidikan.Manakala suasana persekitaran yang menyebabkan kejatuhan tamadun adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan adil,masyarakat tidak mementingkan pendidikan dan hidup dalam huru-hara.
|
|
|
Post by FarahSama244 on Dec 16, 2014 17:03:26 GMT
Farah Najwa binti Osman HS244
Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangunkan kegemilangan tamadun :
# tidak terhad kepada berperang tetapi usaha yang bersungguh-sungguh untuk memajukan diri, agama dan nergara. - sentiasa bersungguh-sungguh dalam menungkatkan ilmu pengetahuan agar dapat menguasai pelbagai bidang sehingga menjadi pakar yang disegani dan terkenal
# kelahiran cendikiawan dan ulama' Islam yang tersohor
# meliputi segala aspek rohani, politik, sosial, dakwah dan ketenteraan - Rohani : sifat dalam diri pemimpin tamadun Islam terutamanya para Zaman Rasulullah dan Khulafa' Ar-Rasyidin sentiasa meletakkan Allah di tangga yang tertinggi dalam melakukan sesuatu perkara demi mencapai keredhaanNya.
- Politik : Rasullullah memimpin negara dengan kesempurnaan yang tinggi, memerintah negara menerusi wahyu dari Allah, dan memperkenalkan sistem syura dan musyawarah. Faktor membantu perkembangan kegiatan intelektual :
- peranan pemimpin negara dalam penggalakan penyebaran ilmu pengetahuan
- keadaan yang aman di wliayah-wilayah Islam memberi peluang kepada pemimpin dan masyarakat menumpukan perhatian dalam bidang ini.
- pertembungan dengan budaya luar. = satu cabaran bagi para ilmuan dalam mencari pelbagai jalan penyelesaian
- gesaan agama Islam = wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasullullah menunjukkan keutamaan dalam menuntut dan mencari ilmu
- kesungguhan para ulama' = para ulama' menyebarkan ilmu pengetahuan dan memberikan galakan kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu
Punca pengaliran ilmu ke barat :
1) peranan orang mozarab ( kristian ) - mempelajari bahasa arab dengan tujuan untuk membaca karya-karya dan hasil-hasil penulisan orang melayu - belanja wang untuk mendirikan perpustakaan bagi menempatkan koleksi-koleksi karya berbahasa arab
2) hubungan diplomatik.
- hantar delegasi terdiri dari pelajar ke Andalus untuk menuntut ilmu seperti sains, kesenian, pertukangan dan sebagainya - hantar pembesar dan putera-putera mereka untuk melanjutkan pelajaran di Andalus serta mendalami setiap aspek kemajuan yang dimiliki oleh orang Islam
3) aktiviti penterjemahan.
- pust gerakan penrerjemahan seperti Teledo telah melahirkan cendikiawab-cendikiawan yang terkenal - kewujudan sekolah dan universiti sekitar Andalus - buku yang sering diterjemah meluputi ilmu-ilmu hisab, mantiq, falaq, perubatan, kimia dan sebagainya - penterjemahan buku dari bahasa arab ke bahasa latin dan bahasa dreek, latin dan yunani ke bahasa arab
4) pembukaan pulau silicy
- pemindahan ilmu Islam ke Barat - kedudkan di tengah Erpoah dan Afrika dalam perkembangan intelektual - guru mengajar di sekolah dan masjid dikecualikan daroi perkhidmatan ketenteraan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada guru dalm bidang pengajaran - peranan pemimpin yang mencintai ilmu dan usaha untuk mengembangkannya.
Karakter sarjana Islam :
1) ingatan yang kuat 2) rajin menuntut ilmu 3) akhlak mulia 4) mengamalkan ilmu yang dipelajari
ciri Suasana persekitaran :
1) Al-Quran dan Hadis Rasullullah sebagai rujukan utama 2) masyarakat yang mementingakan ilmu 3) interaksi tamadun dalam mengembangkan ilmu pengetahuan yang berguna
|
|
|
Post by syathirohshahirul on Dec 16, 2014 22:12:24 GMT
1-umat Islam pada zaman dahulu mencapai tahap yang tinggi dalam membangunkan kegemilangan tamadun -dapat dilihat dalam pelbagai bidang iaitu dari segi seni bina, bidang keilmuan dan ilmu pengetahuan, bidang ekonomi, dan sebagainya -sehinggakan orang-orang Eropah menterjemah karya-karya orang Islam -perdagangan orang Islam menjelajah hampir ke seluruh dunia
2-faktor yang membantu kegiatan intelektual -berpegang teguh kepada ajaran Islam -dorongan pemerintah -ketekadan rakyat dalam menuntut ilmu -ikhlas dalam menuntut ilmu -menuntut ilmu bukan kerana riak, sebaliknya kerana rasa kecintaan terhadap ilmu
3-punca pengaliran ilmu ke barat -penterjemahan karya Islam oleh sarjana barat -sifat ingin tahu -perdagangan orang Islam -perluasan kuasa oleh orang Islam
4-karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu pembangunan dan kejatuhan tamadun -pembangunan -sifat ingin tahu -konsep cintakan ilmu -wujud masyarakat yang bersama-sama menuntut ilmu -peranan pemerintah dalam mewujudkan institusi keilmuan -berteraskan ajaran Islam kejatuhan -tiada semangat untuk belajar dan menimba ilmu -kurangnya institusi keilmuan -tidak berlandaskan kepada ajaran Rasulullah -sifat malas dan sambalewa berleluasa -leka dengan pengaruh luar
|
|
|
Post by Nur Nazihah on Dec 17, 2014 10:52:19 GMT
Nur Nazihah Binti Adnan Assalamualaikum Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun: 1) Umat islam berjaya menguasai dua pertiga dunia 2) Umat Islam telah membina kekuatan fizikal. Contohnya: Sultan Muhammad Al-Fateh membina kekuatan dan ketaqwaan iman tentera-tenteranya dalam usaha untuk membuka Konstantinopel dan mencipta strategi untuk menewaskan musuh. 3) Pada zaman Rasulullah, beliau telah berjaya mengubah akidah arab jahiliyah daripada kekufuran kepada menyembah Tuhan yang esa. Hal ini telah berjaya membentuk masyarakat Islam yang mempunyai akhlak mulia. 4) Kelahiran ramai sarjana ulung dan kelahiran pelbagai karya seperti Ibnu Sina dengan kitab al-qanun fi al-Tibb 5) Meletakkan Rom dan Parsi di bawah kekuasaan Islam yang dahulunya kerajaan tersebut memandang rendah terhadap bangsa Arab Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektualan 1) Keamanan dalam wilayah kekuasaan Islam 2) Cabaran-cabaran ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada para pemeluk islam yabg baharu memaksa para ilmuan mendalami ilmu tersebut 3) Para pemerintah mengambil berat tentang perkembangan ilmu Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat: 1) Peranan Andalusia - Kegemilangan tamadun Islam selama hampir 8 abad menjadi ikutan negara-negara Kristian yang berjiran - Kegemilangan Islam menarik minat pelajar Eropah untuk datang ke Andalusia untuk mempelajari pelbagai ilmu. 2) Hubungan dagang dan diplomatik antara Negara Islam dengan Negara-negara Kristian Eropah - Para pemerintah Kristian di Eropah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam di Andalusia dan Baghdad dan saling bertukar hadiah dan duta dengan khalifah Islam di Andalusia atau Baghdad. 3) Peranan Gerakan Terjemahan - Penyebaran Tamadun Islam berlaku disebabkan kegiatan penterjemahan karya-karya Islam oleh sarjana Eropah - Contoh : Gerard menterjemah 90 karya Islam ke Bahasa Latin Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran Negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun: 1) Kecemerlangan Tamadun a) Karakteristik sarjana islam: - Mempunyai sifat taqwa kepada Allah - Seorang yang bijaksana dalam melihat maslahah umat dan Negara Islam - Bersifat adil - Cintakan ilmu b) suasana persekitaran Negara Islam yang membantu kecemerlangan tamadun: - keyakinan umat terhadap ajaran islam disebabkan peranan al Quran yang menganjurkan perkembagan akal fikiran - sumber ekonomi yang luas dan banyak menyebabkan penumpuan terhadap kegiatan keilmuan - politik yang stabil menyebabkan dunia Islam berada dalam keadaan aman 2) kejatuhan tamadun a) Karekteristik sarjana islam: - tidak mempunyai sifat taqwa - mengajak kepada kemungkaran dan menolak kebaikan - kurang memberi tumpuan kepada kegiatan keilmuan dalam bentuk penyelidikan - kurang menghasilkan karya-karya baru b) suasana persekitaran Negara Islam yang membantu kemerosotan tamadun: - kekurangan sumber ekonomi menyebabkan kegiatan mencuri berleluasa - ancaman musuh luar seperti tentera Monggol - pemerintah yang lemah apabila tidak lagi menggunakan al-quran sebagai sumber rujukan
|
|
|
Post by syakiraidris on Dec 17, 2014 11:11:55 GMT
Syakira idris
Refleksi 1 :
Pencapaian Tamadun Islam : 1) Penyebaran agama Islam yang pada mulanya mendapat tentangan hebat daripada banyak pihak akhirnya dapat disebarkan di seluruh dunia. Ajaran Islam telah menyumbang kepada pembangunan tamadun Islam di mana ajaran islam yang menitik beratkan kepentingan ilmu. 2) Perkembangan ilmu yang sangat pesat. Perkembangan ilmu dapat dilihat sejak zaman Rasulullah lagi. Kemajuan ilmu di negara-negara islam yang banyak memberi sumbangan dalam pembangunan tamadun islam kerana tamadun islam pernah menjadi pusat ilmu di dunia. Dengan perkembangan ini juga telah melahirkan ramai karyawan islam yang unggul dan ahli-ahli ilmuan yang mana teori mereka diguna pakai sehingga hari ini dan menjadi contoh kepada tamadun barat. 3) Perkembangan perdagangan yang mana dapat menarik pedagang dari luar kerana sifat lemah lembut, amanah dan kejujuran yang ditunjukkan oleh pedagang islam. 4) Menjadi penjaga pembangunan tamadun barat. Kemajuan tamadun islam membuatkan orang-orang barat mendapat kesedaran untuk membangunkan negara mereka yang mana pada ketika dahulu adalah mundur.
Faktor yang membantu perkembangan intelektual : 1) keyakinan umat terhadap ajaran islam yang menganjurkan perkembangan akal fikiran manusia yang berteraskan sumber-sumber islam. Di dalam sumber-sumber tersebut terdapat banyak ilmu pengetahuan yang tersirat dan banyak perkara yang boleh didalami dengan lebih lanjut. 2) Pemerintah yang bijaksana. Pemerintah tamadun islam sangat mementingkan ilmu. Banyak pusat-pusat ilmu dan perpustakaan telah di bina bagi mengembangkan lagi penterjemahan karya-karya dari luar untuk diterap masuk ke dalam tamadun islam. 3) Politik yang stabil membolehkan pemimpin dan rakyat menumpukan perhatian mereka dalam mengembangkan ilmu pengetahuan dan menyebarkan agama islam. Umat islam bebas mengembara ke serata dunia untuk mengkaji ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman baru untuk menjana pemikiran mereka.
Punca pengaliran ilmu ke barat : 1) Peranan Andalus yang menjadi pusat keilmuan utama dunia. Ramai pelajar eropah yang telah datang ke andalus untuk mempelajari ilmu pengetahuan dan menyebarkannya di eropah. 2) Hubungan dagang dan diplomatik dengan negara eropah yang sangat pesat. Pemerintah Islam mempunyai hubungan yang rapat dan baik dengan pemerintah negara eropah dan sering bertukar duta dan hadiah. 3) Peranan Gerakan terjemahan. Pada zaman tamadun islam, aktiviti penterjemahan sangat aktif. Ramai penterjemah eropah yang membuat terjemahan daripada karya-karya ilmuan islam daripada bahasa arab ke bahasa eropah.
Karakteristik sarjana dan suasana yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan Islam : - sifat sarjana islam yang sangat mementingkan ilmu pengetahuan membuat mereka bersungguh-sungguh untuk mengembangkan ilmu pengetahuan yang membawa kepada kemajuan islam. Sarjana islam banyak membantu dalam penemuan ilmu-ilmu baru. karya-karya sarjana islam adalah yang terulung dan sering diguna pakai oleh sarjana luar dan terdapat juga karya islam yang masih diguna pakai hinggalah hari ini. Mereka juga mempunyai semangat menyebarkan agama islam. Apabila mereka giat menyebarkan agama islam, ajaran islam telah berkembang dengan luas dan diiktiraf di mata dunia. - karakteristik sarjana islam yang membawa kepada kejatuhan islam adalah apabila mereka tidak lagi mementingkan ilmu pengetahuan dan mula tunduk dengan kuasas barat. Penguasaan bahasa arab oleh bangsa arab sendiri mula berkurangan yang menyebabkan aktiviti penterjemaha mula lembab. Karya-karya juga sudah kurang dihasilkan.
|
|
|
Post by yuslinda on Dec 17, 2014 12:56:21 GMT
NUR YUSLIDA FATIN BT YUSRI BICARA TAMADUN ISLAM Pencapaian umat terdahulu membangun kegemilangan tamadun
Umat terdahulu berada di tahap jahiliah Kemudian Rasulullah ke Gua Hira dan bertemu dengan malaikat. Perang Badar merupakan titik utama dimana 313 umat Islam menentang 1000 Musyrikin dan umat Islam menang. Pembukaan kota Madinah. Berhala dimusnahkan. Rasulullah wafat,perjuangan diteruskan oleh Saidina Umar.
Pembukuan Al-quran Menawan Baitul Maqdis sewaktu di bawah pemerintahan Byzantium. Ilmu pesat-seperti seni ukir,sistem pengasingan air,dan kincir air untuk tanaman.
Sewaktu zaman Abbasiyyah,Kota Baghdad dibuka dan dikenali sebagai zaman keemasan. Baitulhikmah didirikan.(36 perpustakaan),dan kaedah saintifik diciptakan. Buku mula diterjemahkan ke bahasa Latin Cardoba menjadi pusat ilmu dan melahirkan seni bina yang unik. Istana Alhamra iaitu kerajaan Nasrid dibina. Andalus telah lahirkan banyak ilmuwan. Bidang muzik,astronomi,fizik mula berkembang pesat.
Faktor yang mempengaruhi perkembangan intelektual.
Usaha dan galakan para khalifah. Kreativiti para ulama. Aktiviti penterjemahan pelbagai bidang ilmu. Kestabilan politik dan kewangan kerajaan. Dasar kerajaan yang mengutamakan ilmu pengetahuan. Penyediaan Prasarana pendidikan yang baik. Kedudukan Baghdad menjadi kota ilmu dan perdagangan antarabangsa. Hubungan Diplomati yang baik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara luar. Islam menggalakkan umatnya mengkaji alam sekitar.
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT1) Sarjana Islam mempunyai semangat jihad yang tinggi, mempunyai kebolehan lebih dari satu bidang ilmu, dan mempunyai akhlak mulia yang berupaya menarik masyarakat sekeliling kepada cahaya Islam seterusnya terbinalah tamadun yang gemilang.2) Kegemilangan tamadun Islam adalah bepunca daripada ajaran Islam itu sendiri; di mana Al-quran dan Al-Hadis sebagai sumber rujukan utama. Sebagai contoh, dengan kemunculan awal Islam di Mekah dan tertubuhnya negara Islam yang pertama di Madinah, maka secara keseluruhan dapat mengubah cara hidup masyarakat Arab yang sesat, jahil dan tidak beradap kepada cara hidup yang beradap dan bertamadun dalam semua aspek.
|
|
|
Post by hairaini on Dec 17, 2014 13:34:20 GMT
Umat Islam terdahulu bukan sahaja berjaya menghapuskan zaman jahiliyah malah berjaya meluaskan pengaruh di serata dunia. Selain itu, perkembangan ilmu juga berkembang pesat pada tamadun Islam dan dijadikan sebagai rujukan bagi negara-negara lain.
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektualan
8-)Peranan pemerintah yang mementingkan ilmu dengan mendirikan banyak masjid dan perpustakaan, Universiti sebagai tempat menuntut ilmu.
8-)Peranan sarjana Islam yang sangat rajin dalam menterjemah karya-karya.
8-)Peranan masyarakat yang membantu perkembangan ilmu dengan menjadikan rumah-rumah mereka sebagai tempat pengaaran kanak-kanak.
Punca pengaliran ilmu pengtahuan ke barat
;)Aktiviti penterjemahan dari bahasa arab ke bahasa suryani.
;)Pencinta ilimu dari barat datang ke tanah Islam untuk menuntut ilmu.
;)Menerusi hubungan diplomatik kerajaan Islam dengan barat.
;)Peranan Andalus
Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun:
kecemerlangan:
karakteristik sarjana Islam yang bersunguh-bersungguh dalam merungkai rahsia bumi serta penterjemahan karya-karya.
suasana persekitaran negara Islam yang aman damai yang menyebabkan perkembangan ilmu dapat diberikan perhatian.
kejatuhan:
Krakteristik sarjana Islam yang kurang rajin memandangkan mereka hanya tumpu pada kegiatan mempelajari kitab-kitab tulisan sarjana dan sekadar meembuat syrahan tentang kitab tersebut.
Suasana persekitaran negara Islam pada ketika itu mempunyai pemerintah yang lemah dan keadaan negara yang kurang stabil.
|
|
|
Post by asheerazaimi on Dec 17, 2014 13:47:05 GMT
SITI NORASHEERA BT ZAIMI HS244 1.Percapaian tamadun islam pada zaman dahulu meramkumi hamper dalam semua aspek.Antaranya dalam bidang ekonomi ,sains dan teknologi dan macam macam lagi.Islam pada zaman dahulu telah menakluk 2/3 daripada dunia.Banyak yang telah diubah selepas kedatangan Islam.Islam mengenalkan sistem zakat yang dapat membantu golongan yang miskin sekali gus dapat mengurangkan kes jenayah seperti rompak dan kes curi.Islam juga mengharamkan riba’,Ini sekali gus mengurangkan penindasan pada orang miskin.Islam pada zaman dahulu juga telah melahirkan banyak ahli sains dalam pelbagai bidang antaranya astronomi ,fizik ,perubatan dan matematik.
2.Faktor yang membantu kegiatan keintelektualan peranan pemerintah dalam menggalakkan lagi usaha perkembangan ilmu pengetahuan dengan menubuhkan perpustakaan dan pusat-pusat ilmu.Selain itu, semangat dan minat yang tinggi masyarakat dalam mempelajari dan mengembangkan ilmu pengetahuan.Tanpa perasaan cintakan ilmu seseorang itu tidak akan mampu untuk mempelajari dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kepesatan aktiviti penterjemahan kitab tamadun lain kepad bahasa arab juga merupakan salah satu punca kegiatan keintelektualan.Selain itu, para ilmuan Islam telah mendalami ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada para pemeluk Islam yang baharu yang secara tidak langsung mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan ilmu sains tabii dan perubatan.
3.Antara punca pengaliran ilmu ke barat adalah melalui hubungan dagang antara Negara islam dengan Negara barat.Selain itu,keagungan dan kemajuan kerajaan Andalusia telah menjadi ikutan negara-negara Kristian yang berjiran. ramai pelajar Eropah datang ke Andalusia untuk mempelajar pelbagai disiplin ilmu pengetahuan yang tidak terdapat di negara mereka.Tambahan lagi, impak gerakan terjemahan yang telah menterjemahkan kitab kitab islam dalam bahasa latin . Suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan juga menjadi factor kegiatan keintelektualan tamadun islam.Sifat islam yang memberi banyak kemudahan pada umat islam telah menarik minat barat.
4.Karakteristik sarjana islam adalah seseorang itu perlulah mempunyai hati yang mulia perangai yang baik perwatakan yang warak.Mestilah seseorang yang mengamalkan sunnah nabi Muhammad S.A.W .Seseorang itu juga perlulah mempunyai ilmu yang meluas supaya boleh menyampaikan kepada orang lain.Seseorang itu perlulah berani bersuara dan membantu orag lain,mestilah seseorang yang dihormati ramai.Yang paling penting mestilah beriman kepada ALLAH dan tidak riak.
5.Suasana pesekitaran Negara islam yang menjatuhkan tamadun antaranya adalah Negara yang dipimpin oleh pemimpin yang tamak dan memrintah dengan kejam dan tidak berlandaskan al Quran dan sunnah.Pemerintah membuat keputusan hanya untuk kebaikan diri sediri.Selain itu terdapat juga golongan yang tidak jujur juga menjadi antara ounce kejatuhan tamadun Islam.Kejatuhan ekonomi juga menjadi antara factor yang menjatukan tamadun.
|
|
|
Post by nur farah nadiah on Dec 17, 2014 13:47:04 GMT
PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU DALAM MEMBANGUN KEGEMILANGAN TAMADUN -mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sehingga ilmu pengetahuan berkembang pesat -semangat jihad yang utuh sehingga sanggup berkorban untuk negara -mempunyai pemimpin yang berwibawa dalam mentadbir sesebuah negara -mempunyai ekonomi yang luas melalui aktiviti perdagangan
FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN INTELEKTUAL -keadaan yang aman memudahkan penyebaran ilmu ke negara lain -pertembungan budaya dengan budaya luar -peranan pemerintah yang menghantar ilmuan-ilmuan ke serata tempat untuk mengajar ilmu -wujudkan pusat-pusat ilmu yang banyak
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT -peranan Andalus yang menjadi pusat kegiatan ilmu sehingga orang-orang barat datang ke Andalus untuk mempelajari ilmu yang tiada di negara mereka. -hubungan dagang antara negara Islam dengan negara-negara barat turut membantu pengaliran ilmu ke barat. -tamadun Islam turut tersebar ke eropah melalui ikatan diplomatik. -melalui kegiatan penterjemahan yang dilakukan para sarjana barat, ilmu telah dapat disebarkan ke barat.
KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN TAMADUN -suasana tamadun Islam sangat aman sehingga sesiapa yang duduk dalam kawasan Islam akan mendapat ketenangan. -sarjana Islam sangat mementingkan ilmu sehingga berlakunya penyebaran ilmu dan pembinaan pusat-pusat ilmu. -politik juga stabil kerana mempunyai pemimpin yang berwibawa dalam mentadbir negara.
-suasana tamadun Islam menjadi tidak aman apabila terjadinya kemerosotan dalam pelbagai perkara. -berlakunya penyelewengan dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat. -kepimpinan yang lemah sehingga rakyat dapat mengguingkan kerajaan.
|
|