|
Post by nur farah nadiah on Dec 17, 2014 13:47:52 GMT
PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU DALAM MEMBANGUN KEGEMILANGAN TAMADUN -mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sehingga ilmu pengetahuan berkembang pesat -semangat jihad yang utuh sehingga sanggup berkorban untuk negara -mempunyai pemimpin yang berwibawa dalam mentadbir sesebuah negara -mempunyai ekonomi yang luas melalui aktiviti perdagangan
FAKTOR YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN KEGIATAN INTELEKTUAL -keadaan yang aman memudahkan penyebaran ilmu ke negara lain -pertembungan budaya dengan budaya luar -peranan pemerintah yang menghantar ilmuan-ilmuan ke serata tempat untuk mengajar ilmu -wujudkan pusat-pusat ilmu yang banyak
PUNCA PENGALIRAN ILMU PENGETAHUAN KE BARAT -peranan Andalus yang menjadi pusat kegiatan ilmu sehingga orang-orang barat datang ke Andalus untuk mempelajari ilmu yang tiada di negara mereka. -hubungan dagang antara negara Islam dengan negara-negara barat turut membantu pengaliran ilmu ke barat. -tamadun Islam turut tersebar ke eropah melalui ikatan diplomatik. -melalui kegiatan penterjemahan yang dilakukan para sarjana barat, ilmu telah dapat disebarkan ke barat.
KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN TAMADUN -suasana tamadun Islam sangat aman sehingga sesiapa yang duduk dalam kawasan Islam akan mendapat ketenangan. -sarjana Islam sangat mementingkan ilmu sehingga berlakunya penyebaran ilmu dan pembinaan pusat-pusat ilmu. -politik juga stabil kerana mempunyai pemimpin yang berwibawa dalam mentadbir negara.
-suasana tamadun Islam menjadi tidak aman apabila terjadinya kemerosotan dalam pelbagai perkara. -berlakunya penyelewengan dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat. -kepimpinan yang lemah sehingga rakyat dapat mengguingkan kerajaan.
|
|
|
Post by noorsabrina on Dec 17, 2014 14:02:40 GMT
Pencapaian umat Islam terdahulu : -Kebijaksanaan pemimpin dalam sistem pentadbiran negara -Peranan ulama dalam perkembangan ilmu -Ukhwah yang kuat antara masyarakat Faktor membantu perkembangan kegiatan keintelektualan : -Aktiviti penterjemahan -Mendapat galakan dari pemerintah -Interaksi antara tamadun -Kerjasama para ulama Punca pengaliran ilmu ke Barat : -Hubungan diplomatik -pembukaan Pulau Sicily dan Pulau Andalus -Perang Salib -Aktiviti penterjemahan Karakter sarjana Islam : -Kuat ingatan -Rajin dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu -Berakhlak mulia -Semangat jihad yang tinggi -Mempunyai kelebihan lebih dari satu bidang Suasana persekitaran negara Islam : -Interaksi antara tamadun dengan tamadun lain -Hubungan antara pemimpin dengan masyarakat -Sangat mementingkan ilmu pengetahuan
|
|
|
Post by ahmad fathuddin on Dec 18, 2014 16:32:52 GMT
1) Sejauh mana pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun
- Melahirkan tokoh-tokoh dan para ilmuan Islam dalam pelbagai bidang - Memerintah dua pertiga dunia - Perdagangan
2) Faktor membantu perkembangan kegiatan keintelektualan :
- Aktiviti perterjemahan - Peranan pemerintah - Membina pusat pengajian - Interaksi antara tamadun lain - Perkembangan ilmu
3) Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat :
- Hubungan diplomatik dan dangangan antara negara Islam dengan negara-negara Barat - Aktiviti perterjemahan yang dapat membawa kepada pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat
4) Karakteristik sarjana islam
- Bersih dari sifat negatif iaitu angkuh, riak dan lain-lain - Rajin menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu untuk mendapatkan keredhaan dan kerahmatan daripada Allah SWT - Ikhlas dan mempunyai akhlak yang mulia - Al-Quran dan Al-sunnah sebagai garis panduan
5) Suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun :
- Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT - Hubungan antara pemimpin dengan rakyat - Interaksi antara tamadun islam dengan tamadun lain
|
|
|
Post by nikamalia on Dec 18, 2014 16:44:31 GMT
NIK AMALIA ZAINAB BINTI NIK MOHAMED
Pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun Andalusia adalah salah satu pusat kebudayaan dari banyak lagi pusat kebudayaan yang dibina oleh kerajaan Islam. Andalusia sering dianggap sebagai contoh terbaik kerana meninggalkan kesan dan warisan yang luar biasa sehingga ke hari ini. Andalusia juga dianggap besar kerana telah membukakan pintu kemajuan bagi tamadun Barat terutamanya dalam bidang keilmuan. Umat Islam di Andalusia telah menjadi contoh kepada masyarakat Eropah dalam segala hal. Umat Islam mencipta budaya tinggi (high culture).Kegemilangan tamadun juga dicapai apabila pembangunan insan diutamakan terlebih dahulu berbanding pembangunan tamadun. Rasulullah SAW diutuskan kepada manusia agar manusia boleh mencontohi teladan yang ditunjukkan oleh baginda. Melalui pembinaan generasi yang unggul, generasi ini akan mencipta kecemerlangan demi kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Konsep inilah yang dikenali sebagai pembangunan modal insan pada hari ini. Setelah berhasil membina individu unggul, individu ini kemudiannya mempunyai persiapan mental, fizikal dan rohani yang mantap untuk memikul misi pembangunan tamadun Islam.
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektualan -peranan institusi masjid Masjid berfungsi sebagai bukan sahaja pusat melakukan ibadat khusus tetapi juga sebagai tempat pembelajaran dan kegiatan ekonomi. Masjid juga menjadi tempat untuk mengembangkan syiar Islam. Kegiatan keilmuan dipimpin sama ada oleh para imam yang bertugas mahu pun guru-guru yang dijemput khusus. Universiti-universiti terawal dalam sejarah Islam juga berkembang daripada institusi masjid. Sebagai contoh, Universiti Al-Azhar. -pemerintah yang cinta akan ilmu pengetahuan Para khalifah amat menghormati para ilmuwan dan membantu mereka dalam kegiatan keilmuan. Khalifah Harun al-Rasyid mengasaskan Baitul Hikmah dan institusi keilmuan ini berkembang luas pada zaman pemerintahan al-Makmun. Baitul Hikmah merupakan sebuah institusi keilmuan serba lengkap yang terhasil daripada gabungan pelbagai institusi seperti biro penterjemahan, institusi balai cerap, pusat penyalinan manuskrip dan akademi pengajian tinggi. Selain itu, Khalifah al-Hakam II telah mendirikan tiga buah sekolah berhampiran Masjid Besar Cordova dan 24 lagi di pinggir kota Cordova. -pusat penterjemahan Terdapat pusat penterjemahan untuk menterjemah hasil karya tamadun Rom, Yunani, dan sebagainya kepada bahasa Arab dan ada juga hasil kerja sarjana Arab yang diterjemahkan kepada bahasa lain.
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat -peranan Andalusia Umat Islam menguasai Andalusia selama hampir lapan abad dan sepanjang tempoh masa tersebut, kegemilangan tamadun Islam menjadi ikutan negara-negara Kristian yang berjiran. Ramai pelajar dari Eropah datang ke Andalusia untuk mempelajari pelbagai disiplin ilmu pengetahuan yang tidak terdapat di negara mereka. Ada juga penganut Kristian Andalusia yang berhijrah ke negara-negara Kristian lain dan berperanan menterjemah ilmu-ilmu yanga dikembangkan oleh sarjana-sarjana Islam Andalusia kerana mereka menguasai bahasaa Arab dan ilmu-ilmu Islam. -hubungan dagang dan diplomatik Melalui aktiviti perdagangan, produk-produk Islam dalam pelbagai bidang seperti pertanian dan teknik-teknik pertanian terkini mula dipelajari oleh masyarakat Barat. Ilmu pengetahuan juga tersebar ke Barat melalui ikatan diplomatik. Para pemerintah Barat seperti Britain dan Perancis menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam. Meraka saling bertukar duta dan hadiah dengan Khalifah Islam. -peranan gerakan terjemahan Medium terpenting berlakunya pengaliran dan penyebaran ilmu pengetahuan ke Barat ialah melalui kegiatan penterjemahan karya-karya Islam. Contohnya, Gerard, seorang sarjana Barat, menterjemah 90 buah karya Islam ke Bahasa Latin. Michael Scotus dari Scotland banyak menterjemah hasil-hasil karya sarjana Islam dalam bidang ilmu falsafah dan Alfonso X dari Castile menterjemahkan banyak karya Islam dalam bidang astronomi ke bahasa Castilan.
Karakteristik sarjana Islam dan suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun Sarjana Islam taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka juga menghafal Al-Quran dan memahami ilmu agama dengan mendalam. Selain itu, mereka mempunyai semangat yang tinggi dan tidak mudah berputus asa. Islam ialah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam dan pemerintahan Islam bersifat adil. Tidak kira seseorang itu Islam atau tidak, semua rakyat akan dilayan dengan adil kerana Islam melarang seseorang itu dipaksa untuk menganut agama Islam. Agama Islam juga amat menitikberatkan perihal ilmu pengetahuan. Menurut Al-Quran, sesuatu ilmu itu dinilai berdasarkan sejauh mana ilmu tersebut mampu membawa manusia mengenali Allah SWT, mencari kebenaran, membongkar hakikat peraturan Illahi dan mematuhi segala suruhan-Nya. Punca utama kelemahan atau kejatuhan umat Islam ialah kelemahan semangat pengorbanan untuk Islam atau jihad. Golongan yang terlalu moden merosakkan Islam melalui sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Barat serta menerima nilai-nilai Barat sepenuhnya. Golongan Islam konservatif pula merosakkan Islam dengan interpretasi mereka yang sempit dan menentang sebarang bentuk pembaharuan. Kejatuhan tamadun Islam juga berlaku kerana banyak berlaku penyelewengan dan gejala keruntuhan akhlak.
|
|
reimu
New Member
Posts: 6
|
Post by reimu on Dec 18, 2014 20:01:33 GMT
Muhammad Arif Farhan Bin Ahmad Fauzi Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun: 1) Umat islam berjaya menguasai dua pertiga dunia 2) Umat Islam telah membina kekuatan fizikal. Contohnya: Sultan Muhammad Al-Fateh membina kekuatan dan ketaqwaan iman tentera-tenteranya dalam usaha untuk membuka Konstantinopel dan mencipta strategi untuk menewaskan musuh. 3) Pada zaman Rasulullah, beliau telah berjaya mengubah akidah arab jahiliyah daripada kekufuran kepada menyembah Tuhan yang esa. Hal ini telah berjaya membentuk masyarakat Islam yang mempunyai akhlak mulia. 4) Kelahiran ramai sarjana ulung dan kelahiran pelbagai karya seperti Ibnu Sina dengan kitab al-qanun fi al-Tibb 5) Meletakkan Rom dan Parsi di bawah kekuasaan Islam yang dahulunya kerajaan tersebut memandang rendah terhadap bangsa Arab Factor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual: • Penyediaan Prasarana pendidikan yang baik. • Hubungan Diplomati yang baik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara luar. • Islam menggalakkan umatnya mengkaji alam sekitar. • Usaha dan galakan para khalifah Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat: • hubungan diplomati • aktiviti penterjemahan • pembukaan Pulau Sicily • pembukaan Pulau Andalus (Sepanyol) • Perang Salib karakteristik sarjana islam (kejatuhan tamadun) -tiada usaha terjemahan dilakukan lagi -sarjana bersifat tertutup dan tidak menerima idea dari sumber lain -keruntuhan akhlak sarjana
|
|
sarah
New Member
Posts: 6
|
Post by sarah on Dec 19, 2014 0:40:37 GMT
Sarah Ahmad Sabri
Pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun - Mampu menyatukan rakyat yang berbeza bangsa agama dan budaya - Pembangunan modal insan - Khalifah tidak hanya menumpukan kepada perluasan daerah Dar al-Islam, tetapi juga membina negara / khilafah yang kukuh dan makmur - Pembinaan Masjid Cordoba dan Perpustakaan yang besar di bawah pemerintahan Abd al-Rahman b. Mu’awiyah al-Dakhil - Pembinaan Universiti di Andalusia oleh Al-HakamII
Faktor yang membantu perkembangan keintelektualan: - Di dalam al-Quran, Islam menggalakkan penganutnya berfikir. - Galakan mempelajari seluruh bidang ilmu fardhu kifayah dan kewajipan mempelajari ilmu fardhu ain di dalam islam. - Peranan masjid sebagai sebuah tempat berkumpul dan bertukar idea. - Di zaman Abbasiyah, Perkembangan intelektual berlaku disebabkan wujudnya interaksi dengan tamadun lain dan penterjemahan karya tamadun lain. maka idea berkembang.
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat: -Penghijrahan Sarjana Barat ke negara Islam -Aktiviti penterjemahan pemikiran islam ke barat -Penubuhan universiti di barat -Peristiwa perang salib -Penaklukan kembali Andalus dan Pulau Sicily yang kaya dengan ilmu
Karekteristik Sarjana Islam yang menyebabkan kejatuhan Tamadun: -Kurang penghasilan karya-karya baru mengakibatkan sarjana Barat mengambil alih tempat sarjana-sarjana Islam sebagai pemula.
|
|
|
Post by anuartomy on Dec 19, 2014 2:28:44 GMT
Assalamu'alaikum
1.Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kecemerlangan tamadun? Dalam Al Quran menggesa umat memerhatikan alam dan secara tidak langsung wahyu pertama yang diturunkan menggesa umat menuntut ilmu dengan membaca dan menulis. Umat Islam terdahulu mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang antaranya bidang pentadbiran yang digunapakai oleh negara Malaysia yang diambil daripada rangka undang-undang yang ditubuhkan oleh Rasulullah semasa pembukaan Kota Madinah. Selain itu dalam ilmu perubatan memberi sumbangan yang sangat besar antaranya penciptaan alat pembedahan, penemuan salur darah dalam jantung, ensiklopedia dan banyak lagi.
2.Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual? -peranan pemerintah yang mengambil berat tentang perkembangan ilmu. -peranan para sarjana khususnya menterjemah karya -perkembangan kegiatan keilmuan di Andalusia -Peranan masyarakat umum di Andalusia
3)Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat ? 1.Hubungan dagang antara negara Islam dan Kristian telah meluaskan pengaruh-pengaruh Islam ke Eropah. 2.Kegiatan penterjemahan yang amat menggalakkan. Aktiviti ini membawa kepada lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan seperti Gerard dari Cremona. 3.Perang Salib yang memakan masa hampir 200 tahun telah banyak mengajar Eropah dalam pelbagai bidang ilmu.
4) Karakteristik sarjana islam dan suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun?
Karakteristik sarjana islam: 1. Kuat ingatan 2. Rajin menuntut ilmu 3. Berakhlak mulia
Suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun: 1. Hubungan antara masyarakat 2. Hubungan antara pemimpin dan masyarakat 3. Interaksi antara tamadun islam dengan tamadun lain
|
|
|
Post by shirlyn on Dec 19, 2014 9:14:08 GMT
Bicara Tamadun Islam 1. Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun? -Sejauh mana pencapaian umat Islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun dapat dilihat melalui penyebaran ilmu dan agama Islam di seluruh dunia. Hal ini membuktikan kegemilangan pencapaian umat Islam terdahulu sehingga dapat diterima oleh masyarakat dunia. Selain itu, pencapaian ini juga dapat dilihat melalui pencapaian akhlak yang tinggi dan sentiasa meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan diri. Bukan itu sahaja, umat Islam terdahulu juga maju dalam pelbagai bidang, contohnya perubatan, astronomi, fizik and sebagainya. Kemajuan dalam setiap bidang telah melahirkan tokoh-tokoh ternama yang memberi sumbangan besar terhadap tamadun dunia dalam bidang tersendiri.
2. Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual. - Ekonomi: pertambungan tamadun dalam perdagangan telah membantu mengembangkan kegiatan intelektual melalui perkongsian ilmu. - Penubuhan pusat pengajian: Penubuhan pusat pengajian telah memberi peluang kepada rakyat yang berkebolehan untuk menimba ilmu dan membuat penemuan baru melalui kajian dan kelahiran para ilmuwan melicinkan sistem pembelajaran. - Pemimpin yang berkebolehan: Pemimpin yang memahami kepentingan perkembangan intelektual telah membantu secara tidak langsung.
3. Punca pengairan ilmu pengetahuan ke Barat? -Hubungan diplomatic antara negara Eropah dan negara Islam telah mewujudkan interaksi antara dua negara tersebut. -Aktiviti penterjemahan membawa kepada penyabaran ilmu ke Barat.
4. Karakteristik sarjana islam dan Suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun.
Karakteristik: - Tidak mempunyai sifat-sifat negatif yang boleh membebankan orang sekeliling seperti angkuh dan lain-lain. - Kerajinan dalam menuntut, membuat kajian dan berkongsi ilmu dengan negara lain. - Mempunyai akhlak yang terpuji .
Suasana: - Menghormati antara satu sama lain membantu mengekalkan keharmonian dalam tamadun. - Setia pada negara. - Sikap tidak puas hati mewujudkan pemberontakan.
|
|
|
Post by izzahfazira on Dec 19, 2014 11:02:21 GMT
Pencapaian umat Islam terdahulu dalam membangun kegemilangan tamadun: 1.Islam bermula apabila Nabi Muhammad S.A.W. mendapat wahyu pertama dari Allah. Di situ mulalah baginda berusaha untuk mengembangkan Islam dengan menyebarkannya secara rahsia terlebih dahulu kepada ahli keluarga terdekat dan para sahabat dan kemudiannya besar-besaran di Mekah. Walaupun ajaran baginda ditolak oleh masyarakat Mekah, namun baginda tidak berputus asa dan terus menyebarkannya dengan berhijrah ke Madinah. 2. Ajaran Islam diteruskan oleh pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin: Abu Bakar As-Siddiq, Umar Bin al-Khattab, Uthman Bin ‘Affan & Ali Bin Abi Talib. 3. Bani Umayyah yang bermula pada tahun 661 Masehi yang menyebarkan Islam ke Afghanistan, Transaxonia, Multan dan Armenia. 4. Daulah Abbasiyah dikatakan sebagai era kemuncak Tamadun Islam. Perluasan pengaruh Islam telah sampai ke seluruh Afrika Utara, Andalusia, seluruh India Utara dan Anatolia (Turki). Di zaman inilah meningkatnya perkembangan ilmu pengetahuan, seni, teknologi dan pembangunan negara serta lahirnya ilmuan-ilmuan Muslim yang terulung iaitu Ibn Sina, seorang tokoh falsafah, sains dan perubatan. Ibn al-Haitham, tokoh fizik dan Matematik & juga al-Ghazali, tokoh falsafah dan Tasauf (Sayyed Hussein Nasr , 1984). 5. Daulah Uthmaniah Turki telah diasaskan secara rasminya sekitar 1300 Masehi dan mencapai kemuncaknya apabila Sultan Muhammad II ‘al-Fatih’ yang berjaya menguasai Constantinople pada tahun 1453. Pada zaman ini dikatakan Islam telah menaungi 2/3 dunia. Kerajaan Uthmaniah berjaya melebarkan empayar mereka ke Eropah Timur iaitu Bosnia, Serbia, Croatia, Bulgaria, Austria, Hungry dan juga Macedonia. Begitu juga perluasan daerah empayar mereka telah berkembang sehingga ke Timur Laut Mediterranean, pesisir Laut Merah, pesisir Laut Hitam dan juga seluruh wilayah Afrika Utara serta Teluk Parsi.
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan keintelektualan: • Keadaan yang aman: o Membolehkan pemerintah dan umat Islam seluruhnya memberi lebih perhatian kepada kegiatan keilmuan dan kebudayaan. • Cabaran intelektual daripada pemeluk Islam baharu: o Perkara ini memaksa para ilmuwan mendalami ilmu tersebut. o Secara tidak langsung, perkembangan ilmu falsafah ini mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan ilmu sains tabii dan perubatan. • Pertembungan dengan budaya luar • Peranan pemerintah: o Harun al-Rashid Suka mendampingi para ilmuwan dan menaungi kegiatan kesarjanaan mereka. Pembinaan Khizanah al-Hikmah; pencetus utama kegiatan keilmuan dan menaungi para ilmuwan. o Al-Ma’mun Amat cintakan ilmu pengetahuan. Membesarkan institusi Khizanah al-Hikmah menjadi pusat kegiatan intelektual terunggul di dunia. Membuat penjenamaan semula institusi berkenaan sebagai Bayt al-Hikmah atau Rumah Kebijaksanan. Bayt al-Hikmah; gerakan terjemahan o Abd al-Rahman 3 University Cordova; menjemput sarjana luar o Al-Hakam 2 Perpustakaan dira; menaungi kegiatan keilmuan o Hajib al-Mansur Pembinaan perpustakaan o Peranan para sarjana Hunayn Bin Ishak; menterjemah keseluruhan karya perubatan Yunani ke bahasa Suryani dan Bahasa Arab, menterjemah 7/10 hasil karya Hippocrates ke Bahasa Arab. Hubaysh Bin Isa: juga menterjemahkan sesebuah karya ke Bahasa Arab yang kemudiannya disemak semula oleh gurunya, Hunayn.
Punca pengaliran ilmu pengetahuan ke Barat: • Peranan Andalusia: o Peajar Eropah dating ke Andalusia untuk mempelajari pelbagai disiplin ilmu pengetahuan yang tidak terdapat di Negara mereka. o Penganut Kristian Andalusia yang menguasai bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam berhijrah ke negara-negara Kristian Eropah. o Mereka telah menterjemah dan meyebarkan ilmu-ilmu yang dikembangkan oleh sarjana-sarjana Islam Andalusia dalam kalangan masyarakat Eropah. • Hubungan dagang dan diplomatik: o Melalui perdagangan, produk-produk Islam dalam pelbagai bidang seperti pertanian dan teknik-tekniknya mula dipelajari masyarakat Eropah. o Melalui diplomatik, para pemerintah Kristian di Eropah seperti Jerman, Britain, Perancis & Itali menjalin hubungan diplomatic dengan kerajaan di Andalusia dan Baghdad. o Mereka saling bertukar hadiah dengan khalifah Islam sama ada di Andalusia mahupun Baghdad. • Peranan gerakan terjemahan: o Para sarjana Eropah telah mengambil inisiatif mempelajari dan menterjemah pelbagai bidang ilmu dari dunia Islam di Andalusia dan lain-lain wilayah kekuasaan Islam di Timur. o Antaranya ialah Gerard dari Cremona yang menterjemah 90 buah karya Islam ke Bahasa Latin (kitab al-Mansuri karya al-Razi). o Michael Scotus dari Scotland & Alfonso X dari Castile menterjemahkan karya Islam dalam bidang astronomi ke bahasa Castilan (karya al-Zarqali). o Ramai penterjemah Eropah yang lain seperti Adelard dari Bath, Robert dari Chester, Stephen dari Sarragossa, William dari Tunis, Phillip dari Tripoli & Constatin dari Afrika. • Impak gerakan terjemahan: o Karya-karya agung Islam diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah. o Penubuhan kolej dan universiti di Eropah. o Pengajian ilmu-ilmu Islam di Eropah. o Kelahiran tokoh-tokoh ilmuwan di Eropah. o Penghasilan karya-karya baharu di Eropah. o Kelahiran zaman baharu di Eropah. o Kebangkitan Eropah. • Hasil penemuan saintifik sarjana Islam: o Kaedah percubaan sains seperti: Penyejatan Pemejalwapan Oksida logam bakar Percantuman Penurunan Penyulingan o Pembikinan asid galian seperti: HNO3 H2SO4 o Penciptaan bahan kimia seperti: Aqua regia Kimia penahan karat Bahan pigmen Varnish Dakwat emas o Penciptaan peralatan astronomi seperti: Astrolab Sekstan Jadual astronomi Kalendar o Teori-teori sains seperti: Teori pergerakan bintang o Ukuran lilitan bumi o Ukuran panjang tahun matahari o Ukuran latitud dan longitud bumi o Pembinaan balai-balai cerap • Pakar-pakar ulung ilmu perubatan Islam: o Zakaria al-Razi – Kitab al-Hawi o Ibn Sina – Kitab al-Qanun fi al-Tibb o Abu al-Qasim al-Zahrawi – Kitab al-Tasrif o Ibn Zuhr – Kitab al-Taysir
Karakteristik para sarjana Islam: • Menyahut seruan Tuhan: Allah telah berfirman dalam Al-Quran “bacalah dengan nama Tuhanmu”. Istilah ‘baca’ disini ditafsirkan sebagai menuntut ilmu. Ilmu itu harus dibaca, dikaji, difahami dan diamalkan. • Berdaya saing: Meskipun telah wujud negara-negara Barat yang maju, ilmuwan Islam tetap bersaing dengan mereka yang telah maju demi membangunkan Islam. • Berusaha gigih: Para ilmuwan Islam sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut sesuatu ilmu. Mereka sanggup bermusafir dan menjelajah dunia demi mencari guru yang benar. Mereka juga bertungkus-lumus mengkaji ilmu-ilmu yang baru demi mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain di minda mereka. Suasana persekitaran Negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun: • Kecemerlangan: o Suasana yang amat mementingkan ilmu. Para ulama dan ilmuwan diangkat martabatnya dalam pentadbiran dan masyarakat. o Kedudukan yang strategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah memperolehi sumber-sumber semulajadi bagi menampung kehidupan masyarakatnya. o Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan daripada ajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni. o Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan masyarakat yang menghayati nilai-nilai murni sudah pasti mendorong kepada sifat kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya. • Kejatuhan: o Ketidakadilan berlaku dalam masyarakat apabila wujud jurang perbezaan yang antara kaya dan miskin. o Kehidupan bertamdun sudah tidak bermakna lagi apabila system ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati sehingga menyebabkan banyaknya berlaku penindasan dan kezaliman. o Sikap tidak menerima perubahan, terutamanya perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. o Malapetaka atau bencana alam. o Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama dalam kalangan pemimpin.
|
|
lyana
New Member
Posts: 6
|
Post by lyana on Dec 19, 2014 19:19:59 GMT
LYANA BINTI ABD RAHIM
BICARA
PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU MEMBANGUN KEGEMILANGAN TAMADUN -Terdapat banyak ilmu islam diakui oleh golongan barat seperti ilmu matematik (al-khawarizmi) dan ilmu perubatan (al-razi, al-qanun fi tibb). -Amalan jahiliah diganti dengan amalan yang memiliki akhlak yang berbudi pekerti.
FAKTOR PERKEMBANGAN KEGIATAN KEINTELEKTUALAN -Peranan pemerintah yang berkaliber -Pertembungan dengan budaya luar -Peranan ilmuan dalam menyebarkan pengetahuan kepada umat lain. -Kemudahan seperti universiti atau masjid ditubuhkan bagi memudahkan aktiviti penyebaran ilmu dalam golongan masyarakat.
PUNCA PENGALIRAN ILMU KE BARAT -Hubungan perdagangan dan diplomatik antara dua tamadun (Contoh: pertukaran duta dan hadiah) -Gerakan penterjemahan dari para sarjana eropah yang mempelajari dan menterjemah pelbagai ilmu.
CIRI-CIRI SARJANA ISLAM DAN SUASANA PERSEKITARAN NEGARA ISLAM YANG MEMBANTU KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN TAMDUN *SARJANA ISLAM -Sifat keterbukaan memudahkan umat islam menjalankan hubungan dan berinteraksi dengan tamadun lain. -Berkelakuan adil dan saksama dalam memberikan tindakan. -Berilmu luas dari segi pendidikan tetapi juga ekonomi, politik dan perdagangan bagi mempermudahkan sarjana islam memahami keadaan tamadun lain. -Semangat berdaya saing
*KECEMERLANGAN TAMADUN -Suasana negara yang aman dan sarjana Islam yang gigih dalam menuntut ilmu. -Masyarakat Islam yang berkasih saying. -Penuntut ilmu menghormati dan menghargai jasa guru-guru mereka. -Menganggap guru sebagai contoh yang terbaik untuk dipelajari.
*KEMEROSOTAN TAMADUN -Pemerintah mementingkan kuasa dan kedudukan mereka. -Sarjana Islam bersikap iri hati atas kejayaan yang dicapai oleh sarjana yang lain. -Kehilangan penghormatan antara penuntut ilmu dan guru-gurunya dan mereka hanya mementingkan diri sendiri.
|
|
|
Post by farahana on Dec 19, 2014 19:46:13 GMT
Pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun 1)khulafa ar rasyidin: - memerangi golongan murtad dan enggan membayar zakat - mempertahankan madinah dari ancaman parsi dan rom - penubuhan jabatan tentera,polis,penbedaharaan dll - baitulmal ditubuhkan - mengisytiharkan naskhah al-quran musyhaf uthmani 2)bani umayyah - mengemaskini angkatan ketenteraan - kota basrah menjadi pusat penyebaran ilmu - ekonomi yang stabil berikutan baitulmal mempunyai simpanan melebihi keperluan negara - hubungan baik antara kerajaan dan rakyat 3)bani abbasiyah - pelbagai jabatan ditubuhkan bagi melicinkan poentadbiran seperti jabatan surat menyurat - pembinaan hospital pertama dan hospital penyakit kusta - penterjemahan karya dan perkembangan dalam bidang penulisan 4)bani uthmaniyah - pembentukan empayar dunia - pengenalan sistem madrasah,kolej perubatan,maktab tentera dll - istanbul terkenal sebagai kota atau pusat pertemuan dalam jalinan dagangan antara islam dan bukan islam
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual: -keadaan yang aman di wilayah islam -cabaran intelektual dari mereka yang baru memeluk islam -cabaran ilmiah yang berbentuk falsafah berkaitan dengan ilmu sains tabii dan perubatan -pertembungan dengan budaya luar -peranan para sarjana menyemarakkan lagi kegiatan keilmuan sbg contoh hunain b. ishak menterjemah karya yunani
punca pengaliran ilmu pengetahuan ke barat: -ajaran islam mengubah cara hidup masyarakat yang jahil,sesat dan tidak beradab kepada kehidupan yang bermakna -faktor galakan pemimpin dan sikap ummah yang cintakan ilmun pengetahuan -kestabilan sosio-ekonomi dan sosio politik andalus -hubungan diplomatik -aktiviti penterjemahan
Karakteristik sarjana islam dan suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan islam -pemimpin yang berusaha untuk memajukan rakyat dalam pelbagai bidang terutama pendidikan -rakyat yang cintakan ilmu dan berusaha ke arah memajukan negara -menjadikan al-quran dan as-sunnah sebagai sumber rujukan -bersaing secara sihat dengan negara2 luar dalam memjukan sesebuah negara
|
|
|
Post by nurwafa on Dec 20, 2014 4:29:42 GMT
Pencapaian umat Islam membangun kegemilangan tamadun -melahirkan ramai tokoh dan sarjana dalam pelbagai bidang. -penghasilan kitab-kitab ilmu. -membantu pembangunan tamadun Eropah dari Zaman Gelap. -penciptaan teknologi untuk membantu pembangunan dan kemajuan tamadun.
Faktor perkembangan kegiatan intelektual -kreativiti ulama -usaha dan galakan khalifah -aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu -kestabilan politik dan kewangan yang kukuh -keyakinan umat terhadap ajaran Islam menjadikan mereka berani untuk merantau ke merata tempat demi mencari ilmu. -keadaan negara yang aman -kewujudan prasarana yang baik -hubungan diplomatik dengan tamadun lain -cabaran ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada mualaf memaksa ilmuwan Islam mendalami dan lebih memahami sesuatu ilmu.
Punca pengaliran ilmu ke barat -interaksi antara tamadun seperti pelajar Eropah datang ke Andalusia untuk mempelajari pelbagai disiplin ilmu. -orang Eropah yang menguasai bahasa Arab dan keilmuan Islam menterjemah dan menyebarkan kepada masyarakat mereka. -melalui perdagangan contohnya, masyarakat Eropah mempelajari teknik-teknik pertanian. -hubungan diplomatik yang terjalin membolehkan mereka berkongsi idea untuk meninjau peluang pembelajaran di negara masing-masing.
Karakteristik sarjana Islam -tekun dan ikhlas mempelajari ilmu. -beramal dengan al-Quran dan hadis. -kreatif dan inovatif dalam mempelajari ilmu. -bercita-cita tinggi untuk memajukan Islam. -menghormati guru dan ilmu.
Suasana persekitaran negara Islam yang membantu kecemerlangan dan kejatuhan tamadun -aman dan tenang serta menolak penindasan -wujudnya hubungan yang baik antara pemimpin dan rakyat -ketenteraan yang kuat -kedudukan yang strategik -kegiatan keilmuan yang meluas -ekonomi yang kukuh -kestabilan politik -keterbukaan kepada tamadun lain -infrastruktur yang baik dan sempurna -kebijaksanaan pemimpin serta ketaatan kepada agama.
|
|
|
Post by nurmahfuzah on Dec 20, 2014 12:22:51 GMT
Tamadun Islam dahulu amatlah hebat sehinggakan disegani oleh tamadun-tamadun yang lain. Hal ini kerana terdapat banyak pencapaian mengagumkan oleh orang-orang dahulu. Sebenarnya, pembangunan sesebuah tamadun yang hebat bermula dengan pembangunan manusia. Perkara ini dapat dilihat apabila pemimpin yang dilahirkan bukan sahaja bertanggungjawab namun amanah dan taqwa. Kebijaksanaan seseorang pemimpin terselah apabila beliau dapat membawa masyarakat yang dipimpinnya menuju ke arah kecemerlangan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Umat Islam dahulu juga mencipta budaya yang tinggi. Budaya ilmu adalah diwarnai oleh kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak. Oleh itu ramai ilmuan telah dilahirkan dan aktiviti penulisan dan penterjemahan giat dijalankan. Banyak buku-buku juga dihasilkan oleh para ilmuan ini yang dapat dijadikan sumber rujukan untuk orang ramai. Sikap keterbukaan yang diamalkan oleh orang Islam menyebabkan mereka dapat membangunkan Tamadun Islam.
Faktor yang membantu perkembangan kegiatan intelektual 1)Ilmuan yang memainkan peranan dalam mencerdaskan dan mencerahkan masyarakat. 2)Penghormatan terhadap autoriti untuk memastikan keputusan dilakukan berdasarkan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan dan bukan mengikut hawa nafsu. 3)Persoalan-persoalan yang dibahas dengan bijaksana dan dewasa. 4)Seseoran pemimpin diangkat dan dihormati berdasarkan ilmu, kemampuan dan akhlak. 5)Masyarakat yang cerdas dan berbudaya ilmu adalah masyarakat yang mempunyai sahsiah dan jati diri yang mantap.
Faktor Pengaliran Ilmu Islam Ke Eropah 1)Hubungan diplomatic yang dijalankan antara Negara Eropah dan Negara Islam supayan interaksi antara tamadun dapat dijalankan. 2)Aktiviti penterjemahan juga dilakukan. Semasa peperangan Salib, hubungan kebudayaan antara orang Kristian dan Muslim. Hal ini kerana, apabila oran Kristian hadir ke Negara Islam, banyak ilmu telah diperolehi sama ada dalam bidang perubatan, pertanian, pendidikan dan ketenteraan.
Ciri-ciri sarjana Islam dan suasana persekitaran Negara Islam yang membantu perkembangan dan kejatuhan sesebuah tamadun 1)Cinta akan ilmu Allah SWT 2)Sentiasa dahaga akan ilmu 3)Berharap agar mendapat keredhaan Allah 4)Sentiasa berkongsi ilmu dengan rakyat dan pemerintah 5)Dorongan daripada pemerintah 6)Banyak perpustakaan ditubuhkan
|
|
ezai
New Member
Posts: 6
|
Post by ezai on Dec 20, 2014 12:26:05 GMT
PENCAPAIAN UMAT ISLAM TERDAHULU
Islam telah berkembang dengan pesat. Berjaya menakluki 2/3 dunia. Pada zaman tersebut, telah lahir para ulama yang hebat dalam segala bidan ilmu seperti bidang perubatan, astronomi, geografi serta matematik dan aktivii penterjemahan juga giat dilakukan. Zaman tersebut juga menpunyai sistem politik yang mantap serta ekonomi yang meluas.
FAKTOR PERKEMBANGAN INTELEKTUAL
Antara faktornya adalah kerjasama antara para ulama dan cendekiawan. kegiatan aktiviti penterjemahan serta penubuhan pusat ilmu seperi universiti dan juga perpustakaan.
PUNCA PENGALIRAN ILMU KE BARAT
Anrata punca pengaliran ilmu ke Barat adalah peranan Andalusia.Seterusnya, hubungan diplomatik dan aktiviti perdagangan antara tamadun Islam dan juga negara Barat.Aktiviti penterjemahan juga menjadi salah satu faktor pengaliran ilmu ke Barat.
SIFAT SARJANA ISLAM
Antara karakteristik atau sifat sarjana Islam pada zaman dahulu adalah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, tidak bersifat angkuh serta sombong dengan kelebihan yang dimiliki, menghormati ilmu pengetahuan serta sentiasa berusaha untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam.
|
|
|
Post by nazihahothamanhs2441a on Dec 20, 2014 14:09:17 GMT
NOR NAZIHAH BINTI CHE OTHAMAN HS244IA
BICARA TAMADUN 1
Pencapaian umat islam terdahulu membangun kegemilangan tamadun Islam adalah kerana mereka mempunyai kekuatan ilmu serta meletakkan keutamaan ilmu pada susunan yang tepat. Sudah tentu ilmu yang tertinggi adalah ilmu Tauhid dan diikuti ilmu Fiqh. Kedua-dua ilmu ini membawa insan mengenali pencipta-Nya dan seterusnya mengajar manusia tatacara bagaimana seseorang insan berhubung dengan Tuhannya dan juga antara insan itu sendiri. Sesudah itu ilmu yang utama pula adalah ilmu yang mengajar insan bagaimana mengenali diri sendiri. Ilmu ini adalah ilmu yang berkaitan kedoktoran dan perubatan. Seterusnya ilmu yang utama pula adalah ilmu yang mengajar insan mengenali alam sekeliling termasuk alam semesta. Di sini seseorang insan itu dapat menilai, menghargai kedudukan dan martabatnya berbanding makhluk-makhluk lain yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Ilmu yang mengkaji alam semesta ini telah dikenal sekian lama sebagai ilmu falak atau astronomi.
|
|